Panduan Pengajaran Pendidikan Kesihatan KSSR Tahun 6 2015

(1)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PENGAJARAN

PANDUAN PENGAJARAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

TAHUN

TAHUN

TAHUN

6

6


(2)

(3)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PANDUAN PENGAJARAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

Terbitan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Pembangunan Kurikulum


(4)

i

Cetakan Pertama 2015

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana

bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk

dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,

rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada

Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan

Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, 62604 Putrajaya.


(5)

Rukun Negara

v

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

vi

Pendahuluan

vii

Modul 1

Kesihatan Fizikal

Unit

1

Kesihatan Diri dan Reproduktif

4

Unit

2

Kesihatan Diri dan Reproduktif

6

Unit

3

Kesihatan Diri dan Reproduktif

8

Unit

4

Kesihatan Diri dan Reproduktif

10

Unit

5

Kesihatan Diri dan Reproduktif

13

Unit

6

Kesihatan Diri dan Reproduktif

15

Unit

7

Pemakanan

17

Unit

8

Pemakanan

19

Unit

9

Pemakanan

20

Unit

10

Pemakanan

22

Unit

11

Penyalahgunaan Bahan

24

Unit

12

Penyalahgunaan Bahan

25

Unit

13

Penyalahgunaan Bahan

28

Modul 2

Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial.

Unit

14

Pengurusan Mental dan Emosi

34

Unit

15

Pengurusan Mental dan Emosi

37

Unit

16

Pengurusan Mental dan Emosi

40

Unit

17

Pengurusan Mental dan Emosi

42

Unit

18

Kekeluargaan

46


(6)

iii

Modul 3

Kesihatan Persekitaran

Unit

20

Penyakit

57

Unit

21

Penyakit

59

Unit

22

Keselamatan

65

Unit

23

Keselamatan

67

Unit

24

Pertolongan Cemas

69

Unit

25

Pertolongan Cemas

72


(7)

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga

dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN


(8)

v

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


(9)

PENDAHULUAN

Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.

Panduan Pengajaran Pendidikan Kesihatan Tahun Enam ini dibina untuk membantu guru menterjemah kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Kreativiti dan inovasi guru adalah penting dalam mengubah suai serta menambah baik aktiviti yang disediakan, di samping mewujudkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan idea, kepakaran, masa serta tenaga dalam penghasilan panduan pengajaran ini.


(10)

(11)

(12)

(13)

KESIHATAN FIZIKAL

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

Standard Kandungan

1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat.

Standard Pembelajaran

1.1.1 Menganalisis perubahan fizikal lelaki dan perempuan ke alam remaja.

1.1.2 Memahami perubahan diri sebagai remaja lelaki dan perempuan untuk diterima serta dihargai.

Bahan Bantu Belajar

Kad bancian

Langkah Pembelajaran

1 Edarkan kad bancian.

2 Isi dan lengkapkan kad bancian secara berpasangan mengikut jantina yang sama.

3 Tukar maklumat dengan pasangan yang lain mengikut jantina yang sama.

4 Edarkan lembaran kerja mengenai penilaian kendiri dan masalah yang dialami.


(14)

5

KESIHATAN FIZIKAL

Lembaran 1

Senaraikan perubahan fizikal dan masalah yang dialami.

Penilaian kendiri

1. Perubahan fizikal yang saya sedari dan alami ialah

_____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ 2. Masalah yang dialami semasa perubahan fizikal ialah

_____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________


(15)

KESIHATAN FIZIKAL

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

Standard Kandungan

1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat.

Standard Pembelajaran

1.1.3 Mengaplikasi cara menjaga kebersihan dan kesihatan diri remaja lelaki serta perempuan.

Bahan Bantu Belajar

Lampiran 1 - Bahan maujud atau gambar

Langkah Pembelajaran

1 Tunjukkan bahan maujud atau gambar bahan yang digunakan untuk kebersihan diri dan kesihatan tubuh badan.

2 Nyatakan fungsi bahan tersebut.

3 Pilih 3 bahan dan dibincangkan. i. Apakah bahan ini?

ii. Bagaimanakah bahan ini digunakan?

iii.Bagaimanakah bahan ini dikaitkan dengan kesihatan tubuh badan?

Iv. Apakah akan berlaku sekiranya kita tidak menggunakan bahan tersebut?

4 Bincangkan secara kumpulan.

i. Apakah bahan yang diperlukan untuk kebersihan muka, tampak kemas, ketika datang haid, badan berbau harum dan berasa sihat?

ii. Di manakah bahan tersebut mudah diperolehi?

iii. Mengapakah bahan pencuci pakaian tidak sesuai digunakan untuk mencuci tubuh badan?

iiv. Adakah kita boleh menggunakan bahan kebersihan dan kesihatan diri yang telah luput tarikh penggunaannya? Jelaskan.

5 Aktiviti pengukuhan - Murid menyediakan kit peribadi untuk kebersihan dan kesihatan diri.


(16)

7

KESIHATAN FIZIKAL

Lampiran 1

Contoh gambar penjagaan kebersihan dan kesihatan diri.

Pakaian dalam remaja lelaki

Pakaian dalam remaja perempuan Pencukur Misai


(17)

KESIHATAN FIZIKAL

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

Standard Kandungan

1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.

Standard Pembelajaran

1.2.1 Memahami situasi yang mendorong kepada tingkah laku seksual dan cara menanganinya.

Bahan Bantu Belajar

Lampiran 1 - Kad situasi

Langkah Pembelajaran

Aktiviti ‘World Cafe’

1 Kad situasi yang mengandungi maklumat tingkah laku seksual (Lampiran 1) ditampal di beberapa stesen.

2 Setiap kumpulan akan berbincang tentang kad situasi di stesen masing-masing.

3 Wakil kumpulan akan tinggal untuk menerangkan hasil perbincangan kepada ahli kumpulan yang lain. Kemudian ahli kumpulan yang lain boleh membuat

penambahbaikan.

4 Setiap ahli kumpulan bergerak sehingga lengkap setiap stesen.


(18)

9

KESIHATAN FIZIKAL

Lampiran 1

Contoh kad situasi

Rakan anda memperlihatkan senaskah majalah lucah kepada anda di kawasan sekolah. Anda berasa teruja apabila melihat kandungan majalah tersebut. Seorang murid lain telah melapor kepada guru disiplin dan anda telah dipanggil ke bilik disiplin untuk disoal siasat.

1) Apakah penjelasan anda kepada guru disiplin?

2) Sekiranya perbuatan anda tidak diketahui oleh orang lain, apakah yang anda dapat ramalkan situasi susulan yang akan terjadi kepada anda?

Anda meminjam telefon abang anda untuk bermain permainan digital. Ketika menggunakan telefon tersebut, anda dengan tidak sengaja terbuka fail video lucah. Anda terasa teruja dengan penemuan tersebut. Namun tindakan anda telah diketahui oleh ayah.

1) Apakah penjelasan anda kepada ayah anda?

2) Sekiranya perbuatan anda tidak diketahui oleh orang lain, apakah yang anda dapat ramalkan situasi susulan yang akan berlaku kepada anda?


(19)

KESIHATAN FIZIKAL

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

Standard Kandungan

1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.

