Penstrukturan Masyarakat dan Identiti In

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/317592807

Penstrukturan Masyarakat dan Identiti Interaksi Sosiobudaya Orang Laut
(Kuala) Negeri Johor
Conference Paper · May 2017

READS

CITATIONS

0

383

14 authors, including:
Maryam Syafiqha Mohd Sayuti

Jamilah binti Omar

1 PUBLICATION   0 CITATIONS   


3 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

University of Malaya
SEE PROFILE

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Maryam Syafiqha Mohd Sayuti on 15 June 2017.
The user has requested enhancement of the downloaded file.

Penstrukturan Masyarakat dan Identiti Interaksi Sosiobudaya
Orang Laut (Kuala) Negeri Johor
Maryam Syafiqha Mohd. Sayuti1,
Awang Azman Awang Pawi (Prof Madya)2,
Jamilah binti Omar3
Jabatan Sosio Budaya Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya1, 2
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif Universiti Pendidikan
Sultan Idris3

maryamsayuti@gmail.com1
awangazman@gmail.com2
jamilah@fskik.upsi.edu.my3

Abstrak
Proses ketamadunan sama ada disedari atau sebaliknya
berlangsung secara berterusan tanpa berhenti, bagaimanapun,
oleh kerana ia adalah proses yang mendesak kita untuk membuat
pemilihan sewajarnya dilakukan secara rasional dan sesuai
dengan memilih nilai-nilai yang serasi dengan agama, budaya
dan etika kita pada hari ini. Kajian ini akan melihat bagaimana
proses ini berlaku dalam masyarakat Orang Laut (Kuala) Negeri
Johor. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji
penstrukturan masyarakat dan identiti interaksi sosiobudaya
etnik orang asli di Rengit, Minyak Beku dan Kota Masai Johor.
Secara khususnya, kajian akan melibatkan aspek-aspek
kehidupan sosiobudaya Orang Kuala Rengit, Minyak Beku dan
Kota Masai Johor, bahasa dan dialek, kegiatan ekonomi, adat,
agama dan amalan-amalan yang masih diamalkan oleh generasi
hari ini, perkara-perkara yang telah diubahsuai mengikut faktorfaktor di sekeliling kaum ini. Penganalisisan proses penyesuaian

Orang Kuala Rengit, Minyak Beku dan Kota Masai Johor
dilakukan dengan menjurus kepada proses interaksi dalam
kelompok kumpulan tersebut, interaksi dengan masyarakat
tempatan dan pola adaptasi yang berlaku dan turut dikaji
bagaimana kesinambungan dan pengekalan budaya etnik Orang
Kuala Rengit, Minyak Beku dan Kota Masai Johor dalam sistem
sosial secara menyeluruh dan kesannya terhadap pembangunan
struktur masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif dengan dibantu oleh bahan-bahan kajian lain yang
diperoleh seperti kerja lapangan (field work), pemerhatian
(observation), kajian ikut serta dan diperkukuhkan lagi dengan
kajian kepustakaan seperti dokumen-dokumen berkaitan dengan

Orang Kuala di Johor dan juga bahan-bahan lain seperti
penulisan ilmiah yang terdahulu. Pembentangan kertas ini akan
meliputi proses penstrukturan awal kajian dengan menjelaskan
konsep awal yang dibentuk dan kajian perpustakaan yang
dilakukan oleh penyelidik.
Kata Kunci : Orang Kuala, perstrukturan, identiti sosiobudaya


Abstracts

The process of civilisation either subconsciously or otherwise
take place continuously without stopping, however, because it is
the process of pressing us to make the appropriate selection in the
rationale and appropriate by selecting values that are compatible
with religion, culture and ethics these days. This study will look
at how this process occurs in the Orang Laut (Kuala) Johor.
Therefore, this study was carried out to study the restructuring of
the community and the identiti of the ethnic-cultural interaction
Orang Asli in Rengit, Minyak Beku and Kota Masai Johor. In
particular, the study will involve aspects of the socio-cultural life
of the Orang Kuala Rengit, Minyak Beku and Kota Masai Johor,
languages and dialects, economic activities, customs, religions
and practices are still practiced by today's generation, things that
have been modified in accordance with the factors around them.
Analysing the process of adaptation of Orang Kuala Rengit,
Minyak Beku and Kota Masai Johor is done by very closely
related to the process of interaction in a cluster group, the
interaction with the local community and pattern adaptation

happens and also researched how sustainability and the
preservation of ethnic cultures Orang Kuala Rengit, Minyak
Beku and Kota Masai Johor in the social system as a whole and
their impact on the development of the structure of society. This
study uses qualitative methods is assisted by other study
materials available such as fieldwork (field work), observation
(observation), study of the opt and reinforced with research
collection such as documents relating to Orang Kuala in Johor as
well as other materials such as writing before. The presentation
of this paper will cover the initial restructuring process with the

study explains the concept of initial research library is designed
and carried out by researchers.

Key words: Orang Kuala, termination, socio-cultural identiti

Pengenalan
Masalah penstrukturan masyarakat telah mula diperlihat sejak
dahulu lagi. Malah, dalam masyarakat Melayu sendiri
mengalami permasalahan ini. Oleh yang demikian, faktor kepada

berlakunya penstrukturan masyarakat adalah diatas beberapa
sebab dan sebab utama kepada permasalahan ini adalah untuk
membasmi kemiskinan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat
itu. (Just Faaland, Jack Parkinson & Rais Saniman, 2002).
Menurut
Giddens
(2011),
kemunduran
dan
keterbelakangan cara hidup sesebuah masyarakat itu berpunca
daripada aspek dalaman masyaralat tersebut. Oleh yang
demikian, punca sebenar daripada faktor luaran masyarakat
tersebut bukannya bertitik kepada sistem cara hidup tradisional
berkenaan yang menghalang mereka untuk mencapai
pembangunan kehidupan yang mampan. Oleh yang demikian,
dapat dikatakan kemunduran ini berlaku daripa perkembangan
jaringan ekonomi antarabangsa selepas berlakunya penjajahan
yang berlaku pada sesebuah masyarakat.
Manakala konsep identiti telah diperlihat oleh beberapa
sarjana. Identiti merupakan satu karekteristik atau sifat-sifat

tersendiri atau unik yang membentu karakter, keperibadian atau
watak bagi setiap individu dan juga bagi sebuah kelompok
(Giddens, 2008). Tambahannya lagi, identiti adalah satu
himpunan makna dan pengalaman yang mengandungi penjelasan

tentang siapa seseorang individu itu atau sesuatu kelompok out
pada pandangan diri (self) dan pada pandangan orang luar atau
lain (other) (Giddens, 2008; Castell, 2004). Oleh itu, mkana dan
pengalaman tersebut akan terbina di dalam aspek-aspek identiti
seperti nama, bahasa, agama, budaya dan sebagainya. Ia
berfungsi secara berbeza di antara diri (self) dan orang lain
(their), sekaligus memberi makna kepada kewujudan diri (self)
dan orang lain (other) seperti yang dibahaskan oleh Caster (2004)
:
We know of no people without names, no languages or cultures
in which some manner of distinction between self and other, we
and they, are not made…self-knowledge – always a construction
no matter how much it feels like a discovery – is never separable
from claims to be known in specific ways by others.


