Keistimewaan Bahasa Arab Cabaran dan Kel
Seminar Tamadun Islam, Tamadun Asian dan Hubungan Etnik (SeTH) 2014 – 1 Nov 2014 – (Pusat Pengajian
Teras, Universiti Sains Islam Malaysia)
Keistimewaan Bahasa Arab: Cabaran dan Kelangsungan Era Globalisasi
Muhammad Izuan Abd Gani1
‘Aisyah Nabilah Md Tahir2
Siti Salma Wahiduddin3
Adibah Sulaiman @ Mohamad4
Abstrak
Makalah ini meneliti keistimewaan bahasa Arab dalam kelangsungannya merentasi arus
pemodenan dan globalisasi. Sejak penurunan al-Quran, bahasa Arab menjadi bahasa
peradaban Islam dan berkembang seiring dengan peredaran zaman moden dan arus globalisasi
tanpa terkesan dengan aliran kedua-dua arus ini. Bahkan identitinya sebagai bahasa peradaban
Islam terus hidup walaupun penuturnya terdedah kepada ancaman pemodenan dan globalisasi.
Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneliti beberapa ciri istimewa yang terdapat dalam bahasa
Arab. Di samping itu, tujuan lain kajian ini ialah untuk mengenal pasti identiti penting bahasa
Arab sebagai bahasa peradaban Islam lantaran keupayaannya untuk terus hidup dan
berkembang walaupun terdedah kepada pelbagai cabaran pemodenan dan globalisasi. Metode
yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk analisa deskriptif iaitu kaedah mengenal
pasti dan menganalisa ciri-ciri yang terdapat pada bahasa Arab. Hasil kajian ini menunjukkan
sembilan ciri istimewa dan utama pada bahasa Arab iaitu i’rab ( )اإع ا, taraduf ()ا ت ادف,
isytirak ( )ااشت ا, ttidhad ()ا تض د, qiyas ( )ا ي, isytiqaq ( )ااشت, ta’rib ( )ا تع ي, naht ()ا حت,
dan ijaz ( )اإيyang mengekalkan identitinya sebagai bahasa peradaban Islam. Kajian ini
adalah signifikan kepada bahasa Arab kerana kelangsungan dan kelestariannya bukan hanya
terhad kepada pengetahuan tentang ciri-ciri dan keistimewaan tersebut tetapi turut bergantung
kepada peranan para penuturnya di serata dunia
Kata Kunci: Keistimewaan, Bahasa Arab, peradaban Islam, tamadun, globalisasi
PENGENALAN
Bahasa Arab merupakan satu-satunya bahasa utama yang digunakan di sebahagian besar
negara Asia Barat iaitu negara-negara Arab keseluruhannya dan sebahagian negara Afrika dan
menjadi bahasa kedua atau ketiga bagi sesetengah negara yang lain seperti Iran, Turki, India,
Malaysia dan Indonesia. Penggunaan bahasa Arab sebagai bahasa utama di Asia Barat dan
Afrika merujuk kepada asal usul bahasa ini iaitu daripada kumpulan bahasa Semit (Semitik)
yang berkait rapat dengan asal usul kumpulan penutur Samit Kuno. Kumpulan bahasa Semit
1
Guru Bahasa, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. Email: [email protected].
Guru Bahasa, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. Email:
[email protected].
3

4
Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia. Email: [email protected].
2
1
adalah disandarkan kepada keturunan Sam bin Nuh yang dikatakan mendiami kawasan barat
Asia dan sebahagian dari Afrika. Antara bahasa-bahasa lain yang termasuk dalam kumpulan
bahasa Semit adalah bahasa Ibri, Habsyah, Himyar, Saba’ dan Suryani. Namun sebahagian
bahasa ini telah pupus dan hanya meninggalkan kesan ukiran-ukiran lama pada batu bersurat,
kubur- kubur, patung dan kulit. Manakala bahasa Arab, Ibri dan Habsyah masih lagi kekal
digunakan (Ali, 2004). Berbeza daripada bahasa Ibri dan bahasa Habsyah, bahasa Arab
merupakan satu-satunya dari kelompok bahasa Semit yang terus hidup berkembang dengan
meluasnya ke seluruh dunia sehingga ke hari ini.
