EKONOMI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN SEI
EKONOMI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN SEIMBANG
Nor Aini Haji Idris, Ishak Yussof
ISBN 978-967-942-914-5
Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM),2009
Pertumbuhan ekonomi merupakan entiti paling penting dalam meningkatkan pendapatan dan
taraf hidup rakyat. Namun pertumbuhan ekonomi sahaja belum pasti menjamin faedahnya
dinikmati secara saksama oleh semua lapisan rakyat. Justeru keseimbangan di antara
pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan ekonomi, sosial dan politik penduduk perlu diberi
perhatian serius bagi menentukan pembangunan Negara.
Misi Nasional dilancarkan serentak dengan Rancangan Malaysia Kesembilan, 20062009. Matlamat RMK-9 ialah untuk mencapai tahap ekonomi negara yang lebih kukuh
disamping Kerajaan berusaha untuk mencapai pembangunan yang seimbang dan berkualiti.
Proses pertumbuhan ekonomi memerlukan pelbagai kompenan termasuk tanah, buruh, modal
dan teknologi. Kompenan ini harus digabungkan dengan bijak bagi menghasilkan
pertumbuhan yang seimbang dan berkualiti.
Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada peningkatan dalam nilai barangan dan
perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah ekonomi. Terdapat pelbagai cara untuk
mengukur pertumbuhan ekonomi sesebuah negara seperti peratus peningkatan dalam KDNK,
ukuran KDNK per kapita, pekali Gini dan Keluaran Dalam Negara Kasar Hijau (GGDP).
Meskipun KDNK mempunyai kelemahan sebagai ukuran pertumbuhan, KDNK masih
diterima sebagai ukuran pertumbuhan dalam konteks perancangan pertumbuhan ekonomi
jangka panjang dan masih diterima umum sebagai indikator terpenting (Meier 2005). KDNK
boleh disesuaikan dengan parity kuasa beli (PPP) sesebuah Negara dalam memberi gambaran
sebenar taraf hidup penduduk sesebuah Negara.
Terdapat dua pendekatan agihan iaitu yang pertama ‘agihan dalam pertumbuhan’ iaitu
agihan daripada kekayaan yang sediada dan yang kedua ‘agihan bersama pertumbuhan’ iaitu
agihan yang diberikan hasil daripada kekayaan baru. ‘Agihan dalam pertumbuhan’ sering
dikritik kerana kegagalan untuk memperbaiki fenomena miskin dalam kebanyakan negara
membangun dan pertumbuhan ekonomi yang tidak seimbang. Manakala ‘agihan bersama
pertumbuhan’ dianggap berupaya menjana ekonomi dengan lebih seimbang sekaligus
membebaskan negara membangun daripada fenomena kemiskinan.
Bagi mencapai pembangunan seimbang memerlukan dasar dan strategi dalam
ekonomi Negara. Di Malaysia dasar dan strategi ke arah mewujudkan pembangunan ekonomi
yang lebih seimbang telah lama diberi penekanan. Cabaran yang dihadapi Malaysia bukan
sekadar menjana pertumbuhan ekonomi Negara sahaja, namun kesan penjajahan dan sejarah
lalu adalah cabaran terbesar yang harus dihadapi oleh Malaysia. Dasar ‘pecah dan perintah’
melibatkan dan ‘pembangunan wilayah berpilih’ melibatkan wilayah mewujudkan dualisme
ekonomi dan menjadi cabaran terbesar dalam proses kemajuan ekonomi Malaysia.
Semenjak merdeka, kemajuan ekonomi negara dipengaruhi oleh beberapa siri
rancangan lima tahun Negara. Pasca 13 Mei 1969 rusuhan yang melibatkan kaum, kerajaan
menyedari harus ada tindakan segera dalam menangani masalah ini daripada terus menjarah.
Maka pada tahun 1971 Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau Rangka Rancangan Jangka Panjang
Pertama (RRJP1) 1971-1990, telah diperkenalkan dengan matlamat utama membangunkan
ekonomi Negara secara seimbang dari segi agihan dan meningkatkan perpaduan kaum
sekaligus membasmi kemiskinan yang melibatkan bumiputera.
Meskipun matlamat DEB untuk meningkatkan penguasaan 30% ekuiti bumiputera
belum tercapai, namun DEB berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 49.3%
kepada 15.0% dan KDNK per kapita meningkat daripada hanya RM 993 kepada RM 4,392
peningkatan sebanyak 3.42%. Dari segi agihan kekayaan mengikut kaum, pegangan saham
bumiputera meningkat kepada 19.3% daripada 2.4%. Guna tenaga bumiputera dalam sektor
Profesional dan Teknikal serta Pentadbiran dan Pengurusan turut meningkat masing-masing
daripada 47.2% dan 22.4% pada 1970 kepada 60.3% dan 33.3% pada tahun 1990.
