Laporan dan Kajian R and D Ogos 2010 Ser

(1)

1

SERAPAN IDEOLOGI DAN PEMIKIRAN ASING : PENGARUH DAN KESANNYA

TERHADAP MASYARAKAT ISLAM

1.

PENDAHULUAN

Serapan ideologi asing ke dalam masyarakat Islam di negara ini sudah lama melanda

dan penularannya berlaku secara halus sehingga tidak disedari oleh umat Islam. Sama

ada sedar atau tidak, pemikiran masyarakat Islam masa kini telah berubah kepada

pemikiran asing dan kalau tidak dibenteras melalui pelbagai kaedah ianya boleh

menjejaskan akidah umat Islam itu sendiri. Tulisan ini akan membincangkan tentang

takrif ideologi, konsep ideologi, sejarah kemunculan penyebaran ideologi dan kesan

terhadap masyarakat Islam.

2.

TAKRIF

Jika diteliti dalam beberapa kamus popular masa kini, takrif ideologi dapat diberikan

kepada beberapa pengertian. Antaranya, ideologi ditakrifkan sebagai visi yang bersifat

komprehensif. Ideologi juga bermaksud menawarkan perubahan melalui proses

pemikiran normatif. Jika dilihat takrif ideologi dalam bentuk yang lebih luas, ianya

bermaksud suatu sistem pemikiran abstrak (tidak hanya sekadar pembentukan idea)

yang diterapkan pada masalah umum sehingga mampu membuat konsep. Contoh,

ideologi dalam politik.

1

Pemikiran asing yang dimaksudkan dalam artikel ini ialah apa-apa fahaman, falsafah,

prinsip, kepercayaan dan adicita yang bersumberkan pemikiran barat adalah termasuk

dalam takrif ini.

3.

KONSEP IDEOLOGI DALAM PEMIKIRAN BARAT

Fahaman

humanisme adalah suatu ideologi yang membawa manusia kepada

penolakan agama atau berpaling daripada konsep theologi (ketuhanan). Ideologi ini

lebih kepada budaya penganutnya mementingkan diri sendiri. Kefahaman ini telah

menjadi pegangan masyarakat Barat yang akhirnya melahirkan

berbagai-bagai isme

seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme dan sebagainya. Fahaman ini kini menular

ke dalam masyarakat Islam melalui pelbagai saluran. Kesannya umat Islam terpisah

daripada agama dan intima


(2)

2

Fahaman humanisme juga dikenali sebagai fahaman materialisme kini telah berjaya

menguasai sebahagian besar kelompok sosial dengan pelbagai jenama. Secara

ringkasnya, fahaman humanisme dapat digambarkan pada Jadual 1 di bawah;

Jadual 1 : Rangkaian Ideologi Humanisme

(Taha & Anis Malik. 2005; Al-Rawi & Fuad Muhsin. 2009; Harun Yahya, 2009,

ubahsuai)

pluralisasi

kapitalisme

pragmatisme

liberalisme

demokrasi

pobialisme

globalisasi

sosialisme

saintisme

sekularisme


(3)

3

Jika diteliti pada Jadual 1, terdapat beberapa pemikiran yang berkembang luas dalam

masyarakat Barat. Antaranya bentuk pemikiran yang berlandaskan akal manusia dan

logik. Di bawah ini akan dijelaskan beberapa ideologi yang terkenal masa kini.

a)

Humanisme

berasal dari Eropah. Ia mula berkembang pada zaman Renaissance

pada abad ke-15 dan 16 Masihi (Abdul Hadi, 2009). Humanisme merupakan satu

agenda yang memusatkan kepada nilai manusia dalam membuat keputusan.

