Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran. doc

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Berdasarkan

keputusan Peperiksaan Pertengahan Semester 1 dan Borang Data

Ujian Pelepasan 1, menunjukkan bahawa peratus perolehan markah murid tahun
1 Gemilang adalah sederhana dan kurang memuaskan. Analisa pemarkahan
telah menunjukkan hanya 11 orang murid lulus dalam kemahiran membaca
daripada 26 orang murid. Perolehan markah tertinggi hanya sekitar 45 %. Tahap
penguasaan membaca adalah lemah. Latar belakang pekerjaan ibubapa secara
purata bekerja sebagai penoreh yang miskin. Amalan membaca sebagai satu
hobi sangat kurang.
Pemerhatian yang dijalankan melalui keputusan peperiksaan semester 1 dan
ujian, kerja rumah dan juga cara mereka menyelesaikan soalan yang diberi
guru semasa proses pengajaran di dalam kelas memang dapat dikenalpasti
mereka

menghadapi

masalah


semasa

mempelajari

mata

pelajaran

Bahasa

Melayu. Kelemahan mereka ini bertambah ketara dengan sikap mereka yang
selalu tidak ambil peduli ( buat kerja sambil lewa ) terutama terhadap
pengajaran guru di dalam kelas.
Sewaktu menyemak kerja latihan murid, pengkaji mendapati murid-murid ini
tidak menjawab hampir keseluruhan soalan yang disediakan. Apabila bertanya
kepada murid akan hal ini, jawapan yang diterima

‘saya tidak tahu’ atau

sekadar tanda syarat seperti menggaru kepala, diam dan sebagainya.


1

Murid-murid ini juga mempunyai motivasi diri yang rendah dan sudah terbiasa
dengan label yang diberi guru dan rakan lain sebagai ‘murid lemah’ .
Kebanyakan mereka memiliki perasaan rendah diri dan tidak pernah diberi
peluang

oleh

guru

untuk

menceburkan

diri

dalam


apa-apa

pertandingan

berbentuk ilmiah seperti bercerita, syarahan dan sebagainya.
Daripada refleksi di atas, pengkaji membuat kesimpulan bahawa kelemahan
murid-murid ini di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah merangkumi
aspek kurang menguasai kemahiran asas dan sikap mereka. Sikap ambil mudah
dan sambil lewa semasa pengajaran guru menjadi faktor penyumbang terhadap
kelemahan mereka menguasai kemahiran membaca.

2

BAB 1
PENGENALAN
Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan
insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara.
Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras

dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid
berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu,
melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Di antara semua kemahiran di dalam kurikulum sekolah rendah, bacaan
merupakan perkara yang diutamakan. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap
oleh masyarakat sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi
dan sosial, malahan sistem persekolahan itu sendiri menganggap bahawa kebolehan
membaca amat penting sebagai asas bagi seseorang itu terus meningkat di alam
persekolahan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi
Prof. Dr. Amir Awang (1981) telah merumuskan kepentingan membaca dari beberapa
segi, iaitu untuk kegiatan hidup sehari-hari, kemajuan di sekolah, rekreasi atau
estatika, pelarasan kendiri dan sosial serta kewarganegaraan.

3

Dr. Hanafi Mohamed Kamal (1994) berpendapat kehidupan seseorang tidak akan
sempurna sekiranya tidak berupaya membaca. Memandangkan kebolehan membaca
merupakan satu aspek penting dalam mewarnai kehidupan seseorang pelajar, maka
masalah ini perlulah diambil tindakan segera.

Di antara perkara-perkara yang perlu diberi penekanan dalam pengajaran
kemahiran

membaca

ialah

pengajaran

berasaskan

phonem,

pengajaran

berpusatkan kepada guru dan murid, penggunaan bahan bantu mengajar yang
efektif, interaksi antara murid

secara aktif , kepelbagaian kaedah pengajaran


serta penekanan kepada kerja berkumpulan.
Memang tidak terlewat untuk kanak-kanak belajar membaca ketika di Tahun Satu,
tetapi dengan saiz kelas yang besar dan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pihak
guru dan sekolah, akan berlaku bimbingan membaca yang tidak sempurna . Ini
bererti, kanak-kanak yang lemah membaca mungkin kekal lemah ketika berada di
sekolah rendah
Kesimpulannya kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting diperoleh
walaupun kanak-kanak masih di peringkat prasekolah. Kanak-kanak yang sudah
boleh membaca ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan
perbendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali sebelum
memasuki Tahun Satu berada dalam kedudukan yang lebih selesa dan menyakinkan
jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak menguasainya.

4

1.1: Pernyataan masalah kajian
Sememangnya

terdapat


berbagai-bagai

masalah

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah. Walaupun masalahmasalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah
dikatakan unik, namun terdapat beberapa masalah umum yang dihadapi oleh
guru-guru dan murid-murid sekolah rendah yang berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran. Masalah-masalah ini dapat ditinjau dari sudut pandangan
linguistik dan bukan linguistik.
Seperti mana yang diketahui umum murid-murid di dalam sesebuah kelas
berbeza dari segi intelek , jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat,
dan sebagainya. Oleh yang demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga
berbeza. Di dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaanperbezaan ini sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru.
Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat, guru

terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka.
Dalam keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang
rendah tentu tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya
murid-murid

ini

ketinggalan

di

belakang

kerana

tidak

dapat

menguasai


kemahiran-kemahiran asas khasnya kebolehan membaca.

5

Masalah murid-murid dalam pembelajaran bahasa memang tidak dapat dinafikan
Salah satu daripada masalah pembelajaran murid-murid ialah lambat menguasai
sesuatu

kemahiran

bahasa

khasnya

kemahiran

membaca.

Perkara


ini

berkemungkinan disebabkan oleh strategi pengajaran guru yang tidak sesuai,
kurangnya penggunaan alat bantu mengajar atau kurang latihan dan pengukuhan
bahasa itu sendiri.
Sikap

murid-murid

mempengaruhi masalah

sendiri

juga

merupakan

pembelajaran.


Sikap

salah

satu

murid-murid

faktor

Melayu

yang

terhadap

bahasa Melayu yang dianggap mudah oleh mereka menyebabkan mereka kurang
serius mempelajarinya. Akibatnya, penguasaan kemahiran bahasa mereka rendah.
Bagi murid-murid bukan Melayu pula, setengah-setengah daripada mereka
menganggap

mempelajari

bahasa

Melayu

tersangat

sukar.

Dengan

itu ,

sesetengah murid bukan Melayu menganggap mempelajari bahasa Melayu itu
susah maka mereka langsung tidak mahu mempelajarinya dan menyebabkan
mereka gagal.
Pekeliling ikhtisas Bil 4/1986 ada menyatakan:
“Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat
mereka terhadap mata pelajaran yang dipelajari, mempunyai hubungan rapat
dengan kebolehan dan keberkesanan guru mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi
mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat
pencapaian akedemik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.”

