Cina Peranakan Melaka Singapura dan Pula

1
Seminar Sejarah dan Masa Depan Masyarakat Peranakan Malaysia 2012
Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2012, pada 28 Disember 2012 (Jumaat) di Auditorium Perbadanan
Perpustakaan Awam Melaka, Bukit Baru, Melaka

Cina Peranakan Melaka, Singapura dan Pulau Pinang Dari Segi Sejarah
Ding Choo Ming
Felo Penyelidik Utama
Institut Alam & Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
Emel: dingukm@gmail.com
Abstrak
Alam Melayu sudah terbuka kepada peradaban luar sebelum Empayar Srivijaya (650 – 1200
Tahun Masihi) lagi yang berpusat di Palembang. Sejak dahulu lagi, kota-kota pelabuhan di
pesisir Alam Melayu sudah menjadi tempat pertemuan orang Melayu dengan orang bukan
Melayu di tempat-tempat itu yang bukan sahaja sudah menjadi pusat perniagaan dan
pentadbiran, tetapi juga tempat pertemuan, malahan wadah tumpuan (melting pot) pelbagai
bangsa, budaya, agama, bahasa dan perdagangan. Dengan terbentuknya masyarakat Cina
peranakan hasil daripada perkahwinan campur antara orang lelaki Cina dengan wanita rumpun
Melayu di Alam Melayu, satu proses multilingualisme and multiculturisme yang cukup hebat
telah berlaku terus menerus. Proses itu berkemuncak dan bermakhkotakan kebudayaan Cina

peranakan, yang meliputi karya sastera Cina peranakan yang setengahnya dipertuturkan,
manakala yang lain ditulis, kemudian diterbitkan dalam bentuk buku dan disiarkan di dada
akhbar Cina peranakan di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang, iaitu Negeri-Negeri Selat
(1846-1941) di era penjajahan Inggeris. Kini, pantun, syair dan dondang sayang. Cina
peranakan itu adalah sebahagian daripada mozek kebudayaan Cina peranakan hasil daripada
penyesuaian kebudayaan Cina, Melayu dan Inggeris yang lebih besar skopnya, termasuk seni
bina, masak dan pertukangan tangan yang unik di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.
Kesemua itu mencerminkan interaksi dan pengaruh kebudayaan yang telah diwarisi Cina
peranakan lebih 100 tahun dahulu.
Sedikit Asal Usul Mesyarakat Cina Peranakan
Sebelum kedatangan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris, sudah ada orang Cina, Arab dan
India, antara banyak yang lain, di Alam Melayu (Gosling 1964). Orang Cina masa itu cumalah
pedagang individu. Mereka itu ada yang berulang alik antara Alam Melayu dan China,
sedangkan yang lain telah berkahwin dengan wanita rumpun Melayu dan menetap di Alam
Melayu. Pada tahun 1619, ketika Dutch East India Company ditubuhkan di Batavia (kini
Jakarta), sudah ada 400 orang Cina di kota itu. Bilangan mereka telah meningkat kepada 3,451
orang pada tahun 1742 dan seterusnya kepada 10,000 orang pada tahun 1725 (Dobbin 1996:4850). Daripada jumlah itu, 1,441 orang adalah pedagang dan peniaga, 935 orang petani dan tukang
kebun, 728 pemilik atau pekerja kilang gula, pelombong bijeh atau peniaga kayu balak, 326
orang tukang rumah, tukang besi, tukang emas dan lain-lain. Mereka bertumpu di kota dan
pelabuhan. Tarikan kota pelabuhan dan pusat pentadbiran itu kepada pelayar, pengembara dan

peniaga kerana di tempat-tempat itulah kapal baru boleh ditempah, kapal yang rosak boleh
dibaiki, barang-barang keperluan boleh didapati, barang dagangan boleh disimpan, lebih-lebih

2
lagi transaksi bisnes boleh dijalankan, selain maklumat yang diperlukan lebih mudah diperoleh
dari tempat lain (Ng Chin Keong 1983). Mungkin disebabkan itulah juga Clammer (1979: 7)
mengatakan “The babas represent an essentially urban phenomenon and this is reflected in
residence, occupation, materials culture and preference for an urban melieu as context for way
of life”. Oleh sebab bilangan mereka yang terlibat dalam perniagaan adalah jauh lebih besar
daripada di bidang aktiviti yang lain, maka sudahlah terbentuk imej stereotaip orang Cina
sebagai bangsa peniaga. Dengan membawa barang-barang dari China ke Alam Melayu dan hasil
mahsul dari Alam Melayu ke China, peniaga itu telah memulakan perdagangan antarabangsa
China-Alam Melayu, selain memulakan hubungan lain antara China – Melaka, khususnya
(Rudolph 1998:77).
Dari segi sejarah, ramai orang Cina telah berdagang dan berniaga, malahan menetap di
Alam Melayu sejak Dinasti Ming (1368 – 1644) lagi (Liang Liji 1996; Wang Gungwu 1984 &
1995). Berikutan pelayaran Zheng He ke Nanyang, lebih ramai orang Cina telah berhijarah ke
Indonesia, Tanah Melayu, Borneo, Kalimantan dan Thailand. Keadaan itu hampir-hampir
terhenti sepanjang masa kerajaan Mancu atau Dinasti Ching (1644 – 1911) yang melarang
emigrasi, lebih-lebih lagi wanita Cina sehingga tahun 1853. Selain itu, lelaki Cina, terutamanya

anak sulong, dikehendaki adat resam dan ajaran Konfusiansme yang dipegang orang Cina untuk
menjaga ibu bapa semasa hidup dan memuja roh mereka setelah meningggal dunia. Halangan
itu bertambah besar dengan pegawai kastam di pelabuhan China menggunakan undang-undang
yang berkuata kuasa masa itu untuk memeras ugut dan meminta rasuah daripada mereka yang
pulang atau keluarga mereka yang masih di China. Namun, disebabkan keadaan sosial dan
ekonomi yang huru-hara, akibat pergolakan politik berikutan Revolusi Taipan (1848-64) di satu
pihak, dan dasar pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu menggalakkan pekerja lelaki untuk
bekerja di lombong bijih timah, ladang getah dan sektor pertanian di British Malaya di satu pihak
yang lain, maka sekali lagi sudah tercetus gelombang penghijrahan orang Cina ke Nanyang di
pinggir abad ke 19.
Orang Cina yang datang di peringkat awal itu berbeza daripada yang datang terkemudian
(Gosling 1964). Antara perbezaan yang nyata adalah pendatang Cina awal adalah suku Hokkien
dari Fujian. Mereka diikuti suku Teochew dan Hakka dari Kwantung. Di sini ingin dinyatakan
bahawa kesemua mereka telah “merantau” ke India Timur (Indonesia) lebih awal daripada ke
Tanah Melayu. Oleh sebab fakta sejarah itulah, pendatang Cina yang awal ke Melaka itu tidak
semestinya datang dari China, kerana ada ramai juga telah datang dari Indonesia (Rudolph
1998:77). Misalnya, bapa Lee Kuan Yew, mantan Perdana Menteri Singapura, adalah Cina
peranakan suku Hakka dari Pulau Bangka, Indonesia, sementara ibunya seorang nyonya
(Clammer 1980: 10).
Melaka, Tempat Asal Cina Peranakan di Tanah Melayu

Clammer (1975, 1976, 1979 & 1980), Claudine Salmon (1987), Tan Chee Beng (1980, 1981 &
1982), Philip Lee Thomas (1986) dan Rudolph (1998) telah mengkaji pembentukan masyarakat
dan kebudayaan Cina peranakan di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Daripada kajiannya,
Claudine Salmon mengatakan:
“The babas or sometimes called peranakan, were from Malacca. Throughout the
19th century, they migrated to other towns in Malaya, in particular Penang and
Singapore, where they became the trading elites, until they were supplanted at the
turn of the century by merchants from China. One characteristics of this society

