SOSIOLOGI PELANCONGAN. Soalan Tutorial 8

__________________________________________________________________
SOSIOLOGI PELANCONGAN AA 20203

Soalan Tutorial 8 : Mengapakah eko-pelancongan itu didakwa sebagai jenis
pelancongan yang mapan? Sejauhmanakah penglibatan komuniti
merupakan
komponen
dan
pra-syarat
utama
untuk
mencapai
pembangunan eko-pelancongan yang mapan? Bincangkan.

Nama Pensyarah: Prof. Madya Dr. Rosazman Bin Hussin
Nama Tutor: Cik. Haslina Zakaria
Hari/Masa: 1-2 PM (Selasa)

Nama Pelajar
Viviane Marcella Marius


Nombor Matrik
BA14110686

1

PENGENALAN
Konsep eko-pelancongan.
Menurut Ceballos-Lascurain (1996), ekopelancongan adalah perjalanan dan lawatan
yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar untuk menikmati dan menyedari
akan sifat-sifat semula jadi termasuk sifat-sifat kebudayaan, menggalakkan
pemuliharaan alam sekitar, meninggalkan kesan negatif yang rendah serta
melibatkan masyarakat tempatan di dalam aktiviti sosioekonomi yang positif
(Scheyvenes, 1999; Ros & Wall, 1999a; Weaver, 2001).
Konsep pembangunan mapan.
Konsep pembangunan mapan ini berasal daripada Strategi Pemuliharaan Dunia
(World Conservation Strategy) yang diterbitkan oleh Unit Pemuliharaan Dunia
(World Conservation Unit) pada tahun 1980 (Reid, 1995).
Ia merujuk kepada pembangunan ekonomi yang menggunakan sumber alam dan
mesti mengekalkan keperluan masa sekarang di samping keperluan generasi akan
datang (Holden, 2000).

Pelancongan mapan sumber-seumber pelancongan semula jadi, kebudayaan dan
lain-lain dipulihara untuk penggunaan berterusan pada masa akan datang dan pada
masa yang sama memberikan impak positif kepada masyarakat hari ini.
Mengapakah eko-pelancongan itu didakwa sebagai pelancongan mapan?
1.

Melibatkan pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian hidupan.

Eko-pelancongan bukannya pelancongan semula jadi yang bertujuan untuk
memberikan keseronokan kepada pelancong dalam menikmati alam semula jadi
ataupun hidupan liar tetapi ianya melibatkan kesan atau impak pelancongan yang
minimum kepada kepelbagaian hidupan dimana pelancong haruslah menghormati
dan membantu mengekalkan keadaan asal sesuatu kawasan pelancongan tersebut
seperti sediakala.
2.

Mengekalkan budaya masyarakat.

Melalui eko-pelancongan, budaya tradisi sesebuah masyarakat tempatan akan
dapat dijaga dan dapat diwarisi melalui persembahan-persembahan yang

dipersembahkan oleh penduduk tempatan kepada pelancong.
3.
Mengekalkan
pelancongan.

suasana

yang

nyaman

di

sesebuah

kawasan

2

Aktiviti eko-pelancongan yang mengekalkan keadaan asal alam sekitar sekaligus

membantu dalam mengekalkan suasana yang nyaman destinasi pelancongan
tersebut. Contohnya, udara yang segar, nyaman dan selesa.

4.

Menitikberatkan penglibatan komuniti.

Eko-pelancongan sememangnya melibatkan komuniti. Tanpa komuniti, aktiviti ekopelancongan tidak akan berjalan lancar.
Tosun memberi definisi penglibatan komuniti sebagai “satu bentuk tindakan
sukarela yang melaluinya individu mengambil peluang dan memikul tanggungjawab
kemasyarakatan” (Tosun 2000:614).
Penglibatan komuniti ini penting dalam menjayakan konsep eko-pelancongan
sebagai pelancongan yang mapan. Melalui komuniti ini, alam sekitar ini akan dapat
dipelihara dan dipulihara dengan baik dan jayanya.

SEJAUH MANAKAH PENGLIBATAN KOMUNITI SEBAGAI KOMPONEN DAN PRASYARAT UTAMA UNTUK MENCAPAI EKO-PELANCONGAN YANG MAPAN?