6

Kebanyakan pelajar bermasalah bacaan menunjukkan tindakbalas seperti

kurang

penumpuan, gelisah, ponteng, takut pada situasi baru, gagap, selalu membuang
air, mengacau orang lain, tidak tenang di kerusi, menggigit kuku dan lambat
untuk menyiapkan kerja.
Ada kadapatan faktor tambahan lain yang menjadi punca ramai pelajar lemah
dalam bacaan . Antaranya ialah pergerakan mata mereka lambat dan tidak
mempunyai penumpuan perhatian semasa membaca. Keadaan akan lebih kritikal
jika murid-murid tersebut belum dapat menguasai abjad sepenuhnya. Terdapat di
kalangan waris sendiri yang kurang mahir dalam bacaan. Ini menjadikan
ibubapa tiada kebolehan dalam aspek membimbing anak-anak membaca. Selain
dari kesuntukan masa kerana tugas-tugas harian, ada ibubapa yang tiada
berkemampuan menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak kerana kesempitan
hidup.
Terdapat ibubapa yang sukar memberi bimbingan di rumah kerana tidak pasti
bahan

bacaan

yang

sesuai

untuk

anak-anak.

Dalam

tahun

1980,

Pusat

Perkembangan Kurikulum pula telah melaporkan bahawa tahap pencapaian
pembacaan dan penulisan adalah tidak memuaskan. Menyedari hakikat ini,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk
menangani masalah tersebut. Salah satu daripadanya ialah memberi penekanan
kepada penguasaan kemahiran asas 3m iaitu membaca, menulis dan mengira.
Kemahiran ini terangkum dalam kurikulum baru yang lebih dikenali dengan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR 1982.)

7

Antara objektif utama KBSR ialah untuk membolehkan seseorang murid
mencapai

suatu tahap menulis

dan membaca

yang

memuaskan. Dengan

pengajaran dan bimbingan yang sempurna, seseorang murid adalah diharapkan
dapat menguasai kemahiran asas membaca, boleh membaca dengan lancar dan
memahaminya, kecuali seorang murid itu cacat penglihatan, lisan dan mental.
Pada amnya, setiap murid yang normal dapat diajar membaca. Dari segi
membaca, murid-murid mesti boleh membaca dengan kepantasan, intonasi dan
jeda yang sesuai serta dapat mengesan isi bacaan atau idea-idea penting yang
dibaca oleh mereka. Kemahiran-kemahiran yang dipentingkan ialah prabacaan,
bacaan mekanis dan bacaan dan kefahaman.
Golongan bermasalah pembelajaran yang tidak dapat membaca masih ramai. Ini
menggambarkan golongan ini masih tidak mampu menimba ilmu pengetahuan,
terpaksa membaca bahan bacaan yang masih susah, masih belum menguasai
kemahiran-kemahiran berbentuk mekanis dan kognitif seperti melihat, mengingat,
mendengar, membezakan dan menyebut bunyi huruf, suku kata, perkataan, frasa ayat
dan sebagainya sewaktu membaca dan tidak mampu memperluas pemikiran dan
meningkatkan daya kreatif dalam pelbagai bidang. Keadaan ini tidak sewajarnya
berlaku dalam proses pendidikan pada masa sekarang.

8

Antara masalah-masalah penguasaan kemahiran membaca yang sering kedapatan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu khasnya ialah masalah
mengenal bentuk huruf. Murid-murid seringkali keliru dengan huruf yang
hampir serupa, terbalik dan songsang. Contohnya ,huruf-huruf kecil yang
seakan-akan sama [ mn, hn, ft, ij, ce, nr, dan rt ] , huruf-huruf kecil yang
mempunyai bentuk terbalik [ un, wm, gb, dan hy], huruf-huruf kecil yang
berbentuk songsang [ bd, bp, dan pq].

Masalah lain ialah menyebut bunyi

huruf dengan tepat. Murid tidak boleh membezakan bunyi huruf yang seakanakan sama [ dt, bp, mn, dan sz]. Kesukaran untuk menyebut bunyi konsonan
bergabung [kh, ng, ny, sy].
Murid keliru dengan bunyi ‘ja’ dan ‘ga’, ‘gi’ dan ‘ ji’ seperti jadi disebut gali,
gigi disebut jiji. Masalah membaca huruf besar yang seakan-akan sama seperti
DP, IT, MN, dan EF. Begitu juga dalam mengenal bentuk huruf besar yang
terbalik [NZ, MW, dan LT]. Kekeliruan dalam menamakan huruf besar dan
huruf kecil kerana bentuk yang berlainan .Contoh: [ Aa, Bb, Dd, Ee, Gg, Ll,
Qq, Rr].

Selain dari itu murid tidak boleh membatang suku kata dengan

betul. Mereka tidak boleh membezakan bunyi suku kata yang ada ‘e pepet’ dan
‘e teling’, Contohnya : perang, perang , sepak, sepak, telur atau telor. Dalam
hal yang sama, murid menghadapi masalah menyebut perkataan dengan betul
dan lancar.

9

Mereka boleh menyebut bunyi huruf tetapi tidak boleh menyebut bunyi
perkataan.
Contohnya: u – n – t – a =
Terdapat juga murid-murid yang tidak boleh membaca perkataan tanpa
menyebut bunyi huruf-huruf perkataan. Contoh: e-k-o-r = ekor
Walau pun pengkaji mengesan banyak masalah yang dihadapi, pengkaji
fokuskan kajian ini terhadap masalah penguasaan bacaan suku kata terbuka dan
tertutup khasnya bagi murid tahun 1. Melalui pemerhatian, antara kesan-kesan
dari masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid memperlihatkan
tanda-tanda seperti murid tidak boleh langsung membaca satu-satu huruf,
perkataan atau ayat. Murid tidak boleh menyebut bunyi huruf atau perkataan
dengan tepat.
Malahan murid tidak boleh membaca ayat dengan lancar. Murid mengambil
masa yang lama bagi membaca sesuatu ayat dengan menggunakan jari untuk
menunjukkan setiap perkataan sambil menggerakkan kepala dari kiri ke kanan ,
kemudian kanan ke kiri semasa membaca. Mereka kurang yakin semasa
membaca kerana membaca dengan suara yang perlahan. Ada kalanya mereka
membaca sambil menutup muka dengan buku.

10

1.2 : Soalan Penyelidikan / Kajian
Berdasarkan refleksi yang telah dilakukan, beberapa kesimpulan telah dibuat
tentang kelemahan murid dalam mengingat dan mengecam huruf-huruf. Perkara
ini berkemungkinan dipengaruhi oleh beberapa factor seperti tidak dapat
mengingat kekal ( retention of memory ) dan tiada pengecaman dalam
penguasaan mengenal huruf-huruf.
Hal ini berlaku disebabkan mereka kurang membuat ulangkaji pelajaran Bahasa
Melayu dan tidak ada aktiviti-aktiviti sokongan atau pengukuhan. Kajian ini
bertujuan untuk menerokai soalan-soalan berikut dan akan memberi tumpuan
kepada tiga aspek utama:1-

Tahap kebolehan membaca suku kata terbuka dan tertutup

2-

Masalah yang dihadapi oleh murid dalam ujian membaca suku kata
terbuka dan tertutup.

3-

Peranan ibubapa dan persekitaran keluarga dalam usaha menanam minat
membaca terhadap anak-anak.

