Haji Umar bin Ismail Nuruddin sumbangan
Al haji Umar bin Ismail Nuruddin sumbangan terhadap
perkembangan ilmu Falak di Kelantan/ -suatu sorotan terhadap
kitab Miftah al Ta’lim dan Shams al Fathiah
Oleh PM ZAKARIA B. MUSTAFFA
CiTU Kampus Puncak Alam
Abstrak
Al-Haji Umar bin Ismail Nuruddin tertera pada muka hadapan kedua kitab karangannnya dan lebih dikenali
dengan Haji Umar Sungai Keladi. Lahir di Kota Bharu Kelantan pada 1284H/1867M dan meninggal pada tahun
1946M1. Mendapat pendidikan awal seperti kebanyakan kanak-kanak lain dalam tradisi masyarakat Melayu dan
seterusnyaa menyambung pelajaran agama ke Mekah. Di Mekah beliau sempat berguru dengan tokoh terkenal
seperti Wan Ahmad bin Muhammad Zain al Fatani dari Asia Tenggara dan guru dari kota suci Mekah sendiri
seperti ulama ‘Jawi’ lain sebelum dan selepasnya.. Akhirnya setelah berada disana selama 12 tahun beliau
menguasai pelbagai bidang ilmu termasuk ilmu Falak. Selesai pengajian di Mekah, beliau pulang ke Kelantan
semula untuk melaksanakan tanggungjawab keilmuannya dengan menyumbangkan tenaga kepada masyarakat
asalnya di Kota dan pernah bertugas dengan Majlis Agama Islam Kelantan. Dalam bidang Falak, beliau pernah
menulis dua buah kitab iaitu Miftah al-Ta’lim (1924), dan Shams al-Fathiah (1926). Buku Miftah al-Ta’lim
membicarakan tentang matematik sebagai ilmu yang penting dalam memahami isi buku seterusnya iaitu Shams
al- Fathiah yang membicarakan tentang ilmu Falak itu sendiri khususnya tentang penggunaan Rubu’Mujayyab.
Pendahuluan
Lahir di Kampung Atas Banggol, Kota Bharu pada 18 J. Awal 1284 bersamaan 17 Seprtember 1867.
Bapanya berkebolehan sebagai tukang emas lalu Sultan memilihnya untuk mengukir Bunga Emas
untuk dihantar ke Siam kerana Kelantan ketika ini berada dibawah pengaruh Siam . Bapanya sendiri
yang kuat berpegang kepada ajaran Islam dan berdarah satria meluangkan masa untuk mendidik
anaknya mengaji al Quran disamping guru-guru lain seperti Hj. Abdul Manan Atas Banggol. Ketika
berumur 10 tahun beliau berjaya mengkhatam al Quran. Oleh keinginan yang tebal terhadap
pendidikan agama sianak dihantar ke Pondok Haji Awang Gemok atau Haji Awang Alim (Haji Awang
Muhammad Zain) atau dkenali juga tempat tersebut sebagai Surau Kemboja untuk mempelajari
Bahasa Arab. Beliau meneruskan pengajian agamanya dengan Tuan Guru Haji Ismail HajiMahmud
Atas Banggol, Kota Bharu sehingga umurnya mencapai 18 tahun. 2
Kekeluargaan
Haji Omar mengambil keputusan mendirikan rumahtangga semasa 18 tahun (1885) dengan Che
Aishah binti Abdullah. Beliau memilih pekerjaan untuk saraan keluarga dengan bekerja sebagai
peniaga kain dari Singapura. Beliau berulang alik antara Singapura dan Kota Bharu. Namun
1 Sila lihat juga www.kelantan.edu.my/ttulisumar.htm.
2 Ismail Che Daud, (1988),Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung(1), cetakan pertama, Majlis Ugama Islam dan
Adat Istiadat Melayu, Kelantan. Hal. 278
kepuasan terhadap ilmu belum tercapai lalu pada 1887 (1305H) dan secara kebetulan isterinya
meninggal dunia pada 1304H beliau mengambil keputusan untuk pergi mendalami ilmu ke Mekah.
Sekembali dari Mekah pada Rabu 18 Safar 1317H dan pada 27 R. Awwal 1317 beliau sekali
berkahwin dengan Khadijah binti Muhammad Taib. Beliau mendapat 3 orang iaitu Fatimah, Ibrahim
(Imam Tumpat) dan Aishah. Oleh kerana isterinya meninggal, beliau berkahwin lagi dengan Cik
Wook/ Aishah binti Yusuf dari Kubang Pasu, Kota Bharu pada malam Jumaat 15 R. Akhir 1325H.
Perkahwinan kali dianugerahkan 6 orang anak iaitu Muhammad-ayah Abdullah Nakula, Haji Mahmod
Sungai Keladi, Abdullah, Ahmad Fadhil, Mustafa dan Hafsah.
Pendidikan
Di Mekah beliau berguru selama 12 tahun dengan Haji Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al
Fatani3, Haji Wan Ali Kutan, Tuan Abd. Mutalib Tuan Faqih Kota, Syeikh Ahmad bi As’ad al Dahhan,
Syeikh Muhammad Khayyat, Syeikh Said Yamani , Syeikh Hasbullah, Syeikh Umar Bajunid, Syeikh
Nik Mat Kecik al Fatani, Tok Senggora, Daud al Fatani dan lain-lain. Hasilnya beliau mahir dalam
ilmu Falak, Fiqh, Usul Fiqh, Nahu, Saraf, Balaghah dan Qiraat. Sezaman dan pernah bersahabat
dengan tokoh Falak Pulau Pinang, Abdullah Pahim. 4. Guru-guru Falak beliau semasa menuntut di
Mekah ialah Syeikh Ahmad Khatib, Syeikh Muhammad bin Yusof al Khayyat dan Syeikh Abu Bakr
Syatta5
Pekerjaan
Dari segi pekerjaan beliau mulai mengajar di Masjid Besar Kota Bharu pada hari Isnin 3 Zulkaedah
1322H dengan perintah Sultan Muhammad ke 4. Rekod kehadiran pelajar turut dicatit yang secara
tidak langsung diketahui murid datang dari pelbagai negara seperti Patani, Palembang, Pahang,
Legor, Minangkabau, Jawa dan lain-lain. Beliau mengajar tafsir, Hisab, kitab Iqna’, Minhaj al Abidin
dan lain-lain. Pada hari Khamis 20 Syaaban 1331 beliau memilih untuk menetap di Kampung Sungai
Keladi dan mendirikan surau dan pondok serta melaksanakan pengajaran agama disana. Pada 7 R.
