Generasi Baru Orang Melayu and Orang Buk

1
Papers13

Generasi Baru Orang Melayu & Orang Bukan Melayu
Dalam Sastera Melayu Tentang Hubungan Kaum
Ding Choo Ming
Watak Yew Seng dalam novel Interlok (2003), Abdullah
Hussain mewakili keturunan orang Cina yang lahir di negara
ini. Dia mungkin juga adalah contoh generasi baru rakyat
Malaysia dengan pemikiran dan identitinya yang baru
berbanding dengan orang dari generasi lama. Mengenai
perkembangan itu, Abdullah Hussain menjelaskan bahawa
daripada pergaulannya dengan orang Melayu, Yew Seng
mendapati orang Cina tidak berbeza daripada orang Melayu.
Dia menambah bahawa walaupun miskin dan ketinggalan di
banyak bidang, tetapi orang Melayu adalah juga manusia
seperti orang Cina dan manusia yang lain, maka mereka
bukanlah Hua na, orang yang kurang bertamadun dan tinggal
di hutan, seperti yang disebut ayahnya. Mereka juga bukan
wu zen, orang pakar illmu hitam, seperti yang sentiasa ditulis
orang Cina, lebih-lebih lagi bukan Malai kuai, seperti yang

dikatakan orang Sankah (2003: 345). Itulah antara sebabnya
Yew Seng marah ayahnya pada suatu malam kerana kata-kata
kasar yang dilontarkan ayahnya kepada orang Melayu. Oleh
sebab tidak tahan lagi dengan sikap ayahnya, dia telah
membuat keputusan dengan tegas untuk meninggalkan
rumahnya yang dia anggap sudah berubah menjadi neraka.
Daripada apa yang terbentang itu, sudah ternyata adanya
konflik generasi antara anak dengan-bapanya seperti yang
dipetik dalam nota kaki ini. 1
Abdullah Hussain (2003: 345 ): Keana persahabatan dengan anak-anak
orang Melayu maka Yew Seng berasa orang-orang Melayu itu tidak ada
apa bezanya dengan orang-orang Cina, walaupun mereka itu miskin
dan mundur tetapi mereka itupun manusia seperti bangsa-bangsa lain
juga. Mereka bukan orang hutan-huan na seperti yang selalu diucapkan
oleh bapanya. Mereka pun bukan wu zen seperti yang selalu ditulis oleh
bangsanya, orang Melayu itu bukan orang sihir karut, bukan Malai kuai
seperti yang diucapkan oleh orang-orang Sankah. Mereka
itu
manusia seperti orang Cina juga, sebab itulah dia melawan bapanya
malam tadi. Dia sudah tidak tahan lagi mendengar ucapan bapanya itu.

Dan sekarang dia mesti mengambil keputusan nekad, dia mesh
meninggalkan rumah ini. Rumah ini akan menjadi neraka baginya.
1

2

Generasi baru watak Yew Seng juga berbeza daripada watak
Perumal yang tidak sahaja amat ortodoks, tetapi juga memuja
orang putih. Sehubungan ini, elok direnung bersama perbualan
Perumal sehubungan itu seperti yang dipetik dalam nota kaki
ini.2
Sampai di sini ingin ditanya: adakah tanggapan penulis
Melayu seperti Abdullah Hussain terhadap orang Melayu Baru
itu ada kaitan dengan konsep tentang orang Melayu Baru yang
dibayangkan ahli jawatankuasa peraduan mengarang novel
pada tahun 1995 yang ditaja
Persatuan Penulis Nasional
Malaysia (GAPENA) bersama-sama sebuah lagi syarikat yang
ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor? Sepintas lalu kita dapati
konsep itu ada kaitan dengan cita-cita pembentukan orang

Melayu Baru. Dalam pengertian yang luas itu ternyata bahawa
konsep orang Melayu Baru itu memang adalah yang
berdasarkan pemikiran yang positif dan yang pro-aktif di satu
pihak dan menolak pemikiran yang negatif, pesimis dan
suratan takdir di satu pihak yang lain.
Dalam kontek ini, orang Melayu Baru bukan sahaja
menghormati sejarah dan tamadun masa lalu, tetapi juga
menghargai potensi manusia baru, selain kuasa sains dan
teknologi, lebih-lebih lagi yang pada mereka yang didapati
sudah mempunyai jiwa besar dalam menghadapi cabaran abad
ke dua puluh satu. Contoh yang nyata tidak lain daripada Basir
dalam novel Subuh (1964), karya Atan Long. Sehubungan itu,
semua orang Melayu Baru yang berjaya yang telah
digambarkan kedua-dua orang penulis itu didapati telah
melengkapkan diri mereka dengan keperluan dunia moden,
iaitu kuasa baru mereka yang didapati daripada cara-cara
mereka melihat diri dan orang lain. Malah, beberapa ciri-ciri
orang yang berjaya itu telah diceritakan dalam cerpen Kalau
"Perlu memang perlu, tuan besar," jawab Perumal… "Kami tak mau anakanak itu lupa pada negeri ibu bapanya."… "Hantar saja ke sekolah
Melayu yang sudah ada itu," kata orang putih itu lagi… Sekolah Melayu

memang ada di Simpang Empat tidak jauh pula dari Cangkat Lima….
"Tetapi itu sekolah untuk orang Melayu saja dan kami tak mau anak-anak
kami itu menjadi orang Melayu. Kami mau mereka tetap jadi orang Tamil
dan satu hari nanti mereka pulang ke India."…"Kalau ke sekolah Inggeris
bagaimana?" tanya lagi orang putih itu… "Kalau ke sekolah Inggeris kami
mau, kerana itu sekolah bahasa tuan besar. Tetapi di sini tak ada sekolah
itu. Adapun amat jauh dan kami tidak sanggup membiayainya."
(Abdullah Hussain (2003: 311).
2

