Pemanasan Global dan perubahan moral

PENGENALAN
Dalam era globalisasi ini, isu pemanasan global merupakan suatu isu yang paling hangat
dibincangkan oleh masyarakat antarabangsa, yang sedang berusaha untuk menangani masalah
ini. Pemanasan global, atau lebih di kenali sebagai “Global Warming” pada komuniti
antarabangsa, berlaku apabila suhu bumi mula meningkat akibat peningkatan konsentrasi gas-gas
di atmosphera. Yang menakutkan para ahli sains dan badan-badan kerajaan sedunia ialah kadar
peningkatan suhu di atmosfera yang sedang meningkat secara drastik sejak tahun 1980-an.
Sebenarnya pemanasan global ini berlangsung sejak beratus-ratusan tahun lalu, tetapi
pada masa itu, ia tidak seteruk atau sepantas zaman sekarang. Ramai orang beranggap bahawa
“Global Warming” muncul secara tiba-tiba dan mereka tidak mengambil berat untuk mengetahui
atau memperolehi infromasi mengenai masalah ini. “Global Warming”, yang tidak diketahui
orang ramai, telah di beri perhatian and direkodkan seawal tahun 1958, apabila beberapa ahli
sains dapat mengenalpasti kandungan karbon di atmosfera sedang meningkat, dan oleh itu dapat
mengesahkan bahawa suhu bumi serta gas-gas rumah kaca / hijau meningkat. Pada tahun 1980an pula ahli sains lagi sekali dapat memastikan bahawa kelajuan peningkatan suhu bumi dan
kandungan gas-gas rumah kaca / hijau meningkat dengan kadar yang lebih laju dan dengan kadar
yang menakutkan berbanding dengan tahun- tahun berikutnya.
Selain gas karbon yang menduduki atmosfera bumi kita, terdapat gas metana (CH4), yang
di hasilkan dalam bidang pertanian dan perternakan binatang, serta nitrogen oksida (NO) dan
CFC, yang dibebaskan dengan penggunaan penghawa dingin dan beberapa barangan elektronik
yang lain. Kumpulan gas-gas ini yang semakin bertambah menyebabkan kita, masyarakat dunia,
mengalami perubahan iklim yang tidak tertentu.


Ada bahagian suhu bumi yang bertambah panas dan ada bahagian yang bertambah sejuk
berdasarkan skala yang dikenali sebagai “radiative forcing”. Skala “Radiative forcing” dapat
menentukan yang iklim akan bertambah panas atau sejuk. Skala Positif menunjukan bahawa
bertambah panas, manakala negatif pula menunjukan bertambah kesejukan. Jika dibandingkan
suhu setempat lima tahun dahulu, dengan sekarang, ia boleh dikatakan sah bahawa suhu pada
masa ini adalah 3 kali ganda teruk berbanding tahun-tahun yang lalu. Ini boleh memudaratkan
nyawa serta menyebabkan pelbagai komplikasi, seperti kenaikan permukaan air laut di
sesetengah tempat dan di tempat lain bolehnya berlaku kekurangan air. Kepupusan haiwan juga
merupakan salah satu komplikasi yang dialami akibat “Global Warming”.
Fenomena ini berlaku akibat ketidakan tanggunjawab manusia, dan yang menderita
sekarang adalah manusia. Pembakaran terbuka, pencemaran kimia, perlepasan karbon dan gasgas lain merupakan perbuatan manusia, walaupun mereka tidak tahu kesannya pada masa itu.
Tetapi sekarang, kita perlu berusaha lagi untuk mengubah and mengatasi masalah ini boleh
dikatakan mustahil, kerana ia tiada penyelesaian yang magiks atau senang! Walaupun kita tidak
boleh menghilangkan masalah “Global Warming” ini, kita sebernarnya boleh mengurangkan
kesannya supaya generasi-generasi akan datang boleh hidup dalam dunia yang stabil dan
sempurna.
Terdapat berberapa negara yang bersetuju melaksanakan Protokol Kyoto, sebagai satu
langkah untuk mengurangkan kesan kepanasan global. Malaysia merupakan salah satu negara
yang giat melaksanakan protokol ini yang dikatakan mengurangkan emisi karbon dan gas-gas

lain bagi mengurangkan suhu muka bumi. Setiap negara yang setuju melaksanakan protokol ini
harus memastikan negara mereka tidak membebaskan gas-gas serta menguatkuasakan peraturan
bagi bidang industri untuk mengurangkan pembebasan gas. Selain itu, Negara lain seperti Rusia,