Standard Pembelajaran

1.2.2 Memahami risiko tingkah laku seksual iaitu kehamilan, jangkitan penyakit seksual, HIV, AIDS dan ketagihan melakukan aktiviti seksual.

Bahan Bantu Belajar

Lampiran 1 - Kertas sebak Lembaran kerja 1

Pen marker

Langkah Pembelajaran

1

Aktiviti Gallery Walk

Bincangkan 2 soalan di bawah dan catat di dalam kertas sebak (Lampiran 1). i. Apakah situasi yang mendorong tingkah laku seksual remaja?

Ii. Apakah risiko yang dihadapi oleh remaja akibat tingkah laku seksual?

2 Ketua kumpulan akan bergerak ke setiap kumpulan yang lain untuk berkongsi hasil perbincangan dan merekod idea yang baharu.

3 Bincangkan bagaimana cara menangani masalah tingkah laku seksual (Lembaran kerja 1).


(20)

11

KESIHATAN FIZIKAL

Lampiran 1

A) Apakah situasi yang mendorong tingkah laku seksual remaja?

B) Apakah risiko yang dihadapi oleh remaja akibat tingkah laku seksual?

C) Cara menangani masalah tingkah laku seksual di kalangan remaja?

Dalam kumpulan, berbincang mengenai tingkah laku seksual remaja dan risikonya serta cara menangani tingkah laku seksual dalam kalangan remaja.


(21)

KESIHATAN FIZIKAL

Lembaran kerja 1

Jawab soalan di bawah:

1. Bagaimanakah HIV dan AIDS boleh dikaitkan dengan risiko salah laku seksual? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

2. Bagaimakah perasaan ahli keluarga anda sekiranya anda hamil atau menyebabkan seseorang menjadi hamil di luar nikah?

3. Apakah risiko dari segi emosi yang akan dihadapi oleh remaja apabila terjebak dengan salah laku seksual?

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

3. Beri cadangan bagaimana remaja boleh menangani perasaan ingin melakukan aktiviti seksual.

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________


(22)

13

KESIHATAN FIZIKAL

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

Standard Kandungan

1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.

Standard Pembelajaran

1.2.3 Memahami kesan tingkah laku seksual terhadap diri dan keluarga.

Bahan Bantu Belajar

Lembaran kerja 1 - Cerita bergambar

Langkah Pembelajaran

1 Teliti cerita bergambar (Lembaran kerja 1).

2 Ramalkan kesudahan cerita bergambar tersebut.

3 Bincangkan risiko tingkah laku seksual .

4 Tulis karangan pendek mengenai risiko tingkah laku seksual berdasarkan cerita bergambar (Lembaran kerja 1).


(23)

KESIHATAN FIZIKAL

Lembaran kerja 1

Berdasarkan cerita di atas, tuliskan kesan kehamilan sebelum nikah terhadap remaja dan keluarga.

_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ Ceritakan gambar bersiri di bawah dan ramalkan kesudahan cerita tersebut.


(24)

15

KESIHATAN FIZIKAL

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

Standard Kandungan

1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta

luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.

Standard Pembelajaran

1.2.3 Memahami kesan tingkah laku seksual terhadap diri dan keluarga.

Bahan Bantu Belajar

Kertas sebak

Pen marker

Langkah Pembelajaran

1 Secara berkumpulan, berbincang berkenaan kesan tingkah laku seksual terhadap diri

dan keluarga menggunakan peta pelbagai alir (i-Think).

2 Bentangkan dapatan kumpulan masing-masing.

3 Hasilkan karya mengenai risiko tingkah laku seksual. Contohnya, poster, penanda buku,


(25)

KESIHATAN FIZIKAL

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

Apakah seksualiti?

Seksualiti merupakan salah satu aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Seksualiti yang sihat membentuk insan yang sihat. Seksualiti merangkumi pelbagai aspek seperti fizikal, psikologikal, kerohanian, sosial dan budaya.

Tingkah laku seksual.

Norma sosial seperti menjaga kehormatan dan maruah diri serta peraturan sentuhan merupakan bentuk kepada tingkah laku seksual. Emosi dan sifat ingin tahu individu sentiasa menyumbang kepada tingkah laku seksual yang terlarang dan tidak terkawal. Gabungan daripada tingkah laku seksual yang terlarang dan tidak terkawal ini akan memberikan kesan yang tidak sihat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Kesan tingkah laku seksual  Ketagihan merancap

 Kerap berfantasi suasana erotik

 Jangkitan kuman pada organ genital, jangkitan penyakit seksual

 Kemandulan

 Jangkitan HIV dan AIDS

 Tidak mesra dengan ahli keluarga (kerap berahsia)

 Kehamilan ketika di bawah umur (mencetus kepada pembuangan bayi)

 Keluarga hilang kepercayaan

 Penyebab konflik dan stres yang berpanjangan kepada setiap ahli keluarga.

Sebagai rumusan, tingkah laku seksual yang terlarang dan tidak terkawal akan menyumbang kepada keruntuhan moral individu.


(26)

17

KESIHATAN FIZIKAL

PEMAKANAN

Standard Kandungan

1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat.

Standard Pembelajaran

1.3.1 Menganalisis makanan segar, makanan yang diproses, dan makanan segera.

Bahan Bantu Belajar

Gambar atau bahan maujud Lembaran kerja 1

Langkah Pembelajaran

1 Terangkan maksud ‗makanan segar‘, ‗makanan yang diproses‘ dan ‗makanan segera‘.

2 Buat tinjauan jenis makanan kegemaran dalam kalangan rakan kelas (Lembaran kerja 1).

3 Analisis makanan kegemaran rakan sekelasnya - makanan segar, makanan diproses dan makanan segera.

4 Bincangkan tentang kesan pengambilan makanan tersebut.

5 Contoh soalan :

i. Antara tiga jenis makanan di atas, yang manakah mengandungi lebihan lemak, gula, dan garam?

ii. Bolehkah makanan yang diproses dan makanan segera dikatakan sebahagian daripada makanan sihat?

iii. Apakah akibat daripada pengambilan lemak, gula dan garam yang berlebihan dan namakan masalah kesihatan yang mungkin akan dialami?


(27)

18 MAKANAN LAUT DAGING SAYUR-SAYURAN BUAH-BUAHAN MI KERING

SARDIN DALAM TIN

AIS KRIM

DAGING BURGER DAN SOSEJ KARIPAP SEGERA AYAM GORENG SEGERA

KE

SIH

ATA

N FIZI

KA

L

Le mb ara n 1 MI SEGERA JEJARI KENTANG SEGERA N A M A M U R ID M A K A N A N SE G A R M A K A N A N D IPR O S E S M A K A N A N SE G E R A JU M L A H


(28)

19

KESIHATAN FIZIKAL

PEMAKANAN

Standard Kandungan

1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat.

Standard Pembelajaran

1.3.2 Memahami faedah pengambilan makanan segar.

Bahan Bantu Belajar

‗Peti Sajian Misteri‘ ( contoh: buah-buahan segar, sayur-sayuran, telur, daging dan ikan) Kertas sebak

Langkah Pembelajaran

1 Teka isi kandungan ‗Peti Sajian Misteri‘.

2 Bincang dalam kumpulan mengenai faedah pengambilan makanan segar.

3 Bentangkan hasil perbincangan dan bersoal jawab.


(29)

KESIHATAN FIZIKAL

PEMAKANAN

Standard Kandungan

1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat.