Kenyataan di atas diperkukuhkan oleh kajian Swedish Nationalencyklopedin (2007)
yang bertujuan untuk menganggarkan penutur asli bagi 100 bahasa-bahasa utama dunia.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa bahasa Arab merupakan bahasa kelima penutur asli
yang teramai dengan anggaran penutur asalnya di Asia Barat berjumlah lebih 265 milion.
Jumlah ini mewakili 4.43% dari populasi dunia. Manakala penutur bahasa Arab dalam
kalangan umat Islam seluruh dunia adalah dianggarkan berjumlah 1.6 bilion. Kajian ini
membuktikan bahawa bahasa Arab menduduki tempat ke lima teratas di dunia dari segi
penutur asli teramai di Asia Barat dan jumlah penutur yang ramai dalam kalangan umat Islam
di seluruh dunia. Hal ini menunjukkan bahawa bahasa Arab terus mendapat perhatian dan
berkembang ke seluruh pelusuk dunia terutama di negara-negara Islam secara khusus dan
negara minoriti Islam dan bukan Islam amnya.
BAHASA ARAB SEBAGAI MEDIUM PERADABAN ISLAM
Sejarah peradaban Islam bermula dengan perutusan Nabi Muhammad S.A.W untuk
berdakwah kepada manusia dengan ajaran Islam yang mentauhidkan Allah S.W.T melalui
wahyu yang disampaikan oleh Jibril A.S. Wahyu yang diturunkan melalui al-Quran al-Karim
mengandungi dustur perlembagaan yang memandu umat Islam ke arah kebaikan dan
pengabdian kepada Allah S.W.T semata-mata.
Hubungkait al-Quran dan bahasa Arab menjadi sangat akrab apabila al-Quran
diturunkan dalam bahasa Arab lantaran mengiktiraf bahasa Arab sebagai bahasa rasmi Islam
dan umatnya sebagaimana firman Allah S.W.T.:
Terjemahan: Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan
bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya (Yusuf : 2).
Bahasa Arab seolah-olah telah diberi nafas baru kerana menjadi medium perantaraan umat
Islam untuk memahami Islam dan al-Quran al-Karim khususnya tanpa menafikan keunggulan
bahasa tersebut sebelum kedatangan Islam. Bahasa Arab bukan sahaja menjadi medium
untuk memahami agama Islam bahkan ia digunakan secara meluas dalam penyebaran ilmu
dalam kalangan sarjana. Selain itu, bahasa al-Quran ini juga menjadi bahasa yang diguna
pakai dalam aktiviti perniagaan bahkan menjadi bahasa utama perhubungan antara
masyarakat antarabangsa. Kedudukan bahasa Arab yang tinggi dalam agama Islam
menyumbang kepada perkembangannya serta menjadi justifikasi kepada kewajaran
memeliharanya secara utuh hingga ke akhir zaman.
Peranan bahasa Arab sebagai medium peradaban Islam secara tidak langsung telah
memperkukuhkan aspek dan disiplin tamadun Islam. Hal ini diakui Ibnu Khaldun (13311406M) menerusi karya agungnya Muqaddimah. Menurut Ibn Khaldun (t.t), kekuatan
2
tamadun Islam hanya akan dapat disaksikan apabila penggunaan bahasa dijadikan sebagai
syiar agama. Dalam konteks ini, bahasa yang dimaksudkan ialah bahasa Arab. Keunggulan
bahasa tersebut menyuntik kekuatan kepada aspek-aspek lain dan akhirnya memperkukuhkan
tamadun Islam.
