PENGENALAN DASAR DASAR NEGARA behaviouris

PENGENALAN

DASAR-DASAR NEGARA
Fokus utama kertas kerja ini ialah dasar pembangunan negara kearah mencapai wawasan 2020 dalam aspek
cabaran dan kejayaan.Dalam melahirkan sebuah negara yang mampu bersaing di peringkat global dan
mencapai status negara maju . Menurut Farland,Parkinson &Satiman,( 2003) Malaysia dikenali sebagai “a
multilingual culture. The major languages are Bahasa Malaysian and English (the official business
language), with Chinese, Tamil, and Hindi also spoken by many of its residents. Malaysia is an Islamic state
that has succeeded in balancing religious fundamentalism with pragmatism in application of its laws and
business environment. Malaysia practices parliamentary democracy and has been a stable, single
government since achieving independence in 1957”. Pemimpin-pemimpin Malaysia telah memperkenalan
banyak dasar-dasar pembangunan negara yang bermatlamat dan bertujuan ingin menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara makmur dan bersatu padu berasaskan sistem demokrasi di dalam suasana yang aman
dan stabil. Dasar-dasar ini juga banyak menunjukan keterampilan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk
yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang compleks
dengan bangsa dan agama, dimana satu dasar yang menyeluruh dan adil amat diperlukan dalam membina
sebuah negara bangsa yang setia dan stabil (Zurinah Hassan,1994). Sesuai dengan firman allah dalam surah
al-nhal ayat 90:

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum
kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman.

Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan
mematuhiNya

Dalam mencapai matlamat sebuah negara maju, Malaysia perlu merancang dan melaksanakan dasar-dasar
pembangunan yang sesuai. Ini bagi menjamin potensi pembangunan yang tinggi dan secara langsung
menjadi faktor pemangkin kepada masa hadapan negara. Dasar-dasar negara banyak menyentuh aspekaspek kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat dan masyarakat. Selain itu, meningkatkan keselamatan
negara dan memperkukuhkan perpaduan dan kestabilan negara. Antara contoh dasar-dasar negara adalah
dasar ekonomi baru, dasar pembangunan nasional,wawasan 2020,dasar perindustrian negara,dasar pertanian
negara dan lain-lain lagi.
WAWASAN 2020
Dasar Wawasan 2020 telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991,
sewaktu persidangan Majlis Perdagangan Malaysia di mana beliau telah membentangkan satu kertas kerja
yang bertajuk „Malaysia-The Way Forward‟.Wawasan 2020 adalah satu wawasan strategi jangka panjang
yang menjadi panduan arah dasar yang luas meliputi pelbagai aspek berkaitan dengan pembangunan negara
dalam hubungan dengan perkembangan ekonomi dunia keseluruhannya. Menurut buku yang bertajuk
Readings on Development: Malaysia 2057, petikan dari Tun Mahathir Mohamed (1991) “…setiap negara
maju ada kekuatannya tersendiri. Tetapi, setiap negara maju juga ada kelemahan. Kita masih dapat
berkembang dan maju ke hadapan mengikut acuan kita sendiri, tanpa meniru negara lain. Selain daripada
pembangunan ekonomi, Malaysia juga perlu maju dalam pelbagai dimensi seperti aspek politik, sosial,
kerohanian, psikologi dan budaya. Malaysia perlu dibangunkan sepenuhnya, terutama dari segi perpaduan

negara dan sosial, dalam aspek ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, kualiti hidup,
nilai sosial dan rohani, kebanggaan negara dan tahap keyakinan.” (Nungsari dan Suryani, , 2009, 4)
Wawasan 2020 berfungsi dalam memberi panduan kepada negara untuk mencapai negara maju sepenuhnya
dalam jangka masa 30 tahun. Ia merupakan tumpuan utama bagi peringkat umum supaya wawasan ini dapat
diterima dengan jelas supaya misi dan objektif wawasan ini dapat bergerak kehadapan dengan tumpuan yang
lebih jelas,yakin dan serentak. Dalam masa yang sama wawasan 2020 haruslah dimplementasikan secara
nasional iaitu dalam perbezaan penduduk yang berbilang kaum dan struktur geografinya yang dipisahkan
dengan gunung-ganang dan lautan, serta pandangan penduduk di negara ini yang berbeza-beza dalam aspek
pembangunan masa depan negara.
Sehungan itu, wawasan 2020 juga menjadi satu objektif utama dalam menggerakan dasar-dasar negara. Ia
memainkan peranan penting dalam membentuk misi dan visi dasar-dasar tertentu selari dengan hala tuju
wawasan 2020.