Asal dan Konsep Orang Asli
Seperti semua kelompok bangsa, masyarakat Orang Asli
dibahagi kepada tiga (3) buah rumpun bangsa yang terbentuk
daripada 19 buah suku kaum. Masyarakat ini mempunyai identiti
budaya yang sangat unik, kaya dengan pelbagai aspek dalam
membincangkan setiap suku kaum masing-masing. Mereka
merupakan masyarakat yang teguh dengan adat dan nilai yang
diwarisi daripada generasi dahulu. (Juli Edo, 2000)
Orang Seletar, Duano dan Kanaq adalah 3 sub-suku
Orang Laut yang boleh ditemui di Malaysia (lebih banyak lagi
sub-suku Orang Laut atau Orang Selat boleh ditemukan di
Kepulauan Riau, Indonesia). Ketiga-tiga sub-suku ini telah
digabungkan bersama suku Jakun dan Temuan sebagai orang
Melayu Proto, salah satu dari tiga kelompok Orang Asli (Orang
Asal Semenanjung- Selain dari Melayu) yang diakui pemerintah
Malaysia. Sepertimana Orang Laut, Jakun dan Temuan juga
adalah sub-etnik Melayu Tua, tapi tinggal di darat. Mereka
dikenali sebagai Orang Darat.
Orang Seletar boleh ditemui di sekitar pesisir pantai daerah
Johor Bahru. Nama Seletar diambil dari satu tempat bernama

Seletar di Singapura. Asalnya mereka menghuni Selat Tebrau
dan Selat Singapura sebelum perlahan-lahan berpindah
(dipindahkan) ke Johor. Perpindahan ini sampai kemuncaknya
pada tahun-tahun awal perpisahan Singapura dari Malaysia. Pada
hari ini, Orang Seletar di Singapura telah diisytiharkan pupus
sama sekali sama ada sebab kematian maupun terasimilasi
dengan etnik Melayu. Di Malaysia, orang Seletar masih lagi
meneruskan hidup cara tradisional mereka walaupun sudah
menetap kekal di pinggir pantai. Orang Seletar lambat menerima
Islam hingga ada dikalangan mereka yang menganut Kristian dan
Budha. Bahasa Seletar, sama seperti musibah yang mendepani

penempatan mereka, telah sedikit-demi-sedikit hilang.
Tenggelam dalam kelompok bahasa lain yang lebih dominan di
sekeliling. Biarpun aslinya hanya 20% kosa kata bahasa Seletar
sama dengan bahasa Melayu, anak-anak seletar kini lebih selesa
berbahasa Melayu.
Orang Duano pula berasal dari Pulau Bengkalis (Sumatera)
sebelum menyebar ke banyak pulau lain di sekitar Selat Melaka,
pesisir pantai barat negeri Johor dan pesisir pantai tumur selatan

Sumatera. Di Johor, Orang Duano mendiami kuala-kuala sungai
di Batu Pahat dan Pontian, bagaimanapun sebahagian dari
mereka telah dipindahkan ke petempatan kekal di Kota Tinggi.
Bahasa orang Duano beza dengan bahasa Melayu, bagaimanapun
boleh dipastikan bahasa ini bakal pupus tidak lama lagi kerana
genarasi muda lebih gemar bertutur dalam bahasa Melayu seperti
yang diajarkan di sekolah-sekolah. Saya pernah lihat sendiri
kehidupan orang Duano di Kampung Bumiputra Dalam di
Rengit, Batu Pahat dan nampak jelas keasimilasian mereka
dengan orang Melayu. Dari info yang saya dapat, generasi muda
bukan sekadar tidak faham bahasa Duano, malah mereka juga
malu dilabelkan 'Orang Asli'. Bagi maksud membezakan mereka
dengan etnik Melayu, mereka lebih selesa menggelar diri mereka
Orang Melayu Kuala. Di Malaysia, Orang Duano beragama
Islam.
Manakala Orang Kanaq merupakan sub-suku Orang Laut yang
terkecil dari seluruh Orang Laut yang ada di Malaysia dan
Indonesia. Bilangan mereka yang dapat di kesan hingga ke hari
ini hanya tinggal 87 orang, semuanya menetap di Kampung
Sungai Selangi, Kota Tinggi, Johor. Dapatan kajian luar juga

menyimpulkan, tidak ditemui walau satupun suku Kanaq di
Kepulauan Riau meskipun di tempat asal mereka sendiri di Pulau
Sekanak, sebuah pulau kecil di utara Batam. Mengikut catatan
sejarah (The Sosioeconomic History of The Orang Kanaq of
Johor, Mahani Musa, 2011), Orang Kanaq dibawa pindah ke
tanah besar Semenanjung pada zaman Kesultanan Johor bagi
tujuan membekalkan hasil hutan. Bagaimanapun, mereka gagal
berbuat begitu kerana tidak betah hidup di darat hingga akhirnya
terabai dan tidak mampu membangunan ekonomi sendiri. Atas
kebajikan kerajaan negeri Johor, mereka dikurniakan tanah 10
hektar tiap keluarga untuk diusahakan selain satu perkampungan
khusus untuk mereka di Kota Tinggi (Kampung Sungai Selangi,
sekarang ini). Bagaimanapun, naluri kelautan dalam diri mereka
kekal gagal dikikis, tanah yang dikurnia gagal diusahakan malah
mereka menyewakan tanah itu kepada pengusaha Cina. Hidup
dalam perkampungan khusus juga telah menyempitkan Orang
Kanaq dari terdedah kepada masyarakat dari luar lingkungan
mereka. Orang Kanaq sejak zaman Kesultanan Johor lagi telah
menganut Islam. Bagaimanapun kepercayaan tradisional suku
mereka masih kekal bertahan hingga ke hari ini. Hal ini juga