3
of Chinese descent was that it often gave up using writing and even spoken
Chinese and turn to Malay instead” (1987: 441).
Sehubungan itu, Clammer (1980: 12) pula mensifatkan komuniti Cina peranakan di Melaka
sebagai “… a more integrated community, closer to the ideal type of baba community… It is
perhaps the most Malayanized of the three.” Ini juga bermakna Melaka bukan sahaja
mempunyai komuniti Cina baba yang tertua di Tanah Melayu, tetapi juga tempat asal Cina
peranakan yang berhijrah kemudiannya ke Singapura dan Pulau Pinang. Antara Cina peranakan
dari Melaka yang berpindah ke Singapura adalah Chee Kim Guan, Soh Guan Chuan, Sit Boon
Tiong dan Ang Choon Seng. Kesemua mereka adalah pedagang yang berjaya, malahan sudah
menjadi kaya raya di Singapura. Merekalah juga yang menjadi pengasas persatuan Cina, seperti

Khing Tek Whay (Yao 1982: 215). Antara sebab utama mereka berpindah ke Singapura dan
Pulau Pinang ialah pembentukan Negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada Melaka, Singapura
dan Pulau Pinang pada tahun 1826, yang telah membuka banyak peluang baru di tempat baru.
Tarikan mereka ke Singapura khususnya adalah kerana kepentingan bisnes dan komers setelah
Singapura menjadi pelabuhan bebas pada tahun 1819 dan juga dinaik taraf menjadi ‘ibu kota”
Negeri Selat yang dahulunya terletak di Puluau Pinang pada 1832. Antara tahun 1819 hingga
1867, sudah ada lebih kurang 55,000 orang Cina di Singapura, iaitu lebih kurang 65% daripada
keseluruhan penduduk pulau itu (Png Poh Seng 1969). Seterusnya pada tahun 1881, terdapat
9,527 orang Cina peranakan daripada keseluruhan orang Cina yang berjumlah sebanyak 86,766
orang di Singapura (Rudolph 1998: 103). Demikian juga pengaliran Cina peranakan dari Melaka
ke Pulau Pinang. Sekiranya hanya ada 60 buah keluarga orang Cina di pulau itu setahun selepas
Francis Light “menakluki’ pada 1786, tetapi ratusan Cina peranakan dari Melaka dan Indonesia
sudah datang beberapa tahun kemudian.
Walaupun tidak ada catatan Ma Huan, ahli sejarah yang menyertai pelayaran Zheng He ke
Melaka pada awal abad ke 15, tentang penempatan orang Cina di Melaka, tetapi Rudolph (1998:
96 memetik Ward & Grant 1830) mengatakan terdapat 4,510 orang Cina di Melaka pada tahun
1827. Selanjutnya Rudolph (1998:76 memetik Leupe 1936 dan Purcell 1947:123), antara yang
lain, mengatakan sudah ada 300 – 400 pekedai, tukang dan petani Cina peranakan di Melaka
pada tahun 1600an – 1640an. Sehubungan itu, Celliah (1947:3 dipetik Rudolph 1998:78)
menunjukkan komposisi penduduk di Melaka pada tahun 1666: daripada 4,884 orang di bandar

dan persekitarannya, terdapat 145 orang Belanda, 1,469 orang Portugis dan peranakannya, 426
orang Cina, 547 orang Islam, 488 orang Melayu, 103 orang Bugis dan 1,607 orang hamba abdi.
Seterusnya Rudolph (ibid) mengatakan: “the burgeoning of a Chinese settlement in Malacca
under the Dutch can be attributed to to the Dutch policy towards the Chinese …” yang antara
sebab-sebab yang diberi ialah orang Cina didapati rajin, baik sebagai pekerja, pekedai dan
usahawan, penambang dan tukang, maka menjadi sumber utama cukai pendapatan yang sangat
diperlukan kerajaan Belanda masa itu. Dasar itu bertentangan dengan yang diamalkan
pemerintahan Portugis dahulu yang ingin membolot monopoli bisnes kerana tidak mahu
persaingan, maka tidaklah dapat menarik orang asing, termasuk orang Cina, ke Melaka sebelum
itu.
Usaha mencari asal usul Cina peranakan di Melaka telah membawa kita kepada pelbagai
istilah digunakan pegawai tadbir Inggeris untuk merujuk orang yang dikenali sebagai Cina
peranakan. Sehubungan itu, Clammer (1980:126) mendapati masyarakat dan kebudayaan Cina
peranakan adalah “a creation of British colonism” dan “It was not until the establishment of
British rule that baba culture, as it I recognized today, came into being, although baba was

4
there in Melacca long before British came…” (ibid: 51), memandangkan istilah Straits Born
Chinese telah digunakan pegawai tadbir Inggeris untuk merujuk orang Cina peranakan di Melaka
(yang telah diserahkan kerajaan Belanda kepada kerajaan Inggeris pada tahun 1824 dengan

Singapura (ditakluki Stamford Raffles untuk kerajaan Inggeris pada tahun 1819) dan Pulau
Pinang (ditakluki Francis Light untuk kerajaan Inggeris pada tahun 1786) dan kesemua kota
pelabuhan tadi ditadbir sebagai Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826. Berdasarkan fakta sejarah,
pendapat Clammer itu boleh dipertikaikan. Antara sebabnya ialah pertama, akulutrasi antara
orang Cina-Melayu sudah berlangsung ratusan tahun dahulu sebelum abad ke 19. Kedua, Straits
Born Chinese tidak boleh disamakan dengan Cina peranakan. Ketiga, walaupun Straits Born
Chinese adalah rakyat British masa itu, tetapi bukan semua mereka itu Cina peranakan dan juga
bukan semua Cina peranakan itu Straits born Chinese.
Walaupun komuniti Cina peranakan sudah terbentuk sebelum era penjajahan Inggeris,
dengan ramai daripada mereka sudah berjaya dari segi ekonomi sebelum itu (Blusse 1981). tetapi
dasar kerajaan penjajahan Inggeris di Negeri-Negeri Selat telah menolong memantapkan status
ekonomi, sosial dan politik Cina peranakan di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura (Clammer
1980). Antara sebab utama kejayaan mereka ialah tidak banyak persaingan, selain fakta bahawa
mereka juga mempunyai jaringan perniagaan yang luas, justru telah berniaga di Alam Melayu
sejak ratusan tahun dahulu, apatah lagi mempunyai kelebihan teknikal. Kelebihan teknikal yang
dimaksudkan itu ialah setiap kapal yang digunakan pedagang Cina sekitar tahun 1840an itu
boleh memuat barang-barang seberat 250 – 400 tan (Boggars 1955 & Dobbin 1996). Barangbarang itu terdiri daripada ubat, seramik, kain sutera, besi, pisau, jarum, kertas, tea, arak, barang
makan dan keperluan yang lain, selain ratusan orang kelasi dan penumpang (Lim 1873: 23).
Kelebihan lain pada mereka juga banyak, termasuk mereka adalah pedagang yang kaya, lebihlebih yang telah mempunyai jalinan perdagangan. Menurut Yao (1982: 211): “This upper
stratum of Chinese merchants enjoyed significant econmic power through their vital role in the