Amerika Syarikat, Jepun dan beberapa buah negara lagi turut berjanji untuk melaksanakan di
negara masing-masing bagi menghadapi masalah ini.
Tetapi jika kerajaan sahaja yang mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini, ia
tidak akan membawa banyak perubahan. Masyarakat perlu giat melakukan tanggungjawab
mereka dan memainkan peranan mereka untuk mengatasi pemanasan global ini. Masalahnya,
mereka masih tidak faham atau hendak mengambil tahu mengenai kesan-kesan pemanasan
global terhadap generasi keluarga mereka yang akan datang. Oleh itu, kita perlulah mengambil
berat dan memastikan orang ramai di didik mengenai masalah ini serta memupuk semangat
tanggungjwab untuk mengurangkan kesan “Global Warming” ini.
Para saintis menjangka jika masyarakat sedunia menjalankan tanggungjawab masingmasing, suhu bumi akan kembali neutral pada tahun 2050.
Sebelum mengambil langkah –langkah untuk mengurangkan “Global Warming”, rakyat
perlu diberi kesedaran mengenai faktor-faktor dan kesan-kesan ia berlaku. Apa yang perlu
diingati, ialah kesan-kesan “Global Warming” ini akan dihadapi oleh generasi akan datang, jadi
kita perlu melengkapkan diri dengan informasi yang secukupnya untuk mengurangkan masalah
ini.


Faktor-faktor pemanasan global
Seperti yang dikatakan sebelum ini, pemanasan global merupakan masalah yang sangat
serius yang dihadapi oleh semua benda hidup di bumi ini. Jadi, apakah faktor faktor pemanasan
global ini? Menurut saintis-saintis di sekeliling dunia ini, pemanasan global mempunyai dua
punca: Punca semula jadi dan punca aktiviti manusia.
Pertamanya, pemanasan global merupakan proses semula jadi. Ini adalah kerana
pemanasan global merupakan proses perubahan iklim yang dijalankan sejak bumi dilahirkan.
Contoh-contoh penyebab pemanasan bumi yang semula jadi termasuk letupan gunung api di
sekitar bumi kita. Letupan gunung berapi melepaskan gas-gas ke atmosfera bumi ini,
termasuklah gas karbon dioksida, karbon monoxida, dan sebagainya. Gas-gas rumah hijau adalah
gas yang “menyerap” haba di atmosfera bumi kita, dan bila gas-gas hijau bertambah banyak di
atmosfera kita, ia akan memerangkapkan “haba” di atmosfera kita, dan jadinya, menyebabkan
suatu fenomena dipanggil “kesan rumah hijau”.(menyebabkan bumi kita menjadi semakin panas)
Juga, pelepasan gas metana dari sumber-sumber semula jadi memainkan peranan yang
besar dalam fenomena pemanasan global ini. Ini adalah kerana gas metana ini merupakan antara
satu jenis gas-gas rumah hijau.Menurut penyelidikan oleh saintis, gas metana boleh menyerap
haba 20 kali lebih dari gas karbon dioksida. Semua hidupan di bumi ini melepaskan gas metana,
contohnya, najis dan air kencing yang dihasilkan oleh haiwan dan manusia melepaskan gas
metana ini.
Seterusnya, Kebakaran hutan juga menyebabkan kelepasan gas-gas karbon dioksida.