Sementara itu, Harun Yahya dalam bukunya

Ancaman Global Freemasonary,

mengatakan humanisme merupakan satu ancaman ke atas agama Islam. Fahaman

ini menolak agama, menafikan hak ciptaan Allah. Fahaman ini bukanlah satu

fahaman yang baru muncul tetapi ia berasal daripada doktrin Kabbalah, iaitu hasil

peninggalan fahaman Raja Mesir Kuno. Fahaman ini telah muncul lebih awal

daripada falsafah Yunani yang dibawa oleh Socrates, Plato dan Aristoteles. (Abdul

Hadi, 2009)

Doktrin

pemikiran

humanisme

seringkali

meletakkan

konsep

matlamat

menghalalkan cara. Bagi mencapai maksud tersebut, apa sahaja boleh dilakukan

demi mencapai matlamat walaupun terpaksa melanggar peraturan dan hukum

Allah. Demikian juga dalam konsep kebebasan hidup, hendaklah diperjuangkan

oleh semua pihak. Sementara itu, dalam konteks kenegaraan, kerajaan dan ritual

agama hanya timbul setelah berlaku pertembungan dalam kehendak-kehendak

tersebut. Tetapi dengan adanya kemajuan teknologi, mereka bergerak atas nama

globalisasi. (Taha, 2005)

b)

Materialisme, pragmatisme, liberalisme dan globalisasi

semuanya lahir daripara

kefahaman humanisme. Jika dilihat dari aspek istilah nampak berbeza, tetapi

sebenarnya fahaman dan ideologi itu mempunyai persamaan iaitu bertentangan

dengan ajaran Islam. Semuanya lahir daripara revolusi tindakan kejam gereja dan

golongan bangsawan terhadap para ilmuwan dan rakyat jelata di zaman Feudal

Eropah. Penolakan yang amat ekstrim terhadap agama membawa Eropah kepada

kecintaan yang tidak terhingga terhadap diri sendiri. Kecintaan dan ketaksuban

yang keterlaluan boleh membawa kepada bentuk penyembahan diri yang jelas

bertentangan dengan konsep al-Qur`an dan Hadith Nabi.

c)

Demokrasi

pada

asasnya

lahir daripada sistem yang diguna pakai oleh golongan

sosialis dan golongan kapitalis. Dasar demokrasi adalah lebih kepada sistem

pemerintahan sesebuah negara. Sistem ini mengasingkan penguasaan sultan / raja


(4)

4

ke atas pentadbiran dan pengurusan negara. Demokrasi memperkenalkan

Lembaga Perwakilan Rakyat (Parlimen) mencakupi legislatif (perundangan), fungsi

pengawasan ke atas pentabdiran negeri di bawahnya dan fungsi pentadbiran yang

bertanggung-jawab dalam melaksanakan sistem, struktur dan organisasi

pentadbiran.

d)

Kapitalisme

amat mementingkan keuntungan dan menafikan hak orang lain

khususnya dalam aspek perniagaan. Contoh, amalan riba / interest berkonsepkan

keuntungan dan penindasan terhadap golongan miskin secara tidak langsung. Di

samping itu memberi keuntungan kepada orang kaya raya. Pada dasarnya

persaingan dalam perniagaan adalah diharuskan. Namun, konsep kapitalisme

membawa jurang yang amat jauh dalam struktur masyarakat. Amalan riba dan

sistem monopoli menjadi asas kapitalisme yang dilihat berat sebelah.

e)

Komunisme

mungkin dilihat lebih adil memberikan hak persamaan kepada semua

manusia. Nampak jauh berbeza dengan kapitalisme tetapi sebenarnya sama dari

sudut penyembahan kepada

kehendak manusia; cuma dengan cara yang berbeza,

iaitu dengan menyamakan kehendak

agar semua kehendak dipenuhi. Contoh,

penagih dadah dibenarkan memiliki sejumlah dadah untuk dirinya sendiri. Melebihi

had

itu baru dikira salah. Anda boleh menagih dadah di mana-mana sahaja kerana

itu kehendak mereka

yang perlu dipenuhi. Kerajaan hanyalah mampu menyediakan

tong

sampah khas untuk picagari dadah agar tidak mengganggu orang lain yang

tidak terlibat dengan dadah.

f)

Sekularisme, sosialisme dan pluralisasi

mengakui bahawa arak dan judi bukan

suatu yang baik untuk manusia. Arak dan judi juga merupakan kepala segala

kejahatan. Tetapi apa yang Barat lakukan untuk

mengelakkan rakyatnya daripada

dicemari oleh najis arak dan judi? Kehendak manusia mengatasi

segala kebaikan

dan maslahah.