3

Sudah Kehendak Hati (1941), karya Melan Abdullah, kira-kira 60
tahun dahulu lagi.
Kisah dalam Kalau Sudah Kehendak Hati berkisar di
sekitar watak Kamirah, seorang gadis yang terpelajar. Dia
melayan pelanggan yang datang ke kedai yang dibuka ayahnya
dengan baik sehinggakan sudah menarik perhatian ramai lelaki
yang muda. Ayahnya mengingatkannya untuk berhati-hati
dalam memilih pasangan hidup. Suatu hari, dia yang membeli

ais dari gerai Kudri sudah tertarik dengan kemahiran Kudri.
Selepas itu, Kamirah sudah berubah menjadi pelanggan tetap
di gerai Kudri. Tetapi abangnya, Kasnun, yang bermata duitan,
tidak suka adik perempuannya berkawan dengan Kudri yang
berasal daripada keluarga yang miskin. Jadi, Kasnun membuat
cerita palsu yang menyebabkan Kurdri dipenjarakan selama
tiga bulan. Marah dengan perbuatan abangnya ke atas Kudri,
Kamirah menuduh Kasnun menggelapkan wang ayahnya. Ini
menyebabkan Kasnun dipenjarakan selama dua tahun.
Disebabkan jujur dan tekun menjalankan perniagaan, ayah
Kamirah, seorang peniaga sendiri, ingin anak perempuannya
berkahwin dengan Kudri selepas dia keluar dari penjara. Mesej
di sini adalah Kudri yang mewakili generasi baru Melayu itu
adalah orang berani dan cekal, maka sanggup berniaga kecilkecilan di pusat kota raya Singapura yang sibuk.
Berbalik kepada Basir dalam novel Subuh dan Yew Seng
dalam novel Interlok, mereka adalah juga contoh generasi
muda Malaysia yang baru. Mereka kelihatan ‘moden’ dan
mengharapkan suatu yang baru, dan bukannya masa lalu.
Mereka juga didapati dinamik dan berani untuk menyatakan isi
hati dan perasaan mereka sebagai generasi muda Malaysia.

Mereka sedar Malaysia adalah negara yang baru muncul
dengan banyak peluang yang baru, maka tidaklah seperti ibu
bapa mereka yang hanya mengikut cara berfikir yang lama dan
melakukan sesuatu yang lama. Yang menarik ialah mereka
tidak mengutuk yang lama, selain mengetahui bahawa
pembangunan negara yang baru amat memerlukan fikiran,
pandangan, pemahaman dan cara membuat kerja yang baru.
Mereka tahu pemahaman yang baru akan membawa
perubahan kepada kedudukan mereka sebagai warganegara
sebuah negara yang baru. Pendek kata, mereka juga adalah
agen perubahan.
Antara perubahan itu tidaklah lain daripada kahwin
campur antara kaum yang datang dengan sendirinya kepada

4

Basir yang mahu berkahwin dengan Lucy di pejabat yang sama
dengannya dalam novel Suboh dengan Lucy yang dipanggil
Rosimah setelah dia memeluk ugama Islam dengan rela
hatinya. Perkembangan seumpama itu boleh juga dipandang

sebagai perubahan jenis baru atau normal baru (new normal –
istilah yang dipopularkan Xi Ging Ping, presiden China).
Sama ada perkembangan baru itu boleh diterima oleh
lebih ramai orang belumlah diketahui. Yang pasti ialah ibu bapa
Basir yang menentang kahwin campur anaknya itu sudah
menerima Basir dan Lucy dan cucu mereka, Basri, di akhir
novel itu. Penerimaan itu bolehlah ditafsirkan sebagai
masyarakat Melayu secara umumnya sudah menerima kahwin
campur antara kaum. Perkahwinan campur itu akan menjadi
lebih popular jika lebih ramai lagi pasangan orang muda
daripada kaum yang berlainan mahu mengikut jejak langkah
Basir dan Lucy.
Sudah dinyatakan dalam makalah ‘Pembangunan dan
Penulis Melayu Baru Dalam Sastera Melayu Tentang Hubungan
Kaum’ bahawa pembangunan dan keharmonian antara kaum
adalah tema dalam peraduan mengarang yang dianjurkan DBP
dan GAPENA (Persatuan Penulis Nasional Malaysia) pada tahun
1958. Untuk memenanginya, novel yang ditulis untuk
pereaduan itu dikehendaki memperkatakan tema yang ada
kaitan dengan matlamat kerajaan hendak membina generasi

Melayu Baru dalam erti kata yang luas seperti yang dinyatakan
sebelum ini. Wawasan generasi baru Melayu untuk masyarakat
dan masa depan yang baru itu telah memberi ilham kepada
penulis Melayu generasi baru untuk mengadun wawasan,
imaginasi, impian dan cita-cita mereka dengan cara yang
berbeza dalam penulisan karya mereka.
Datang daripada latar belakang yang berbeza-beza,
kumpulan penulis ini didapati kuat, selain sangat komited untuk
menulis tentang isu yang akan memberi tempat yang tertentu
dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu. Walaupun
hasrat mereka mungkin selaras dengan matlamat pemimpin
parti politik, tetapi ada perbezaan antara kedua-duanya.
Perbezaan itu boleh dilihat dalam novel Subuh, Lingkaran,
Interlok, Biru Warna, misalnya.
Tema dalam novel-novel yang tersebut itu merangkumi
bukan sahaja aspek perjuangan generasi muda Melayu, tetapi
juga interaksi mereka dengan orang bukan Melayu, selain
falsafah hidup, ekonomi, kemanusiaan, krisis dan citrarasa

5


mereka. Jika pemimpin parti politik itu terdiri daripada tokoh
korporat, kaptain industri dan peniaga yang berjaya dibentuk
DEB, tetapi watak-watak dalam karya sastera itu pula terdiri
daripada orang muda yang dinamik, yang cekal, yang berani,
yang dapat menyesuaikan diri, yang serba boleh, yang
mematuhi undang-undang dan yang tidak gentar menghadapi
risiko, termasuk graduan baru daripada universiti khususnya.
Watak dan cerita yang berjaya dalam karya-karya sastera itu
juga melambangkan peluang yang unik yang datang selepas
kemerdekaan negara itu telah membuka peluang yang baik
kepada semua rakyat Malaysia untuk bekerjasama dalam
membina masa depan
bersama-sama. Kisah-kisah dalam
karya-karya sastera itu tidak dijumpai dalam buku sejarah atau
ucapan pemimpin politik.
Sehububngan pembangunan, Dasar Ekonomi Baru,
misalnya, yang didapati telah dilaksanakan di bawah
Rancangan Malaysia II dari tahun 1971 hingga 1975 itu untuk
menyusun semula struktur masyarakat Malaysia sekaligus