11

1.3: Objektif Penyelidikan / kajian
Objektif Umum
1.

Murid-murid dapat mengenal abjad agar lebih mudah
menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka dan
suku kata tertutup.

Objektif Khusus
1.

Murid-murid dapat menunjukkan abjad dalam suku kata terbuka dan
tertutup yang disebut dengan betul.

2.

Murid-murid dapat membunyikan suku kata terbuka dan tertutup
yang ditunjuk dengan betul.

3.

Meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan perasaan tidak
dihargai di kalangan murid-murid lemah.

1.4: Kepentingan Penyelidikan / kajian
Tinjauan awal telah dijalankan terhadap masalah yang dikenal pasti. Kesukaran
murid untuk mengingati suku kata terbuka dan tertutup menerusi abjad yang
telah dipelajari adalah menjadi fokus utama dalam cadangan kajian penyelidik.
Murid-murid kerap kali menghadapi masalah tidak mengenal abjad yang mereka
baca. Mereka boleh membaca atau menyanyikan lagu ABC dengan baik tetapi
tidak kenal dengan abjad yang mereka baca atau lagukan .

12

Hasil daripada pemerhatian di dalam kelas dan latihan yang diberikan,
penyelidik dapati lebih daripada separuh

murid-murid kelas ini tidak dapat

mengingati

sebelumnya.

abjad yang

telah

di

ajar

Mereka

tidak

dapat

menunjukkan sesuatu abjad dengan betul apabila diarahkan dan rentetan dari itu
mereka tidak dapat menyelesaikan lembaran kerja yang disediakan dengan
betul. Mereka juga tidak dapat mengingati abjad yang telah diajar oleh guru.
Kanak-kanak ini sebahagian besarnya terdiri daripada mereka yang tidak
pernah menjejakkan kaki ke sekolah tadika sebelum ini. Mereka juga tidak
didedahkan kepada pengenalan abjad semasa berada di rumah. Jika masalah ini
tidak di atasi

daripada awal dan dibiarkan berterusan , proses pembelajaran

mereka seterusnya akan mengalami kesukaran kerana mengenal abjad adalah
asas dalam pembelajaran.

1.5: Batasan Penyelidikan / kajian
Kajian ini dilakukan di salah sebuah kelas tahun satu di Sekolah Kebangsaan
Padang Durian .
Jadual 1 :Kumpulan
Kaum
Melayu
Thai
Jumlah

Lelaki
5
2
7

sasaran
Perempuan
1
6
7

Jumlah
6
8
14

13

Tinjauan masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil satu tinjauan masalah telah
dilakukan oleh pengkaji pada 30 hb.Julai 2007 {Isnin} jam 8.00 pagi hingga
9.30 pagi waktu persekolahan berjalan. Antaranya ialah :
a. Mengkaji tingkah laku melalui pemerhatian secara langsung ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran.
b. Mengumpul maklumat hasil temu-bual dengan responden.
c. Menyemak rekod pencapaian markah Kertas Ujian Bulanan, Keputusan
peperiksaan dan Ujian Penapisan KIA 2M 2007.

Nama Pemerhati

:

Karimah Binti Abd. Halim

Tempat Pemerhatian

:

Kelas 1 Gemilang

Masa/ Jangka waktu pemerhatian

:

8.00-9.30 pagi [ 1 ½ jam ]

Responden

:

Murid-murid

Gemilang

[26

orang]
Jadual 2 : Pemerhatian
Item
Nota Pemerhatian
Tabiat murid sebelum masuk ke kelas Suka bercakap sesama rakan
Tabiat murid ketika guru masuk ke Kebanyakan murid bersedia
kelas
Reaksi

kehadiran
murid

mengajar

ketika

guru

guru

namun

akan

sekumpulan

kecil masih leka bercakap-cakap.
sedang Kebanyakan murid memberi tumpuan
tetapi sekumpulan kecil leka dengan

memerhati objek lain di persekitaran.
Reaksi murid ketika diminta menjawab Murid cerdas aktif menjawab soalan
soalan guru

guru

manakala

murid

kumpulan

14

Reaksi

murid

ketika

diberi

rumah
Tabiat

sasaran kurang sambutan.
kerja Murid
kumpulan
sasaran

tidak

menyiapkan kerja rumah yang diberi
murid

ketika

meninggalkan kelas.

guru

guru.
hendak Sebahagian

murid

menyiapkan

latihan

lagi

sudah

masih
tetapi

menyimpan

tekun

sebahgian
pensel

ke

dalam laci meja sekalipun latihan yang
diberi belum lagi siap.

15

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Tidak dapat dinafikan bahawa kebolehan membaca adalah amat penting dalam
mendapatkan ilmu pengetahuan . Kebolehan membaca membolehkan manusia
mengumpulkan ilmu pengetahuan daripada buku-buku ilmiah dan bahan-bahan
bacaan yang lain. Orang yang berilmu pengetahuan adalah orang yang luas
pembacaannya..

Salah satu usaha yang berlandaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan ialah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan
berkeupayaan

memberi

sumbangan

kepada

kemajuan

dan

kemakmuran

masyarakat dan negara.
Untuk mencapai cita-cita ini, rakyat mesti terlebih dahulu memperlengkapkan
diri dengan berbagai ilmu pengetahuan. Sehubungan dengan ini, cara yang
paling berkesan untuk memperoleh ilmu pengetahuan ialah dengan menguasai
kemahiran

membaca

dan

seterusnya

menanamkan

tabiat

suka

membaca.

Menurut kajian pakar-pakar bahasa, proses membaca meliputi:

16

Mengikut kajian pakar-pakar bahasa, proses membaca meliputi tiga peringkat
seperti rajah dalam rajah di bawah.:
Megenal labang-lambang huruf

Menterjemahkan lambang-lambang huruf kepada bunyi-bunyi bahasa

Memahami erti bunyi-bunyi bahasa

2.1

Proses membaca

Secara ringkas membaca bolehlah dimaksudkan sebagai memahamkan perkataanperkataan
dirumuskan

dalam

bentuk

sebagai

tulisan.

memahami

Oleh
isi

itu

kebolehan

kandungan

dalam

membaca
tulisan.

bolehlah
Kebolehan

melafazkan bunyi-bunyi bahasa sahaja tanpa memahami ertinya tidak boleh
dianggap sebagai membaca dalam erti kata yang sebenar. Kebolehan membaca
terhasil daripada proses pembelajaran. Oleh itu penguasaan kemahiran membaca
harus melalui satu proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Ramai murid gagal menguasai kemahiran membaca kerana mereka telah
diajarkan dengan cara pendekatan yang kurang sesuai. Kegagalan menguasai
kemahiran membaca tentu akan menjejaskan taraf pencapaian pelajaran mereka.