Quan-Zhang trade network originating from the Fujian coast.”
Sampai di sini ingin ditambah bahawa bukan semua Cina perakanan di Negeri-Negeri
Selat itu kaya, kerana terdapat juga ratusan Cina peranakan yang miskin. Yang menarik ialah
berasaskan hubungan kekeluargaan dan jaringan bisnes, mereka yang berniaga runcit pada
mula-mulanya sudah dapat membesarkan perniagaan masing-masing pada akhirnya. Selain itu,
ramai juga orang Cina yang makan gaji pada mula-mula sudah membuka kedai, berladang dan
mengurus bisnes sendiri setelah mengumpul pengalaman dan wang yang cukup. Yang
berpendidikan dan yang pandai mengarang pula telah menubuhkan syarikat pencetakan untuk
menerbitkan buku, akhbar dan majalah. Disebabkan peluang yang diberi dan yang terbuka
semasa di Negeri-Negeri Selat, banyak orang Cina peranakan lain sudah menjadi peguam, doktor
perubatan, tukang nujum, penulis dan kerjaya lain yang tidak pernah dilakukan datuk nenek
mereka dahulu. Ini termasuk membangunkan industri perlombongan, pembalakan, perkapalan,
perbankan, perladangan, pemprosesan barang-barang, pembuatan, serta memperkenalkan sistem
kongsi kancu, pertukangan, kraft tangan, pelayaran dan pertanian.
Dalam konteks itulah ramai Cina peranakan yang tahu bahasa Inggeris boleh mendapat
kerja di syarikat milik orang Inggeris atau menjadi kerani di jabatan kerajaan. Daripada kesemua
aktiviti itu, mereka menjadi rapat kepada “raja-raja” Melayu pada awalnya, kemudian “rajahrajah” Inggeris. Inilah juga faktor utama Sultan Banten yang terkenal kisahnya pada abad ke 16
dahulu telah menggaji empat orang Cina sebagai setiausaha dan penterjemah di istananya. Yang
lain dan yang sudah menjadi kaya itu juga kerana pandai menggunakan hubungan yang baik
dengan “rajah” Inggeris. Selain itu, pegawai tadbir penjajah Inggeris ketika itu mendapati Cina


5
peranakan boleh memainkan peranan penting sebagai orang tengah antara orang Inggeris dengan
Cina totok dan juga orang Melayu, kerana mereka tahu berbahasa Melayu dan Inggeris, selain
bersikap lebih terbuka berbanding dengan Cina totok. Yang menarik ialah kejayaan mereka
bukan sahaja berterusan, malahan dipertingkatkan sekaligus diperkembangkan sepanjang masa
penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Dari banyak segi, konsep kronisme dan pilih kasih
(favoritisme) telah ada ketika itu. Jaringan, jalinan dan hubungan luar biasa itu telah juga
membolehkan Cina peranakan memasuki hampir kesemua aktiviti ekonomi dan bisnes. Dengan
itu, kemuncak ekonomi komuniti Cina peranakan di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang telah
sampai ke kemuncaknya di era penjajahan Inggeris. Itulah mungkin antara sebab-sebab yang
mendorong Clammer mendakwa pembentukan masyarakat Cina peranakan adalah hasil dasar
penjajahan Inggeris di Tanah Melayu seperti yang disebut tadi.
Sampai di sini ingin dinyatakan bahawa bermodalkan semangat penerokaan, berani
mencuba, lebih-lebih lagi banyak peluang baru telah dibuka penjajah Inggeris, banyak saudagar
dan usahawan Cina peranakan telah menjadi kaya raya. Mereka inilah juga telah menjadi tokoh
yang penting dan dikagumi di bidang masing-masing. Antaranya ialah Tan Tock Seng (1798 –
1830), Tan Kim Seng (1805 – 1864), Choa Chong Long (1788 - 1838), Lim Boon Keng, Song
Ong Siang, C. C. Tan, Tan Boon Chin dan Thio Chan Bee. Song Ong Siang dan Lim Boon Keng
boleh dikatakan sebagai Cina peranakan yang istimewa dalam industri penerbitan juga. Keduadua mereka boleh disifatkan sebagai dua biji bintang yang menyinari langit sejarah Cina

peranakan di pinggir abad ke 19 di Negeri-Negeri Selat. Mereka telah dianugerahi biasiswa
Queen untuk belajar di England.
Legasi Kebudayaan Cina Peranakan di Melaka, Singapura & Pulau Pinang
Antara legasi kebudayaan Cina peranakan yang unik dan yang dikagumi ialah pantun Cina
peranakan yang mereka terbitkan sendiri di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Sehingga akhir
tahun 2000, sebanyak 15,612 rangkap pantun, syair, seloka dan gurindam telah dikarang lebih
kurang seratus Cina peranakan daripada tahun 1889 hingga tahun 1950an dan telah diterbitkan
dalam buku dan akhbar seperti yang ditunjukkan dalam rajah I di bawah ini:
Rajah I: Karya Pantun Cina Peranakan dalam Buku dan Akhbar Mengikut Bandar
Bil
1

Tempat
Singapura

Penerbit
Koh Yew Hin

2


Singapura

Denodaya

3
4

Singapura
Singapura

Koh & Co

5

Singapura

Tp**

6

Singapura

Koh & Co.

7.

Singapura

Tp**

8

Singapura

Koh & Co

Tajuk
Mohamad bin Noor Ta Kuup - Ini pantun
karang-karangan, 1889. 100 ms*
Lim Hock Chee - Buku sahyer dan pantun
Melayu … 1890, 89 ms*
Bintang Timor, 28 Noevember 1894?Baba Kim Teck & Chia Ai Chin - Pantonpanton dondang sayang, 1916. 29ms*
Chan Kim Boon - Pantun champor-bawor, 1912
(BDJ)***
Cherita rampay rampay dan panton dondang
sayang, 1916, 32p.
Na Tian Piet - Shaer almarhoean Beginda Sultan
Abubakar … 1896, 200 ms*
Panton dondang sayang baba baba peranakan

6

9

Singapura

Koh & Co

10

Singapura

Koh & Co

11

Singapura

Koh & Co

12

Singapura

Koh & Co

13

Singapura

14

Singapura

15
16
17

Singapura
Singapura
Singapura

18
19

Singapura
Singapora

20

Singapura

Chin Inn

21

Singapura

Chew Yow

22

Singapura

Chin Inn

23

Singapura

Chin Inn

24
25

Singapura
Melaka

Sing Bro
Tan Seng Poh

26

Melaka

27

Melaka

28

Melaka

29

Melaka

30

Melaka

31

Melaka

News &
Stationary
News &
Stationary
News &
Stationary
Radio
Malaysia
Majlis
Kebudayan
Persatuan
Peranakan

Hussain bin
Haji Mohd
Said

Vol. 1, 1911, 106 ms*
Panton dondang sayang baba baba peranakan
Vol. II, 1912, 99ms*
Panton dondang sayang baba baba peranakan
Vol. III, 1916, 100ms*
Panton dondang sayang baba baba peraanakan
Vol. IV, 1916, 113ms*
Panton dondang sayang baba baba peranakan
Vol. V, 1916, 117ms*
Encik Bulat – Pantun dondang sayang dengan
cerita berakal BDJ***
Khabar Uchapan Baru, 4 Feb 1926 – 15
Jan 1931
Bintang Peranakan 11 Okt 1930- 13 Jun 1931.
Kabar Slalu 5 Jan 1924 - 15 April 1924
Lim Hock Choon - Malay pantun book
Sri Peranakan 14 May 1932Story Teller 30 Jun 1934Wan Boon Seng - Nyanyian extra-turns &
pantons, kerconchongs, sambols, 1933. 53ms*
Wan Boon Seng - Panton dondang sayang &
nyanyi-an lain-lain, 1931. 60ms*
Wan Boon Seng - Panton shaer Nyai Dacima,
1933. 54ms*
Wan Boon Seng - Shaer peranakan kawin, 1933.
50ms*
Wee Chin Kam - Shaer puji-pujian, 1938. 62ms*
Chia Kim Teck – Panton dondang sayang baba
baba peranakan, vol. I , 1950. 49ms*.
Lim Hock Choon - Panton dondang sayang, Vol.
I, 25ms*
Lim Hock Choon - Panton dondang sayang,
Vol. II. 19??, 99ms*
Lim Hock Choon - Panton dondang sayang,
Vol. IV, 19??, 25ms*
Panton baba peranakan, 199?, 4ms*p.
Dondang sayang – seni tradisi negeri Melaka,
1984.
Pantun dulu-kala peranakan Cina, 1999. 40ms*