CABARAN BAHASA ARAB DALAM ARUS GLOBALISASI
Arus globalisasi yang melanda dunia pada hari ini ada kebaikan dan keburukan yang tidak
boleh dielakkan. Agenda yang dibawa dengan slogan dunia tanpa sempadan memberi ruang
yang luas kepada semua manusia untuk melihat dan mengetahui segala maklumat yang
berkaitan dengan kehidupan tanpa dipisahkan oleh jarak dan sempadan. Keadaan ini
menyebabkan manusia terdedah kepada pengaruh yang besar dari segenap aspek kehidupan
seperti kebudayaan, pemikiran, kemasyarakatan dan juga ekonomi. Kedudukan bahasa
sebagai satu daripada aspek kebudayaan dalam sesuatu tamadun mendedahkannya kepada
bahana globalisasi. Dalam hal ini bahasa Arab tidak terlepas daripada menerima tempias
ancaman globalisasi. Kaitan bahasa Arab yang erat dengan agama Islam menyebabkan
terdapat usaha-usaha untuk merosakkan, menghancurkan, menyekat perkembangannya dan
melenyapkannya dengan menggunakan agenda globalisasi.
Dalam arus globalisasi, cabaran utama yang dihadapi oleh bahasa Arab adalah
persaingan dengan bahasa Inggeris yang lebih luas penggunaannya dalam kehidupan. Bahasa
Inggeris berada pada tempat pertama dalam interaksi di peringkat antarabangsa bahkan
memonopoli sistem pendidikan dengan menjadi bahasa pengantar dalam penyampaian ilmu di
segenap peringkat pendidikan. Cabaran bahasa Arab menjadi lebih getir kerana terdapat
cubaan mengaplikasi sistem dan kaedah bahasa Inggeris ke dalam sistem dan kaedah bahasa
Arab, seolah-olah bahasa Arab tidak memiliki keunggulan dan identiti dalam sistem dan
kaedahnya untuk diubah suai dengan mudah.
Selain itu, pertuturan harian yang mencampuradukkan bahasa Arab dan bahasa
Inggeris juga merupakan kesan arus globalisasi. Pada hari ini, bahasa Inggeris yang dilihat
gah di mata dunia mendorong sebahagian masyarakat menjadikan bahasa ini sebagai bahasa
komunikasi alternatif, selain bertutur bahasa Arab dalam kehidupan seharian. Penggunaan
bahasa alternatif ini menimbulkan kecelaruan bahasa kerana terdapat beberapa istilah bahasa
Inggeris digunakan secara berleluasa dalam kalangan penutur bahasa Arab walaupun bahasa
Arab mempunyai istilahnya sendiri. Sebagai contoh, perkataan o.k sebagai ganti م اف, class
sebagai ganti صف, mobile sebagai ganti
ا تف ا ح, dan copy sebagai ganti سخ. Penggunaan
istilah-istilah seumpama ini akan disangka sebagai sebahagian daripada bahasa Arab jika
penutur bahasa Arab menjadikannya sebagai satu kebiasaan dalam komunikasi harian mereka.
Keadaan ini bertambah rumit dengan peredaran zaman yang mungkin akan menyaksikan
istilah-istilah ini diwartakan sebagai bahasa Arab dan dimasukkan ke dalam kamus-kamus
Arab seperti perkataan
ا تyang telah mendapat pengiktirafan al-Majma’ al-Lughawi alMesri dan telah dimasukkan ke dalam kamus-kamus Arab (Jakli, t.t).
