PPPG 3683 UNDANG UNDANG KELUARGA PERBAND

1

1.1 PENDAHULUAN

Anak-anak merupakan anugerah dari Allah kepada setiap pasangan yang berkahwin.
Pembubaran perkahwinan antara mana-mana pasangan tidak akan menghilangkan hak anakanak. Anugerah tersebut tidak boleh dipersiakan, malah perlu diraikan dan dipelihara oleh setiap
ibu bapa. Antara beberapa hak yang dimiliki oleh anak-anak ialah hak untuk mendapat kasih
sayang dan perhatian daripada kedua-dua ibu bapanya, hak untuk mendapat nafkah, hak untuk
tinggal atau memilih untuk tinggal dengan siapa dan hak untuk mendapat pendidikan, jaminan
keselamatan dan kesejahteraan hidup. 1

2.1 HAK ANAK-ANAK SETELAH BERLAKU PEMBUBARAN PERKAHWINAN
MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM

2.1.1

Hadhanah

Dari segi bahasa, hadhanah bermaksud mengendong sesuatu dengan tangan. Ia juga bermaksud
menjaga dan membesarkan seseorang kanak-kanak. Dari segi istilahnya, hadhanah bermaksud
perlindungan daripada bahaya atau jagaan yang diberikan kepada seseorang yang tidak boleh

menjaga dirinya sendiri seperti seorang kanak-kanak atau orang gila. Jagaan yang dimaksudkan
di sini termasuklah dari segi makan, minum dan apa-apa sahaja yang memberi kebaikan dan
kemaslahatan kepada mereka. 2
Al-Sayyid Sabiq dalam bukunya Fiqh al-Sunnah mendefinisikan hadhanah sebagai
pemeliharaan atau perlindungan yang diberikan kepada kanak-kanak atau orang gila yang masih
belum boleh berdikari dengan menyempurnakan keperluannya, melindunginya daripada bahaya
dan menyuburkan tubuh badan, roh dan mindanya. Semua ini dilakukan dalam rangka untuk
1
2

Mohd Radzuan Ibrahim, 2006, Munakahat: Undang-undang & Prosedur, Hlm. 209.
Najibah Mohd Zin et al, 2007, Undang-undang Keluarga (Islam), Hlm. 177 & 178.

2

memperelok masa hadapannya dan dengan ini kanak-kanak ini akan menjadi seorang yang
bertanggungjawab untuk diri mereka sendiri di kemudian hari. 3

2.1.2


Tempoh Hadhanah

Tempoh hadhanah dapat dibahagikan kepada dua tahap: 4
i.

Tahap sebelum mumayyiz.

Tahap sebelum mumayyiz ialah bermula daripada kelahirannya sehingga kanak-kanak tersebut
mencapai usia tujuh tahun.

ii.

Tahap selepas mumayyiz.

Tahap selepas mumayyiz menjangkau sehingga mencapai usia baligh bagi kanak-kanak lelaki.
Manakala bagi kanak-kanak perempuan, sehingga dia berkahwin.

2.1.3

Orang Yang Berhak Mendapat Hak Hadhanah


Para ulama’ telah membincangkan secara panjang lebar siapakah yang lebih berhak untuk
mendapat hadhanah. Para ulama’ sepakat mengatakan bahawa ibu adalah orang yang paling
berhak untuk mendapat hak hadhanah kanak-kanak yang masih kecil. Ini adalah berdasarkan
sebuah hadith yang bermaksud: 5
Seorang perempuan telah diceraikan oleh suaminya dan dating berjumpa Rasulullah SAW dan
berkata: Wahai Rasulullah SAW, rahimku inilah yang mengandungkan anakku ini, susukulah
3

Najibah Mohd Zin et al, 2007, Undang-undang Keluarga (Islam), Hlm. 178.

4

Siti Zalikhah Md. Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 114.
Siti Zalikhah Md. Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 115.

5

3


yang dihisapnya dan pangkuankulah yang melindunginya, malangnya ayahnya mahu
merampasnya daripadaku. Rasulullah kemudiannya berkata: engkau lebih berhak terhadapnya
selagi engkau belum berkahwin.

