Kedayatahan masyarakat bandar dan pemiki

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN
HGM511/3
(BANDAR DAN KOMUNITI LESTARI)
TAJUK:
KEDAYATAHANAN SESUATU BANDAR DIKATAKAN BERKAIT DENGAN
PEMIKIRAN KREATIF MASYARAKAT BANDAR TERSEBUT DALAM MENCARI
PENYELESAIAN

MASALAH

ATAU

KONFLIK

YANG

TIMBUL

DALAM

PELBAGAI ASPEK SEPERTI EKONOMI, BUDAYA, PERSEKITARAN, BENCANA

SEMULAJADI DAN SEBAGAINYA. BINCANGKAN.

SITI NUR ROHANI BINTI HASBIE
SARJANA SAINS BANDAR DAN KOMUNITI LESTARI
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

1

SEMESTER 1 2015/2016

Visi untuk keselamatan kesihatan telah diterangkan dalam National Health Security
Strategy (NHSS) yang telah dibina di atas asas daya tahan komuniti. Malahan, National
Health Security Strategy (NHSS) turut menerangkan bahawa komuniti berdaya tahan di
mana ia adalah keupayaan berterusan masyarakat untuk bertahan dan pulih daripada
kesukaran1. Komuniti yang berdaya tahan adalah termasuk dalam kalangan individu yang
sihat dan keluarga yang mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan, kedua-dua fizikal
dan psikologi, dan memiliki pengetahuan dan sumber untuk menjaga diri sendiri serta
orang lain kedua-dua keadaan rutin seharian mahupun dalam keadaan kecemasan. Daya
tahan juga telah dipertingkatkan dan dianggap sebagai kritikal dalam mengurangkan
kelemahan, mengurangkan kesan-kesan kesihatan yang negatif dan cepat memulihkan

sesuatu fungsi dalam sesebuah komuniti tersebut.

Dalam konsep pembangunan bandar era paska moden masa kini telah diberikan
berbagai filosofi seperti bandar mampan, bandar sejahtera, bandar berdaya huni, bandar
selamat dan bandar pintar di mana telah terdapatnya penduduk yang mendiaminya
sebagai tempat untuk mereka bergantung hidup. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa
pemikiran kreatif sesebuah masyarakat bandar itu tidak dapat dinafikan hak mereka. Ini
kerana pemikiran kreatif masyarakat bandar itu adalah penting dalam menyelesaikan
masalah yang mereka hadapi. Malahan, tanpa masalah yang dihadapi oleh mereka ini
secara langsung telah mendorong pelbagai inisiatif dari dalam diri mereka dalam
menggerakkan keupayaan mereka untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Contohnya,
2

dengan masalah yang timbul ia memberikan peluang kepada mereka untuk beradaptasi

1 U.S Department of Health and Human Services Office of the Assistant Secretary for Preparedness and Response. Dari
laman web www.google.com website:www.phe.gov/abc

bagi membantu diri sendiri dalam menyesuaikan diri mereka dengan kesukaran 2. Namun
begitu, untuk menyelesaikan setiap permasalah yang berlaku hendaklah sesebuah

masyarakat itu memiliki maklumat serta pendidikan dalam kehidupan mereka agar
mereka dapat mencari peluang ataupun jalan penyelesaian untuk permasalahan yang
berlaku.

Justeru, dengan pemikiran yang kreatif masyarakat pada masa kini ia secara langsung
dapat melestarikan kedayatahanan sesebuah komuniti. Namun begitu tidak dinafikan di
mana untuk memperoleh kedayatahanan dalam sesebuah masyarakat bandar tersebut,
komuniti haruslah menyesuaikan diri mereka dengan penglibatan dan pendayaupayaan
dalam kehidupan mereka. Ini kerana dengan penglibatan dan pendayaupayaan yang
mereka miliki secara langsung dapat memberikan impak yang besar kepada komuniti
tersebut. Mengikut The Community and Regional Resilience Institute (CARRI)
menyatakan bahawa daya tahan sesebuah masyarakat adalah di mana mereka mempunyai
keupayaan untuk menjangka sesuatu risiko, mengehadkan kesan dan bangkit semula
dengan cepat melalui kelangsungan hidup, penyesuaian, perubahan dan pertumbuhan
dalam menghadapi perubahan yang bergelora3. Ini secara langsung telah membuktikan
bahawa penglibatan dan pendayaupayaan sesebuah komuniti itu dapat dijana di mana
setiap masalah atau konflik yang timbul dalam diri atau komuniti mereka ia boleh
memberikan peluang kepada mereka untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang
mereka hadapi.
3

2 Community & Regional Resilience Institute. Definitions of Community Resilience : An Analysis : A CARRI
REPORT, 2013. Page 2 of 10
3 Community & Regional Resilience Institute. Definitions of Community Resilience : An Analysis : A CARRI
REPORT, 2013. Page 10 of 14