Standard Pembelajaran

1.3.3 Memahami kesan pengambilan makanan yang diproses dan makanan segera.

Bahan Bantu Belajar

Lampiran 1 - Poster (obesiti, asma, sembelit, keguguran rambut)

Langkah Pembelajaran

1 Pamer dan bincangkan poster kesan pengambilan makanan yang diproses dan makanan segera (Lampiran 1).

2 Cari maklumat tambahan berkenaan kesan pengambilan makanan yang diproses dan makanan segera melalui laman web, akhbar, majalah, artikel dan sebagainya.

3 Hasilkan karya untuk menterjemah maklumat.


(30)

21


(31)

KESIHATAN FIZIKAL

PEMAKANAN

Standard Kandungan

1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat.

Standard Pembelajaran

1.3.4 Menilai makanan dan amalan pemakanan yang sesuai untuk mengelakkan penyakit tidak berjangkit.

Bahan Bantu Belajar

Lampiran 1 - borang kajian lapangan

Langkah Pembelajaran

1 Lawatan ke kantin sekolah (Lampiran 1).

2 Kajian lapangan mengenai tahap kebersihan dan kualiti makanan.

3 Laporkan hasil dapatan kajian.

4 Bersoal jawab berkaitan sebab dan akibat amalan pemakanan yang tidak sihat dan kaitannya dengan penyakit tidak berjangkit.


(32)

23

KESIHATAN FIZIKAL

Lampiran 1

Kajian Lapangan

BIL ITEM KAJIAN Ya (√ ) Tidak (x) Cadangan

1 Kaunter jualan

2 Meja makan dan kerusi murid

3 Tempat memasak

4 Lantai

5 Pakaian pengusaha kantin

6 Tempat penyediaan makanan

Arahan: Tandakan (√ ) bagi bersih (x) bagi tidak bersih.

Soalan:

Apakah yang akan berlaku kepada murid sekiranya salah satu daripada item kajian di atas menunjukkan keputusan yang tidak baik?

Soalan:

1) Nyatakan pendapat anda tentang makanan dan amalan pemakanan yang tidak bersih?

_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

2) Apakah yang akan anda cadangkan kepada pengusaha kantin untuk memastikan murid mendapat makanan yang berkualiti dan menyihatkan tubuh badan?

_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________


(33)

KESIHATAN FIZIKAL

PENYALAHGUNAAN BAHAN

Standard Kandungan

1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

Standard Pembelajaran

1.4.1 Mengetahui pelbagai jenis dadah.

Bahan Bantu Belajar

-

Langkah Pembelajaran

1 Paparkan gambar pelbagai jenis dadah.

2 Bersoal jawab mengenai jenis dadah.

3 Tunjukkan kemahiran berkata TIDAK dalam pelbagai cara.

4 Rumusan.

Nota guru:


(34)

25

KESIHATAN FIZIKAL

PENYALAHGUNAAN BAHAN

Standard Kandungan

1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

Standard Pembelajaran

1.4.2 Menganalisis situasi berisiko berkaitan penyalahgunaan dadah.

1.4.4 Mengaplikasi cara menangani situasi berisiko dalam penyalahgunaan dadah terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

Bahan Bantu Belajar

Lampiran 1 - Contoh jawapan Lembaran kerja 1

Langkah Pembelajaran

1 Edarkan borang ramalan situasi berisiko tentang penyalahgunaan dadah (Lembaran kerja 1).

2 Bincang dan tulis hasil perbincangan pada borang yang disediakan.

3 Bentangkan hasil perbincangan.


(35)

KESIHATAN FIZIKAL

Lampiran 1

Contoh jawapan.

Situasi Susulan 1 Susulan 2 Kesan negatif

Saya suka bergaul dengan kumpulan mat rempit kerana kebebasan peribadi.

Kumpulan ini

Memperkenalkan dadah untuk menghilangkan rasa takut saya untuk menunggang laju.

Saya berasa seronok dengan kesan dadah tersebut dan berpeluang untuk mendapat rakan yang bahan dengan mudah.

Saya terlibat dengan kemalangan dan tidak boleh berjalan dan menyusahkan keluarga untuk menyara saya.

Pilihan ideal anda

Saya akan memilih kumpulan yang melakukan aktiviti sihat sahaja.

Tindakan 1

Saya akan berkata TIDAK dengan sopan dan cuba menasihati mereka.

Tindakan 2

Saya akan cuba berhenti daripada menagih dadah dan mengelakkan diri daripada bergaul

dengan kumpulan ini lagi.

Kesan positif

Saya akan menjadi seorang yang berguna kepada keluarga dan masyarakat.

Saya tertekan dengan suasana keluarga yang tidak stabil.

Saya mengambil dadah untuk menghilangkan tekanan perasaan tersebut.

Saya berasa khayal dan dapat melupakan

tekanan.

Saya ketagih mengambil dadah dan tidak dihiraukan oleh ahli keluarga.

Pilihan ideal anda

Saya akan cuba berbincang dengan keluarga saya untuk membetulkan keadaan.

Tindakan 1

Saya akan berjumpa dengan guru kaunseling sekolah untuk menceritakan masalah saya. Tindakan 2 Saya akan mendapatkan bantuan daripada pusat pemulihan. Kesan positif

Saya akan lebih

disayangi oleh keluarga dan menjadi ahli

keluarga yang bertanggungjawab.

Saya suka berparti di

kelab-kelab hiburan. Saya mengambil dadah untuk menambah keseronokan ketika berhibur.

Dadah senang untuk diperolehi dengan harga yang mahal.

Saya menjadi seorang yang sangat agresif dalam perlakuan seharian dan akhirnya ditahan di pusat pemulihan.

Pilihan ideal anda

Saya perlu mencari hiburan yang bermanfaat.

Tindakan 1

Saya perlu kekal aktif bersosial bersama dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama.

Tindakan 2

Saya menggunakan sumber wang saya untuk menjalani gaya hidup yang sihat.

Kesan positif

Saya akan menjadi seorang yang aktif dan sihat tubuh badan.

Saya suka mencuba perkara yang berisiko untuk kepuasan diri.

Saya diperkenalkan

kepada dadah. Saya berasa khayal dan mendapat kepuasan. Saya dijangkiti HIV dan AIDS kerana perkongkian jarum dan masyarakat telah menyisihkan saya.

Pilihan ideal anda

Saya suka mencuba perkara-perkara yang bermanfaat untuk kesejahteraan diri

Tindakan 1

Saya akan menolak pengaruh tersebut dan melaporkan kepada pihak berkuasa

Tindakan 2

Saya akan cuba merapatkan diri dengan ibadat agama untuk melupuskan ketagihan

Kesan positif

Saya akan menjadi seorang yang patuh kepada agama dan berjaya dalam hidup

1

2

3


(36)

27

KESIHATAN FIZIKAL

Lampiran 1

Contoh jawapan.

Situasi Susulan 1 Susulan 2 Kesan negatif

Saya suka bergaul dengan kumpulan mat rempit kerana kebebasan peribadi.

Kumpulan ini

Memperkenalkan dadah untuk menghilangkan rasa takut saya untuk menunggang laju.