Pada suatu ketika, kegiatan industri pelancongan dianggap sebagai pencetus

kepada kemusnahan alam sekitar (Mathiesen & Wall, 1991).
Harus juga difikirkan dan mengenalpasti bagaimana komuniti tempatan
sepatutnya melibatkan diri dalam pembangunan pelancongan dan samada
‘penglibatan’ yang menjurus kepada komuniti mempunyai kawalan ke atas
sumber-sumber dan keadaan mereka pada masa akan datang. Tahap kawalan
yang dimiliki sesebuah komuniti dalam projek pembangunan adalah merupakan
elemen yang penting dalam kelestarian (Mowforth dan Munt 1998).

1) Sistem Tagal






Kaedah memulihara biosfera secara tradisional di Sabah, khususnya bagi
hidupan akuatik di sungai.
Amalan tradisi komuniti tempatan, telah wujud sejak zaman nenek moyang.
Larangan menangkap ikan pada jangka masa tertentu yang telah dipersetujui
oleh penduduk kampung. Namun penuaian ikan masih dilakukan dengan cara

yang mapan.
Komuniti cuba memastikan kewujudkan spesis dan kemantapan kualiti
persekitaran fizikal secara berterusan.

3

Demi mengawal kualiti persekitaran dalam ekopelancongan berasaskan sistem
tagal, peraturan dan penguatkuasaan sering ditekankan dan diemplimentasikan
dengan cara:
- Mewujudkan papan tanda peraturan/amaran.
- Melimitasikan kemasukan pengunjung
- Mengawal pencemaran bising & sebagainya yang mewujudkan
gangguan kepada persekitaran semulajadi.



2) Inap Desa / Homestay








Bil
.
1.

2.

Melalui konsep homestay tersebut, pelancong bukan sahaja merasai sendiri
budaya kampung tersebut malahan sepanjang percutian mereka, pelancong juga
akan melawat keindahan landskap di kawasan tersebut dan semestinya akan
mendapat suatu pengalaman baru apabila bercampur gaul dengan masyarakat
di kawasan tersebut.
Walaupun terdapat pertolongan dari pihak luar, namun idea tentang projek
tersebut tercetus daripada komuniti itu sendiri dan keseluruhan aktiviti
pelancongan adalah di bawah kawalan komuniti itu sendiri (Kayat, 2006).
Program homestay ialah pelancongan berasaskan komuniti yang menawarkan
kepada pelancong pengalaman alam semula jadi dan gaya hidup desa

tempatan. Ianya merupakan program yang semakin menarik minat dan
perhatian (Jabil Mapjabil, 2011).
Ciri-ciri

Syarat-Syarat yang perlu dipatuhi

Lokasi rumah
kediaman

·
Lokasinya hendaklah di dalam kawasan yang sesuai
dari segi perhubungan pengangkutan
·
Bebas daripada sebarang pencemaran alam.
·
Mempunyai persekitaran yang sesuai dan sebaikbaiknya dapat memaparkan cara hidup masyarakat Malaysia.

Kemudahan
Asas


·
Rumah kediaman mempunyai keluasan yang sesuai
dan pelancong yang menginap hendaklah ditempatkan di
bilik yang berasingan.
·
Bilangan maksimum bilik yang dibenarkan untuk
disewakan kepada pelancong adalah terhad kepada 3 buah
bilik dengan ruang keluasan yang sesuai.
·
Menyediakan bilik mandi, tandas, ruang makan dan
ruang tamu dan kemudahan asas lain yang sesuai.
·
Penyediaan dan pembekalan makan/minum, tuala,
ubat nyamuk, kelambu dan kain sarong/batik adalah atas
permintaan oleh pelancong dan ianya akan dikenakan
4

bayaran.
·
Penyelenggaraan rapi ke atas semua kemudahan asas

3.
Kebersihan
·
Kawasan persekitaran rumah perlulah bersih dan
bebas dari sampah sarap yang menjadi tempat pembiakan
nyamuk dan lalat.
·
Sistem pembuangan air dan perparitan yang baik
hendaklah diadakan bagi mengelakkan bau busuk
4
Keselamatan
·
Pelancong berkumpulan dan diuruskan oleh syarikat
pelancongan: perlindungan insurans hendaklah diuruskan
oleh syarikat pelancongan tersebut.
·
Bagi pelancong perseorangan, : dapatkan insurans
daripada mana-mana syarikat insurans yang berdaftar.
·
langkah-langkah keselamatan seperti pencegahan

kebakaran perlulah diambil kira oleh tuan punya rumah.
Rajah ii : Garis panduan penyertaan program homestay di Malaysia
Sumber: Kementerian Pelancongan Malaysia

Jenis aktiviti yang ditawarkan dalam Program Homestay
(i) Budaya dan Gaya Hidup
·