CABARAN DAN KEJAYAAN

CABARAN MEMBINA BANGSA MALAYSIA YANG BERSATUPADU
Membina Bangsa Malaysia yang bersatu padu merupakan salah satu cabaran Wawasan 2020. Pembentukan
bangsa yang bersatu dianggap syarat utama di dalam menjayakan segala cita-cita negara yang terkandung di
dalam Wawasan 2020.


Negara tidak mungkin dapat membangun di dalam apa bidang sekalipun jika sekiranya rakyat tidak dapat
bersatu hati dan enggan bekerjasama. Kata-kata seperti “Muafakat membawa berkat”, “Bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat.”, dan “Bersatu Teguh Bercerai Runtuh” menjadi kata kata
azimat yang menjadi tunjang kefahaman dan keharmonian negara. Negara hanya dapat dibina di dalam
suasana yang aman dan damai. Ketenteraman ini hanya dapat dijamin dengan adanya persefahaman di
antara rakyat.

Kita juga telah menyaksikan beberapa negara di dunia yang menderita akibat dilanda sengketa dan rusuhan
kaum. Oleh itu Malaysia menjalankan berbagai usaha untuk menjauhkan rakyat dari bencana ini. Perpaduan
di antara rakyat berbilang kaum adalah asas yang kukuh untuk pembinaan negara. Menerusi penyatuan dan
perpaduan ini dapatlah kita berusaha menangani cabaran-cabaran seterusnya bagi merealisasikan wawasan
gemilang sebagai bangsa Malaysia yang berkeyakinan, demokratikbertolak ansur, liberal, penyayang,
bermoral dan beretika.

Bangsa Malaysia yang bersatupadu bermaksud setiap rakyat dengan nyata dan ikhlas menerima negara
Malaysia sebagai tanahair yang tunggaldengan kesetiaan yang tidak berbelah bagi.Setiap rakyat merasa
komited untuk menjayakan cita-cita negara. Ini bermakna matlamat negara telah dikongsi bersama oleh
setiap rakyat.Setiap rakyat berpegang kepada nilai-nilai murni yang tidak bercanggah di antara satu sama
lain dan tidak merasa perlu untuk berperang-perangan bagi menegakkan sesuatu pegangan hidup yang
mungkin berbeza dengan orang lain. Di sini tetap wujud sikap bertolak ansur demi keharmonian bersama.


KEJAYAAN KEPADA CABARAN MEMBINA BANGSA MALAYSIA YANG BERSATUPADU

Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatupadu, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasardasar dan program dalam tempoh tiga puluh tahun lalu selain Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan
Nasional. Dasar-dasar tersebut termasuk Dasar Pendidikan Negara, Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan. Perpaduan negara adalah matlamat penting dalam dasar dan program berkenaan.
Kesemua dasar dan program ini boleh menyumbangkan ke arah hubungan sosial yang sihat di kalangan
masyarakat majmuk

1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) danDasar Pembangunan Nasional (DPN)
DPN telah dilancarkan bagi meneruskan hasrat yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial
dan ekonomi antara kaum sebagai langkah pengukuhan perpaduan negara.DPN menggariskan beberapa
strategi yang diantaranya memakmur dan membina bangsa yang bersatupadu. Ianya mengambil langkahlangkah bagi memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk
membolehkan pertumbuhan menjadi lebih sama rata dan saling melengkapi di antara satu dengan lain,
memajukan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta
meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan dalam masyarakat
perindustrian melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyususnan semula
masyarakat.
2. Dasar Pendidikan Negara

Dasar Pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan
berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga kerja yang terlatih bagi pembangunan negara. Dasar
Kebudayaan Kebangsaan menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti
negara di kalangan antarabangsa. Prinsip prinsip kebudayaan kebangsaan yang dikenalpasti ialah
berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini, unsur unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar
dan islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