7

32

Pulau Pinang

33

Pulau Pinang

34

Pulau Pinang

Cina Malaysia
Criterion
Aboo & Pinch – Inilah shak-yer Checki… 1912,
103ms*
Criterion
Aboo & Pinch – Inilah shakyer Sinyor Layla,
1912. 107ms*
Criterion
Lim H. Louis dll – Penghiboran hati – Malay
songs, 1924. 118ms*
Tp**
Lim Eng Teik – Pantun hiboran, 1966. 84ms*

35 Pulau Pinang
* ms – muka surat
** Tp = tidak diketahui penerbitnya
*** BDJ = Belum dijumpai buku ini.

Kajian ke atas pantun Cina peranakan mesti dibuat dalam konteks sastera Cina peranakan
Negeri-Negeri Selat yang hanya bermula dengan adanya kerja pendokumentasian yang telah
dilakukan Tan Chee Beng dan Claudine Salmon khususnya, dan Oong Hak Ching dan lain-lain
amnya pada 1980an. Dalam kajiannya, Claudine Salmon (1987: 446) telah memberi
pemerhatiannya tentang perkembangan itu dengan mengatakan
“… it is interesting to note this varied selection of works for the year 1889 alone.
It is reminiscent of the beginning of the great Sino-Malay literary movement
which began in Java in about 1880. This even suggests the possibility that the two
movements were connected”.
Dalam rencana itulah juga beliau telah menyatakan persamaan dan perbezaan antara sastera Cina
peranakan di Indonesia dan Tanah Melayu. Antara persamaan itu ialah banyak karya sastera
Cina peranakan dealam bentuk prosa di kedua-dua negara itu adalah ‘terjemahan bebas’
daripada novel di China. Demikianlah yang dicatatkan Wang Boon Seng dalam Chrita Dulukala Bernama Wakang atau Chap Puek Loh Kuen Ong Di Zaman Swee Tiow (Singapore: Wan
Boon Seng, 1931), iaitu “semuanya disalin-kan trus deri Keok-Chek, bukan copy deri buku Java
Romanised Malay.” Senarai karya Chrita Dulu-kala itu boleh dirujuk dalam rencana Ding (2012307-314).
Walaupun bahasa Cina peranakan sudah banyak diperkatakan Blagden (1931), Wilkinson
(1904), Teo Boon Seong & Lim Beng Soon (1999), Pakir (1984 & 1986), Abdullah Hassan
(1974), tetapi beberapa ciri utama tentangnya patut diberi perhatian untuk membolehkan kita
tidak memandang rendah terhadap bahasa itu, yang telah dianggap Drewes (1981), misalnya,
sebagai bahasa rendah. Antaranya ialah bahasa Cina peranakan itu tidaklah standard dalam erti
banyak perubahan telah dilakukan Cina peranakan. Antara sebab utama terjadinya perubahan itu
ialah mereka tidak pernah diajar dan belajar membaca dan menulis bahasa Melayu seperti yang
digunakan orang Melayu elit dan yang terpelajar seperti di sekolah pondok atau sekolah Melayu.
Sebaliknya, pengetahuan Cina peranakan tentang bahasa Melayu adalah sekadar bahasa Melayu
pasar dan bahasa pertuturan yang memang tidak stabil, malah berubah-ubah dari masa ke masa,
dari tempat ke tempat dan daripada seorang penutur kepada seorang penutur yang lain.
Pandangan rendah terhadap bahasa semacam ‘rojak’ itu bukan sahaja kerana ia tidak standard,
malahan seakan-akan sudah rosak dan korup. Lihat contoh perubahan sebutan, ejaan dan struktur
ayat bahasa Cina peranakan dalam ‘Pendahulu-an’ kepada Cherita Rampay Rampay dan Panton
Dondang Sayang (First Edition. Printed and published by Koh & Company, Singapore, 1916):
“Ada pun ini buku di glarkan “Cherita Rampay Rampay” sebab banyak cherita
ada di dalam ini buku dan semua pendek pendek saja, tetapi semua cherita yang

8
memberi NASIHAT, dan kalu sobat sobat membacha tentu menjadi suka dan kalu
simpan di hati tentu mendapat nasihat yang baik…. Dan lagi ada juak di dalam ini
buku satu shair “Si Hong Ann” pasal kapal itu yang tenglam…. Pantun Dondang
Sayang yang bharu pun ada lah juak kita masuk kan sikit dalam ibi buku…. Kita
harapkalu ada apa apa silap dalam ini buku sobat-sobat skalian ma’fkan saja.
KOH & CO. Singapore, August 1916.”
Perubahan-perubahan itu, sama ada sengaja atau tidak, telah dilakukan tanpa menyedari akibat
salah faham, kekeliruan dan juga kebingungan pembaca yang akan timbul daripada perubahan
sebutan (Phoon 1972) selain perubahan makna perkataan yang terlibat (Pakir 1984), misalnya.
Kekeliruan dan salah faham yang dimaksudkan itu sukar dielakkan antara penggunaan perkataan,
misalnya ‘cari’ dengan ‘carik’, ‘lari’ dengan ‘larik’. Yang menarik ialah penggunaan bahasa
Cina peranakan masa itu sudah juga mendapat perhatian daripada Abdullah Munsyi (1966) yang
mengatakan:
“Shahadan akan pun pelajaran segala saudagar-saudagar itu hanya mereka itu
berkehendak bertutur Melayu supaya hendak menjalankan pekerjaan perniagaan
sahaja dan yang ada hendak membaca surat-surat kiriman juga, tiadalah mereka
itu menchari perkataan yang sulit-sulit atau pelek-pelek dan dalam-dalam dan
bahasa kitab-kitab atau raja-raja atau jalan bahasa dalam karang-mengarang
atau dalam shaer-shaer, melainkan dipelajarinya bahasa basahan atau bahasa
psaar… Maka sebab itulah yang mana hujung tiada diketahuinya asal boleh ia
bertutur jadilah: ‘lu’ dan ‘gua’, nikin rumah’, ‘bilang sama ada dia’, dan ‘pergi
dapat itu wang’ dan sebagainya. Asal orang mengerti cukuplah…”
Yang dimaksudkan Abdullah Munsyi dengan kata-katanya Asal orang mengerti cukuplah itu
memang adalah fungsi utama bahasa kita gunakan juga. Tidak kira apa juga sebab perubahannya,
bahasa Cina peranakan tidak wajar dpandang lebih rendah mutunya berbanding bahasa Melayu
standard yang digunakan dalam hikayat Melayu, misalnya, yang ditulis elit Melayu di istana
Melayu. Ini disebabkan bahasa Cina peranakan tidak pernah bersaing dengan bahasa Melayu
standard, selain ia telah berkembang untuk dapat memenuhi fungsi asas bahasa sebagai alat
untuk berkomunikasi, untuk berfikir, untuk perpaduan, untuk membentuk identiti, untuk
menyampaikan isi hati dan buah fikiran, untuk mendapat pendidikan, untuk perniagaan, untuk
pentadbiran dan untuk berhibur, antara banyak yang lain.
Sementara itu, perkara yang tidak kurang menarik berhubung dengan pengembangan bahasa
Melayu di kalangan Cina peranakan masa itu ialah galakan yang diberi editor akhbar Bintang
Timur (6 April 1895) kepada Cina peranakan untuk mempelajari bahasa Melayu:
“… supaya apabila orang Melayu berbahasa melayu yang halus, kita jangan
tinggal bigung, akan tetapi supaya kita bulih mengerti dan menjawab dalam
bahasa Melayu yang halus juga, sebabnya bahasa Melayu itu (ferluh [indah]
skali. Kita yang ada tinggal di Tanah melayu ini mesti mengerti dengan sebenarbenarnya. Tiada bulih kita tahu suratnya, bahasanya wajib kita mesti tahu juga,
sebab peranakan China dalam Sumatra banyak skali yang tahun dalam suratsurat Arab bahasa Melayum, dan jadi mudahlah dia orang membaca berbagai
jenis shair dan hikayat dalam bahasa Melayu itu adanya …”

