Kain Tenunan Warisan Cabaran dan Masa De

Kain Tenunan Brunei: Warisan, Cabaran dan Masa Depan.
Kertaskerja disediakan untuk Persidangan Antarabangsa Pengajian
Melayu.
Warisan Seni Budaya Melayu: Pelestarian dan Pembangunan
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur, Malaysia.
8-9 November 2006.
Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah, Ph.D
Akademi Pengajian Brunei
Universiti Brunei Darussalam.
Emel: snhw@apb.ubd.edu.bn
Pengenalan.
Kelestarian pengeluaran dan penggunaan kain tenunan di negara Brunei
Darussalam bergantung penuh kepada kepentingannya dalam tradisi dan adat
masyarakat Melayu secara keseluruhannya.

Bagi masyarakat Brunei, tradisi

adalah merupakan salah satu aspek kehidupan yang melambangkan jati diri dan
warisan budaya masyarakat Melayu yang mesti dipelihara dan dipertahankan.
Ini tidak bermakna bahawa masyarakat Melayu di Brunei Darussalam tidak

mengalami perubahan dan menolak kemajuan tetapi melihat tradisi itu sebagai
elemen asas yang membentuk dan mengukuhkan budaya dan identiti Brunei.
Dari itu, pengeluaran dan penggunaan kain tenunan itu penting dipertahankan
dan dipertingkatkan bagi memastikan kesinambungan warisan budaya Melayu.

Kain Tenunan Brunei dan Tradisi.
Penggunaan kain tenunan di Brunei Darussalam jelas dilihat dalam
upacara-upacara tradisi atau adat istiadat bagi meraikan pusingan kehidupan

1

seperti perkahwinan, kelahiran dan juga kematian. Penggunaan kain tenunan
dalam upacara-upacara ini tidak hanya semata-mata sebagai perlambangan nilai
budaya, tetapi juga pelestarian tradisi masyarakat (Renne 1995). Bagi
masyarakat Melayu di Brunei Darussalam, kain tenunan Brunei adalah
sebahagian dari budaya Melayu yang digunakan dalam tradisi Melayu; dan
meninggalkan amalan tradisi ini dianggap sebagai mengabaikan asal usul
mereka.
Kain tenunan Brunei digunakan sebagai pakaian dan juga hantaran
perkahwinan.

penting

Dalam keadaan ini, kain tenunan mempunyai peranan yang

dalam

mewujud

melambangkan status sosial.

dan

mengeratkan

hubungan

sosial,

serta


Bagi masyarakat Melayu Brunei, kain tenunan

Brunei jenis jong sarat dijadikan sebagai salah satu hantaran perkahwinan yang
mesti diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Sebuah
perkahwinan tersebut dianggap tidak sempurna, malah boleh menimbulkan aib
jika pengantin lelaki tidak mampu memberikan kain tenunan Brunei kepada bakal
isterinya. Di samping melambangkan kasih sayang, pemberian kain tenunan
juga menunjukkan kestabilan kedudukan kewangan pengantin lelaki (Siti
Norkhalbi 2005).
Kain tenunan yang diberikan sebagai balasan hantaran pertunangan atau
perkahwinan dari pengantin perempuan menunjukkan bahawa pengantin
perempuan tersebut mempunyai status yang sama atau lebih tinggi taraf
sosialnya dengan pengantin lelaki. Selain dari hantaran, kain tenunan Brunei
juga dipakai oleh pengantin disepanjang majlis perkahwinan mereka. Pada

2

upacara tersebut, pasangan pengantin akan memakai pakaian sedondon yang
diperbuat dari kain tenunan. Keseragaman warna dan ragam hias pakaian
tersebut melambangkan kesatuan dan kesefahaman (Siti Norkhalbi 1999).

Pemakaian kain tenunan dalam majlis perkahwinan dalam masyarakat
Melayu tidak hanya dilihat sebagai perluahan makna simbolik tentang hubungan
sosial, tetapi juga perasaan tanggungjawab yang perlu dipenuhi dalam melayani
pasangan pengantin dengan sewajarnya sesuai dengan pepatah Melayu bahawa
pasangan pengantin adalah merupakan ‘raja sehari’ di hari perkahwinan mereka.
Selain dari majlis perkahwinan, kain tenunan juga biasa dipakai ketika
‘majlis mandi berlawat’.

Majlis ini diadakan bagi ibu yang melahirkan anak

pertama dan biasanya diadakan selepas 40 hari, iaitu melimpasi waktu pantang.
Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran dan proses peralihan kepada
status baru sebagai seorang ibu.

Ketika majlis mandi berlawat ini, ibu yang

diraikan memakai pakaian seperti

pengantin, manakala anaknya


akan

dipakaikan dengan baju baru dan disalut dengan kain jong sarat.
Majlis berkhatan juga biasa diadakan di kalangan masyarakat Melayu
Brunei

bukan

hanya

bagi

anak

lelaki,

tetapi

juga


anak

perempuan.

Walaubagaimanapun perlaksanaan majlis ini berbeza di antara lelaki dan
perempuan.

