Mutiara Kisah Di dalam Quran

  P A K S I . N E T A R

  • R I S A L A H

  Fokus Qurban Qurban berasal daripada kalimah arab ‘qo-ro-ba’, yang bermaksud dekat (karib). Jesteru, qurban membawa erti mendekatkan kita pada sang pencipta, Allah azzawajal.

  Mutiara Kisah Di dalam Quran

  • -[ A SH- S HAFFAT: 101-107]

  “Maka Kami berikan khabar gembira kepadanya (Ibrahim) dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat sabar. [101] Maka, tatkala anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersama-samanya (yakni bersama Ibrahim), dia berkata, “Wahai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu.” Anaknya menjawab, “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya-Allah, engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.” [102] Maka apabila kedua-duanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelipisnya, [103] dan Kami menyerunya, “Wahai Ibrahim!” [104] “Sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu.” Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. [105] Sesungguhnya ini adalah suatu ujian yang nyata. [106] Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. [107]”

Sekapur Sireh Assalamualaikum warahmatullah..

  Tafsiran ayat

  [1]

  Petikan ayat suci Al-Qur’an di atas menceritakan kisah seorang ayah, iaitu Ibrahim A.S yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T, melalui mimpinya (’Ubaid bin ’Umair mengatakan bahawa mimpi para Nabi adalah wahyu), supaya menyembelih anaknya. Dengan berat hati, dia menceritakannya kepada anaknya dan bertanyakan pendapat sang anak mengenai hal ini.

  Namun begitu, sang anak, yang pada waktu itu dalam usia mudanya (maksud ayat ”Maka, tatkala anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersama-samanya”, menurut Ibnu ‘Abbas R.A, Mujahid, ’Ikrimah, Sa’id bin Jubair, ’Atha’ Al-Khurasani, Zaid bin Aslam dan lain-lainnya, adalah ketika anak itu menginjak remaja, dewasa dan mampu mengerjakan pekerjaan Ibrahim, berupa usaha dan peker- jaan) dengan begitu yakin meminta ayahnya supaya melaksanakan perintah tersebut.

  

I S S U E : 2 | | Z U L H I J J A H 1 4 2 8 | | F R E E

  Alhamdulillah, segala puji milik Allah rabb sekalian alam, dengan izinNya, Ar-Risalah dalat diterbitkan lagi untuk yang kedua kalinya pada tahun ini. Ribuan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada para penulis dan mereka yang terlibat dalam penerbitan risalah ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. Semoga Ar-Risalah ini mendapat keberkatan dari Allah dan memberi manfaat pada para pembaca. Untuk keluaran kali ini, kami paparkan karya penulisan yang menjurus kepada peristiwa 10 Zulhijjah, yang diperingati oleh umat Islam seluruh dunia. Sebarang teguran dan cadangan amat kami alu-alukan, agar Ar-Risalah terus mapan pada masa hadapan, insyaAllah

  • -Editors

  nnn Walau bagaimana pun, setelah kedua-duanya ber- serah diri, (kalimah ‘aslama’ bererti berserah diri dan pasrah. Ibrahim bersiap sedia menyembelih dan anaknya bersedia mentaati orang tuanya. Inilah yang dikemukakan oleh Mujahid, ’Ikrimah, Qata- dah, As-Suddi, Ibnu Ishaq dan lain-lain), Allah S.W.T menghalang Ibrahim A.S daripada menyem- belih anaknya itu, malah digantikan anak itu den- gan seekor sembelihan yang besar. Sufyan Ats- Tsauri menceritakan daripada Jabir Al-Ju’fi, dari- pada Abu Ath-Thufail, dari- pada ’Ali, dia mengatakan, ”Yakni dengan seekor domba jantan yang berwarna putih, bermata bagus, bertanduk serta diikat dengan tali daripada rumput samurah.” Begitulah secara ring- kasnya kisah Ibrahim beserta anaknya, yang akhirnya menjadi suatu syiar dalam syariat kita hari ini. Tujuan saya membahas ayat ini bukanlah sekadar memperingati peris- tiwa ini, malah lebih daripada itu. Terlebih dahulu, akan saya bawakan suatu perbahasan yang cukup menarik tentang permasa- lahan siapakah sang anak yang hampir dikorbankan oleh Ibrahim A.S; adakah Ismail A.S atau pun Ishaq A.S? Dan di akhir nanti, akan saya simpulkan beberapa pengajaran yang dapat kita ambil dari- pada artikel ini.