Era globalisasi masa kini yang penuh dengan cacar-marba, sememangnya masyarakat
bandar tidak boleh lari dengan pelbagai masalah ataupun konflik yang timbul. Namun
begitu, itulah kenyataan yang perlu dihadapi oleh masyarakat kini terutama sekali
masyarakat yang hidup di bandar. Di samping itu juga, pada abad ke-21 kini di mana
teknologi maklumat dan komunikasi sangat memainkan peranan yang penting. Ia juga
secara amnya telah membudayakan sesebuah masyarakat bandar itu dalam mencapai
pemikiran yang kreatif sama ada pemikiran yang kreatif dari segi positif mahupun
negatif. Namun begitu, pemikiran yang kreatif tersebut begantung kepada bagaimana
sesebuah komuniti itu boleh beradaptasi dengan pemikiran yang mereka bawa dengan
arus teknologi yang ada pada masa kini. Mengikut (Musa Abu Hassan,2002) mendapati
bahawa implikasi dalam pengguna teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada
masyarakat adalah terbahagi kepada dua, iaitu implikasi positif dan implikasi negatif
dalam penerimaan ICT. Dalam implikasi positif boleh kita lihat di mana teknologi
maklumat dan komunikasi ini adalah memudahkan proses komunikasi, meluaskan
pandangan dan pengetahuan, memudahkan proses pendidikan, memudahkan aktiviti

perdagangan dan membentuk masyarakat yang peka kepada keadaan semasa. Manakala
implikasi negatif pula adalah meliputi pengaruh budaya asing, menerapkan amalan dan
sifat kebendaan, menjejaskan kesihatan serta salah guna oleh pihak tertentu dalam
penerimaan teknologi maklumat dan komunikasi. Maka dengan itu, pemikiran kreatif
masyarakat bandar secara langsung turut terikat dengan implikasi positif mahupun negatif
dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
4

Selain itu, dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang ada, tidak
mustahil ia turut mempengaruhi gaya hidup serta cara masyarakat bandar untuk berfikir
secara lebih kritis, optimis, kreatif, inovatif dan sebagainya. Ini kerana masyarakat bandar
pada masa kini amatlah memerlukan teknologi dalam kehidupan seharian mereka tidak
kira dari segi teknologi material ataupun bukan material. Namun apa yang boleh kita lihat
pada masa kini adalah telah lahirnya ‘techno cities’ seperti dalam kajian Wacana
pemikiran ‘techno cities’ tentang bandar pengetahuan oleh (Jalaludin Abdul Malik,2014).
Techno cities adalah merupakan satu bentuk budaya pemikiran yang berasaskan teknologi
di mana budaya pemikiran ini lahir sebagai kesan daripada pembangunan bandar yang
berteknologi termaju khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT). Dalam pemikiran ‘tehcno cities’ ini juga lebih dikenali sebagai pemikiran etnik
maya ataupun virtual ethnicity. Secara umumnya, pemikiran techno cities ini lahir di

dalam bandar pengetahuan, bandar pintar dan bandar ilmu. Tidaklah mustahil di mana
pemikiran kreatif sesebuah masyarakat bandar itu mempunyai kaitan dalam ‘techno
cities’ serta kedayatahanan komuniti itu turut berkait rapat.

Umumnya, teori daya tahan merangkumi kontemporari pemahaman mengenai
tekanan, penyesuaian, kesihatan dan sumber dinamik. Malahan, daya tahan masyarkat
adalah satu proses yang menghubungkan rangkaian kapasiti penyesuain (sumber dengan
sifat-sifat dinamik) untuk penyesuaian selepas gangguan ataupun kesukaran (Fran H.
Norris et al., 2007). Daya tahan masyarakat juga adalah merupakan penyesuaian
5

masyarakat yang nyata di mana bagi kesihatan penduduk, yang lebih ditakrifkan sebagai
paras yang tinggi dan tidak mempunyai perbezaan daripada kesihatan mental dan

tingkahlaku, fungsi dan kualiti kehidupan. Di samping itu juga, daya tahan masyarakat
muncul daripada empat set yang utama dalam kapasiti penyesuaian iaitu pembangunan
ekonomi, modal insan, maklumat dan komunikasi dan kecekapan komuniti yang mana ia
bersama-sama dalam menyediakan strategi untuk kesediaan bencana dan lain-lain konflik
ataupun permasalahan yang berlaku dalam kalangan komuniti bandar mahupun komuniti
setempat. Dalam mengurangkan risiko dan sumber ketidaksamaan yang di hadapi, ia