Prinsip di atas juga adalah berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh Sayyidina Abu
Bakar dalam kes antara Sayyidina Umar dan isterinya. Dalam kes ini, hak hadhanah telah
diberikan kepada isteri Sayyidina Umar, iaitu ibu kepada anak tersebut. Semasa membuat
keputusan tersebut, Sayyidina Abu Bakar telah berkata kepada Sayyidina Umar: baunya dan
kebaikannya (isteri) lebih baik untuk anak ini daripada kamu. Daripada penerangan di atas,
dapatlah kita simpulkan bahawa ibu lebih berhak untuk mendapatkan hak hadhanah anak yang
kecil kerana pada ghalibnya ibu lebih penyayang, lebih rapat dan lebih memahami selok belok
penjagaan anak kecil, lebih-lebih lagi jika si anak masih menyusu susu ibunya. 6

Dalam undang-undang di Malaysia, contohnya di Wilayah Persekutuan memperuntukkan
perkara yang sama. Seksyen 81 (1) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan)
1984 mengatakan bahawa:
Tertakluk kepada seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak daripada segala orang bagi
menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas
perkahwinannya dibubarkan.


Dalam kes Zawiyah lwn Ruslan, hak hadhanah ke atas seorang budak berusia tiga tahun
telah dipertikaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Mahkamah telah memutuskan hak hadhanah
diberikan kepada ibunya memandangkan usia kanak-kanak ini belum mencapai tujuh tahun.
Dalam kes Rosna lwn Mohamed Nor, pertikaian tentang hak hadhanah telah berlaku antara

6

Peunoh Daly, 2003, Hukum Perkahwinan Islam: Suatu Kajian Perbandingan Di Kalangan Ahlus-Sunnah dan
Negara-negara Islam, Hlm. 401.

4

seorang ibu dengan bapa saudara sebelah bapa. Bapa saudara mendakwa bahawa dia telah
dilantik menjadi penjaga kanak-kanak itu oleh bapa kanak-kanak itu sebelum dia meninggal
dunia. Mahkamah memutuskan bahawa ibu lebih berhak untuk mendapatkan hak hadhanah
memandangkan usia kanak-kanak itu yang masih kecil. 7

Dalam kes Wan Abdul Aziz lwn Siti Aishah, fakta-fakta kes adalah seperti yang berikut.
Ibu dan bapa dalam kes ini telah berkahwin pada tahun 1965. Pada tahun 1972, terdapat
perselisihan faham antara mereka dan mereka mula tinggal berasingan dan kedua-dua anak

mereka tinggal bersama-sama bapa. Pada tahun 1973, anak pertama mereka mula tinggal dengan
ibunya manakala anak yang kedua tetap tinggal bersama-sama bapa. Pada tahun 1974, pasangan
ini bercerai dan ibu kanak-kanak ini memohon hak hadhanah anak yang kedua. Mahkamah Qadi
telah membenarkan permohonan ini berdasarkan fakta kes yang menunjukkan bahawa kanakkanak itu berumur empat tahun pada waktu itu. Bapa kanak-kanak ini tidak berpuas hati dan
membuat permohonan rayuan. Dalam pengadilan mahkamah rayuan memutuskan bahawa anak
tersebut telah berada dalam pemeliharaan dan asuhan neneknya yang sebelah bapa selama
setahun setengah sebelum dituntut oleh ibunya. Dalam tempoh tersebut dipercayai menjadikan
anak tersebut bermesraan penuh dengan neneknya. Mahkamah berpendapat bahawa akan
tersentuh jiwa anak tersebut jika dipisahkan daripada neneknya. 8

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa walaupun seorang ibu lebih berhak terhadap
hadhanah anak kecilnya, apabila hak ini bertembung dengan kepentingan dan kebajikan anak itu,
maka kebajikan anak itulah yang diutamakan. Sekiranya ibu telah tiada, jumhur fuqaha’
memberikan hak ini kepada nenek sebelah ibu dan kemudian barulah hak ini diberikan kepada
bapa. Ini berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh Saiyyidina Abu Bakar dalam
memutuskan kes antara Saiyyidina Umar dan bekas ibu mertuanya. 9

7
8
9


Ahmad Ibrahim, 1999, Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia, Hlm. 266.
Mohd. Radzuan Ibrahim, 2006, Munakahat: Undang-undang dan Prosedur, Hlm. 196.
Najibah Mohd Zin et al, 2007, Undang-undang Keluarga (Islam), Hlm. 182.