  Sekelompok ulama’ berpendapat bahawa anak yang disembelih adalah Ishaq. Hal itu dikisahkan dari- pada sekelompok ulama’ salaf, bahkan ada nukilan daripada sebahagian sahabat R.A. Antara orang yang berpendapat bahawa yang disembelih adalah Ishaq adalah Ka’ab Al-Ahbari, dan diriwayatkan daripada Umar, Al-Abbas, Ali, Ibnu Mas’ud, Mas- ruq, ’Ikrimah, Sa’id bin Jubair, Mujahid, ’Atha’, ’Ubaid bin ’Umair, Zaid bin Aslam, Az-Zuhri, Qatadah, dan ramai lagi, malah hal ini juga meru- pakan pilihan Ibnu Jarir.

  [2] menjanjikan kepada Ibrahim bahawa dia soalan di atas. Ternyata, anak yang diperintah-

  Sekadar menambahkan pendapat saya sendiri (editor), melihatkan angka yang disebutkan dalam kitab terdahulu cukup membuatkan saya terbayangkan betapa sukarnya untuk seorang bapa yang terpaksa menunggu kelahiran anak pertamanya selama berpuluh- puluh tahun, untuk mengorbankan anaknya itu. Hujjah kedua, Imam Ibnu Katsir memba- wakan ayat 71 surah Hud (surah 11). ”Maka, Kami sampaikan kepadanya khabar gembira tentang (kelahiran) Ishaq, dan setelah Ishaq (akan lahir) Ya’qub.” Bagaimana mungkin Allah menyuruh Ibrahim menyembelih Ishaq ketika dia masih kecil, padahal Allah telah

  [1]

  Jadi, menurut Ibnu Katsir, anak pertama itulah yang akan mendapatkan kasih sayang daripada orang tuanya melebihi anak-anak yang lahir setelahnya. Dengan demikian, perintah menyembelihnya akan menjadi ujian dan cubaan yang sangat berat.

  [1]

  Pertama, Imam Ibnu Katsir mencantumkan dalam ”Tafsir Al-Qur’an Al-’Adzim”, bahawa menurut kesepakatan kaum muslimin dan ahlu al-kitab, anak Ibrahim A.S yang pertama adalah Ismail A.S. Bahkan, disebutkan dalam nash kitab terdahulu, Ismail A.S dilahirkan ketika Ibrahim A.S berusia 86 tahun, sedangkan Ishaq A.S dila- hirkan ketika Ibrahim berusia 99 tahun.

  Walau bagaimana pun, Imam Ibnu Katsir mele- m a h k a n pendapat-pendapat tersebut, malah dia membawakan beberapa hujjah untuk menolaknya.

  [2]

  Ismail sampai pada umur s a n g g u p b e r u s a h a bersama-sama Ibrahim?

  ‘Abbas R.A dalam Shahih Al-Bukhari, hadits no. 3364), lalu bagaimana mungkin

  (sebagaimana hadits yang diriwayatkan daripada Abdullah bin

  “Maka, tatkala anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersama-samanya (yakni ber- sama Ibrahim)…” Menurut As-Suhaili, Ismail A.S tidak bersama Ibrahim A.S melainkan ketika dia masih kecil, dan ketika kecil itu, dia bersama ibunya (Hajar) berada di salah satu bukit di Makkah

  [2]

  Ishaq A.S. As-Suhaili, ketika menguatkan pendapat- nya bahawa anak tersebut adalah Ishaq, menggu- nakan firman Allah Ta’ala berikut sebagai hujjah.