Pengenalan istilah arabiziyyah yang merujuk kepada penggunaan bahasa Inggeris
sebagai menggantikan bahasa Arab dalam penulisan generasi Y, khususnya melalui
penggunaan teknologi komunikasi, dilihat mampu menggugat bahasa Arab dan melenyapkan
identitinya sebagai bahasa peradaban Islam. Antara kaedah arabiziyyah adalah menggantikan
sebutan huruf dalam bahasa Arab dengan simbol nombor bagi sebutan yang tiada dalam
bahasa latin. Sebagai contoh, nombor 7 digunakan bagi menggantikan sebutan huruf ( ) yang
tidak ada dalam huruf latin dan mempunyai bunyi yang menyerupai huruf ( ). Selain itu,
nombor 3 digunakan bagi menggantikan sebutan huruf ( ) yang tidak ada dalam huruf latin
tetapi mempunyai bunyi yang menyerupai huruf ( ).
3
Selain itu, monopoli dialek tempatan atau ‘ammiyyah dalam pertuturan harian juga
dilihat menimbulkan permasalahan kepada bahasa Arab fushah. Hal ini kerana dialek
tempatan tidak menggunakan kaedah tatabahasa yang betul, bahkan gaya bahasanya juga
tidak menepati jati bahasa Arab itu sendiri. Penggunaan dialek tempatan secara meluas bukan
sahaja berlaku dalam pertuturan harian yang tidak formal, tetapi juga digunakan dalam
penyampaian ilmu di sekolah mahupun di universiti. Keadaan ini boleh dilihat daripada
senario pelajar-pelajar pengajian Islam dari Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Timur
Tengah terpengaruh menggunakan dialek tempatan dalam pengajaran mereka di sekolahsekolah mahupun di universiti di Malaysia bahkan menggunakannya dalam wawancara di
televisyen dan di radio. Penggunaan dialek tempatan dengan meluas oleh media massa juga
menjadi ancaman kepada bahasa Arab fushah.
KEISTIMEWAAN BAHASA ARAB DALAM MERENTASI ARUS GLOBALISASI
Secara lahiriah, arus globalisasi memberi cabaran besar kepada bahasa Arab kerana
gelombang tersebut seolah-olah membawa kemusnahan dan melenyapkan bahasa itu. Namun,
penelitian secara terperinci ke atas bahasa Arab memperlihatkan beberapa keistimewaan
dalam sistem bahasa ini. Sistem yang menyerupai sistem pertahanan ini mampu mengekalkan
identiti asal bahasa Arab, menghidupkannya tanpa dimamah usia dan menjadikan
perkembangannya bersifat dinamik seiring dengan perkembangan zaman. Antara
keistimewaan yang utama pada bahasa Arab ialah:
1. Mempunyai kaedah al-I’rob )(اإعراب
Antara ciri utama kekuatan dan keistimewaan bahasa Arab yang tidak ada pada bahasa
lain ialah al-I’rob. Al-I’rob merupakan suatu perubahan yang berlaku pada perkataanperkataan disebabkan oleh perubahan pada ayat itu sendiri dari sudut struktur dan
fungsinya. Perubahan yang berlaku ini digambarkan oleh baris akhir perkataan atau
huruf akhir seperti membuang huruf akhir (hazf) atau menggantikannya. Ia juga
merupakan satu kaedah analisis struktur ayat yang sempurna di mana setiap perkataan
apabila berada dalam struktur ayat yang lengkap terikat dengan hukum tatabahasa
Arab berdasarkan kepada ciri perkataan itu sendiri, pola ayat dan maksud yang
dikehendaki oleh ungkapan tersebut. Kaedah ini dapat menzahirkan kesempurnaan
dan kesalahan struktur ayat secara jelas. Kaedah analisis struktur ayat ini dapat dilihat
seperti contoh berikut:
Jadual 1: Contoh analisis struktur ayat dalam kaedah I’rob
Ayat
I’rob
قَ َام َزيْد
فاعل مرفوع بالضمة الظا رة
Zaid telah berdiri
ت َزيْ ًدا
ُ َْرأَي
مفعول ب م صوب بالفتحة الظا رة
ت بَِزيْد
ُ َمَرْر
جر الكسرة
ّ اسم جرور جرور بالباء وعامة
الظا رة
Saya telah melihat Zaid
Saya telah melalui Zaid
4
Dengan merujuk kepada perkataan yang bergaris di atas, perkataan Zaid mempunyai
tiga bacaan berbeza iaitu Zaidun berbaris hadapan (marfu’), Zaidan berbaris atas
(mansub), dan Zaidin berbaris bawah (majrur ). Melalui analisis i’rob ini, perkataan
Zaidun dibaca marfu’ kerana kedudukannya sebagai subjek kepada kata kerja,
manakala perkataan Zaidan dibaca mansub kerana kedudukannya sebagai objek
langsung bagi kata kerja, dan perkataan Zaidin dibaca majrur kerana kedudukannya
selepas kata sendi. Sekiranya perkataan yang bergaris ini dibaca dalam struktur yang
sama dengan baris yang berbeza, maka kesalahan atau kecacatan pada ayat tersebut
dapat dikesan.