Seks bebas dianggap sebagai keinginan hawa nafsu manusia yang

perlu dipenuhi. Kerana itu, di Barat di dapati banyak kedai


(5)

5

negara dan bangsa baik dari segi bahasa,

budaya, undang-undang, tanah air dan

agamanya. (Ghazali 1998; al-Jabiri 1997). Bukan

itu sahaja, globalisasi

mengakibatkan masyarakat Islam hanyut tanpa batasan agama dan berakhlak

mulia. Merupakan pencabulan terhadap nilai-nilai

kemanusiaan yang dirancang oleh

orentalis Barat. (al-Jamil, t.t.) Sementara itu, jika dilihat ancaman ideologi ini di

Malaysia, didapati globalisasi

berjaya

melahirkan bangsa Melayu yang tiada identiti

kemelayuan dan ketimurannya. Akibatnya mereka hilang

jatidiri sebagai anak

Melayu serta kurang berpegang teguh kepada agama. Globalisasi

juga

menjadikan

sesuatu bangsa itu seringkali tunduk kepada agenda dan kehendak orang lain.

h)

Hegemoni.

Konsep yang terkandung dalam globalisasi iaitu hegemoni atau

kekuasaan. Hegemoni bukan sahaja bermaksud kekuatan tentera tetapi juga

merangkumi kekuatan ekonomi, idea, agama, etika, peradaban dan lain-lain.

Hegemoni Barat bukan sahaja terletak kepada kekuatan tentera, malah menguasai

aspek nilai, budaya, termasuk jugalah agama. (Ghazali, 1998).

i)

Sekularisme

merupakan konsep untuk memisahkan manusia dengan agama. Ia

telah menular dengan hebat dan telah menjadi ritual dalam masyarakat masa kini.

Dalam konsep ajaran Islam, agama tidak dapat dipisahkan daripada keseluruhan

hidup dan kenegaraan, (Harusani, 2009). Justeru, konsep sekularisme secara

terang-terang memusuhi Islam. Istilah-istilah sekularisme, sekularisasi, sekular tidak

boleh dihubung-kaitkan dengan Islam. ( al-Attas 1978; al-Qaradawi 1977). Dalam

konteks di Malaysia, Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara. Dalam aspek yang

lain, ia bertindak sebagai perlindungan terhadap undang-undang Islam itu sendiri.

Walau bagaimanapun, proses globalisasi yang sedang rancak berjalan, lambat laun

akan mencabar undang-undang setiap negara. Apabila kubu pertahanan ini lemah

dan penduduk Islam bukan kelompok majoriti, sudah tentu kedudukan Islam dan

bangsa Melayu akan tergugat. (Ugi Suharto, 2007)

4.

SEJARAH KEMUNCULAN DAN PENYEBARAN IDEOLOGI

Di negara Barat, para penyebar ideologi telah melalui beberapa pengalaman perit dan

sengsara kerana kehidupan mereka ditindas teruk oleh agama mereka sendiri.

Contoh, para paderi dan pengikutnya tidak membenarkan memiliki harta kekayaan

tetapi peraturan ini tidak terpakai untuk gereja. Suatu ketika dulu gereja memiliki harta

yang banyak.


(6)

6

Mereka juga menderita kerana disuruh berkorban demi untuk agama serta dijanjikan

pengampunan dosa bagi mereka yang bertarung bermati-matian melawan tentera

Islam dalam perang Salib. Kesengsaraan mereka berterusan selama beratus-ratus

tahun sehingga timbullah idea untuk kembali melawan arus. Ketika ini mereka melalui

zaman kegelapan yang dikenali sebagai Dark Age.

Sementara itu, Islam menempuh zaman kegemilangan dan waktu yang sama dunia

Barat mengalami zaman kemunduran. Islam merupakan kuasa terbesar seluruh dunia.

Pada ketika ini pengaruh gereja masih lagi kuat di kalangan orang Eropah. Gereja

menekan penganutnya supaya memohon keampunan kepada Pope. (Azlan Khalili bin

Shamsudin, 1994:7) Sehingga akhirnya, para penganut kristian mula bangkit

menentang amalan kuno gereja yang dilihat tidak membawa kemajuan. Bermulalah

pengasingan agama dari sistem keseluruhan hidup mereka. Ada yang menganggap

sains adalah tuhan dan seterusnya berubah menjadi aties, percayakan logik akal,

membuat keputusan memerlukan bukti dan sebagainya. Malahan menganggap semua

agama di dunia ini sama sahaja.

