Pengenalan dan Konsep dasar Behaviouris

1. Pengenalan dan Konsep Behaviouris
Pengenalan
Dalam apa juga yang kita lakukan, perancangan awal merupakan satu kemestian untuk
membolehkan sesuatu tugasan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Oleh yang
demikian merancang pengajaran dengan baik merupakan kunci kejayaan seseorang guru di
dalam bilik darjah. Kegagalan untuk merancang boleh menyebabkan guru terjebak dengan
reaksi serta tindak balas murid semasa sama-sama melalui proses pengajaran dan
pembelajaran.
Guru perlu membuat perancangan bagi sesi pengajarannya. Menurut Burden & Byrd
(1999), perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat
mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Proses guru membuat keputusan
tentang cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan
pencapaian serta kepuasaan guru dan juga pelajar (Cruickshank, 1995). Menurut Esah
Sulaiman (2004), perancangan pengajaran merupakan keputusan yang harus dibuat oleh guru
mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya dapat difahami
pelajar.
Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang positif kepada
pembelajaran pelajar. Melalui perancangan pengajaran yang teliti, guru dapat menentukan
jarak, urutan dan penekanan kepada isi setiap pelajaran. Topik-topik yang penting dalam
peperiksaan akan diberikan keutamaan oleh guru dan diberi penerangan dengan lebih
teliti. Perancangan juga akan memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru

sepanjang setahun memberi kesan yang bermakna kepada guru dan pelajar. Ini dapat
memberi panduan kepada guru agar dapat menggunakan masa yang diperuntukkan dengan
lebih teratur. Menyusun atur masa dengan tepat juga dapat memastikan sukatan pelajaran
dihabiskan pada masa yang telah ditetapkan mengikut perancangan.
Melalui perancangan pengajaran, guru juga dapat menyediakan bahan-bahan
pengajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran mengikut minat dan kebolehan pelajar. Isi
kandungan dan bahan yang hendak disampaikan perlu lengkap dan menepati kehendak
sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Selain itu, guru juga dapat menentukan strategi pendidikan, pemulihan dan
pengajaran secara tersusun dan bersistem. Melalui perancangan pengajaran, objektif

pengajaran dapat dicapai. Guru mengetahui sasaran yang ingin dituju dalam setiap subjek
yang ingin diajar.
Melalui perancangan juga, guru akan dapat memilih pendekatan, kaedah, teknik dan
juga teori pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak pelajar-pelajar di
dalam

kelas.

Sehubungan


dengan

pemilihan

pendekatan

pengajaran,

pendekatan

pembelajaran behaviourisme merupakan salah satu daripada pelbagai pendekatan yang ada di
mana ia masih lagi digunakan dengan aktif sehingga kini.

Konsep Behaviouris
Mazhab Behaviouris merupakan rangkuman beberapa teori pembelajaran tingkah laku
yang berkongsi beberapa andaian yang sama. Secara umumnya, Behaviouris berfokus kepada
aspek pembelajaran tingkah laku yang boleh dilihat. Di antara prinsip-prinsip yang diamalkan
oleh pendokong mazhab ini ialah ia mementingkan kepada peningkatan tingkah laku yang
diingini dalam sesuatu pembelajaran. Menurut teori ini, 1kanak-kanak diumpamakan sebagai

‘papan kosong’ yang boleh dibentuk tingkah laku mereka oleh orang lain. Teori ini
menumpukan kepada tingkah laku yang dapat dilihat dan pelaziman adalah satu kaedah yang
digunakan untuk mengukuhkan tingkah laku yang dipelajari. Sehubungan dengan itu,
penggunaan latih tubi adalah penting sebagai asas kemahiran untuk mengajar. Beberapa
kaedah digunakan untuk menghapuskan tabiat yang ditumpukan kepada akibat daripada
tingkah laku murid.
Di antara tokoh-tokoh utama mazhab ini ialah Ivan Pavlov, B. F. Skinner, Edward
Thorndike dan juga John Watson. Tokoh-tokoh ini berpegang kepada tiga andaian asas
mengenai proses pembelajaran iaitu; pembelajaran dimanifestasikan dengan perubahan
tingkah laku, persekitaran mempengaruhi serta membentuk tingkah laku dan ketiga keadaan
kedekatan (contiguity) dan pengukuhan menjadi tunjang dalam menjelaskan proses
pembelajaran. Pembelajaran merupakan penghasilan satu tingkah laku baru melalui
pelaziman (conditioning) di mana ia akan berlaku apabila terdapat interaksi organisme
dengan persekitaran. Menurut pandangan behaviouris, tingkah laku boleh dilihat dan dikaji
1 Akhiar Pardi & Shamsina Samsuddin (2013). Rancangan Pengajaran Harian (dalam Pengajaran dan
Pembelajaran). Selangor Darul Ehsan:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