melibatkan penduduk tempatan dalam pengurangan, mewujudkan rangkaian sosial,
meningkatkan dan melindungi sokongan sosial dan merancang untuk mempunyai pelan
di mana ia memerlukan fleksibiliti , kemahiran membuat keputusan dan sumber
maklumat yang dipercayai oleh komuniti ataupun masyarakat tersebut serta mereka juga
harus memastikan bahawa segala fleksibiliti, kemahiran dalam membuat keputusan dan
sumber maklumat yang mereka perolehi itu haruslah berfungsi secara sepenuhnya dalam
membantu mereka sendiri terhadap permasalahan ataupun konflik yang mereka alami. Ini
kerana dengan kefungsian tersebut ia secara langsung dapat membantu mereka untuk
mencapai tahap atau matlamat itu berjalan seperti yang mereka telah tetapkan agar
konflik atau masalah itu boleh selesai seperti yang telah dirancang.

Dalam teori Psikoanalisis yang dipelopori oleh (Sigmund Freud,1940) dalam
penulisan (Azlina,2002), di mana beliau telah menyatakan bahawa struktur personaliti
dalam diri manusia adalah untuk memahami konflik yang berlaku dengan keadaan di
sekeliling mereka. Malahan, (Freud,1940) telah membentuk sebuah struktur personaliti
6

yang dapat menggambarkan konflik yang berlaku serta mempengaruhi tingkahlaku
seseorang. Dalam teori Freud terdapat tiga sistem dalam minda manusia iaitu id, ego dan


superego. Masyarakat bandar juga tidak ketinggalan daripada struktur personaliti ini
kerana telah menjadi lumrah di mana setiap manusia itu mempunyai konflik atau
permasalahan yang bakal mereka hadapi. Namun begitu, ia menjadi tanggungjawab
sesebuah komuniti atau masyarakat bandar itu sendiri dalam menyelesaikan setiap
konflik yang mereka alami.

Dalam kehidupan seharian masyarakat sama ada di bandar mahupun luar bandar
ataupun pinggir bandar, kegiatan ekonomi merupakan keperluan asas dalam kehidupan
manusia. Kegiatan ekonomi pada masa kini telah bergerak mengikut matlamat-matlamat
individu ekonomi yang telah ditetapkan dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana
dengan aktiviti ekonomi itulah, setiap masyarakat itu memperoleh sumber keperluan dan
sumber pendapatan mereka ia selari dengan Teori Keperluan Abraham Maslow di mana
ekonomi adalah termasuk dalam keperluan asas manuasia (Maslow, 1954). Walaupun
pada zahirnya terdapat perbezaan antara seseorang individu dengan individu ekonomi
yang lain namun pada asasnya ia adalah bermatlamatkan kepada kesejahteraan. Oleh
sebab itu, dalam sistem ekonomi juga terdapatnya konflik ataupun masalah yang wujud.
Ini sangat penting kerana, ia adalah satu kemestian bagi penduduk mahupun masyarakat
bandar mengenai bagaimana ataupun apa cara yang perlu mereka lakukan atau gunakan
dalam mencari penyelesaian masalah yang mereka hadapi.


Di bandar turut terdapat ketidakseimbangan pendapatan serta jurang pendapatan
7

yang agak ketara dalam masyarakat di antara golongan miskin dan juga golongan kaya
terus wujud dalam mana-mana masyarakat. Pergolakan ekonomi di Malaysia telah wujud

sejak sebelum merdeka lagi di mana Dasar Pecah dan Perintah yang telah diwujudkan
oleh penjajah British pada sebelum merdeka iaitu sejak dari tahun 1940 semasa
berakhirnya Perang Dunia Pertama4. Bermula daripada situ sehingga ke selepas merdeka
yang dikecapi oleh negara kita, telah wujudnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam
negara tetapi itupun berlaku setelah berlakunya Peristiwa Berdarah pada 13 Mei 1969,
Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini telah dilaksanalan dalam Rancangan Malaysia Kedua
pada tahun 1970.

Namun begitu, Dasar Ekonomi Baru telah digubal dengan tujuan untuk mencapai
perpaduan kaum. DEB telah menetapkan dengan pencapaian perpaduan nasional sebagai
matlamat utama dalam dasar ini. Malahan, integrasi sosial melalui pengagihan
pendapatan yang adil turut ditekankan dalam DEB kerana sumber-sumber kekayaan
negara pada masa tersebut adalah tidak seimbang di antara kaum etnik di Malaysia.
Amnya, DEB adalah bertujuan untuk melaksanakan dua matlamat iaitu yang pertama

adalah mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambahkan
pendapatan dan membanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira
kaum dan matlamat yang kedua adalah untuk mempercepatkan proses penyusunan
semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Walaupun DEB ini telah sekian lama, namun negara masa kini yang telah berada
8