5

Diriwayatkan daripada Qasim bin Muhammad bahawa Saiyyidina Umar telah
mengahwini seorang perempuan Ansar. Dia telah melahirkan seorang anak lelaki yang bernama
Asim bin Umar. Sayyidina Umar kemudiannya menceraikan wanita ini. Suatu hari semasa
Sayyidina Umar sedang dalam perjalanan menuju Quba’, beliau mendapati anaknya sedang
bermain-main di halaman masjid. Beliau terus mendapatkan budak itu dan meletakkannya di atas
kuda yang ditungganginya. Mereka kemudiannya terserempak dengan nenek sebelah ibu kepada
Asim. Pertikaian berlaku antara Sayyidina Umar dan nenek tersebut tentang siapakah yang lebih
berhak mendapatkan hadhanah. Mereka kemudiannya pergi berjumpa Sayyidina Abu Bakar yang
menjadi khalifah pada waktu itu. Sayyidina Umar berkata: Dia adalah anak saya. Nenek tersebut
juga berkata: Dia adalah anak saya. Kemudian Sayyidina Abu Bakar berkata: Biarkanlah nenek
ini dengan anaknya. Mendengarkan keputusan yang dibuat oleh Sayyidina Abu Bakar,
Saiyyidina Umar hanya mendiamkan diri (yakni akur dengan keputusan itu). 10


Seksyen 81 (2) memperuntukkan perkara yang sama, iaitu hak hadhanah selepas ibu
adalah nenek sebelah ibu dan selepas itu barulah bapa dan seterusnya mengikut susunan
keutamaan yang berikut: 11
1. Nenek sebelah ibu hingga ke atas.
2. Bapa.
3. Nenek sebelah bapa hingga ke atas.
4. Saudara perempuan seibu sebapa.
5. Saudara perempuan seibu.
6. Saudara perempuan sebapa.
7. Anak perempuan bagi saudara perempuan seibu sebapa.
8. Anak perempuan bagi saudara perempuan seibu.
9. Anak perempuan bagi saudara perempuan sebapa.
10. Emak saudara sebelah ibu.

10

Mohd. Radzuan Ibrahim, 2006, Munakahat: Undang-undang dan Prosedur, Hlm. 193.

11


Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

6

11. Emak saudara bapa.
12. Waris lelaki yang menjadi asabah.

2.1.4

Hak Untuk Membuat Pilihan

Mengikut pendapat ulama’ Syafie, apabila seorang kanak-kanak telah mencapai usia mumaiyyiz
atau tujuh tahun, kanak-kanak ini akan diberi pilihan sama ada untuk tinggal bersama-sama
ibunya, bapanya atau dengan mana-mana ahl al-hadhanah (orang-orang yang berhak
mendapatkan hak hadhanah) yang lain. Hak untuk membuat pilihan ini boleh terjadi dalam dua
keadaan. Keadaan pertama ialah apabila terjadinya perceraian dan kanak-kanak yang
dipertikaikan telah mencapai usia tujuh tahun dan ke atas. Dalam keadaan ini, mahkamah akan
memberi peluang kepada kanak-kanak yang dipertikaikan untuk membuat pilihan. Keadaan
kedua berlaku apabila kanak-kanak yang dipertikaikan tinggal dengan salah seorang daripada
kedua-dua ibu bapanya semenjak masih kecil setelah berlakunya perceraian antara kedua-dua ibu

bapanya. Apabila usia kanak-kanak ini mencapai umur tujuh tahun dan pihak yang tidak
mendapat hak hadhanah memohon untuk mendapatkan hak itu, pada waktu ini kanak-kanak
tersebut akan diberi pilihan untuk menentukan dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal
bersama-sama. 12

Hak yang diberikan kepada seseorang kanak-kanak untuk membuat pilihan adalah
berdasarkan sebuah hadith yang bermaksud: 13
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa seorang wanita datang berjumpa Rasulullah
SAW dan bertanya: wahai Rasulullah, suami (bekas) saya mahu mengambil anak saya
sedangkan dia telah mampu membawa air untuk saya daripada telaga Abu ‘Inabah dan ianya
sangat berguna untuk saya. Rasulullah SAW bersabda kepada kanak-kanak itu: ini bapa kamu
12

Siti Zalikhah Md. Nor, 2005, Jika Sudah Habis Jodoh, Hlm. 93.