berkaitan dengan keterbatasan pergaulan suku ini dengan
masyarakat luar. Anak-anak orang Kanaq masih enggan ke
sekolah, walaupun diberi bermacam bantuan. Menurut seorang
pengkaji, label 'Orang Asli' semakin memencilkan mereka dari
terus bersaing dengan dunia luar. Namun ada satu hal yang baik,
bahasa orang Kanaq tetap terlestarikan hingga ke hari ini. Kekal
bertahan dan dituturkan segenap generasi biarpun perlahan-lahan
kosakatanya tergantikan kosa kata bahasa Melayu melalui media
massa.
Orang Asli merupakan salah sebuah suku kaum Orang
Asli yang dikelompokkan di dalam suku Melayu Asli. Menurut
Juli Edo (2000), pengelompokan tersebut dilakukan oleh pihak
British ketika mentadbir Tanah Melayu sebagai salah satu usaha
untuk mengatasi masalah kemiskinan agar dapat membangunkan
orang asli. Walau bagaimanapun, istilah Orang asli sering
digunakan dan digunakan secara meluas oleh Jabatan Kemajuan
Orang Asli (JAKOA), iaitu sebuah agensi yang
bertanggungjawab ke atas hal ehwal Orang Asli di Semenanjung
Malaysia. Menurut En Osman Bungsu (2017), panggilan kepada
orang asli berubah mengikut tempat, di Johor orang asli lebih
dikenali sebagai orang laut, orang kuala berdasarkan kepada
kedudukan tempat tinggal mereka di persisir laut dan pantai
negeri Johor. Dikatakan juga kedatangan kaum ini dikatakan
asalnya dari Riau juga berasal dari daerah persisir pantai, ini
berbeza dengan masyarakat Orang Asli di negeri lain seperti di
Pahang, Kelantan, orang asli lebih banyak mendiami bahagian
pendalaman daerah-daerah di negeri tersebut.
Orang Kuala merupakan satu gelaran yang diberikan
kepada mereka di Johor. Pada asalnya, golongan ini dikenali
sebagai Orang Laut iaitu satu kelompok daripada ‘suku asli’ yang
ada di Riau. Orang Kuala atau dalam golongan suku asli mereka
dikenali sebagai suku Duano merupakan salah satu daripada 18
suku orang Asli di Malaysia. Mereka tergolong dalam kumpulan
Melayu Proto, iaitu salah satu kumpulan utama dalam kaum
Orang Asli. Dalam pensejarahan Melayu juga turut menyatakan
masyarakat Melayu Proto ini tinggal di wilayah selatan
semenanjung Malaysia dan tidak dapat kiat ketepikan ini
menjelaskan kelompok ini berada di kawasan Johor.
Menyelusuri sejarah kedatangan suku kaum Duano di
Rengit, Minyak Beku dan Kota Masai ini tidak mudah kerana
tidak banyak dokumen bertulis yang menjelaskan tentang
kemasukan suku ini di Tanah Melayu sebaliknya di Malaysia.
Menurut (Nazarudin Zain, 2015), hasil temu bual dengan
generasi lama telah, munculnya pelbagai pendapat berkaitan
dengan sejarah suku Duano di Benut dan sejarah asal usul
kelompok ini. Ada juga yang berpendapat bahawa penempatan
suku Duano di Benut telah wujud sejak tahun 1928 dan
penempatan awal mereka terletak di kuala Sungai Benut. Gelaran

yang diberikan kepada mereka iaitu Orang Kuala adalah
disebabkan faktor lokasi penempatan mereka yang berada di
kuala sungai atau persisiran pantai.
Mereka banyak ditempatkan di kawasan negeri Johor
seperti Pontian, Rengit, Minyak Beku. Ini kerana lokasi
petempatan mereka adalah di sungai dan persisiran pantai
berhampiran dengan sungai. Pada satu masa dahulu, taburan
kelompok ini adalah merata tempat di pantai-pantai kedua-dua
belah Selat Melaka, termasuk Kepulauan Melayu.
Dalam konteks negara kita, walaupun mereka digelar
sebagai Orang Laut tetapi kerajaan Malaysia mengkategorikan
mereka sebagai Orang Asli. Ini termaktub di dalam Akta 134
iaitu memberi keistimewaan kepada suku masyarakat Orang Asli
bertujuan dari aspek pentadbiran dan memudahkan ururan
pembangunan masyarakat ini.
Orang Asli suku kaum Orang Kuala tidak suka mereka
dipanggil sebagai Orang Kuala. Pada pandangan mereka,
lazimnya istilah itu digunakan oleh masyarakat luar untuk
mengejek mereka. Justeru, mereka lebih selesa dipanggil sebagai
Orang Laut, atau Orang Asli ataupun Melayu Asli dan ada juga
gemar dikenali sebagai Orang Duanu. Namun sebetulnya,
Orang Asli suku kaum Orang Kuala merupakan sub kaum kepada
Melayu Proto / Asli. Mereka dikenali sebagai Orang Kuala
disebabkan penempatan awal mereka sebelum ini berada di
kawasan kuala-kuala sungai yang hidup sebagai nelayan. Orang
Asli suku kaum Orang Kuala juga kerap menggelari diri mereka
sebagai Orang Laut, manakala Orang Asli yang berada di darat
sebagai Orang Asli darat atau Orang Sakai.
Orang Kuala sememangnya dikenali sebagai Orang
Laut. Namun, dalam kumpulan besar Orang Asli, selain Orang
Kuala, Orang Laut turut merujuk kepada Orang Seletar dan Mah
Meri (atau nama lainnya Ma’ Betisek atau Besese). Kesemua
Orang Kuala adalah beragama Islam, apa yang menariknya,
berbeza dari Orang Asli lain, Orang Kuala bukanlah baru
memeluk Islam, sebaliknya mereka beragama Islam sejak nenek
moyang mereka lagi. Malah ada sesetengah dari mereka
menganggap diri mereka sebagai Bangsa Melayu dengan alasan
bahawa mereka bukannya mualaf, tetapi Muslim asal
sebagaimana bangsa Melayu. Dikaitkan juga oleh beberapa
golongan tua bahawa mereka mempunyai ikatan dengan kaum
Asli yang terdapat di Riau Indonesia. Namun, jika berasaskan
pandangan Chou (2003) dan Andaya (2008). Suku kaum Asli di
Riau itu tidak dikhususkan pula sebagai Orang Kuala, tetapi
digelar sebagai Orang Laut atau Suku Sampan.
Orang Asli Dalam Sejarah Peradaban Bangsa Melayu

