KEKANGAN RAKYAT MALAYSIA BERKOMUNIKASI D

KEKANGAN RAKYAT MALAYSIA BERKOMUNIKASI DALAM BAHASA
INGGERIS

1.0

Pengenalan

Kebanyakakan orang Malaysia terutama mereka yang berpendidikan di sekolah biasa
tidak berkenyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Pelajar lepasan ijazah
juga tidak mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris apabila ditemuduga untuk bekerja.
Kajian ini telah dijalankan oleh Persatuan Majikan Malaysia (MEF) yang melaporkan
bahawa masalah utama dikalangan graduan tempatan adalah ketidakmampuan mereka untuk
berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris (Saunday star, 9 Jun 2002).

Orang Malaysia terutama negeri dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu
pelajarnya sangat cemerlang dalam peperiksaan kertas Bahasa Inggeris tetapi pelajar yang
cemerlang ini sebenarnya tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Mereka juga bimbang untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris kerana takut sebutan
yang keluar nanti salah dan akan diketawakan oleh rakan-rakan.

Ada juga sesetengah golongan bangsa Melayu menyatakan bahawa kita tidak perlu

berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris kerana kita perlu mengagungkan bahasa kita sendiri
tetapi untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris kita perlu bercakap selalu.
Kurangnya pendedahan Bahasa inggeris kepada orang Malaysia terutama yang berada
dikawasan luar bandar menyebabkan mereka masih lagi tidak terbuka untuk menerima
Bahasa inggeris. Ini juga adalah salah satu penyebab kenapa orang Malaysia tidak boleh
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris di tempat kerja.

2.0

Definisi Komunikasi

Kemahiran berkomunikasi tidak hanya merujuk kepada cara kita berkomunikasi
dengan orang lain tetapi merangkumi banyak perkara lain seperti bertindak balas kepada
orang lain semasa kita bercakap, memberi isyarat badan termasuk muka, nada suara kita dan
banyak lagi perkara lain. Kepentingan kemahiran komunikasi tidak hanya terhad kepada
dunia pengurusan malah kemahiran komunikasi juga berkesan dalam setiap aspek
kehidupan. Hubungan yang baik adalah satu cara untuk gaya hidup yang baik dapat
dikekalkan dengan mengekalkan komunikasi yang sihat dengan orang-orang yang dekat dan
sayang kepada kita. Kemahiran komunikasi lisan juga telah dikenalpasti sebagai kemahiran
yang paling penting ditempat kerja, Maes et.al(1997).


Komunikasi lisan bukan sahaja melibatkan percakapan atau perbualan tetapi
komunikasi secara virtual atau maya juga dikategorikan sebagai komunikasi lisan kerana
tujuannya sama iaitu menyampaikan mesej. Komunikasi yang berkesan berlaku apabila
mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima. Komunikasi bukan
lisan pula ialah komunikasi yang melibatkan tingkah laku seseorang seperti menggelengkan
kepala menunjukkan tidak setuju manakala menganggukkan kepala pula memberi maksud
setuju.

Secara umumnya, komunikasi ini ialah satu proses penyampaian atau pemindahan
maklumat atau mesej kepada orang lain. Mesej yang disampaikan memerlukan kedua-dua
pihak memahami mesej yang disampaikan agar mempunyai kefahaman yang boleh dikongsi
bersama.

3.0

Definisi Penulisan

Penulisan sangat berkait rapat dengan individu yang ingin mempelajari penulisan
dengan cara yang betul, Weiner (1967). Penulisan juga merupakan cara untuk

berkomunikasi melalui grafik, Juriah Long et.al (1990). Penulisan ialah transkripsi tentang
proses

mengungkapkan

gagasan

dalam

bentuk

karangan

iaitu

satu

proses

mengaktualisasikan fikiran di atas kertas, Comprone (1978).


