etika dan perundangan dalam sukan dadah

KURSUS GGGC4023
ETIKA DAN PERUNDANGAN DALAM SUKAN DAN REKREASI

TUGASAN : ARTIKEL PERUNDANGAN
TAJUK : PENGGUNAAN DADAH STEROID BOLEH BAWA MAUT:
SUMBER : MSTAR ONLINE

DISEDIAKAN UNTUK:
MOHD. RADZANI BIN ABDUL RAZAK

DISEDIAKAN OLEH :
RAS ADIZA BINTI JAFRI

A138496

DR RAMLAN

PENGGUNAAN DADAH STEROID BOLEH BAWA MAUT: DR RAMLAN
Diterbitkan: Selasa 28 Feb, 2012
KUALA LUMPUR: Demi mengejar impian dan menempa kejayaan dengan cara mudah dan
singkat, atlet yang mengambil dadah terlarang sebagai jalan pintas untuk mencapai cita-cita

sebenarnya berdepan risiko kematian tanpa mereka sedari.
Tindakan mengambil dadah terlarang, sama ada untuk meningkatkan prestasi, penenang atau
menguatkan tubuh bukan hanya merosakkan masa depan mereka sebagai atlet sebaliknya dalam
jangka masa panjang membawa mudarat sehingga boleh mengundang maut. Ketua Pegawai
Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata pengambilan dadah
streiod seperti jenis Anabolic steroids boleh mengundang maut dalam jangka masa panjang.
"Pengambilan dadah jenis ini juga boleh mendatangkan kesan negatif dan boleh memberi
kerosakan kepada organ jantung, buah pinggang, hati, ginjal dan alat kelamin sehingga tidak
mampu untuk mendapatkan zuriat. Dr Ramlan yang berkelulusan Sarjana Sains dan Perubatan
Sukan, University of London mempunyai pengalaman lebih 22 tahun dalam bidang perubatan
dan sains sukan bermula sebagai pegawai perubatan di ISN. Beliau juga menghasilkan tiga buah
buku berkaitan sains sukan iaitu Buku Panduan Perubatan untuk Jurulatih-jurulatih di Malaysia
pada tahun 1993, Buku Panduan Perub atan Sukan untuk Atlit dan Jurulatih (2001) dan menjadi
penulis bersama untuk buka 'Case Histories in Joint and Muscle Injury' (2004). Selain itu, beliau
juga pernah menjadi ketua kontinjen negara ke Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos dan Sukan
Para Asia 2010 di Guangzhou, China.
Dalam kes pengggunaan dadah terlarang di negara ini, antara jenis dadah digunakan ialah
Drostanolone Metabolite (meningkatkan prestasi), Metandienone Metabolite (membina otot),
propranonol


(penenang)

dan Anabolic

steroids

(membina

otot).

"Walaupun

tujuan

pengambilannya adalah untuk menguatkan otot, pengambilan dadah jenis ini boleh menyebabkan
otot mudah koyak," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama, hari ini. Beliau berkata
pengambilan dadah terlarang dalam sukan bukan hanya menjejaskan kesihatan atlet sebaliknya
pada masa yang sama turut mendatangkan kesan negatif pada psikologi atlet yang
mengambilnya.


"Psikologi atlet akan menjadi lebih agresif daripada kebiasaannya di mana personaliti atlet boleh
menjadi panas baran, ingkar perintah dan tidak mampu melakukan pertimbangan secara normal
sehingga boleh bergaduh dengan rakan mahupun dengan jurulatih," katanya.
Dr Ramlan berkata adalah tidak berbaloi apabila atlet sanggup menggadaikan kesihatan dan
nyawa sendiri sebagai tukaran untuk mendapat pingat dengan jalan mudah sedangkan harga
nyawa dan kesihatan adalah jauh lebih mahal daripada itu. Beliau berkata pengambilan bahan
terlarang dalam sukan bukan hanya mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan dan psikologi
atlet tetapi turut membawa kerosakan yang besar kepada masyarakat sukan yang terdiri daripada
atlet, jurulatih, badan sukan dan semua pihak yang terlibat di dalamnya. Dr Ramlan berkata
pengambilan dadah dalam sukan bukanlah satu perkara baru sebaliknya perkara itu mula timbul
sejak zaman olimpik kuno lagi.
"Atlet pada zaman itu berusaha mencari kelebihan dalam jangka masa singkat untuk mengatasi
saingan lawan dengan mengguna daun-daun, akar kayu, rempah ratus dan organ binatang yang
dirasakan mampu memberi kelebihan luar biasa kepada mereka," katanya. Beliau berkata semua
ini berpunca daripada sikap tidak jujur yang ada pada diri manusia yang tamak mengejar
kejayaan sehingga sanggup mengguna jalan pintas untuk mencapai impian masing-masing.
"Soal etika adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh kerana hanya atlet yang
mempunyai kejujuran dan keikhlasan dalam pertandingan sahaja mampu beraksi dengan corak
persembahan yang tulen tanpa dicemari dengan penggunaan bantuan dadah terlarang," katanya.
Dr Ramlan berkata walaupun mengikut statistik, kurang satu peratus atlet negara terlibat dalam