Peranan golongan suku kaum Melayu yang kecil seperti Bajau
dan Orang Laut sebenarnya besar dalam sejarah. Hasil penulisan
Mohd. Affendy Abdul Hamid dalam Berita Harian bertarikh 13
Okrober 2010 beliau menjelaskan, selepas meneliti kisah Orang
Bajau, suku kaum perantau dan pedagang laut di antara perairan
Filipina, Malaysia dan Indonesia. Orang Laut memang disebut
dalam Sejarah Melayu. Suku kaum ini berbakti kepada sultan
atau raja Melayu dengan melindungi jalan laut.
Pada 1819, menurut catatan British, Singapura
digambarkan sebagai sebuah kampung nelayan. Ertinya,
Singapura sebelum 1819 tidak begitu penting. Padahal ini bukan
hakikatnya.
Kajian arkeologi (penggalian) oleh sejarawan Universiti
Nasional Singapura, Dr John Miksic, telah mendedahkan
peranan Singapura yang penting sepanjang abad ke-14. Ini
bermakna, dasar kewujudan Singapura sebagai pelabuhan
perdagangan telah lama ada sejak zaman bahari. Bahkan,
Thomas Stamford Raffles menyedari hal ini ketika berkunjung
ke Singapura pada 1819 untuk membangunkannya semula
sebagai pelabuhan entrepot. Dr Leonard Andaya, dalam buku
yang berjudul Leaves of the Same Tree: Trade and Ethnicity in
the Straits of Melaka (University of Hawaii Press, 2008). Dalam
bab ke 6, Dr Andaya menyelongkar peranan Orang Laut yang
amat penting dalam pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu
(diejanya Malayu dan bukan Malays).Orang Laut dianggap
penting sehingga diberi darjat kehormatan oleh raja-raja Melayu.
Mereka mengawal jalan laut dan sekaligus memastikan
keamanan yang penting bagi perdagangan antarabangsa. Orang
Laut dijelaskan sebagai sangat arif laut – dari segi musim,
ombak, makanan laut seperti ikan sehinggalah mutiara yang
diperlukan untuk pasaran China. Namun, sumbangan terbesar
mereka yang diakui raja Melayu ialah memelihara laluan laut
termasuk ‘memujuk’ kapal dagang agar singgah di pelabuhan.
Namun demikian, bakti Orang Laut berkurangan selepas
perubahan besar dalam perkembangan ekonomi Melayu daripada
bergantung pada laut kepada pertanian dan perlombongan mulai
akhir abad ke-19 Masihi. Hakikatnya, kurang kajian mengenai
Orang Laut dari segi sejarah, kebudayaan dan pemikiran mereka.
Kehadiran mereka mengawali kerajaan pesisir di Selat Melaka
termasuk Kesultanan Melaka. Memandangkan cara hidup
mereka yang ‘menyendiri’ dan hanya sekali-sekala menemui
masyarakat terbanyak, kita perlu mengupas tanggapan mereka
mengenai, misalnya membangunan bahasa Melayu dan budaya
di Malaysia dan Singapura; kesan keseluruhan struktur
masyarakat Orang Laut sejak perpisahan Singapura dari
Malaysia; peranan orang Cina dalam sejarah Asia Tenggara –
bagaimanakah Orang Laut menanggapi masyarakat Cina?;
bagaimanakah Orang Laut menyesuaikan diri dengan
transformasi Asia Tenggara yang sedang berlaku kini dan apakah

perspektif Orang Laut tentang proses-proses ini? Dalam makalah
dari The Straits Times, 25 Disember 1949, mengenai Orang Laut
Singapura di selatan Johor, dinyatakan Ketua Orang Laut
bergelar ‘batin’ atau ‘tok batin’. Ketika itu, terdapat dua suku
Orang Laut di Singapura, iaitu Orang Kalang dan Orang Selat.
Orang Kalang datang dari Riau dan menetap di Pulau Kalang,
tetapi mereka harus berpindah ketika lapangan terbang dibina
pada masa itu. Banyak Orang Kalang menetap di Pasir Panjang.
Dan kumpulan Orang Kalang dibahagi dua, iaitu Orang Kopek
dan Orang Senggera.
Orang Selat dikatakan menjadi pengikut Temenggong
Abdul Rahman dan tinggal di perahu-perahu mereka di muara
sungai Singapura. Mereka mengakui diri mereka sebagai suku
yang memandu bot Raffles mendarat di tebing Sungai Singapura.
Gambaran tentang kegiatan ekonomi Orang Kalang memang
menarik. Mereka menjual daun nipah muda untuk membuat
kertas rokok. Mereka mengumpulkan nipah tersebut di
Kepulauan Riau dengan berperahu layar kecil yang disebut
‘perahu pucuk’.
M. Effendy A. Hamid seterusnya menyatakan, walaupun
Orang Laut dikatakan tidak terpelajar atau dikatakan menjauhi
kemajuan, hal ini sama sekali tidak benar. Ada yang dapat
menyesuaikan diri dengan perubahan, gigih dan sangat
memelihara maruah dan berbangga dengan asal mereka sebagai
‘Orang Asli Singapura’ seperti mantan menteri kabinet, Haji
Othman Wok. Panggilan Orang Asli juga kurang sesuai dengan
struktur masyarakat mereka. Ini menyebabkan mereka tidak
senang hati dikategorikan sebagai Orang Asli. Menurut mereka,
terdapat beberapa faktor mereka enggan dikategorikan sebagai
Orang Asli. Pertama, mereka beragama Islam sebaliknya Orang
Asli tidak Orang Asli turut dikenali sebagai Orang Asli Darat dan
kebanyakan daripada mereka mengamalkan agama Kristian.
Malah, mereka menuntut sebagai Orang Islam di mana
sepatutnya sebangsa dengan orang Melayu tempatan. Kedua,
sehubungan dengan faktor agama Islam mereka semestinya
dilarang untuk memakan babi dan membela anjing sebaliknya
berlaku pada masyarakat Orang Asli mereka boleh makan babi
dan dibenarkan untuk membela anjing.
Wajar kita mengkaji hal ini sebelum kisah Orang Laut
tidak lagi diketahui dan suku kaum ini pupus dek masa.
Metodologi kajian
Kajian ini dilaksana dengan menggunakan pendekatan kualitatif
dan dilaksanakan di beberapa kampung Orang Asli suku kaum
Orang Kuala atau Duano di Batu Pahat, Johor dan dikhususkan

kepada tiga lokasi utama iaitu Rengit, Minyak Beku dan Kota
Masai di Johor. Pemilihan lokasi ini kerana keunikan yang
diperlihat berbeza dan unik dengan masyarakat Orang Asli lain.
Antara keunikan yang diperlihat adalah struktur keluarga dan
konsep sosiobudaya mereka dalam mengubah ekonomi,
pendidikan dan kehidupan mereka melalui penyertaan dalam
kegiatan ekonomi masyarakat Johor. Orang Kuala Rengit dan
Minyak Beku telah menyertai aktiviti perniagaan pengimportan
barangan terpakai manakala Orang Kuala di Kota Masai
lazimnya mereka menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan laut
iaitu menjual hasil laut di sebelah pagi dan petang kepada
masyarakat tempatan. Secara tidak langsung, mereka telah
membuka banyak peluang pekerjaan kepada ahli keluarga
mereka bahkan juga kepada masyarakat tempatan.
Teknik pengumpulan data kajian ini adalah dengan
kaedah temubual yang mendalam dengan menggunakan teknik
temubual tidak berstruktur. Ini adalah untuk memudahkan
penyelidik untuk mengenali kelompok masyarakat ini dan
menggalakkan kemesraan bersama mereka bagi memudahkan
mereka untuk berkongsi maklumat. Temubual ini telah
dilaksanakan ke atas Tok Batin Orang Kuala di setiap tempat,
beberapa ahli keluarga, persatuan penduduk dan beberapa
peniaga yang terlibat dalam kegiatan ekonomi mereka.