Saya berasa seronok dengan kesan dadah tersebut dan berpeluang untuk mendapat rakan yang bahan dengan mudah.

Saya terlibat dengan kemalangan dan tidak boleh berjalan dan menyusahkan keluarga untuk menyara saya.

Pilihan ideal anda Tindakan 1 Tindakan 2 Kesan positif

Saya tertekan dengan suasana keluarga yang tidak stabil.

Saya mengambil dadah untuk menghilangkan tekanan perasaan tersebut.

Saya berasa khayal dan dapat melupakan

tekanan.

Saya ketagih mengambil dadah dan tidak dihiraukan oleh ahli keluarga.

Pilihan ideal anda Tindakan 1 Tindakan 2 Kesan positif

Saya suka berparti di

kelab-kelab hiburan. Saya mengambil dadah untuk menambah keseronokan ketika berhibur.

Dadah senang untuk diperolehi dengan harga yang mahal.

Saya menjadi seorang yang sangat agresif dalam perlakuan seharian dan akhirnya ditahan di pusat pemulihan.

Pilihan ideal anda Tindakan 1 Tindakan 2 Kesan positif

Saya suka mencuba perkara yang berisiko untuk kepuasan diri.

Saya diperkenalkan

kepada dadah. Saya berasa khayal dan mendapat kepuasan. Saya dijangkiti HIV dan AIDS kerana perkongkian jarum dan masyarakat telah menyisihkan saya.

Pilihan ideal anda Tindakan 1 Tindakan 2 Kesan positif

1

2

3


(37)

KESIHATAN FIZIKAL

PENYALAHGUNAAN BAHAN

Standard Kandungan

1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

Standard Pembelajaran

1.4.3 Memahami kesan negatif akibat penyalahgunaan dadah terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

Bahan Bantu Belajar

Poster 1 Poster 2

Langkah Pembelajaran

1 Paparkan poster 1 dan 2.

2 Hasilkan karya kreatif (gelang tangan, lencana butang, penanda buku, sajak dsb) bertema

―Ekstasi Perosak Minda Remaja‖, ―Syabu Menghancur Jasad Merosak Bangsa‖.

3 Edar dan persembahkan hasil kerja.

4 Rumusan.


(38)

29


(39)

(40)

(41)

(42)

(43)

Standard Kandungan

2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan harian.

Standard Pembelajaran

2.1.1 Memahami maksud kemahiran asertif.

Bahan Bantu Belajar

Lampiran 1 - Kad situasi

Lampiran 2 - Nota kemahiran asertif

Langkah Pembelajaran

1 Sumbang saran cara untuk mendapatkan sesuatu, meluahkan pendapat dan meluahkan perasaan tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak.

2 Edarkan lampiran 2.

3 Main peranan dalam kumpulan kecil berdasarkan kad situasi (lampiran 1).

4 Bincangkan:

i. Bagaimanakah sikap watak utama? Asertif atau agresif? ii. Bagaimanakah sikap watak-watak yang lain?

iii. Adakah pemenang? Adakah yang kalah? iv. Apakah itu hak?

v. Bagaimanakah ianya terjadi?

5 Rumusan. Nota Guru:

Sikap Asertif—sesuatu kebolehan untuk meluahkan perasaan, pendapat, kepercayaan, dan kehendak secara berterus terang, terbuka, jujur, dan dalam pada masa yang sama pendapat yang diluahkan tidak menyakitkan hati mana-mana pihak atau mengancam hak orang lain.

PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

KESIHATAN MENTAL

EMOSI DAN SOSIAL


(44)

35 Contoh Kad Situasi

Anda sedang berbaris di kantin. Tiba-tiba seseorang di belakang anda telah menolak dan menyiku anda supaya keluar dari barisan...

(membuat teguran)

Anda membeli mi goreng di restoran dan terjumpa seekor lalat di dalamnya. Anda memberit-ahu tuan punya restoran …

(membuat aduan )

Kawan anda meminjam buku cerita daripada anda dan tidak memulangkannya walaupun su-dah berminggu-minggu. Anda terjumpa kawan tersebut di bandar…

(meluahkan perasaan )

Anda bertungkus–lumus belajar untuk peperiksaan. Guru anda terjumpa sekeping nota di

sebelah meja anda dan memarahi serta menuduh anda meniru. Itu bukan nota anda…

(menangani tuduhan)

Anda perlukan riben untuk mengikat hadiah. Anda tidak mempunyai wang untuk membelinya. Ibu saudara anda singgah di rumah anda untuk bertanyakan sekiranya terdapat apa-apa yang boleh dibantunya...

(membuat permintaan)

Lampiran 1

KESIHATAN MENTAL

EMOSI DAN SOSIAL


(45)

VERBAL

1. Bersikap jujur.

2. Berterus-

terang dengan berkata „Ya‟ atau „Tidak‟ secara tegas dan

bukan berselindung.

3. Bersikap spontan, melayan perasaan dan keperluan tanpa

memendam rasa atau menunggu.

4. Bersuara bagi pihak diri sendiri.

5. Bertanggungjawab terhadap perasaan dan keperluan diri sendiri.

6. Menggelakkan alasan yang kompleks atau meminta maaf.

7. Tidak menyerang atau merendahkan orang lain.

8. Membentuk reputasi terhadap apa yang anda nyatakan.

BUKAN VERBAL

1. Tegakkan bahu, pandang hadapan, berpijak kukuh atas lantai.

2. Memandang tepat ke arah mata seseorang.

3. Menggunakan bahasa tubuh secara asertif.

Lampiran 2

KESIHATAN MENTAL

EMOSI DAN SOSIAL


(46)

37

Standard Kandungan

2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan harian.

Standard Pembelajaran

2.1.2 Memahami jenis-jenis kemahiran asertif iaitu verbal dan bukan verbal.

Bahan Bantu Belajar

Lampiran 1 - Gambar Lampiran 2 - Kad Simulasi

Langkah Pembelajaran

1 Pamerkan gambar (Lampiran 1).

2 Demonstrasi jenis-jenis kemahiran asertif—verbal dan bukan verbal,

3 Aktiviti simulasi dengan menggayakan jenis-jenis kemahiran asertif iaitu verbal dan bukan verbal (Lampiran 2).

4 Rumusan.

PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

KESIHATAN MENTAL

EMOSI DAN SOSIAL


(47)

LAN…“JOM… KITA

KE PASARAYA…”

Lampiran 1

KESIHATAN MENTAL

EMOSI DAN SOSIAL

NAK PERGI

KE…,TIDAK

PERGI...!

TIDAK!


(48)

39

AKTIVITI SIMULASI Kad Simulasi

Nota Guru: Guru boleh menambah situasi yang difikirkan sesuai. Aksi tidak setuju untuk pergi bermain bersama-sama rakan.

Kawan mengajak untuk ponteng kelas.

Berterus terang dengan berkata ‗YA‘ atau ‗TIDAK‘ secara tegas dan bukan

berselindung.

Ibu menghidangkan makanan yang anda tidak gemari. Bagaimanakah anda menyuarakan penolakan tanpa menyinggung perasaan ibu?

Ayah menegur supaya berhenti bermain permainan komputer atas alasan prestasi akademik merosot. Tunjukkan reaksi anda.