9
Walau bagaimanapun, sehingga kini belum lagi diketahui bagaimana generasi baru Cina
peranakan seratus tahun dahulu itu pandai memperkembangkan bahasa pertuturan itu menjadi
bahasa persuratan. Sedikit jawapan kepada soalan ini mungkin boleh didapati daripada
pendidikan formal yang mereka terima daripada sekolah mubaligh Inggeris. Generasi baru Cina
peranakan itu hanya tahu membaca dan menulis bahasa Melayu Rumi setelah memasuki sekolah
mubaligh yang berbahasa Inggeris yang dibangunkan kerajaan penjajah Inggeris di bawah
naungan London Missionary Society (O’Sullivan 1988: 45). Masa itu orang Melayu di Tanah
Melayu masih menggunakan tulisan Jawi. Sehubungan itu, sekolah mubaligh Anglo Chinese
College di Melaka, misalnya, menawarkan kursus sepenuh masa selama enam tahun. Sepanjang
tempoh pengajian itu, murid-muridnya telah diajar bahasa Inggeris, bahasa Cina dan akaun.
Semua murid-murid itu dibayar stipend 3 rupee dalam tahun pengajian yang pertama dan 8
rupee pada tahun pengajian yang terakhir. Sistem pendidikan itu dipuji sebagai yang terbaik,
selain satu-satunya yang boleh dimasuki rakyat biasa di Tanah Melayu dewasa itu. Sehubungan
itu, O’Sullivan menambah: “By 1827, the Anglo-Chinese College [in Malacca] was well into its
most productive period of secondary education. …Under the six-years contract, a Chinese
student could expect to read and understand the Chinese classics and read and write the English
language.”. Pujian itu juga disebabkan bahasa Inggeris adalah bahasa berprestij tinggi dalam erti
kata pelajar yang lulus peperiksaan yang ditetapkan itu boleh mendapat kerja sebagai kerani di
jabatan kerajaan kolonial atau di syarikat milik orang Inggeris. Seperkara yang penting ialah
Cina peranakan yang tahu bahasa Inggeris mempunyai status sosio-ekonomi lebih tinggi
berbanding dengan Cina totok dan orang Melayu yang tidak tahu bahasa asing itu. Manfaat
sosio-ekonomi seperti itulah telah menyebabkan lebih banyak anak Cina peranakan dihantar ke
sekolah mubaligh di Negeri Selat berbanding dengan yang dihantar ke China (O’Sulivan 1988),
termasuk Chan Kim Boon yang akan disebut nanti.
Walaupun tidak standard, tetapi bahasa Cina peranakan itu sangat popular. Disebabkan
kepopularannya, pertubuhan dakwa ugama Kristian telah juga menggunakannya untuk
menterjemahkan kitab injil ke dalam bahasa itu dalam kempen mereka memancing Cina
peranakan memeluk ugama Kristian (Rafferty 1984: 263). Contoh terjemahan hims dalam
bahasa Cina peranakan ialah Shair Puji-Pujian oleh Wee Chin Kam (1938). Kepopularan bahasa
itu yang berasaskan bahasa Melayu telah mengalahkan kedudukan bahasa Jawa, Sunda, Bugis,
Makassar, Sasak dan lain-lain yang dipelajari Cina peranakan di Indonesia sehinggakan hampir
kesemua karya sastera Cina peranakan di Tanah Melayu dan Indonesia hanya didapati dalam
bahasa itu. Dalam karya sastera itu ada banyak kata-kata pinjaman daripada dialek Hokkien
khususnya, dan Teochew and Hakka secara am.
Tertarik kepada pantun khususnya dan syair dan gurindam secara amnya, banyak Cina
peranakan boleh berjual beli pantun, sekaligus memperkembangkan dondang sayang ke
peringkat yang lebih tinggi. Sehubungan itu, kehebatan Baba Chia Kim Tek yang pernah diberi
gelaran Raja Pantun Baba juga diketahui telah mengarang Panton Dondang Sayang Baba Baba
Peranakan (1950). Selain mengarang, beliau sering muncul di upacara, pesta atau perayaan
sempena majlis perkahwinan orang muda, harijadi orang tua, hari lahir bayi dan sebagainya yang
diamalkan masyarakat Cina peranakan dahulu dan sehingga kini masih menjadi buah mulut di
kalangan Cina peranakan. Antara contoh pantun dondang sayang yang popular daripada Baba
Chia Kim Tek adalah:
Pulau Pinang tiga persegi
Bertentang dengan tanah seberang

Banyak orang di Bukit China
Tengok Encik Ali menebang kayu

10
Orang berbudi tentu tak rugi
Harapan jugak dikenang orang.
Pergi ke pulau menggali ubi
Singgah ke beting dilayar jugak
Sepuluh kali kita berbudi
Kalau miskin terbuang jugak
Raja di gua jalan ke telok
Cantik halus rupa mukanya
Ibarat buah busuk di pokok
Hilang manis pahit rasanya.
Encik Hasan menetak atap
Atap direndam hujungnya basah
Sekelian jemputan datang mengadap
Bawak gurindam yang halus bahasa.
Putus-putus bertali sumbu
Jatuh ke tanah berciciran
Kalau tidak orang yang sungguh
Tentu tak boleh mendapat jalan.
Anak Burma pergi ke China
Bawak utusan masuk di bandar
Begitu lama belum terkena
Masa sekarang baru kau sedar.

Zaman sekarang ringgit berguna
Budi yang baik terbuang lalu.
Buah cempedak di hutan duri
Jatuh sebiji dimakan ulat
Jikalau tidak bahasa dan budi
Apa guna kaya berdaulat.
Barang di dalam mana letakkan
Kain baju baharu berlipat
Kita mengidam orang matakan
Belum tahu siapa mendapat.
Rentap dayung tarik dayung
Dayung direntap sebelah kiri
Tuan seumpama kemuncak payung
Saya di bawah menjunjung duli.
Rancak gong bunyi rebana
Orang di Kota bangun menari
Antara belum jadi bencana
Baik kita menarik diri.
Kapal masuk berderap-derap
Duduk berlabuh di tepi pantai
Bunga kembang jangan diharap
Tentu tak lama lekat di tangkai.