Selain daripada itu, kebakaran hutan menyebabkan kekurangan pokok yang menyerap karbon
dioksida itu untuk proses photosintesis. Tambahan pula, Pertumbuhan pokok juga memerlukan

masa yang lama. Oleh sebab itu, gas-gas rumah hijau semakin bertambah dan pemanasan global
menjadi semakin serius.
Walaupun fenomena pemanasan global ini merupakan proses semula jadi, proses ini telah
dipercepatkan oleh kegiatan manusia. Dengan aktiviti-aktiviti yang digiatkan oleh manusia,
jumlah gas-gas rumah hijau yang dilepaskan ke atmosfera bumi bertambah secara mendadak.
Kegiatan seperti industrialisasi dan aktiviti pertanian merupakan antara punca pemanasan global
yang bukan semula jadi.
Pertamanya, industrialisasi yang dijalankan oleh manusia memerlukan pengunaan bahan
api fosil. Sejak revolusi perindustrian yang dijalankan pada abad ke-16, iklim bumi telah
mengalami perubahan yang besar akibat pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil
melepaskan pelbagai jenis gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, nitrus oksida, dan
sebagainya. Di zaman yang moden ini, industrialisasi merupakan komponen yang sangat penting
dalam memaksimumkan produksi dalam negara. Contohnya, di Amerika Syarikat sahaja, lebih
daripada 71 peratus kuasa elektrik dijanakan dengan penggunaan bahan api fosil, dan akibatnya,
mencepatkan kadar pemanasan di bumi ini. Oleh itu, industrialisasi merupakan faktor-faktor
utama pemanasan global ini.
Seterusnya, penciptaan kereta motor oleh “Karl Benz” telah merevolusikan mod

transportasi manusia. Tetapi, dalam zaman moden ini, hampir setiap keluarga memiliki sebiji
kereta. Oleh itu, penjanaan gas-gas rumah hijau bertambah banyak, kerana kereta bermotor
memerlukan bahan api seperti petroleum untuk berfungsi. Bertambah pula, lebih banyak orang
pada zaman ini membeli kereta peribadi. Sebagai contohnya, satu keluarga memiliki 3 kereta
peribadi. Ini menyebabkan penggunaan bahan api yang berlebihan.

Kegiatan pertanian serta kegiatan perternakan haiwan juga merupakan salah satu faktor
untuk fenomena pemanasan global ini. Ini adalah kerana aktiviti pertanian ataupun kegiatan
perternakan haiwan menghasilkan gas-gas rumah hijau seperti gas metana. Sebagai contoh,
haiwan-haiwan yang diternak di ladang – ladang akan menghasilkan najis serta air kencing yang
melepaskan bau yang busuk, iaitu gas metana. Kegiatan pertanian juga memainkan peranan yang
besar dalam fenomena “pemanasan global” ini, kerana, untuk menjalankan aktiviti pertanian,
peladang perlu menebangkan pokok-pokok untuk membuat ruangan. Tanpa pokok-pokok
tersebut, gas-gas rumah hijau akan berterus bertambah.
Aktiviti penebangan pokok juga salah satu faktor yang menyebabkan pemansan global.
Ini adalah kerana pokok memainkan peranan dalam menyerapkan gas-gas rumah hijau seperti
karbon dioksida. Oleh sebab itu, tanpa pokok untuk menyerap karbon dioksida yang berada di
atmosfera bumi kita, karbon dioksida yang terus berada di atmosfera bumi akan terus
menyumbang kepada fenomena pemanasan global ini.
Pengunaan benda-benda yang mengandungi gas klorofluorokarbon (CFC), juga

mencepatkan pemanasan global. Ini adalah kerana CFC ini bukan sahaja salah satu gas-gas
rumah hijau, CFC boleh menipiskan lapisan ozon kita, dengan penipisan lapisan ozon, sinar
matahari akan menembusi ke bumi tanpa penapisan, akibatnya bumi akan menjadi lebih panas.
Produk-produk yang mengandungi CFC termasuk peti sejuk, aerosol dan sebagainya.