Lampiran 2

KESIHATAN MENTAL

EMOSI DAN SOSIAL


(49)

Standard Kandungan

2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan harian.

Standard Pembelajaran

2.1.3 Memahami kepentingan kemahiran asertif dalam mengurus emosi. 2.1.4 Mengaplikasi kemahiran asertif dalam mengurus emosi.

Bahan Bantu Belajar

Lampiran 1 - Kad situasi

Langkah Pembelajaran

1 Bersoal jawab.

 Apakah yang akan terjadi sekiranya kita tidak dapat mengawal emosi? Apakah yang perlu dilakukan dan tidak perlu dilakukan?

 Bagaimanakah menggunakan kemahiran asertif dalam mengawal perasaan marah, hampa, geram, kecewa dan sebagainya?

 Perkongsian maklumat kepentingan kemahiran asertif. Contohnya, dapat mengawal perasaan dalam pelbagai situasi, mengawal diri daripada bertindak secara agresif.

2 Membina kemahiran asertif dalam kumpulan (Lampiran 1).

 Situasi A

 Situasi B

 Situasi C

3 Menerangkan kepentingan dan penggunaan kemahiran asertif berdasarkan langkah pengajaran 2.

4 Panduan cara mengurus kemahiran asertif (Lampiran 2).

5 Rumusan.

PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

KESIHATAN MENTAL

EMOSI DAN SOSIAL


(50)

41

SITUASI B

Nasir dan Swee Lan ditugaskan untuk menyimpan peralatan di bilik sukan, tetapi mereka tidak melakukannya dengan baik. Mereka meninggalkan peralatan sukan berselerak di lantai bilik sukan. Mereka kemudiannya bergegas meninggalkan bilik sukan dengan menjangkakan waktu rehat akan berakhir. Mereka telah dimarahi oleh guru. Apakah alasan mereka?

SITUASI A—Bayangkan anda seorang guru.

Kebelakangan ini prestasi Kamala menurun. Di akhir kelas, dia memohon kebenaran untuk menghantar kerja kursusnya lewat beberapa hari dari tarikh yang ditetapkan kerana Kamala tahu anda telah memberi kebenaran kepada beberapa orang murid yang mempunyai masalah mendapatkan bahan kerja kursus. Apakah keputusan anda dan kenapa?

SITUASI C

Victor tidak membuat tugasan yang diberi. Apabila guru memandang ke arahnya, dia berpaling ke arah lain dan terus berbual-bual dengan murid yang berhampiran. Ketika guru

membimbing murid-murid lain membuat tugasan mereka, Victor mula membuat kapal terbang kertas.

1. Sebagai cikgu, apakah tindakan anda? 2. Sebagai Victor, apakah alasan anda?

Lampiran 1

KESIHATAN MENTAL

EMOSI DAN SOSIAL


(51)

Standard Kandungan

2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga.

Standard Pembelajaran

2.2.1 Memahami proses perubahan mental, emosi, dan sosial remaja dalam institusi kekeluargaan.

Bahan Bantu Belajar

Lampiran 1 dan 2 - Contoh luahan hati di laman sosial.

Langkah Pembelajaran

1 Baca contoh luahan hati seorang remaja (Lampiran 1 dan Lampiran 2).

2 Perbincangan tentang catatan luahan hati tersebut.

3 Secara berkumpulan senaraikan perubahan mental, emosi, dan sosial yang dialami oleh remaja dalam keluarga (Lembaran 1).

4 Laporkan hasil perbincangan.

5 Rumusan.

PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

KESIHATAN MENTAL

EMOSI DAN SOSIAL


(52)

43

KESIHATAN MENTAL

EMOSI DAN SOSIAL

Lampiran 1

01.01.2015

Hari ini Zaini, sahabatku menyambut ulang tahun yang ke 12. Ayah

tak mengizinkan aku menghadiri jamuannya. Aku mengurung diri di

dalam bilik sebagai tanda membantah. Ayah tak mengendahkanku.

Aku menangis

.

03.01.201

Abang-abangku tidak lagi mahu bermain denganku. Mereka sudah

mempunyai teman-teman yang lebih dewasa dariku

.

05.01.2015

Ibu sentiasa mengikut aku ke mana sahaja aku nak pergi. Rimaslah.

Ayah pula selalu keluar dengan abang-abangku.


(53)

07.01.2015

Abang memarahi aku kerana memakai seluar pendek dengan

kemeja-T celoreng. Katanya aku bukan budak kecil lagi. Aku kena

berpakaian lebih sopan. Aku sudah dewasa katanya.

06.01.2015

Ayah dan ibu benarkan aku ke kem Jati Diri di Janda Baik, Pahang.

Banyak perkara aku cuba buat sendiri seperti abseiling,

flying fox

dan sebagainya

.

08.01.2015

Ibu membawaku bertemu dengan rakannya. Rakan ibu membantu

menggayakan aku dengan gaya remaja terkini. Aku suka.

Lampiran 1

KESIHATAN MENTAL

EMOSI DAN SOSIAL


(54)

45

Senaraikan perubahan alam kanak-kanak dan alam remaja dari segi emosi, mental dan emosi dalam keluarga.

Alam Kanak-kanak Alam Remaja

MENTAL

EMOSI

SOSIAL

Lembaran kerja 1

KESIHATAN MENTAL

EMOSI DAN SOSIAL


(55)

Standard Kandungan

2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga.

Standard Pembelajaran

2.2.2 Menganalisis peranan remaja dalam memperkukuh institusi kekeluargaan.

2.2.3 Menilai kepentingan peranan remaja dalam memperkukuh institusi kekeluargaan.

Bahan Bantu Belajar

Lampiran 1 - Gambar keluarga

Langkah Pembelajaran

1 Paparkan Lampiran 1.

2 Bincangkan mengenai peranan setiap ahli keluarga.

3 Edarkan lembaran kerja 1.

4 Bincangkan peranan remaja untuk memperkukuh institusi kekeluargaannya.

5 Rumusan.

KEKELUARGAAN

KESIHATAN MENTAL

EMOSI DAN SOSIAL


(56)

47

Saya dan s

epupu s

aya, Abi l

Lampiran 1

KESIHATAN MENTAL

EMOSI DAN SOSIAL


(57)

Bagaimanakah saya dapat memperkukuh institusi kekeluargaan saya?

Bil Peranan Saya Bagaimana ? Kepentingan?

1 Berfikir secara matang Memberi pendapat Dapat membantu menyelesaikan masalah

2 Bertanggungjawab Membantu ibu bapa Meringankan beban tugas

3 Menghormati dan menghargai ibu bapa

Patuh dan mendengar nasihat

Mengeratkan hubungan kekeluargaan

4 Menggunakan masa dengan baik

Mengurus masa dengan baik

Disiplin diri, menepati masa dan sistematik 5 Bersahsiah mulia dan

berbudi bahasa.