mengurangkan penguasaan orang Cina dan asing dalam
ekonomi Malaysia itu adalah untuk memperbaiki kedudukan
ekonomi orang Melayu khususnya dan juga orang bukan
Melayu yang lain secara umum. Dasar itu adalah pengganti
Rancangan Malaysia I (1966-1970) untuk menangani masalah
kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia. Untuk mengelakkan
berulangnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, Rancangan
Malaysia II telah dianggap untuk meningkatkan penyertaan
orang Melayu dalam pembangunan ekonomi negara selaras
dengan objektif kerajaan Malaysia dalam penyusunan semula
masyarakatnya.
Selama ini, pertumbuhan ekonomi di Malaya dan Malaysia
telah membuka jalan baru kepada kemunculan orang Melayu
dan Cina baru. Sekiranya sebahagian besar kelas menengah
Melayu baru selepas kemerdekaan negara adalah hasil
pembentukan pembangunan ekonomi kapitalis kerajaan, maka
kelas menengah orang Cina sebelum itu adalah juga
disebabkan pembangunan ekonomi Malaya masa penjajahan
British dahulu. Pendek kata, kesemua mereka sudah menikmati
manfaat daripada pembangunan ekonomi negara ini. Misalnya

watak Pak Sudin dalam novel Subuh dan Cing Huat dalam novel
Interlok.
Selain itu,
kedua-dua watak Basir dalam Subuh dan
Yew Seng dalam Interlok
telah kita kaitkan dengan

6

pemahaman kita tentang mereka sebagai contoh identiti orang
Melayu dan orang Cina yang baru dalam negara baru. Kita
sudah lihat generasi muda itu sudah lain dengan generasi tua
orang Melayu seperti Pak Sudin
dan juga
Cing Huat.
Walaupun Pak Sudin dan Cing Huat sudah tua dari segi usia,
tetapi mereka juga telah berubah setelah menyedari kesilapan
yang mereka lakukan pada masa lalu. Yang dimaksudkan itu
ialah Pak Sudin sudah berubah sikapnya daripada menentang
kepada menerima perkahwinan campur antara Basir dengan
Lucy dalam novel Subuh dan Cing Huat sudah berubah
sikapnya daripada menjauhkan diri daripada orang Melayu
yang dipandang rendah pada masa lalu kepada ingin
mendekati mereka dalam novel Interlok. Perubahan mereka
datang daripada kesedaran mereka terhadap perubahan yang
berlaku di sekitar mereka dalam sebuah masyarakat berbilang
kaum, maka mendapati perlu membuat perubahan untuk dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Jika tidak,
mereka tidak dapat hidup dengan bahagia di negara ini yang
sudah berubah daripada masyarakat majmuk kepada
masyarakat yang berbilang kaum.
Perubahan sikap sesetengah orang Melayu terhadap
kaum Cina sudah mulai dirasai dalam cerpen Mencari lsteri
(1929) daripada Muhammad Yusuf Ahmad yang telah juga
menggesa orang Melayu belajar daripada orang Cina. Nasihat
daripada
Muhammad Yusuf Ahmad dalam cerpennya
sehubungan itu juga boleh dibaca dalam nota kaki ini. 3
Walaupun Ishak Haji Muhammad dalam cerpen Anak
Dibuat Denak (1938)
dan Harun Aminurasshid dalam
cerpennya Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing (1946)
mencari sebab-sebab tentang kemiskinan orang Melayu di
tanah air mereka yang memang kaya dengan hasil mahsul.
Oleh
sebab
itu,
kalau
Ishak
dan
Harun
didapati
mempersalahkan orang Cina, tetapi penulis Melayu yang lain
pula mendapati masalah kemiskinan dan ketinggalan orang
Orang-orang China rajin dan kuat bekerja dan tidak pula mereka itu
membuang-buangkan masa. Mereka itu tidak malu dan tidak memilih
sebarang pekerjaan...Tinggal lagi ya tak ya pula. Orang-orang Melayu itu
apabila mendapat wang terlampaulah borosnya membelanjakan pada
perkara-perkara yang tidak berfaedah atau yang bukan-bukan ... Orangorang China pun banyak juga yang borosnya seperti itu, sekadarkan
orang-orang China itu kuat membelanjakan wangnya dan kuat pula
mencarinya tetapi orang-orang Melayu nampaknya ... tidak!
3

7

Melayu dapat diatasi dengan mereka sendiri mengubah sikap
dan tabiat. Sehubungan itu, Asmaranda dalam cerpen Surat
dari Mekah (1961) menceritakan Kang Giman dan isterinya
menjual tanah kepada orang Cina untuk mendapatkan wang
bagi menunaikan haji di Mekah. Selain itu, dalam novel Interlok
(1971), Abdullah Hussain menceritakan Pak Musa telah
menggadai hartanya kepada Cing Huat supaya dapat hidup
seperti orang kaya yang dicemburui orang kampung.
Sebaliknya, kita juga sempat membaca kisah kejayaan
orang Melayu miskin tetapi telah dapat membebaskan diri
daripada kuku kemiskinan dalam cerpen Jimat dan Cermat
(1938) daripada Husain Abdul Hadi. Dipendekkan ceritanya,
Fakih Ramat yang miskin itu susah hidupnya pada mulamulanya. Walaupun tidak mempunyai kebun getah atau sawah
padi untuk dikerjakan, tetapi dia telah menjual pinang dan
dapat menyimpan wang yang didapatinya. Disebabkan sangat
berjimat dan untuk belanja, dia menggunakan wang daripada
penjualan kelapa dan gula Melaka, sementara isterinya
menokok
pendapatannya dengan menumbuk tepung dan beras,
terutamanya menjelang bulan puasa. Kerana sedikit-sedikit
lama-lama menjadi bukit, maka dia berjaya mengumpul wang
yang mencukupi untuk membeli dua ekar kebun getah. Dengan
harga getah yang baik semasa ‘Rubber Boom’, dia sudah
dapat
mendirikan
sebuah
rumah
besar.
Selepas
mengkahwinkan anak perempuannya, Minah, kepada seorang
guru di kampung, kedudukan sosial Fakir Rahmat telah naik.
Dia dihormati di kampung, bukan sahaja kerana kedudukan
ekonominya yang sudah baik, tetapi juga secara tidak langsong
daripada penghormatan yang diberi orang kampung kepada
menantunya. Mesej cerita ini ada banyak. Antaranya ialah
bekerja keras, berjimat cermat, selain bekerja sendiri adalah
lebih baik daripada makan gaji, pilihan utama orang Melayu.
Bagi penulis Melayu yang lain, bekerja sendiri lebih baik
daripada makan gaji ada sebabnya. Pertama, orang yang
bekerja sendiri bukan sahaja lebih bebas, tetapi juga dapat
menikmati semua manfaat daripada titik peluhnya. Selain itu,
mereka ini juga didapati tahu berjimat cermat kerana tidak
mengharapkan pendapatan yang tetap setiap bulan. Mesej ini
terdapat dalam cerpen Jangan Berharapkan Makan Gaji Sahaja
(1937) daripada Aban Swettenham yang menceritakan Nawi
yang suka makan gaji, manakala Salam pula mahu bekerja