pada abad ke-21 turut mengalami konflik dan masalah dalam ekonomi dalam kalangan

4 Dasar Pecah dan Perintah. Pemerintahan British 1940. Dari Laman Web
http://studentsrepo.um.edu.my/997/2/BAB1.pdf

masyarakat bandar. Contohnya, masalah ekonomi yang makin meruncing di bandar pada
masa kini boleh ditakrifkan sebagai kemiskinan yang berlaku dalam bandar di mana ia
berlaku akibat daripada krisis di kawasan bandar disebabkan oleh sektor pembinaan dan
sektor pembuatan merombak cara pengurusan yang telah menyebabkan pemberhentian
kerja dan pengangguran yang berlebihan dalam negara dan ini telah menyebabkan
berlakunya inflasi menjadi lebih besar. Sehubungan itu, turut berlaku juga kegawatan

ekonomi dunia pada tahun 1997 di mana ia secara langsung mempengaruhi kejatuhan
nilai ringgit Malaysia di mana ia memberi kesan kepada pertumbuhan dan pembangunan
bagi semua sektor di dalam negara (Syuhaily Osman, 2000). Situasi kegawatan ekonomi
pada masa tersebut jika kita lihat balik amat sukar bagi sesebuah negara itu untuk bangkit
semula serta berdaya tahan di mana ia secara amnya turut merangkuni masalah global.
Pada masa tersebut juga telah menggambarkan di mana pemimpin negara pada masa
tersebut adalah Tun Dr. Mahathir Mohammad berusaha untuk tidak menerima ataupun
menolak bantuan daripada IMF (Ukin et al., 2012).

Di samping itu juga, turut terdapat kadar pengangguran yang jelas kelihatan seperti
yang dilaporkan dalam Utusan Online pada tahun 2009 iaitu meningkat kepada 4.5
peratus berbanding dengan tahun 2008 sebanyak 3.7 peratus 5. Mengikut akhbar Utusan
Online juga faktor ini adalah disebabkan oleh kesan langsung daripada kelembapan
ekonomi yang telah menyebabkan permintaan daripada luar negara terus susut sejak akhir
2008. Ia telah menunjukkan di mana kekuatan untuk sesebuah masyarakat itu dalam
9

berdaya tahan amat sukar untuk dicapai jika sesebuah masyarakat itu tidak mempunyai
5 Akhbar Utusan Online. Kadar Pengangguran Meningkat, 2009. Dari laman web :
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0326&sec=Ekonomi&pg=ek_08.htm Diakses pada 17 Oktober
2015

alternatif lain dalam menghadapi keadaan pengganguran yang berlaku.
Sehubungan itu, masalah dalam ekonomi ini turut berlaku adalah kerana kekurangan
peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang. Namun begitu, kekurangan peluang pekerjaan
ini tidak menghalang masyarakat bandar untuk tidak bekerja. Malahan, mereka lebih
inovatif dalam segala hal di mana mereka lebih bersedia ke arah untuk menghadapi setiap
konflik yang timbul walaupun menghadapi tipis peluang pekerjaan. Contohnya, ramai
masyarakat bandar masa kini yang menceburi bidang perniagaan tidak kira perniagaan
secara langsung mahupun tidak iaitu seperti melibatkan diri dalam bidang Industri Kecil
dan Sederhana seperti yang disarankan oleh kerajaan iaitu fail Dalam Ekonomi Malaysia
Pada Tahun 2005 terdapat usul pengurusan makroekonomi pada tahun 2005 yang
tertumpu pada mengekalkan pertumbuhan ekonomi di samping meningkatkan kapasiti
ekonomi untuk menjana pertumbuhan mampan6.

Ini menunjukkan bahawa masyarakat bandar mempunyai keupayaan untuk bangkit
semula dan menggunakan sumber-sumber fizikal dan ekonomi secara berkesan untuk
pemulihan bantuan (Paton, 2001). Walaupun begitu, peluang pekerjaan yang sukar di
bandar tidak menghalang masyarakat tersebut untuk tidak berupaya menggunakan segala
fizikal alam yang ada. Contohnya, dengan kegawatan ekonomi yang dialami oleh negara
seperti kadar minyak petrol dinaikkan serta harga barang turut terjejas akibat daripada
kenaikan harga minyak, masyarakat bandar masih lagi mempunyai kreativiti di mana
mereka mempunyai kemampuan dari segi menggunakan sumber-sumber fizikal alam
10

yang ada. Contohnya, mereka menggunakan sumber tanah yang ada untuk dimanfaatkan
untuk kepentingan mereka sendiri seperti berinovasi dari segi memanfaatkan sumber
6 Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

tanah iaitu dengan “kebun dapur” dalam penjimatan perbelanjaan sampingan. Ia
bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan masyarakat bandar dan pinggir
bandar untuk bertani di rumah sendiri7.