Setelah DEB berakhir, kerajaan meneruskan RRJP2 atau juga dikenali sebagai Dasar
Pembangunan Negara (DPN) meliputi tempoh 1991-2000. DPN dilihat sebagai
kesinambungan DEB memandangkan sebahagian matlamatnya meneruskan usaha membasmi
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Kerajaan berjaya mengurangkan kadar
kemiskinan menjelang tahun 2000 daripada 5.2% kepada 0.8%. DPN juga turut memberi
penekanan kepada kualiti sumber manusia terutama tenaga mahir. Dalam tempoh ini tumpuan
lebih diberikan untuk mengalih aktiviti pengeluaran daripada intensif buruh kepada
berintensifkan modal dan teknologi tinggi. Untuk menyokong usaha ini kerajaan telah
menggubal Akta Pengajian Tinggi Swasta 1996 bagi menjadi sumber masa hadapan dalam
sektor tenaga mahir.
Pada tahun 2000 RRPJ3 atau Dasar Wawasan Negara (DWN) yang meliputi tahun
2001-2010 telah dilaksanakan. Matlamat rancangan ini ialah untuk mempertingkatkan kualiti
pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mampan. DWN masih memberi fokus
kepada isu kemiskinan, perpaduan kaum dan agihan. DWN memberi penekanan yang lebih
serius untuk mengalih ekonomi Negara berasaskan pengeluaran (p-economy) kepada
berasaskan pengetahuan (k-economy) untuk menjamin daya saing di peringkat global.
Tempoh 2011-2020 dibawah RMK-9 kerajaan telah menggariskan strategi menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Ini lebih dikenali sebagai Misi
Nasional dengan matlamat utama untuk mencapai kadar pertumbuhan purata sebanyak 6.0%
setahun dalam tempoh lima tahun akan datang dan 6.5% dalam tempoh 2011-2020
berikutnya. Disamping mengejar status negara maju, kerajaan juga bertekad membangunkan
modal insan yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi secara seimbang dan tidak
mengenepikan isu kemiskinan, kemanusiaan dan moral. Di dalam RMK-9 kerajaan
berkeyakinan dengan pendekatan ‘agihan bersama pertumbuhan’.
Di dalam RMK-9 kerajaan berusaha menangani masalah ketidakseimbangan
sosioekonomi. Antara fokus yang telah digariskan oleh kerajaan dalam RMK-9 ialah
membasmi kemiskinan tegar menjelang tahun 2010, mengurangkan jurang penduduk luar
bandar dengan bandar, memajukan wilayah, merapatkan jurang digital, menangani jurang
antara kaum dengan menambah pendapatan melalui peningkatan kemahiran, menggalakkan
peluang pekerjaan sama rata, mewujudkan usahawan generasi baru dan enterpris bumiputera
yang berdaya saing dan mengakaji dasar dan program penyusunan semula.
Pada umumnya segala dasar dan strategik yang diambil kerajaan dan usaha-usaha
yang dilakukan sejak merdeka sehingga kini membayangkan keseriusan kerajaan untuk
mewujudkan pembangunan ekonomi yang seimbang. Pembangunan ekonomi seimbang
melalui strategi ‘pertumbuhan bersama agihan’ sememangnya menjadi matlamat yang ingin
dicapai oleh kebanyakan Negara, terutamanya dikalangan Negara membangun. Dalam
konteks ekonomi Malaysia, isu agihan antara kaum memerlukan masa yang lama untuk
diselesaikan.
Kualiti hidup penduduk mempunyai kaitan yang rapat dengan pertumbuhan ekonomi
dan pembangunan seimbang sesebuah negara. Kelemahan KDNK perkapita yang hanya
memberi gambaran umum mengenai taraf hidup penduduk sesebuah Negara telah membawa
kepada kemunculan pendekatan alternatif untuk mengukur kesan pertumbuhan ekonomi ke
atas kehidupan penduduk secara lebih terperinci dan komprehensif.
Antara pendekatan yang digunakan ialah pekali Gini yang digunakan bersama Keluk
Lorenz sebagai petunjuk kepada ketidak seimbangan agihan. Indeks Kualiti Hidup Fizikal
(PQLI), bagi mengukur kualiti hidup dan kesejahteraan penduduk sesebuah Negara. Ukuran
Kesejahteraan Sosial. Indeks Asas Kesejahteraan Sosial (BWI) merupakan gabungan antara
PQLI dan Ukuran Kesejahteraan Sosial, dan akhir sekali Indeks Pembangunan Manusia
(HDI) yang dihasilkan oleh ahli ekonomi Pakistan, Mahbub ul Haq, dan digunakan oleh
UNDP sejak tahun 1993. Indeks HDI sangat berguna untuk mengukur kesejahteraan hidup
manusia dan bagi tujuan perbandingan antara negara.