Penambahan populasi manusia di bumi ini juga merupakan faktor untuk pemanasan
global ini. Ini adalah kerana, apabila populasi manusia bertambah, permintaan untuk makanan
serta barangan-barangan penting dan sebagainya juga bertambah. Ini menyebabkan manusia
mengosongkan lebih pokok untuk aktiviti pertanian. Penambahan permintaan terhadap baranganbarangan juga bermakna perningkatan dalam bilangan industri, dan pengunaan transportasi
seperti kereta dan sebagainya.
Dengan peningkatan populasi manusia, kadar pembuangan sampah ke tapak pelupusan
juga bertambah. Sampah sarap yang dikumpul di tapak pelupusan menghasilkan gas metana
sebab proses “decomposition” ataupun pelupusan. Sebagai contoh, sampah sarap menghasilkan
sesuatu bau yang busuk selepas masa yang tertentu, bau tersebut ialah gas metana. Konklusinya,
dengan penambahan pembuangan sampah oleh masyarakat manusia, gas metana yang dihasilkan
juga meningkat.
Seperti haiwan-haiwan dan hidupan yang berada di bumi ini, spesies manusia juga
menghasilkan gas-gas rumah hijau. Ini adalah kerana sistem pernafasan manusia memerlukan
oksigen dan mengeluarkan gas karbon dioksida. Dengan penambahan populasi manusia, jumlah
gas-gas karbon dioksida yang dihasilkan bertambah juga. Jadi, dengan kekurangan pokok-pokok

yang menyerapkan gas-gas rumah hijau, proses pemanasan global dicepatkan akibat penambahan
karbon dioksida ini.

Kesan-Kesan Pemanasan Global
Pemanasan global telah memyebabkan bumi mula mengalami peningkatan suhu panas.
Akibat ini menjadikan penyebab utama iklim dunia menjadi semakin kucar-kacir. Bagi
kebanyakan orang perubahan iklim dan pemanasan global bukan sahaja menganggukan
kesihatan diri dan flora- fauna , Ia juga menganggukan sistem ekonomi seluruh dunia . Walau
bagaimanapun , kesan pemanasan global jauh lebih mendalam dan akan meninggalkan kesan –
kesan kepada generasi yang seterusnya dan kesemua penduduk dunia.
Bencana alam seperti taufan , banjir dan cuaca panas adalah kesan-kesan yang
dikeluarkan oleh Pemanasan Global. Menurut berita yang dikeluarkan oleh surat khabar bahawa
peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih daripada satu juta orang di seluruh dunia sejak
dari tahun 2000 sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Kes yang berlaku di
Louisiana disebabkan oleh bencana alam yang dinamakan Taufan Katrina ,belum dapat
dipastikan adakah Taufan Katrina mempunyai hubungan dengan pemanasan pemanasan global,
tetapi ada indikasi bahawa pemanasan global akan menghasilkan taufan dengan kategori 5 dan
Katrina hanya Kategori 4 ketika menghentam Louisiana. Pemanasan global akan menjadikan
taufan lebih ganas dengan menaikkan permukaan laut, yang mengakibatkan banjir pantai yang
lebih serius.

Selain daripada itu, kesan – kesan pemanasan global juga meningkatkan paras air laut
sedunia, kenaikan paras air laut bukan sahaja akan penyebab banjir, ia juga akan mengancam
tapak warisan dan sejarah yang ada seperti : di Belanda, warisan terutamanya terletak
berhampiran pantai dan mengalami risiko tinggi untuk ditenggelami air. Keadaan ini disebabkan
oleh perubahan permukaan laut ketika terjadi pemanasan global, sehingga bandar-bandar