2. Keistimewaan kosa kata bahasa Arab
Bahasa Arab mempunyai kosa kata yang sangat luas. Oleh itu, ia menjadikan bahasa
Arab sebagai bahasa peradaban dunia yang unggul dan berdaya tahan. Hal ini dapat
dilihat melalui perkataan-perkataan yang terdapat dalam kamus bahasa Arab,
contohnya Lisanul Arab, yang mengandungi beribu-ribu perkataan dan dicetak buat
kali pertama antara tahun 1299H – 1308 H sebanyak 20 jilid. Keistimewaan ini
menyumbang kepada keindahan dan keunikan bahasa Arab. Bahkan ciri ini
merupakan faktor kekuatan bahasa Arab untuk merentasi era globalisasi. Ciri-ciri
keistimewaan kosa kata ini adalah seperti huraian berikut:
i.
Al-Taraduf ((الرادف
Al-Taraduf ialah sebilangan perkataan, sama ada dua atau lebih, yang mempunyai
maksud yang sama atau hampir sama. Dalam ungkapan ayat bahasa Arab, terdapat
beberapa perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada satu makna atau maknamakna yang hampir sama. Istilah-istilah yang mempunyai ciri al-Taraduf antaranya
ialah nama-nama haiwan seperti nama singa, ular, kuda, unta dan nama-nama senjata
seperti pedang dan panah yang diungkapkan dengan beberapa perkataan yang
membawa maksud yang sama atau hampir sama. Sebagai contoh, istilah-istilah yang
menunjukkan kepada maksud pedang diungkapkan seperti berikut: al-Sorim ((الصارم,
al-Batir ()البَاتِر, al-Qadib ()القاضب, al-Soqil (( )الصقيلAbd. Tawwab, 1999).
ii.
Al-Ishtirak ()ااشراك
Al-Ishtirak bermaksud satu perkataan yang mengandungi dua makna atau lebih.
Dalam penggunaan bahasa Arab, pembentukan satu perkataan boleh membawa kepada
beberapa makna bahkan ada perkataan yang mengandungi lebih daripada 10 makna.
Contohnya perkataan ‘ain ( )ا عيyang bermaksud mata, mata air, penduduk, sihir,
kedengkian, penghuni, mata-mata gelap, ketua askar, askar peninjau, pemuka, sesuatu,
zat sesuatu, wang tunai, hadir dan yang bahaya (Hanafi, 2006).