Malaysia juga turut menerbitkan indeks kualiti hidup untuk mengukur kesan
pertumbuhan ekonomi ke atas taraf hidup dan kesejahteraan penduduknya. Indeks Kualiti
Hidup Malaysia (IKHM) menjadikan tahun 1990 sebagai tahun asas semasa mengira indeks
berkenaan. IKHM menggunakan 42 petunjuk meliputi 11 kompenan kehidupan seperti
pendapatan dan penagihan, persekitaran kerja, pengangkutan dan komunikasi, kesihatan,
pendidikan, perumahan, alam sekitar, kehidupan keluarga, penyertaan sosial, keselamatan
awam, dan kebudayaan dan liburan.
Analisis impak pertumbuhan ekonomi ke atas IKHM menunjukkan kualiti hidup
penduduk negara secara keseluruhannya meningkat sejak 14 tahun (2004). Indeks komposit
IKHM meningkat sebanyak 10.9%. Data IKHM yang diperolehi menujukkan, IKHM lebih
berkait rapat dengan pendapatan per kapita (KDNK per kapita) dan IKHM tidak terkesan
dengan kadar pertumbuhan ekonomi Negara sekaligus menunjukkan kadar pertumbuhan
ekonomi yang lazimnya diukur oleh perubahan dalam KDNK, bukanlah faktor utama yang
boleh menjamin kualiti hidup penduduk meningkat. Ini dibuktikan dengan dalam pada tahun
1998 dan tahun 2001, meskipun pertumbuhan ekonomi Malaysia merosot, namun ianya tidak
menjejaskan indeks komposit IKHM.
Modal manusia atau kini dikenali sebagai modal insan diakui penting dalam
membangunkan sesebuah Negara. Ini dipandang serius oleh kerajaan apabila menjadikan
aspek modal insan iatu memupuk masyarakat ‘minda kelas pertama’ sebagai teras kedua
dalam Misi Nasional atau RMK-9. Sejak tahun 1990, kerajaan telah memberi penekanan
terhadap pembangunan modal insan dan telah beralih daripada ‘tenaga buruh yang ramai dan
murah’ untuk menarik pelaburan asing kepada keperluan ‘tenaga mahir’ dalam usaha proses
penyerapan teknologi.
Melalui RMK-9, kerajaan telah menggariskan tiga strategi utama dalam melahirkan
modal insan kelas pertama. Strategi yang pertama adalah meningkatkan keupayaan dan
penguasaan ilmu pengetahuan. Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan ialah
memperuntukkan RM1.15 billion kepada sekolah luar bandar, menubuhkan dua buah
Universiti baru di Pantai Timur, meningkatkan latihan kemahiran di Kolej Komuniti dan
Pusat Teknologi Lanjutan, menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Perguruan dan
menggandakan pengambilan pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
Strategi kedua ialah memperkukuhkan keupayaan R&D, sains dan inovasi. Melalui
pendekatan ini kerajaan dengan serius telah menyasarkan sasaran perbelanjaan R&D Negara
sebanyak 1.5% pada KDNK menjelang tahun 2010. Tabung Tekno dan Tabung Sains
diwujudkan bagi memudahkan pembiayaan pendidikan dan Kerajaan telah melancarkan
Program Brain Gain, untuk menarik penyelidik dan saintis ke Malaysia.
Memupuk Masyarakat Berbudaya dan Memiliki Kekuatan Moral menjadi strategi
ketiga yang telah digariskan dalam RMK-9. Melalui strategi ini kerajaan telah berusaha
menjadikan rakyat Malaysia berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan
memiliki kekuatan moral sekaligus mengurangkan gejala rasuah, penipuan dan jenayah kolar
putih yang akan mengakibatkan pembaziran sumber, penambahan kos dan akhirnya memberi
kesan buruk kepada ekonomi dan pembangunan negara. Oleh itu kerajaan telah
membelanjakan sebanyak RM200 billion dalam RMK-9 yang meliputi 44.9% kepada
pembangunan sektor ekonomi, 10.6% sosial dan 6.9% kepada keselamatan dan pentadbiran
am. Dari segi subsektor, latihan dan pendidikan mendapat peruntukan terbesar sebanyak
20.6% selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti modal insan. dalam usaha
menuju kearah sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan sedar bahawa dalam
membangunkan ekonomi negara, rakyat perlu dibekalkan pengetahuan disamping
berketrampilan dan mempunyai jati diri yang kukuh untuk bersaing di peringkat global.
