Cabaran dan isu semasa dunia Petroleum d

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARUL AMAN
06000 JITRA, KEDAH
CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA
GCI 1022
KESAN ISU-ISU EKONOMI DUNIA SEMASA TERHADAP SISTEM DAN
PERBELANJAAN PENDIDIKAN

DISEDIAKAN OLEH: FARAH NABILAH BINTI ABD MAJID
NAMA PENSYARAH: PUAN HJH SOFIAH BINTI HJ ZAKARIA

APAKAH SISTEM DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN



Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM)



Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan

pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat
dilihat tetapi lebih mendalam dari aspek pemberian pengetahuan,
pertimbangan, dan kebijaksanaan.



Pengertian Sistem Pendidikan
Kata sistem barasal dari bahasa Yunani iaitu systema yang bererti “cara,
strategi”. Dalam bahasa Inggeris sistem bermaksud “sistem, susunan,
jaringan, cara”. Sistem juga diertikan “suatu strategi, cara berfikir atau
model berfikir”.



Perbelanjaan dalam pendidikan ialah pelaburan dalam sumber
manusia pada masa hadapan dan ilmu yang didapati semasa
menimba ilmu dapat meningkatkan produktiviti seseorang dan
dapat meningkatkan nilai dalam pasaran buruh dan
meningkatkan pendapatan.


PETROLEUM KOMODITI UTAMA DUNIA


Petroleum adalah komoditi utama dan terpenting di dunia.



Menyumbang kepada perkembangan pelbagai industri.



Sumber petroleum semakin berkurangan menyebabkan harganya
meningkat.



Faktor sumber berkurang :

1.


Permintaan melebihi sumber yang ada.

2.

Cuaca buruk di negara pengeluar (Arab Saudi,Russia)

3.

Keadaan yang tidak stabil di beberapa negara OPEC



Apabila harga petroleum meningkat, harga barang di seluruh negara
turut meningkat.



Apabila harga barang meningkat, kuasa pembeli dan pengguna
berkurangan.


KESAN-KESAN PERUBAHAN HARGA PETROLEUM

1. Beban kepada mereka khususnya yang berpendapatan rendah.
2. Pengeksploitan peniaga terhadap pengguna.
3. Industri perumahan mengalami beban dalam perbelanjaan.
4. Inflasi.

LANGKAH MENGATASI


Memperbaiki kedudukan kewangan negara dan mutu sistem
pengangkutan awam.



Penyediaan produk dan servis yang berpatutan untuk para pengguna
(peniaga skala kecil dan sederhana).




Menggiatkan kursus dan latihan keusahawanan.



Bijak berbelanja.

KESAN KENAIKAN HARGA PETROLEUM
TERHADAP PERBELANJAAN NEGARA


Kos untuk membina sekolah semakin meningkat dan sukar untuk
membangunkan sekolah-sekolah pedalaman kerana memakan berjuta
kos .



Perbelanjaan pendidikan per satu anak semakin tinggi kerana harga
buku, perbelanjaan pengangkutan dan bahan pembelajaran juga tinggi.




Banyak projek terbengkalai kerana tidak mempunyai peruntukan yang
mencukupi.



Kemunduran dari segi ICT bagi sekolah pedalaman. Kemahiran ICT
kurang berbanding pelajar di sekolah bandar yang mempunyai banyak
kemudahan.



Ibu bapa tidak mendorong anak-anak untuk meneruskan pengajian
hingga ke peringkat tertinggi kerana kos yang mahal.



Kegagalan pelancaran dasar pendidikan berlandaskan ekonomi (eknowledge)




Infrastruktur institusi tidak dapat dilengkapi



Kegagalan melahirkan generasi muda yang berminda kelas pertama



Kegagalan untuk menampung elaun golongan pendidik



RM ditutup lemah kesan harga minyak jatuh


Pada 1 Disember 2014, ringgit ditutup lemah berbanding dolar Amerika
Syarikat, kesan kejatuhan berterusan harga minyak.




Ringgit terjejas akibat kejatuhan harga minyak kerana Malaysia selaku
negara pengeksport komoditi tersebut akan mencatat penurunan
pendapatan daripada sektor berkenaan.



Ringgit juga diniagakan rendah berbanding kebanyakan mata wang
utama.



Unit tempatan itu jatuh berbanding dolar Singapura kepada
2.6237/5280 daripada 2.5932/5963 pada Jumaat dan rendah
berbanding yen pada 2.8969/8004 daripada 2.8614/8644.



Ia juga turun berbanding pound British kepada 5.3725/2785 daripada
5.3075/2125 dan menyusut berbanding euro kepada 4.2701/1749

daripada 4.2053/1100.



Mata wang Malaysia merosot sehingga 3.4375 - yang paling lemah
sejak Februari 2010.



Menurut Jonathan Cavenagh, pakar strategi kanan FX dengan Westpac
di Singapura, dia mengesyaki bahawa sehingga minyak stabil, ringgit
berdepan risiko terus jatuh.



Berpandukan kadar penurunannya, ada pihak penganalisis meramalkan
tidak mustahil akan mencecah pertukaran RM4=AS$1.