1

secara sistematik tanpa mengambil kira keadaan dalaman minda seperti pemikiran dan juga

perasaan.
Menurut Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Ramlah Jantan (2006),
ahli-ahli behaviouris berpendapat kita tidak dapat melihat pemikiran tetapi dapat membuat
pemerhatian terhadap perilaku manusia untuk membuat kesimpulan mengenai apa yang
sedang difikirkannya.
Dalam teori pembelajaran behaviouris, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak
balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan.
Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas
pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas.
Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan
pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan dinamakan pelaziman manakala
pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan dinamakan pelaziman klasik. Sebagai
contoh apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid
dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan
mengangkat tangan ialah gerak balas.
Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku
kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku
melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku
akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Pelaziman klasik ini
termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama

dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau
mengaitkan tarikh dengan peristiwa.
Guru ialah pembentuk tingkah laku yang diingini semasa murid berada di sekolah.
Sekiranya tingkah laku murid masih tidak berubah pada akhir tahun pengajarannya maka
guru tersebut telah gagal dalam pengajarannya. Murid-murid seharusnya telah dapat
mempelajari kesan dan akibat sesuatu tingkah laku melalui pengalaman mereka sama ada
ketika berada di sekolah ataupun di bilik darjah. Kajian terhadap tingkah laku yang dibuat di
bilik darjah telah menghasilkan prinsip-prinsip yang dapat membantu guru mengatur dan
menyusun pengalaman dalam bilik darjah untuk membentuk tingkah laku akademik dan
sosial. Sesuatu pelajaran yang telah dirancang menghendaki murid aktif dalam proses

2

pembelajaran mengikut langkah-langkah yang disediakan dan maklum balas segera diberikan
untuk membetulkan kesilapan yang timbul pada setiap langkah.
Murid perlu menjadi aktif semasa belajar dan dalam proses pembelajaran. Mereka
perlu diberi peluang untuk benar-benar bertingkah laku yang diingini atau menampakkan
proses pembelajaran. Murid juga perlu dinilai berdasarkan tingkah laku yang dilihat kerana
andaian terhadap pembelajaran yang telah berlaku tidak dapat dibuat selagi perubahan pada
tingkah laku itu tidak ditunjukkan secara eksplisit.

Dari segi latihan dan latih tubi pula, behaviouris menekankan kepada pengulangan
rangsangan. Pengulangan rangsangan itu merupakan gerak balas yang boleh mengukuhkan
tabiat, contohnya, untuk meningkatkan keupayaan murid membaca ialah dengan meminta
mereka terus membaca dengan lebih banyak melalui program NILAM.
Konsep menghapuskan tabiat pula ialah satu konsep di mana guru perlu membimbing
murid untuk menghasilkan tindak balas baru kepada rangsangan yang serupa. Ini boleh
dilakukan dengan menggunakan peneguhan atau hukuman.
Menerusi teori pelaziman operan oleh B.F Skinner, pembelajaran itu berlaku melalui
penggunaan ganjaran atau hukuman bagi setiap tingkah laku yang dihasilkan oleh murid.
Skinner (1953) menggunakan istilah operan untuk merujuk kepada tingkah laku aktif.
Tingkah laku ini terbina melalui pelaziman operan. Sesuatu tingkah laku itu akan
diperkukuhkan lagi jika diberikan pengukuhan dan natijahnya, tingkah laku ini akan diulangi.
Pengukuhan merupakan rangsangan untuk meningkatkan tindak balas yang diingini dengan
syarat diberikan dengan segera selepas sesuatu tindak balas diingini itu ditunjukkan oleh
murid secara khusus dan bukan secara umum. Peneguhan terdiri daripada dua jenis iaitu
positif dan negatif. Peneguhan positif ialah hasil yang menyenangkan selepas sesuatu
perbuatan atau tingkah laku ditunjukkan, manakala peneguhan negatif ialah penghapusan
contohnya dendaan.
Terdapat dua bentuk dendaan di mana bentuk pertama bertujuan untuk mengurangkan
kekuatan bertindak balas apabila dendaan diberi selepas sesuatu tindak balas tidak diingini

ditunjukkan. Bentuk dendaan kedua ialah dengan menghapuskan rangsangan yang
menyenangkan seperti keistimewaan yang telah dimaklumkan lebih awal, ditarik balik
sekiranya terdapat tingkah laku yang tidak diingini.
2. Rancangan Pelajaran Berdasarkan Teori Behaviouris