Akhir 1335 bersamaan 30 Januari 1917 beliau dilantik sebagai pengarang dan penterjemah kitab di
Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Karya beliau:
1)
2)
3)
4)
5)
al Durr al Naqiy fi makrifat al Arqam al Hindi (1909)
Jalan Sejahtera (1917)
Jambangan Melayu (1917)
Pengenal Kesucian (1921)
‘Aqd al Falah (1922),
3 Wan Muhammad Saghir Abdullah, Sejarah ilmu Falak Nusantara dalam kertas kerja Seminar Keilmuan Falak
‘Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Fahim’-perintis Ilmu Falak Moden Anjuran Jabatan Mufti Negeri
pulau Pinang dan Unit Penyelidikan Falak & Sains atmosfera, USM, Pusat Islam, USM
4 Sila lihat www.semanggol.com
5 Dr. Baharuddin Zainal, “Menggelintar Budaya Intelek Ilmuan Falak Alam Melayu” Kertas kerja dalam Seminar
Penghayatan Ilmu Falak 2008M, Auditorium Kompleks Falak al-Khawarizmi Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara,
Melaka pada 26 Julai 2008M/23 Rejab 1429H.
6)
7)
8)
9)
10)
Tazkirat al ‘Awwam (1923)
Pelajaran membahagi pesaka (1923)
Miftah al Ta’lim (1924) dan
Shams al Fathiah (1926).
Zahratul Waridiyah dan Terjemahan Tafsir al-Khazin (belum cetak) 6
Antara muridnya Tuan Guru Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan, seorang ulama yang terkenal di
Rembau Negeri Sembilan (1907-1997) yang pernah menghasilkan Taqwim Solat (1954) 7. Di Melaka,
Abdul Wahid bin Osman dari Sungai Udang pernah menjadi salah seorang murid Haji Umar
Sg.Keladi.8
Tokoh-tokoh Falak lain di Kelantan
a) Dato’ Haji Mohd Nor bin Ibrahim (1905-1987)
Salah seorang ulama’ Kelantan yang terkemuka dan dianggap tokoh paling masyhur selepas Tok
Kenali. Dilahirkan pada 20hb. Ogos 1905 di Kota Bharu, beliau adalah anak kepada Haji Ibrahim
Yusuff, Mufti Kerajaan Kelantan antara 1928-1941.
Setelah menamatkan persekolahan awalnya di Madrasah Muhammadiah Majlis Agama Islam
Kelantan, beliau melanjutkan pelajaran ugamanya di Mekah pada tahun 1923. Bidang ilmu yang
beliau pelajari meliputi bukan sahaja ilmu-ilmu agama tradisional seperti usuluddin, fiqh, hadith,
qiraat dan tafsir, tetapi juga ilmu-ilmu falak . Guru-guru beliau di Mekah antara lain ialah Tok
Senggora, Syeikh Nuh Jamaludin Kelantan, Syeikh Mohd. Nor Patani, Tengku Mahmud Zuhdi alFatani, Chek Pak Ya al-Ramani dan lain-lain.
Jawatan beliau yang pertama selepas pulang ke Kelantan ialah menjadi Qadhi Besar Kelantan pada
tahun 1937. Pernah memangku jawatan Mufti Khas antara 1hb. September 1941 hingga 28hb.
Oktober 1944, iaitu sehingga jawatan berkenaan dihapuskan. Antara 1949 hingga pertengahan 1965,
beliau menjadi guru di Jami’ Merbau al-Ismail (kemudiannya Maahad Muhammadi) dan sekaligus
mengajar di Masjid Muhammadi. Selang waktu antara pertengahan 1965 hingga April 1968, beliau
habiskan di Masjid Negara Kuala Lumpur, berkhidmat di Kelas Tahfiz al-Qur’an yang baru
ditubuhkan sekarang (Dar-al-Qur’an) dan menyusun tafsir pimpinan ar-Rahman yang terkenal itu.
Dilantik menjadi Mufti pada 1hb. Mei 1968 berikutan kematian sahabatnya Dato’ Haji Ahmad
Maher. Jawatan ini beliau sandang sehingga ke akhir hayatnya pada 13hb. Februari 1987.
Lebih dari seorang ulama’, beliau adalah seorang hafiz dan ahli falak yang terkenal,penulis dan orang
mampu berbahasa Inggeris. Kemasyhuran beliau lebih banyak terserlah dalam bidang-bidang qiraat,
falak, tafsir dan usuluddin, ketimbang bidang fiqh sebagaimana layaknya seorang Mufti. 9
6 Ismail Awang dalam majalah pengasuh bilangan 420 keluaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan, Disember 1976
7 http://madrasahbongek.blogspot.com, http://www.yadim.com.my dan Wan Muhammad Saghir Abdullah,
dalam kertas kerja memantau 70 tahun aktiviti tuan guru haji Ibrahim Bongek Acheh-hubungan Keilmuan
dengan Syeikh Ahmad al-Fatani pada 17 Feb. 2007/29 Muharram 1428H
8 http://almaturidiyyyah.blogspot.com
9 www.jpn.edu.my, lihat juga Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid, (2003) Sumbangan Dato’ Haji Muhammad Nor
bin Haji Ibrahim Kepada Bidang Tafsir dan Pengajian Al-Qur’an. Al-Bayan Journal of Al-Quran & al-Hadith, 1
. pp. 81-106. lihat Mohamad Kamil Hj Ab Majid, “Dato’ Haji Muhamad Nor Ibrahim”dlm. Ismail Che Daud
(1996), Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung (2).
b) Haji Ab.Rahman Haji Hussain (1945-2006)
Haji Ab. Rahaman Hussain telah dilahirkan pada 11 September 1945, di Kg. Padang Pak Amat Pasir
Putih, Kelantan. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Hjh Halijah bt. Mohd.Nor dan telah
dikurniakan seramai 12 orang cahayamata yang terdiri dari 6 orang puteri dan 6 orang putera.