Pendapat kedua: Ismail A.S

Pendapat pertama: Ishaq A.S

  Imam Ibnu Katsir, dalam bukunya ”Qishash Al- Anbiya’”, mencantumkan satu lagi pendapat yang mengatakan bahawa anak yang disembelih adalah

  [1]

  Ibnu Jarir menguatkan pilihannya dengan firman Allah Ta’ala dalam surah Ash-Shaffat, ayat 101, ”Maka Kami berikan khabar gembira kepadanya (Ibrahim) dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat sabar,” di mana Ibnu Jarir berpendapat ba- hawa ”khabar gembira” ini adalah khabar gembira atas kedatangan Ishaq sebagaimana yang disebut- kan oleh Allah Ta’ala dalam firman yang lain, iaitu dalam surah Adz-Dzariyat (surah 51), ayat 28.

  [1]

  akan memperolehi cucu daripada Ishaq? kan untuk disembelih itu adalah Ismail A.S, malah kita sendiri mendengarkan hal ini dari- Untuk hujjah ketiga, Imam Ibnu Katsir pada seorang mantan penganut Yahudi. Malah mencantumkan dalam tafsirnya satu hadits pendapat yang sama juga disebutkan oleh se- yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Imam orang sahabat yang cukup terkenal kehebatan- Ahmad meriwayatkan daripada Shafiyyah nya di bidang tafsir Al-Qur’an, iaitu Ibnu ’Ab- binti Syaibah, dia menceritakan bahawa ada bas R.A. seorang wanita daripada Bani Sulaim yang baru melahirkan memberitahunya, Rasulul- Sumber rujukan lah S.A.W pernah mengirim utusan kepada Utsman bin Thalhah R.A. Dan di suatu

  1. Ibnu Katsir. Tafsir Ibnu Katsir: Ash-Shaffat, kesempatan, wanita itu mengatakan bahawa ayat 101-107. dia pernah bertanya kepada Utsman, ”Men-

  2. Ibnu Katsir. Kisah Para Nabi: Kisah gapa Rasulullah S.A.W memanggilmu?” Penyembelihan Ismail ’Alaihissalam. Utsman menjawab, “Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, ‘Sesungguhnya aku per- nah melihat dua tanduk kambing ketika aku memasuki Baitullah, tetapi aku lupa menyu- ruhmu untuk menutupinya (dengan kain). Oleh sebab itu, tutuplah kedua-duanya ker- ana sesungguhnya tidak layak di dalam Bai- tullah ini ada sesuatu yang bisa melalaikan

  [1,2]

  orang solat’.”

  Mutiara Kata

  Sufyan Ats-Tsauri mengatakan, “Kedua-dua

  “Tidaklah seseorang menyem-

  tanduk domba itu masih tetap tergantung di Baitullah sehingga Baitullah itu terbakar,

  bunyikan rahsia di hatinya,

  maka kedua-duanya turut terbakar.”

  melainkan akan ternampak

  Tanduk domba inilah yang dikatakan milik sembelihan yang digantikan Allah S.W.T. Ini

  pada tutur katanya dan terlu-

  menjadi dalil yang menunjukkan bahawa yang disembelih itu Ismail, kerana dia ting-

  kis pada wajahnya.”

  gal di Makkah, sedangkan Ishaq tidak dik- etahui kehadirannya di Makkah ketika dia

  • -Saidina Ali r.a

  [2] masih kecil. Wallahu a’lam.

  Sebagai hujjah terakhir daripada Imam Ibnu Katsir, dia menceritakan dalam bukunya ‘Qishash Al-Anbiya’, bahawa seorang khali- fah yang bernama Umar bin Abdul ’Aziz, pernah bertanyakan seorang lelaki yang du- Berkorban Apa Saja ... lunya merupakan seorang penganut agama Yahudi, tetapi akhirnya memeluk Islam, “Siapakah putera Ibrahim yang diperintah- kan untuk disembelih?” Dia menjawab,

  Berkorban apa saja

  “Demi Allah! Dia adalah Ismail, wahai Ami-

  Harta atau pun nyawa

  rul Mu’minin. Orang Yahudi mengetahui

  Itulah kasih mesra

  hal itu, tetapi mereka iri kepada kalian, hai

  Sejati dan mulia

  sekalian bangsa Arab, apabila kalian yang

  Kepentingan sendiri

  mendapat perintah Allah Ta’ala melakukan

  Tidak diingini

  hal seperti ini (iaitu penyembelihan Ismail),

  Bahagia kekasih

  serta keutamaan yang disebutkanNya ada pada Ismail atas kesabarannya menjalankan

  Saja yang diharap

  perintahNya. Mereka mengingkari hal itu dan mengaku bahawa yang disembelih ada- Ingin penulis bertanya, ada sesiapakah yang lah Ishaq, kerana Ishaq adalah nenek moy- belum pernah mendengar bait-bait ini? Lirik lagu