CABARAN MEMUPUK DAN MEMBINA MASYARAKAT MAKMUR
Cabaran wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat makmur dengan ekonomi yang sesungguhnya
berdaya saing, dinamik, tahan lasak dan mempunyai daya ketahanan. Masyarakat makmur bermaksud
masyarakat yang berada pada tahap ekonomi yang baikng sangat baik . di dalam kamus dewan perkataan
“makmur” bererti mempunyai hasil yang banyak. Penduduk yang makmur hidup mewab dan serba cukup.
Ini bererti di dalam masyarakat makmur, rakyat menikmati hidup yng serba serbi mencukupi dan mampu
menikmati taraf hidup yang baik.

Untuk mencapai taraf masyarakat makmur, rakyat negara ini mestilah mempunyai daya keusahawanan yang
tinggi, mampu berfikir, mahir, tekun, bermaklumat dan bijak bertindak. Mereka hendaklah bersedia dan
berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan di dalam pencapaian mereka. Semua ini didokong oleh
penggunaan teknologi tinggi dan sentiasa diubahsuai untuk meningkatkan kekesanan. Peningkatan teknologi
dan pendapatan rakyat tidak pula bermakna kos sara hidup akan turut meninggi. Kehidupan rakyat akan

menjadi lebih sejahtera dengan kadar inflasi dan kos sara hidup yang rendah.

Pandangan Islam Terhadap Masyarakat Makmur
Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk memperbaiki keadaan ekonomi dan menyeru manusia supaya
bekerja keras bagi mencari rezeki di atas muka bumi. Islam tidak melarang umatnya mengumpul harta atau
mencari kekayaan. Apa yang dipentingkan ialah harta yang dicari itu ialah dari sumber yang halal. Islam
mewajibkan zakat dan menyeru umatnya mengeluarkan sedekah jariah supaya kekayaan dapat dimanfaatkan
bersama oleh orang lain.“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan
hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji / sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai (bulir),
pada tiap-tiap tangkai pula ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia
kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui” (surah Al Baqarah,ayat 261).

KEJAYAAN KEPADA CABARAN MEMUPUK DAN MEMBINA MASYARAKAT MAKMUR

Dasar Perindustrian Negara
Sejak tahun 70an kerajaan menitikberatkan pertumbuhan industri bagi menampung keperluan pekerjaan.
Mulai tahun 80an, program perindustrian negara mengalami perubahan dengan galakkan industri berat yang
bertujuan memperkukuhkan asa perindustrian negara dan menambah kemahiran rakyat yang dapat
mempercepatkan proses pembinaan negara perindustrian.
Dasar Pertanian Negara

Penggubalandasar perindustrian negara melambangkan keazaman kerajaan untukmempergiatkan lagi proses
industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara.
Kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada tahun 1985-1986 telah menunjukkan kelemahan dalam
struktur industri negara. Pengalaman dalam dekad 80-an di mana semua harga komoditi utama telah jatuh
secara serentak mendorong kerajaan memikirkan strategi-strategi ekonomi jangka panjang untuk mengenal
pasti dan mengatasi kelemahan-kelemahan struktur sektor pembuatan ini. Seandainya masalah-masalah ini
dapat diatasi, kerajaan yakin sektor ini boleh memainkan peranan yang lebih dinamik lagi melalui
sumbangan-sumbangan yang lebih besar dari segi menambah eksport, mengadakan lebih banyak peluangpeluang pekerjaan serta memperbanyakkan peluang-peluang latihan teknikal dan kemahiran
CABARANMENJAMIN SEBUAH MASYARAKAT YANG ADIL DAN SAKSAMA EKONOMINYA
Cabaran ini memberikan tumpuan kepada bidang ekonomi. Ekonomi dianggap sebagai keperluan asas
sesebuah negara. Masyarakat perlu berada pada tahap ekonomi yag memuaskan sebelum ia dapat
membangunkan aspek aspek lain.