8

sendiri. Untuk mendapat yang dia mahu, Nawi telah
meninggalkan kampung untuk mencari kerja di tempat lain,
manakala Salam menetap di kampungnya untuk menjalankan
urusan penternakannya.
Selepas bekerja keras selama tujuh tahun, Salam dan
keluarganya sudah menjadi kaya, malah dipanggil sebagai
Tauke Lam; sedangkan Nawi yang makan gaji sebanyak 18
ringgit sebulan itu mendapati gajinya tidak cukup untuk hidup
dengan gayanya telah menjual harta yang diwarisi daripada ibu
bapanya untuk menampung perbelanjaannya. Dengan kata
lain, Nawi dan keluarganya hidup dalam kemiskinan, dan
sebaliknya, Salam dan keluarganya hidup bahagia di kampung
yang tenang.
Selain itu, tema untuk menjadi bebas sebagai satu cara
untuk mengembalikan rasa harga diri sudah dengan sendirinya
mengingatkan khalayak pembaca Melayu kepada sekumpulan
orang muda yang telah berjaya menubuhkan syarikat yang ada
kaitan dengan pertanian dalam novel Mari Kita Berjuang (1941)
karya Abdullah Sidek dan juga cerpen Jimat Dan Cermat (1938),
tulisan Husain Abdul Hadi. Kesemua itu adalah contoh tentang
kelahiran usahawanan orang Melayu yang berjaya.
Sekiranya orang Melayu miskin pada masa lalu, sekarang
sebahagian besar mereka sudah dapat menikmati taraf hidup
yang lebih tinggi daripada masa dahulu. Ada banyak faktor
yang telah membawa perubahan itu Antaranya semangat
berdikari, yakin diri, inisiatif dan peluang baru, selain bantuan
daripada kerajaan, seperti penanaman semula pokok getah
dalam novel Subuh dan Embun dan Tanah. Kata kunci di sini
ialah kejayaan orang Melayu adalah berkat pembangunan diri,
dalam erti kata mereka menolong diri sendiri dengan bantuan
daripada pihak kerajaan. Mesej dalam karya sastera yang
memuji (extrol) nilai bekerja keras dan membuat pelaburan
terhadap masa depan juga boleh didapati dalam novel Subuh
(1964) oleh Atan Long, Embun dan Tanah (1965) daripada
Ibrahim Omar, Interlok (1971) karya Abdullah Hussain dan juga
Rentong (1965) oleh Shahnon Ahmad. Shahnon menceritakan
sekiranya tikus telah memusnahkan tanaman petani Melayu
yang lazimnya didapati berserah kepada belas kasihan dan
rahmat kuasa di luar kawalan mereka masa dahulu, tetapi
sekarang mereka tahu mengawal perosak ini. Semua orang
dalam cerita itu telah berusaha bersama-sama untuk
memperbaiki hidup mereka.

9

Yang penting ialah banyak perubahan dan perkembangan
baru telah berlaku selepas kemerdekaan negara dalam erti kata
ia telah membuka peluang yang baru kepada rakyat negara ini
untuk
meninggikan
taraf
hidup
mereka
dengan
memperkasakan diri mereka. Sebagai intelek awam, penulis
generasi baru Melayu tahu bahawa orang yang dinamik, yang
terpelajar dan yang berfikiran terbuka, terutamanya yang
generasi muda, telah merebut peluang itu sebagai satu jalan
untuk mara ke depan.
Mengenai hakikat Tanah Melayu adalah negara yang kaya
dengan banyaknya peluang untuk menjadi orang yang berjaya,
Abdullah Hussain dalam novelnya Interlok (2003: 133) telah
menceritakan bagaimana Cing Huat yang bekeras kerja itu
telah berjaya di Malaya yang murah rezeki dengan wang yang
boleh dicari di merata-rata tempat: di atas pokok dan di perut
bumi.4
Selain itu, kata kunci lain yang lain di sini ialah
pembelajaran. Di sini, ramai penulis Melayu menggesa orang
Melayu supaya belajar daripada kejayaan orang Cina. Untuk ini,
Awang Salleh
dalam novelnya Biru Warna (1966: 21)
mengatakan seperti yang dipetik dalam nota kaki ini. 5
Sehubungan kejayaan orang Cina, Abdullah Hussain
dalam Interlok (2003: 180-1) telah juga menyusur galurkan
sejarah awal orang Cina memulakan perniagaan di kampung
Melayu dengan membeli kedai daripada orang Melayu dengan
Tetapi di sini kita semua sama. Soal duit tak ada musuh, musuh ialah
orang-orang yang mau menghalang kita cari makan," jawab
pendayung sampan itu memberikan fikirannya tentang falsafah hidup
di kota Singapura kepada puaknya yang baru sampai…. "Orang kata di
negeri ini banyak duit, di atas pokok ada duit, di dalam tanah ada duit."
4

"Nah! Choba kau tengok orang2 China di-darat 'tu. Mereka ta' ada kerja
lain lagi; daripada semenjak kechil lagi sampai-lah besar, itu-lah kerjanya. Ada pulak yang 'dah jadi kaya raya. Pergi ka-kedai China 'tu,
tengok, tiru apa yang. di-buat-nya. Apa salah-nya kalau kita meniru perkara yang baik! Lagi pun kau bila2 boleh bertanya pada Basir di-rumah 'ni
apa yang di-pelajari-nya di-Serdang 'tu. Macham mana baka ayam yang
baik, macham mana menanam sayor, apa baja yang baik. Aku rasa
semua dia tau….Lihatlah Cina. Mereka melakukan kerja yang sama sejak
kecil. Ada yang menjadi kaya. Pergi ke kedai Cina. Apa salahnya jika kita
dapat meniru apa yang mereka lakukan? Lagipun anda boleh meminta
Basir kepada apa yang dia telah belajar di Serdang. Dia mengetahui apa
yang baka ayam dan apa baja yang baik."
5