Selain itu, terdapat juga perkataan yang membawa pelbagai makna apabila
digunakan dalam konteks ayat yang berbeza. Perbezaan makna ini dapat dilihat seperti
contoh berikut (Hanafi, 2006):
5
Jadual 2: Contoh perkataan bahasa Arab yang mengandungi pelbagai makna
Perkataan (Tola’a, )طلع
Makna
Tola’a al-shamsu )الشمس
Tola’a al-nakhlu )ال خل
(طلع
Terbit matahari
(طلع
Mayang kurma keluar
Tola’a ‘alaihi
) (طلع علي
Datang kepadanya
Tola’a ‘anhu
) (طلع ع
Hilang darinya
Tola’a as-sahmu ‘an al-hadaf
Tola’a al-shai’ wa fihi
) (طلع الشيء وفي
)(طلع امكان
Tola’a al-makan
Tola’a al-badru
)(طلع السهم عن اهدف
Melepasi
tersasar
had
yang
diingini,
Memanjatnya, naik ke atasnya
Sampai ke tempat tersebut
)(طلع البدر
Muncul bulan purnama
Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa ciri al-Ishtirak pada bahasa Arab
memiliki keistimewaannya yang tersendiri apabila sesuatu binaan perkataan dapat
diungkapkan dengan pelbagai makna yang berbeza.
iii.
Al-Ttidad ((التضاض
Al-Ttidad ialah perkataan yang mengandungi dua makna berlawanan pada lafaz yang
sama. Perbezaan di antara dua makna ini dapat dikenalpasti melalui konteks ayat,
contohnya:
Jadual 3: Contoh perkatan Bahasa Arab yang mengandungi makna berlawanan
Perkataan
Al-jaun
Makna
)(اَْ ْون
ْ
Al-sorikh
)صارِخ
َ (ال
)ص ِرم
َ (ال
)(ج َدا
َ
Hitam , putih
Yang meminta
pertolongan
pertolongan,
Al-sorim
Secebis siang atau malam
Jada
Meminta, memberi
Al-sadafah
)(ال َس َدفَة
)(اَْلَل
ْ
Al-qani’ )(الْ َقانِع
Al-zon )(الظَ ّن
Al-jalal
yang memberi
Malam dan kegelapannya, waktu subuh di antara
terbit fajar sehingga terang
Yang besar dan mulia, yang kecil dan hina
Yang berpuas hati, peminta yang merendah diri
Syak dan ragu-ragu, yakin
6
Qasata
)ط
َ (قَ َس
)(الَزْوج
Al-mufrah )(الْ ُم ْفرح
َ
Al-zauj
Berlaku adil, berbuat jahat
Suami, isteri
Gembira, sedih (kerana dibebani hutang)
3. Mempunyai kaedah al-Qiyas )(القياس
Al-Qiyas dari sudut bahasa bermaksud menyamakan, membandingkan atau mengukur.
Sepertimana kaedah qiyas yang digunapakai dalam ilmu usul al-fiqh, qiyas juga
digunakan dalam ilmu usul al-nahw dalam menetapkan satu kaedah bagi perkataanperkataan baru yang bukan berasal daripada bahasa Arab. Dalam arus pemodenan
yang pesat seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi baru, pelbagai istilahistilah baru yang diungkapkan oleh para ilmuan telah lahir. Dalam hal ini, kaedah
qiyas memainkan peranannya agar dapat mengekalkan identiti bahasa Arab dalam
meneruskan kelangsungannya sebagai bahasa peradaban Islam pada era globalisasi.
Sebagai contoh, perkataan-perkataan yang tergolong dalam kategori peralatan atau
pertukangan yang dinamakan sebagai ism al-alah terbina di atas beberapa timbangan
(wazan) antaranya adalah mif’āl ( )م ْعseperti miftāh ( )م ْتbererti kunci dan mif’al
( )م ْعseperti minjal ( ْ )مbererti sabit, diqiyaskan kepada perkataan baru seperti
mihrār ( )محْ اiaitu termometer dan mijhar ( ْ )مiaitu mikroskop. Kedua-dua
perkataan ini terbina di atas wazn ( )م ْعdan ( )م ْع. Perkataan mihrār berasal daripada
harra ( )حyang bererti panas atau suhu, manakala perkataan mijhar berasal daripada
jahar ( )جyang bererti terang atau jelas.