Selain Chia Kim Tek, pengarang lain yang lebih awal dan juga yang tidak kurang hebat
mereka berpantun dondang sayang adalah Koh Hun Teck yang mengarang Cherita RampaiRampai dan Pantun Dondang Sayang (1916) dan Wan Boon Seng yang mengarang Panton
Dondang Sayang & Nyanyian Lain-lain (1931). Yang menarik ialah banyak pantun dondang
sayang telah juga disiarkan di akhbar Sri Peranakan (1832- ), Kabar Slalu (1924-25), Kabar
Uchapan Baru (1926-27), Bintang Pranakan (Oktober 1929 – Jun 1931) dan Bintang Timur
(1894- ) Sehubungan itu, perlu dinyatakan bahawa pengarangan pantun dondang sayang
hanyalah sebahagian daripada legasi pantun daripada Cina peranakan masa 100 tahun dahulu.
Antara yang berbakat, kreatif, konsisten dan mengkagumkan tidak lain daripada Na Tien Pit,
Siow Hay Yam, Lee Eng Seng, Baba Cheong Tat, Batek, Tan Beng Teck, Soon Seck Kum, Lim
Hock Soon dan Koh Hun Teck. Selain mengarang pantun dan syair dalam bentuk buku, mereka
juga menyiarkan pantun dan syair di akhbar yang disebut tadi. Mereka yang prolifik dan sangat
berbakat itu boleh menandingi kehebatan pengarang Cina peranakan di Indonesia seperti Kwee
Tek Hoey dan Tan Boon Bean, misalnya, yang sudah diberi gelaran “pengarang serba bisa” dan
“pengarang seribu wajah” (Myra Sidharta 1996 & 1996a).
Banyak kisah pahit maung telah dialami Cina peranakan dalam penerbitan buku dan
akhbar. Antara yang dimaksudkan itu ialah hanya beberapa buah antoloji pantun itu mendapat
sambutan yang baik. Misalnya, edisi kedua buku Panton Dondang Sayang Baba Baba
Peranakan, jilid 1 – 5, telah muncul pada tahun 1915 selepas edisi pertamanya pada tahun 1911.
Penjualan laris itu adalah disebabkan strategi promosi pemasaran yang digunakan penerbit, Koh
& Company, di Singapura, yang mengumumkan:

11
“Dengan hormat kita membri tau yang kini buku Panton Tiga Volume kita suda
kluar kan dan sobat sobat semua banyak suda melaku kan yang mana suda di
kluar kan dan sobat sobat ada mintak buku baru lagi, ya-itu kita skrang ini chap
buku yang ka-ampat (Volume 4) dengan berbrapa penat dan lekas. Ini lah
penghabisan nya. Dan jikalu ada pun panton baru lagi, tentu lah lambat lagi baru
bolay di sedia kan… Jikalu ada silap apa apa di dalam ini buku, kita harap seklian
pembacha bolay ma’afkan (Pendahuluan Panton Dondang Sayang Baba Baba
Pranakan, Volume IV, First edition 1916)
Promosi seumpama itu juga telah digunakan dalam buku Lim Hock Soon dengan
penerbitnya menyelitkan kata-kata yang berikut:
“Pantun ini saya keluarkan dari book pantun karangan saorang yang biasa dan
chukop mengerti, dari itu tuan-tuan sekalian janganlah sayang mengeluarkan
sedikit wang buat membeli-nya, boleh di-bilangkan ialah satengah daripada
perkara yang terutama kita simpan saorang satu, buat mehilangkan ronsing dan
susah hati, pada tempoh tuan-tuan kelepasan dari pe-ker-an bersenang-senang diri
berbaring di-kerosi sandar bacha-lah satu persatunya, tuan nanti dapat tahu
bagaimana kebagosan dan kegunaannya’ (Malay Pantun Book, Singapura, 1929).
Memang pemasaran buku adalah duri dalam daging semua penerbit buku dan akhbar sehingga
har ini. Disebabkan masalah kewangan, tidak ada akhbar Cina peranakan boleh bertahan lama.
Akhar Bintang Pranakan yang diterbitkan Wan Boon Seng hanya bertahan sebanyak 34 keluaran
dari 11 Oktober 1930 hingga Jun 1931(Oong Hak Ching 1978). Demikian juga dengan akhbar
Kabar Slalu yang diterbitkan pada Januari 1924 itu hanya bertahan selama 100 keluaran sebelum
ditutup pada 16 Mei 1924 (Salmon 1987: 439). Ia mengalami nasib yang sama seperti akhbarakhbar Cina peranakan yang lain: masalah kewangan berikutan bilangan pembacanya semakin
kurang.
Tidak kira bagaimana sejarah percetakan dan penerbitan Cina peranakan itu bermula
dan bertahan, aktiviti penerbitan buku dan akhbar itu adalah kemuncak literasi dan juga
perkembangan bahasa Cina peranakan di Tanah Melayu. Daripada tahun 1890an sehingga
Perang Dunia II (1939-1945), banyak akhbar Cina peranakan sudah diterbitkan. Demikian juga
dengan buku pantun/ syair dalam bahasa Cina peranakan (lihat rajah 1). Selain itu, banyak juga
novel Cina, Inggeris dan Ferancis sudah disadur ke dalam bahasa Cina peranakan seperti yang
sudah disebut tadi
Beberapa Tokoh Pengarang Pantun Cina Peranakan
Dalam penyelidikan saya tentang sejarah perkembangan pantun Cina peranakan di NegeriNegeri Selat sehingga tahun 2000, sebanyak 45 pengarang pantun Cina peranakan sudah
dijumpai. Tetapi, biodata sebilangan besar mereka tidak diketahui, lebih-lebih lagi yang
menggunakan nama samaran, seperti Fathol, Bateck, Mastari dan Si Tangan Gatal. Antara
pengarang Cina peranakan yang wajar diketengahkan adalah Chan Kim Boon. (1851 - 1920),
yang lahir di Pulau Pinang dan pernah menggunakan nama samaran, Batu Gantung. Beliau
menjadi terkenal setelah menerjemahkan (bukan istilah yang tepat kerana beliau telah menambah
nota kaki, ilustrasi, glosari, puisi dan lain-lain untuk memudahkan pemahaman cerita yang
berkenaan). Ayahnya Chan Yong Chuan adalah pedagang. Semasa kecil, Kim Boon telah
mempelajari bahasa Inggeris di Penang Free School, selain bahasa Cina yang diajar tutor