Kualiti alam sekitar juga sangat penting dalam menyumbang kepada pembangunan
ekonomi yang seimbang. Di Malaysia, urus tadbir alam sekitar dilaksanakan di bawah
peruntukan Akta Alam Sekitar 1974 menerusi kaedah ‘kawal dan arah’. Kebanyakan
pandangan mengatakan bahawa pertumbuhan ekonomi seringkali memberi kesan buruk
kepada alam sekitar. Namun ada juga beberapa pandangan misalnya Grossman dan Krueger
yang menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi boleh memberi kesan positif atau negatif
bergantung kepada tahap pembangunan ekonomi berkenaan. Ini dibuktikan dengan Keluk
Kuznetz Alam Sekitar yang menunjukkan bahawa kualiti alam sekitar mempunyai hubungan
menyonsang dengan seperti ‘U terbalik’ dengan pendapatan per kapita.
Kerajaan memandang serius isu alam sekitar ini sebagai masalah nasional dengan
memasukkan kepentingan memelihara alam sekitar menjadi teras keempat dalam Misi
Nasional. Meskipun terdapat pengurangan dalam indeks pencemaran udara semenjak tahun
2000, namun Negara mengalami masalah pencemaran sungai dan air marin yang semakin
mendesak. Malaysia juga pada masa ini menghuni tangga tertinggi di dunia dalam
pembuangan sisa pepejal sebanyak 7.34 juta tan metrik pada tahun 2005.
Untuk menghadapi masalah ini kerajaan telah menggunakan instrument pasaran
sejajar dengan inisiatif kerajaan yang ditekankan dalam RMK-9, kaedah tadbir urus alam
sekitar perlu menuju ke arah kawalan sendiri. Kerajan telah memperkenalkan Insentif
Galakan Pelaburan untuk Pengurusan Alam Sekitar antaranya ialah Insentif projek berasaskan
ladang hutan yang ditanam semula, Insentif aktiviti kitar semula bahan buangan dan Elaun
modal tercepat.
Selain daripada itu kerajaan turut memperkenalkan pensijilan ISO 14001 dan
pelabelan, dua inisiatif pasaran yang mempunyai ciri-ciri kawalan sendiri. Kerajaan juga turut
menggunakan Instrumen Pasaran untuk menghadapi masalah kualiti alam sekitar. Antara
instrumen pasaran yang digunakan ialah Caj Pencemaran, Subsidi, Deposit & Pembayaran
Kembali dan Permit pelepasan pencemaran dan sistem jual Beli.
Langkah-langkah dan usaha yang diambil oleh kerajaan ini sangat perlu bagi
menjamin kepada pertumbuhan ekonomi yang berterusan tanpa mengancam dan memberi
impak yang negatif kepada kualiti alam sekitar. Secara umumnya, strategi yang diambil oleh
kerajaan menggunakan kaedah tadbir urus alam sekitar menuju ke arah kawalan sendiri
sangat perlu memandangkan kos pengurusan alam sekitar semakin meningkat.
Dalam mencapai pembangunan seimbang, agihan pendapatan yang saksama dan
pembasmian kemiskinan adalah sangat penting. Di Malaysia, menerusi DEB, DPN dan DWN
memperlihatkan usaha keras kerajaan dalam mencapai perpaduan Negara, pertumbuhan
ekonomi dan mengekalkan keseimbangan sosial. Falsafah asas DEB yang mengutamakan
pengagihan saksama dalam konteks ekonomi yang pesat disamping membasmi kemiskinan
dan menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan ketidaksetaraan ekonomi telah
diteruskan oleh DPN dan DWN.
Agihan pendapatan dapat diperhatikan melalui beberapa petunjuk antaranya ialah
bahagian pendapatan isi rumah, nisbah Gini dan min pendapatan penduduk. Aliran agihan
pendapatan di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu 1957/1958 hingga 1976/
1977 hingga 1990 dan tahun 1991 hingga 1999. Pada fasa pertama menggambarkan berlaku
ketidaksetaraan agihan pendapatan meskipun DEB telah dilaksanakan. Namun pada fasa
kedua, Agihan pendapatan semakin baik dan setara dengan penunjukkan penurunan pekali
Gini. Keadaan ini selari dengan apa yang dihipotesiskan oleh Kuznet pada peringkat awal
pertumbuhan. Keadaan fasa ketiga pada tahun 1990 menunjukkan trend yang sebaliknya
apabila agihan pendapatan meningkat semula menurusi kenaikan pekali Gini.