Berbicara dengan beradab dan bertingkah laku yang sopan

Menjadi anak yang baik

6 Bertoleransi Bertimbang rasa dan berempati

Menjaga perhubungan yang baik dalam keluarga

7 Belajar bersungguh-sungguh.

Memberi tumpuan

sewaktu belajar dan motivasi diri yang tinggi

Masa depan yang lebih baik dan menjadi seorang yang berjaya 8 Berusaha mengatasi

kelemahan diri

Dapat menerima teguran daripada orang lain

Membaiki kelemahan diri dan meningkatkan motivasi diri

9 Berdisiplin dan menjauhi kegiatan yang negatif

Mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah

Menjaga maruah keluarga dan diri sendiri

10 Berdikari Mampu melakukan kerja tanpa disuruh Mampu menguruskan diri sendiri

Contoh jawapan

Lampiran 2

KESIHATAN MENTAL

EMOSI DAN SOSIAL


(58)

49

Bagaimana saya dapat memperkukuh institusi kekeluargaan saya?

Bil Peranan Saya Bagaimana ? Kepentingan?

1 Berfikir secara matang

2 Bertanggungjawab

3 Menghormati dan menghargai ibu bapa

4 Menggunakan masa dengan baik

5 Bersahsiah mulia dan berbudi bahasa

6 Bertoleransi

7 Belajar bersungguh-sungguh

8 Berusaha mengatasi kelemahan diri

9 Berdisiplin dan menjauhi kegiatan yang negatif

10 Berdikari

Lembaran kerja 1

KESIHATAN MENTAL

EMOSI DAN SOSIAL


(59)

PERHUBUNGAN

Standard Kandungan

2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal serta komunikasi berkesan dalam kehidupan harian.

Standard Pembelajaran

2.3.1 Menganalisis situasi tekanan daripada rakan sebaya.

2.3.2 Mengaplikasi cara mengurus tekanan daripada rakan sebaya melalui komunikasi berkesan.

Bahan Bantu Belajar

Lampiran 1 - ‗Pokok Maklumat‘

Lampiran 2 - Permainan ‗Kami Boleh…‘. Lembaran kerja 1

Langkah Pembelajaran

1 Teliti ‗Pokok Maklumat‘ (Lampiran 1).

2 Bincang dan kenal pasti tekanan berdasarkan ‗Pokok Maklumat‘. 3 Permainan ‗Kami Boleh…‘ dan menulis respons (Lampiran 2).

4 Ceritakan cara mengurus tekanan daripada rakan sebaya berdasarkan permainan

‗Kami Boleh…‘ (Lembaran 1).

5 Rumusan.

KESIHATAN MENTAL

EMOSI DAN SOSIAL


(60)

51 Tekanan lisan:

DISISIH

Mengugut untuk meninggalkan kawan atau memutuskan persahabatan. Tekanan lisan:

MEMBUAT

PERTIMBANGAN

Memberi alasan untuk membuat sesuatu atau kenapa ianya boleh

dibuat atau diikuti.

Tekanan emosi:

KOMPLOT

Sekumpulan individu berbisik dan ketawa sambil melihat sesuatu yang anda tidak nampak

serta membelakangi orang lain.

Tekanan emosi:

JELINGAN

Sekumpulan individu yang suka menjeling orang lain. Jelingan itu

bermaksud “Saya hebat

atau cantik dan awak

tidak…”

Tekanan emosi:

IDOLA

Sekumpulan individu yang popular suka membeli, memakai atau

membuat sesuatu. Mereka ini menjadi ikutan

ramai.

Baca dan kaji ‗Pokok Maklumat‘.

Lampiran 1

KESIHATAN MENTAL

EMOSI DAN SOSIAL

Tekanan lisan:

MENYINDIR

Menghina atau memanggil nama

yang menyebabkan seseorang berasa


(61)

 Permainan ini boleh dimainkan lebih daripada empat orang dalam satu kumpulan.

 Setelah membentuk kumpulan, seorang ketua mesti dilantik. Setiap kumpulan diberi satu senario di mana mereka mesti menyelesaikannya.

 Senario untuk dibincangkan:

1. Kawan-kawan anda mula belajar merokok. Dia juga mahu anda mencubanya. Apakah keputusan anda? Mengapa?

2. Salah seorang kawan anda mahu menyisihkan salah seorang teman rapat anda. Mereka memberitahu sekiranya anda tidak mahu mengikut, mereka akan berhenti bercakap dengan anda. Apakah keputusan anda? Mengapa?

3. Ketika berjalan ke kantin, rakan anda telah menyerahkan sebuah telefon bimbit kepada anda. Dia meminta anda menyimpannya di dalam beg anda kerana dia tidak mahu ditangkap memiliki telefon bimbit. Anda tidak mahu terlibat dengan masalah tersebut tetapi anda telah diberitahu bahawa anda tiada pilihan. Sekiranya enggan, anda akan dipukul. Apakah keputusan anda? Mengapa? 4. Kawan-kawan anda telah memakai tatu palsu. Ibu bapa anda telah melarang

anda memakainya. Kawan-kawan anda memberitahu sekiranya anda tidak memakainya bermaksud anda tidak setia pada kawan-kawan anda dan mereka menyisih anda. Apakah keputusan anda? Mengapa?

5. Ketika anda memasuki tandas sekolah, anda terlihat beberapa orang murid membuli seorang murid yang lain. Mereka mengajak anda membuli bersama. Sekiranya anda enggan, mereka akan memberitahu guru bahawa anda yang membuli murid tersebut. Apakah keputusan anda? Mengapa?

 Murid dikumpulkan untuk melakonkan senario di atas. Contoh soalan: 1. Adakah sukar untuk berkata TIDAK? Mengapa?

2. Adakah anda berkeyakinan untuk menggunakan kemahiran berkata TIDAK terhadap tekanan rakan sebaya?

Lampiran 2

KESIHATAN MENTAL

EMOSI DAN SOSIAL


(62)

53

Anda dikehendaki mengenal pasti jenis tekanan dan perasaan yang dihadapi di dalam senario yang dilakonkan oleh rakan-rakan anda.

Senario

Tekanan

Lisan

Tekanan

Emosi

Senario 1

Senario 2

Senario 3

Senario 4

Senario 5

KESIHATAN MENTAL,

EMOSI DAN SOSIAL


(63)

(64)

(65)

KESIHATAN

PERSEKITARAN

PENYAKIT

Standard Kandungan

3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian.

Standard Pembelajaran

3.1.1 Mengetahui penyakit bawaan makanan, dan penyakit bawaan air.

3.1.2 Mengetahui gejala dan tanda penyakit bawaan makanan, dan penyakit bawaan air.

Bahan Bantu Belajar

Risalah

Lembaran kerja 1

Langkah Pembelajaran

1 Cerita mengenai pengetahuan sedia ada tentang cirit-birit atau keracunan makanan.

2 Cari maklumat penyakit bawaan makanan dan penyakit bawaan air. Bincangkan gejala dan tanda penyakit-penyakit tersebut.

3 Lengkapkan lembaran kerja 1 berdasarkan maklumat yang diperolehi.

4 Rumusan.

Nota guru: Guru mendapatkan risalah mengenai penyakit tidak berjangkit dari klinik

kesihatan yang berhampiran atau laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


(66)

57

Lembaran kerja 1

Isi maklumat yang diperolehi di dalam jadual di bawah.

BIL PENYAKIT CARA JANGKITAN GEJALA TANDA

1 Cirit birit

2 Taun

(Cholera)

3 Hepatitis A

4 Demam kepialu

KESIHATAN

PERSEKITARAN


(67)

Standard Kandungan

3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian.