Beliau telah terdidik sejak kecil dengan suasana agama yang kukuh menerusi didikan kedua ibubapa
pondok masjid al-Muhammadi Kota Bharu. Beliau meneruskan pengajian di Maahad Muhammadi
sehingga tamat darjah 9 pada tahun 1966. Kegigihan beliau dalam meningkatkan ilmu pengetahuan
membawa kejayaan diperingkat SPM dan HSC sebagai calon persendirian.
Beliau menuntut ilmu Falak sejak tahun 1961 hingga 1980an bermula di peringkat awal pengajian
ketika di Maahad Muhammadi sehingga masuk ke alam pekerjaan. Beliau telah mendapat bimbingan
dari beberapa orang tokoh ulama dan falak di antaranya ialah Hj. Mohd. Saleh b. Hj. Daud, Dato’ Hj.
Mohd. Nor b Hj. Ibrahim (Mufti Kerajaan Kelantan), Dato’ Hj. Ismail Yusof (Mufti Kerajaan
Kelantan),
Hj.
Mohd.
Khair
Taib
dan
Hj.
Ab
Rahman
Hj.
Salleh.
Beberapa jawatan beliau sepanjang perkhidmatannya dengan kerajaan bermula pada tahun 1967
sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Agama Arab (Sekolah Agama Rakyat), kemudian di
Maahad Muhammadi Kota Bharu, Penyelia Agama di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negari Kelantan,
Pegawai Dakwah Negeri Kelantan dan jawatan terakhir di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Kelantan sebagai Ketua Penolong Pengarah Dakwah negeri Kelantan pada tahun 1997 sehingga
bersara pada 1 Oktober 2000. Selepas beliau bersara terus menyumbang khidmat bakti kepada
masyarakat sebagai pendakwah bebas dan memimpin Persatuan Falak Syar’ie Malaysia sehingga ke
akhir hayatnya.
Abd. Rahaman Hussain merupakan tokoh falak terkenal terutamanya di Kelantan kerana nama beliau
sering terpapar di kalendar dan diari agensi kerajaan negeri Kelantan kerana menghitung waktu solat
dan taqwim Hijrah. Selain itu beliau sering diundang menyampaikan ceramah berkaitan agama dan
falak. Beliau berjasa dalam memimpin Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM) sebagai Yang
DiPertua selama 14 tahun sejak dari Oktober 1992 hingga ke akhir hayatnya, September 2006. Beliau
mengambil alih tampok kepimpinan PFSM selepas Dr. Abdullah Ibrahim melepaskan jawatan sebagai
Yang DiPertua yang pertama. Beberapa kursus dan seminar Falak diadakan sepanjang pimpinan
beliau bagi mengembangkan ilmu Falak dalam masyarakat. Di antara seminar yang dianjurkan oleh
PFSM atau bersama dengan agensi lain ialah ;
Seminar Falak Syarie Negeri Kelantan pada 9 RabiulAwal 1418H / 14 Julai 1997M di Balai
Islam Kota Bharu, anjuran Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan dan Persatuan Falak Syar’i
Malaysia.
Seminar Penghayatan Ilmu Falak Menjelang Alaf Baru Negeri Kelantan, pada 25 - 27
RabiuAkhir 1420H / 7 - 9 Ogos 1999 M di B alai Islam Kota Bharu, anjuran Jabatan Hal
Ehwal Islam Kelantan dan Persatuan Falak Syar’i Malaysia.
Seminar Penghayatan Ilmu Falak Syar’ie Pada Era Teknologi Maklumat pada 18 - 19 Safar
1422 H / 12 -13 Mei 2001 M, di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.
Anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Persatuan Falak Syar’i Malaysia.
Seminar Penghayatan Ilmu Falak Syar’i Pada Era Teknologi Maklumat : Peluang dan
Cabaran pada 24-25 Muharam 1423 H / 7 – 8 April 2002 M di Air Keroh d’Village Resort,
Ayer Keroh Melaka, anjuran Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Mufti Melaka dan Persatuan
Falak Syar’i Malaysia.
Seminar Falak Syarie, Ilmu Falak dan Pemantapan Aqidah, pada 24 Rejab 1425 H / 9
September 2004 M di Bilik Senat UKM Bangi Selangor, anjuran Jabatan Syariah Fakulti
Pengajian Islam UKM dan Persatuan Falak Syar’i Malaysia.
Beliau juga turut membentangkan beberapa kertas kerja di seminar yang dianjurkan oleh PFSM atau
agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan. Di antara kertas kerja yang penah dibentangkan
seperti :
Ilmu Falak Menjelang Alaf Baru; di Seminar Falak Syarie Negeri Kelantan pada 9
RabiulAwal 1418H / 14 Julai 1997M di Balai Islam Kota Bharu, anjuran Jabatan Hal Ehwal
Islam Kelantan dan Persatuan Falak Syar’i Malaysia.
Istilah Falak Syar’I Dalam Penentuan Waktu Ibadat ; di Seminar Falak Syari di zaman
penerokaan angkasa lepas pada 4 – 5 JamadilAkhir 1411 H / 22 – 23 Disember 1990 di Pusat
Islam Kuala Lumpur, anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Persatuan
Falak Syari Malaysia dan Persatuan Al-Quran Universiti Islam Antarabangsa.