Perbincangan

Gambar 1: Petempatan Orang Laut/Kuala di sekitar negeri
Johor
Perkembangan Aspek Kehidupan Sosiobudaya
Perbincangan dilakukan dengan berfokus kepada 3 buah
kampung yang dikaji. Peta ini memperlihatkan lokasi taburan
Orang Kuala sangat berkait rapat dengan laut dan secara tidak
langsung kehidupan mereka tidak dapat dipisahkan dengan laut

dan hasil laut. Pada masa lalu, masyarakat Orang Laut tinggal di
dalam sejenis rumah perahu yang dipanggil ‘sampan panjang’.
Walau bagaimanapun, mereka sering berpindah dari satu tempat
ke satu tempat yang lain bagi melestarikan kehidupan mereka
yang bersifat kendiri. Pada awal pensejarahan Orang Kuala
mereka ditempatkan di merata tempat dalam bentuk pola
penempatan yang kecil berdasarkan suku atau kumpulan ahli
keluarga mereka. Walau bagaimanapun, setelah Malaysia
mencapai kemerdekaan mereka telah mula ditempatkan di
kawasan perkampungan yang teratur dan tersusun yang
disedikan oleh pihak kerajaan dibawah tanggungjawab dan
dikendalikan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (Pelras,
2002).
Penganalisaan struktur masyarakat dan Identiti Interaksi
Sosiobudaya masyarakat ini boleh dilihat menerusi tiga aspek
utama iaitu perkembangan bahasa dan dialek, kegiatan ekonomi,
adat, agama dan amalan, perubahan kedudukan petempatan dan
pola interaksi. Secara keseluruhan, perkembangan dan
pembangunan sesebuah kawasan memberi pengaruh kepada
perubahan struktur masyarakat dan seterusnya memberi kesan
kepada pengekalan identiti sosiobudaya masyarakat. Jika dilihat
menerusi garis masa, perubahan aspek sosiobudaya mereka tekah
banyak berbeza dibandingkan dengan struktur asal masyarakat
ini
Perkembangan Bahasa dan Dialek
Secara amnya, bahasa adalah sistem lambang bunyi yang
digunakan oleh anggota suatu masyarakat untuk bekerjasama,
berinteraksi, dan mengidentifikasikan diri. Adapun fungsi bahasa
dapat dibezakan menjadi dua iaitu fungsi bahasa secara umum
dan fungsi bahasa secara khusus. Fungsi bahasa secara umum
adalah merupakan sebagai alat komunikasi, sebagai alat ekspresi
dan sebagai alat untuk mengadaptasi dan mengintegrasi sosial.
Manakala fungsi bahasa secara khusus adalah bertujuan untuk
amalan sesuatu budaya serta yang paling penting adalah untuk
mempelajari ilmu pengetahuan yang lain.
Dialek pula dapat dikaitkan dengan variasi dari
sekelompok penutur yang berada pada suatu tempat, wilayah,
atau sesuatu kawasan. Dengan kata lain, dialek merupakan satu
keragaman cara pengucapan atau gaya penggunaan bahasa.
Perbezaan dialek berlaku disebabkan oleh sosial dan perbezaan
daerah.
Oleh yang demikian, aspek bahasa dan dialek juga
merupakan salah satu aspek yang penting untuk dilihat dalam
sesebuah masyarakat. Walaupun bagaimanapun, mereka yang
digelar Orang Kuala lazimnya menggunakan bahasa dan dialek

Bahasa Melayu yang sama dengan masyarakat Melayu tempatan
di Johor. Mereka lebih selesa menggunakan bahasa Melayu
berbanding dengan dialek bahasa yang mereka amalkan sejak
dahulu. Mereka cuma menggunakan bahasa dan dialek mereka
apabila bertutur sesama mereka bagi memudahkan fahaman dan
arahan yang ingin dicapai.

i.

Orang Kuala Rengit
Kumpulan masyarakat ini hidup di pinggir Sungai Rengit, di
kuala Sungai Batu Pahat. Kawasan kampung mereka dibentuk
secara berjajar mengikut arah aliran sungai. Ketua Kampung
dilantik berdasarkan kuasa pihak berkuasa tempatan dengan
merujuk kepada ‘orang tua mereka’.
Kebanyakan masyarakat orang Asli Rengit berhubung
dengan masyarakat Melayu dan Cina di sekitar Bandar Batu
Pahat. Perhubungan dengan masyarakat setempat berlangsung
kerana interksi dalam aspek pendidikan, di mana mereka
menghantar anak ke sekolah sekitar kawasan tersebut. Peniaga
kaum Cina yang banyak di sekitar kawasan Rengit memberi
impak kepada perkembangan bahasa masyarakat ini.
Penggunaan Bahasa Melayu dan dialek Bahasa Cina dalam
pengucapan seharian mengubah struktur bahasa mereka dan
semakin kurang digunakan.
Perubahan ini juga disebabkan perkahwinan campur antara
masyarakat orang Asli dengan penduduk Melayu di kawasan
tersebut. Generasi muda yang banyak terdedah kepada budaya
luar dan media sosial memberi pengaruh kepada pengekalan
bahasa masyarakat ini. Penggunaan telefon, rangkaian stesen
televisyen, dan internet membawa banyak impak kepada generasi
muda khususnya.

ii.

Orang Kuala Minyak Beku
Penggunaan Bahasa mereka sedikit sebanyak mulai kurang,
akibat petempatan merek yang
semakin berselerak,
menggunakan Bahasa Melayu dalam interaksi seharian sama ada
di sekolah, dalam komuniti atau dengan kelompok masyarakat
lain. Masyarakat di Minyak Beku tidak mempunyai banyak
perbezaan dengan di Rengit, ini kerana struktur geografi yang
meletakkan kedua-dua kawasan petempatan ini secara sejajar.
Jika di Rengit terdapat pengasingan petempatan, di Minyak Beku
hamper 70% sudah duduk di dalam kampung Melayu.
Perkahwinan campur Antara masyarakat Melayu dan orang
Kuala bukan lagi asing.

iii.