17

Murid-murid yang belum menguasai kemahiran membaca tidak akan boleh
memahami mata pelajaran yang mereka pelajari. Tambahan pula sifat minat
membaca telah tidak dapat dipupuk kerana kegagalan

menguasai kemahiran

membaca. Sesungguhnya, syarat utama untuk menanamkan sifat minat membaca
ialah menguasai kemahiran membaca terlebih dahulu. Dalam hal ini, guru boleh
memainkan peranan dengan mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai supaya murid-murid boleh menguasai kemahiran membaca dalam erti
kata yang sebenarnya.
Profesor Atan Long dalam tesisnya yang disiarkan dalam ‘Masalah Pendidikan’
menyarankan kaedah penggabungan vokal dan konsonan dan suku-suku kata
menjadi perkataan yang pada pendapatnya lebih berkesan daripada

kaedah

mengajar huruf demi huruf. Rasional penggunaan kaedah penggabungan adalah
kerana bahasa Melayu merupakan bahasa suku kata dan kaedah ini boleh
mempercepatkan proses penguasaan kemahiran membaca di sekolah-sekolah
rendah. Untuk memahami bunyi-bunyi bahasa, bahan-bahan pengajaran seperti
kad-kad gambar digunakan supaya murid-murid dapat mengaitkan pertalian di
antara lambang-lambang huruf, bunyi bahasa dan gambar.
Terdapat dua teori penting yang berkait dengan pembelajaran bahasa, iaitu teori
pembentukan kebiasaan dan teori kod kognitif. Teori pembentukan kebiasaan
mempunyai pertalian erat dengan teori mekanis, sedangkan teori pembentukan
kod kognitif mempunyai perhubungan rapat dengan teori mentalis.

18

Kamaruddin Hj.Husin juga menegaskan bahawa dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran bahasa ada terdapat dua teori penting yang berhubung dengan
pembelajaran. Pertama ialah teori pembentukan kebiasaan dan yang kedua ialah
teori pembelajaran kod-kognitif.

Teori pembentukan kebiasaan memandang

bahasa sebagai satu kegiatan mekanis, iaitu sebagai satu aktiviti fizikal sematamata. Teori ini menganggap faktor-faktor persekitaran sebagai rangsangan dan
tindak tanduk organisma pada rangsangan-rangsangan itu sebagai gerakbalas.
Teori ini cuba menunjukkan bahawa tingkahlaku ditentukan oleh faktor-faktor
luaran

seperti

ganjaran

yang

menguatkan

hubungan

rangsangan

dengan

gerakbalas. Teori pembelajaran ini menggunakan model berikut:

Latihan yang dikukuhkan

pembelajaran

perubahan tingkahlaku

Teori ini juga menyatakan bahawa latihan dan latih tubi pola perlu untuk
membentuk kebiasaan baru pada murid-murid. Teori pembelajaran kod-kognitif
menganggap pembelajaran bahasa sebagai satu proses pemikiran, iaitu satu
aktiviti mental dan satu kebolehan khas manusia secara semulajadi. Teori ini
berkait rapat dengan teori mentalis. Teori pembelajaran kod-kognitif melihat
pembelajaran bahasa sebagai satu proses mental dan mementingkan kesedaran
tentang pola-pola sintaksis, leksikal dan kemahiran bertulis ( bacaan dan
penulisan).

19

Kebolehan membaca merupakan satu tingkah laku manusia yang kompleks. Pada
asasnya, ia merupakan satu proses komun ikasi manusia dengan bahan bercetak .
Dalam proses tersebut, manusia mentafsir dan memberi makna kepada bahan tersebut
yang umumnya bahan bertulis. Kebolehan membaca yang menjadi fokus kajian ialah
kebolehan bacaan suku kata terbuka dan suku kata tertutup . Ia merujuk kepada
kebolehan mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup yang
dimiliki oleh kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan. Menurut Smith 1985,
kebolehan bacaan awal hendaklah dibezakan daripada kebolehan bacaan mahir.
Biasanya , ia dicirikan dengan bacaan yang kurang lancar , penguasaan
perbendaharaan bacaan yang rendah serta tahap automatisiti dari segi pengenalan
perkataan yang rendah .
Sinclair dan Papandrapoulau (1984) pula berpendapat bahawa kanak-kanak dalam
peringkat awal bacaan seharusnya boleh membaca ayat-ayat yang mudah di samping
boleh mempergunakan pengetahuan peraturan kesepadanan grafem fonem untuk
mendekod perkataan baru yang tidak dikenalinya. Membaca adalah sebahagian
daripada proses perhubungan. Ia juga adalah satu aktiviti yang melibatkan
pembelajaran sistem lambang bagi menentukan sesuatu bentuk pengalaman, idea,
emosi serta perkara-perkara lain yang terdapat dalam persekitaran. Tanpa penguasaan
kemahiran ini, individu itu dianggap ketinggalan dalam pelbagai perkara yang berada
di sekelilingnya. Dalam hal ini guru serta ibu bapa kanak-kanak ini memainkan
peranan

yang

amat

besar

bagi

membantu

mengatasi

keadaan

ini.

Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan sekitaran rumah dalam
pemerolehan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak.

20

Dalam kajiannya, Hansen (1969) telah menggabungkan empat faktor yang berkaitan
dengan persekitaran rumah. Faktor-faktor itu ialah bahan bacaan yang terdapat di
rumah, masa yang diperuntukkan untuk kanak-kanak membaca, masa untuk
bimbingan dan galakan membaca serta model yang baik untuk dicontohi oleh
kanak-kanak.

Keempat-empat faktor itu secara bergabung didapati lebih

mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca daripada secara berasingan. Sebagai
kesimpulan, faktor peranan ibu bapa dan persekitaran rumah merupakan faktor utama
dalam mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca. Ia merupakan faktor penentu
sama ada seseorang kanak-kanak akan menjadi pembaca yang berjaya atau
sebaliknya.
Membaca

adalah

asas

pembentukan

diri

ke

arah

mendapatkan

ilmu

pengetahuan. Membaca adalah proses yang aktif dan kemahiran bahasa yang
paling penting dikuasai pada peringkat awal. Penguasaan yang mantap dalam
kemahiran ini membantu pelajar dalam meneroka pengetahuan yang lebih
mendalam dan boleh mengungkapkan dimensi baru dalam berfikir. Ini kerana
membaca dan penguasaan ilmu pengetahuan mempunyai kaitan yang rapat dan
saling bergantungan. Mengikut Ward (1980) membaca melibatkan aktiviti fizikal
dan mental seperti pergerakan mata, tata bahasa, perbendaharaan kata, ejaan,
fonetik dan kefahaman intelektual. Definisi ini menunjukkan beberapa ciri yang
serupa

iaitu

ia

melibatkan

kefahaman,

proses

mental

dan

fizikal

serta

komunikasi di antara pembaca dan penulis.

21

Mengikut Bush and Guebner (1975) bacaan ialah tafsiran simbol tulisan,
memahami makna tulisan, penyerapan idea yang disembahkan oleh penulis dan
proses berfiki. Membaca dikatakan sebagai proses yang aktif bagi membina
makna daripada teks yang bertulis yang berkaitan dengan pengalaman

dan

pengetahuan pembaca. Matlamat utama dalam pengajaran membaca adalah
merangsang keupayaan pelajar berinteraksi dan memahami bahasa tulisan.
Membaca adalah bersifat dalaman, proses mental yang tidak dapat diperhatikan
ataupun dikaji secara terus.
Terdapat banyak huraian berkaitan takrif membaca. Menurut Harris dan Sipay,
1980 membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna
ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis. Proses membaca juga dikatakan
sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan
bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman
dan akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya.
Manakala bagi Smith dan Johnson (1980) pula, membaca adalah berteraskan
keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis dengan
tanggapan yang dibuat oleh pembaca. Di samping itu, Goodman (1973) pula
menyatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada
pembaca

mengamati

perkataan

yang

terdapat

dalam

teks

yang

dibaca

sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Ini
menunjukkan melalui proses itu, wujud interaksi antara bahasa

dengan

pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas.