Ilmu Falak Syarie Di Malaysia: Penyesuaian Antara Tuntutan Moden Dan Tradisional, di
Seminar Falak Syarie pada 19 September 2005, di Dewan Muktamar 1, Pusat Islam UiTM
Shah Alam, Selangor, anjuran Pusat Pemikiran Islam (CITU), UiTM Shah Alam.
Taqwim Menurut Justifikasi Syara’ ; di Seminar Keunggulan Taqwin Islam pada 13 – 14
Ogos 2005 di Kompleks Taman Seni Islam anjuran Jabatan Mufti Selangor.
Kepentingan Arah Kiblat Dalam Kehidupan Umat Islam: pada 19 – 20 JamadilAkhir 1427
H / 15-16 Julai 2006, di Pusat Konvensyen Kolej Islam Antarabangsa Selangor, anjuran
Jabatan Mufti Selangor dan Konvensyen Kolej Islam Antarabangsa Selangor.
Asas Penetapan Idul Adha Dari Sudut Syariah, pada 29 RabiulAkhir 1424 H / 30 Jun – 2
Julai 2003, di Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, anjuran Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia.
Usaha mengembangkan ilmu falak ke dalam masyarakat adalah salah satu perjuangan Persatuan Falak
Syar’i Malaysia. Penglibatan beliau dalam usaha mengembangkan ilmu falak, boleh dilihat melalui
penglibatan beliau dalam kerja-kerja sukarela di antaranya ialah;
Yang DiPertua Persatuan Falak Syarie Negeri Kelantan (1998-2006)
Ahli Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, JAKIM (1991 – 2006)
Ahli Majlis Penasihat Planetarium Negara (1999 – 2006)
Ahli Jawatankuasa Penubuhan Balai Cerap Negara Langkawi (2003)
Amat mahir dalam penggunaan Rubu’ Mujayyab sejenis alat yang dijalankan dalam masyarakat
Islam suatu masa dahulu untuk menentukan waktu solat fardhu, arah kiblat, mengukur ketinggian
objek, mengetahui zodiak dan hitungan trigonomeri. Oleh itu, beliau sering dijemput mengajar
penggunaan alat tersebut di Jabatan Mufti Selangor dan Akademi Pengajian Islam Nilam Puri.
Akhirnya Ab. Rahaman bin Hussein telah pulang menemui Yang Maha Esa pada tanggal selasa 3
Ramadhan 1427 H / 26 September 2006 jam 4.00 petang di Hospital Machang, Kelantan. 10
c) Haji Ab.Rahman Salleh (1930-2010)
Dilahirkan pada tahun 1930, dan mendapat pendidikan agama yang awal di Mekah dan di Kelantan
sendiri. Beliau merupakan tenaga pengajar ilmu falak semasa ilmu falak menjadi sebahagian
kurikulum dalam sekolah agama di Kelantan. Pernah dilantik sebagai penasihat bahasa Arab bagi
buku teks yang diterbitkan bagi kegunaan sekolah-sekolah agama di Kelantan. Jawatan terakhirnya
ialah pengelola peperiksaan sekolah agama di Kelantan. Namun Ustaz Abd. Rahman Salleh sering
merendah diri, tidak suka menonjolkan diri yang menjadikan beliau kurang dikenali di luar negeri
Kelantan. Beliau juga terkenal sebagai pakar penulisan khat. Antara nama samaran dan gelaran bagi
setiap tulisan khatnya ialah Abu Faiz dan al-Khatat. Beliau pernah memenangi tempat ketiga
Pertandingan Seni Khat ASEAN tahun 1989. Menurut Haji Abd. Rahaman Hussien ( anak saudara
serta anak murid kepada Ustaz Abd. Rahman Salleh), kebanyakan tulisan khat di Masjid Sultan
Hassanal Bolkiah, Negara Brunei Darussalam merupakan hasil seni Ustaz Abd. Rahman Salleh.
Antara buku ilmu falak ialah
a)
Qawaidul Miqat dalam tiga jilid. Jilid pertama terbitan tahun 1959 M, kedua tahun
1961 dan ketiga tahun 1963. Ketiga-tiga buku ini dalam bahasa Arab dan diterbitkan
oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Kandungannya mengenai ilmu miqat dengan
tumpuan kepada kaedah hitungan waktu solat dan arah kiblat menggunakan sukuan
sinus dan jilid ketiga berkaitan hitungan takwim Islam. Sebuah buku terbitan Tinta
Publisher yang bertajuk Ilmu Miqat: Hitungan Waktu dan Takwim
dan
pengarangnya Abdul Rahman Salleh @ Al-Khatat keluaran 2012 menepati apa yang
diulaskan oleh Dr. Baharuddin Zainal.
b) Jadwal Istikhraj as-Sa’ah bil Rubu’ Mujayyab tahun 1960. Jadual ini sebenarnya
maklumat parameter hitungan sudut jam Matahari yang terdiri daripada nilai badc
qutr, asal mutlak, nisf al-fadlah dan mail matahari mengikut tarikh Afranji (Miladi)
dan tarikh buruj. Maklumat ini dipaparkan khusus bagi kegunaan negeri Kelantan,
pengguna hanya perlu melakukan operasi aritmetik dengan sukuan sinus untuk
mendapatkan waktu solat bagi negeri Kelantan.
c) Jadwal al-Mirathil as-Syar’i. Jadual ini mengandungi 30 jalur waris dengan nisbah
faraid masing-masing. Kedua-dua jadual ini (Jadwal Istiqraj dan Jadwal al-Mirathil)
menjadi hiasan di ruang tamu rumahnya, di Banggol Kulim, Machang Kelantan. 11
d) Dato’ Haji Ismail Yusoff 1915-1988)
10 Tulisan Nur Izzati Binti Abu Bakar , Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya,
http;//mufti.penang.gov.com.my, lihat juga Kassim Bahali (2006), Sumbangan Mohd. Khair
Taib Dan Ab. Rahaman Hussain Dalam Perkembangan Ilmu Falak Di Malaysia. Kertas Kerja
Seminar Ilmu Falak Sempena Sambutan 20 Tahun Persatuan Falak Syarie Malaysia.