Orang Kuala Masai
Dalam pemerhatian yang dibuat, Orang Kuala Masai masih kuat
menggunakan bahasa dan dialek mereka dalam kegiatan
seharian. Manakala Orang Kuala di Rengit dan Minyak Beku
telah lama menggunakan bahasa Melayu tempatan kerana
kedudukan tempat tinggal kebanyakan mereka berhampiran, ia
juga wujud dan hubungan lebih mudah untuk berinteraksi dengan
masyarakat tempatan.
Kegiatan ekonomi
Jika pada tahun 70-an, kegiatan ekonomi utama mereka adalah
nelayan, dan menjadi peraih hasil tangkapan mereka. Namun
dengan perkembangan bandar Rengit, perubahan aktiviti
ekonomi berubah. Mereka mula mengubah aktiviti ekonomi,
Kerajaan Johor juga mengalakkan untuk menjalankan perniagaan
bundle barang-barang keperluan rumah seperti perabot, barang
elektrik, barang keperluan dapur, pakaian dan mainan kanakkanak. Pada asalnya, mereka memulakan perniagaan secara
kecil-kecilan di kawasan penempatan mereka dan hanya
menjalankan perniagaan di hadapan rumah mereka. Orang Laut
mempunyai jati diri sebagai kumpulan masyarakat yang
menyanjungi, memuja dan rapat dengan laut, ianya
perlambangan kepada ‘siapa dan asal usul’ laut menjadi sumber
rezeki dan sumber ekonomi kepada mereka. Laut sekitar Selat
Melaka mempunyai sumber yang kaya dan menjadi sebahagian
daripada kawasan perkembangan sistem masyarakat. Walau
bagaimanapun, setelah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah
mengambil tugas sebagai pengendali masyarakat ini, mereka
telah diberi keistimewaan oleh kerajaan Negeri Johor untuk
membantu merangsang pembangunan masyarakat orang Asli
dengan menggalakkan kegiatan ekonomi di sesuatu kawasan.

i.

Orang Kuala Rengit
Orang Kuala Rengit menunjukkan peningkatan dalam kegiatan
ekonomi mereka seiring dengan perkembangan pola masyarakat
tersebut. Berbanding dengan pada tahun 1980-an, kini
masyarakat tersebut telah maju sebagai peniaga dan ada yang
masih kekal menjadi pelaut. Permintaan ikan dari pasaran
tempatan menjadikan kegiatan ekonomi turun temurun ini masih
menjadi keutamaan kepada mereka.
Malah, ada di antara mereka yang bergiat aktif dalam bengkel
barangan terpakai di Kampung Bumiputra Dalam, Rengit Batu
Pahat (dalam Gambar 2). Mereka telah lama berjinak dalam
kegiatan ekonomi sekaligus membantu meningkatkan
pendapatan keluarga mereka. Kebanyakan dari mereka

menjalankan perniagaan seperti menjual perabot yang diimport
dari Singapura dalam keadaan yang masih baik dan boleh
digunakan. (dalam Gambar 3).

ii.

Gambar 2 dan 3: Pintu masuk perkampungan Orang Kuala
Rengit dan Jualan Perabot Terpakai yang dijalankan oleh Orang
Kuala Rengit
Orang Kuala Minyak Beku
Tinjauan ke kawasan Minyak Beku menunjukkan petempatan
mereka sedikit berubah dari mendiami kawasan tepi kuala sungai
Batu Pahat telah beralih ke kawasan kampung. Pembukaan
kawasan kuari dan syarikat pembinaan kapal serta pelabuhan
kecil di Minyak Beku mengubah struktur petempatan mereka.
Namun kebanyakan yang masih menjadi pelaut, sudah bekerja
dengan kaum Cina dan ada juga yang masih menjadi peraih atau
penjual ikan di pasar. Beberapa meja di pasar masih
menunjukkan kegigihan orang Kuala menjual bersama-sama
dengan penjual Cina dan Melayu. Apa yang menarik, jika si ibu
berjual, maka anak-anak akan ikut serta dan mereka tidak akan
hadir ke sekolah. Sebahagian juga terlibat dengan perniagaan di
Pasar Orang Kuala di Jalan Pasar (terletak di belakang pasar
awam) (dalam Gambar 4). Jalan Pasar ini yang telah
menempatkan jualan bundle mereka setiap hari pada jam 8 pagi
hingga 12 tengah hari Jualan bundle yang dijalankan oleh mereka
dengan menjual seperti barangan elektrik terpakai yang masih
elok digunakan dengan harga yang berpatutan. (dalam Gambar
5).

Gambar 4: Jalan Pasar dan Gambar 5 : Jualan bundle
Mereka tidak lagi banyak
ekonomi di Batu Pahat. Ini
pekerjaan sebagai kakitangan
mereka. Mereka lebih selesa
masyarakat Melayu tempatan.
iii.

terlibat dengan aktiviti-aktiviti
kerana mereka lebih menerima
kerajaan sebagai pekerjaan tetap
dikelompokkan bersama dengan

Orang Kuala Kota Masai
Perkampungan Kuala Kota Masai terletak di bahagian hujung
tambak Johor di Pasir Gudang, berhampiran dengan Pusat
Pengumpulan Ikan Jabatan Perikanan Johor, Persimpangan
berbentuk Y memisahkan Antara kampung Melayu dan kampung
Orang Seletar, berbeza dengan Kuala Minyak Beku yang duduk
dalam masyarakat Melayu. Fokus utama masyarakat ini adalah
menjadi pelaut. Dalam perkampungan tersebut, Tok Batin Nah
bin Bechik yang berusia 76 tahun merupakan tok batin kedua
selepas bapanya. Kedudukan kampung yang terletak di pinggir
Selat Tebrau. Kegiatan ekonomi kelompok ini merupakan
penjualan hasil tangkapan ikan yang mereka jalankan.

Menurut William anak salah seorang dari Orang Selatar
Setiap pagi kami akan ke laut untuk menangkap ikan.
Kebanyakannya kami akan dapat ikan yang besar-besar seperti
ikan merah, ikan siakap, ikan pari dan banyak lagi. Setelah
pulang, kami akan agihkan ikan tersebut kepada peniaga
makanan dan selebihnya kami akan membuat jualan di pasarpasar besar dan di pasar Orang Kuala Kampung Masai.
P1,KKM,2

Kenyataan ini dibuktikan dengan penjualan ikan yang dijalankan
oleh mereka sendiri di beberapa kawasan seperti di kampung
mereka sendiri dan beberapa pasar yang berdekatan (dalam
Gambar 6).