Terdapat beberapa hipotesis mengapa ketidakseimbangan agihan pendapatan berlaku
selepas tahun 1990-an. Berdasarkan fakta yang ada, hipotesis bahawa perubahan dasar
kerajaan dalam menangani cabaran globalisasi dengan melaksanakan dasar liberalisasi,
deregulasi dan penswastaan merupakan faktor utama mengapa ketidakseimbangan agihan
pendapatan berlaku. Selain itu juga proses globalisasi dan penyatuan ekonomi dunia juga
menjadi antara hipotesis ketidakseimbangan agihan pendapatan yang berlaku terhadap negara
membangun. Ini disebabkan kekayaan hanya dirasai oleh sesebuah kelompok, benua dan
wilayah tanpa ada agihan kekayaan yang saksama. Di Amerika Syarikat pula, faktor yang
menyumbang kepada ketidakseimbangan pendapatan adalah kerana perdagangan bebas.
Justeru, bagi menjamin pertumbuhan yang tinggi dan keseimbangan agihan
pendapatan yang saksama maka beberapa starategi diperlukan untuk menangani masalah
kemiskinan dan ketidaksetaraan agihan pendapatan ini. Kerajaan komited dalam usaha untuk
membasmi kemiskinan dan masalah ketidaksetaraan agihan. Ini diterjemahkan melalui dasar,
strategi dan program pembasmian kemiskinan yang telah dilakukan kerajaan. Usaha ini dapat
dilihat melalui RRJP1 dan RRJP2 merangkumi DEB, DPN dan DWN. Masalah kemiskinan
ini bukan sahaja merencatkan pertumbuhan ekonomi Negara malah ia mendatangkan masalah
perpaduan di dalam masyarakat majmuk di Malaysia sehingga menjadi salah satu punca
kepada tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Umum mengetahui bahawa kemiskinan
membelungi kaum Melayu dan Bumiputera kerana pendapatan mereka yang relatif rendah
jika dibandingkan dengan kaum lain. Masalah pembangunan yang bersifat tidak setara juga
menjadi penyumbang masalah.
Antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan melalui DEB, DPN dan
DSN ialah memperuntukkan saham baru kepada bumiputera, program penswastaan kepada
usahawan bumiputera yang layak dan berpotensi, pembentukan saham amanah seperti
Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB), melancarkan dan
membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dan Skim
Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR).
Selain daripada kesan dalaman sesebuah Negara yang menyebabkan masalah
kemiskinan, faktor dan kesan globalisasi juga menjadi penyumbang utama kepada masalah
ini. Agihan pendapatan tidak saksama antara negara membangun dan negara kaya juga terjadi
disebabkan kesan globalisasi. Globalisasi merujuk kepada integrasi perdagangan, kewangan
dan teknoklogi maklumat dalam pasaran global. Terdapat dua teori umum yang sering
dikaitkan dengan globalisasi, iaitu Teori Ekonomi Menjurus dimana Solow membuat
hipotesis bahawa sebuah negara membangun akan cenderung mencatat pertumbuhan lebih
pesat jika mempunyai persamaan ciri dari segi teknologi, kadar tabungan serta kadar
pertumbuhan ekonomi dengan negara maju.
Teori yang kedua pula ialah Teori Ekonomi Menyimpang dimana negara miskin akan
terus kekal miskin dan negara maju akan bertambah kaya disebabkan penggantungan dan
eksploitasi sumber oleh negara maju terhadap negara miskin. Milanovic berpendapat bahawa
peningkatan ketidakseimbangan agihan pendapatan di peringkat global disebabkan oleh dua
faktor, iaitu ketidakseimbangan agihan pendapatan antara negara dan ketidakseimbangan
pendapatan dalam negara itu sendiri. Kajian yang dilakukan Brown dan Kane (1995)
mendapati agihan pendapatan global menunjukkan tren ketidakseimbangan yang semakin
meningkat. Nisbah kaya kepada miskin dalam agihan pendapatan global meningkat daripada
30:1 pada tahun 1960 kepada 64:1 pada tahun 1990.
Antara kesan lain globalisasi antaranya ialah jurang perdagangan negara maju dan
negara membangun, jurang pelaburan asing yang hanya menumpukan pelaburan dibeberapa
buah negara tertentu seperti China, Brazil, Mexico dan Singapura, Jurang Perkembangan ICT
antara negara maju dan negara membangun dan Migrasi antarabangsa yang menyebabkan
negara membangun kehilangan sumber manusia yang berhijrah ke negara maju. Untuk
menghadapi masalah ini, Malaysia perlu meningkatkan daya tahan ekonominya daripada
pelbagai aspek untuk menghadapi kepesatan arus globalisasi demi menjamin pertumbuhan
ekonomi yang berkualiti dalam jangka panjang dan kearah pembangunan yang seimbang.