Penulisan juga merujuk pengolahan gagasan atau pemikiran dan juga proses mekanis
yang melibatkan penguasaan alat dan teknik untuk mengungkapkan gagasan atau pemikiran,
(Awang Sariyan). Penulisan ialah melahirkan perasaan, fikiran dan idea ke dalam grafik.
Benmtuk-bentuk gfarik ini disuse hingga melambangkan lagi bahasa yang dapat dibaca dan
difahami, Rahimah Haji Sabran(1988).

Oleh yang demikian, penulisan ialah satu cara untuk kita mewakilkan buah fikiran
atau idea dalam bentuk grafik seperti menggunakan tulisan, rajah, gambar, carta dan
sebagainya agar mudah difahami oleh orang lain.

4.0

Penyebab Orang Malaysia Tidak Boleh Berkomunikasi Dalam Bahasa Inggeris.

Saya sangat bersetuju dengan kenyataan bahawa banyak orang Malaysia tidak boleh
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris di tempat kerja. Kenapa rakyat Malaysia perlu mahir
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris terutama sekali ditempat kerja kerana kita perlu
berurusan dengan syarikat antarabangsa dan ini sangat penting untuk berkomunikasi dalam
Bahasa Inggeris kerana ianya dianggap sebagai bahasa antarabangsa. Kenyataan ini

disokong oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Pelancongan
Negeri, Datuk Nasir Ibrahim, (New Straits Time, 2007).

Masalah yang pertama kenapa rakyat Malaysia tidak dapat berkomunikasi ditempat
kerja ialah kurangnya penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian mereka. Hal
ini berlaku kerana persekitaran itu sendiri tidak pernah menyokong atau membantu
penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan mereka seharian. Kurangnya komunikasi
dalam Bahasa Inggeris maka kuranglah pendedahan mengenai penggunaan Bahasa Inggeris.

Masalah yang kedua pula ialah kebanyakkan orang Malaysia yang berpendidikan
disekolah biasa tidak mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, Khairi Izwan (1995).
Dalam Kajian Yasmin (2003), mengakui bahawa orang Malaysia masih lemah dalam bidang
komunikasi kerana kurang keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
terutama orang dari Pantai Timur iaitu orang Terengganu dan Kelantan.

Orang Terengganu dan Kelantan kebanyakkannya tidak boleh berkomunikasi dalam
Bahasa Inggeris kerana bimbang sebutan yang disebut nanti salah kerana orang Terengganu
dan Kelantan mempunyai logratnya yang tersendiri menyebabkan sebutan dalam Bahasa
Inggeris juga menjadi salah.


Kadangkala, sikap orang Melayu itu sendiri menyebabkan mereka tidak boleh
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris seperti tanggapan orang sekeliling kita apabila
menggunakan Bahasa Inggeris di tempat awam akan merasakan kita ini sebenarnya untuk
menunjuk-nunjuk dan hendak mencari glamour kerana merasakan Bahasa Inggeris lebih
tinggi darjatnya berbanding Bahasa Melayu. Sikap inilah yang perlu dibuang kerana kunci
utama untuk menguasai bahasa Inggeris atau apa jua bahasa adalah menerusi pendengaran

berulang kali dan penggunaannya setiap hari boleh menambahkan pengalaman dan
mempertingkatkan kosa kata dalam Bahasa Inggeris.
Orang Melayu lebih suka berkomunikasi dalam bahasa Melayu berbanding dengan
Bahasa Inggeris ditempat kerja kerana bimbang akan dikatakan lebih mengagungkan
Bahasa Barat berbanding Bahasa Melayu. Jika ada orang berkomunikasi dalam bahasa
Inggeris ditempat kerja pasti rakan-rakan sekerjanya menyindir dan sudah tentu bahasa ini
tidak akan digunakan lagi. Bahasa Inggeris ini akan digunakan semasa urusan rasmi sahaja.
Sikap inilah yang menyebabkan ramai orang Malaysia tidak boleh berkomunikasi dalam
Bahasa Inggeris kerana tidak ada sokongan daripada masyarakat setempat. Penggunaan
bahasa Inggeris yang terhad inilah menyebabkan ramai orang Malaysia tidak boleh
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris ditempat kerja..