Setelah penjajahan minda mula dikuasai, mereka meneruskan dengan era penjajahan

ke atas negara-negara Islam. Objektif utama mereka adalah untuk membaratkan

pemikiran orang Islam. Kesan ke atas negara Islam ialah berlakunya pemindahan

ideologi yang negatif terhadap umat Islam. Negara Islam yang dijajah oleh Barat telah

berpecah dan wilayahnya dibahagikan kepada wilayah-wilayah tertentu. (Dasar pecah

dan perintah) Sebagai contoh, kerajaan Moghul yang diasaskan pada abad 16 Masihi

telah diambil alih kuasa politik sepenuhnya oleh kerajaan Inggeris. Begitu juga

Perancis telah menakluk Algeria dan Sahara, termasuk Malaysia pernah dijajah oleh

berbagai-bagai kuasa asing. Sehingga kini, walaupun penjajahan sudah berakhir,

namun kesan-kesan penjajahan terutama dari aspek psikologi dan intelektual masih

ketara. Jiwa anak bangsa terus dijajah.

Seorang sarjana Islam, Khurshid Ahmad mengatakan bahawa penjajah berselindung di

sebalik cogan kata


(7)

(8)

8

Allama Muhamad Iqbal seorang ahli falsafah Islam yang telah menyelami pendidikan

Barat telah menukilkan dalam sajak beliau:


(9)

9


(10)

10

pula banyak berlaku pertembungan tidak sihat sehingga melahirkan berbagai-bagai

ideologi yang mempertikaikan kesahihannya.

Ideologi yang terdapat unsur ajaran menyeleweng ini dibawa masuk ke dalam

pemikiran masyarakat Islam sama ada secara sedar atau tidak sedar. Kesannya ia

dapat menjauhkan mereka yang kurang mendalami ajaran Islam untuk menolak Islam

dengan mudah. Contoh, seperti golongan muktazilah, golongan wahabi dan

sebagainya berjaya memecah belahkan umat Islam. Mereka saling mempertahankan

ideologi masing-masing dengan pelbagai alasan dan hujah.

Ideologi ini terbahagi kepada tiga kategori. Pertama, mereka yang mengkaji dan

mengamalkan Islam. Kedua, mereka yang tidak faham langsung dan jahil tentang

Islam, dan ketiga, mereka yang jahil murakkab (tidak sedar dirinya jahil) tetapi mahu

bercakap mengenai Islam.

Terhadap golongan kedua dan ketiga, kesan pemikiran dan ideologi amat merbahaya

untuk masyarakat Islam. Mereka seringkali dilihat sebagai golongan perosak agama

serta memecah belahkan umat Islam kerana jahil murakkab yang menebal. Selain itu,

kesan daripada ideologi sesat ini meresap masuk ke dalam urusan kehidupan umat

Islam seharian. Antara kesan yang nyata ialah mereka membahagikan urusan

keduniaan dan urusan ibadah secara berasingan. Urusan pentadbiran dipisahkan

dalam Islam. Sepatutnya, Islam itu satu cara hidup yang lengkap dalam seluruh aspek

kehidupan manusia.

Selain dari itu, terdapat juga ideologi yang giat mengembangkan pengaruh dalam

masayrakat. Antaranya ideologi Lions Club berfahaman seperti freemason. Mereka

berselindung di sebalik nama persaudaraan, keamanan dan sebagainya. Ideologi

freemason dipelopori oleh bangsa Yahudi bertujuan untuk menguasai bangsa lain.

Selanjutnya diterangkan kesan ideologi ke atas masyarakat Islam dengan lebih jelas

seperti di bawah.