Gambar 6: William (kiri-berbaju merah) bersama dengan
keluarga menjalankan perniagaan hasil laut mereka setiap jam 5
petang di jalan masuk perkampungan mereka di Kota Masai
sehingga semua ikan habis dijual.
“Ikan tak macam dulu, dulu banyak sekarang dah berkurangan,
pembangunan di tambak menjadikan bekalan sumber laut
berkurang..macam saya sebagai Tok Batin dapat elaun
manakala yang lain masih menjadi nelayan”
P2,KKM,2
Pihak kerajaan turut menyediakan tapak untuk membolehkan
mereka menjual hasil tangkapan mereka. Kawasan letakan jualan
di pinggir kampung mereka. Hasil pemerhatian, harga ikan yang
dijual lebih murah daripada di pasar. Antara hasil tangkapan yang
sering mereka dapat adalah kerapu, merah, siakap laut, ikan mata
besar, jenahak, kerang, ketam dan bawal. Permintaan terhadap
hasil tangkapan mereka juga ada yang telah ditempah oleh
restoran-restoran sekitar Johor Bahru. Ada sebahagian daripada
mereka telah mampu memiliki kenderaan sendiri seperti bapa
William menjadi pembekal kepada beberapa restoren makanan
laut. Permintaan di kalangan pembeli juga masih menggalakkan
yang menjadikan mereka masih menjalankan penangkapan ikan
di laut dan menjualnya dengan harga yang berbaloi.
b. Adat, agama dan amalan
Mengikut informan, penghijrahan Kaum Orang Laut dari nenek
moyang mereka di Riau dan kepulauan sekitar Nusantara
memiliki banyak persamaan dengan orang Melayu dari segi
kebudayaan, agama, adat dan bahasa. Bahasa kaum ini dikenali
sebagai bahasa Orang Laut yang merangkumi pelbagai jenis
loghat suku. Mereka pada umumnya mencari rezeki dengan

bekerja sebagai nelayan. Selain daripada dicirikan sebagai satu
kelompok yang ke arah kelautan, asas jati diri mereka adalah
penganut agama Islam. Mereka turut dikenali sebagai Orang
Lanun atau Orang Selat kerana sebelum mereka menumpukan
kesetiaan terhadap Kerajaan Srivijaya, mereka pada asalnya
adalah sekumpulan pelaut (ada sesetengah penulis menamakan
mereka lanun) yang menjaga kawasan sekitar perairan Selat
Melaka. Mereka mengawal kawasan sempadan laun, menghalau
lanun, memimpin kapal dagang ke pelabuhan yang hendak
dituju, menjaga aktiviti perniagaan dan menjadi utusan kerajaankerajaans ekitar Selat Melaka. Disebabkan kedudukan Orang
Laut yang mengetahui selok-belok laut di sekitar Selat Melaka
yang dinyatakan di dalam Sejarah Melayu menjadi antara jalan
laut tersibuk, mereka memainkan peranan penting dalam
pemerintahan Kerajaan Srivijaya, Kesultanan Melaka
dan kemudiannya berubah kepada Kesultanan Johor-Riau. Tugas
mereka sebagai hulubalang atau polis di laut membawa kepada
hubungan rapat di antara Orang Laut dengan ketiga-tiga buah
institusi diraja tersebut yang telah pun terjalin sejak di awal
zaman kerajaan Srivijaya lagi. Orang Laut juga dikenali sebagai
golongan yang sangat setia kepada keluarga diraja Srivijaya.
Malah selepas kejatuhan Srivijaya pada tahun 1025, Orang Laut
masih meneruskan kesetiaan mereka terhadap Parameswara iaitu
putera raja Srivijaya (Palembang) yang terakhir. Perubahan
dalam sistem kesultanan Johor-Riau pada tahun 1699 turut
berubah apabila Sultan Mahmud Syah ke 11 mangkat dijulang
merupakan sultan yang masih bujang, kemudiannya takhta
kerajaan digantikan oleh Bendahara yang mengangkat dirinya
sebagai Sultan Abdul Jalil ke IV yang menyebabkan Orang Laut
tidak mengiktiraf pemerintah baru Kesultanan Johor-Riau.
Akhirnya menjelang abad ke 18, peranan orang Laut sebagai
penjaga keamanan Selat Melaka secara perlahan-lahan
digantikan oleh Orang Bugis.
i.

Orang Kuala Rengit
Adat, agama dan amalan mereka telah banyak berubah
khususnya disebabkan perubahan anutan agama. Sebahagian
masyarakat Orang kuala Rengit juga memang beragama Islam,
di dalam kampung di Kuala Rengit telah didirikan sebuah surau
sejak tahun 1990-an. Adat Melayu menjadi adat mereka dengan
mereka meraikan kesemua perayaan berasaskan kepada
masyarakat Melayu.

ii.

Orang Kuala Minyak Beku
Masyarakat di Minyak Beku tidak mempunyai banyak perbezaan
dengan di Rengit, ini kerana struktur geografi yang meletakkan
kedua-dua kawasan petempatan ini secara sejajar. Jika di Rengit

terdapat pengasingan petempatan, di Minyak Beku hampir 70%
sudah duduk di dalam kampung Melayu. Perkahwinan campur
Antara masyarakat Melayu dan orang Kuala bukan lagi asing.
Sudah ada yang memakai pakaian Islamik dengan bertudung,
menutup aurat dan mengamalkan budaya hidaup yang lebih
Melayu.
iii.

Orang Kuala Kota Masai
Masyarakat ini berbeza dengan dua petempatan sebelum ini,
kedudukan mereka yang agak terasing dan jauh dari
pembangunan. Dilihat dari aspek adat, mereka masih terikat
dengan struktur keluarga dan ‘tok batin’ yang menjadi ketua. Tok
Batin Nah bin Bechik telah menetapkan siapa pengganti beliau.
Dalam masyarakat ini, Tok Batin Orang Kuala Kota Masai
mempunyai semibilan (9) orang anak dan dua (2) daripada
mereka telah berkahwin dengan orang Cina dan anak mereka
menggunakan nama Cina dalam kad pengenalan mereka. Semasa
kehadiran penyelidik, mereka sedang rancak membincangkan
acara ‘sewang moden’ yang dipanggil malam joget yang akan di
adakan di Setulang, perkampungan Orang Kuala Selatar, di
Johor. Walaupun sebahagian keluarga ini beragama Islam tetapi
ciri-ciri keislaman sangat sedikit dan dapat dilihat penekanan
kepada Islam hanya pada kad pengenalan. Malah ada juga antara
mereka yang telah menganut agama lain hasil daripada
perkahwinan campur di antara orang Cina tempatan.
Perubahan kedudukan Petempatan dan Pola interaksi

i.