10

menunjukkan
contoh yang ditinggalkan ayah Cing Huat.
Secara umum, orang Cina akan merebut peluang yang boleh
membawa tuah, Mereka didapati berani dan suka cabaran.
Taktik dan strategi itu terdedah dalam perbualan antara Kim
Sui dan Kim Lock setelah Kim Sui menyatakan hasratnya untuk
pulang ke Pulau Pinang setelah mengetahui sudah tidak ada
hutan lagi yang boleh dibuka untuk ditanam pokok getah di
tempat yang dia tahu. Satu jalan keluar baginya ialah dengan
membeli sekeping tanah atau pergi ke Simpang Empat kerana
dia mendapat tahu ada kedai yang dijual orang Melayu. 6
Selain kisah kejayaan orang Melayu, Abdullah Hussain
dan Atan Long, Arena Wati, Hassan Ali dan penulis yang lain
juga telah menceritakan pelbagai jenis, bentuk dan cara
interaksi antara orang Melayu dengan orang Cina. Dengan
berbuat demikian, mereka memperkatakan beberapa cabaran
dan implikasinya ke atas pembentukan masyarakat yang
berbilang kaum di Malaysia dengan rakyatnya yang sudah
dapat mengatasi jurang perbezaan antara kaum. Selama ini,
hubungan yang baik antara kaum sudah dibina atas asas
banyaknya perkara yang biasa dalam kehidupan seharian kita.
Ini termasuk pertolongan daripada jiran tetangga dalam masa
kecemasan seperti yang diceritakan dalam cerpen Bidan Tarik
(1969) oleh Othman Rasul bahawa Swee Kee cemburu dengan
Mak Itam, bidan kampung, walaupun isterinya, Mei Lin, telah
lama berkawan baik dengan Mak Itam. Tetapi, Mak Itam
terpaksa dipanggil pada saat-saat yang terakhir, dalam
keadaan yang terdesak, untuk menolong Mei Lin melahirian
anak. Maklumlah bukan sahaja hospital sangatlah jauh, tetapi
juga talian telefon pada masa itu sudah terputus.
Isi cerita itu lebih kurang sama dalam cerpen lsteri Leong
Beranak (1966) oleh A. Wahab Ali, yang menceritakan Leong
"Mula-mula gua ingat mau buka tanah tanam getah, tetapi semua tanah
hutan sudah habis dibuka orang. Gua mau balik ke Pulau Pinang saja."…
"Mengapa lu lekas berputus asa. Di sini bukan tanam getah saja lu boleh
cari makan, ada banyak kerja lain yang boleh lu buat. Gua juga dulu datang
mau buka tanah, tetapi kita tak boleh lawan orang Kwangtung. Mereka itu
kuat dan rajin. Tetapi mereka tak banyak wang. Nanti lama-lama kita
boleh beli tanah-tanah mereka itu." Abdullah Hussain (2003:
181"Baiklah," ujar Kim Sui setelah dia tidak mendapat jawapan daripada
Kim Lock. "Di pekan Simpang Empat sekarang ini gua dengar ada ramai
penduduk. Lu boleh buka kedai macam gua di sana. Tidak lama dulu
gua dengar ada sebuah kedai Huan na mau dijual. Huan na tak tahu
berniaga, mereka coma tahu membeli saja."
6

11

dan keluarganya yang telah bertahun-tahun tinggal berjiran
dengan orang Melayu. Mereka tidak ada masalah untuk hidup
di kampung Melayu itu. Leong, seorang pekebun sayur diberi
binatang yang ditembak oleh jiran Melayunya dari masa ke
masa. Tetapi, disebabkan hasutan daripada So Ha, hubungan
antara Leong dengan jiran Melayunya sudah tercalar Tetapi,
Ahmad dan isterinya masih rela memberi pertolongan kepada
isteri Leong dalam melahirkan anak.
Moral daripada kedua-dua buah cerita tadi ialah kita
tidak
tahu dengan pastinya seluas atau sedalam mana
kebaikan hati orang yang kita kenali, tidak kira mereka itu
sama ada kawan, lebih-lebih lagi sebagai jiran, sehingga kita
sendiri menghadapi masalah di luar kawalan kita. Dalam
kedua-dua buah cerpen tadi, keluarga Cina itu tahu jiran
mereka daripada orang Melayu maka sentiasa prihatin
terhadap kebajikan mereka. Kalau demikian, orang Melayu
adalah orang harapan mereka, dan bukannya orang asing.
Merekalah yang dapat menolong mengatasi masalah yang
terdesak di depan mata mereka. Hanya dengan pertolongan
segera daripada jiran Melayu pada saat yang kritikal itulah
kejadian tragik, termasuk kemungkinan kematian, dapat
dielakkan. Peristiwa itu adalah peringatan kepada semua orang
bahawa semangat muhbibah dan perasaan kemanusiaan
memang hidup dengan suburnya dalam lubuk hati rakyat
Malaysia, tidak kira keturunan kaumnya.
Tetapi apakah pandangan dan fikiran Leong dan Swee Kee
terhadap jiran orang Melayu yang sudah menunjukkan
semangat muhbibah, kasih sayang dan sokongan mereka pada
masa yang kritikal itu? Tidakkah mereka dapat juga melakukan
seperti yang ditunjukkan jiran Melayu kepada orang atau
keluarga Melayu dalam kesusahan untuk membalas budi
mereka? Bukankah dengan kasih sayang dan sokongan
daripada jiran mereka itu dua nyawa baru sudah dibawa ke
muka bumi ini? Yang lebih penting lagi ialah cerita seumpama
itu telah memperlihatkan hubungan kaum antara orang Melayu
dengan orang Cina telah sampai ke tahap yang tertinggi dalam
erti kata jiran orang Melayu bersedia dan rela membuat segala
yang mungkin untuk menolong jiran orang Cina mereka pada
ketika yang kritikal. Ini juga pasti sudah membuat keluarga
Leong dan Swee Kee sedar bahawa mereka tidak keseorangan
pada masa yang kritikal.