Keadaan ekonomi yang baik akan dapat membangunkan kesejahteraan dan kebajikan yang lain. Sejak
merdeka negara kita telah menjalankan berbagai program dan rancangan untuk meninggikan taraf ekonomi
rakyat. Berbagai projek telah dilaksanakan seperti Rancangan Pembangunan Luar Bandar, berbagai
rancangan penerokaan tanah hinggalah ke Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.
Program-program pembangunan ekonomi dijalankan dengan tujuan untuk membasmi kemiskinan dan
menyatupadukan rakyat berbilang kaum.Menjelang tahun 2020 masyarakat Malaysia diharapkan dapat
menikmati ekonomi yang adil dan saksama.Pengertian masyarakat yang adil ekonominya bolehlah

dirumuskan sebagai bilamana semua rakyat terlepas dari kemiskinan, tiada rakyat yang menderita akibat
kekurangan zat makanan dan makanan tersedia secukupnya dan perkhidmatan perubatan dan keperluan asas
adalah mencukupi.

KEJAYAAN KEPADA CABARAN MENJAMIN SEBUAH MASYARAKAT YANG ADIL DAN
SAKSAMA EKONOMINYA
Peristiwa 13 Mei 1969 semakin menyemarakkan jurang perbezaan antara etnik. Oleh itu visi mewujudkan
bangsa Malaysia yang bersatu padu, berdaulat dan didasarkan pada setiakawan yang tiggi perlu
diperhebatkan (wawasan 2020, Fatimah Azzahra, Yusri Abd Malik, 1995, 15). Peristiwa tersebut telah
memberi pengajaran bahawa kerajaan tidak lagi dapat membiarkan hala tuju negara negara mengikut
arusnya tersendiri. Justeru itu Rukun Negara telah diperkanalkan. Rukun Negara menjadi pegangan dan
prinsip negara. Justeru itu juga Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 1970. Dasar Ekonomi Baru
mempunyai matlamat penting untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang
perbezaan antara rakyat serta menghapuskan identiti pekerjaan dengan keturunan.

MEMBINA MASYARAKAT YANG MAJU DAN SAINTIFIK

Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan Dasar Pembangunan kearah Wawasan 2020 memperlihatkan
bahawa masyarakat yang diingini oleh Wawasan 2020 adalah


masyarakat yang maju, saintifik, dan

progresif. Masyarakat yang maju bermaksud masyarakat yang sentiasa bersedia menerima perubahan kearah
kebaikan untuk menjadi masyarakat yang lebih baik. Kemajuan bermaksud perubahan dari keadaan yang
sedia ada kepada keadaan yang lebih baik. Masyarakat yang maju sentiasa berfikiran terbuka untuk
menerima idea dan dapat mengubahsuai dengan situasi yang baru untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Masyarakat yang berdaya maju juga tidak akan menutup pemikiran mereka kepada unsur-unsur dari luar
selagi mana unsur-unsur itu dapat digunakan untuk kebaikan. Masyarakat progresif tidak seperti ibarat
katak

dibawah

tempurung

tetapi

sebaliknya

mereka


sentiasa

mengikuti

peredaran

zaman.

Saintifik pula boleh didefinasikan sebagai pengetahuan atau ilmu yang sistematik dan dapat dibuktikan
kebenarannya dari sudut sains. Justeru itu, maju dan saintifik bermaksud sentiasa meningkatkan mutu
kehidupan dengan cara meningkatkan pengetahuan yang saintifik. Islam sentiasa menyeru umatnya untuk
menuju ke hadapan. Manusia diseru supaya berusaha dan bersedia untuk berubah. Terdapat ayat Quran
yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” ( Surah Al Ra‟ad Ayat 11). Wawasan 2020 juga mengajak
masyarakat supaya lebih inovatif dan memandang ke hadapan, tidak hanya bertindak sebagai pengguna
teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun masa depan yang berasaskan sains dan teknologi. (
Berita Harian, 25 Disember 1993 )

Wawasan 2020 bertujuan berlandaskan negara kepada tahap negara maju yang setaraf dengan negara-negara
maju yang lain. Ini tidak bermakna kita ingin menjadi seperti keadaan Negara maju yang lain yang menjurus

kepada keruntuhan moral dan keangkuhan kuasa yang melanda sesetengah negara maju. Yang dimaksudkan
negara maju ialah kebolehan, pengetahuan dan kecekapan serta taraf yang sama atau lebih baik daripada
negara maju. Kemajuan yang memenuhi piawaian masyakrakat yang maju ialah kemajuan yang lebih
menyeluruh dengan mengambil iktibar dari keruntuhan aspek kerohanian yang berlaku di negara
maju.Usaha serta tenaga yang berlipat ganda perlulah dicurahkan untuk menjamin masa depan yang lebih
baik.