22

Kita menggunakan bahasa bagi melahirkan pemikiran yang wujud dalam minda.
Keupayaan

penguasaan

membaca

bagi

membina

makna

sering

diberikan

penekanan supaya dapat meningkatkan penguasaan pemahaman membaca di
kalangan pelajar. Oleh itu, pemahaman membaca bukan sekadar menjawab
soalan pemahaman atau memahami makna beberapa kata atau rangkai kata
tetapi melibatkan proses mendapatkan makna teks dan strategi yang digunakan
bagi menjadikan pemahaman itu lebih mendalam.
Membaca menurut pandangan sains kognitif lebih menekankan aspek-aspek
yang berkaitan dengan aspek kognitifnya dalam menguasai mindanya bagi
tujuan menguasai proses membaca. Penguasaan membaca bergantung pada
kebiasaan pembaca dengan huruf, perkataan dan pola pengejaan. Membaca
adalah mendapatkan makna berdasarkan

kombinasi beberapa huruf. Membaca

adalah menungkapkan pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya.
Carrol (2002), bersetuju kemahiran membaca pada peringkat asas meliputi ilmu
mengenai bahasa yang dipelajari, keupayaan mengasingkan perkataan yang
diucapkan

dalam

komponen

bunyi,

keupayaan

mengenal

pasti

dan

mendeskriminasikan huruf, memahami prinsip membaca, memahami hubungan
antara huruf dengan bunyi, keupayaan mengenalpasti perkataan dengan isyarat
yang pelbagai seperti konteks, analogi, sintaksis, semantik atau bentuk huruf
dan keupayaan memahami teks.

23

Dalam

era

teknologi

maklumat,

kemahiran

membaca

masih

merupakan

keperluan asas untuk memperoleh dan menguasai pelbagai maklumat dan
pengetahuan. Selain daripada kebolehan membaca secara mekanis, kefahaman
memainkan peranan penting dalam pembacaan. Harris dan Hodges ( 1981 ),
mengenal pasti kefahaman sebagai kebolehan atau daya memahami dengan
sepenuhnya apa yang dibaca. Kefahaman merupakan satu proses mendapatkan
makna daripada komunikasi sama ada melalui lisan, tulisan atau simbol-simbol
yang

tertentu.

Ini

merangkumi

proses

mental

yang

kompleks

seperti

pengecaman perkataan, pemilihan makna yang sesuai, pembentukan generalisasi
dan penilaian.
Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca
walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang
mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang
mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa .
Kesimpulannya bagi memahami dan menguasai kemahiran membaca,
ataupun guru

boleh

ibu bapa

melatih kanak-kanak menguasai kemahiran itu melalui

mengenal huruf konsonan dan vokal. Semasa membaca dan membunyikan dua
suku kata ada baiknya dua suku kata itu diwarnakan. Guru boleh adakan
aktiviti latih tubi mengeja dan membaca dua suku kata. Selain itu guru boleh
gabungkan huruf konsonan - vokal - konsonan (KVK) dalam bacaan karangan
mudah bagi mendedahkan murid pada perkataan yang sukar dalam gabungan
konsonan

dan

vokal.

24

BAB 3
METODOLOGI
3.0 Merancang Tindakan
Semasa penyelidik merancang strategi pengajaran dan pembelajaran, penyelidik
memilih untuk menggunakan pendekatan berbentuk pembelajaran kooperatif
(cooperative learning ) yang juga dikenali sebagai Pembelajaran Kolaboratif
(collaborative Learning ) yang diperkenalkan oleh Spencer Kagan. Kaedah
kolaboratif ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di mana murid-murid
bekerjasama dalam kumpulan untuk meneroka / menjawab satu soalan penting
yang diberikan kepada mereka atau menghasilkan satu projek kreatif.
Seterusnya, kaedah kooperatif pula merupakan satu kaedah spesifik bagi kaedah
kolaboratif. Dalam kaedah kooperatiof, guru pula menentukan pengetahuan dan
kemahiran

yang

perlu

dipelajari

oleh

murid-murid.

Guru

juga

perlu

memberitahu mereka tentang cara bekerjasama dalam kumpulan kecil dan
melakukan aktiviti secara berstruktur. Selain itu semua murid hendaklah
bertanggungjawab ke atas pencapaian sama ada secara individu atau secara
berkumpulan, iaitu mereka perlu menolong antara satu sama lain.
Untuk menjayakan kaedah kooperatif, murid-murid perlu diberi tugas yang
mencabar

tetapi

yakin

dapat

melaksanakannya.

Kumpulan-kumpulan

yang

dibentuk hendaklah kecil supaya semua ahli dapat memberi sumbangan mereka.
Guru perlu memastikan penerangan yang jelas diberi kepada kumpulan tersebut.

25

Pastikan juga semua ahli kumpulan menghormati antara satu sama lain. Kaedah
kooperatif mempunyai beberapa kelebihan berbanding kaedah-kaedah lain, iaitu
ada rasa bantu membantu dalam meningkatkan rasa tanggungjawab bersama.
Murid-murid dapat belajar bersabar , kurang kritikal dan merasa belas kasihan
di antara mereka. Murid-murid menjadi lebih bertoleransi antara satu sama lain.
Mengikut kajian yang dilakukan di beberapa negara luar, kaedah pembelajaran
secara berkumpulan menjadi lebih berkesan kerana kaedah ini dapat membantu
murid-murid belajar di dalam satu suasana yang menarik dan berkesan. Selain
daripada itu, murid-murid yang lemah akan mendapat bimbingan daripada
rakan-rakan yang lain dan mereka akan membina self esteem pada diri mereka.
3.1: Rekabentuk Penyelidikan / kajian
3.1.1

Ujian menamakan huruf kecil
Instrumen kajian yang akan digunakan ialah untuk mengukur tahap
pengecaman

responden

dalam

mengenal

huruf –huruf

kecil

terdiri

daripada kad-kad huruf bergambar yang dipilih khusus untuk tahap
murid tahun satu.
3.1.2

Ujian menamakan huruf-huruf besar
Instrumen kajian ini digunakan untuk mengukur aras ingatan dan
pengecaman responden dalam mengenal huruf-huruf besar yang terdiri
dari kad-kad huruf bergambar.

26

3.1.3

Ujian membunyikan suku kata terbuka ( KV + KV )
Instrumen kajian ini khusus untuk mengukur penguasaan responden
dalam mengenal huruf dan membunyikan huruf-huruf yang terdapat
dalam suku kata terbuka tersebut. Ia terdiri dari kad-kad suku kata
terbuka bergambar.