Bagi lelaki, majlis berkhatan biasanya diadakan setelah melalui

proses berkhatan ketika berumur sekitar sepuluh tahun, manakala bagi anak
perempuan pula diadakan pada usia semuda beberapa bulan hingga dua tahun.
Biasanya majlis berkhatan ini diadakan setelah anak lelaki atau perempuan yang
telah dikhatankan itu sembuh. Majlis berkhatan ini biasanya diadakan di mana

3

ibu bapa anak yang diraikan akan menjemput saudara mara dan sahabat handai
mereka, dan para tetamu akan dijamu dengan berbagai-bagai jenis makanan
sama ada makanan basah atau kering. Di samping itu para tetamu juga akan
diberikan bungkusan berbentuk makanan atau bunga telur untuk dibawa pulang.

Dalam majlis tersebut, anak lelaki yang diraikan dipakaikan pakaian Melayu yang
lengkap, termasuk songkok atau dastar (tanjak) dan sinjang (samping) dari kain
tenunan. Mana kala bagi anak perempuan pula akan dibalut dengan kain jong
sarat.
Majlis sempena meraikan akil baligh bagi remaja perempuan yang
dikenali sebagai majlis mandi berhias juga diadakan terutama di kalangan
golongan bangsawan dalam masyarakat Melayu Brunei.

Majlis ini diadakan

setelah remaja tersebut mendapat haid pertama. Perlaksanaan majlis ini serupa
dengan majlis berkhatan bagi lelaki. Dalam majlis tersebut remaja perempuan
akan dihias dan dipakaikan dengan pakaian seperti pengantin serta dipakaikan
‘kain kapit’ dari kain tenunan.
Penggunaan kain tenunan ini tidak hanya terhad dalam upacara-upacara
meraikan kehidupan, tetapi juga digunakan dalam upacara kematian. Dalam
masyarakat Melayu, kain tenunan digunakan sebagai kain penutup keranda
terutama di kalangan golongan atasan.

Penggunaan ini bukan hanya dilihat


sebagai pemakaian akhir yang menandakan penghormatan kepada simati, tetapi
juga melambangkan status sosial dan ekonomi simati dan keluarganya (Siti
Norkhalbi 2005).

4

Kuasa dan Identiti.
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem monarki, adat istiadat
diraja masih diamalkan walaupun terdapat perubahan
perkembangan semasa.

selaras dengan

Kain tenunan mempunyai kepentingan dalam adat

istiadat diraja Brunei. Kegunaannya tidak hanya terhad sebagai pakaian adat,
malah juga sebagai anugerah dan alat kebesaran diraja. Ini banyak dicatatkan
oleh pengembara-pengembara yang datang ke Brunei di zaman dahulu, dan
Pigafetta menyatakan bahawa kain tenunan tidak hanya dipakai di kalangan

pembesar diraja yang berstatus tinggi, tetapi juga di kalangan pegawai negara
yang lebih rendah statusnya (Nicholl 1975). Andaya (1992: 411) berpendapat
bahawa penggunaan kain tenunan tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa
Brunei ketika itu merupakan sebuah kuasa besar.
Dalam istiadat perpuspaan1 sultan yang ditabalkan akan memakai
pakaian kerajaan dari kain tenunan tradisional yang dilengkapi dengan keris Si
Naga.

Dalam istiadat pemujaan pepuspaan tersebut, sultan juga akan

dipakaikan mahkota yang merupakan sebagai legitismasi kekuasaan. Dalam hal
ini, pakaian bukan hanya semata-mata mempunyai fungsi sebagai penutup
badan dan perhiasan tetapi juga boleh diterjemahkan sebagai lambang kuasa
dan kewibawaan (Cohn 1989). Penggunaan alat kebesaran dan pemakaian kain
tenunan Brunei oleh sultan sebagai pakaian kerajaan dalam adat istiadat
berpuspa adalah merupakan penzahiran gagasan kedaulatan dan kekuasaan
yang terkandung dalam bentuk budaya material (Siti Norkhalbi 2004b). Sebagai
negara yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja, perletakan kuasa
1


Upacara pertabalan raja.

5

terhadap sultan sebagai kedaulatan nasional merupakan perlambangan
kekuasaan dan juga identiti kebangsaan (Lominitz 2001).

Dalam istiadat

pemasyhuran Pengiran Muda Mahkota, kain tenunan juga digunakan sebagai
pakaian Pengiran Muda Mahkota.

Di Brunei Darussalam, Pengiran Muda

mahkota merupakan bakal pengganti sultan. Dari itu kedudukannya merupakan
suatu perlambangan kesinambungan kekuasaan dan kedaulatan pemerintahan
beraja (Siti Norkhalbi 2003).
Apabila seseorang dikurniakan gelaran, beliau juga akan dianugerahkan
dengan persalinan pakaian, termasuk ‘pakaian kerajaan’ dan alat kebesaran,
seperti keris.