13

Abdul Monir Yaacob, 1999, Undang-undang Keluarga Islam dan Wanita Di Negara-negara Asean, Hlm. 93.

7


dan ini pula ibu kamu, pilihlah salah satu daripada kedua-duanya. Anak itu memilih ibunya dan
mereka pergi dari situ.

Mengikut Ibn Qudamah, apabila seseorang kanak-kanak itu masih kecil, keperluannya
kepada ibu atau seorang penjaga perempuan lebih ketara berbanding apabila kanak-kanak ini
mencapai umur yang lebih besar. Oleh itu, dalam keadaan ini, wajarlah kanak-kanak itu
diberikan pilihan untuk membuat keputusan. Rasionalnya, kanak-kanak ini diberi pilihan adalah
kerana berpegang pada prinsip bahawa kebajikan kanak-kanak ini lebih terpelihara jika dia
tinggal dengan seseorang yang lebih menyayangi dan mengambil berat tentang dirinya dan
anggapan yang boleh dibuat di sini adalah orang yang dipilih oleh kanak-kanak tersebut lebih
menyayangi dan mengambil berat terhadapnya. 14

2.1.5

Syarat Hadhanah

Untuk mendapatkan hak penjagaan hadhanah, syarat-syarat berikut perlu dipatuhi: 15

i.

Berakal
Hak hadhanah tidak diberikan kepada orang gila, kerana ia merupakan hak kekuasaan

(wilayah), sedangkan orang gila bukan daripada golongan yang layak berkuasa disebabkan tidak
mampu menjaga dan mengawal, bahkan dirinya sendiri memerlukan penjagaan dan pengawasan
orang lain.

14

15

Najibah Mohd Zin et al, 2007, Undang-undang Keluarga (Islam), Hlm. 184 & 185.
Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2010, Sistem Kekeluargaan Dalam Islam, Hlm. 414.

8

ii.

Islam
Orang kafir tidak berhak menjaga kanak-kanak Islam kerana hadhanah merupakan hak

kekuasaan (wilayah), sedangkan orang kafir tidak berkuasa ke atas orang Islam. Hal ini adalah
kerana orang kafir mungkin mempengaruhi anak jagaannya dengan pelbagai cara supaya
meninggalkan Islam. Walau bagaimanapun, jika kanak-kanak itu seorang kafir, maka dia boleh
dipelihara sama ada oleh orang Islam atau orang kafir.

iii.

‘Iffah dan amanah
Ia bermaksud penjaga kanak-kanak, bukan seorang yang fasiq. Hal ini adalah kerana

orang yang fasiq tidak boleh diberi kepercayaan untuk menjaga sesuatu amanah. Oleh itu,
penjaga kanak-kanak seharusnya bersifat adil, menjaga maruah diri dan kuat pegangan
agamanya.

iv.

Bermuqim
Orang yang berhak menjaga kanak-kanak hendaklah bermuqim di tempat kanak-kanak

tersebut menetap. Jika ibu yang menjaga anaknya keluar bermusafir kerana sesuatu keperluan,
seperti menunaikan haji, berniaga dan sebagainya dan tidak mampu membawa anaknya bersamasama, maka orang yang tinggal di tempat anaknya menetap lebih berhak menjaga anak tersebut
sehinggalah dia pulang. Oleh itu, dia hendaklah menyerahkan anak tersebut kepada neneknya
semasa ketiadaannya.

v.

Ibu tidak berkahwin lain
Hak penjagaan anak gugur jika ibunya berkahwin lain, sekalipun belum disetubuhi oleh

suaminya atau suami itu redha anak tersebut tinggal bersama-samanya. Hal ini berdasakan
hadith, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Kamu berhak menjaga anakmu selagi kamu tidak berkahwin.

9

vi.

Tidak menghidap penyakit yang berpanjangan dan yang menjejaskan penjagaan

Jika seseorang ibu menghidap penyakit yang sukar sembuh seperti batuk kering, lumpuh separuh
anggota badan, dia tidak berhak menjaga anaknya. Hal ini demikian kerana keuzuran dirinya
menjejaskan penjagaan terhadap anaknya.

2.1.6

i.

Sebab-sebab Yang Menjadikan Seseorang Hilang Hak Hadhanah 16

Jika seorang perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai
pertalian dengan kanak-kanak itu.

ii.