  [2]

  ang mereka.” terkenal nyanyian lagenda Tan Sri P. Ramlee ini menjadi salah satu

  Begitulah serba sedikit perbahasan yang dapat saya bawakan untuk menjawab per- inspirasi kepada anak-anak muda untuk melakukan apa saja demi memenangi hati kekasihnya, maka timbullah ayat-ayat yang terkenal sehingga sekarang seperti :

  

“..akan ku redah lautan api, ku daki gunung yang tinggi untuk mendapatkan cintamu...”

  Wah, begitu besar sekali kuasa cinta dalam diri manusia sehingga mendominasi setiap pemikiran dan tindakannya.Namun penulis sedikit keliru. Manusia boleh melakukan apa sahaja untuk seorang yang lain walaupun belum tentu orang itu menghargainya. Namun mengapa hanya sedikit sekali manusia yang mengorbankan apa saja untuk meraih rahmat Allah S.W.T. sedangkan balasan syurga itu adalah sesuatu yang sudah pasti bagi orang-orang yang beriman?

  Pada akhir zaman ini, adakah lagi manusia yang dapat melakukan pengorbanan seperti Nabi Ibrahim & Nabi Ismail sebagaimana diceritakan dalam surah As-Shaffat, ( 37 : 100 – 108) ? Nabi Ibrahim menunggu sekian lama, sehingga usia yang lanjut, untuk dikurniakan Nabi Ismail a.s, dan anaknya pula merupakan seorang yang sangat soleh dan sangat disay- anginya. Namun apabila turun perintah Allah yang mengarahkan Nabi Ibrahim menyembelih Nabi Ismail dengan tangan- nya sendiri, kedua-duanya terus patuh tanpa ada sedikit persoalan atau rungutan pun. Mungkin patut bertanya diri sendiri, tidakkah Nabi Ibrahim berasa berat untuk melepaskan anak kesayangannya? Tidakkah Nabi Ismail berasa sayang untuk meninggalkan hidup yang berwarna-warni ini?Ya, kasih sayang sesama bapa dan anak,kecintaan terhadap kehidupan yang kita ada sekarang adalah perkara yang fitrah dan menjadi keinginan setiap manusia, termasuklah penulis dan pembaca. Namun, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sanggup mengorbankan perkara yang paling mereka sayang di dunia ini untuk tunduk & patuh kepada Allah S.W.T. :

  

“Sesungguhnya jawapan orang-orang yang beriman apabila mereka diseru kepada Allah dan RasulNya agar menghukum di antara mereka, ucapan

mereka ialah : Kami mendengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung".( 24:51.)

  Tidakkah kita mahu meraih keuntungan syurga Allah yang kekal abadi? Mungkin penulis tidak perlu mengutarakan persoalan ini sebenarnya, kerana bodohlah sesiapa yang tidak mahu masuk syurga. Namun, untuk meraih keredhaan Allah demi menggapai syurga yang tertinggi itu bukannya suatu yang semudah A-B-C. Kisah Nabi Ibrahim & Nabi Ismail ini jelas mengajar kita bahawa untuk tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T., ini memerlukan pengorbanan - mengorbankan keingi- nan dan kepentingan diri sendiri.

  Jika diteliti, kehidupan kita sebagai Muslim sedari kecil hingga sekarang sememangnya berlandaskan pengorbanan. Untuk bangun solat subuh misalnya, kita terpaksa mengorbankan perasaan enak berada di bawah selimut/Duvet semata- mata untuk menunaikan solat wajib 2-rakaat. Untuk bangun bersolat malam, kita mengorbankan sebahagian masa tidur kita sedangkan ramai manusia lain yang mungkin tengah bermimpi indah pada saat itu. Untuk menghadiri kelas-kelas agama, seorang pelajar mungkin mengorbankan masa beberapa jam seminggu sedangkan rakan-rakan yang lain sudah mampu mengulangkaji beberapa topik dalam tempoh itu. Untuk jihad fisabilillah, seorang tentera Islam bermain antara hidup dan mati dalam perjuangannya sedangkan dia mempunyai harta, keluarga, dan nafsu. Jadi, pengorbanan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam menjadi hamba yang patuh kepada Allah.