pesisiran akan ditengelami oleh banjir. Beberapa puluhan bandar di dunia, termasuk London dan
New York, sudah mengalami banjir pada akhir abad ini.
Menurut kajian, pemanasan global akan meningkatkan permukaan air laut lebih cepat
daripada yang dianggarkan sebelumnya. London akan hilang tenggelam pada 2100 dan juga
sekurang-kurangnya 2,000 pulau-pulau kecil di seluruh kepulauan Indonesia akan menghilang
pada tahun 2030 sebagai akibat dari pemanasan global yang berlebihan dan lain kegiatan yang
merosakkan lingkungan. Indonesia telah kehilangan 24 dari lebih kurang 17,500 pulau.
Pemanasan Global juga akan menyebabkan permulaan kebakaran hutan-hutan .
Contohnya, kes hutan-hutan pembakaran dalam indonesia adalah sebab kenaikan suhu daerah .
Kebakaran tersebut akan menyebabkan jerebu dan memberi kesan kesihatan seseorang
terutama kepada golongan tertentu yang berisiko tinggi iaitu kanak-kanak,orang tua ,perokok dan
sesiapa yang sentiasa berkerja di luar bandar. Golonggan penyakit seperti Asma, Bronkitis,
Radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, penyakit jantung dan alahan. Peningkatan
suhu dunia juga akan meningkatkan risiko penyakit berjangit memudahkan penyakit merebak. Ia

juga akan menyebabkan tanah-tanah hilangkan pokok akar yang berpaut dan akan menyebabkan
bencana alam tanah runtuh.
Pemanasan Global akan menyebabkan kesukaran untuk mendapat bekalan air bersih
dan mendedahkan orang ramai kepada air yang dicemari pelbagai jenis kuman. Kesihatan diri
sudah pasti akan terancam jika air tercemar digunakan sebagai air minuman, memasak,
membasuh atau membersihkan diri. Bilangan kes cirit-birit , taun dan pelbagai penyakit bawaan
air dilihat meningkat dengan mendadak ketika musim banjir. Situasi ini diburukkan lagi dengan
peningkatan penyakit bawaan nyamuk akibat pembiakan nyamuk di dalam tompokan air

bertakung yang ditinggalkan arus banjir. Takungan air ini menjadi tempat strategik untuk kuman
yang pantas membiak kerana mendapat bekalan makanan yang cukup dari tumbuhan dan
bangkai haiwan yang mereput.
Pemanasan global dapat menyebabkan spesies kecil lebih besar .Pengkajian telah
menbuat analisi bahawa pada massa badan ikan dan bakteria dalam ekosistem Eropah ,datang
hanya beberapa minggu setelah pengkaji melaporkan bahawa haiwan domba di Pulau scotland
menyusut kerana keadaan panas.Kajian tersebut menunjukan bahawa spesies individu kehilangan
rata-rata 50 persen dari massa tubuh mereka selama 30 tahun.Populasi ikan akan semakin
dipengaruhi , ikan besar semakin kurang.Suatu faktor yang juga dapat mempengaruhi populasi
ikan. Meskipun demikian para pengkaji mengatakan ia juga boleh mengubah rantaian makanan,
dengan keperluan pemangsa terutama dipengaruhi oleh kurangnya mangsa.

Dari aspek ekonomi , global pemanasan juga dapat meningkatkan jumlah terorisme .
Pemanasan global akan mendorong migrasi massa dan menciptakan tempat berkembang biak
bagi teroris. Orang-orang cenderung untuk melarikan diri dari ketidakstabilan negara, dan
beberapa mungkin menyertai terorisme.Menurut Ketua Dewan Intelektual Nasional di AS,
ekonomi negara penerima pelarian bertambah merosot akibat kemasukan pelarian dan pelarian
menjadi penyebab iklim yang panas.Ekonomi negara yang menerima pelarian bertambah
merosot akibat kemasukan pelarian dan pelarian menjadi penyebab iklim yang panas.Tekanan
pada negara-negara yang menerima pelarian, banyak di antaranya tidak mempunyai sumber yang
cukup . Jumlah kemiskinan juga akan semakin bertambah sebab ekonomi negara sudah jadi
semakin tidak stabil .Kadar pengangguran ,kes-kes jenayah dan perompakan juga akan
meningkat dari sebab ekonomi negara . Keselamatan masyarakat juga kaan dipengaruhi oleh
sebab peperangan antara negara untuk mendapatkan sumber utama