Dalam pakaian kerajaan itu termasuklah sepasang baju dan

seluar, samping dan dastar dari kain tenunan.

Warna dan rekabentuk kain

samping dan dastar itu bergantung kepada kedudukan orang yang dikurniakan
gelaran itu di dalam hieraki politik tradisi Brunei. Dalam sistem politik tradisi,
sesuatu gelaran yang dikurniakan bukan sahaja merupakan penghormatan
semata-mata, tetapi juga merupakan tanggungjawab. Tanggungjawab mereka
sebagai ‘mata, telinga dan mulut’ kepada sultan untuk mendapatkan maklumatmaklumat mengenai keadaan rakyat dan menyampaikan sesuatu hasrat baginda
kepada pihak yang berkenaan bagi menyempurnakan amanah rakyat (Pg Hj
Ahmad 1988).
seolah-olah

Penganugerahan persalinan pakaian dan regalia yang lain

menggambarkan

penyerahan

suatu

eleman

tugas

dan

tanggungjawab dari raja kepada orang yang dikurniakan gelaran tersebut. Di
samping itu, penganugerahan tersebut juga merupakan suatu pemindahan
sebahagian kuasa yang ada pada raja kepada orang yang dianugerahi gelaran

6

untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai orang yang
diamanahkan untuk membangun dan menjaga kesejahteraan serta keamanan
negara (Siti Norkhalbi 1999). Pengagihan kain tenunan dan alat kebesaran yang
lain dalam penganugerahan gelaran itu juga boleh ditafsirkan sebagai
pengukuhan hubungan antara raja dengan pembesar yang dilantik.

Objek

digunakan sebagai perluahan dalam bentuk yang nyata atau tangible expression
(Layton 1981) tentang pengakuan kepimpinan dan kuasa yang diamanahkan
terhadap orang yang dianugerahi gelaran tersebut.
Di zaman dahulu, persalinan pakaian juga dianugerahkan kepada
perutusan yang dilantik oleh sultan. Dalam Silsilah Raja-Raja Brunei dicatatkan
bahawa apabila sultan menghantar perutusan baginda ke luar negara, setiap ahli
rombongan perutusan tersebut dikurniakan dengan sepengadak pakaian
persalinan, dan pegawai-pegawai utama juga akan dikurniakan dengan alat
kebesaran

seperti

keris,

pedang

dan

payung

(Sweeney

1998:73).

Penganugerahan ini boleh dilihat sebagai metafora kuasa dan kewibawaan
(Cohn 1989) yang memberikan kekuasaan ke atas pegawai-pegawai yang diutus
untuk bertindak bagi pihak raja.

Penerimaan penganugerahan itu pula

melambangkan ketaatan mereka kepada raja dan kesediaan mereka untuk
menjunjung perintah raja (Siti Norkhalbi 2005).
Di zaman kontemporari ini, penggunaan kain tenunan di dalam istiadat
diraja telah diperkembangkan. Para jemputan yang hadir ditentukan kod pakaian
mereka sesuai dengan taraf dan darjatnya. Ketika menghadiri jemputan istiadat
diraja, para jemputan di kalangan pegawai-pegawai dan orang-orang yang tidak

7

dianugerahi gelaran terutama golongan masyarakat Melayu dikehendaki
memakai baju kebangsaan, iaitu baju Melayu bagi lelaki dan baju kurung atau
kebaya bagi kaum wanita. Warna juga ditetapkan iaitu warna hitam jika majlis
diadakan di waktu siang manakala warna putih jika majlis diadakan diwaktu
malam.

Kod pakaian ini dimaklumkan di dalam kad jemputan rasmi yang

diagihkan oleh Jabatan Adat Istiadat Negara.
Bagi pembesar diraja yang dianugerahi gelaran oleh sultan seperti ceteria,
pehin manteri dan manteri hulubalang, mereka dikehendaki memakai pakaian
rasmi atau pakaian kerajaan yang telah dikurniakan kepada mereka semasa
majlis penganugerahan gelaran mereka. Para pembesar negara, seperti menteri
dan timbalan menteri, dan pegawai utama pentadbiran seperti ketua-ketua
jabatan dalam perkhidmatan kerajaan moden juga memakai pakaian rasmi yang
telah diberikan kepada mereka. Bagi lelaki, kain samping dan dastar dari kain
tenunan Brunei adalah merupakan sebahagian dari pakaian rasmi. Warna dan
reka bentuk kain tenunan tersebut adalah selaras dengan pangkat dan
kedudukan mereka. Manakala bagi pegawai tadbir perempuan juga dikehendaki
memakai pakaian rasmi termasuk kain kepit dan sarung dari kain tenunan yang
mempunyai rekabentuk dan warna yang sama dengan pegawai lelaki yang sama
kedudukan dengan mereka.
Pakaian rasmi bagi para pembesar dan pegawai kerajaan direka khas
bagi mereka. Penetapan dan perbezaan warna dan reka bentuk pakaian rasmi
para pembesar dan pegawai kerajaan tertentu telah digarispandukan oleh pihak
yang diwakilkan raja merupakan identifikasi simbolik tentang status seseorang

8

dalam masyarakat dan juga sebagai suatu perlambangan keutamaan martabat
atau prestij sosial (Bennet, Emmison and From 1999) yang diberikan kepada
mereka.