Standard Pembelajaran

3.1.3 Menganalisis cara merebak dan cara mencegah penyakit bawaan makanan, dan penyakit bawaan air.

Bahan Bantu Belajar

Lampiran 1 - Keratan akhbar

Langkah Pembelajaran

1 Edar dan baca keratan akhbar (Lampiran 1).

2 Isi maklumat berpandukan gambar (Lembaran kerja 1, 2, 3 dan 4).

3 Bentangkan hasil kerja kumpulan.

4 Rumusan.

PENYAKIT

KESIHATAN

PERSEKITARAN


(68)

59

KESIHATAN

PERSEKITARAN

MODUL 3

Lampiran 1

Jaga kesihatan ketika musim banjir

Oleh Zana Muni

Musim tengkujuh sudah tiba. Sejak pertengahan November lalu beberapa negeri dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan. Ini menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara mangsa banjir.

Bagi menjaga kebajikan mangsa banjir di pusat penempatan sementara, pihak berkuasa melengkapi pusat itu dengan kemudahan asas, makanan dan keperluan diri yang selesa, termasuk menyediakan kawalan keselamatan dan pemeriksaan kesihatan.

Namun, tanggungjawab menjaga kesihatan diri sebenarnya bergantung kepada individu terbabit. Ini kerana, banjir juga mengundang penyakit berjangkit disebabkan bawaan air dan hanya kesedaran diri sendiri mampu mengelak menghidap penyakit seperti taun, Hepatitis A dan demam kepialu.

Penyakit yang kerap dihidapi mangsa di pusat penempatan ini adalah taun yang menyebabkan cirit-birit teruk. Seseorang yang menghidap taun dapat dikesan melalui gejala seperti cirit-birit mendadak yang banyak dan cair. Manakala Penyakit Hepatitis A pula, berjangkit melalui air, makanan atau susu dicemari najis mengandungi virus Hepatitis A. Ia cepat berjangkit namun tidak menyebabkan kematian, tetapi ia akan menghasilkan imuniti terhadap penyakit ini sepanjang hayat. Demam kepialu juga adalah penyakit kerap dilaporkan di kalangan mangsa banjir disebabkan bakteria iaitu seseorang yang dijangkiti membawa bakteria itu dalam darah dan usus.

Justeru, mangsa banjir perlu menitikberatkan kebersihan untuk mengelak dijangkiti penyakit terbabit. Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan najis yang sempurna, terutama selepas banjir atau bencana alam. Elak makanan berisiko seperti sayuran mentah dan buah-buahan yang tidak dibasuh dengan bersih. Minum air yang dimasak atau air dari bekalan botol.


(69)

Berpandukan Gambar 1, lengkapkan maklumat di bawah.

Gambar 1: Cirit-birit

Cara Penyakit Merebak Cara Pencegahan

Lembaran kerja 1

KESIHATAN

PERSEKITARAN


(70)

61

Berpandukan Gambar 2, lengkapkan maklumat di bawah.

Gambar 2 : Taun / Cholera

Cara Penyakit Merebak Cara Pencegahan

Lembaran kerja 2

KESIHATAN

PERSEKITARAN


(71)

Berpandukan Gambar 3, lengkapkan maklumat di bawah.

Gambar 3: Demam Kepialu

Cara Penyakit Merebak Cara Pencegahan

Lembaran kerja 3

KESIHATAN

PERSEKITARAN


(72)

63

Gambar 4: Hepatitis

Cara Penyakit Merebak Cara Pencegahan

Lembaran kerja 4

Berpandukan Gambar 4, lengkapkan maklumat di bawah.

KESIHATAN

PERSEKITARAN


(73)

Standard Kandungan

3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan harian.

Standard Pembelajaran

3.2.1 Menilai pengaruh komuniti kepada keselamatan.

3.2.2 Mengaplikasi cara-cara menangani pengaruh yang mengancam keselamatan.

Bahan Bantu Belajar

Lampiran 1- Kad situasi

Langkah Pembelajaran

1 Setiap kumpulan akan menerima sekeping kad situasi (Lampiran 1).

2 Lakon dan tunjukkan cara-cara menangani pengaruh yang mengancam keselamatan.

3 Terangkan pengaruh komuniti yang dapat dikesan dalam lakonan.

4 Rumusan.

KESELAMATAN

KESIHATAN

PERSEKITARAN


(74)

65

Nilai pengaruh positif dan negatif dalam situasi di bawah.

Ali mengajak

anda

memer-as

ugut murid tahun 3 di

sekolah.

Seorang kawan mengajak

kamu membantu guru PJK

mengemas stor sukan

Aisyah

mengajak

kamu

menziarahi jiran kamu yang

sedang sakit.

Rakan-rakan di kawasan

perumahan kamu mempelawa

kamu bermain bersama-sama

di taman permaianan

Rakan

mengajak

kamu

menyaksikan

perlumbaan

haram

Kamu diarahkan oleh rakan

sekelas untuk mencuri duit

rakan di kelas sebelah.

Rakan mengajak kamu pergi

ke kafe siber untuk bermain

permainan video

Seorang rakan mengambil

rokok bapanya dan mengajak

kamu bersama-sama cuba

menghisap rokok

Ali mengajak anda

memeras ugut murid

Tahun 3 di sekolah.

Seorang kawan mengajak

anda membantu guru

mengemas stor buku teks.

Aisyah mengajak anda

menziarahi jiran anda yang

sedang sakit.

Rakan-rakan di kawasan

perumahan anda

mempelawa anda bermain

bersama-sama di taman

permainan.

Seorang rakan mengajak

anda menyaksikan

perlumbaan haram.

Anda diarahkan oleh rakan

sekelas untuk mencuri duit

rakan di kelas sebelah.

Seorang rakan mengajak

anda pergi ke kafe siber

untuk bermain permainan

video.

Seorang rakan mengambil

rokok bapanya dan

mengajak anda untuk

menghisap rokok.

Lampiran 1

KESIHATAN

PERSEKITARAN


(75)

Standard Kandungan

3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan harian.

Standard Pembelajaran

3.2.3 Mengamalkan cara-cara memperkukuh pengaruh positif untuk keselamatan.

Bahan Bantu Belajar

Lampiran 1 - Kad situasi ‗Gallery Walk’

Sticky notes

Langkah Pembelajaran

1 Situasi (Lampiran 1) dilekatkan pada dinding kelas.

2 Setiap kumpulan akan bergerak ke stesen situasi yang telah disediakan.

3 Setiap kumpulan memberi komen atau cadangan terhadap semua situasi di atas ‗sticky

notes‘ dan ditampalkan pada kad situasi.

4 Rumusan.

KESELAMATAN

KESIHATAN

PERSEKITARAN


(76)

67

Kad Situasi

STESEN PERTAMA:

Seorang kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian di

rumah.

STESEN KELIMA:

Seorang murid yang rumahnya berdekatan dengan jalan raya

yang sering digunakan untuk perlumbaan haram.

STESEN KEENAM:

Seorang murid yang menghadapi masalah untuk

menjauhkan diri daripada rakannya yang merupakan

seorang kaki buli.

STESEN KETIGA:

Seorang murid yang berjalan bersendirian pulang ke rumah

atau pergi ke kedai.

STESEN KEEMPAT:

Seorang murid yang berpindah ke sekolah baharu.