A. Kesan Ideologi Sekularisme

1. Memisahkan Islam dan politik. Mereka mendakwa bahawa Islam adalah agama

yang bersih dan politik adalah kotor. Kerana itu, Islam dan politik tidak boleh

dicampurkan kedua-duanya sekali dalam satu masa. Dari pandangan Islam, Islam

membentuk politik menjadi bersih kerana Islam sukakan bersih, cekap, amanah,


(11)

11

toleransi, telus dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Islam menentang

kekotoran, penindasan dan sebarang bentuk penipuan.

2. Sekularisme juga menghalang perlaksanaan hukum-hukum perundangan Islam

atau Syar


(12)

12

4. Menjadikan jurang pendapatan rakyat tidak selaras. Golongan orang miskin

bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya.

5. Golongan ini sentiasa memperjuangkan kebebasan dalam beragama, kebebasan

menyuarakan pendapat, kebebasan pemilikan harta benda berpandukan sistem

kapitalis, kebebasan dalam tingkah laku, pakaian dan sebagainya.

D. Kesan Ideologi Komunisme

1. Fahaman komunisme bercanggah dengan akidah Islam yang boleh membawa

umat Islam ke arah kemunduran. Mereka mengingkari kewujudan Allah, perkara

ghaib serta hari kiamat.

2. Ideologi komunis ini bersifat tidak berperikemanusiaan. Pemimpin ideologi ini

memeras keringat rakyat dan merampas harta milik mereka. Pemimpin

masyarakat membuat peraturan dan rakyat dikehendaki mengikut tanpa

pertikaian. Rakyat bekerja untuk kepentingan negara sahaja.

E. Kesan Ideologi Sosialisme

1. Menjadikan kebendaan sebagai matlamat utama dalam hidup serta menjauhkan

agama Islam daripada terlibat secara aktif. Tidak wujud persoalan Halal dan

Haram, yang wujud hanyalah untung dan rugi.

2. Merampas hak-hak orang perseorangan dan mempertikaikan kebebasan mereka,

malah seringkali berlaku penipuan dan salahguna kuasa dalam urusan

mengendalikan hak milik umum.

3. Menghapuskan semangat tolong menolong dan bekerjasama dalam masyarakat.

4. Dalam konteks akidah, mereka menerapkan bahawa mempercayai semua alam

semesta, manusia dan kehidupan merupakan material yang sifatnya berkembang

melalui evolusi masing-masing. Contoh, adanya hubungan jenis antara lelaki dan

wanita melahirkan anak.

5. Golongan ini menafikan ciptaan dan kekuasaan Allah terhadap makluk.

6. Keperluan agama hanyalah bersifat hiasan/tampalan hidup semata-mata, bukan

sebagai suatu cara hidup.

F. Kesan Ideologi Demokrasi

1. Rakyat berhak menentukan corak politik dan pemerintahan negara. Rakyat juga

berhak menurunkan kembali kekuasaan itu dengan mengadakan pemilihan

kepimpinan baru termasuk mengubah peraturan yang sesuai dengan kehendak

rakyat.


(13)

13

2. Rakyat bebas memilih agama masing-masing, bebas memiliki hak kepunyaan

harta, bebas dalam tingkah laku dan bebas bersuara.

3. Ideologi ini dilihat seringkali mencampur aduk antara ideologi kapitalis dan

ideologi sosialisme sebagai usaha untuk menutup beberapa kelemahan yang

ada pada sistem itu. Contoh, mewujudkan sistem keadilan sosial atau sistem

kesejahteraan negara agar tidak menimbulkan masalah sosial dalam

masyarakat.

6.

TERBAIK ADALAH IDEOLOGI ISLAM

Dalam konteks akidah Islam, penganutnya hendaklah mengesakan Allah,

mengagungkan Allah sebagai pencipta alam ini, menyembah Allah yang menguasai

langit dan bumi, memuji Allah yang menguasai serta mengetahui alam ghaib dan alam

nyata, pentadbir semesta alam dan pengatur bagi sesuatu yang dicipta-Nya.

Orang-orang yang diberikan pemikiran yang sihat diminta supaya memperhati dan

memikirkan kejadian alam yang indah, lautan yang terbentang luas, gunung-ganang

yang tersergam indah, langit biru tanpa tiang yang kukuh, edaran bulan dan matahari

mengikut orbitnya 12 jam siang dan 12 jam malam, jarak matahari dengan bumi yang

sesuai dengan suhu kepanasannya dan sebagainya. Semuanya ini menunjukkan

kekuasaan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh manusia.