Kepatuhan mereka mematuhi kod pakaian yang telah ditetapkan

menunjukkan ketaatan dan pengabdian mereka terhadap raja sebagai
pemerintah dan kuasa yang tertinggi (Siti Norkhalbi 2004a).
Langkah-langkah pelestarian kain tenunan telah diusahakan berbagaibagai pihak terutama pihak kerajaan, sektor swasta dan masyarakat secara
menyeluruh.

Pengaplikasian kain tenunan dalam masyarakat Brunei telah

diperluaskan lagi di mana penggunaannya tidak hanya terhad dalam istiadat
diraja dan upacara-upacara tradisi. Kepentingan kain tenunan itu berkembang
dari segi penggunaan dan pengeluarannya seiring dengan era kemodenan dan
globalisasi. Pembentukan ‘tradisi baru’ seperti upacara Konvokesyen Universiti
Brunei Darussalam, sambutan Hari Kebangsaan, Hari Guru dan seumpamanya
telah memberikan nafas baru yang memastikan penggunaan dan pengeluaran
kain tenunan dalam masyarakat berterusan. Dalam upacara-upacara ini, kain
tenunan Brunei digunakan sebagai sebahagian dari pakaian rasmi dan hadiah.
Penggunaan kain tenunan dalam majlis-majlis seperti ini telah digiatkan dan
memberikan makna baru bagi memanifestasikan identi kebruneian (Siti Norkhalbi
2004b) dan sebagai lambang kebanggan terhadap warisan budaya.
Selain pengaplikasian kain tenunan sebagai pakaian dan hadiah, kain
tenunan juga digunakan sebagai perhiasan dalaman. Kain tenunan dijadikan
sebagai hiasan dinding dan pelengkap sentuhan dekorasi di rumah-rumah
persendirian, hotel-hotel dan juga bangunan kerajaan.

Sebagai contoh, kain

9

tenunan dari pelbagai rekabentuk digunakan sebagai hiasan dinding di bilik-bilik
persidangan dan dewan di bangunan Kementerian Pembangunan dan Pusat
Persidangan Antarabangsa.

Pengeluaran Kain Tenunan.
Secara tradisi, pengeluaran kain tenunan didominasi oleh kaum wanita dari
Kampong Ayer.

Di zaman sebelum naungan British, Kampong Ayer bukan

sahaja merupakan pusat pemerintahan, tetapi juga pusat kebudayaan dan
perekonomian yang sangat penting (Md Zain 1996). Pada ketika itu, terdapat
beberapa buah kampung yang dinamakan bersempena dengan kemahiran atau
pekerjaan penduduk kampung (Abdul Latif 1996).
Kini, aktiviti bertenun kain ini masih lagi didominasi oleh kaum wanita
namun kemahiran ini juga telah tersebar di kawasan darat (Siti Norkhalbi 2006).
Penubuhan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei pada tahun
1975 yang menawarkan latihan kemahiran pertukangan tangan termasuk
bertenun kain telah membuka peluang kepada kaum wanita yang berminat di
seluruh negara samada yang tinggal di Kampong Ayer atau di darat untuk
mempelajari kemahiran tersebut.

Penubuhan pusat ini boleh dilihat sebagai

usaha pihak kerajaan untuk mengekalkan dan mengembangkan tradisi
kraftangan Brunei.
Kemasukan pelatih untuk mengikuti kursus bertenun kain di Pusat Latihan
Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei menunjukkan minat kaum wanita
terhadap kemahiran ini. Sejak penubuhannya hingga tahun 2004, Pusat ini telah

10

menghasilkan seramai 441 orang penenun yang terlatih.

Dari jumlah ini 14

orang telah menubuhkan perusahaan bertenun kain, 25 orang membuat usaha di
bawah kelolaan bengkel Pusat dan selebihnya bertenun secara bersendirian di
rumah (Hjh Fatimah & Norwatiza 2004).
Satu lagi usaha yang dibuat bagi memastikan kesinambungan warisan
tradisi bertenun kain ini ialah dengan menubuhkan bengkel tenunan di kawasan
perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kampong Bolkiah A dan B
yang terletak di kawasan Kampong Ayer.

Penubuhan bengkel tenunan di

Kampong Ayer ini adalah merupakan langkah untuk menghidupkan semula
aktiviti tradisi masyarakat di lokasi asal bagi menarik pelancong asing
(Muhammad Hadi 2006). Di samping itu, bengkel ini diwujudkan untuk memberi
galakan kepada penduduk di kawasan ini untuk mempertingkatkan sumber
ekonomi mereka.
Pemeliharaan dan pengembangan pengeluaran kain tenunan tidak hanya
berperanan sebagai pengekalan warisan bangsa Melayu, tetapi juga sebagai
suatu sumber ekonomi atau pendapatan individu khususnya, swasta amnya
(Muhammad Hadi 2006; Siti Norkhalbi 2005). Dari itu pihak kerajaan mempunyai
peranan penting dalam menyokong dan memantau perkembangan pengeluaran
kain tenunan ini. Pihak kerajaan menyediakan program-program galakan dan
skim bantuan kewangan. Di samping itu, bantuan dalam bentuk kemudahan
untuk mendapatkan bahan-bahan mentah juga disediakan terutama bagi
penenun yang ingin menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan.