3

Berikut ini merupakan contoh rancangan pengajaran yang diaplikasikan daripada teori
Behaviouris.
Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tahun
Masa
Tema
Tajuk
Standard

:

:
:
:
:

Kandungan
Standard
Pembelajaran

Objektif

3 Amanah
7.45 – 8.45
Perpaduan
Suasana Perayaan
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan
tepat dengan sebutan dan intonasi yang betul

: 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul

Menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul
: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

Pembelajaran

Kemahiran

 menjawab soalan kuiz dengan betul secara lisan
 bercerita mengenai situasi dengan betul
 menyampaikan perkara yang didengar dengan betul
: Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis

Bahasa
Sistem Bahasa

: Kosa Pengisian Kurikulum
Ilmu – Kajian tempatan, pendidikan moral, muzik
Nilai Murni – hormat-menghormati, disiplin dan prihatin

Media


Patriotisme dan Kewarganegaraan – Cinta dan taat akan negara
: komputer riba, speaker, LCD, Lembaran petikan

4

Langkah
Set Induksi
(5 minit)

Perkembangan
Langkah 1
(15 minit)

Isi Pelajaran
Lagu-lagu Perayaan:







Hari Raya
Tahun Baru Cina
Hari Deepavali

1. Petikan
Perayaan”


Dialog

“Suasana

Aktiviti Pelajaran
Murid-murid diperdengarkan dengan 3 buah

Catatan
Komputer riba

lagu perayaan.

speaker
lagu





Rangsangan dan tindak
Murid diminta menyanyi bersama lagu tadi
Murid diminta meneka jenis lagu tersebut.
balas
Murid bersoal jawab mengenai lagu yang



diperdengarkan
Guru menyatakan tajuk pembelajaran hari ini.




Murid membaca petikan secara mentalis
Sumbang saran
Guru memilih beberapa orang murid untuk



membaca petikan secara mekanis.
Murid-murid membaca petikan

di

dalam

petikan



(Konsep Rangsangan &
kumpulan
Murid-murid berbincang dengan guru tentang isi tindak balas)



petikan tersebut.
Murid mengenal pasti kosa kata yang sukar
difahami dan berbincang dengan guru tentang
maksud kosa kata tersebut.
5




Murid bersoal jawab secara lisan tentang petikan
Murid dipilih melalui cabutan beracun oleh guru
untuk menjawab soalan dan mereka yang



Berjaya akan mendapat ganjaran.
Murid mendengar rumusan nilai murni di dalam
petikan ini.

Langkah 2

Konsep ganjaran

Aktiviti “Jom Reka”


Murid menerima lembaran bergambar daripada
guru dan dikehendaki membaca soalan secara lembaran bergambar



senyap
Guru memberi penerangan dan meminta muridmurid membina satu cerita berdasarkan gambar



tersebut.
Murid menggunakan ayat tunggal atau majmuk




yang bersesuaian.
Konsep Latih tubi
Murid dibimbing menggunakan kata hubung.
Beberapa orang murid diminta membacakan
cerita yang direka di hadapan kelas. Memberikan
pujian kepada murid yang berjaya mereka cerita
yang menarik.
6

Konsep Ganjaran



Guru memberikan penerangan dan rumusan
tentang ayat-ayat yang telah dibuat oleh murid-

Langkah 3

“Siapa Peka?”




(15 minit)



murid itu tadi.
Murid menghantar wakil dalam setiap kumpulan Kad tugasan
untuk mencabut kad tugasan.
Wakil murid membaca dengan teliti dan Konsep
membisikkan ayat tersebut kepada ahli gerak balas
kumpulan secara berurutan.
Ahli kumpulan yang

terakhir

rangsangan

diminta

menuturkan semula ayat yang telah dibisikkan


itu.
Kumpulan yang berjaya atau hampir tepat akan
dikira sebagai pemenang.