Universiti Tenaga Nasional, Bangi.
11 baharzai.blogspot.com.
Di antara kehebatan beliau ialah mampu mencipta takwim Masihi yang unik yang boleh
digunakan selama 41 tahun mulai tahun 1963 hingga tahun 2004. Takwim ini berbentuk bulat
dan dicetak di atas dua helai kertas kad dan dijual dengan harga 50 sen sebuah. Wang hasil
jualan takwim digunakan untuk membina Maktab Pengaian Islam. 12. Ketika memegang
jawatan Mufti ke 10 antara lain tugasnya:
i)
Pengerusi Jawatankuasa Melihat Anak Bulan (iv-b)
ii)
Pengerusi Jawatankuasa Penyelenggaraan Waktu Solat (iv-e)
d) Wan Musa bin Daud dikatakan pakar dalam ilmu Falak iaitu generasi pertama dari keluarga
Wan Nuh dari Kampong Pauh Kumbang, Kutan, Pasir Pekan. 13 Namun tidak disebut sudut
kepakarannya.
Masjid Muhammadi sebagai pusat perkembangan ilmu Falak di Kelantan
Abdul Razak Mahmud melalui majalah Pengasuh bilangan 490 menjelaskan pengajaran di Masjid
Muhammadi Kota Bharu terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu Diniyah, Arabiyah dan Matapelajaran
Umum. Di antara pelajaran Umum yang di ajar ialah Hisab, Geografi, Falak, Miqat, Logarithma.14
Oleh itu pengajian dimasjid ini memainkan peranan yang besar kepada perkembangan ilmu Falak
khususnya di Ma’had Muhammadi.
Penumpuan utama dalam kitab Miftah al Ta’lim
Ciri-ciri umum kitab
1. Nama kitab: Miftah al-Ta’lim: Berkenaan Hisapan dan Taqwim. Dalam tulisan Wan Mohd.
Saghir Abdullah mengenai Kiyai Muhammad Salih al-Fatani beliau ada menyebut bahawa
tokoh tersebut ada merujuk nama kitab Miftah al-Ta’lim berkenaan hisab dan Taqwim
karangan Yang Mulia Raja Muhamad Tahir bin al-Marhum Raja Abdullah al Falaki dan Kitab
Shams al-Fathiyah berkenaan A’mal al-Jaybiyah. Rujukan dibuat semasa menulis Kitab Durar
al Azman yang siap ditulis pada hari Isnin 1 Muharram 1353H/16 April 1934. Dari segi
tarikh nampak sesuai kerana kedua-dua kitab Haji Umar Sungai Keladi ditulis lebih awal dari
tarikh tersebut.
2. Mengandungi 31 mukasurat. Sabelah atas setiap halaman ditulis angka latin dan di bawah
angka angka Arab
3. Kitab ini siap ditulis pada 1924. Dalam buku Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu(1)
disebut dalam notakaki cetakan dilakukan pada tahun 1930 15 dengan penambahan keterangan
bahawa tarikh tepatnya bersamaan 28 Ogos 1924 16. Dalam buku yang penulis gunakan
12 Ahmad Faisal Abdul Hamid, Dato’ Haji Ismail Yusof: Sumbangannya terhadap perkembangan Islam di
Kelantan, Tesis Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, 2002. Hal. 105. Lihat juga Abdul
Razak Mahmod (1996), Dato’ Haji Ismail dalam kenangan.
13 www.wannuh.com
14 Abd.Razak Mahmod, Masjid Muhammadi Kota Bharu (1867-1987) dalam Pengasuh Bil. 490 Keluaran Majlis
Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Julai-Ogos 1988
15 Wan Muhammad Saghir Abdullah, Sejarah ilmu Falak Nusantara dalam kertas kerja Seminar Keilmuan Falak
‘Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Fahim’-perintis Ilmu Falak Moden ada menyebut tarikh cetakan
pertama pada 15 Rabi’Awwal 1343H/13 Oktober 1924
tercatit tarikh selesai menyusun pada hari Khamis 27 Muharram tahun 1343H bersamaan 27
Ogos 192417
4. Kitab asal bersifat manuskrip/tulisan tangan diperolihi (kedua-duanya) dari Dr. Baharuddin
Zainal
5. Dimulakan dengan pujian bagi Allah, Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi
Muhammmad S.A.W.
Isi kandungan
1- Mengandungi tajuk kecil seperti di bawah:
a) Pendahuluan: Berkenaan ilmu Hisab
b) Pengenalan: Berkenaan makna ilmu Hisab dan-lain-lain
c) Pengenalan: Berkenaan segala sifat angka
d) Pelajaran 1: Berkenaan Jama’ (Tambah)
e) Pelajaran 2: Berkenaan Tansip (bahagi dua). ‘Sahih’ dan ‘Tidak Sahih’
f) Pelajaran 3: Berkenaan dengan Tarah (Tolak)
g) Pelajaran 4: Berkenaan dengan Darab (Kali)
h) Pelajaran 5: Berkenaan Qismah (Bahagi)
i) Pelajaran 6: Berkenaan dengan kaedah membuat taqwim
j) Penghabisan: Berkenaan dengan nama segala Buruj bagi matahari dan manzilah bagi
bulan
2- Mengenal nombor ‘sahih’ dari angka 1 hingga sembilan ribu ribu dan nombor pecahan dari ½
hingga 1/10.18
3- Dimasukkan sifir bila berbicara tentang darab. Sifirnya meliputi sifir 2, 3,4,5,6,7, 8 dan 9
yang disusun sehingga angka 9. Contohnya 2x2= 4 hingga 2x9=18, diikuti oleh sifir 3x3=9
hingga 3x9=27. Begitulah seterusnya hingga sifir 9x9= 81. Jadi kaedah ini berbeza dengan
hafazan sifir biasa yang mendarabnya hingga 2x12, 3x12 dan 9x12. Disini pelajar tidak perlu
mengulangi darab angka yang bila meningkat ke peringkat sifir lebih terkeatas. Contohnya
bila sudah ada 2x3, tidak perlu lagi diulang bila sampai sifir 3 dengan 3x2. Cuma susunannya
nampak tidak seimbang antara satu sifir dengan sifir yang lain
4- Kaedah campur/tambah bagi nombor yang pemjumlahannya mencapai 10 dan kurang
daripada 10 seperti 1tambah 2 dan 3 tambah 8.