Tidak hanya ekonomi turut mempunyai konflik dan masalah namun begitu, budaya
dalam masyarakat bandar juga turut mendapat tempat dalam konflik dan permasalahan.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, budaya merupakan keseluruhan cara hidup yang
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan
penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun,
peradaban dan kemajuan akal budi. Masyarakat Malaysia telah mengalami proses
transformasi sejarah yang besar dan mendalam dalam suatu abad lebih, khasnya semenjak
memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957. Justeru, di antara proses yang telah
merombak struktur masyarakat dan cara kehidupan penduduk pelbagai kaum ini adalah
pemodenan, pembandaran dan perindustrian. Dalam ketiga-tiga proses ini ia bukan sahaja
telah mencetuskan penghijarahan dalam kalangan penduduk secara besar-besaran namun
ia turut merubah struktur penghijrahan itu dari migrasi masyarakat desa ke bandar dan
migrasi dari bandar kecil ke bandar besar, namun ia turut merombak struktur pekerjaan,
pendapatan serta struktur pekerjaan, pendapatan serta struktur kelas dan gaya hidup
mereka (Abdul Rahman Embong, 2011). Ini memberikan kesan secara langsung kepada
masyarakat bandar tersebut dalam kehidupan mereka. Menurut (Abdul Rahman Embong,
2011) juga, perkara sebegini merangkumi beberapa kesan besar dalam keseluruhan proses
11

ini. Pertama ialah perubahan ke atas stratifikasi sosial dengan kemunculan kelas-kelas

7 Galak Bertani di Rumah. MyMetro dari laman web http://www.hmetro.com.my/node/51981?m=1 Diakses pada 17
Oktober 2015

baru dalam masyarakat yang tinggal di bandar; kedua, kemunculan cara hidup baru yang
dikenali sebagai gaya hidup bandar dan ketiga, perubahan ke atas ciri-ciri masyarakat
daripada ‘masyarakat majmuk’ (mengikut falsafah Furnivall) (Furnivall, 1948) di mana
penduduk berlainan kaum yang lebih berintegrasi dalam merentasi sempadan kaun
sungguhpun terdapatnya ciri-ciri keterpisahan di antara kaum masih lagi wujud dalam
masyarakat bandar kita hari ini.

Konflik yang timbul dalam budaya ataupun gaya hidup masyarakat bandar masa kini
salah satunya adalah budaya organisasi. Dalam sesebuah organisasi mengamalkan
sesebuah budaya, malah budaya yang diamalkan oleh sesebuah organisasi adalah bersifat
subjektif. Ini kerana penerimaan terhadap budaya yang diamalkan adalah bergantung
kepada persepsi individu di dalam organisasi itu sendiri. Selain itu, sekiranya pekerja di
dalam organisasi tidak dapat berkongsi budaya atau norma yang diamalkan oleh ahli lain
di dalam organisasi maka individu itu berkecenderungan untuk meninggalkan organisasi
manakala pekerja yang dapat menerima budaya dalam sesebuah organisasi tersebut akan
terus kekal di dalam pekerjaan mereka8. Permasalahan dalaman organisasi ini merujuk
kepada penyesuaian di antara budaya organisasi yang wujud di dalam organisasi dengan
ahli kerja di dalam organisasi tersebut. Malahan, penyesuaian perlu dalam memastikan
agar individu di dalam organisasi tersebut berpuas hati dengan tugas yang mereka peroleh
serta lakukan bagi mencapai kepuasan kerja yang mereka inginkan. Di mana kepuasan
kerja ini amatlah penting dalam memastikan ahli-ahli pekerja atau komuniti dalam
12

organisasi tersebut menerima dan mengamalkan budaya yang terdapat di dalam
organisasi tersebut untuk mencapai kesejahteraan antara ahli di dalam organisasi tersebut.
8 Improving Training Effectiveness in Work Organizations by J. Kevin Ford. (Book of Psychology - 2014 - 412 pages)