11

Aktiviti komersial kain tenunan mempunyai kesan yang penting dalam
usaha pelestarian pengeluaran kain tenunan yang menyumbang ke arah
peningkatan kualiti kain tenunan dan merangsang kreativiti serta innovasi
penciptaan rekabentuk dan warna-warna baru sesuai dengan permintaan
pengguna atau pelanggan. Sebagai sokongan pihak kerajaaan ke atas para
pengusaha kain tenunan ini, mereka ini dikategorikan di dalam pengusaha kecil
dan sederhana dan dikecualikan dari membayar cukai. Para pengusaha kain
tenunan ini juga diberikan bantuan dan peluang promosi untuk memasarkan
barangan mereka pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui
perbadanan kerajaan dan swasta yang berkaitan.
Negara Brunei Darussalam kini giat mempromosikan negara sebagai
destinasi pelancongan. Penggalakan pelancongan ini dilihat sebagai suatu jalan
di mana para artisan, termasuk penenun dan pengusaha kain tenunan untuk
mempelbagaikan pengeluaran kain tenunan untuk memenuhi kehendak
pelancong. Kain tenunan boleh dikeluarkan semula sebagai hasil kraftangan
tempatan untuk dijadikan sebagai hadiah atau kenang-kenangan.

Cabaran.
Proses

globalisasi

dan

modenisasi

tidak

dinafikan

memberikan

sumbangan dalam memperkaya budaya tekstil dan meningkatkan kegiatan serta
nilai komersial tekstil di negara Brunei Darussalam. Sejak abad ke 6, Brunei
sudah terdedah dengan pengaruh luar yang dibawa oleh proses globalisasi di
mana ketika itu Brunei adalah merupakan pelabuhan penting bagi pedagang-

12

pedagang yang datang dari Arab, India dan China yang mendedahkan penduduk
setempat dengan barangan dari luar, termasuk tekstil dan pakaian dan dijadikan
sebagai pertukaran dengan hasil tempatan.

Perkembangan komersial global

juga telah meningkatkan berbagai-bagai jenis tekstil dan pakaian yang diimpot ke
Brunei Darussalam. Kini, tekstil dan pakaian tidak hanya diimpot dari China dan
India, tetapi juga kawasan-kawasan lain, seperti Malaysia dan Indonesia.
Pelbagai jenis tekstil seperti polyester, kapas, batik, renda, sifon dan sutera
sangat popular di kalangan pengguna tempatan. Di samping itu, kain songket
atau kain tenunan dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan India juga diterima baik
di kalangan penduduk tempatan.
Fabrik yang diimpot dari luar ini memang sangat penting kerana
pengeluaran

jenis-jenis

fabrik

yang

terhad

di

Brunei

Darussalam.

Walaubagaimanapun, kemasukan fabrik yang diimpot ini juga telah memberikan
cabaran terhadap penggunaan tekstil keluaran tempatan. Pengaplikasian kainkain dari luar ini tidak hanya terhad untuk digunakan sebagai pakaian harian,
malah juga digunakan dalam upacara-upacara tertentu. Bahkan ada jenis-jenis
kain yang telah diadaptasi penggunaannya dalam kebudayaan Melayu di Brunei.
Faktor-faktor penyebab penerimaan jenis tekstil dari luar ini adalah kerana
pengguna

mementingkan

pemakaian

yang

lebih

praktikal,

keselesaan,

kemudahan untuk memperolehi fabrik dan harga yang berpatutan.
Pengaruh fabrik dari luar ini juga telah menyumbang terhadap kurangnya
penggunaan kain tenunan keluaran tempatan.

Tidak dinafikan kain tenunan

Brunei mempunyai kualiti yang tinggi, penampilan yang indah dan daya tahan

13

yang lama, tetapi nilai harganya agak tinggi berbanding dengan kain yang
diimpot. Faktor harga ini sangat mempengaruhi pengguna terutama di kalangan
masyarakat yang berpendapatan rendah.

Bagi memastikan kesinambungan

pengeluaran kain tenunan ini, penggunaannya tidak harus terhad di kalangan
masyarakat elite dan berpendapatan tinggi, tetapi juga di kalangan masyarakat
secara menyeluruh.
Dalam abad 20, gaya pakaian di Brunei Darussalam banyak dipengaruhi
oleh iklim fesyen Barat dan negara jiran. Mulai 1906, terdapat ramai orangorang Eropah dan Melayu dari negara-negara jiran yang datang ke Brunei untuk
berkerja di sektor awam dan swasta. Penemuan minyak pada tahun 1929 telah
membukakan peluang pekerjaan kepada pakar-pakar dan pekerja-pekerja dari
luar untuk bekerja di Brunei. Pakaian gaya Barat telah diadaptasi bukan hanya
sebagai pakaian harian malah telah diterima sebagai pakaian seragam atau
pakaian kerja.