5- Dimasukkan kaedah ujikaji hasil kerja untuk menilai semula kiraan yang dibuat supaya tidak
salah.Contohnya: untuk tolak dengan mencampurkan bilang yang ditolak dengan baki,
sekiranya didapati sama nilai dengan bilangan yang ditolak, maka tepatlah jawapan tersebut. 19
6- Kaedah pengiraan atau ‘jalan’ ditunjukkan dengan begitu jelas. Contohnya 25x35
Maka dipukul lima kepada 5 hasil dua puluh lima dihantarkan lima dibawah khat dua
ditangan dan dipukul lima itu pula kepada tiga hasil sepuluh lima dan dihimpunkandia dengan
dua ditangan jadi sepulu tujuh dan dihantarkan tujuh itu dibawahnya dan satu kemudiannya
dan dipukul dua kepada lima hasil sepuluh dihantarkan sifar dibawahnya dan satu ditangan
dan dua kepada tiga hasil enam dan dihimpunkandia dengan satu ditangan jadi tujuh
dihantarkandia dibawahnya dan diguris khat dibawahnya kemudian turun lima dibawah khat
yangkedua dan tujuh dibawahnya dan dihimpunkan satu dengan tujuh jadi lapan
16 Ismail Che Daud, Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung, cetakan pertama 1988, Majlis Ugama Islam dan Adat
Istiadat Melayu, Kelantan. Hal. 289
17 Wan Muhammad Saghir Abdullah, Sejarah ilmu Falak Nusantara dalam kertas kerja Seminar Keilmuan Falak
‘Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Fahim’-perintis Ilmu Falak Moden
18 Umar Ismail, Miftah al-Ta’lim, hal. 7
19 Umar Ismail, Miftah al-Ta’lim, hal. 16
dihantarkandia dibawahnya maka barangyang hasil daripada pukulannnya itu lapan ratus
tujuh puluh lima.20
7- Kaedah pengiraan yang berbeza seperti dalam kiraan darab. Contohnya bila mengdarab 254
dengan 643. Beliau akan menggunakan angka diatas (pertama-4) untuk mendarab lebih awal
dengan ketiga-tiga angka di bawah, kemudian angka kedua (5) dan seterusnya angka ketiga
(2), sedangkan bagi penulis sudah biasa dengan kaedah mengdarab angka pertama dibawah
(3) dengan 254, kemudian diikuti dengan angka kedua di bawah (4) dan seterusnya angka
ketiga (6).
254
643
2572
3215
1286
163322
254
643
762
1016
1524
163322
8- Semasa membincangkan taqwim beliau menjelaskan satu ‘Arabi’ ada 12 bulan dengan jumlah
harinya iaitu Muharram 30 hari, Safar 29 hari, R.Awwal 30 hari, R. Akhir (Thani) 29 hari, J.
Awwal 30 hari, J.Akhir (Thani) 29 hari, Rejab 30 hari, Sha’ban 29, Ramadhan 30, Shawal 29
hari, Zulqaidah 30 hari dan Zulhijjah 29 hari kecuali tahun kabisah (lompat) 30 hari. Dalam
masa 30 tahun Hijrah terdapat 11 kali tahun lompat iaitu tahun ke 2, 5, 7,10,13, 15, 18,21,24,
26 dan 29. Kaedah untuk mengetahui tahun lompat Hijrah dengan ditolak 30-30 ( lebih
mudah dibahagi dengan 30), bakinya disesuaikan dengan angka bagi tahun lompat tersebut
diatas.21
9- Bagi mengetahui permulaan hari setiap tahun dan bulan.
10- Terdapat 12 buruj bagi matahari dan 28 manzilah bagi bulan. Terdapat 4 musim iaitu
a) Fasl al-Rabi’ (antara Musim Sejuk dan Panas) pada buruj Hamal, Thawr dan Jawza’.
b) Fasl al-Saif (Musim Panas) pada buruj Saratan, Asad dan Sunbulah. (Matahari berada di
Utara).
c) Fasl al-Kharif ( antara Musim Panas dan Sejuk) pada buruj Mizan, ‘Aqrab dan Qaws.