  Namun, pengorbanan tersebut bukannya sesuatu yang sia-sia. Malah, mungkin boleh dikatakan bukan pengorba- nan, kerana pengorbanan maksudnya mengorbankan apa yang kita ada. Namun, apa yang sebenarnya manusia ada?Kita tidak punya apa-apa! Seluruh kehidupan, masa, harta, tenaga, dan keluarga kita sebenarnya dikurniakan Allah tanpa kita mengeluarkan sedikit modal pun. Tanpa Allah yang memberi, kita tidak akan pernah memiliki. Untuk tunduk dan patuh kepada Allah, kita hanya perlu mengembalikan sebahagian kecil daripada kurniaan itu kepada Tuannya.Contohnya dari- pada 24 jam yang kita ada, sehari mungkin kita gunakan hanya 1-2 jam untuk bersolat, dan punya masa 23 jam lagi untuk melakukan perkara-perkara lain..Allah memberikan kita harta, namun kita hanya mengembalikan sebahagian kecil untuk infaq & jihad fisabillah, sebahagian lagi kita gunakan untuk meneruskan kehidupan kita di muka bumi ini…Dengan pengor- banan yang sangat kecil ini sebenarya, Allah menjanjikan balasan syurga yang kekal abadi.

  Masya-Allah, adakah lagi perniagaan dan pengorbanan yang lebih menguntung- kan dari ini?Adakan mungkin akan wujud individu yang meminjamkan kita segala modal untuk berniaga, kemudian kita menjual hanya sedikit daripada modal itu kepada individu berkenaan, dan invidu tersebut membelinya dengan harga yang jauh lebih tinggi dari- pada modal yang asal? Tidak ada..tidak mungkin ada.

  Maka, janganlah takut untuk berkorban masa, tenaga, harta, & hidup untuk mencari redha Allah S.W.T., kerana kepatuhan kepada Allah S.W.T. itu memang me- merlukan pengorbanan. Dan Allah menjanjikan balasan syurga buat orang-orang yang ikhlas mengejar rahmatnya… “Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, nescaya dia melipatgandakan

  balasan untuk kamu, dan mengampuni kamu.Dan Allah maha mensyukuri, maha penyantun .” ( 64 :

  17 )

  • -Nadranadia Bowden Court, Manchester, 5 Zulhijjah.

  

Titik, titik, bulat... dan lengkung.

  Titik , titik,  bulat…..dan  lengkung.. “Qo”  kata adik.

  Ummi pandang sekilas tulisan adik, “Adik, lengkungnya biar bawah baris, baru betul.” Adik capai pemadam dan padam lengkungannya dan tulis lagi.

  Lurus dan lengkung “Lam” sebut adik kuat. Ummi pandang tulisan adik dan senyum lebar. “Ummi, nanti adik belajar lagi dan tulis lagi , ya. Kata ustazah, lagi lima huruf yang adik belum belajar dari huruf huruf hijaiyah. Ustazah kata nanti senang baca quran bila dah abis belajar huruf. Nanti kalau adik pandai baca, boleh belajar tajwid pula. Lama – lama adik akan jadi hafizah ya ummi ?” “Inshaa Allah, ameen..!” Ummi dan kakak ucap serentak. Adik angkat mukanya sedikit dan mata kecilnya terbuka sedikit dan tertumpu pada abah, abah masih dalam posisi sujud. Adik kembalikan mata ke sejadah , dan hadapkan muka ke sulaman be- nang emas bentuk bulan atas sejadah. “Allahu akhbar.” Adik turunkan tumit ke lantai dan kem- bali berdiri dalam posisi qiyam. Adik kira-kira, ini rakaat ketiga… sekarang solah maghrib...bererti rakaat terakhir. Fikiran adik terbayang–bayang duduk tahiyat yang kakak ajar semalam. “Adik selitkan kaki kiri di bawah yang kanan dan tapak kaki kanan biar lurus macam ketika sujud”, ajar kakak. Adik gerak gerak kepala atas dan bawah tanda faham. “Adik mau ikut ummi jumpa Pak Ab- dullah? Nanti boleh main dengan Be- bek.” Pelawa ummi. “Bebek? Mau, ummi! Ummi! Adik ada gula-gula merah, abah belikan sema- lam. Adik mau kongsi dengan bebek” “Alhamdulillah.” Ujar ummi perlahan. Hati ummi gembira melihat adik ingin berkongsi suatu yang adik gemari den- gan sahabatnya.