Orang Kuala Rengit
Bagi orang Kuala Rengit, pembangunan yang dibekalkan oleh
pihak kerajaan telah memberi banyak manafaat kepada mereka.
Mantan Senator En. Othman Busu dalam temubual menyatakan
pihak kerajaan sentiasa memberi peluang kepada masyarat orang
Kuala untuk menjalankan perniagaan khususnya di sekitar
Bandar Rengit dan di Batu Pahat. Seperti En Othman sendiri
berliu menjadi pembekal perabot jati kepada peniaga-peniaga
Orang Kuala. Mereka juga menjadi peniaga di Pasar Orang Kuala
di Bandar Batu Pahat dengan menawarkan pakaian, alatan
rumah, perabot, barang-barang hiasan guna semula. Permintaan
terhadap barangan menjadikan mereka berubah daripada menjadi
nelayan kepada peniaga. Namun demikian masih terdapat antara
mereka yang masih menjadi nelayan dengan menawarkan ikan
segar kepada penduduk tempatan. Kesan daripada kegiatan
ekonomi ini membawa kepada perubahan pola interaksi yang
lebih luas, bahasa Melayu menjadi perantaraan dalam
komunikasi mereka.

ii.

Orang Kuala Minyak Beku
Masyarakat di pinggir Bandar Batu Pahat ini menerima kesan
daripada pembangunan pesat bandar tersebut. Interaksi dengan
masyarakat Melayu, Cina, Jawi Peranakan (Arab) dan India
begitu jelas kerana kedudukan petempatan dan juga kegiatan
ekonomi, penglibatan mereka di pasar awam Batu Pahat sebagai
sebahagian peniaga menunjukkan pola interaksi yang lebih
rencam dengan masyarakat lain.

iii.

Orang Kuala Kota Masai
Kelompok masyarakat Kuala Seletar ini tidak bercampur dengan
masyarakat luar, tetapi mereka berurus niaga dengan pembeli
sama dan semasa penjualan ikan, pembelian keperluan rumah,
dapur melibatkan mereka berinteraksi dengan orang luar.
Saudara-mara mereka duduk di perkampungan lain kerana
menurut Tok Batin Nah bin Bechik, setiap kampung hanya boleh
ada seorang ketua, justeru setiap kampung biasanya didiami oleh
satu keluarga induk.
Kesimpulan
Mengkaji penstrukturan masyarakat Orang Kuala dengan
menganalisis secara khusus ke dalam pola interaksi, kegiatan
ekonomi, dan amalan keagamaan memperlihatkan satu
kumpulan minoriti masyarakat yang mula pupus. Dari aspek
struktur masyarakat, perubahan petempatan, pembangunan dan
amalan perkahwinan campur mula menerobos dinding
masyarakat ini yang menjadikan nilai-nilai tradisi, adat, dan
bahasa mulai mencair. Kadar kelahiran dalam kelompok
masyarakat ini juga dilihat semakin mengecil, jika ketua keluarga
atau Tok batin mempunyai anak sembilan (9) orang, beliau
menyatakan bapanya mempunyai 19 orang anak, tetapi anakanak beliau hanya mempunyai tiga (3) atau dua (2) orang anak
sahaja. Begitu juga dengan orang kuala di Rengit dan Minyak
Beku, hampir kesemuanya menunjukkan pengecilan saiz
keluarga. Jika dilihat dari awal sudah semestinya, sebagai sebuah
masyarakat minoriti mereka perlu menjalinkan interaksi dengan
masyarakat tempatan bagi menjamin kedudukan mereka di mata
world-view. Dari aspek kepenggunaan bahasa induk, hampir
kesemua generasi baru sudah tidak fasih berbahasa asal induk
mereka. Kebanyakan sudah menggunakan bahasa Melayu kerana
pendidikan yang diperolehi secara formal yang diterima daripada
sekolah dan pergaulan dengan masyarakat setempat. Dari aspek
kegiatan ekonomi, walau bagaimanapun, setelah sekian lama
mereka menjadi pelaut, menguasai dan memahami selok belok
laut namun dengan perubahan pembangunan dan teknologi,
kekurangan sumber laut, menjadikan mereka mulai berpindah ke
aktiviti di darat, pengawasan pihak kerajaan negeri Johor

memberi banyak peluang perniagaan menunjukkan potensi
mereka dalam bidang ekonomi semakin berkembang mereka
telah dibenarkan untuk berniaga di sebuah kawasan yang
dikhaskan kepada mereka khusunya di Batu Pahat. Kawasan
tersebut terletak di pasar Batu Pahat dan perniagaan mereka
masih dijalankan sehingga hari ini. Jelas disini, potensi mereka
dalam bidang ekonomi amat luas dan baik. Kesinambungan dan
kelestarian budaya Orang Kuala seperti kita lihat dalam
masyarakat di negara lain seperti orang Asli Australia, Kaum Red
Indian di Amerika menerima kesan yang sangat kuat dari
pembangunan dan teknologi dunia moden.

Rujukan
Andaya, L. A., (2008). Leaves Of The Same Tree-Trade And
Ethnicity In The Straits If Malaka. Nonolulu: University Of
Hawaii Press.
Castell, M., (2004). The power of identiti. Edisi ke-2.
Blackwell Publishing: United Kingdom.
Chou, C. 2003 Indonesian Sea Nomads Money, Magic And Fear
Of The Orang Suku Laut. British: Taylor & Francis Group.
Giddens, A., (2008). Sociology. Polity Press: Cambridge.
Giddens, Anthony. (2011). Teori Strukturasi : Dasar-dasar
Pembentukan Struktur Sosial Masyarakat. Indonesia : Pustaka
Pelajar.
Google Maps (2017). Peta Jalan Pasar telah dicapai pada 14 April
2017
di
laman
web
https://www.google.com/maps/place/Jalan+Pasar,+83000+Batu
+Pahat,+Johor,+Malaysia/data=!4m2!3m1!1s0x31d056c6a2e06
537:0x228c075936af601f?sa=X&ved=0ahUKEwiQkpzRiKPT
AhWDwI8KHcHsB9wQ8gEIITAA dan telah diselenggara pada
2017.
Juli Edo (2000). Dari darat ke laut; Singkapan ringkas
etnosejarah Orang Asli di Johor. Dalam Seminar sejarah dan
budaya Johor, anjuran Kerajaan Negeri Johor, 3-6 Mei 2000.
Just Faaland, Jack Parkinson & Rais Saniman (2005). Dasar
Ekonomi Baru : Pertubuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi
Orang Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
Pelras, Christian., (2002). A few jottings on some aquatic
populations of the Nusantara Archipelago. Telah dicapai pada 14
April
2017
di
laman
web
Http://www.keene.edu/library/OrangAsli/ pelras.pdf.

Mahani Musa, (2011). The Sosioeconomic History of The Orang
Kanaq of Johor. Kajian Malaysia, Vol. 29, No. 1, 2011, 47–74.
Penerbitan Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang
Zainun, Nazarudin (2015) Antropologi Dan Sejarah Dalam
Kearifan Tempatan. Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang.

View publication stats