Ketidakseimbangan wilayah juga berkaitan dengan ketidakseimbangan dalam
pembangunan sesebuah negara. Dalam tempoh RMK-9, pembangunan wilayah seimbang
kekal sebagai salah satu objektif utama pembangunan negara. Ini selaras dengan teras Misi
Nasional ketiga, iaitu untuk menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang
berterusan secara membina dan produktif.
Terdapat beberapa faktor yang mewujudkan keadaan wilayah yang tidak seimbang
dalam sesebuah negara. Antaranya ialah sejarah penerokaan kawasan, saiz kawasan, keadaan
politik, sosial budaya, pengaliran modal, pengaliran buruh, dasar kerajaan pusat dan faktor
geografi. Matlamat asas pembangunan wilayah adalah agihan yang sama rata dari segi
pendapatan, kemudahan awam, perumahan dan peluang untuk kemajuan sosial serta ekonomi
rakyat.
Menyedari masalah ini kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar dan strategi
pembangunan wilayah sejak dari tahun 1970. Antara strategi yang diambil adalah
pembangunan tanah dan sumber asli, mempelbagaikan struktur ekonomi negeri kurang maju,
meningkatkan kualiti perkhidmatan bandar, memesatkan pembangunan luar bandar dan
menggalakkan kerjasama pertumbuhan segi tiga.
Untuk memudahkan urusan pembangunan wilayah, 6 pecahan bahagian wilayah telah
dibuat meliputi Wilayah Utara (Koridor Utara), Wilayah Selatan (Koridor Selatan), Wilayah
Timur (Koridor Timur), Wilayah Tengah, Wilayah Sarawak dan Wilayah Sabah. Dalam usaha
mempercepatkan pembangunan di wilayah atau negeri kurang maju, tumpuan diberi kepada
pembangunan di pusat pertumbuhan negeri serta pembangunan merentasi sempadan,
misalnya Zon Terengganu Utara-Kelantan Selatan-Pahang Barat di Koridor Pantai Timur,
Zon Pembangunan Utara Semenanjung di Kedah, Perlis, Seberang Prai di Pulau Pinang dan
Perak Utara Sebagai menerajui pembangunan industri makanan termasuk hab halal. Bagi
Sabah dan Sarawak, tumpuan kawasan pembangunan adalah di sekitar pusat pertumbuhan
luar bandar yang baru serta kawasan pembangunan yang merentas sempadan. Di Wilayah
Selatan pula terdapat Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER). Apabila segala perancangan
dalam pembangunan wilayah ini dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar, masalah
ketidakseimbangan pasti dapat diminimumkan dan kesannya penduduk akan dapat menikmati
kehidupan yang lebih baik.
Sektor pertanian memainkan peranan penting terhadap ekonomi dan pemodenan
sesebuah negara disamping menyumbang ke arah pembangunan seimbang. Sektor ini
bertanggungjawab dalam menyumbang kepada penyediaan buruh, penyediaan makanan bagi
penduduk yang semakin bertambah, penyedian simpanan modal bagi pelaburan di sektor lain
dan sebagai pasaran barangan industri.
Sektor pertanian juga merupakan sektor yang penting di dalam menyumbang kepada
pembangunan yang seimbang. Ini kerana hampir 80% sektor ini di dominasi oleh etnik
Melayu dan Bumiputera yang umumnya mempunyai pendapatan yang rendah. Oleh itu
kerajaan juga giat menjalankan dasar dan melaksanakan strategi bertujuan untuk
mencergaskan semula sektor pertanian Negara.
Setelah RMK-8 mencapai pertumbuhan yang baik dalam aspek pengeluaran,
pembekalan bahan mentah, kepentingan nilai ditambah, eksport dan guna tenaga, kerajaan
telah meningkatkan semula sektor pertanian untuk menjadi jentera pertumbuhan ketiga bagi
ekonomi negara. Pada peringkat awal proses transformasi ekonomi, sektor pertanian telah
menyumbang kepada asas pertumbuhan ekonomi negara. Misalnya, pada tahun 1970,
sumbangan sektor pertanian kepada KDNK negara ialah 30.8%, tetapi telah menurun kepada
18.7% pada tahun 1990, 8.9% pada tahun 2000 dan dijangka menurun kepada 7.8% pada
tahun 2010. Tetapi dengan mengambil kira sumbangan industri asas tani, sumbangan ini
meningkat kepada 15.3%, 14.7% dan 14.2% masing-masing pada tahun 2000,2005 dan 2010.
Walaupun peratus KDNK berkurangan, namun jumlah nilai tambah sektor pertanian
meningkat daripada 18.7 billion pada tahun 2000 kepada 21.6 billlion pada tahun 2005.