Penutup

Rumusan Isi Pelajaran

Konsep Ganjaran


1. Rumusan pelajaran oleh guru.

(5 minit)
2. Murid bersoal jawab dengan guru tentang sambutan Konsep Rangsangan dan
perayaan pelbagai kaum di Malaysia.
3. Murid dikehendaki memberikan contoh aktiviti yang
boleh mengeratkan hubungan antara kaum.
4. Murid diminta menyatakan nilai-nilai murni yang
diperoleh daripada sesi pengajaran dan pembelajaran
itu.
7

Tindak balas

1.

8

3.

Kekuatan dan Kelemahan Teori Behaviouris

Kekuatan
Secara keseluruhannya, teori behaviouris mempunyai beberapa kelebihan yang penting dalam
pengajaran dan pembelajaran. Skinner berpendapat bahawa tujuan psikologi adalah meramal
dan mengawal tingkah laku. Pada teori ini guru memberi penghargaan hadiah atau nilai tinggi
sehingga pelajar akan lebih rajin. Tindak balas akan berlaku jika rangsangan yang lama
digabungkan dengan rangsangan yang baru. Pembelajaran berlaku apabila rangsangan diberi.
Dalam model pengajaran ini diterapkan peneguhan positif. Sesuatu tingkah laku yang diikuti
dengan peneguhan, kebarangkalian bagi gerak balas itu berlaku akan menambah peneguhan
positif atau ganjaran yang mendorong individu seperti pujian, penghargaan, hadiah dan lainlain. Hal ini akan memberi dorongan kepada pelajar untuk lebih berusaha semasa di dalam
kelas dan bersungguh-sungguh ketika melakukan aktiviti.
Teori ini juga sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih
memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh kanakkanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di
persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang
diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka
juga suka dengan bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan
melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat membangkitkan semangat ingin belajar
dalam diri mereka.
Kekuatan dilihat apabila murid berupaya untuk menguasai pembelajaran dan
pembelajaran akan bermula apabila murid benar-benar memahami pembelajaran yang lepas.
Hal ini boleh berlaku apabila guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi
penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Hal ini kerana muridmurid akan dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu
masalah dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada guru. Dalam hal ini guru perlu
memberikan penerangan dengan jelas.Ini menunjukkan bahawa, kefahaman juga menjadi
komponen penting terhadap model pengajaran jenis ini.
Selain daripada itu, teori ini juga menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran
membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran lisan yang ditekankan dapat memberikan
kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam
9

situasi harian murid. Boleh dikatakan bahawa kemahiran ini adalah kemahiran paling kerap
yang digunakan manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Model ini juga dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang
dipelajari. Ini memberi peluang kepada murid untuk memahami sesuatu unit dengan baik. Ini
membolehkan pelajar dapat mencapai kriteria pembelajaran akhir dan ini pasti akan
memudahkan guru membuat penilaian ke atas murid.
Model ini memberi peluang kepada guru mengatur strategi terbaik dalam pengajaran
mereka. Aspek pengajaran juga dapat dipertingkatkan. Dalam masa yang sama, murid dapat
mengetahui perbezaan murid antara yang pandai dan tidak, dan di sini guru dapat
menyesuaikan kaedah pembelajaran berdasarkan tahap pelajar.
Perancangan pengajaran dapat dilakukan secara terancang dan sistematik dalam
melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai berdasarkan tahap pencapaian
murid. Dan di sini kemahiran dalam mengurus bahan bantu mengajar yang ingin digunakan
ketika guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kelemahan
Dari segi kelemahan pula, penerapan teori behavioris yang kurang tepat dalam sesuatu
situasi pembelajaran boleh mengakibatkan berlakunya proses pembelajaran yang tidak
kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya
berpusatkan kepada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid
hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa memberi sebarang maklum balas.
Malah dalam teori pembelajaran ini murid berperanan sebagai pendengar dan mereka
menghafal apa yang didengar dan dipandang sebagai cara belajar yang efektif. Selain
daripada itu, penggunaan hukuman merupakan salah satu cara untuk guru mendisiplinkan
murid dan hal ini akan mendatangkan akibat buruk kepada murid.
Kelemahan yang kedua ialah proses pembelajaran dikatakan kurang memberikan gerak
balas yang bebas bagi pelajar untuk berinteraksi serta untuk mengembangkan idea. Hal ini
kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang
10

ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai
contoh, guru akan memberi rangsangan yang berupa hadiah dan dari situ barulah murid akan
memberikan jawapan yang dikehendaki oleh guru. Sekiranya perkara ini berlaku secara
berterusan dikhuatiri murid akan terlalu bergantung terhadap rangsangan dari luar sedangkan
murid harus memiliki rangsangan dari dalam diri mereka sendiri sebagai satu cara
pembelajaran.
Kelemahan yang ketiga menurut teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih
tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang
sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka
malah mereka juga perlu dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi
pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik. Hal ini boleh mendatangkan kesan
buruk kepada pelajar kerana ilmu pengetahuan yang mereka peroleh tidak begitu berkembang
dan hanya tertumpu kepada satu buah buku sahaja.