12

Pertolongan sesama manusia kerana perasaan
kemanusiaan, tanpa sedikitpun unsur prasangka perkauman
juga telah diceritakan dalam novel Sisa Laut (1964) oleh
Wijaya Mala dan novel Bangsal (1991) daripada Wan Ahmad
Ismail. Kedua-dua karya sastera tadi adalah contoh lain
daripada sekian banyaknya kisah tentang pertolongan sesama
manusia tanpa bibit perbezaan kaum dalam masa kesusahan.
Dalam Sisa Laut, diceritakan encik Tan sudah mewakili Kapten
Mamat dan semua kelasi Melayu yang lain dan keluarga
mereka yang sama ada terbunuh atau tercedera selepas kapal
mereka diserang tentera Belanda di perairan Indonesia dengan
pihak majikan syarikat perkapalan. Walaupun perundingan itu
gagal untuk mendapatkan pampasan ganti rugi bagi kelasi dan
keluarga mereka, tetapi dengan cara ini sudah kelihatan
komitmen yang besar daripada kumpulan kelasi untuk
membina tali persahabatan di kalangan mereka tanpa mengira
perbezaan kaum.
Moral cerita ini sama dengan yang dikisahkan dalam
cerpen Kami dan Mogok (1977) karya Jaya bahawa tiada beban
yang lebih berat daripada rasa bersalah daripada berdiam diri,
tidak mahu bercakap dan berpeluk tubuh, tidak mahu
bertindak, walaupun tahu peristiwa yang berlaku. Juga
disebabkan perasaan kemanusiaan, lebih-lebih lagi merasa
belas kasihan, maka teman-teman yang lain tergamak untuk
mogok demi kepentingan kawan sekerja yang dipecat secara
tidak adil. Begitu juga dalam novel Bangsal, diceritakan Lim
Seng Thong, seorang peniaga yang penyayang dan tahu sangat
semangat bertolak ansur. Dengan tidak mahu bertindak balas
setelah bangal operanya dibakar Husin Riuh, maka sudah dapat
dielakkn konflik perkauman yang berkemungkinan besar akan
menumpahkan darah, jika terjadi.
Tidak kira sama ada dalam novel Sisa Laut, atau novel
Bangsal ataupun cerpen Isteri Leong Beranak, kita dapati orang
Melayu dan Cina yang tahu tentang pentingnya dan perlunya
bertolak ansur dan yang mahu hidup bersama-sama dengan
aman dan damai itu telah tolong-menolong menghadapi dan
mengatasi masalah yang melibatkan kaum yang lain. Di sini
kebergantungan
selain
semangat
muhibhah,
perasaan
perikamanusiaan telah membuat satu kaum tergerak hatinya
untuk menolong kaum yang lain sudah juga ditunjukkan dalam
karya sastera Melayu yang lain, seperti cerpen Nyawa
Balasannya (1969) tulisan Abraod Mahmud, Notis 24 Jam

13

(1971) daripada Dharmala NS, Syonan-to 2614 (1964) karya
Arena Wati, Kalau Sudah Kehendak Hati (1941) nukilan Melan
Abdullah, dan Harapan dan Pengorbanan (1969) hasil pena
Darussalam, antara yang lain.
Kalau dalam cerpen Isteri Leong Beranak, orang Melayu
yang menolong orang Cina, tetapi dalam novel-novel Bangsal,
Sisa Laut dan Detik-Detik Cemas, kami dapati orang Cina telah
menolong orang Melayu dengan cara yang berbeza. Karyakarya itu berbeza daripada Syair Berjual Beli, Anak Dibuat
Denak, Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing, Dolly –
Bidadari dari Shanghai and Istana Berembun yang didapati
anti-orang Cina dan penjajah British pada zaman sebelum
merdeka dengan orang Melayu dieksploitasi, ditindas, diperah
dan terpinggir.
Walaupun unsur-unsur eksploitasi, layanan buruk dan
diskriminasi masih ada, tetapi penulis seperti Wan Ahmad
Ismail, Wijala Mala dan A. Samad Ismail dalam karya-karya
mereka tadi cuba mendekati orang bukan Melayu yang juga
sudah berinteraksi dengan orang Melayu. Walaupun yang
diceritakan itu mungkin didapati radikal bagi sesetengah orang
Melayu lain yang ada pendapat yang mungkin berbeza, tetapi
perubahan sikap orang Melayu itu juga adalah sebahagian
daripada perubahan dan perkembangan baharu yang berlaku
di Malaya dan kini Malaysia, malah seluruh dunia selepas
Perang Dunia II.
Dalam arus perubahan itu banyak masalah sudah diatasi.
Ini juga menunjukkan kuasa manusia individu yang datang
daripada hubungan antara manusia. Bagi penulis Melayu
generasi baru itu, umat manusia, perasaan kemanusiaan,
keamanan negara dan kesejahteraan bersama rakyat adalah
lebih penting daripada pertentangan politik dan kepentingan
kaum. Kesemua karya itu mengatakan semua manusia telah
dijalini silaturahim, kualiti penting dari segi kemanusiaan.
Dilihat dalam kontek dan latar belakang itulah kita dapati
lazimnya dalam hidup ini banyak perkara yang berlaku itu
adalah yang satu membawa kepada yang lain, seolah-olah ada
tindakbalas yang berantai (chain-reaction) yang merantaikan
perkara-perkara itu, seperti ‘buat baik dibalas baik, dan buat
jahat dibalas jahat’.
Tetapi, terkadang-kadang perkara yang dijangka tidak akan
berlaku, tetapi ia telah berlaku, malah telah berubah menjadi
sebegitu luar biasa dan rumit. Berbalik kepada perubahan yang

14

berlaku dan yang ada kaitan dengan hubungan antara kaum itu
telah juga ditunjukkan dalam cerpen Harapan dan
Pengorbanan (1969) karya Darussalam. Ia menceritakan
seorang ibu Cina telah memberi bayinya kepada seorang ibu
Melayu yang anaknya telah meninggal dunia. Tajuk cerpen
yang membayangkan harapan dan pengorbanan itu besar
maknanya kerana ia adalah lambang harapan baru untuk
rakyat Malaysia secara kiasan. Kisah itu didapati sangat
mencuit hati pembaca setidak-tidaknya dalam erti kata wanita
Melayu itu sangat mengharapkan boleh mempunyai bayi di
satu pihak, sementara wanita Cina itu pula mendapati bayi
yang baru dilahirkannya itu hanya akan menambah beban
kewangan keluarganya yang sudah miskin di satu pihak yang
lain. Cerpen ini juga mencerminkan realiti dalam masyarakat
kita kerana ibu saya juga telah memberi bayi perempuan yang
baru lahir kepada seorang jururawat Melayu di Hospital Lumut,
Perak.
Selain itu, setelah dianalisa dengan lebih lanjut kita akan
dapati cerpen Isteri Leong Beranak (1966) daripada A Wahab
Ali itu boleh juga ditafsirkan sebagai satu aspek lagi dalam
proses perubahan yang diperkatakan ini. Perubahan yang
berlaku itu adalah Leong sudah mengubah sikapnya
menjauhkan diri daripada jiran Melayunya masa dahulu kepada
mendekatinya kerana perlunya kebergantungan itu untuk terus
hidup di kampung Melayu.
Selain itu, perkembangan baru yang tidak kurang menarik
dan penting di sini ialah kelahiran bayi dengan pertolongan
daripada jiran Melayu itu adalah petanda yang baik dalam
merapatkan jurang salah faham
dengan jiran Melayunya
kerana hasutan daripada So Ha. Memikirkan keselamatan isteri
dan bayinya, Leong telah meminta jiran Melayunya untuk
menolong isterinya melahirkan bayi. Kesemua itu juga boleh
dipandang sebagai satu lagi titik perubahan yang penting
dalam hubungan kaum antara orang Melayu dengan orang
Cina. Keputusan Leong untuk meminta bantuan daripada jiran
Melayu itu datang daripada kesedarannya tentang pentingnya
hidup bergantungan dengan jirannya. Untuk sampai kepada
kesedaran itu, dia pasti sudah mengalami pertarungan
psikologi dan mental yang hebat pada saat yang kritikal yang
akan menentukan hidup matinya isteri dan bayinya. Dengan
adanya pertolongan daripada jiran Melayunya, dia mempunyai
harapan baru tentang kelahiran anaknya dan juga keyakinan

