Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran. docx

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Secara keseluruhannya, objektif pengajaran saya pada hari tersebut telah mencapai
objektifnya. 70% daripada murid telah dapat memainkan penjarian not rekoder
dengan baik manakala 30% lagi dapat melakukan penjarian not dengan bimbingan
guru.
Kekuatan
Saya akui, subjek Pendidikan Muzik sangat digemari oleh murid-murid kerana ia
menggabungkan aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat perkusi dan rekoder.
Penggunaan teknologi maklumat (power point) dalam persembahan set induksi
menarik minat murid untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Penggunaan power point
juga telah memudahkan pemahaman murid ketika mereka melakukan penjarian not
rekoder.

Kelemahan
Tiada kelemahan yang ketara dikenalpasti semasa sesi pengajaran. Cuma terdapat
3 orang pelajar yang perlukan bantuan kerana mereka masih belum dapat
menghafal penjarian not rekoder.

Cara mengatasi kelemahan
Guru membimbing murid-murid untuk melakukan penjarian not yang betul. Di
samping itu, rakan-rakan yang dapat melakukan penjarian not yang betul juga

digunakan untuk membantu murid-murid yang belum dapat menguasai penjarian not
tersebut.

http://zul9990.blogspot.com/2012/01/pengenalan-konsep-seni-dalampendidkan.html