12
peribadi di rumahnya, seperti yang lazim dilakukan Cina peranakan di Pulau Pinang masa itu.
Setelah meningkat usia belasan tahun, dia telah dihantar ke Fuzhou Naval School di China.
Disebabkan masalah kesihatan, dia tidak dapat meneruskan cita-citanya untuk menjadi pegawai
tinggi dalam tentera laut. Masalah kesihatanlah yang juga telah membuatnya mencari tukang
nujum yang memberitahunya bahawa dia akan mati pada usia 25 tahun. Oleh sebab tidak dapat
meneruskan pengajiannya, tambahan pula dia sangat rindukan emaknya, dia pulang ke Pulau
Pinang untuk bersama emaknya yang sudah menjadi balu. Oleh sebab resah dan jemu menunggu
hari kematiannya, dia merantau ke Singapura pada 1872. Semasa bekerja di Syarikat Aitken &
Rodyk di Singapuralah dia telah menterjemahkan karya sastera Cina yang berikut di masa
lapang:
a. Sam Kok (1892 – 1896),
b. Shuihu Zhuan (1899 – 1902),
c. Xi Hou Ji (1911 –1913),
d. Hong Keow (1891 – 1893),
e. Hnoh Bee Yean (1891 –1892).
Beliau meninggal dunia di Singapua pada usia 69 tahun, iaitu 44 tahun lebih lama daripada usia
25 tahun seperti yang ditilik tukang nujum. Seperti yang disebut tadi, beliau telah menjadi
terkenal setelah “menterjemahkan” Sam Kok, yang telah diterbitkan antara 1892 hingga 1896,
sebanyak 30 jilid dan sebanyak 4,622 muka surat. Kemasyuran namanya dimantapkan dengan
“penterjemahan” karya-karya yang lain itu. Sehubungan itu, kegigihan dan ketabahannya dalam
bidang “penterjemahan” itu telah disanjung Claudine Salmon (1981) yang mensifatkannya
sebagai
‘a most conscientious translater’….He included list at the beginning of several
installments, giving Chinese expressions used in the Malay version, with a
translation or an expression in Malay and sometimes in English too.”
Pengarang Cina peranakan yang lain yang ingin diperkenalkan di sini adalah Na Tian Piet. Dia
lahir di Bengkulu, Sumatera, pada sekitar tahun 1836 (Claudine Salmon 1992). Semasa di Riau,
beliau berulang alik antara Aceh, Deli dan tempat-tempat lain di Sumatera selama beberapa
tahun kerana urusan perdagangan sebelum berhijrah ke Singapura pada tahun 1894. Berugama
Kristian, dia mendapat pendidikan di sekolah di Dutch East Indies. Disebabkan latar belakang
pendidikannya, maka bahasa yang digunakannya berbeza daripada pengarang Cina peranakan di
Negeri-Negeri Selat (Salmon 1987: 454). Semasa di Singapura, dia mengirim pantun dan
syairnya untuk disiarkan di akhbar berbahasa Melayu di Jawa, khususnya Pemberita Betawi dan
Bintang Timur dengan menggunakan nama samarannya, Pena Langit. Dia juga bertugas sebagai
koresponden di syarikat akhbar Pemberita Betawi. Dalam Shaer Kiriman Kapada Mektaib
Dinegri Palembang (Bintang Timor, 13 Disember 1894), dia membayangkan telah menulis
kepada Bintang Timor di Singapura ketika masih tinggal di Palembang:
Umor panjang beta bersebda,
tuan mekatib di Palembang ada,
jangan-lah tuan berhati gonda,
apa perkara di hati sudah.
Seperti pengarang lain, dia juga rapat dengan raja, maka banyak mengetahui pentadbiran Sultan
Abu Bakar di Johor Baru. Karyanya yang paling terkenal ialah Shaer Almarhoean Beginda

13
Sultan Abubakar di Negeri Johor, yang diterbitkan pada 1896. Buku setebal 200 halaman
dengan 1,380 rangkap syair itu menceritakan majlis perkahwinan puteri Sultan Abu Bakar pada
tahun 1894 yang disaksikannya sebagai tetamu undangan pihak istana. Majlis perkahwinan itu
diceritakan di celah-celah kisah Sultan Abu Bakar yang lain, yang kemudiannya gering, dan
mangkat dengan disusuli upacara perkebumian pada tahun 1895. Dia menyatakan kisah Sultan
Abu Bakar itu ditulis sebagai amanah untuk menjaga tradisi adat Diraja. Selain itu, hubungan
peribadinya dengan istana dan raja telah secara langsong membuatnya lebih dihormati di Johor
Baru. Penghormatan itu telah juga membuatnya diberi mandat untuk menceritakan hal-hal yang
disampaikannya. Sehubungan itu, Claudine 1987) mendapati karya itu telah memberi “a faithful,
detailed and realistic description”.
Ulasan tambahan daripada Claudine terhadap karya itu
adalah:
“He gives extremely lively and detailed account of the wedding ceremony of the
daugher of Sultan Abu Bakar and the grandiose funeral of Sultan Abu Bakar. This
syair gives an insight into the possible links between the China peranakan and the
Malay Sultans. It also provides information on the pomp and tastes of the
princesses at the end of the 19th century’. (1987:454)
Seterusnya ingin diperkatakan pengarang Cina peranakan yang lain yang prolific, Siow
Hay Yam, yang juga terkenal sebagai penterjemah, penulis pantun dan syair. Legenda Cina Sam
Pek Ing Tai yang diterjemahkannya telah disiarkan di Kabar Slalu dari Januari hingga April
1924. Selain menulis dan berkarya, dia juga pernah dilantik sebagai setiausaha di Chinese
Directory and Press Ltd, Singapura. Sehubungan itu, dia juga telah berkongsi dalam menerbitkan
Kabar Uchapan Baru (1926) dan Kabar Bintang Timur News (1930), setelah akhbar Kabar
Slalu ditutup.
Seorang lagi pengarang Cina peranakan yang lahir di Indonesia, dan menerbitkan karyakaryanya di Negeri Selat ialah Lim Hock Chee. Lahir di Aceh, dia adalah penyaer dan juga
penterjemah. Dia telah menterjemahkan Wanhua Lou (maknanya Astaka 10,000 Bunga)
(Salmon 1987: 38), selain menggubal Buku Sahyer Dan Pantun Melayu, Sahyer Burung, Sahyer
Mimpi dan Sahyer Malam Siang, S’klian Bunga DiRancak jadikan satu Panyanyi-an Sahyer
Buat Penghiboorkan Hati (Singapore: Denodaya Press, 1890).
Selain itu, pengarang Cina peranakan Negeri Selat yang lain yang mengarang pantun,
membuat terjemahan dan juga penerbit adalah Wan Boon Seng. Lahir di Singapura, dia
menggunakan nama samaran Panah Pranakan untuk karyanya di akhbar Bintang Pranakan
(1931) dan Sri Pranakan (1932), selain nama samaran Ber To Song-soo dalam menterjemahkan
Ow Liat Kok Chee (1931). Dia adalah tokoh Cina peranakan yang bersungguh-sungguh
memperkembangkan kebudayaan Cina peranakan, selain pernah berkongsi dengan Goh Cheng
Lim, yang mempunyai bisnes besar dalam perkapalan, dan juga mantan pengarah Malaysia
Advocate, dalam melancarkan akhbar Kabar Slalu pada Januari 1924 (Salmon 1987: 439).
Pengarang Cina peranakan lain yang diketahui serba sedikit biodatanya adalah Tan Beng
Teck. Dia ialah pengarah syarikat Chip Hock Co yang khusus memperdagangkan minuman keras
dan makanan sebelum merantau ke Jepun. Sekembalinya dari Jepun, dia menjadi peniaga yang
pertama di Singapura mengimport barangan dari Jepun. Tetapi, bisnsenya tidak berjaya. Dia juga
adalah penterjemah (Salmon 1987: 445).
Pengarang Cina peranakan yang lain yang hanya diketahui namanya ialah Tan Hin Liang.
Lahir di Singapura pada 1865, dia pernah menggunakan nama samaran Tan Bulat. Selain itu,
siapa pula Lee See Fah yang telah menerbitkan pantun dan syairnya dengan menggunakan nama