15

untuk masa depan yang lebih baik.
Serentetan peristiwa itu telah juga didokumentasikan
dalam Interlok dengan maksud masa depan negara baru juga
ditanggung generasi muda yang boleh menentukan
kemandirian dan makna kemerdekaan yang akan membawa
kesejahteraan dan kemakmuran kolektif. Generasi muda
dalam novel ini diwakili watak Seman daripada keluarga
Melayu Pak Musa, watak Yew Seng dan Poh Eng daripada
keluarga Cina Cing Huat dan watak Ramakrishnan daripada
keluarga Maniam, keturunan orang India. Mereka adalah
generasi baru yang lahir di Tanah Melayu.
Yew Seng dan Poh Eng, generasi baru keturunan Cina
yang lahir di negara ini tidak tahu negara asal nenek moyang
mereka, China atau saudara mara di negara itu. Sebaliknya
mereka rapat dengan kawan mereka daripada orang Melayu,
termasuk Seman, anak Pak Musa, dan juga Lazim, seorang
guru yang terlatih. Seterusnya, Ramakrishnan, anak Maniam
adalah seorang polis yang mahu menjaga kepentingan semua
kaum dalam masa yang sukar (Mohd Hanafi Ibrahim, 2001:
279). Dengan kata lain, generasi muda itu sumber asli yang
paling berharga bagi Malaysia kerana mereka mempunyai
tanggapan baru yang berbeza dengan yang dipunyai ibu bapa
mereka terhadap masa depan negara, lebih-lebih lagi mereka
amatlah berbeza daripada generasi muda yang lain yang
biasanya berjiwa memberontak di satu pihak dan mahu
mereka diberi kebebasan di satu pihak lain seperti
kebanyakan orang muda di negara barat. Sebaliknya, mereka
itu adalah seperti watak Kamal dan Lee Bee Fung dalam
cerpen Pengabdian (1963) daripada Awang Had Salleh.
Yew Seng didapati berbeza daripada ayahnya, Cing Huat,
yang tidak tahu anaknya itu tidak pernah merasa aman dengan
sikap ayahnya dan juga apa yang berlaku dalam rumah
tangganya. Oleh sebab itu, Yew Seng sentiasa bertukar-tukar
pendapat dengan adik perempuannya, Poh Eng, kerana dialah
satu-satunya anak lain dalam keluarga itu yang tahu hal ehwal
dan pergolakan politik Melayu yang berlaku di sekitarnya.
Sementara itu, abangnya Yew Hock, sama dengan ayah
mereka: tidak mengambil tahu apa yang berlaku di sekitarnya,
selain mengumpul wang seperti ayahnya. Akibatnya, kelakuan
Yew Seng yang berbeza itu sudah menjadi topik perbualan
mereka berdua, sampaikan Cing Huat menuduh Yew Seng
sudah menjadi malas dan suka berkhayal setelah ‘dipengaruhi’

16

kawan Melayunya. Lihatlah pandangan Cing Huat tentang Yew
Seng dan Poh dalam petikan dalam nota kaki ini. 7
Mesej dalam kisah tersebut adalah rakyat Malaysia perlu
mendekati satu sama lain untuk memahami kelebihan dan
kelemahan masing-masing dengan lebih baik, dan bukannya
dengan menolak, lebih-lebih lagi menjauhkan diri satu sama
yang lain, kerana orang keturunan Cina dan India juga sudah
menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia. Mereka tidak
boleh dianggap sebagai pendatang lagi seperti sebelum
kemerdekaan. Itulah asas model baru bagi rakyat Malaysia
yang berbilang kaum dan agama untuk dapat hidup bersamasama dengan aman damai dan gembira antara satu dengan
yang lain, selain dapat meraikan perbezaan mereka satu sama
lain dan saling menghormati dengan semangat muhibah.
Melalui pemaparan watak Yew Seng yang menganggap orang
Melayu memang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan orang Cina, dan bukannya pandangan menghina
mereka daripada generasi tua yang datang dari China dan
India, seperti Cing Huat dan Perumal yang menganggap orang
Cina dan India mempunyai kebudayaan yang lebih besar dan
tinggi berbanding dengan kebudayaan Melayu.
Dalam karya-karya itu, seperti dalam karya-karya yang
lain, termasuk Bangsal, Sisa Laut, Embun dan Tanah, Isteri
Leong Beranak dan Mereka Tidak Mengerti, tidak ada
perbezaan antara orang Melayu, Cina dan India dari segi
kebudayaan, kepandaian, kebolehan, tetapi semua wataknya
sudah dibentangkan sebagai manusia yang dijalini perasaaan
kemanusiaan, kasih sayang dan kepentingan bersama untuk
hidup dengan aman dan damai.
Sehubungan itu, Arena Wati telah juga mengisahkan
contoh
kejayaan orang Cina, Melayu dan India yang
bekerjasama dalam novelnya Lingkaran (1977: 2-3). Dia
menceritakan pekerja Melayu, India dan Cina sudah
dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan
Abdullah Hussain 2003: 440: Luar pengetahuan Cing Huat, anaknya, Yew
Seng tidak pernah tenteram dengan keadaan yang sedang berlaku itu.
Dia selalu bertukar fikiran dengan adiknya Poh Eng, kerana Poh Eng
seorang sahaja yang sudah faham tentang politik. Abang mereka Yew
Hock hampir serupa sahaja dengan bapanya, tidak mahu tahu tentang
keadaan di sekelilingnya, mereka hanya mahu mencari wang, malah
Yew Seng telah kembali menjadi bahan perbualan bapanya dengan
abangnya itu, yang menuduhnya malas dan asyik termenung sahaja.
7