  • –hukum tajwid, inshaa Allah matlamat akan tercapai. Seperti adik ketika dia mencapai pemadamnya dan menulis semula huruf ‘qo’ nya dengan lebih baik dan tepat lengkunganya, saya berharap bagi mereka yang ingin men- dekati Allah dengan memperbaik ibadahnya dan tidak cepat merasa putus asa bila melaku- kan kesilapan. “Capailah pemadam dan tulis kembali dengan lebih baik catatan amal pada hari esok..” Mungkin hari ini kita masih tidak dapat melakukan amal –amal yang asas seperti solah dengan tepat, masih terlupa rakaat, masih kurang khusyu dan mungkin juga belum kenal duduk tahiyat itu bagaimana caranya, namun, seperti adik, kita masih boleh belajar dan bela- jar. Carilah orang yang sudi mengajarkan pada kita. Sifat saling mengajar dalam hal hal kebaikan adalah suatu hal yang amat dianjur- kan oleh baginda Rasullullah. Mungkin kita tidak dapat memberikan ceramah keagamaan seperti ustaz-ustaz, namun, kita pasti boleh mengajarkan hal-hal asas, dalam beribadah contohnya, pada rakan-rakan, keluarga dan saudara muslim kita yang lain.

  “Baik, adik. Adik kongsi dengan Bebek gula-gula merah adik. Tapi kalau Be- bek tak mahu makan, adik jangan se- dih. Mungkin Bebek suka makanan lain” kata ummi. “Pak, umur Bebek sudah cukup 1 tahun, pak?” ummi bertanya pada Pak Abdullah. “Alhamdulillah, sudah” “Saya beli ya dari pak buat korban tahun ini. Ini wangnya.” Kata ummi.

  Tidak berapa jauh, adik telah menjadi- kan kaki Bebek yang empat sebagai laluan terowong untuk adik lari keluar masuk.

  Adik berlari ke arah ummi. Manik- manik peluh mengalir laju dari mu- kanya. “Ummi, ummi beli Bebek untuk udh… udh….udhiyah ya ummi?” Soal adik.

  Alis ummi terangkat dan matanya se- dikit membesar, “Adik tahu tentang udhiyah?” “Udhiyah itu sebagai tanda kita ingat tentang peristiwa pengorbanan nabi Ismail yang taat pada Allah.” Adik berhenti bernafas sejenak setelah selesai memberikan jawapan yang pan- jang. “Alhamdulillah...” Ujar ummi perlahan. Sekembali ke rumah, ummi melakukan sujud syukur pada Allah kerana nikmat islam dan iman yang dikurniakan pada adik seusia yang kecil itu.

  Saya nukilkan kisah singkat di atas dengan doa dan harapan pembaca mendapat dorongan motivasi untuk beribadah pada Allah. Dalam beribadah pada Allah, seperti mengha- fal quran dan sebagainya, perlu melalui be- berapa tingkatan dan proses yang kelihatan agak panjang dan memakan waktu. Namun, jika kita menanam dalam diri suatu semangat positif seperti adik dan ingin belajar dari yang asas sehingga yang ‘advance’ seperti hukum

  Mutiara Kata “Janganlah melakukan amal kebaikan untuk di- puji, dan janganlah men- inggalkannya kerana malu”