14
samaran Lucifer di akhbar Bintang Timur dan Kabar Slalu? Siapa pula Nai Chun, Bertie
Amstrong dan Rev A. Lamont? Sampai di sini ingin dinyatakan bahawa tidak kira siapa mereka
yang lain-lain itu, sumbangan setiap orang itu bukan sekadar membuka mata kita kepada
kehebatan mereka masing-masing, tetapi juga peranan mereka telah mewajarkan pihak yang
berkuasa di Malaysia untuk menambah satu bab baru dalam buku sejarah perkembangan sastera
di Tanah Melayu. Mereka bukan sahaja juru cakap masyarakat yang berkenaan, tetapi juga
adalah perintis penghubung kebudayaan Cina peranakan dengan kaum peribumi di Tanah
Melayu. Di dalam tangan merekalah telah berlaku Malaysianization of Chinese literature dan
Chinesization of Malay literature sekitar seratus tahun yang lalu
Singapura, Sebagai Pusat Baru Kebudayaan C Peranakan
Penumpuan penebit di bandar-bandar besar, terutamanya Singapura bukan sahaja kerana di
situlah tumpuan kegiatan ekonomi, tetapi juga di situlah terentangnya jaringan perniagaan dan
komers yang dikehendaki semua peniaga, justru sudah mempunyai teknologi percetakan,
kemudahan pengangkutan dan prasarana komunikasi, lebih-lebih lagi agen pemasaran dengan
lebih baik dari tempat lain, maka membolehkan buku dan akhbar yang diterbitkan dapat
disebarkan dengan lebih cepat dan lebih luas ke tempat-tempat lain di Tanah Melayu, Indonesia,
British North Borno and Sarawak (Song Ong Siang 1923; Bogaars 1955; Ng Chin Keong 1983).
Daripada segi perangkaan, lebih banyak buku dan akhbar Cina peranakan telah diterbitkan di
Singapura berbanding dengan Melaka atau Pulau Pinang (lihat rajah I) dan juga dokumentasi
Proudfoot (1986 & 1993). Dari segi demografi, sepanjang era penjajahan Belanda di Melaka,
bilangan Cina peranakan di Melaka telah berkurang daripada 2,161 orang pada tahun 1750
kepada 1,006 orang pada tahun 1817. Pengurangan itu disebabkan perpindahan mereka ke
Singapura dan Pulau Pinang (Rudolph 1998: 93 memetik Bradell 1861 dan Hoyt 1993:24). Yang
lebih menarik ialah keadaan hidup Cina peranakan di Singapura sudah bertambah baik dari masa
ke masa. Peningkatan taraf hidup itu besar peranannya dalam mengembangkan kegiatan sastera,
seni dan budaya. Sehubungan itu, Claudine Salmon (1987: 444) mengatakan sudah ada
sembilan buah penerbit buku Cina peranakan di Singapura sekitar tahun 1889. Penerbit buku itu
boleh juga dianggap yang paling awal di kota raya itu. Antaranya ialah Poo Wah Hean Press,
Koh Yew Haan Press, Kim Sek Chye Press and the Mercantile Press. Sementara itu, penerbit
yang menjadi buah mulut Cina peranakan di Negeri-Negeri Selat dan tempa lain masa itu ialah
Koh & Company, yang sudah menerbitkan lima jilid Pantun Dondang Sayang Baba Baba
Peranakan pada 1911. Selain itu, kesemua syarikat akhbar Cina peranakan juga terletak di
Singapura. Buku dan akhbar yang diterbitkan di kota itu telah diedarkan ke kedai runcit dan
kedai buku di tempat lain, termasuk Kelang, Ipoh, Taiping, Kuching di Tanah Melayu, dan juga
Phulet di Thailand. Di Singapura sahaja sudah ada kedai buku Tan Tiow Swan yang juga
menyiarkan iklan buku dan akhbar yang boleh dibeli atau disewa. Selain itu, pihak akhbar Story
Teller juga menyediakan boring pesanan buku untuk memudahkan orang ramai membeli buku
dan melanggan akhbarnya. Rujuk iklan dan borang pesanan buku dalam buku Ding (2008: 196197, 209).
Sampai di sini ingin dinyatakan bahawa sekiranya pemusatan wang, jaringan
perdagangan dan bisnes di tangan peniaga Cina peranakan itu telah membolehkan mereka
menembusi pasaran baru untuk menjual barang-barang, tetapi pemasaran buku dan akhbar tidak
boleh dilakukan sedemikian. Sekalipun ada orang Melayu, Belanda dan Inggeris membeli buku
dan akhbar Cina peranakan, tetapi sasaran penerbitan Cina peranakan adalah Cina peranakan
sendiri memandangkan isi kandung dan bahasa yang digunakan. Masalahnya sekarang ialah

15
pasaran itu pula terbatas kepada Cina peranakan yang tahu bahasa Cina peranakan yang amat
berbeza daripada bahasa Melayu. Kalau demikian, pembaca buku dan akhbar Cina peranakan
masa itu tentulah kecil. Sebabnya ialah kebanyakan Cina peranakan yang tua dan yang ada masa
lapang untuk membaca, tetapi tidak tahu membaca. Sebaliknya, generasi muda Cina peranakan
yang tahu membaca tetapi tidak ada masa untuk berbuat demikian, kerana mereka dikehendaki
mencari nafkah hidup dan sibuk. Selain itu, kaum wanita yang ingin membaca, tetapi tidak tahu
membaca kerana maslaah buta huruf, selain sibuk mengurus rumah tangga, memasak, menyulam
dan lain-lain kerja yang difikirkan lebih penting. Dengan kata lain, bilangan pembaca yang
sedikit itulah sasaran utama penerbitan masa itu. Disebabkan kekangan seperti itu, maka bukan
sahaja penerbitan akhbar tidak boleh bertahan lama, tetapi juga tidak banyak buku dapat
diterbitkan. Pendek kata, sejak awal-awal lagi bilangan kecil pembaca Cina peranakan adalah
duri dalam daging penerbitan akhbar Cina peranakan. Masalah itu bertambah serious lagi
berikutan akhbar Cina peranakan dalam bahasa Cina peranakan terpaksa bersaing dengan akhbar
Cina peranakan dalam bahasa Inggeris yang juga diusahakan Cina peranakan yang sama,
termasuk Song Ong Siang. Namun demikian, kelab, persatuan, perpustakaan dan juga kedai
menyewa buku boleh menolong membuka sedikit pasaran penerbitan buku dan akhbar Cina
peranakan yang sempit itu. Antara persatuan di Singapura yang telah disenaraikan Clammer
(1980: 73) adalah ‘the Straits Chinese British Association, Straits Chinese Recreation Club,
Straits Chinese Reading Club, Straits Chinese Litterary Association, Chinese Christian
Association’. Kepada senarai itu wajar ditambah Persatuan Baba Nyonya, seperti The Gunung
Sayang Association of Singapore yang ditubuhkan pada 1910 dan lain-lain di Melaka dan Pulau
Pinang, selain Kheng Tek Whay (Yao 1982: 215).
Tenggelamnya Kegemilangan Kebudayaan Kerana Perang
Sepanjang era penjajahan British, Cina peranakan berpihak kepada kerajaan British. Sikap proBritish itu bukan sahaja menguntungkan mereka, tetapi juga menguntungkan pentadbiran British
masa itu dari segi ekonomi, sosial dan politik (Yao 1982: 211). Di sini ingin ditambah bahawa
kejayaan sosio-ekonomi Cina peranakan masa itu juga disebabkan mereka pandai menyesuaikan
diri dengan persekitaran baru di Alam Melayu, selain diberi peluang keemasan oleh penjajah
Inggeris untuk berniaga, berdagang dan merokai kegiatan lain, setelah mereka diterima dengan
baik oleh masyarakat Melayu. Sampai di sini ingin diulangi pendapat Clammer (1980:1) yang
menyatakan:
“Baba culture is a rare and beautiful blend of the dominant elements of the
Malaysian and Singaporean cultural traditions – Chinese, Malay and English.
But the result of this blending is not simply a random mixture, a potpourri of bits
and pieces. It is a genuine synthesis – something which not only incorporates but
also transcends the component parts out of which it springs.”
Perkembangan lain yang menarik ialah an