Kebanyakkan pelajar lepasan ijazah juga mempunyai masalah berkomunikasi dalam

Bahasa Inggeris tetapi cemerlang dalam peperiksaan. Membaca buku dan menjawab soalan
peperiksaan dalam Subjek Bahasa Inggeris adalah perkara yang sangat berbeza dengan
komunikasi dalam Bahasa Inggeris. Orang Malaysia boleh belajar Bahasa Inggeris dengan
baik tetapi tidak berkeyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kerana tidak
berpeluang untuk mempraktikkan bahasa ini dalam kehidupan seharian mereka. Di rumah
juga ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan ini
menyebabkan anak-anak ini apabila besar nanti tidak berkeyakinan untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris kerana bimbang sebutan yang dilontarkan nanti salah dan akan
digelakkan oleh orang sekeliling.

Penggunaan Bahasa Inggeris yang terhad ini menyebabkan suku kata yang
digunakan sering kali bertukar dan menyebabkan orang sekeliling tidak faham apa yang
hendak disampaikan. Kurangnya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris menyebabkan
mereka tidak dapat praktis penggunaan bahasa ini dengan baik kerana persekitaran mereka
tidak menggunakan Bahasa Inggeris.

Di sekolah juga murid-murid tidak berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan
guru-guru kerana bukan semua guru boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Kadangkala guru Bahasa Inggeris juga menggunakan bahasa Melayu dengan anak murid
mereka apabila berada diluar bilik darjah. Penggunaan Bahasa Inggeris yang tidak meluas

ini menyebabkan apabila mereka besar nanti mereka tidak boleh berkomunikasi dalam
Bahasa Inggeris di tempat kerja kerana semasa kecil tidak pernah mempraktikkan

penggunaan Bahasa Inggeris ini menyebabkan mereka tidak berkeyakinan untuk
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Masyarakat bandar pada hari ini lebih berfikiran terbuka berbanding masyarakat
kampung yang masih tidak mahu menggunakan Bahasa Inggeris ini dalam kehidupan
seharian mereka. Kebanyakkan orang Malaysia yang tidak boleh berkomunikasi dalam
bahasa Inggeris berasal dari kampung. Anak-anak kampung ini juga tidak didedahkan
dengan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris semasa mereka kecil dan menyebabkan
apabila besar nanti mereka ini malu untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris di tempat
kerana malu dan takut sebutan mereka nanti salah.

Seterusnya, kebanyakkannya orang Malaysia tidak boleh berkomunikasi dalam
Bahasa Inggeris termasuklah golongan pelajar, graduan, malah pemegang PhD juga
menghadapi masalah berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan fasih dan spontan
kerana semasa di alam persekolahan terutama di sekolah rendah dan menengah, guru-guru
terlampau mementingkan untuk menghabiskan silibus daripada memastikan para pelajar
mereka menguasai dan boleh menggunakan sepenuhnya apa yang telah diajar. Guru-guru
juga kurang menggalakkan anak murid mereka berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

menyebabkan apabila mereka besar nanti mereka akan merasa janggal untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris di tempat kerja.

Akhir sekali, penggunaan Bahasa Inggeris yang terhad ini menyebabkan ramai
rakyat Malaysia tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik kerana tidak
mendapat banyak sokongan daripada masyarakat seperti ibu bapa, guru-guru dan
persekitaran. Hal inilah menyebabkan ramai pekerja tidak berkeyakinan untuk
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik menyebabkan berlakunya kecelakuan
dalam bahasa Inggeris apabila cuba menggunakannya ditempat kerja. Perbendaharaan kosa
kata dalam bahasa inggeris yang lemah juga menyebabkan mereka tidak berkeyakinan
untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

5.0

Conclusion

Sebenarnya bagi mengatasi masalah ramainya rakyat Malaysia tidak dapat
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik di tempat kerja kenalah bermula dari
bawah. Penggunaan Bahasa Inggeris ini sepatutnya perlu bermula dari kecil lagi iaitu
dirumah. Ibu bapa perlu memberi dorongan kepada anak-anak untuk berkomunikasi dalam

Bahasa Inggeris. Anak-anak melayu lazimnya fasih bertutur dan menggunakan bahasa
Melayu kerana sejak dari kecil mereka berulang kali mendengar kosa kata, tatabahasa dan
sebutan yang betul daripada ibu bapa dan persekitaran sekeliling. Kunci utama dalam
menguasai sesuatu bahasa adalah menerusi pendengaran berulang kali dan diikuti dengan
bertutur dan akahir sekali membaca dan menulis.