Contoh tersebut menunjukkan bahawa bahasa Arab mampu merentasi cabaran
pemodenan dengan wujudnya istilah-istilah baru dan pada masa yang sama masih
mengekalkan ciri-ciri bahasa Arab itu sendiri.
4. Mempunyai kaedah al-Ishtiqaq ()ااشتقاق
Al-Ishtiqaq ditakrifkan sebagai proses derivasi iaitu menghasilkan perkataan daripada
perkataan yang lain. Kebanyakan perkataan dalam bahasa Arab adalah mushtaqah iaitu boleh
diderivasikan. Begitupun, kurang daripada 10% kosa kata Arab yang tidak boleh diderivasikan
dan ia terdiri daripada kata kerja tetap ( )اأفع ا مد, kata sendi (ف
)ا, kata ganti diri
( )ا ض ئdan yang seumpamanya. Manakala baki kosa kata yang terdiri daripada kata kerja
( اأم
)ا ع ا ضي ا ض, kata nama pelaku ( )اسم( )ا ع, kata nama objek yang dilakukan ke
atasnya ( )اسم ا ع, kata nama sifat ( )ا ش ا ص, kata nama yang merujuk kepada waktu,
tempat dan alat ( اسم اآ،
اسم ا، )اسم ا مdan sebagainya merupakan pecahan kata yang
terhasil daripada kata akar (al-Barazi, 1989)
Bahasa Arab merupakan bahasa yang amat kaya kosa kata kerana terdiri
daripada pecahan kata. Menurut al-Jundi (t.t.), bahasa Arab mengandungi ratusan ribu
perkataan yang kebanyakannya terhasil melalui ishtiqaq, sama ada dengan makna
yang sama atau berlainan. Antara pecahan kata itu ialah kosa kata yang terdiri di atas
wazan ( )ا ت ع, ( )ا ت ع, ( )اا ع, ( )اافتع, ( )ااست عdan ( )ا عyang tidak dapat diberi
makna dalam bahasa asing melainkan dengan satu perkataan atau lebih.
7
Perkataan ( )كت, contohnya, bermaksud (dia telah menulis) boleh menghasilkan
beberapa perkataan lain seperti ( )ك تiaitu penulis, ( )كتiaitu buku, ( )م تiaitu
perpustakaan, ( )م تiaitu meja. Pembinaan kosa kata baru daripada satu kata akar
dilakukan tanpa membuang huruf-huruf asal pada perkataan dasarnya. Hal ini berbeza
daripada kaedah bahasa Inggeris yang memperlihatkan perbezaan yang jelas dalam
pembinaan kata contohnya wrote ( )كت, book ( )كتdan library ( )م ت.
5. Mempunyai kaedah al-Ta’rib ()التعريب
At-Ta’rib merupakan proses mengarabisasikan perkataan asing mengikut kaedah
bahasa Arab dan menjadikannya perkataan Arab. Contohnya perkataan yang berasal
daripada bahasa Parsi iaitu (paradis) telah diarabisasikan menjadi ) (الفردوس, manakala
(binafsyah) menjadi )( (ب فسجal-Barazi, 1989).
6. Mempunyai kaedah al-Naht )(ال حت
Al-Naht adalah perkataan yang dibina hasil gabungan daripada dua perkataan atau
lebih, contohnya (al-Barazi, 1989):
كهرومائيةdiambil daripada ماء+ كهرباء
بسملpula diambil daripada lafaz بسم اه الرمن الرحيم
مدلpula diambil daripada lafaz احمد ه رب العامن
7. Mempunyai kaedah al-Ijaz )(اإجاز
Antara keistimewaan bahasa Arab juga adalah keupayaannya dalam menyampaikan
mesej dengan cara yang ringkas, padat dan tepat. Hal ini kerana dalam bahasa Arab
terdapat gaya bahasa yang disebut sebagai kinayah ( )ك ي, majaz ( )مdan isti’arah
( )استع. Contoh kaedah al-Ijaz dalam ungkapan bahasa Arab ialah kaedah pelenyapan
( )ا ح ف ا ت ديyang terdapat dalam ayat berikut ( يد في ا يتZaid di rumah) yang
berasal daripada, ( يد ك ئ في ا يتZaid berada di rumah) (Maktabi, 1991).