4.

Rumusan dan Kesimpulan
Pendekatan yang diterapkan menerusi teori pembelajaran behaviouris bukanlah

pendekatan yang remeh atau ketinggalan zaman kerana sehingga kini ia masih lagi diamalkan
dan mungkin berkesan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Apa yang perlu ialah
kebijaksanaan guru untuk merancang sesi pengajaran dan pembelajarannya dengan rapi
bersesuaian dengan kebolehan dan latar belakang pelajar-pelajar di dalam kelas yang
pelbagai. Maksudnya semasa mengajar, pendekatan ini boleh diaplikasikan bersama-sama
pendekatan yang lain mengikut keperluan murid kerana sudah semestinya di dalam kelas atau
bilik darjah kebolehan dan tahap penguasaan murid adalah berbeza.
Berdasarkan teori ini, guru adalah model bagi murid dalam berbahasa. Guru perlulah
menggunakan bahasa yang betul daripada segenap aspek seperti aspek sebutan, nada, jeda
dan intonasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan murid
mempelajari bahasa dengan betul dan berkesan. Sekiranya guru dapat mengambil peluang ini
iaitu peluang menggunakan bahasa dengan baik semasa pengajaran dan pembelajaran, murid
dengan sendirinya akan terbiasa dengan cara berbahasa yang betul.
Selain itu, guru perlulah mengamalkan pengajaran yang seimbang iaitu dengan
mengurangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru tetapi sebaliknya lebih
11

banyak mempraktikkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan
aktiviti. Melalui teknik ini, murid akan dapat mengembangkan idea dan pendapat mereka.
Murid juga akan mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi. Teori ini juga sangat
mementingkan latih tubi yang intensif. Melalui latih tubi yang kerap dan intensif yang
dijalankan oleh murid terhadap murid, kebiasaan dan kecekapan murid dalam berbahasa
dapat dipertingkatkan. Selain itu juga, berdasarkan teori ini murid akan berasa termotivasi
melalui ransangan yang diberikan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila
murid melakukan perkara yang betul dan baik, guru digalakkan untuk memberikan ganjaran
dan pujian atas pencapaian atau tingkahlaku murid. Perkara-perkara ini secara tidak langsung
dapat menaikkan semangat dan motivasi murid untuk terus belajar.
Namun demikian, terdapat juga beberapa bentuk kekangan yang perlu diambil kira
dalam pengaplikasian teori pembelajaran ini. Kekangan yang dimaksudkan di sini adalah halhal yang harus diatasi, direbut, diperbaiki dan ditingkatkan untuk melancarkan pelaksanaan
tugasan dalam usaha mencapai tujuan. Tentangan bukan penghalang, tetapi perangsang untuk
mendorong pengurus pendidikan luar sekolah untuk lebih kreatif dan dinamik. Tentangan
dapat berubah menjadi peluang apabila analisis dapat dilaksanakan secara lebih analisis dan
mengenal pasti kekurangan dalam pengaplikasian teori ini.
Tentangan yang diterima terhadap model ini adalah sedikit kerana pengajaran yang
dijalankan pada masa sekarang masih menggunakan model sebegini. Tentangan mungkin
mungkin dapat dilihat dengan wujudnya pelbagai kaedah baharu dalam pengajaran guru dan
pembelajaran murid pada hari ini.

3025 Patah Perkataan

RUJUKAN
12

Akhiar Pardi & Shamsina Samsuddin (2013). Rancangan Pengajaran Harian (dalam
Pengajaran dan Pembelajaran). Selangor Darul Ehsan:Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd
Ee Ah Meng (2002). PSIKOLOGI PENDIDIKAN III Edisi Ketiga (Semester III).
Selangor:Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2006). PSIKOLOGI PENDIDIKAN untuk Kursus Diploma Perguruan
Semester 3. Selangor:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2006). HBET 2103
PSIKOLOGI PENDIDIKAN. Kuala Lumpur:Open University Malaysia.
Kelebihan
dan
Kelemahan
http://seribuimpianhafiz.blogspot.com/p/swot.html

13

Behaviourisme.