Oleh kerana kita bukanlah penutur jati Bahasa Inggeris maka kita bolehlah menonton
cerita-cerita, dokumentari berbahasa Inggeris dari TV seperti National Geographic dan
Animal Planet bagi menggantikan komunikasi kita bagi menambahkan kosa kata Bahasa
Inggeris kita. Jika kita mahu mendapat ketepatan sebutan makna menerusi tekanan, inflaksi
dan intonasi suara maka kita kenalah banyak menonton filem, drama dan yang paling
berkesan sekali ialah dengan memperbanyakkan menonton kartun terutama keluaran Walt
Disney.

Proses untuk mempelajari bahasa ada empat kemahiran iaitu mendengar, menutur,
membaca dan menulis. Keempat-empat ini perlu melalui prosesnya mengikut urutan.
Apabila seseorang itu fasih bertutur secara betul, kecepatan 120 – 150 perkataan seminit
dengan keempat-empat kemahiran tadi, maka penulisan, kecepatan 15 – 25 perkataan
seminit menjadi mudah.


Dalam Bahasa Inggeris, jika seseorang itu tidak menguasai asas tatabahasa seperti is,
are, was, were, atau has, have, will have, had bagaimana mereka boleh kuasai topic
seterusnya seperti has been, have been, will have been, had been, would have been, had
been dan seterusnta. Ini menyebabkan pelajar atau graduan malah pemegang PhD semakin
keliru dan bosan untuk mempelajari Bahasa Inggeris.

Kita sebagai masyarakat perlu memberi dorongan kepada anak-anak kecil untuk
menggunakan bahasa Inggeris semasa dari kanak-kanak lagi kerana semasa kecil mereka
tidak mempunyai perasaan malu jika perkataan yang digunakan salah atau sebutan yang
dituturkan itu salah. Jika perkara ini berlanjutan hingga dewasa maka tidak timbullah lagi
masalah orang Malaysia tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Kenapa rakyat Malaysia tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris?
Sebenarnya bukan rakyat Malaysia tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Ingeris tetapi
mereka jarang menggunakan bahasa ini dalam kehidupan mereka menyebabkan mereka ini
tidak berkeyakinan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris kerana dibimbangi sebutan
yang akan dituturkan salah. Penggunaan bahasa ini jika tidak dipraktiskan akan mengalami
banyak gangguan seperti penggunaan kosa kata yang salah dan sering bertukar kosa kata
menyebabkan kecelaruan bahasa berlaku.

Oleh sebab itulah, kita kena sentiasa menggunakan Bahasa Inggeris dalam
percakapan kita seharian bagi mendapat keyakinan diri apabila kita berbincang atau
berhujjah dalam Bahasa inggeris di tempat kerja nanti.

(2026 words)

Appendix
Abdul Aziz Ibrahim (2002). Penggunaan ABM Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Matematik. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Fathman A. K. (1995). Variables Affecting The Successful Learning Of English As a
Second Language, New york : Tesol Quarterly.

Ibrahim Saat (1995). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publication And
Distributors Sdn. Bhd.

Jumali Ismail (1992). Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Dalam Pembelajaran Bahasa
Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Di kalangan Pelajar Melayu. Jurnal Dewan Bahasa.
11:1071 – 1080

Jumrang Mendeng (2004). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Matematik
Dalam Bahasa Inggeris. Tinjauan Pelajar 3 Buah Sekolah Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Kamaruddin Hussin (1999). Psikologi Bilik Darjah : Asas Pedagogi. Kuala Lumpur :
Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd.

Laporan Kajian Tahap Kefahaman Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) 2004. Kementerian Pelajaran Malaysia.