Oleh itu, budaya dalam organisasi ini bertepatan dengan falsafah yang dibawa oleh
(Gunderson, 2005) dalam komuniti daya tahan, iaitu menyatakan bahawa pulangan atau
pemulihan masa dalam sistem sosial ekologi, ditentukan oleh dua perkara iaitu yang
pertama adalah kapasiti sistem untuk pembaharuan di dalam persekitaran yang dinamik
dan yang kedua adalah kemampuan orang atau ahli dalam untuk belajar dan perubahan di
mana yang seterusnya atau sebahagiannya ditentukan oleh konteks institusi bagi
perkongsian pengetahuan, pembelajaran dan pengurusan dana sebahagiannya oleh modal
sosial dalam kalangan manusia. Falsafah yang diketengahkan oleh Gunderson ini adalah
di mana modal sosial dalam diri pekerja itu sebenarnya adalah penyumbang kepada diri
seseorang ahli itu untuk beradaptasi dengan budaya organisasi yang berlaku di dalam
persekitaran mereka dengan menggunakan pengetahuan, pembelajaran dan pengurusan
yang ada pada mereka untuk ditingkatkan ataupun untuk dinaiktarafkan dalam budaya
organisasi mereka. Malahan, boleh dikaitkan juga dengan Prinsip 23 dalam Agenda 21
iaitu lingkungan dan sumberdaya alam masyarakat yang mengalami penindasan,
dominasi dan pendudukan harus dilindungi. Maka dengan itu budaya dalam organisasi
sesebuah masyarakat itu juga harus dilindungi dalam bidang pekerjaan mereka agar
mampu mencapai kemampanan dalam budaya organisasi mahupun bidang pekerjaan
masyarakat bandar itu agar konsep kelestarian dalam budaya kerja akan berterusan.

Sehubungan dengan itu, masalah atau konflik dalam persekitaran turut tidak
terkecuali dalam permasalahan bandar dan komuniti lestari yang dihadapi oleh setiap
13

masyarakat. Ini kerana, setiap permasalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat
mahupun persekitaran di sekelilingnya adalah berpunca daripada kecuaian masyarakat

bandar itu sendiri. Namun begitu, setiap permasalahan atau konflik yang dialami oleh
sesebuah masyarakat itu mempunyai jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Tetapi setiap
penyelesaian itu adalah bergantung kepada bagaimana pemikiran kreatif yang ada pada
masyarakat bandar itu untuk menyelesaikannya dengan ilmu, pengetahuan, pembelajaran
dan pengalaman yang mereka sendiri perolehi.

Satu fenomena yang telah berlaku akibat kesan daripada kepesatan pembangunan
masa kini adalah telah berlakunya limpahan pembandaran dalam bentuk penyelerakan
aktiviti guna tanah bandar ataupun lebih dikenali sebagai ‘urban overspill’ ke kawasan
petempatan luar bandar seperti kampung-kampung dan petempatan tradisi di pinggir
bandar. Limpahan pembandaran ini berlaku adalah dalam pembangunan pesat
pembandaran ke luar melebihi sempadan bandar yang telah ditentukan oleh sesetengah
pihak. Justeru, ini telah mengakibatkan sebahagian besar kawasan pinggir bandar telah
dianggap sebagai zon peralihan iaitu transition zone di mana ia telah bertukar kepada ciriciri bandar dalam aspek fizikal dan juga aspek bukan fizikal (Anuar Amir,1990).

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun, limpahan
pembandaran turut berlaku dalam wilayah metropolitan seperti di bandar-bandar besar
seperti Kuala Lumpur, George Town Pulau Pinang, Kuching Sarawak dan lain-lain. Oleh
itu limpahan perbandaran yang telah dikenalpasti dalam kebanyakan kajian adalah
mendatangkan kesan atau impak yang negatif seperti isu-isu alam sekitar, konflik guna
14

tanah, ancaman kepada aktiviti pertanian dan spekulasi pasaran tanah (Bryant &
Johnson,1972).

Menurut (Abdul Hadi Harman et al., 2010) menyatakan bahawa persekitaran fizikal
tertumpu kepada kedua-dua persekitaran semulajadi dan binaan, pengekalan warisan
bandar dan daya tampung alam sekitar. Elemen-elemen ini selalunya terikat dalam
konteks kekentalan budaya, persekitaran dan ekonomi yang memanfaatkan kepelbagaian
dan keseimbangan dalam setiap sub kategori bandar. Malahan, menurut (Abdul Hadi
Harman et al., 2010) juga, menyatalan bahawa bandar merupakan persekitaran yang unik
dan persekitaran merupakan sebagai suatu kerangka sosial yang telah dikategorikan
dalam (Barry, 1999)9. Di antara kategorinya adalah telah ditetapkan kepada empat
kategori utama iaitu julatnya yang merangkumi konsep persekitaran luar, persekitaran
asli, sekitar desa dan taman yang telah terubahsuai langsung ke sekitaran bandar yang
digubah oleh manusia dan sekitaran global yang kini terancam disebabkan oleh pelbagai
bencana. Contohnya, petempatan setinggan dan rumah-rumah kongsi yang turut
mencatatkan pemandangan persekitaran fizikal dalam bandar itu sendiri. Malahan
kawasan setinggan dan rumah-rumah setinggan itu turut berada dalam keadaan
persekitaran yang tidak bersih10.