STESEN KEDUA:

Seorang murid yang lambat diambil oleh ibu bapa atau

penjaga selepas waktu persekolahan.

Lampiran 1

KESIHATAN

PERSEKITARAN


(77)

Standard Kandungan

3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi.

Standard Pembelajaran

3.3.1 Mengenal pasti kandungan peti pertolongan cemas yang lengkap serta fungsinya.

Bahan Bantu Belajar

Kad gambar

Peti pertolongan cemas

Langkah Pembelajaran

1 Selerakkan kad gambar di atas meja.

 Gambar bahan dalam peti pertolongan cemas

 Gambar bukan bahan dalam peti pertolongan cemas

2 Secara berkumpulan, murid mendapatkan kad gambar yang betul untuk dimasukkan ke dalam peti pertolongan cemas masing-masing dalam masa yang diberikan.

3 Murid membandingkan isi peti pertolongan cemas masing-masing dengan peti pertolongan cemas yang ditunjukkan oleh guru.

4 Edarkan lembaran kerja 1.

PERTOLONGAN CEMAS

KESIHATAN

PERSEKITARAN


(78)

69

SENARAI SEMAK GURU

PETI PERTOLONGAN CEMAS

Peralatan dan Ubat-ubatan Fungsi

Pembalut tiga segi Membuat anduh dan pembalut Pembalut gulung pelbagai saiz Membalut luka

Kapas Membersih luka, membuat alas dan

melumur ubat

Kertas nipis Membersih luka dan kegunaan lain

Pin penyemat Menyemat anduh dan sebagainya

Gunting Memotong pembalut gelung dan

sebagainya

Penyepit Mengeluarkan serpihan, menyepit kapas

dan sebagainya Iodin atau Blue solution Ubat luka

Pisau kecil Memotong pita pelekat

Risalah kecil bantu mula Rujukan merawat

Antiseptik Membasuh luka

Paracetamol Selesema, demam dan sakit kepala

Minyak angin atau ubat gosok Sakit perut, gigitan serangga dan selesema

Pita pelekat Melekat balutan

Pita luka Membalut luka kecil

Nombor telefon klinik dan hospital yang berhampiran

Mendapatkan bantuan segera

Rujuk laman web untuk nama peralatan dan fungsi.

Lampiran 1

KESIHATAN

PERSEKITARAN


(79)

Peralatan dan Ubat-ubatan Fungsi

Pembalut tiga segi

Pembalut gulung pelbagai saiz Kapas

Kertas nipis Pin penyemat Gunting Penyepit

Iodin atau Blue solution

Pisau kecil

Risalah kecil bantu mula Antiseptik

Paracetamol

Minyak angin atau ubat gosok Pita pelekat

Pita luka

Nombor telefon klinik dan hospital yang berhampiran

Lembaran Kerja 1

KESIHATAN

PERSEKITARAN

Lengkapkan fungsi peralatan/ubat-ubatan di bawah.


(80)

71

Standard Kandungan

3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi.

Standard Pembelajaran

3.3.2 Mengaplikasikan penggunaan peti pertolongan cemas dalam bantu mula.

Bahan Bantu Belajar

Peti pertolongan cemas Lampiran 1

Langkah Pembelajaran

1 Edarkan sampul yang mengandungi situasi lakonan bantu mula kecederaan ringan pada setiap kumpulan (Lampiran 1).

2 Bincang dan lakonkan situasi bantu mula dengan menggunakan peti pertolongan cemas.

3 Rumusan.

PERTOLONGAN CEMAS

KESIHATAN

PERSEKITARAN


(81)

Lampiran 1

Tergelincir di tepi parit. Kaki terseliuh.

Tolak-menolak ketika beratur.

Terjatuh dan luka pada kedua-dua lutut dan tapak tangan.

Terjatuh dari tangga semasa menuju ke kantin.

KESIHATAN

PERSEKITARAN


(82)

73

Standard Kandungan

3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi.

Standard Pembelajaran

3.3.3 Mengaplikasikan penggunaan bahan alternatif dalam bantu mula sekiranya tiada peti pertolongan cemas.

Bahan Bantu Belajar

Kain selendang Tuala kecil Sapu tangan Tali Riben Ranting kayu Langkah Pembelajaran 1 Aktiviti Meneroka.

Dalam kumpulan kecil, seorang murid menjadi mangsa (lakonan tanpa suara). Murid dikehendaki mengenal pasti jenis kecederaan dan memilih cara bantu mula yang sesuai.

2 Contoh situasi:

a. Siku melecet akibat terjatuh ketika bermain. b. Jari luka ketika memotong buah-buahan. c. Kaki terseliuh akibat terjatuh tangga. d. Terhantuk kepala dan benjol.

3 Rumusan.

PERTOLONGAN CEMAS

KESIHATAN

PERSEKITARAN


(83)

(84)

75

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ARAS 4-8, BLOK E 9

KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA


(1)

70

Peralatan dan Ubat-ubatan Fungsi

Pembalut tiga segi

Pembalut gulung pelbagai saiz Kapas

Kertas nipis Pin penyemat Gunting Penyepit

Iodin atau Blue solution

Pisau kecil

Risalah kecil bantu mula Antiseptik

Paracetamol

Minyak angin atau ubat gosok Pita pelekat

Pita luka

Nombor telefon klinik dan hospital yang berhampiran

Lembaran Kerja 1

KESIHATAN

PERSEKITARAN

Lengkapkan fungsi peralatan/ubat-ubatan di bawah.


(2)

Standard Kandungan

3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi.

Standard Pembelajaran

3.3.2 Mengaplikasikan penggunaan peti pertolongan cemas dalam bantu mula.

Bahan Bantu Belajar

Peti pertolongan cemas Lampiran 1

Langkah Pembelajaran

1 Edarkan sampul yang mengandungi situasi lakonan bantu mula kecederaan ringan pada setiap kumpulan (Lampiran 1).

2 Bincang dan lakonkan situasi bantu mula dengan menggunakan peti pertolongan cemas.

3 Rumusan.

PERTOLONGAN CEMAS

KESIHATAN

PERSEKITARAN


(3)

72

Lampiran 1

Tergelincir di tepi parit. Kaki terseliuh.

Tolak-menolak ketika beratur.

Terjatuh dan luka pada kedua-dua lutut dan tapak tangan.

Terjatuh dari tangga semasa menuju ke kantin.

KESIHATAN

PERSEKITARAN


(4)

Standard Kandungan

3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi.

Standard Pembelajaran

3.3.3 Mengaplikasikan penggunaan bahan alternatif dalam bantu mula sekiranya tiada peti pertolongan cemas.

Bahan Bantu Belajar

Kain selendang Tuala kecil Sapu tangan Tali Riben Ranting kayu Langkah Pembelajaran 1 Aktiviti Meneroka.

Dalam kumpulan kecil, seorang murid menjadi mangsa (lakonan tanpa suara). Murid dikehendaki mengenal pasti jenis kecederaan dan memilih cara bantu mula yang sesuai.

2 Contoh situasi:

a. Siku melecet akibat terjatuh ketika bermain. b. Jari luka ketika memotong buah-buahan. c. Kaki terseliuh akibat terjatuh tangga.

PERTOLONGAN CEMAS

KESIHATAN

PERSEKITARAN


(5)

(6)