  • -Saidina Ali r.a

  

atau bersifat menghukum, buat mereka yang

#

  Apabila saudara muslim kita, baik ingin belajar untuk mengamalkan nilai atau huruf hijaiah = huruf arab yang merupakan ahli keluarga atau bukan, akhlaq yang islami. Usia tidak pernah menjadi hafizah = mereka yang menghafal Al-quran berusaha untuk melakukan kebaikan, maka halangan untuk menimba ilmu dan memper- qiyam= berdiri berilah dorongan yang positif untuk mereka baiki amalan kita kepada Allah. Senantiasalah udhiyah = binatang yang dikorbankan membanyakkan lagi amal soleh mereka. Seper- berfikir positif untuk diri, rakan, keluarga dan timana watak ummi dalam kisah di atas, masyarakat kita bahawa belajar dan beramal berilah fokus pada nilai positif yang ada pada islam itu mudah. Adik kecil juga mampu saudara muslim kita (dalam kisah ini, sifat memahami istilah arab dan erti korban. berkongsi). Cubalah untuk mencadangkan alternatif yang tidak kelihatan terlalu keras -Aina Farhana, Melbourne

Dan berkorbanlah..

  Syariat berkorban merupakan warisan ibadah yang paling tua, kerana berkorban mulai diperintahkan saat Nabi Allah Adam `alaihissalam tidak menemukan cara yang adil dalam menikahkan anak-anaknya yang kembar, meskipun sudah diputuskan menikah secara silang. Sampai akhirnya Allah mewahyukan agar kedua-dua anak Adam tersebut, Habil dan Qabil melaksanakan korban untuk membuktikan siapa yang diterima korbannya. Habil berkorban dengan ternaknya, unta, dan Qabil berkorban dengan tana- mannya, gandum. Sampai di sini, Allah sebenarnya ingin menguji hamba-hamba-Nya; siapa yang dengan sukarela melaksanakan perintahnya, dan siapa pula yang menentangnya. Habil dengan ikhlas mempersembahkan korbannya dan kerana itu, diterima oleh Allah subhanahuwata`ala. Sedangkan Qabil, ketidaktulusannya dalam menjalankan perintah berkorban, tidak diterima korbannya oleh Allah, malah, bertekad untuk membunuh saudaranya sendiri, Habil. Inilah peristiwa pembunuhan pertama dalam sejarah umat manusia. Syariat berkorban seumpama ini dilanjutkan oleh para nabi selepasnya.

  

“Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direze-

kikan Allah kepada mereka, Maka Tuhanmu dialah Tuhan yang Maha Esa, Kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. dan berilah khabar gembira

kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah).”

  • QS. Al-Hajj : 34 Peristiwa berkorban paling fenomenal dibuktikan oleh Bapa Tauhid, Khalilullah; nabi Ibrahim Alaihissalam. Ibrahim yang menanti- nantikan seorang putera sejak lama itu diperintahkan Allah swt untuk menyembelih putera kesayangnannya, Isma`il alaihissalam. Ujian berat menyergapnya; antara melaksanakan perintah Allah swt atau membiarkan puteranya hidup dengan tidak melaksanakan perintah Allah swt, apatah lagi puteranya yang inilah nanti akan melanjutkan perjuangan bapanya. Alasan ini kelihatan begitu rasional; oleh menjadi pembelaan diri dan pembenaran pilihan. Namun, Ibrahim sudah teruji ketaatannya kepada Allah swt. den- gan melaksanakan perintah Allah itu tanpa ragu-ragu lagi. Perintah itu dikomunikasikan dengan puteranya Isma’il. Betapa bangga- nya sang ayah yang mendengar ketegasan puteranya, “Wahai Ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Engkau akan menemu-

  kan diriku termasuk orang yang penyabar.”

  Atau seperti Qabil yang menuruti logik otaknya dan kemahuan syahwatnya, sehingga dengan perintah berkorban itu, dia malah melanggar perintah Allah swt dengan mem- H a k i k a t Q u r b a n . . . bunuh saudara kembarnya sendiri? Dia berusaha mensiasati perintah Allah swt dengan kemahuannya sendiri yang

  Allah swt telah menyebut nikmat-nikmat yang begitu menurutnya baik. Namun di situlah letak permasalahannya; banyak dikurniakan buat hamba-hambaNya di dalam ki- adakah dia tidak percaya perintah Allah swt.? tabullah. Allah swt mengingatkan hamba-hamba-Nya agar

  Berkorban juga bererti upaya menyembelih hawa mahu melaksanakan perintah-perintah-Nya: perintah solat nafsu dan memotong kemahuan syahwat yang selalu menyu- lima waktu atau solat Aidul Adha dan berkorban sebagai ruh kepada kemungkaran dan kejahatan. bukti rasa syukur kepada-Nya.