KEJAYAAN UNTUK MEMBINA MASYARAKAT YANG MAJU DAN SAINTIFIK.

Pelbagai langkah untuk merealisasikan wawasan 2020 dapat dikecapi seperti yang dikehendaki oleh kerajaan.. Ini
termasuklah menyediakan biasiswa pendidikan untuk mengalakkan rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran dalam bidangbidang saintifik dan teknikal seperti bidang teknologi maklumat, kejuruteraan, bioteknologi dan sebagainya. Kerajaan telah
memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan kepakaran tenaga manusia dan kemudahan R&D (Research
and Development). Usaha R&D negara telah banyak memberi sumbangan kepada peningkatan hasil pengeluaran negara,
terutamanya kelapa sawit dan getah. Sebagai contoh, institusi penyelidikan telah banyak menjalankan kajian untuk
menghasilkan tenaga atau polimer gantian seperti biodisel daripada kelapa sawit dan termoplastik getah.

Dengan adanya masyarakat yang berteknologi juga, negara telah berjaya membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya yang dilengkapi dengan teknologi komunikasi dan infrastruktur serta maklumat yang
terkini. Disamping itu juga pembangunan lain yang wujud berasaskan teknologi seperti MSC, sistem pengangkutan
Komuter, LRT, Monorel dan ERL, MEASAT dan Terowong SMART dan juga projek MRT merupakan cetusan idea
hasil daripada kemajuan negara dalam sains dan teknologi. Kejayaan Malaysia menghantar angkasawan pertama iaitu Dr.
Sheikh Muszaphar Shukor juga adalah antara langkah bijak negara untuk menunjukkan keprihatinan Malaysia terhadap
kemajuan dunia sains dan teknologi. Malaysia buat pertama telah menganjurkan acara paling berprestij dalam sukan lumba
motor Kejohanan Dunia Formula One ( F1 ) di Litar Antarabangsa Sepang. ( Bahagian Penerbitan Dasar Negara, 2013, 20 –
27 ).

MEWUJUDKAN SEBUAH MASYARAKAT YANG BERMORAL DAN BERETIKA
Pencapaian kebendaan atau ekonomi semata-mata tidak menggambarkan atau membuktikan kemajuan yang
sebenarnya. Apalah ertinya kekayaan material jika kehidupan anggota masyarakat terancam oleh berbagai
jenayah yang berlaku di sekeliling mereka. Berjuta-juta rakyat menghadapi tekanan jiwa kerana berlaku
pelbagai masalah sosial seperti perpecahan keluarga. Fenomena yang berlaku di negara-negara maju pada
masa ini seolah-olah menunjukkan bahawa semakin maju keupayaan teknologi manusia, semakin lemah
daya tahan moralnya. Semakin maju sesebuah negara, semakin canggih pula cara penyelewengan dan
penipuan yang berlaku di dalam bidang perdagangan atau politik. Dr. Mahathir menerangkan “Sebenarnya
Wawasan 2020 bertujuan mengimbangkan pembangunan material dengan pembangunan rohaniah”.
Faktor manusia ialah yang paling penting di dalam menjayakan Wawasan 2020. Berjaya atau tidak
wawasan ini bergantung kepada kesanggupan dan kemampuan rakyat untuk bekerja dengan jujur dan
bersungguh-sungguh. Kejayaan wawasan 2020 tidak hanya bergantung kepada kecanggihan teknologi atau
kesempurnaan sesuatu sistem yang diamalkan. Segala teknologi atau sistem yang canggih akan gagal jika
rakyat tidak mengamalkan nilai-nilai murni seperti kejujuran, kerajinan, berdisplin dan amanah