Bolehkah manusia berbuat sesuatu tanpa bantuan dari Allah? Bolehkah manusia

membina bangunan pencakar langit tanpa adanya ilmu dan kemahiran yang tinggi bagi

melaksanakan-nya tanpa adanya pertolongan dari Allah? Semuanya tidak akan

berjaya tanpa sifat pemurah Allah ke atas hamba-Nya yang cukup lemah dalam segala

hal. Dari sekecil-kecil urusan hinggalah kepada urusan yang sebesar-besar urusan,

manusia tidak dapat mengurus tadbir tanpa kudrat dan iradah Allah.

Jadi, adalah mustahil manusia yang hidup di atas muka bumi Allah ini tidak mengakui

dan mengesakan Penciptanya. Ideologi yang mereka cipta itu adalah bersifat

sementara sahaja. Kenapa tidak memilih ideologi Islam yang lengkap untuk seluruh

hidup manusia. Islam adalah penyelamat ummah. Islam memperkenalkan sistem

ekonomi Islam (mu


(14)

14

Manusia boleh menggubal atau meminda ndang-undang yang berkaitan peraturan

semasa seperti menentukan peraturan trafik sama ada di jalan raya atau sebagainya.

Namun, undang-undang yang berkaitan hukum syarak, hanya Allah sahajalah yang

mengetahui baik buruknya terhadap keperluan manusia. Justeru, manusia tiada berhak

untuk mempersoalkan sejauh mana keberkesanannya atau sesuaikah hukum Allah

dilaksanakan dalam masyarakat masa kini yang sangat meruncing.

7. PENUTUP

Berdasarkan penjelasan di atas, dapatlah difahami bahawa kini terdapat berbagai

ideologi dan sistem yang wujud berasaskan fikiran dan nafsu manusia yang menebal

dalam masyarakat masa kini. Semua ideologi tersebut dilihat tidak membawa kebaikan

kepada semua pihak kerana terdapat pelbagai kelemahan. Sebaliknya jika dilihat dari

ideologi Islam, ianya membawa kesejahteraan kepada semua orang. Kerana matlamat

hidup manusia ialah untuk mendapat kebahagian dan kesejahteraan. Jadi, sebagai

pilihan terbaik, ideologi Islam adalah amat sesuai dan releven untuk semua lapisan

masyarakat.

Oleh itu, sebagai umat Islam hendaklah berusaha menyampaikan dakwah kepada

semua orang tanpa mengira status, pangkat, fahaman politik dan sebagai. Mereka

diseru supaya tidak terpengaruh dengan ideologi asing yang disebarkan oleh

musuh-musuh Islam dalam pelbagai bentuk dan strategi. Sebaliknya dekatilah para alim ulama

pada setiap waktu dan ketika. Jangan memusuhi atau sakiti mereka kerana ulama

menunjuk jalan ke arah kebaikan dan keamanan sejagat. Wa al-Allah hu a


(15)

15

Bahan Rujukan

A. Hashimy, (1968) Menaklukkan Dunia Islam, Surabaya.

Abdul Hadi Awang, (2009) Fahaman dan Ideologi Umat Islam, Gombak : Penerbit PTS.

Azlan Khalili bin Shamsudin, (1994) Islam Dan Tentangan Budaya Barat, Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa & Pustaka.

Al-Hajrasyi, Fuad (1999) Hasan al-Banna Hamil Liwa

al-Dakwah fi al-Qarn al-Isyrin. Kaherah

: Dar al-Tabi


(16)

16

Kuala Lumpur : Jundi Resources.

Rusydi Alias & Nor Saleha Mohd. Salleh, (2010)

Pemikiran al-Banna dan Ideologi Barat:

Pertembungan Dua Agenda. Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna dalam Melakar

Agenda Bangsa di UNITEN, Bandar Baru Bangi, pada 30 Jan 2010, anjuran Ikatan

Muslimin Malaysia.

Taha, Anis Malik, (2005) Al-Ta

adudiah al-Diniyah: Ru

yah Islamiah, Gombak : Unversiti

Islam Antarabangsa Malaysia.