3.1.4

Ujian membunyikan suku kata tertutup ( KVK )
Instrumen kajian ini digunakan untuk mengukur tahap penguasaan
responden dalam menguasai bacaan suku kata tertutup yang terdiri dari
kad-kad suku kata tertutup bergambar.

3.1.5

Ujian membunyikan suku kata terbuka dan tertutup ( KV + KVK )
Instrumen kajian ini digunakan untuk mengukur penguasaan responden
dalam mengenal huruf bagi membunyikan suku kata terbuka dan tertutup
yang terdiri daripada kad-kad suku kata terbuka dan tertutup bergambar.

3.1.6

Ujian membaca perkataan
Instrumen kajian ini digunakan untuk mengukur penguasaan responden
dalam menguasai kebolehan membaca suku kata terbuka dan tertutup
yang terdiri daripada kad-kad perkataan bergambar.

27

3.2

Persampelan
Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 14 orang murid tahun satu di
salah sebuah kelas di Sekolah Kebangsaan Padang Durian.
Jadual 3 : Persampelan

BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

SAMPEL
Murid Lelaki 1
Murid Lelaki 2
Murid Lelaki 3
Murid Lelaki 4
Murid Lelaki 5
Murid Lelaki 6
Murid Lelaki 7
Murid Perempuan
Murid Perempuan
Murid Perempuan
Murid Perempuan
Murid Perempuan
Murid Perempuan
Murid Perempuan

1
2
3
4
5
6
7

Masalah ditinjau dengan menemu bual responden untuk mengesan penguasaan
mereka dalam mempelajari atau mengulangkaji pelajaran Bahasa Melayu di
rumah. Temubual dilakukan pada waktu persekolahan iaitu pada hari Ahad
bersamaan 1 Julai 2007 jam 9.30 pagi di Kelas 1 Gemilang. Contoh soalan
yang dikemukakan kepada responden adalah seperti berikut:

Jadual 4 :

Soal selidik

28

1

Adakah anda mengulangkaji pelajaran Bahasa Melayu di rumah?

2

Jika ya, berapa kerapkali anda berbuat demikian?
1. Setiap hari
2. 3-5 hari dalam seminggu
3. 1-2 hari dalam seminggu

Jadual 5 :

Dapatan temu bual responden

Kekerapan

membaca

dan

membuat Bilangan

Peratus

ulangkaji

responden

Tiada langsung

11

76 %

1 - 2 hari dalam seminggu

1

7%

3 - 5 hari dalam seminggu

2

14 %

29

Setiap hari

0

0%

Jumlah

14

100 %

3.3 : Prosedur Pengumpulan Data
Sebelum

langkah-langkah

yang

seterusnya

diambil

satu

tinjauan

masalah

dilakukan melalui mengkaji tingkahlaku melalui pemerhatian secara langsung
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Maklumat dikumpul melalui hasil
temubual

dengan

responden

dan

semakan

dari

rekod

pencapaian

Ujian

Penapisan, Ujian Bulanan dan peperiksaan.
3.4 : Analisis Data
Hasil daripada pemerhatian di dapati hanya sebilangan kecil sahaja murid yang
tahu dan kenal dengan abjad, manakala sebahagian besar pula hanya menghafaz
susunan abjad tetapi tidak kenal dengan abjad yang mereka baca. Perincian
pencapaian murid dapat dilihat pada jadual berikut:

30

Jadual 6 : Kebolehan mengenal abjad responden sebelum kajian
Bil

Responden

Mengenal

Keputusan

Ujian

Ujian

abjad

Semester 1

Bulanan

Penapisan

D
D
D
D
C
D
A
A
D
E
C
D
C
D
D
A
B
D
D
D
A
A
D
A
A
A

8
12
11
8
61
33
74
65
31
10
55
5
40
6
31
80
76
12
18
23
89
90
15
95
98
98

KIA 2M
1
5
6
3
25
8
25
25
7
2
25
0
12
1
6
27
26
2
6
8
22
24
7
29
29
29

[Pemerhatian ]
1
Responden 1
2
Responden 2
3
Responden 3
4
Responden 4
5
Responden 5
6
Responden 6
7
Responden 7
8
Responden 8
9
Responden 9
10
Responden 10
11
Responden 11
12
Responden 12
13
Responden 13
14
Responden 14
15
Responden 15
16
Responden 16
17
Responden 17
18
Responden 18
19
Responden 19
20
Responden 20
21
Responden 21
22
Responden 22
23
Responden 23
24
Responden 24
25
Responden 25
26
Responden 26
Responden lelaki :

/
/
/
11 orang

Responden perempuan

:

/
/
/
/
/
/
/

/
/

15 orang

Analisis:
Kenal huruf

- 8 responden perempuan 4 responden lelaki [ 12 orang ]

Tidak kenal huruf

- 7 responden perempuan 7 responden lelaki [14 orang ]

31

3.5: Merancang Tindakan
Sebanyak enam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

telah dirancang bagi

membantu responden menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka dan
tertutup. Antara tindakan yang telah dirancang ialah:
Aktiviti 1
Pemerhatian awal semasa proses pengajaran dan pembelajaran mengenai abjad
dalam suku kata terbuka dan tertutup.
Aktiviti 2
Kerja individu
Murid menukar huruf kecil kepada huruf besar berdasarkan huruf-huruf yang
terdapat pada suku kata terbuka dan tertutup yang disediakan.
Aktiviti 3
Kerja individu
Murid memadan huruf besar dengan huruf kecil dalam suku kata terbuka dan
tertutup yang disediakan
Aktiviti 4
Kerja berkumpulan
Pertandingan mencari pasangan suku kata terbuka

supaya menjadi perkatan

bermakna.

32

Aktiviti 5
Kerja berkumpulan
Pertandingan membaca suku kata tertutup berdasarkan gambar antara kumpulan .
Aktiviti 6
Kerja berkumpulan
Pertandingan membaca perkataan yang mengandungi sukukata terbuka dan suku
kata tertutup berdasarkan gambar yang disediakan.
Bahan-bahan Yang Digunakan
Aktiviti 1 >

kad suku kata terbuka dan tertutup

Aktiviti 2 >

Lembaran kerja

Aktiviti 3 >

Lembaran kerja

Aktiviti 4 > kad-kad suku kata terbuka bergambar serta saguhati
Aktiviti 5 >

kad-kad suku kata tertutup bergambar serta saguhati

Aktiviti 6 > Kad-kad perkataan bergambar
RUMUSAN
Sebagai

rumusan

guru

memainkan

peranan

yang

penting

dalam

proses

kebolehan membaca. Oleh yang demikian guru perlu tahu faktor-faktor yang
menyumbang kepada proses kebolehan membaca dan kaedah-kaedah yang perlu
digunakan. Kearah objektif ini guru perlu tahu objektif Kurikulum Baru
Sekolah

Rendah (KBSR)

,

teori-teori

asas membaca

dan

mereka

perlu

mengukuhkan kemahiran-kemahiran pedagogi dalam kemahiran membaca.