Sumber negara yang paling penting ialah rakyatnya. Pembangunan sumber tenaga manusia banyak
bergantung kepada perubahan nilai dan sikap dikalangan penduduknya. Nilai-nilai yang dikongsi bersama
akan membantu memupuk budaya dan membina bangsa yang beretika. Nilai dan sikap positif harus
diamalkan. Menyedari hakikat inilah negara memberi penekanan kepada faktor pembangunan manusia. Kita
memberi penekanan kepada sistem keluarga kerana keluarga yang sejahtera adalah asas kepada
pembangunan masyarakat yang sejahtera. Anak-anak yang terdidik di dalam suasana keluarga yang
penyayang akan membesar sebagai individu yang mempunyai nilai-nilai positif, memiliki keyakinan diri dan
mewarisi sifat-sifat yang murni.

Etika adalah cirri terpenting bagi membina ketahanan bangsa. Etika yang tinggi mampu membuahkan hasil
kerja – kerja yang cemerlang. Nilai etika merupakan kebudayaan dalam suatu masyarakat. Suatu perubahan
budaya perlu dibuat bagi melahirkan nilai – nilai baru yang lebih sesuai untuk melahirkan masyarakat yang
produktif. ( Fatimah Azzahra, Yusri Ab. Malik, 1995, 15)

Islam mengajar umatnya untuk mengutamakan kejujuran. Setiap amal ibadat mesti didahului dengan niat
dan setiap insan diberi ganjaran pahala mengikut niatnya. Displin juga menjadi pegangan Islam kerana
jemaah yang hendak bersembahyang diingatkan supaya membetulkan saf-saf. Kemajuan tercapai bila
anggota masyarakat terdidik dan menjalankan hidupnya dengan berdisiplin. Menghormati dan mengurus
waktu dengan sempurna adalah juga ciri penting di dalam Islam. Dengan moral dan etika yang tinggi
terbentuklah masyarakat yang bermoral dan beretika.

KEJAYAAN UNTUK MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG BERMORAL DAN BERETIKA.

Dalam tempoh pelaksanaan RMK 8, Pelan Intergriti Nasional (PIN), telah dilancarkan bertujuan membentuk masyarakat
yang bermoral dan beretika serta mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan tahap etika yang tinggi dan
seterusnya menyahut cabaran Wawasan 2020. Undang-undang dan peraturan disemak semula serta langkah
penguatkuasaan diperketat oleh pelbagai badan kawal selia untuk mempertingkat tadbir urus korporat. Langkah juga telah
diperkenal untuk memperkukuh etika perniagaan yang baik dalam sektor korporat.Selaras dengan cabaran keempat
Wawasan 2020 ini, iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika dan mempunyai nilai keagamaan
dan kerohanian yang utuh dan menghayati budi pekerti yang luhur, usaha ditumpu ke arah memperkukuh dan
mempertingkat institusi serta organisasi tempatan seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK),
Rukun Tetangga danJawatankuasa Penduduk serta menggunakan media massa untuk menyumbang ke arahmenjadikan
integriti sebagai satu cara hidup. Kempen kesedaran dan program pendidikan akan diperluas untuk mengingatkan individu
mengenai perlunya menerap nilai murni dan resam secara berterusan supaya dapat dihayati dan diamalkan sehingga
akhirnya menjadi sebahagian daripada cara hidup individu dan budaya masyarakat. ( RMK 9, Tadbir Urus Baik Untuk
Pembangunan, Bab 25, 511 ).
Modal Insan adalah sebuah revolusi idea yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun
Abdullah Haji Ahmad Badawi kerana beliau ingin memberikan penekanan terhadap usaha membangunkan
modal insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset
insani Malaysia yang paling penting dalam usaha kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa
yang maju, cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang WAWASAN 2020. Bagi merealisasikan matlamat
tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan
dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu,
berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun,
berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing.