Cara cara mengatasi Global Warming
Walaupun manusia mempunyai kuasa yang boleh menghapuskan planet ini, ia juga
mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan mengekalkan planet ini. Oleh itu, Global
Warming adalah suatu kesusahan kepada masyarakat pada hari ini. Berikut adalah cara-cara
untuk mengurangkan dan meminimumkan Global Warming.
Masyarakat haruslah dimaklumkan tentang pemanasan global adalah langkah yang
keutamaan. Pemanasan global telah mengganggu berjuta-juta nyawa dan menyebabkan

kehilangan habitat. Secara peribadi, ia akan mengubah gaya hidup masyarakat. Masyarakat yang
berpendidikan akan memberitahu orang lain dan memberi inspirasi kepada perubahan.
Contohnya, masyarakat patut diajar tentang proses 3R (Reduce, Reuse, dan Recycle) sejak kecil
lagi dengan menumbuhkan tabiat yang baik. Rakyat patut membeli produk yang mempunyai
pembungkusan yang minimum yang dapat membantu mengurangkan sisa-sisa. Salah satu contoh
yang mengurangkan sisa-sisa adalah daripada kitar semula kertas, plastik, surat khabar, kaca dan
tin aluminium. Dengan mempunyai proses kitar semula, separuh daripada buangan isi rumah
boleh mengurangkan 2400 pounds karbon dioksida setiap tahun. Manakala warganegara
membeli barang-barang bungkusan yang minimum dapat mengurangkan sampah dan
menjimatkan 1200 pounds karbon dioksida dan RM1,000 setiap tahun.
Selain itu, bagi mereka yang bercadang untuk membeli kenderaan patut memilih
kenderaan yang cekap, seperti hibrid dan plug-in hibrid yang menggunakan gas yang kurang
serta menjimatkan bahan api. Dalam jangka masa yang panjang, kereta tersebut akan
menjimatkan kira-kira RM3,000 dalam kos bahan api. Masyarakat harus membanding-kan
prestasi ekonomi bahan api sebelum memproseskan bayaran.

Disamping itu, masyarakat juga boleh memilih salah satu yang menawarkan pulangan
yang berbaloi. Contohnya, bagi pemandu-pemandu yang memandu pintar daripada menyimpan
tayar betul melambung mempunyai penggunaan petrol di seluruh negara akan menurun 2
peratus. Oleh itu, sebuah tune-up dapat memperkukuhkan kilometer per galon daripada 4
sehingga 40 peratus, penapis udara baru boleh menambahkan 10 peratus lebih kilometer segelen.
bagi mereka yang tidak mungkin kecuali di memandu, melalui belajar mengenai
penyelenggaraan kereta yang betul juga dapat menjimat bahan api dan wang.
Selain itu, rakyat negara-negara hendaklah mengubah gaya memandu-nya. Menukar gear
pada kelajuan enjin yang lebih sederhana mampu mengurangkan penggunaan bahan api sehingga
15 peratus. Apabila anda menghampiri lampu isyarat, melambatkan secara progresif daripada
meneruskan pada kelajuan yang sama dan tiba-tiba menggunakan brek. Pecutan yang teruk dan
brek boleh menggunakan sehingga bahan api 30% lebih daripada biasa, lagipun, terangkat terlalu
cepat menggunakan sehingga 60 peratus lebih bahan api kalau berbeza kepada memandu dengan
lancar. Tambahan pula, menghidupkan enjin sejuk menggunakan bahan api yang hampir dua kali
ganda berbanding dengan enjin yang panas, demikian kita haruslah mengelakkan perjalanan
kereta yang singkat.
Namun berkongsi kereta kurang terkenal dalam negara kita, berbanding adalah perkara
biasa dalam negara-nagara lain seperti Singapura dan Amerika Syarikat. Rakyat Malaysia
haruslah pilih alternatif lain untuk pergi ke destinasi yang diingini seperti transit awam,
menungang basikal, berjalan dan berkongsi kereta, serta menyiapkan semua urusan pada satu
masa supaya perjalanan dikurangkan. Selain itu, rakyat Malaysia boleh pilih untuk hidup dalam
komuniti “Smart Growth”. Dalam erti kata lain, cara hidup ini dapat mengurangkan masa