17

tugas yang berbeza-beza pada masa yang sama dalam
mendirikan rumah dengan mengibaratkan kerja yang berlainan
itu sebagai kelopak bunga tiga warna, maka kelihatan
sangsatlah romantik bila dipandang. Antara kerja-kerja yang
perlu dilakukan itu adalah meletakkan batu asas, menggali
tanah, mencampur simen, mendirikan tiang, memasang
bumbung, membuat lantai, membuat dinding. 8
Jalinan yang terbina antara mereka pada mula-mulanya
sebagai rakan sekerja itu sudah diperkuatkan dengan disiplin
kerja yang bukan sahaja telah mengikat mereka sebagai orang
professional, tetapi juga telah mewujudkan hubungan
silaturahim yang merentasi jurang perbezaan kaum. Dengan
kata lain, mereka yang datang sama-sama sebagai orang asing
itu telah menjadi rakan sekerja yang mempunyai misi yang
sama dan sudah menjadi kawan yang baik sehinggakan
bersedia untuk berkorban demi menjalin tali persahabatan itu.
Oleh sebab itu, bila ada seorang didapati susah, kawannya
akan tampil ke depan untuk menolong, seolah-olah mereka
adalah saudara dalam sebuah keluarga yang besar. Kisah
seumpama itu telah juga diceritakan dalam novel Sisa Laut
(1964), karya Wijaya Mala.
Sudah disebut tadi bahawa dalam karya Wijaya Mala ini
encik Tan telah berunding dengan pihak pengurusan syarikat
perkapalan untuk mendapatkan pampasan ganti rugi bagi
pihak kelasi Melayu atau keluarganya dalam kemalangan.
Demikian juga dalam cerpen Hati Ah Fook Selebam Malam
(1970), Adam A. Kadir menceritakan Datuk Bahrin banyak
menolong Ah Fook untuk meneruskan hidupnya menjual ikan di
kampung Melayu.
Seterusnya dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala
Lumpur (1982), Keris Mas telah menceritakan Datuk Indera Idris
adalah orang Melayu yang pertama berkongsi dengan ahli
perniagaan Cina, Datuk Tan Ong Seng, dalam melombong bijih
timah di Wilayah Tualang. Selain itu, dalam novel Interlok
Orang Melayu dan orang Cina bekerja dalam bahagian pembangunan
rumah-rumah.
Mereka
diberi
berkelompok-kelompok
dengan
pembahagian pekerjaan masing-masing….ada yang membuat teras dasar
bangunan. Tanahnya digali kemudian dibubuh simen. Ada yang
mendirikan tiang dan memasang rangka-rangkanya. Ada yang memasang
atap. Dan ada yang memasang lantai serta dinding…. Alangkah romantik
pemandangan di sini. Seperti keindahan sekelopak bunga yang terdiri dari
tiga warna. Menjadikan satu tenaga keindahan yang padu.
8

18

(2003: 303), Abdullah Hussain menceritakan Maniam sudah
menolong Musa yang menghadapi diskriminasi kaum dalam
mencari kerja di lombong orang Cina dan estet getah yang
dikuasai orang India.
Dalam kesemua karya yang tersebut itu, kita sudah
ditunjukkan bagaimana hubungan yang baru sudah terbina
antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu, dan juga
bagaimana ikatan persahabatan atas dasar pengalaman yang
sama dikongsi itu dikembangkan untuk sepanjang hayat. Dalam
hal ini, kita boleh lihat pelaksanaan wawasan 1Malaysia dan
Wawasan 2020 yang menekankan
keterangkuman semua
rakyat Malaysia untuk membina perpaduan negara.
Rujukan
A Wahab Ali. Isteri Leong Beranak. Dewan Bahasa, Ogo 1966.
Aban Port Swettenham, Jangan Berharap Makan Gaji Sahaja.
Warta Ahad, Bil. 96, 28 Feb. 1937.
Abdullah Hussain. Interlok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1971 & 2003.
Abdullah Sidek. Mari Kita Berjuang. Singapore: H. Hashim bin H
Abdullah, 1941.
Abroad Mahmud. Nyawa Balasannya. Mingguan Malaysia,
27.7.1969.
Adam A. Kadir. Hati Ah Fook Selebam Malam. Mingguan
Malaysia, 15.3.1970.
Arena Wati. Syonan to 2604. Berita Minggu, 20 Dis1964.
Arena. Wati. Lingkaran. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1965;
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1977.
Asmaranda. Surat dari Mekah. Mastika, April 1961.
Atan Long. Subuh. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara,
1964.
Awang Had Salleh. Biru Warna. Kuala Lumpur: Usaha
Penerbitan Menara, 1966.
Awang Had Salleh. Pengabdian. Berita Harian, 6.6.1963.
Darussalam. Harapan dan Pengorbanan. Utusan Zaman,
7.9.1969.
Dharmala N.S. Notis 24 Jam. Mingguan Malaysia, 23.5.1971.
Harun Aminurrashid. Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing
Hiburan, Nov 1946.
Husain Abdul Hadi. Jimat Dan Cermat. Warta Ahad. Bil. 142,
16.1. Jan. 1938.

19

Ibrahim Omar. Embun dan Tanah. Kuala Lumpur: Pustaka
Melayu Baru, 1965.
Ishak Haji Muhammad. Anak Dibuat Denak. Utusan Zaman, 12
– 19.6.1938.
Jaya. Kami dan Mogok. Mastika, Nov 1955.
Keris Mas. Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.
Melan Abdullah. Kalau Sudah Kehendak Hati. Utusan Zaman,
18.10.1941.
Mohd Hanafi Ibrahim. The Historical Order of Malaysian
Socioculture in Interlok: 267-281. IN Malay Literature:
Interlok Special Issue. 24: 2 (2011).
Muhammad Yusof Ahmad. Mencari Isteri. Majalah Guru, 1 Ogo
1928 - 1 Mei 1929).
Othman Rasul. Bidan Tarik. Mingguan Malaysia, 24.8.1969.
Shahnon Ahmad. Rentong. Melaka: Toko Buku Abbas Bandung,
1965.
Wan Ahmad Ismail. Bangsal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1991.
Wijaya Mala. Sisa Laut. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1964.