Ledakan teknologi seperti media telah meningkatkan lagi

pendedahan masyarakat Brunei terhadap gaya dan fesyen pakaian semasa, dan
perkembangan ciptaan pereka fesyen antarabangsa terkenal seperti Calvin
Klein, Gianni Versace, Giorgio Armani dan Christian Dior juga kini telah
mempengaruhi pengguna di Brunei Darussalam (Siti Norkhalbi 2005).
Perkembangan pengeluaran kain tenunan Brunei secara komersial telah
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi masyarakat tempatan.

Malah

perkembangan ini juga memberikan sumbangan dalam meningkatkan ekonomi
regional di mana perusahaan kain tenunan Brunei ini telah menyediakan peluang
pekerjaan bukan sahaja di kalangan penduduk Brunei, tetapi juga bagi warga

14

negara jiran terutama Indonesia dan Malaysia.

Perkembangan ini secara tidak

langsung telah memberikan cabaran kemungkinan pengaliran keluar rekabentuk
tempatan dan kemahiran bertenun kain.

Pengaliran ini boleh dilihat sebagai

suatu cabaran yang mungkin memberikan saingan kepada pengeluaran kain
tenunan jika tenaga kerja ini kembali ke tempat asal mereka di mana
kemungkinan

mereka

untuk

mengaplikasikan

kemahiran

tersebut

untuk

mengeluarkan kain tenunan Brunei dan menembusi pasaran di Brunei sendiri.
Pengaruh globalisasi yang mementingkan kegiatan komersial telah
memberikan cabaran di mana Brunei juga menghadapi masalah replika kain
tenunan Brunei dipasaran tempatan. Replika rekabentuk dan motif kain tenunan
tempatan yang dihasilkan dengan mesin dan dikeluarkan secara besar-besaran
di luar negara dan diimpot semula serta dipasarkan di negara Brunei
Darussalam. Replika ini mendapat sambutan dari masyarakat tempatan bukan
kerana aspek kualiti tetapi ianya mempunyai rekabentuk dan motif yang sama
dengan harga yang jauh lebih murah.
Faktor harga merupakan cabaran yang sangat penting. Para pengeluar
kain tenunan di Brunei masih mengekalkan keaslian kain tenunan iaitu dengan
menggunakan alat-alat tradisi dan proses pembuatan tangan. Proses pembuatan
ini menjamin keaslian dan kehalusan buatan tangan yang menyumbang
terhadap ketinggian nilainya dari segi kualiti dan juga harga. Di samping itu,
Brunei Darussalam tidak mengeluarkan benangnya sendiri malah bergantung
penuh kepada bekalan dari luar negara seperti Jepun dan India. Para penenun
kain di Brunei tidak mahu mengorbankan keaslian dan kehalusan kain keluaran

15

mereka semata-mata kerana mereka berpendapat bahawa hasil kerja mereka itu
melambangkan ketelitian dan ketinggian nilai budaya Brunei (Siti Norkhalbi
2005).

Masa Depan.
Kelestarian pengeluaran kain tenunan Brunei bergantung penuh kepada
hidupnya penggunaan tradisi tekstil di kalangan masyarakat.

Keutuhannya

adalah merupakan perlambangan tentang identiti masyarakat dan budaya
bangsa Melayu. Bagi memastikan budaya ini tidak pupus, tanggungjawab bagi
mengekal dan memperkembangkan tradisi ini tidak hanya terpikul ke atas orang
perseorangan, tetapi juga pihak kerajaan serta semua ahli masyarakat secara
keseluruhan.
Pihak kerajaan dan swasta telah mengambil langkah memperkenalkan
penggunaan kain tenunan sebagai

pakaian rasmi yang dipakai oleh para

pegawai dan kakitangan di institusi tertentu seperti Kementerian Hal Ehwal Luar
Negeri dan Perdagangan dan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei ketika
menghadiri majlis-majlis rasmi boleh dilihat sebagai usaha melestarikan
pengaplikasian kain tenunan.