memandu, mengurangkan wang yang dibelanjakan untuk gas selain mengurangkan tahap
pencemaran udara.
Cara seterusnya untuk mengurangkan pemanasan global ialah dengan memilih makanan
vegetarian ataupun vegan. Hasil ternakan menghasilkan banyak gas rumah hijau berbanding
dengan pengangkutan semasa. Hal in kerana, petroleum yang digunakan untuk menghasilkan
baja ammonium nitrat adalah terlalu banyak, selain kos untuk menghantar jagung kepada hasil
ternakan seperti lembu dan menghantar lembu untuk disembelih dan untuk dijual. Memilih
makanan vegetarian dapat mengurangkan penggunaan air pertanian dan penggunaan tanah secara
drastik sekaligus dapat mengurangkan impak kepada biodiversiti. Selain itu, makanan yang
bermusim adalah makanan yang tiada ternanam dalam rumah hijau, iaitu mempunyai
mengurangkan gas permancaran dari rumah hijau. Lagipun, sekiranya boleh menggunakan
bahan-bahan yang segar jadi mengurangkan penyimpanan dalam peti sejuk, dan juga bolah
mengelakkan makan yang diproses dengan dibunggus. Is dapat mengurangkan pelepasan
dihasilkan oleh mengangkut pelbagai bahan-bahan dan produk di seluruh negara atau dunia, serta
dalam pengeluaran pembungkusan.
Rakyat haruslah membeli barangan buatan tempatan untuk mengurangkan tenaga yang
diperlukan untuk mengimport barang-barangan dari luar negara. Melalui menjalani tindakan ini,
kita dapat menggalakkan jiran-jiran untuk membeli barang di kedai runcit yang terdekat supaya
pemilik kedai dapat menyimpan stok barangan yang banyak. Membeli-belah di pasar tani atau
kedai-kedai runcit milik dapat juga menyelematkan persekitaran. bukan itu sahaja, barangan
yang berorganik adalah kekurangan dalam produksi berbanding daripada barang-barangan lain.

Dalam kawasan rumah, kita boleh menanam pokok-pokok di sekitar kawasan rumah.
Kerana karbon dioksida adalah gas yang paling banyak dilepaskan oleh rumah hijau, penanaman
pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan lain yang boleh memperlahankan atau menghentikan
pemanasan global. Tumbuh-tumbuhan mengambil karbon dioksida dan memgeluarkan oksigen.
Ia meng-gunakan karbon untuk membina tisu dan kembali beberapa ke tanah dalam proses.
Penyahutanan hutan hujan merupakan penyumbang yang besar kepada pemanasan global dan
pelepasan CO2, namun menanam pokok baru, walaupun di kawasan-kawasan sendiri, adalah
bantuan dalam mengimbangkan isu ini.
Akhirnya, Kita boleh menggantikan mentol lampu dengan mentol kalimantang padat
dalam rumah kita. Mentol kalimantang padat (CFLs) merupakan 10 kali lebih lama berbanding
dengan mentol pijar. CFLs dapat mengurangkan bil tenaga dan mengurangkan setengah ton
karbon dioksida keluar daripada udara. Serta memilih pembekal tenaga yang disediakan mesra
alam sekitar yang menghasilkan sekurang-kurangnya separuh tenaganya daripada angin, tenaga
solar dan sumber-sumber yang bersih.
Kesimpulannya, kita perlu mempunyai kognisi bahawa kita hanya mempunyai bumi, kita
adalah sepenuh bertanggungjawab untuk menyelamatkannya daripada pencemaran dan
kemusnahan. Kita haruslah mengakui orang di sekeliling dan kanak-kanak kita, mengikut tanda
yang telah diberikan kepada kita oleh persekitaran mengenai cara-cara untuk menyelamatkan
bumi. kita perlu belajar tentang menjaga orang lain dan persekitaran dalam usaha mengekang
merosakkan.