Masalah persekitaran sebegini sememangnya memerlukan daya tahan yang amat
tinggi kerana mereka perlu menghadapi dengan pelbagai kemungkinan penyakit atau
persekitaran yang boleh memberikan impak yang tinggi dalam kehidupan mereka dalam
kawasan petempatan setinggan atau rumah-rumah kongsi di bandar. Mengikut teori daya
tahan komuniti oleh (Egeland, 1991), kapasiti untuk penyesuaian berjaya, fungsi positif
15

atau kecekapan. Walaupun status sesebuah masyarakat itu mempunyai risiko yang tinggi,
9 Abdul Hadi Harman Shah et, al., (2010). Kelestarian Bandar sebagai Habitat Manusia. Diakses pada 18 Oktober
2015. Dari laman sesawang https://www.academia.edu/1330915/Kelestarian_bandar_sebagai_habitat_manusia
10 Book of Kemahiran Geografi oleh Azman Abdullah, Rosnah Haji Salleh, Kuswandi Tayen - (Physical Geography)
(2008-392 pages).

tekanan kronik ataupun berikutan trauma yang berpanjangan atau teruk. Ini boleh
diselarikan dengan masalah persekitaran yang dihadapi oleh masyarakat bandar di mana
mereka perlu mempunyai penyesuaian yang berjaya, berfungsi positif ataupun kecekapan
kepada masyarakat mereka agar mereka dapat berdaya tahan ke arah pembangunan yang
lestari dengan pengamalan gaya hidup bandar yang sihat, sejahtera dan harmoni.

Bencana semulajadi acapkali berlaku dalam kawasan yang menuju ke arah proses
pembandaran. Ia bukanlah isu yang kecil bagi sesebuah negara namun ia seringkali
memberikan impak atau kesan yang amat meruncingkan bagi semua pihak. Seperti yang
kita sedia ketahui pada masa kini, kegiatan pembalakan yang kian tidak terkawal semakin
giat diperlakukan oleh pihak-pihak yang mementingkan keuntungan semata tanpa
memikirkan kesan kepada ekosistem. Pembalakan yang dilakukan telah mengakibatkan
tumbuh-tumbuhan tidak dapat menjalankan fungsi ekosistem mereka sendiri sebagai
pencengkam malah untuk mengukuhkan struktur asas tanah khasnya bagi akar kepada
tumbuh-tumbuhan tersebut. Di samping itu, kegiatan pembalakan yang dilakukan secara
berleluasa ini telah menjadikan struktur asas tanah itu menjadi longgar dan tidak kukuh
kerana cengkaman akar daripada pokok itu sudah terhakis dan ia menjadi punca utama
kepada fenomena tanah runtuh, contohnya tanah runtuh yang berlaku di Bukit
Antarabangsa, Highland Towers dan Cameron Highland (Utusan Malaysia, 2011)11.
Impak daripada kejadian tanah runtuh ini telah memberikan impak yang sangat besar
kepada masyarakat setempat bahkan juga kepada pihak-pihak berkepentingan.
16

11 Utusan Online. 22 Mei 2011. Kronologi Kejadian Tanah Runtuh di Negara Ini. Diakses pada 18 Oktober

di lama sesawang www.utusan.com.my. .

Namun begitu, pengurusan bandar masa kini masih lagi belum sepenuhnya terjamin
untuk mengelakkan berlakunya bencana semulajadi ini walaupun bencana tersebut hasil
daripada perbuatan manusia itu sendiri. Di antara langkah penyelesaian untuk
menghadkan pembalakan adalah perlu dibuat oleh semua kerajaan negeri iaitu dengan
mematuhi kuota pembalakan yang telah ditetapkan dalam usaha untuk memastikan sistem
pengurusan dan pembangunan hutan yang berkekalan dalam negara. Malahan, pihak
kerajaan negeri juga disarankan supaya untuk menanam pokok sebagai langkah untuk
pemeliharaan semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa akan datang. Di samping itu
juga, tabung penanaman semula hutan diwujudkan ke arah memastikan semua pihak agar
mematuhi peraturan undang-undang yang telah ditetapkan.

Di bawah garis panduan yang telah disediakan oleh International Tropical Timber
Agreement (ITTA) 1994, pula menitikberatkan beberapa aspek ke arah meningkatkan
kesedaran pemeliharaan hutan tropika dalam kalangan negara anggota. Ini termasuklah
dalam menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari tahun ke tahun,
membentuk pelan penggunaan tanah di peringkat kebangsaan bagi pemeliharaan hutan
dan pengeluaran balak yang berkekalan, mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber
hutan dengan meningkatkan kayu, getah, buluh, rotan dan produk hutan lainnya dan
menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa diproses.