pengambilan dadah terlarang, ia tidak bermakna isu itu bukan satu permasalahan besar bagi
masyarakat sukan di negara ini.
"Menyedari perkara itu ISN bersama agensi sukan lain seperti Majlis Sukan Negara, Majlis
Olimpik Negara, persatuan sukan kebangsaan dan penguatkuasa undang-undang perlu bergabung
tenaga bagi memeranginya. Beliau berkata Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) memandang
serius usaha menangani masalah dengan menubuhkan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas).
Dr Ramlan berkata Adamas ditubuh pada tahun 2005 kini dalam proses penambahbaikan yang
bukan hanya bertindak sebagai badan untuk mengendalikan pemeriksaan anti-doping ketika dan

selepas kejohanan sebaliknya memberi pendidikan dan pencegahan. Beliau berkata pada kaca
mata dunia, Malaysia amat dihargai sebagai negara anggota Agensi Anti-Doping Dunia (Wada)
yang memainkan peranan utama memerangi penyalahgunaan dadah dalam sukan.
"Adalah agak malang jika atlet kita terlibat dengan pengambilan dadah terlarang sedangkan
negara kita cukup dihormati dalam komuniti anti-doping antarabangsa," katanya. -BERNAMA

1. SINOPSIS
Ramai atlet diluar sana yang taksub akan kejayaan sehimgga tidak menyedari sesuatu
yang mereka lakukan adalah salah dari sisi undang-undang dan memudaratkan kesihatan
mereka sendiri. Telah terbukti bahawa pengambilan dadah streiod seperti jenis Anabolic
steroids boleh mengundang maut dalam jangka masa panjang kepada atlet contohnya

menyebabkan pelbagai kerosakan organ dalaman badan dan mengganggu sistem hormon
seseorang atlet.
Dalam kes pengambilan dadah yang terlarang di Malaysia, antara jenis dadah digunakan
ialah Drostanolone Metabolite (meningkatkan prestasi), Metandienone Metabolite
(membina otot), propranonol (penenang) dan Anabolic steroids (membina otot). Atlet
kebanyakannya terlalu taksub dengan tindak balas dadah yang diambil yang rata-ratanya
member kesan positif terhadap perkembangan sesuatu pertandingan.
Kesan yang dapat dilihat adalah pengambilan dadah steroids akan mengubah psikologi
seseorang atlet menjadi panas baran dan tidak berdisiplin. Di akui sejak zaman olimpik
kuno lagi bahawa untuk memberi persaingan yang lebih hebat masyarakat pada ketika itu
mula mengamalkan makan akar kayu, daun-daun yang dipercayai untuk menambah
tenaga ketika perlawanan.
Oleh itu, ISN bersama agensi sukan lain seperti Majlis Sukan Negara, Majlis Olimpik
Negara, persatuan sukan kebangsaan dan penguatkuasa undang-undang perlu bergabung
tenaga bagi memeranginya serta Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) memandang
serius usaha menangani masalah dengan menubuhkan Agensi Anti-Doping Malaysia
(Adamas).

2. PENDAPAT


Pada pendapat saya, pemeriksaan kesihatan seperti ujian air kencing pemeriksaan darah
dan sebagainya perlu dilakukan ke atas setiap atlet sebelum dan selepas pertandingan
dengan lebih kerap bagi memudahkan jurulatih memantau tahap perkembangan kesihatan
atlet masing-masing. Pemeriksaan perlu diwajibkan keatas semua atlet bagi membanteras
pengambilan dadah dalam kalangan mereka bagi menghasilkan persaingan secara sihat
dan berdisiplin.
Selain itu, pelbagai kempen anti-dadah perlu disebarkan secara meluas melalui media
sosial contohnya seperti facebook, twitter, dan sebagainya untuk tujuan memberi
kesedaran kepada orang ramai dan juga atlet tentang bahaya dadah kepada diri dan
masyarakat. Hal ini adalah kerana masyarakat kini lebih kerap menggunakan media sosial
jika hendak dibandingkan dengan penggunaan media massa.
Pada peringkat permulaan pemilihan atlet untuk sesuatu pertandingan, jurulatih haruslah
memastikan atlet yang dipilih mempunyai latar belakang disiplin yang bersih dan baik
disamping mempunyai bakat yang bagus. Hal ini penting kerana pemilihan mereka perlu
ditapis bagi memastikan mereka bebas dari dadah dan tidak mempunyai kemungkinan
untuk mengambil dadah.
Pemantauan dari semasa ke semasa oleh jurulatih adalah penting dalam membentuk
sahsiah diri atlet agar tidak melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang
Negara. Jurulatih dan pengurus atlet bukanlah berperanan melatih dan mengurus atlet dari
segi permainan sahaja, malahan mereka berperanan menjaga kebajikan dan kesihatan

serta tingkah laku atlet mereka agar tidak berlaku perkara-perkara negatif terhadap diri
atlet. Mereka perlu menggalakkan atlet melakukan persaingan sihat dan bersih dengan
banyak member motivasi dan galakkan dengan percakapan yang baik supaya atlet tidak
mempunyai rasa tertekan atau stress yang boleh menyebabkan mereka mengambil
tindakan diluar kawalan.