Teuku Iskandar, Dr. (1985),

Kamus Dwibahasa, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Ugi Suharto, (2007) Pemikiran Islam Liberal, Shah Alam : Dewan Pustaka Fajar.

Artikel ini disediakan oleh :


(1)

11

toleransi, telus dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Islam menentang kekotoran, penindasan dan sebarang bentuk penipuan.

2. Sekularisme juga menghalang perlaksanaan hukum-hukum perundangan Islam atau Syar


(2)

12

4. Menjadikan jurang pendapatan rakyat tidak selaras. Golongan orang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya.

5. Golongan ini sentiasa memperjuangkan kebebasan dalam beragama, kebebasan menyuarakan pendapat, kebebasan pemilikan harta benda berpandukan sistem kapitalis, kebebasan dalam tingkah laku, pakaian dan sebagainya.

D. Kesan Ideologi Komunisme

1. Fahaman komunisme bercanggah dengan akidah Islam yang boleh membawa umat Islam ke arah kemunduran. Mereka mengingkari kewujudan Allah, perkara ghaib serta hari kiamat.

2. Ideologi komunis ini bersifat tidak berperikemanusiaan. Pemimpin ideologi ini memeras keringat rakyat dan merampas harta milik mereka. Pemimpin masyarakat membuat peraturan dan rakyat dikehendaki mengikut tanpa pertikaian. Rakyat bekerja untuk kepentingan negara sahaja.

E. Kesan Ideologi Sosialisme

1. Menjadikan kebendaan sebagai matlamat utama dalam hidup serta menjauhkan agama Islam daripada terlibat secara aktif. Tidak wujud persoalan Halal dan Haram, yang wujud hanyalah untung dan rugi.

2. Merampas hak-hak orang perseorangan dan mempertikaikan kebebasan mereka, malah seringkali berlaku penipuan dan salahguna kuasa dalam urusan mengendalikan hak milik umum.

3. Menghapuskan semangat tolong menolong dan bekerjasama dalam masyarakat. 4. Dalam konteks akidah, mereka menerapkan bahawa mempercayai semua alam

semesta, manusia dan kehidupan merupakan material yang sifatnya berkembang melalui evolusi masing-masing. Contoh, adanya hubungan jenis antara lelaki dan wanita melahirkan anak.

5. Golongan ini menafikan ciptaan dan kekuasaan Allah terhadap makluk.

6. Keperluan agama hanyalah bersifat hiasan/tampalan hidup semata-mata, bukan sebagai suatu cara hidup.

F. Kesan Ideologi Demokrasi

1. Rakyat berhak menentukan corak politik dan pemerintahan negara. Rakyat juga berhak menurunkan kembali kekuasaan itu dengan mengadakan pemilihan kepimpinan baru termasuk mengubah peraturan yang sesuai dengan kehendak rakyat.


(3)

13

2. Rakyat bebas memilih agama masing-masing, bebas memiliki hak kepunyaan harta, bebas dalam tingkah laku dan bebas bersuara.

3. Ideologi ini dilihat seringkali mencampur aduk antara ideologi kapitalis dan ideologi sosialisme sebagai usaha untuk menutup beberapa kelemahan yang ada pada sistem itu. Contoh, mewujudkan sistem keadilan sosial atau sistem kesejahteraan negara agar tidak menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat.

6. TERBAIK ADALAH IDEOLOGI ISLAM

Dalam konteks akidah Islam, penganutnya hendaklah mengesakan Allah, mengagungkan Allah sebagai pencipta alam ini, menyembah Allah yang menguasai langit dan bumi, memuji Allah yang menguasai serta mengetahui alam ghaib dan alam nyata, pentadbir semesta alam dan pengatur bagi sesuatu yang dicipta-Nya.

Orang-orang yang diberikan pemikiran yang sihat diminta supaya memperhati dan memikirkan kejadian alam yang indah, lautan yang terbentang luas, gunung-ganang yang tersergam indah, langit biru tanpa tiang yang kukuh, edaran bulan dan matahari mengikut orbitnya 12 jam siang dan 12 jam malam, jarak matahari dengan bumi yang sesuai dengan suhu kepanasannya dan sebagainya. Semuanya ini menunjukkan kekuasaan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh manusia.