Sejarah

·

Tarian tradisional, lagu tradisional dan makanan tradisional

·

Permainan dan sukan tradisional

·

Budaya: Perkahwinan, majlis korban, dan upacara keramaian

(ii) Aktiviti Ekonomi
·

Menoreh getah

·

Penternakan ikan

·

Pertanian: Padi, koko, minyak sawit, buah-buahan

(iii) Rekreasi
·

Melawat kawasan-kawasan sekitar homestay (sightseeing)

·

Merentas hutan (Jungle tracking)

·

Arung jeram (White Water Rafting)

·

Melawat produk pelancongan berdekatan
5

(iv) Pemuliharaan Alam Sekitar
·
Program Menanam Pokok: Para pelancong digalakkan untuk menanam pokok
di homestay yang dilawati dengan tujuan untuk memulihara alam sekitar dan juga
mencantikkan lagi lanskap homestay tersebut.
3) Rafflesia Garden (Sustainable Garden)
“We visited Vivian’s Rafflesia Garden, which not only featured a blooming rafflesia
and several buds, but also a plethora of tropical fruit trees. We were led around the
garden by various members of the family, each of whom had the kind of intimate
knowledge about the plants that only someone who grew up in the area could
develop. What’s more, it was clear that our money was directly helping the lives of
a people with a deep connection to the land.” (Jack Smith, 2015).






Menurut Dr. Jamili Nais (2004), Rafflesia tumbuh secara liar dan terdapat yang
tumbuh di luar kawasan pemuliharaan , seperti di tanah milik persendirian yang
seterusnya dibangunkan dan diusahakan menjadi lokasi tarikan para pelancong.
Salah satu bentuk ekopelancongan yang mempunyai cabaran yang besar tetapi
mendapat sambutan yang baik daripada pelancong.
Penubuhan sustainable garden adalah dibawah kawalan komuniti/pemilik tanah
sepenuhnya.
Penjagaan, kawalan, dan pengekalan tumbuhan liar seperti Rafflesia adalah
bergantung kepada kreativiti komuniti/pemilik tanah tersebut.

Sebagai contoh:
-

Penjagaan kualiti tanah
Kawalan serangga perosak
Penyediaan saliran yang baik
Laluan yang baik
Kolaborasi dengan pemandu pelancong
Kawalan terhadap pelancong
Kualiti layanan kepada pelancong
Disiplin pemandu pelancong

Kesimpulan
Justeru itu, pernyataan bahawa ekopelancongan itu adalah pembangunan yang
mapan adalah benar. Ekopelancongan berbeza dengan pelancongan alam semula
jadi. Hal ini kerana, ekopelancongan menggalakkan pemuliharaan dan
pemeliharaan antara alam semula jadi dengan melibatkan komuniti. Penglibatan
komuniti sememangnya memainkan peranan yang penting dalam aktiviti
ekopelancongan tersebut memandangkan mereka merupakan penggerak utama
dalam bidang pelancongan. Justeru itu, kerjasama daripada komuniti amatlah
diperlukan bagi menjayakan pelancongan alam sekitar yang mapan.
6

Lampiran.

Gambar (i) Kebun Rafflesia.

Rujukan.
Ceballos-Lascurain H (1996) Tourism, ecotourism and protected areas. Gland,
IUCN, Switzerland.
Foo, Jurry. 2013. Sistem Tagal dalam Industri Pelancongan: Manfaat Kepada
Komuniti. Kota Kinabalu, Universiti Malaysia Sabah.
Holden A (2000) Environment and tourism. Routledge. New York.
Jamili Nais, 2004. Rafflesia Bunga Terbesar di Dunia. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur. (m/s 3-4,17-18, & 102-103)
Smith,Jack. 5 Sept 2015. Indigenous Ecotourism & The Giant Rafflesia.
http://www.textbooktravel.com/indigenous-ecotourism-rafflesia/ ( diakses pada 14
April 2016, 21.57)
Mathiesen A, Wall G (1991) Terj. Tourism: Economic, physical and social
impacts. 1st ed. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Mohd. Mahathir Suhaimi B. Shamsuri. 2013. Strategi Pembangunan Program
Homestay Kampung Kangkar Merlimau, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Reid D (1995) Sustainable development: An introductory guide. Earthscan,
London.
Scheyvens R (1999) Case study: Ecotourism and the empowerment of local
communities. Tourism Manage 20, 245-249. DOI: 10.1016/S0261- 5177(98)00069-7.
7

8