Justeru, kerajaan Persekutuan Malaysia juga turut mempunyai 13 buah negeri yang
17

mana ia mempunyai undang-undang yang tersendiri ke atas hutan dan pemeliharaan
hutan masing-masing(Akta Perhutanan Negara, 1984). Malahan, dalam konteks ini juga

terdapat juga sebarang peraturan yang telah diwartakan diperingkat kerajaan persekutuan
tidak semestinya harus dilakukan serentak di semua negeri. Dengan itu, terdapat juga
beberapa peruntukan dan kelonggaran yang telah diberikan kepada kerajaan negeri
bahawa penebangan dan pemeliharaan hutan serta balak adalah bidang kuasa kerajaan
masing-masing dan semua ini banyak membantu ke arah ketidakcekapan dan
permasalahan dalam menguruskan sumber hutan dan pembalakan di negara ini.

Kesimpulannya, setiap permasalahan ataupun konflik yang wujud dalam sesebuah
masyarakat di bandar ia sememangnya mempunyai perkaitan dengan kedayatahanan
masyarakat. Ini kerana secara amnya, setiap masalah atau konflik yang wujud itu
haruslah diselesaikan dengan pelbagai cara agar ia mampu memberikan jaminan yang
mampan kepada masyarakat bandar itu. Mengikut (Adger, 2000) dalam teorinya
mengenai ekologikal dan sistem sosial adalah merujuk kepada keupayaan masyarakat
untuk menghadapi kejutan luaran untuk infrastruktur sosial mereka. Dengan
kedayatahanan yang ada pada masyarakat ia secara langsung mampu untuk
mempertahankan kesejahteraan alam sekitar, bandar dan sesebuah masyarakat itu
mendapat kelestarian yang berkekalan dalam ekosistem.

RUJUKAN

18

Abdul, R.,E. (2011). Pembadaran dan Kehidupan Bandar di Semenanjung Malaysia.
Academika 81(2) 2011:23-39
Abdul, H., H., S. et, al. (2010). Kelestaarian Bandar sebagai Habitat Manusia. SariInternational Journal of the Malay World and Civilisation 28(2)(2010):175-194
Abraham Maslow (1954). Motivation And Personality. New York: Harper
Adger, W. (2000). Social and ecological resilience: Are they related? Progress in Human
Geography, 24, 347–364.
Akta Perhutanan Negara 1984. Undang-Undang Malaysia, Akta 313. Dari laman web
http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%207/Akta_313.pdf
Anuar Amir (1990), Pembentukan Konsep dan Ciri-ciri Kawasan Pinggir Bandar,
M.Phil Thesis, Universiti Teknologi Malaysia. Sekudai.
Azlina Abu Bakar (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.
Bryant & Johnson (1992), Agriculture in the City's Countryside, Belhaven, London.
Egeland, B., Carlson, E., & Sroufe, L. (1993). Resilience as process.
Development and Psychopathology, 5, 517–528.

Ekonomi Malaysia pada tahun 2005. Bank Negara Malaysia. Diakses pada 26 Oktober
2015 dari laman web http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2005/cp01.pdf
Fran H. Norris et, al. 2007. Community
Resilience as a metaphor, Theory, Theory, Set of
19
Capacities, and Strategy for Disaster Readiness. Am J Community Psychol (2008)
41:127-150. Doi 10.1007/s10464-007-9156-6

Furnivall, John S. (1948), Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and
Netherlands India. New York: New York University Press

Gunderson, L. H., and C. Folke (2005). Resilience—Now More than Ever (editorial).
Ecology and Society, 10 (2), at http://www.ecologyandsociety.org/vol10/iss2/art22/.
Kamus Dewan Edisi Keempat
Musa, A., H. (2002). Peranan dan Penggunaan ICT di Kalangan Masyarakat . Universiti Putra
Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Malaysia, Rancangan Malaysia Kedua, 1971-1975, Jabatan Percetakan Negara, Kuala
Lumpur, 1971, ms. 3.
Paton, D., & Johnston, D. (2001). Disasters and communities: Vulnerability, resilience,
and preparedness. Disaster Prevention and Management, 10, 270–277.
United Nations Conference for the Negotiation of a Successor Agreement to the
International Tropical Timber Agreement (ITTA), 1994. Forth part Geneva, 16-27 january
2006. Agenda Item 7.
U.S Department of Health and Human Services Office of the Assistant Secretary for
Preparedness and Response. Dari laman web www.google.com
website:www.phe.gov/abc
Osman., S. (2000). Tahap Tekanan Ekonomi dan Impaknya ke atas Perbelanjaan
Keluarga. Thesis Ijazah Master Sains, Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor.
Thesis Sarjana yang tidak diterbitkan Universiti Putra Malaysia.
20
Ukin, L., Efendi, D., & Ahmad,
Z. (2012). Dasar Pembangunan Di Indonesia dan

Malaysia: Satu Analisis Perbandingan. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics &
Strategy, Vol. 39 (2) Dec.

21