Di samping itu, kain tenunan Brunei terus

dijadikan sebagai hadiah kepada orang-orang yang diiktiraf sempena sambutan
tertentu seperti Guru Cemerlang, Tokoh Hijrah dan seumpamanya. Berbagaibagai ragamhias dan warna kain tenunan Brunei juga dicipta dan digunakan
sebagai sebahagian daripada jubah akademik bagi para graduan dan pegawai
utama di institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Brunei Darussalam, Maktab

16

Jururawat Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Saadatul Bolkiah dan Institut
Teknologi Brunei yang menunjukkan status pegawai dan tahap pengajian
graduan adalah merupakan usaha mempertahankan peranan kain tenunan
sebagai warisan budaya tradisi dan lambang identiti kebruneian (Siti Norkhalbi
2004a).
Pemasyarakatan penggunaan kain tenunan terutama dalam upacaraupacara

keraian

seperti

perkahwinan,

kelahiran

pertama,

khatan

dan

seumpamanya perlu untuk dipertahankan bagi memastikan kesinambungan
masa depan tradisi ini. Fabrik impot telah sedikit sebanyak menggantikan kain
tenunan tempatan, namun kain tenunan Brunei masih lagi mempunyai peranan
yang sangat penting terutama sebagai hantaran pertunangan. Penggunaan kain
tenunan Brunei dalam upacara ini tidak hanya sebagai lambang identiti budaya
tetapi juga

untuk menunjukkan

status sosial dan

lambang kekayaan.

Penggabungan penggunaan kain tenunan Brunei dan kain impot seperti sutera
dan sifon boleh dilakukan bagi menyesuaikan dengan rekabentuk fesyen dalam
penggunaan

kontemporari.

Kreativiti

pereka

fesyen

dalam

membuat

penggemblengan di antara fabrik produk tempatan dan impot ini pastinya akan
dapat mengekalkan keggunaan kain tenunan Brunei yang tidak hanya dipakai
sebagai pakaian pengantin atau pakaian adat, tetapi juga boleh dipakai oleh
orang ramai ketika menghadiri jemputan dan seumpamanya.
Para pengusaha kain tenunan juga perlu untuk mengembangkan material
yang digunakan dengan tidak hanya terlalu bergantung kepada penggunaan
benang kapas, sutera dan benang emas atau metalik seperti yang digunakan

17

sekarang. Sudah sampai masanya bagi para pengusaha atau penenun untuk
mencari alternatif lain seperti menggunakan jenis benang yang lebih ringan dan
sesuai dengan perkembangan fesyen kontemporari yang
keselesaan.

mementingkan

Rekabentuk atau ragamhias kain yang lebih mudah dan tidak

memerlukan teknik yang sukar juga perlu dicipta dan dihasilkan agar harga dapat
dikurangkan sesuai dengan kemampuan pengguna terutama di kalangan
golongan yang rendah pendapatan tanpa mengorbankan kualiti kain tenunan
tersebut.
Produk kain tenunan perlu untuk dipelbagaikan sebagai langkah
pelestarian. Pengeluaran kain tenunan perlu untuk diperluaskan dengan tidak
hanya menghadkan kepada pakaian, tetapi juga jenis-jenis produk yang lain
seperti asesori wanita dan lelaki, serta barang-barang perhiasan dalaman.
Sesuai dengan tuntutan era globalisasi, sasaran pasaran perlu diperluaskan
dengan tidak hanya bergantung kepada pasaran tempatan, malah perlu
meneroka pasaran global. Dari itu, para pengeluar kain tenunan perlu untuk
membuat kajian untuk memahami citarasa pengguna.
Adaptasi rekabentuk dan motif kain dari budaya lain bukan merupakan
suatu yang baru kerana ini memang berlaku secara berterusan dalam sejarah,
namun ianya tidak sepantas yang berlaku kini (Prangwattanakun danNaenna
1998). Walaubagaimanapun, ini bukan satu alasan yang membolehkan untuk
melakukan peniruan yang berleluasa. Dari itu langkah yang wajar perlu dibuat
dengan menggubal perlindungan hak cipta bagi memelihara hak cipta dan
kreativiti agar tidak berlaku peniruan yang sewenang-wenangnya.

18

Pengawalan dari segi pasaran juga perlu diambil seperti mengenakan
cukai bagi fabrik yang diimpot yang mempunyai jenis yang serupa dengan kain
tenunan Brunei. Langkah ini perlu dibuat bukan untuk menghadkan pasaran
barangan dari luar tetapi sebagai menyediakan saingan yang sihat dalam
pasaran tempatan.

Saingan yang ada ini pastinya akan memberi peluang

kepada pengguna untuk membuat pilihan sesuai dengan selera mereka.

Kesimpulan.
Kemasukan tekstil dari luar tidak dinafikan mempengaruhi budaya tekstil
di Brunei di mana tekstil impot ini juga telah diadaptasi penggunaannya dalam
masyarakat tempatan. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa kain
tenunan Brunei telah diabaikan. Malah kain tenunan terus mempunyai peranan
yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kain tenunan adalah salah
satu warisan budaya bangsa Melayu.

Pengeluaran dan penggunaannya

mempunyai peranan tidak hanya sebagai perlambangan identiti bangsa, tetapi
juga sebagai sumber ekonomi. Dari itu berbagai-bagai langkah pelestarian telah
diusahakan ke atas khazanah warisan turun temurun ini agar masa depan
pengeluaran dan penggunaannya dapat dipertahankan dan dikembangluaskan.