Bolehkah manusia berbuat sesuatu tanpa bantuan dari Allah? Bolehkah manusia membina bangunan pencakar langit tanpa adanya ilmu dan kemahiran yang tinggi bagi melaksanakan-nya tanpa adanya pertolongan dari Allah? Semuanya tidak akan berjaya tanpa sifat pemurah Allah ke atas hamba-Nya yang cukup lemah dalam segala hal. Dari sekecil-kecil urusan hinggalah kepada urusan yang sebesar-besar urusan, manusia tidak dapat mengurus tadbir tanpa kudrat dan iradah Allah.

Jadi, adalah mustahil manusia yang hidup di atas muka bumi Allah ini tidak mengakui dan mengesakan Penciptanya. Ideologi yang mereka cipta itu adalah bersifat sementara sahaja. Kenapa tidak memilih ideologi Islam yang lengkap untuk seluruh hidup manusia. Islam adalah penyelamat ummah. Islam memperkenalkan sistem ekonomi Islam (mu


(4)

14

Manusia boleh menggubal atau meminda ndang-undang yang berkaitan peraturan semasa seperti menentukan peraturan trafik sama ada di jalan raya atau sebagainya. Namun, undang-undang yang berkaitan hukum syarak, hanya Allah sahajalah yang mengetahui baik buruknya terhadap keperluan manusia. Justeru, manusia tiada berhak untuk mempersoalkan sejauh mana keberkesanannya atau sesuaikah hukum Allah dilaksanakan dalam masyarakat masa kini yang sangat meruncing.

7. PENUTUP

Berdasarkan penjelasan di atas, dapatlah difahami bahawa kini terdapat berbagai ideologi dan sistem yang wujud berasaskan fikiran dan nafsu manusia yang menebal dalam masyarakat masa kini. Semua ideologi tersebut dilihat tidak membawa kebaikan kepada semua pihak kerana terdapat pelbagai kelemahan. Sebaliknya jika dilihat dari ideologi Islam, ianya membawa kesejahteraan kepada semua orang. Kerana matlamat hidup manusia ialah untuk mendapat kebahagian dan kesejahteraan. Jadi, sebagai pilihan terbaik, ideologi Islam adalah amat sesuai dan releven untuk semua lapisan masyarakat.

Oleh itu, sebagai umat Islam hendaklah berusaha menyampaikan dakwah kepada semua orang tanpa mengira status, pangkat, fahaman politik dan sebagai. Mereka diseru supaya tidak terpengaruh dengan ideologi asing yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam dalam pelbagai bentuk dan strategi. Sebaliknya dekatilah para alim ulama pada setiap waktu dan ketika. Jangan memusuhi atau sakiti mereka kerana ulama menunjuk jalan ke arah kebaikan dan keamanan sejagat. Wa al-Allah hu a


(5)

15

Bahan Rujukan

A. Hashimy, (1968) Menaklukkan Dunia Islam, Surabaya.

Abdul Hadi Awang, (2009) Fahaman dan Ideologi Umat Islam, Gombak : Penerbit PTS. Azlan Khalili bin Shamsudin, (1994) Islam Dan Tentangan Budaya Barat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Al-Hajrasyi, Fuad (1999) Hasan al-Banna Hamil Liwa’ al-Dakwah fi al-Qarn al-Isyrin. Kaherah : Dar al-Tabi


(6)

16 Kuala Lumpur : Jundi Resources.

Rusydi Alias & Nor Saleha Mohd. Salleh, (2010) Pemikiran al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Dua Agenda. Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna dalam Melakar Agenda Bangsa di UNITEN, Bandar Baru Bangi, pada 30 Jan 2010, anjuran Ikatan Muslimin Malaysia.

Taha, Anis Malik, (2005) Al-Ta’adudiah al-Diniyah: Ru’yah Islamiah, Gombak : Unversiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Teuku Iskandar, Dr. (1985), Kamus Dwibahasa, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ugi Suharto, (2007) Pemikiran Islam Liberal, Shah Alam : Dewan Pustaka Fajar.

Artikel ini disediakan oleh :