Sejak tahun 1980 kerajaan telah memperkenalkan tiga dasar khusus untuk pertanian
negara iaitu Dasar Pertanian Pertama, Dasar Pertanian Kedua dan Dasar Pertanian Ketiga. Di
dalam RMK-9 teras dasar sektor pertanian secara keseluruhannya akan ditumpukan kepada
usaha mengorientasikan semula sektor pertanian ke arah pengkomersilan yang lebih meluas
bagi melahirkan petani berpendapatan tinggi serta menggalakkan pelaburan swasta lebih
besar termasuk pelabur asing. Terdapat lima teras dasar pertanian dalam RMK-9 antaranya
ialah 1) Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan
baru dengan penyertaan sektor swasta lebih besar 2) Mengembangkan aktiviti pemprosesan
berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk 3) Memperkukuhkan pemasaran dan rangkain
global 4) Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan 5) Menambahbaik
sistem penyampaian perkhidmatan.
Selain itu juga, kerajaan menerusi Kementeriaan Pertanian dan Industri Asas Tani
(KPIAT) telah memperkenalkan Plan Tindakan Balance of Trade (BOT) bertujuan untuk
membaiki defisit imbangan perdagangan makanan. Antara usaha-usaha lain yang
dilaksanakan KPIAT dalam proses mengubah sektor pertanian ke arah lebih moden, dinamik
dan berdaya saing ialah 1) Transformasi ladang, 2) Transformasi tenaga buruh kepada
penggunaan mekanisasi, automasi dan teknologi, 3) Pengurusan ladang secara moden, 4)
Daya saing lebih tinggi, 5) Pengezonan, dan 6) Latihan.
Untuk menyokong usaha KPIAT mencergaskan semula peranan dan sumbangan
sektor pertanian kepada pertumbuhan ekonomi negara beberapa strategi telah dirangka. Ini
termasuklah strategi dan program yang telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh
RMK-9 antaranya ialah 1)Menggalakkan pertanian secara komersial, 2) Memperkenalkan
Pertanian Satu Perniagaan, 3) Memberi tumpuan kepada subsektor pertanian, 4)
Membangunkan produk halal, 5) Memperkenalkan sistem ternakan secara integrasi dan 6)
Pelan tindakan pelaksanaan kempen Buku Hijau.
Dalam usaha kerajaan untuk mencergaskan semula sektor pertanian, ada beberapa isu
kritikal yang harus ditangani untuk memastikan sektor ini moden, dinamik dan berdaya saing.
Antaranya ialah saiz ladang yang berskala kecil dan tidak ekonomik, kekurangan benih di
sektor kecil tertentu, kekurangan tenaga buruh, kekurangan pelaburan sektor swasta dalam
sektor makanan dan cabaran liberalisasi perdagangan di bawah WTO dan AFTA yang
menyebabkan hasil pertanian Negara menghadapi persaingan sengit dengan negara-negara
pengeluar yang lain.
Kenaikan harga minyak petrol memberi kesan kepada kebajikan rakyat seterusnya
menjadi cabaran kepada pembangunan ekonomi seimbang di Malaysia. Minyak adalah
sumber semula jadi utama yang menyumbang kepada perkembangan industri, perdagangan
dan ekonomi dunia. Harga minyak adalah satu petunjuk ekonomi penting yang menentukan
sama ada ekonomi dunia mengalami kemerosotan atau sebaliknya. Umum mengetahui
bahawa Malaysia adalah negara pengeksport bersih minyak. Pada tahun 1970, minyak
menyumbang sebanyak 4.0% kepada eksport negara. Sumbangan tersebut meningkat kepada
sekitar 16.0% pada tahun 1980, tetapi menurun kepada sekitar 3.0% pada tahun 2000. Secara
ringkas, Malaysia mendapat manfaat dari segi pertambahan pendapatan eksport kesan
daripada kenaikan harga minyak dunia.
Terdapat empat krisis minyak yang berlaku di dunia antaranya ialah Krisis Minyak
Pertama pada tahun 1973-1974, Krisis Minyak Kedua pada tahun 1980-1981, Krisis Minyak
Ketiga pada tahun 1990, Krisis Minyak Keempat pada tahun 2006, dan yang terbaru kenaikan
harga minyak pada tahun 2008.
Adakah Malaysia hanya menerima kesan positif daripada kenaikan harga minyak
dunia? Jawapannya tidak. Jika disoroti kembali Krisis Minyak Pertama, harga minyak saat itu
adalah tinggi, sekitar AS$12.19 setong pada tahun 1974. Pada tahun tersebut pendapatan
eksport negara bertambah sebanyak RM409 Juta. Peningkatan pendapatan eksport adalah
kesan langsung daripada kenaikan harga minyak yang menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi Malaysia. 1973, KDNK Malaysia bertumbuh sebanyak 11.7% meningkat daripada
9.4% tahun sebelumnya. Pada tahun 1974, pertumbuhan masih kekal tinggi sebanyak 8.3%
tetapi menurun secara mendadak kepada 2.2% pada tahun 1975.