KESIMPULAN
Bahasa Arab bukan sahaja merupakan bahasa yang menyatukan akidah umat Islam
seluruh dunia, malah merupakan bahasa yang menyatukan pemikiran, kebudayaan,
politik dan perniagaan. Kedatangan Islam bersama al-Quran menambahkan lagi
kepentingan dan kelebihan bahasa ini sehingga menjadikannya sebagai satu daripada
bahasa utama dunia yang kaya dengan perbendaharaan kata, melimpah dengan prinsipprinsip dan nilai-nilainya. Ciri-ciri keistimewaan yang terdapat pada bahasa Arab telah
mengangkat martabatnya sebagai bahasa yang unggul dan menjadi bahasa medium
peradaban Islam. Ciri-ciri keistimewaan bahasa Arab itu juga menyebabkan bahasa ini
8
terus kekal digunakan walaupun sering terdedah kepada pelbagai ancaman seiring
peredaran zaman dan arus globalisasi. Justeru, para penutur bahasa Arab secara amnya
dan umat Islam khususnya bertanggungjawab untuk memastikan kelangsungan dan
kelestarian bahasa yang menjadi medium penting peradaban Islam agar bebas daripada
pencemaran dan selamat daripada usaha untuk menjatuhkan bahasa Arab dan Islam.
BIBLOGRAFI
Al-Quran al-Karim
Ibn Khaldun, Abdul Rahman ibn Muhammad. ( t.t.) Muqaddimah Ibn Khaldun. Beirut: Dar
al-Jil.
al-Barazi, Majd Muhammad al-Bakir. (1409H/1989M). Mushkilat al-Lughat al-Arabiyyah alMu’asirah. Jordan: Maktabah al-Risalah al-Hadithah.
al-Jundi, Anwar. (t.t.). al-Mawsu’ah al-Islamiyyah al-Arabiyyah 10 (al-Fusha Lughah alQuran). Darul Kitab al-Lubnani-Darul Kitab al-Misri.
al-Mu’jam al-Wasit. (1972). Kaherah: Majma’ Lughah al-Arabiyyah.
Ali Abdul Wahid Wafi. (2004). Ilmu al-Lughah. Kaherah: Dar al-Nahdah Misr.
Azhar Muhammad. (2005). Beberapa Aspek Keunikan dan Keistimewaan Bahasa Arab
sebagai Bahasa Al-Quran. Jurnal Teknologi, 42(E) Jun, Universiti Teknologi Malaysia,
61-76.
Ibn Manzur. (2000). Lisan al-Arab. Beirut: Dar Sodir.
Hanafi Dollah. (2006). Kamus Konstektual Lengkap al-Khalil. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmiah
al-Khalil.
Maktabi, Nazir Muhammad. (1991). Al-Fusha fi Muwajahat al-Tahaddiyat. Dar al-Basha’ir
al-Islamiyyah.
Abd. Tawwab, Ramadhan. (1999). Fusul fi Fiqh al-Lughah al-Arabiyyah. Kaherah: Maktabah
al-Khanaji.
Umairan, Salim. (2012). Al-Lughah al-Arabiyyah wa Muwakibat al-Tatawwur wa alHadharah. [On-line]. Sumber: http://www.alwaei.com/site/index.php?cID=1191.
[Capaian pada 11/09/2014].
Swedish Nationalencyklopedin. 2007. List of Languages by Number of Native Speakers. [Online]. http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_languages_by_number_of_native_speakers.
[Capaian pada 26/09/2014].
9