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kesimpulanya, wawasan 2020 jika dilihat pada perspektif kasar ia seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata
kerana

ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia sahaja iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara

perindustrian, tetapi jika diperhalusi dan diperincikan ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkaraperkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa, moral, dan etika,
kebudayaan, kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan lain-lain.
Wawasan 2020 bukanlah slogan untunk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan bagi setiap rakyat
untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yanh benar-benar maju dan makmur.
Dalam konteks ini wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, diantaranya ialah kualiti tenaga kejra yang dihasilkan
oleh sistem pendidiakn, perubahan sikap dan nilai, penekanan keatas sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta
yang lebih dinamik..
Dalam menghadapi tahun-tahun yang mendatang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang mempunyai
kualiti hidup yang tinggi Malaysia harus mempelajari kelemahan dan kekuatan yang berlaku di negara maju. Wawasan 2020 tidak
meminta Malaysia menjadi negara barat atau jepun tetapi sebuah negara baru yang lebih maantap dalam semua aspek kehidupan
dan kemajuaan.
Oleh itu, apa yang telah disimpulkan didalam kertas kerja ini, adalah sebahagian visi dan misi kerajaan dalam mepertingkatkan
ekonomi dan sosiobudaya masyarakat Malaysia dengan mewujudkan satu rangka kerja dan strategi demi untuk mencapai apa
yang Malaysia inginkan. Dengan dasar-dasar yang telah kerajaan wujudkan kami berharap agar Malaysia terus mempertahankan
apa yang telah dirancang iaitu mencapai wawasan 2020 dengan mewujudkan lebih banyak dasar agar hala tuju negara berada
dalam landasan yang betul. Selain itu, kami berharap agar kerajaan yang sedia ada sekarang lebih telus dan prihatin dengan nasib
rakyat dalam segi ekonomi mahupun persekitaran dalam melahirkan sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Sekian.

SARANAN DAN CADANGAN

Persoalan yang sering ditimbulkan oleh pemimpin dan rakyat,adakah dasar pembangunan negara itu efektif
dan realistik dalam mencapai wawasan 2020?, dimana Malaysia menginginkan status negara maju
berdasarkan apa yang dirancang. Dalam segi ekonomi,seperti mana yang kita ketahui pada dekat 1960-an
pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak 5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini
dinaikkan menjadi 7.8%semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad1970-an, dan 5.9% setahun
pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam
nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan
6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhansebanyak 0.1
peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020, sesuatu matlamat yang bukannya tidak
mungkin.KDNK Malaysia pada tahun1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira$920 bilion dalam
nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020.Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan
pada kadar purata kira-kira 7.0%(dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat
dicapai,dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun2020, rakyat
Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar),berbanding dengan tahun 1990 .Inilah ukuran
masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih
besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990 (Unit Penggurusan Prestasi Dan Perlaksanaan Jabatan Perdana
Menteri,2010,9).
Bagi mengharungi cabaran wawasan 2020, kedudukan ekonomi yang stabil dan berdaya saing harus
diwujudkan dan dipertahankan. Kita dikejutkan dengan berita kenaikan inflasi negara dari tahun ke tahun
sebanyak 3 ke 4 peratus bermula pada tahun 2010 sehingga kehari ini. Perkara ini dapat membantutkan
pertumbuhan negara

dan mengakibatkan apa yang telah diancang oleh pemimpin terdahulu lari dari

landasan. Pihak kerajaan harus melakukan transformasi dalam menghalang kadar inflasi terus meningkat.
Dengan melakukan rangsangan ekonomi bagi meningkatkan kadar pelaburan dan pembangunan melalui
dasar transformasi ekonomi dan nasional.Selain itu, keborosan negara dalam membahagikan wang negara
kepada sektor-sektor yang kurang penting dan memberangsangkan harusalah dikurangkan dan diagihkan
kearah sektor-sektor yang lebih penting demi untuk menjimatkan dan memoptimumkan penggunaan wang
negara melalui dasar transformasi negara.
Kearah mencapai wawasan 2020 beberapa cadangan telah dikemukakan dan diutarakan berdasarkan
kajian dan pemerhatian. Dasar pembangunan nasional (DPN) haruslah disenaraikan dalam aspek kritikal
dimana dasar ini dapat mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi

dan pengagihan saksama diantara rakyat dan kerajaan. Selain itu, dapat memasatikan pembangunan yang
seimbang bagi sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling dan melengkapi
antara sektor, bagi mengoptimumkan pertumbuhan ekonomi negara. Ia akan menghasilkan pengurangan dan
akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara
dalam mengalakan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada
pembangunan ekonomi negara.
Seperti yang kita tahu, sejak dahulu jurang pembangunan ekonomi di antara kawasan luar Bandar dan
Bandar adalah amat luas. Dimana dasar-dasar negara akan mengalakan dan memperkukuhkan intergrasi
nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di
kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan Bandar dan luar Bandar.Dengan dasar pembangunan negara
yang fleksible pembangunan masyarakat yang progresif dapat diwujudkan, dimana semua rakyat menikmati
kesejahteraan hiduop yang tinggi, di smaping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta
menhayati perasaan bangga dan cintakan negara. Tamabah lagi, demi untuk mencapai apa yang diimpikan
oleh negara, kerajaan perlu peka dalam memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan
tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran dalam membangunkan
negara yang berasaskan sektor prindustrian. Tahun 2020 merupakan tahun dimana sains dan teknologi
dijadikan satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha
membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam bidang tersebut pada masa yang sama memajukan dan
memeperkasakan budaya sains dan teknologi dalam membangunkan satu ekonomi perindustrian moden .
Bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang dapat bersaing dengan negara lain, pemimpin Malaysia
harus memfokuskan aspek-aspek dalam memperkasakan peranan perkhidmatan awam Malaysia. Pertama,
dalam usaha untuk mencapai wawasan 2020, kerajaan boleh mengariskan beberapa ciri perkhidmatan awam
dimasa hadapan, antaranya memperkasakan penggunaan sains dan teknologi yang canggih dalam peralatan
dan automasi pejabat serta memperkasakan penggunaan teknologi maklumat yang lebih mesra pengguna dan
mesra alam. Kerajaan harus memperlengkapkan kakitangan awam dengan ilmu-ilmu serta kepakaran yang
diperlukan agar keupayaan menggunakan teknologi dapat dipertingkatkan. Selain itu, penjawat awam harus
faham peranan mereka dalam menentukan pencapaian mereka sendiri sebelum memahami peranan dan visi
jabatan mereka. Ini amat penting dalam membentuk modal insan yang peka terhadap perubahan persekitaran
tempat kerja dan dapat bersaing dalam kalangan mereka dengan sihat. Dalam pada masa yang sama, dapat
memaksimumkan penggunaaan teknologi dalam kerja mereka untuk membolehkan mereka bersaing
diperingkat nasional mahupun luar negara dalam bidang perkhidmatan. Iaitu menjadikan mereka setaraf
dengan perkhidmatan yang wujud di negara maju.

RUJUKAN
1.berita harian,(25 disember 1993), URL:library.perdana.org.my/digital_content/s/mahthir/new_19692004/1993-1995/1993/00011486.pdf
2.Zurinah Hassan, (1994),Wawasan 2020:Huraian 9 Cabaran, shah alam, penerbitan pewarna
3.Bahagian Penerbitan Dasar Negara,(2013), Kesinambungan Kempimpinan Jayakan Wawasan 2020,
Percetakan Nasional Berhad
4. Fatimah Azzahara, Yusri Abd Malik,(1995),wawasan 2020 ,petaling jaya, penerbitan setiamas
5. Kerajaan Malaysia,(2001), Rancangan Malaysia Ke8 2001-2005, kuala lumpur, percetakan nasional
berhad
6.Abdullah Haji Ahmad Badawi (Datuk),(2006), Tadbir Urus Baik Untuk Pembangunan.
7.Nungsari dan Suryani ,Readings on Development: Malaysia 2057, Kuala Lumpur: Khazanah Nasional
Berhad, 2009, ms. 4
8. Unit Penggurusan Prestasi Dan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri,2010,Pelan Hala Tuju Program
Transformasi Kerajaaan,9,Percetakan Nasional Malaysia Berhad
9.Zin, Razali Bin Mat;Talet, Amine Nehari,(2014), Managing Resource Toward Achieving Malaysia
Vision 2020:Policies,Prospects And Challanges,
http://search.proquest.com.ezacces.library.uitm.edu.my/docveiw/1973010181?accountid=42518