  Seandainya sikap ini dimiliki oleh umat Islam, subha- Berkorban tidak sekadar mengalirkan darah binatang nallah, umat Islam akan maju dalam segalanya. Betapa tidak, ternak, tidak hanya memotong haiwan korban, tetapi, lebih bagi yang berkerja sebagai guru, dia berkorban dengan il- dari itu, berkorban bererti ketundukan total terhadap munya. Pengusaha akan berkorban dengan bisnesnya yang perintah-perintah Allah swt dan sikap menghindar dari hal- adil dan halal. Ahli politik akan berkorban demi kemasla- hal yang dilarang-Nya. Allah swt ingin menguji hamba- hatan umum dan bukan kelompoknya. Pemimpin akan hamba-Nya dengan suatu perintah, apakah dia dengan ber- berkorban untuk kemajuan rakyat dan bangsanya dan begi- baik sangka dan kerana-Nya melaksanakan dengan baik tulah seterusnya. tanpa ragu-ragu? Seperti Nabiyullah Ibrahim.

  Kita berani menyembelih kemahuan peribadi yang Berkorban adalah bererti wujud ketaatan dan periba- bertentangan dengan kemahuan kelompok, atau keinginan datan seseorang, dan kerananya seluruh sisi kehidupan sese- peribadi yang bertentangan dengan syariat. Apatah lagi ke- orang boleh menjadi manifestasi sikap berkorban.

  mahuan kelompok yang bertentangan dengan perintah Allah

  10.Haji terawal dan terakhir Nabi saw dikerjakan swt. pada tahun ______Hijriyyah.

  11.Denda yang dikenakan kepada orang yang mela- Dengan semangat ini, bentuk-bentuk kejahatan akan kukan kesalahan semasa mengerjakan haji dan umrah boleh dikurangkan bahkan dihilangkan di bumi pertiwi ini. kerana meninggalkan perkara wajib haji atau umrah Biidznillah.

  @ melakukan perkara dilarang semasa ihram. Kerana itu Allah swt menegaskan dalam firman-Nya,

  “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” ( Al-Hajj:37)

  Dan berkorbanlah. Korban menjadi kebiasaan yang melegakan, bukan menjadi beban dan keterpaksaan. Kerana memang korban tidak sekadar memotong haiwan. Allahu A’lam.

  Mutiara Kata “Orang yang zalim kepada dirinya ialah orang yang merendahkan dirinya kepada orang yang tidak memuliakannya dan orang yang menerima sesuatu yang tak berman- faat padanya. Begitu juga orang yang menerima pujiandari orang lain yang tidak mengenalinya dengan sungguh-sungguh.”

  10.sepuluh 4.tujuh 9.tahallul 3.qudum

  • -Imam Syafie

  8.ifrad 2.wukuf 7.muzdalifah 1.mampu 6.sitihajar 11.dam 5.hitam Jawapan:

  Brain-teaser! TEKA SILANGKATA:

  IBADAH HAJI RUKUN TERTINGGI!

  1.Antara syarat ibadah haji ialah istitoah yang ber- maksud_____________ .

  2.Ibadah _________ dilakukan pada 9 Dzulhijjah

  3.Tawaf selamat datang disebut sebagai tawaf _________ .

  4.Tawaf dilakukan sebanyak_____ pusingan bermula dari penjuru hajar al aswad.

  5.Hajar al aswad dikenali sebagai batu______.

  6.Ibadah saie adalah mengenang perbuatan ________ berulang alik dari bukit Safa dan bukit Marwah untuk mencari air bagi anakknya Nabi Ismail 7.Salah satu wajib haji ialah bermalam di________ .

  8.Haji yang paling afdhal ialah haji _______ iaitu mengerjakan umrah dan haji secara berasingan sa- mada umrah sebelum atau selepas haji.

  Any comments/ suggestions, please mail to:

  9.Istilah________ bermaksud “diperboleh atau dibe-

  risalah_islam@yahoogroups.com

  baskan daripada larangan atau pantangan ihram