Bulan lepas, ringgit menjunam ke paras RM3.9125 berbanding dollar
Amerika, paling rendah dalam 17 tahun sekali gus menyaksikan Indeks
komposit Bursa Malaysia kehilangan 30.92 mata.



Ringgit, mata wang Asia paling teruk di segi prestasi, kehilangan 9.8%
berbanding dollar Amerika, baht-Thailand sebanyak 6.4%, peso-Filipina
sebanyak 2.2% dan rupiah-Indonesia kehilangan 8.4%.

KESAN PENURUNAN MATA WANG TERHADAP
SISTEM DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN
PELAJAR DI LUAR NEGARA


Memandangkan ramai kalangan pelajar yang menuntut ke luar negara
dengan biaya sendiri bertindak menangguhkan pembayaran yuran
semata-mata untuk menunggu nilai ringgit kembali pulih.




pelajar Malaysia di United Kingdom dan juga Amerika Syarikat
kemungkinan besar sedang menghadapi masalah kewangan
berikutan kejatuhan ringgit Malaysia.



Pelajar Malaysia di Mesir JUGA mengakui ramai di kalangan rakan
mereka yang bertindak menangguhkan pembayaran yuran kerana
yakin ringgit akan kembali kukuh.



"Pelajar yang paling terasa ialah yang dibiayai sendiri ibu bapa. Dua
tahun lepas kadar tukaran RM24,789 dan tahun lepas RM26,140.
Tahun ini RM29,938," jelas Ezwan Rafizi, salah seorang pelajar di
Mesir.



Kata pelajar Universiti Mansoura tersebut, yuran terbabit melibatkan
jurusan perubatan, pergigian dan farmasi yang ditetapkan pada
AS$8,000 (RM30,400).



Data pada tahun 2013 menganggarkan sekitar 12,000 pelajar Malaysia
menuntut di peringkat pengajian tinggi di Mesir.



Daripada jumlah itu, separuh melanjutkan pengajian dalam bidang
sains kesihatan.



Begitupun, penantian mereka untuk melihat pemulihan ringgit menjadi
sia-sia apabila ringgit berada di paras lebih rendah berbanding paras
tambatan pada 1998 pada RM3.80 untuk setiap dolar.



Tapi ringgit semakin turun (nilai) dan akhirnya mereka terpaksa bayar
lebih banyak.



Matawang ringgit jatuh ke paras terendah pada Isnin ke paras sebelum
ia ditambat dengan dolar Amerika pada September 1998.

KESAN ISU-ISU DUNIA SEMASA TERHADAP
PENDAPATAN NEGARA


Hasil kerajaan dari sumber petroleum berkurangan dengan penurunan
harga minyak, yang akan mempengaruhi perbelanjaan kerajaan.



Sekiranya harga minyak terus menunjukkan trend tidak stabil pada
tahun depan, ia boleh diimbangi dengan pelepasan bebanan subsidi
yang ditanggung kerajaan selama ini.



sumber pendapatan negara akan berkurangan. Tetapi jumlahnya
tidaklah sebanyak yang disangkakan kerana Malaysia bukanlah negara
pengeksport minyak yang utama di dunia. Sebaliknya, kita lebih banyak
mengimport minyak mentah dan petroleum berbanding dengan
mengeksport produk tersebut.



Pada 2014, minyak mentah yang diimport adalah berjumlah RM92.5
bilion berbanding dengan jumlah yang dieskport iaitu sebanyak RM87.6
bilion.



Oleh yang demikian, kehilangan sumber pendapatan negara ekoran
kejatuhan harga minyak akan ditampung melalui kos operasi kerajaan
(seperti subsidi minyak) yang berkurangan.



Pertama, hanya 22% sumber ekonomi Malaysia berasaskan minyak
dan gas (bukannya 40% sebagaimana yang digambarkan oleh
sesetengah pihak).



Kedua, Malaysia adalah negara pengimport bersih minyak/petroleum,
bukannya negara pengeskport bersih.



Ketiga- yang paling penting, sektor minyak dan gas hanya
menyumbang 1% daripada jumlah keseluruhan pekerjaan di Malaysia.
Oleh itu impak terus dari sudut pengangguran amat rendah jika
dibandingkan dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan yang
menyumbang 87% jumlah pekerjaan.



Kesimpulannya, ekonomi negara mempunyai asas yang kukuh untuk
menangani situasi harga minyak rendah.



Kerajaan masih mampu menampung kos perbelanjaan pendidikan para
pelajar di Malaysia.

REFLEKSI KEPENTINGAN SUMBER ALAM
TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA


Menyediakan peluang pekerjaan. Penemuan petroleum dan gas asli di
luar perairan Terengganu, Sabah & Sarawak memberi peluang
pekerjaan kepada penduduk sebagai jurutera petroleum, penggerudi
minyak, dan pemandu lori tangki minyak.



Menyumbangkan pendapatan eksport kepada negara. Hasil petroleum
dan gas asli dieksport ke negara Singapura.



Bahan mentah. Penerokaan sumber mineral seperti petroleum telah
membangunkan industri petrokimia di Kerteh dan Miri kerana telah
menyediakan bahan mentah iaitu petroleum kepada industri-industri ini.
Contohnya industri membuat cat, plastik dan farmaseutikal.

SEKIAN,
TERIMA KASIH