SOALAN PENULISAN Jlau

SULIT

012
Bahagian A
[ 10 markah ]
[ Masa dicadangkan : 15 minit ]

Lihat gambar di bawah dengan ini.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

SULIT

012
Bahagian B
[ 30 markah ]
[ Masa dicadangkan : 40 minit ]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak
kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Kamu telah menyertai gotong-royong yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan

Guru sekolah kamu.
Ceritakan pengalaman gotong-royong yang kamu sertai itu.

ATAU

2. Makan makanan berkhasiat amat penting dalam kehidupan dan menambah
ketahanan diri seseorang.
Tulis kebaikan-kebaikan makan makanan berkhasiat.

ATAU

3. Aku dan dua orang rakanku sedang bermain di halaman rumah. Tiba-tiba aku
terdengar suara jeritan meminta tolong. Aku segera……….
Mulakan cerita kamu dengan :
Aku segera…………………………………………………

SULIT

012
Bahagian C

[ 20 markah ]
[ Masa dicadangkan : 20 minit ]

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan sahaja.

IPOH, Rabu – Seorang remaja cemerlang yang merupakan anak sulung sebuah
keluarga miskin antara penerima bantuan zakat baru-baru ini. Remaja berkenaan,
Mohd Firdaus diraikan dalam Majlis Anugerah Anak Cemerlang anjuran Lembaga
Zakat Negeri Perak di sini, semalam.
Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, gaji ayahnya yang bekerja
sebagai tukang cuci adalah kecil, menyebabkan mereka sekeluarga perlu sentiasa
berjimat cermat. Di samping itu, dia turut membantu keluarganya dengan mencuci
kereta di stesen minyak pada hari minggu untuk menambah pendapatan.
Mohd Firdaus yang memperoleh keputusan 8A dalam Penilaian Menengah
Rendah ( PMR ) menerima wang sebanyak RM400. Menurutnya, wang yang
diperoleh itu akan disimpan di dalam bank. Wang ini akan digunakan untuk
membiayai pembelajarannya pada masa akan datang.
Seorang lagi rakan Mohd Firdaus juga turut menerima sumbangan. Zul Azri

Isa, 13 tahun dari Sungai Siput berkata, dia ketandusan kasih bapa apabila ibu
bapanya bercerai ketika dia berusia lima tahun. Anak bongsu daripada 10 beradik itu
berkata, abang dan kakak membantu ibu membesarkannya selain memberi galakan
kepadanya untuk belajar bersungguh-sungguh.
“Antara cabaran yang saya lalui ialah terpaksa berjalan kaki sejauh 7 kilometer
untuk ke sekolah. Namun begitu, hal tersebut tidak menjadi alasan untuk saya
mengabaikan pelajaran,” kata Zul Azri Isa.