19

Bibliografi.
Abdul Latif Haji Ibrahim (Haji). 1996. ‘Kampong Ayer: Warisan, Cabaran dan
Masa Depan’. Simposium Antarabangsa Kampong Ayer. Akademi Pengajian
Brunei, Universiti Brunei Darussalam. 6-9 September 1996
Andaya, B W. 1992. 'Political Development between Sixteenth Century and
Eighteenth Centuries' in The Cambridge History of Southeast Asia: Volume
One: From Early Times to c.1800. Edited by Nicholas Tarling, pp. 402-459.
Cambridge: Cambridge University Press.
Bennet, T, Emmison, M, and Frow, J. 1999. Accounting For Tastes: Australian
Everyday Cultures. Cambridge: Cambridge University Press.
Brown, D E. 1974. 'Antonio Pigafetta's Account of Brunei in 1521'. Brunei
Museum Journal 2:2: 171-179.
Cohn, B S. 1989. 'Cloth, Clothes, and Colonialism: India in the Nineteenth
Century.' in Cloth and Human Experience. Edited by A B Weiner and J
Schneider, pp. 303 -353. Washington and London: Smithsonian Institution
Press.
Fatimah Haji Aji (Hajah), and Norwatiza Mohd. Zaidi. 2004. Directory of
Handicraft Entrepreneurs in Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan:
Brunei Museums Department.
Layton, R. 1981. The Anthropology of Art. London: Granada Publishing.
Lomnitz, C. 2001. 'Elusive Property: The Personification of Mexican National
Sovereignty.' in The Empire of Things: Regimes of Value and Material
Culture. Edited by F Myer, pp. 119-138. New Mexico: School of American
Research Press.
Md. Zain bin Haji Serudin (Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama
Dr Haji). 1996. Ucapan Rasmi Majlis Pembukaan Rasmi Simposium
Antarabangsa Kampong Ayer. Simposium Antarabangsa Kampong Ayer
Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam. 6 September 1996.
Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong. 2006. 'Kampong Ayer (Aying):
Cabaran dan Masa Depan'. Konferensi Antaruniversiti di Borneo-Kalimantan
ke 2: Transformasi Sosial Masyarakat Perkotaan/ Bandar di BorneoKalimantan, Pontianak, Kalimantan Barat Indonesia, 13-15 Ogos 2006.
Nazlina Shaari dan Norhayati Suleiman. 2006. ‘Peranan Tekstil di dalam Sosial
Budaya Melayu Sarawak’. Konferensi Antaruniversiti di Borneo-Kalimantan ke

20

2: Transformasi Sosial Masyarakat Perkotaan/ Bandar di Borneo-Kalimantan,
Pontianak, Kalimantan Barat Indonesia, 13-15 Ogos 2006.
Nicholl, R. (Peny.). 1975. European Sources for the History of the Sultanate of
Brunei in the Sixteenth Century. Bandar Seri Begawan.: Muzium-Muzium
Brunei.
Pengiran Ahmad Pengiran Mohd Yusof (Dato Seri Paduka Haji). 1988. Adat
Istiadat Dalam Kursus untuk Graduan-Graduan yang baru Berkhidmat.
Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara.
Prangwattanakun, S and Naenna, P C. 1998. ‘T’ai Lu Textiles: Cultural
Reproduction’ in Traditional T’ai Arts in Contemporary Perspective. Edited by
M.C. Howard, W. Wattanapun, and A. Gordon, pp. 57-138. Bangkok: White
Lotus.
Renne, E.P. 1995. Cloth That Does Not Die: The Meaning of Cloth in Bunu
Social Life. Seattle: University of Washington Press.
Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. 1999. The Traditional Woven Textiles of Brunei
Darussalam. MA Thesis, University of Durham.
Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. 2003. 'Penggunaan Kain Tenunan Tradisional
Dalam Masyarakat Melayu Brunei: Satu Tinjauan Awal'. Beriga 79:April-June:
3-17.
Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. 2004a. 'Material Budaya dan Pembinaan Identiti
Budaya Kebangsaan Brunei Darussalam.' Seminar Kebangsaan Calak
Brunei: Ke Arah Mengangkat Martabat Bangsa, Universiti Brunei Darussalam,
Brunei Darussalam, 2004.
Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. 2004b. 'Kain Tenunan Tradisional Dalam Adat
Istiadat Diraja Brunei: Manifestasi Perlambangan Status dan Kekuasaan'.
Beriga 85:October- December: 63-75.
Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. 2005. Traditional Woven Textiles: Tradition and
Identity Construction in the ‘New State’ of Brunei Darussalam. Ph.D. Thesis.
University of Western Australia.
Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. 2006. 'Transformasi Lokasi Pengeluar Kain
Tenunan: Kesinambungan Warisan Budaya Brunei Darussalam'. Konferensi
Antaruniversiti di Borneo-Kalimantan ke 2: Transformasi Sosial Masyarakat
Perkotaan/ Bandar di Borneo-Kalimantan, Pontianak, Kalimantan Barat
Indonesia, 13-15 Ogos 2006.

21

Sweeney, A. 1998 [1968]. 'Silsilah Raja-Raja Brunei' in Papers Relating to
Brunei. pp. 46-127. Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic
Society.

22