d) Fasl al-Shita’ (Musim Sejuk) pada buruj Jadiy, Dalw dan Hut.(Matahari berada di
Selatan). Matahari berada dalam buruj Hamal pada 23 Mac, Thawr pada 22 April, Jawza’
pada 22 Mei, Saratan pada 21 Jun, Asad pada 21 Julai, Sunbulah pada 20 Ogos, Mizan
pada 19 Sept. ‘Aqrab pada 19 Okt., Qaws pada 18 November, Jadiy pada 18 Dis., Dalw
20 Umar Ismail, hal. 18
21 Umar Ismail, hal. 26
pada 22 Jan. dan Hut pada 21 Feb. Keberadaan matahari pada satu-satu lebih kurang 30
puluh hari.22
Penggunaa Bahasa dan Tulisan
i)
Penggunaan istilah Arab contohnya
Kusur – pecahan (hal.7)
Khat- garisan (hal.20)
Qismah- bahagi (hal.22)
Darab- kali (hal 17)
Kabisah- tahun lompat (hal. 26)
Basitah- tahun biasa/bukan lompat (hal. 26)
Buruj- kumpulan bintang (hal. 29)
Manzilah- (hal. 29)
Fasl al rabi’- ( hal. 29)
Sanah- tahun (hal.31)
Satar- garis (hal. 32)
Maghrib-barat (hal. 31)
Masyriq-timur (hal.31)
ii)
Gabungan perkataan yang mengelirukan contohnya
Sepuluh dua- dua belas
Sepuluh tiga- tiga belas (hal. 20)
Sepuluh lima- lima belas (hal.22)
Alif satu, ba’ dua, jim tiga, dal empat, ha’ lima, waw enam, zai tujuh pada hal. 27
iii)
Perkataan yang memberi makna lain pada hari ini. Contohnya
Dihantarkan –ditulis (hal. 20)
Timbangan- ujian (hal. 21)
Tinggal- baki (hal.21)
Di pukul- di kali/darab (hal.21)
Amal- operasi/kaedah (hal. 22)
Keluar bahagian- hasil bahagi (hal. 22)
Hasil- jawab (hal. 23)
Penghabisan- penutup (hal. 29)
iv)
Ejaan jawi samada digabungkan contohnya
Dihantarkandia (hal. 20)
Yangdiringkasi (hal. 2)
Barangyangtersebut (hal.30)
Atau tidak sama dengan ejaan Dewan Bahasa dan Pustaka contohnya dieja perkataan
siang dengan sin ,ya, nga (hal. 2), perkataan dicukupkan dieja dengan dal, cha, alif, kaf,
fa’, kaf, nun (hal.9), perkataan di bawah dieja dengan dal, ba’, alif, waw, alif, ha, (hal.
10).
v)
Bahasa tempatan (loghat Kelantan) contohnya
Bangat- cepat (hal.31)
Sikit- sedikit (hal. 2)
Sanya- setiap kali pengarang memulakan tajuk kecil (hal. 3, 5)
22 Umar Ismail, hal. 30
Tahun orang putih-kalendar Masihi (hal. 30 )
Semasa menggunakan ayat al Quran pengarang mengambil kaedah yang biasa dilakukan
oleh kitab kuning tidak menyertakan ayat dan surah tetapi terjemahannya disediakan.
Penumpuan utama dalam kitab Shams al Fathiah
Ciri-ciri umum kitab
1. Nama kitab: Shams al Fathiah: Berkenaan dengan A’mal Jaibiyah (selepas ini disebut Shams
al Fathiah) boleh diterjemahkan sebagai Matahari Pembukaan berhubungan operasi Jaibiyyah
(Sain)
2. Dimulakan dengan Bismillah,pujian bagi Allah dan selawat dan salam kepada Rasulullah
s.a.w..
3. Sebuah kitab yang membicarakan ilmu Miqat dan Qiblat dengan menggunakan peralatan
Rubu’ Mujayyab untuk negeri Kelantan (hal.102). Namun begitu tidak disertakan
gambar/lakaran peralatan tersebut
4. Mengandungi pendahuluan, 20 tajuk kecil dan penutup.
5. Muka suratnya dicatit bersambung dari kitab Miftah al Ta’lim yang dibicarakan sebelum ini
iaitu dimuka pertamanya dicatit sebagai mukasurat 34. Namun pada halaman 35 (jawi)
terdapat permulaan halaman bertulisan latin dibahagian atas dengan angka 3.
6. Kitab ini ditulis semasa pemerintahan Sultan Ismail Ibn al Marhum al Sultan Muhammad
yang ke 4 dan bahagian akhirnya dicatit tarikh selesai disusun pada hari Khamis 18 Zulhijjah
pada waktu Zohor tahun 1343H. serta ditutup dengan pujian dan doa hidayah kesejahteraan
untuk pelbagai pihak.
7. Kitab ini masih bertulisan tangan dan mengandungi 78 halaman. Kitab ini siap ditulis pada
1925 dan dicetak pada 1926. Lebih tepat lagi ianya dicetak (cetakan yang pertama)
oleh Majlis Ugama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan pada 6 Rejab 1344H/19
Januari 192623. Ustaz Ismail Awang menyatakan pada 19 Julai 1925. 24 Dalam kitab yang
digunakan penulis kitab ini disiapkan penyusunannya pada hari Khamis 18 Zulhijjah 1343H/
9 Jun 1925, bersamaan tahun Hijrah tetapi lebih kemudian dari kitab Miftah al-Ta’lim.
Kandungan kitab
1. Pada bahagian pendahuluan dibincangkan tentang ilmu Miqat
2. Pada bahagian pengenalan dibicarakan tentang alat Rubu’ Mujayyab (Sukuan Sinus)
3. Dibawah tajuk kenyataan pengarang membahagikan kepada 20 huraian
a. Kaedah mendapatkan ketinggian atau Irtifa’ matahari
b. Kaedah mendapatkan kadar Qaws Irtifa’
c. Kaedah mendapatkan mail (deklanasi) matahari dan ghayah al irtifa’
d. Kaedah mendapatkan latitude/ urd al balad
e. Kaedah mendapatkan bu’d al qutr
f. Kaedah mendapatkan asl haqiqi
g. Kaedah mendapatkan nisf al fudlah
23 Wan Muhammad Saghir Abdullah, Sejarah ilmu Falak Nusantara dalam kertas kerja Seminar Keilmuan Falak

24 Ismail Che Daud, Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung, cetakan pertama 1988, Majlis Ugama Islam dan Adat
Istiadat Melayu, Kelantan. Hal. 289
h.
i.
j.
k.
4.
5.
6.
7.