33

BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.0

Pengenalan

Bab ini akan menganalisis data serta membuat laporan tentang dapatan kajian.
Statistik

deskriptif

digunakan

dalam

penganalisisan

data

dan

satu

skala

pemarkahan soal selidik telah ditetapkan untuk meninjau penguasaan responden
dalam kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup bagi semua
responden tahun satu .

4.1

Kaedah Mengutip Data

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap responden Tahun Satu
Gemilang, Sekolah Kebangsaan Padang Durian tahun 2009, didapati terdapat
beberapa perubahan yang positif berbanding sebelumnya. Ini menunjukkan
terdapat peningkatan yang baik dengan menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif ke atas sampel yang telah diambil.
Sebanyak

tiga

kaedah

yang

digunakan

untuk

memastikan

kaedah

yang

diperolehi akan lebih jelas bagi membezakan di antara pengajaran yang
dilakukan oleh pengkaji dapat memberikan kefahaman yang baik di kalangan
responden. Ia meliputi ujian pra, ujian pos dan borang kaji selidik.

34

4.2

Kajian responden

Jadual 7 : Profil responden kajian
Kumpulan
Eksperimen

Latar belakang
Etnik

Frekuensi

Peratus

Melayu

19

53%

Siam

14

39%

China

3

8%

Lelaki

19

53%

Perempuan

17

47%

36

100%

Jantina

Jumlah

35

Rajah 1 : Taburan responden

Kajian ini melibatkan seramai 36 orang responden Tahun 1 Gemilang di
sebuah sekolah luar bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Durian. Taburan
keseluruhan responden mengikut etnik ialah

8 orang responden lelaki Siam

( 22% ) . 10 orang responden lelaki Melayu ( 28% ) , 1 responden lelaki Cina
( 3% ), 6 orang responden perempuan Siam (17% ), 2 orang responden
perempuan Cina ( 6% ) manakala 9 orang lagi ialah responden perempuan
Melayu (25%). Taburan responden ini menunjukkan responden lelaki dan
perempuan Melayu adalah lebih ramai daripada responden lelaki dan perempuan
Siam. Manakala responden lelaki dan perempuan Cina adalah paling rendah
bilangannya berbanding responden Melayu dan Siam.

Rajah 2 : Taburan responden mengikut jantina
36

Taburan

responden dalam kumpulan

eksperimen ini mempunyai

bilangan

responden lelaki lebih ramai daripada responden perempuan. Responden lelaki
seramai 19 orang mewakili 53% , manakala responden perempuan seramai 17
orang mewakili 47%.

Rajah 3 : Kelancaran bacaan

37

4.3

Taburan responden berdasar pencapaian

Profil responden kajian akan dijelaskan dari segi jantina dan pencapaian mata
pelajaran Bahasa Melayu di dalam ujian KIA 2M dan ujian bulanan yang lepas.
Untuk

memudahkan

perbandingan,

pengkaji

telah

mengambil

keputusan

responden melalui Ujian KIA 2M pada awal Februari yang lepas. Dalam
pemerhatian awal menerusi aktiviti bacaan individu, pengkaji dapati 28% murid
lelaki tidak lancar dalam kemahiran membaca. Manakala murid perempuan
tiada masalah dalam menguasai kemahiran membaca perkataan dan ayat mudah.

Rajah 4 : Kebolehan mengenal huruf

38

Hasil pemerhatian dalam aktiviti pembelajaran Bahasa Melayu, pengkaji dapati
sebanyak 58% responden ini kenal huruf manakala selebih 42% lagi tidak
mengecam atau tidak kenal huruf dengan baik. Pengkaji dapati

responden

terkeliru pada huruf-huruf yang bunyi hampir sama seperti ‘b’, ‘d’, ‘t’, ‘p’,’r’, ‘n’
‘u’,’h’, ‘f’, ‘s’,‘g’ ‘y’ malahan terdapat juga responden yang tidak mengecam
huruf –huruf vokal ‘a, e , i , o , u ‘ dengan baik. Sebahagian lagi didapati tidak
dapat menulis huruf dengan cara yang betul semasa aktiviti menulis

39

Jadual 8 :

Jantina
Lelaki
Perempuan
Jumlah

Taburan responden mengikut tahap pencapaian Bahasa Melayu

A
2
9
11

Peratus
5
25
30

B
0
6
6

Peratus
0
17
17

C
4
2
6

Peratus
11
5
16

D
10
3
13

Peratus
28
8
36

Rajah 5 : Pencapaian Bahasa Melayu

Data pencapaian responden menunjukkan sebilangan besar darinya memerlukan
rawatan bagi membantu meningkatkan kebolehan menguasai kemahiran asas
membaca dan mengecam huruf.

4.4 Ujian Pra

40

Tujuan dilakukan ujian pra ialah untuk mendapatkan maklumat dan gambaran
pencapaian responden dalam aspek mengenalpasti aras kebolehan membaca suku
kata terbuka dan tertutup , perkataan dan ayat-ayat mudah dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Sebanyak dua set soalan diberikan kepada responden. Set
pertama mengandungi 20 soalan yang merangkumi kemahiran mengenal huruf
besar dan huruf kecil, melengkap perkataan dengan suku kata terbuka dan
tertutup serta melengkap ayat –ayat mudah berdasarkan perkataan yang telah
dipelajari. Soalan pra dilakukan kepada semua responden yang termasuk di
dalam sampel yang diambil. Masa yang diperuntukkan ialah selama satu jam.
Soalan ini dibahagikan kepada 4 bahagian dimana setiap satu bahagian
mempunyai 5 soalan.

Jadual 9 : Ujian Pra
Responden

Bah.1

Bah.2

Bah.3

Bah.4

Markah
41

Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36

5
5
5
2
3
2
1
2
2
2
2
1
2
2
2
3
2
2
2
2
4
5
5
5
5
5
5
5
5
3
2
5
3
2
3
2

5
5
5
3
2
2
2
1
3
2
3
2
2
2
3
2
3
2
2
4
5
5
5
5
5
5
5
5
5
2
2
4
3
2
3
2

2
3
3
0
1
2
1
2
1
0
0
2
1
2
0
2
2
2
1
2
0
3
4
4
4
4
5
4
5
0
1
3
0
2
0
3

3
3
4
2
2
1
0
0
0
1
2
1
2
0
1
1
0
1
1
3
1
4
5
5
5
3
5
4
5
1
0
2
1
0
1
2

75
80
85
35
40
35
20
25
30
25
35
30
35
30
30
40
35
35
30
55
50
85
95
95
95
85
100
90
100
30
25
70
35
30
35
45

42

4.5

Analisis Hasil Dapatan Dalam Ujian Pra

Jumlah soalan yang diuji di dalam ujian pra ini ialah sebanyak 20 soalan.
Pengkaji membahagikan soalan ini kepada empat bahagian yang utama di mana
ia meliputi kemahiran mengenal huruf kecil dan huruf besar, melengkapkan
perkataan dengan suku kata terbuka dan suku kata tertutup, menamakan gambar
dengan perkataan yang sesuai serta melengkapkan ayat mudah dengan perkataan
yang sesuai. Setiap bahagian mengandungi 5 soalan dimana pengkaji memilih
cara ini ialah untuk memastikan mereka dapat diukur berdasarkan standard
yang ditetapkan iaitu 40 markah.