Mengapa keadaan ini berlaku meskipun harga minyak di pasaran dunia masih tinggi?
Krisis minyak pertama memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi dunia
sekaligus menjejaskan negara perindustrian seperti AS, Jepun dan Eropah disamping inflasi
yang sangat tinggi. Kemerosotan ekonomi negara-negara perindustrian menjejaskan
permintaan untuk eksport dan faktor ini yang telah menyumbang kepada kejatuhan kadar
pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 1974 dan 1975. Kadar inflasi di Malaysia
sebelum tahun 1972 dalah sekitar 1.5% dan 2.5% setahun, tetapi pada tahun 1973 kadar
inflasi negara meningkat mendadak kepada 10.5% dan kepada 17.4% pada tahun 1974.
Ekonomi Malaysia pada awal 1970 terlalu bergantung kepada import. Oleh kebergantungan
ini, Malaysia boleh dikatakan mengimport inflasi. Keadaan yang sama juga berlaku pada
Krisis Minyak Kedua, namun keadaan ini berubah pada Krisis Minyak Ketiga apabila negara
perindustrian semakin cekap dalam penggunaan minyak dan kurang bergantung kepada
minyak sebagai sumber tenaga.
Berikutan daripada kejatuhan pertama harga minyak, pada tahun 1973 dan penemuan
sumber petroleum di kawasan luar pantai Terengganu Parlimen telah meluluskan Akta
Pembangunan Petroleum (PDA) yang telah memberi kuasa kepada kerajaan membentuk
syarikat minyak kebangsaan Petronas menggantikan sistem konsensi yang diberikan kepada
syarikat multinasional.Untuk kepentingan sumber petroleum negara dalam menjana hasil
untuk pembangunan ekonomi dan juga menjimatkan sumber petroleum, kerajaan telah
menggubal Dasar Petroleum Kebangsaan (NPD) dengan lima matlamat. Kerajaan juga telah
membentuk Dasar Tenaga Negara (DTN) dengan meletakkan tiga matlamat seperti matlamat
bekalan, matlamat penggunaan dan matlamat alam sekitar.
Sudah pasti kenaikan harga minyak memberi kesan negatif kepada pengguna
sekaligus menjadi antara cabaran dalam pembangunan seimbang sesebuah negara. Kenaikan
bahan bakar ini akan mendorong kepada peningkatan harga agregat dan seterusnya
mengurangkan baki wang benar yang dipegang oleh isi rumah, pengguna dan firma. Bagi
Malaysia, kenaikan harga minyak terpaksa dinaikkan kerana kerajaan terpaksa bagi
menguraangkan subsidi yang selama ini ditanggung. Kerajaan menegaskan pengurangan
subsidi sebanyak RM4 billion akan digunakan untuk meningkatkan kualiti kemudahan
pengangkutan awam di Malaysia.
Beberapa analisis telah dijalankan untuk melihat sejauh manakah kesan kenaikan
harga minyak kepada pengguna. Antara kesannya ialah perbelanjaan pengangkutan pengguna.
Sebelum kenaikan harga minyak, pengguna hanya membelanjakan sekitar RM100-RM200
untuk minyak, namun selepas kenaikan harga minyak, terdapat kenaikan ketara kepada
RM201-R330 iaitu peningkatan daripada 34.6% kepada 65.5%. Kenaikan peratusan
pengguna yang berbelanja melebihi RM500 telah meningkat secara mendadak daripada 1.3%
kepada 10.3%.
Oleh itu pengguna terpaksa mengambil beberapa mekanisme untuk menangani kesan
kenaikan harga minyak. Antaranya ialah mengurangkan kekerapan makan di luar, membawa
bekal ke tempat kerja, mengurangkan perbelanjaan membeli berlah, mengurangkan
penggunaan kereta ke tempat kerja, menggunakan kemudahan pengangkutan awam,
berkongsi keret dengan rakan sepejabat dan menggunakan kereta kecil untuk ke tempat kerja
atau tujuan lain.
Kenaikan harga minyak yang berlaku sememangnya tidak dapat dielakkan.
Masyarakat harus menerima kenyataan ini. Apa yang perlu dilakukan kini ialah rakyat perlu
berusaha untuk meningkatkan pendapatan dan pada masa yang sama mengasah budaya
berjimat cermat supaya kesan kenaikan harga minyak ini dapat dikurangkan.