Kaedah mendapatkan asl al muaddal, al dair dan fadl al dair
Kaedah mendapatkan irtifa’ melalui maklumat fadl al dair
Kaedah mendapatkan mendapatkan zill daripada irtifa’ dan sebaliknya
Kaedah mendapatkan al dair antara Zohor dan Asar dan al Dair antara Asar dan jatuh
matahari
l. Kaedah mendapatkan kadar masa Syafak dan Fajr
m. Kaedah mendapatkan kadar masa matahari di bahagian timur dan barat
n. Kaedah mendapatkan irtifa’ yang tiada simt
o. Kaedah mendapatkan hissah bagi simt dan ta’dilnya
p. Kaedah mendapatkan simt bagi tipa-tiap irtifa’
q. Kaedah mendapatkan simt al qiblah
r. Kaedah mendapatkan arah mata angin
s. Kaedah mendapatkan matali’ al Falakiyah, al Baladiyah dan al Waktu.
t. Kaedah mendapatkan segala planet
Penutup
Dimasukkan jadual garisan latitude dan longtitud bagi negeri di Timur seperti Mekah,
Madinah, Mesir dan beberapa negeri di Asia Tenggara seperti Singapura, Indonesia, Kemboja
dan Tanah Melayu sendiri
Dibahagian akhir dimasukkan waktu sembahyang Fardu (Isya’, Subuh, Zuhur, Asar), Imsak
dan Syuruk yang sebanyak 6 halaman didasarkan kepada Buruj Hamal (1) di selarikan dengan
Sunbulah (6), Thawr (2) dengan Asad (5), Jawza’(3) dengan Saratan (4), Mizan(1) dengan
Hut (6), ‘Aqrab (2) dengan Dalwu(5) serta Qaws (3) dengan Jadiy(4).
Dimasukkan juga jadual untuk memudahkan operasi al Dair bagi yang ingin membetulkan
jam berdasarkan Buruj Hamal (1) dan Mizan(7) yang setara dengan Sunbulah (6) dan Hut
(12)
8.
i)
Penggunaa Bahasa dan Tulisan
Penggunaan istilah Arab. Contohnya
Markaz (hal.41)
Jaib al-tamam (hal. 41)
Khat al-mashriq (hal.41)
ghayat al irtifa’ (hal. 63),
nisf qaws al-nahar (hal.63),
tamkin (hal.63),
al-dair (hal.63),
urud (hal.64),
buruj shamaliah (hal.64),
qamat (hal.64),
hissat al-fajr (hal.66),
khit (hal. 66),
murri (hal.66) dan lain istilah Falak yang sering digunakan pengarang sepanjang
penulisannya.

Dihantarkan (hal.43)
dicabutkan (hal. 65)
iii)
Ejaan jawi samada digabungkan. Contohnya
dengandialah (hal. 63)
atau berbeza dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Contohnya
minit (min, nun, ya, ta’ marbutah) (hal.63),
bulatan (ba’, waw, lam,ta’, nun-hal. 65),
itu (alif, ya, ta’ marbutah-hal.43)
iv)
v)
vi)
Bahasa tempatan (loghat Kelantan). Contohnya
Juring (hal. 43)
sanya (hal.63) bermaksud bahawasanya,
jatuh matahari (hal.65),
naik matahari (hal.66)
Salah ejaan
Terakas (sebaliknya) (hal. 49)
Kesalahan bahasa
Pada mengetahuikan (hal. 49)
Kesimpulan
Sumbangan Haji Umar Sungai Keladi ini boleh dikatakan agak besar juga dalam meransang
masyarakat selepasnya menguasai bidang Falak ini. Selepas muncul tokoh-tokoh Falak terkenal
seperti diatas yang tidak kedapatan di negeri lain di Tanah Melayu. Mufti Hj. Nor, Abd.Rahman Husin
dan abd.Rahman Salleh adalah antara contohnya. Cetusan dan rantaian daripada beliau kita dapati di
Kelantan ilmu Falak dan pembuatan alat Rubu’ Mujayyab masih terus dikeluarkan. Pelajar Maahad
Muhammadi lebih berpeluang untuk mengenali ilmu ini berbanding institusi pendidikan agama
dinegeri-negeri lain. Baharuddin Zainal pernah membuat rumusan keintelektualan ulama ini sebagai:
“ meletakkan asas hitungan trigonometri bagi semua konsep Falak yang
menggunakan konsep geometri. Pada zamannya dan masa kini, semua konsep ini
terdapat dalam ilmu ukur, ilmu pelayaran dan asas-asas ilmu Falak. Beliau
melakukannya sebagai wasilah untuk pengamalan ibadah.” 25
Pengaruhnya bukan sahaja di Kelantan bahkan kitab ini pernah dijadikan rujukan oleh Kiyai
Muhammad Shalih al-Fathani. (Tulisan oleh Ustaz W. Saghir Abdullah dalam Bicara agama Utusan
Malaysia/ Blog Ulama Nusantara) melalui Risalah Durar al-Azman Pada mengirakan Pangkal Tiaptiap Tahun dan Bulan yang selesai ditulis pada 1 Muharram 1353H/ 16 April 1934M. Begitu juga
muridnya di Negeri Sembilan dan Melaka seperti yang dinyatakan sebelum ini.
Apa yang lebih mustahak diperhatikan daripada sadikit yang disumbangkan oleh Haji Umar ini,
dengan penghasilan dua kitab ini mampu membantu mempermudahkan umat Islam dari sudut solat,
puasa, menunaikan haji dan hari-hari kebesaran Islam bahkan amalan dan memulakan pekerjaan
harian mereka. Namun begitu usaha bersifat tradisional ini perlulah digabungkan dengan teknologi
moden hari ini seperti Kalkulator, Komputer, GPS dan kerjasama tenaga kepakaran yang ada di
Jabatan Ukur dan Pusat Pengajian tinggi demi meninggi dan menapakkan Islam di bumi Allah ini.
25 Dr. Baharuddin Zainal, “Menggelintar Budaya Intelek Ilmuan Falak Alam Melayu” Kertas kerja dalam Seminar