Jadual 10 : Peratusan Lulus Dan Gagal Ujian Pra

Jantina
Lelaki
Perempuan
Jumlah

A
2
8
10

%
5
22
27

B
1
1
2

%
3
3
6

C
2
3
5

%
5
8
13

D
14
5
19

%
39
14
53

43

Rajah 6 : Peratus lulus dan gagal ujian pra

Berdasarkan ujian pra yang telah dijalankan selama sejam ke atas semua 36
orang responden, pengkaji dapati terdapat 5 orang dari responden lelaki yang
mewakili 14% sahaja yang lulus manakala seramai 12 orang responden
perempuan yang mewakili sebanyak 33% sahaja yang lulus. Keseluruhannya
ialah seramai 17 orang responden yang lulus mata pelajaran Bahasa Melayu
yang mewakili sebanyak 47%. Selebihnya 53% masih lagi gagal untuk
memenuhi standard yang telah ditetapkan.

44

4.6

Ujian pos

Selepas menjalankan ujian pra, pengkaji mendapati terdapat banyak kelemahan
di kalangan responden tahun 1 Gemilang , di Sekolah Kebangsaan Padang
Durian dalam menguasai kemahiran asas membaca dan mengenal huruf-huruf
kecil dan besar khasnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengkaji telah
menjalankan rawatan kepada mereka selama lima jam dimana ia dijalankan
semasa sesi pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan kaedah
pembelajaran koperatif, pengkaji telah menjalankan 6 aktiviti terancang yang
merangkumi topik dan kemahiran yang berkaitan.
Sebelum pengkaji menjalankan ujian pos, beberapa permainan bahasa dan kuiz
diadakan bagi mengingatkan kembali responden pada pembelajaran yang telah
diikuti mereka.

Responden melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang

dirancangkan ini. Ujian pos dijalankan juga selama satu jam sama seperti ujian
pra yang dijalankan sebelumnya.

45

4.7 : Analisis kejayaan setiap aktiviti yang dijalankan
Rajah 7 : Kejayaan aktiviti 1

Dalam pelaksanaan aktiviti 1, pengkaji telah melakukan pemerhatian awal
semasa proses pengajaran dan pembelajaran mengenai kemahiran mengenal dan
membaca huruf dari kad-kad suku kata terbuka dan tertutup secara lisan dan
bertulis. Seramai 18 orang responden mewakili 41% berjaya menguasai
kemahiran ini.

46

Rajah 8 : Kejayaan aktiviti 2

Dalam pelaksanaan aktiviti yang ke 2, responden dikehendaki menukar huruf
kecil kepada huruf besar berdasarkan huruf-huruf yang terdapat pada suku kata
terbuka dan tertutup yang disediakan secara individu di dalam lembaran kerja.
Seramai 20 orang responden mewakili 55% berjaya menguasai kemahiran ini.

47

Rajah 9 : Kejayaan aktiviti 3

Dalam pelaksanaan aktivti yang ke 3, responden dikehendaki memadan huruf
besar dengan huruf kecil dalam suku kata terbuka dan tertutup yang disediakan
secara individu di dalam lembaran kerja. Aktiviti 3 ini agak mencabar
kemampuan responden kumpulan lemah. Didapati seramai 22 orang responden
mewakili 61% berjaya memadankan dengan betul.

48

Rajah 10 : Kejayaan aktiviti 4

Dalam pelaksanaan aktiviti yang ke 4, pengkaji mengadakan satu
pertandingan mencari pasangan suku kata terbuka

supaya menjadi perkataan

bermakna secara berkumpulan. Penglibatan responden adalah secara menyeluruh
dan berjaya merangsang minat responden. Seramai 30 orang responden yang
mewakili 83% telah berjaya mencari pasangan suku kata terbuka menjadi
perkataan bermakna.

49

Rajah 11 : Kejayaan aktiviti 5

50

Dalam pelaksanaan aktiviti yang ke 5, satu pertandingan membaca suku kata
tertutup berdasarkan kad-kad suku kata bergambar antara kumpulan diadakan
bagi menguji penguasaan responden. Interaksi antara responden menunjukkan
kemajuan yang positif. Seramai 25 orang responden mewakili 69% berjaya
membaca suku kata tertutup dengan betul.

Rajah 12 : Kejayaan aktiviti 6

Dalam pelaksanaan aktiviti yang ke 6, satu pertandingan membaca perkataan
yang mengandungi sukukata terbuka dan suku kata tertutup berdasarkan kad-kad

51

perkataan

bergambar

kumpulan

yang

yang

tinggi

memberangsangkan.

disediakan

membantu

Seramai

31

secara

kumpulan

orang

kumpulan.

Kerjasama

ahli

mencatat

kejayaan

yang

responden

mewakili

86%

berjaya

membaca perkatan-perkataan tersebut dengan betul.

Jadual 11 : Analisis Data Ujian Pos

Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19

Bah.1
5
5
5
4
4
4
5
4
4
5
4
5
5
5
5
2
3
3
3

Bah.2
5
5
5
4
5
4
4
4
5
5
5
5
4
5
5
3
2
2
2

Bah.3
3
4
3
3
4
3
1
3
4
1
3
3
3
2
3
3
1
1
2

Bah.4
4
5
3
2
3
2
1
2
3
1
4
3
4
3
3
1
1
1
1

Markah
85
95
80
65
80
65
55
65
85
60
80
80
80
75
80
45
35
35
40
52

Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden
Responden

4.8

20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36

5
3
5
5
5
5
5
5
5
5
4
4
5
5
4
4
5

5
4
5
5
5
5
5
5
5
5
4
3
5
5
5
4
5

3
1
3
4
5
4
5
5
3
5
2
1
3
4
4
3
3

3
1
4
4
4
4
4
5
3
5
2
0
4
3
3
2
2

80
45
85
90
95
90
95
100
80
100
60
40
85
85
80
65
75

Analisis Dapatan Ujian Pos

Sama seperti yang pengkaji jalankan di dalam ujian pra, pengkaji telah
mengedarkan soalan yang sama. Murid-murid dikehendaki menjawab semua
soalan dalam masa satu jam. Banyak perubahan yang saya dapati hasil
daripada ujian pos. Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran
koperatif yang dijalankan ke atas murid Tahun 1 Gemilang ini memang
berkesan terutama sekali di dalam meningkatkan lagi daya ingatan dan

53

pengecaman mereka mengenal huruf-huruf kecil dan besar serta meningkatkan
kebolehan membaca suku kata terbuka dan tertutup bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu Tahun Satu.

Jadual 12 : Pencapaian Ujian Pos
A
Lelaki
9
Perempuan 12
Jumlah
21

%
25
33
58

B
5
3
8

%
14
8
22

C
3
2
5

%
8
5
13

D
2
0
2

%
5
0
5

Rajah 13 : Peratus lulus dan gagal ujian pos

54

Berbeza dengan ujian pra, ujian pos ini memperlihatkan peningkatan pencapaian
yang memberangsangkan di kalangan responden. Sebagai contoh, tahap lulus
responden lelaki meningkat kepada 17 orang yang mewakili 47%, manakala
responden perempuan

meningkat k