Jika seorang perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka.

iii.

Jika seorang perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk
mencegah bapa kanak-kanak itu daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke
atas kanak-kanak itu.

iv.

Jika seorang perempuan itu murtad.

v.

Jika seorang perempuan itu menganiaya kanak-kanak itu.

2.2.1

Nafkah

Menurut bahasa, nafkah bermaksud mengeluarkan atau menghabiskan sesuatu. Perkataan nafkah
digunakan kepada perkara baik-baik sahaja. Sementara menurut istilah pula, ianya bermaksud
semua keperluan asas manusia seperti makanan, minuman, pakaian dan juga tempat tinggal. Ia
dinamakan nafkah kerana ia dikeluarkan atau dihabiskan untuk tujuan keperluan asas tersebut. 17

16

Mahmood Zuhdi Abdul Majid, 1993, Kursus Perkahwinan dan Undang-undang Keluarga Islam, Hlm. 141.

17

Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2010, Sistem Kekeluargaan Dalam Islam, Hlm. 363.

10

2.2.2

i.

Bentuk Nafkah

Belanja Penyusuan

Belanja penyusuan merangkumi belanja membeli susu dan upah menyusu, jika bayi disusui oleh
wanita yang bukan ibunya, atau jika ibu enggan menyusukan atau terdapat halangan bagi ibu
menyusukan bayi sedangkan bapa masih mahukan anaknya disusukan dengan susu badan.
Penyusuan menjadi tanggungjawab ibu sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran. 18

Menurut para fuqaha mazhab Syafi’e, ibu diwajibkan menyusui bayinya pada awal
kelahiran kerana susu awal ibu yang dikenali sebagai laba’ itu amat diperlukan oleh bayi pada
awal kehidupannya. Jika selepas tempoh laba’, tidak terdapat orang lain yang boleh menyusukan
bayi berkenaan kecuali ibunya, maka tanggungjawab tersebut hendaklah diteruskan oleh ibunya
jika dia rela berbuat demikian. Sebaliknya, jika ibu tidak rela dan terdapat orang lain yang boleh
menyusukan bayi tersebut, maka bapa hendaklah mengupah orang lain. Jangka masa penyusuan
adalah sehingga bayi berkenaan mencapai usia 2 tahun bagi ibu yang mampu menyempurnakan
penyusuan. 19

ii.

Makanan

Makanan dan minuman merangkumi makanan asasi (keperluan utama) dan minuman yang lazim
diminum oleh orang yang mendiami sesuatu negara. Misalnya di Malaysia, makanan asasi ialah
nasi. Adalah tidak mencukupi jika disediakan nasi semata-mata kerana pada kebiasaannya nasi
dimakan bersama lauk-pauknya. Kewajipan menyediakan nafkah makanan dan minuman terletak
ke atas bapa. Jika bapa tinggal bersama dengan anaknya, maka amat mudah baginya membiayai
atau mengawasi urusan makan dan minum anak-anaknya. Sebaliknya jika dia tinggal berasingan
18
19

Siti Zalikhah Md Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 31.
Siti Zalikhah Md Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 31.

11

daripada anak-anaknya, maka dia perlu menyediakan pembiayaan nafkah bagi anak-aanaknya
sama ada secara mingguan, bulanan atau tahunan. Sekiranya bapa gagal menunaikan pembiayaan
nafkah, maka ibu boleh memfailkan tuntutan nafkah tertunggak supaya Mahkamah dapat
memutuskannya sebagai hutang yang mesti dibayar. 20

iii.

Pakaian

Pakaian bermaksud apa yang mencukupi sebagai pelindung kepada kehormatan seorang manusia
dan pelindung badan daripada panas dan sejuk. Jika seorang kanak-kanak masih belum baligh,
maka pakaiannya tidaklah terlalu menutup aurat sehingga sukar baginya bermain atau bergerak.
Cukup sekadar melatihnya mengenali batasan aurat yang mesti ditutup demi menjaga
kehormatannya daripada ditontoni ramai. Sebaliknya, seorang anak yang sudah baligh, mestilah
menutup auratnya. Oleh itu, nafkah pakaian yang perlu disediakan oleh seorang bapa mestilah
pakaian yang secukupnya menutup aurat.

Keperluan tidur seperti bantal,selimut dan tilam juga merupakan sebahagian daripada
pakaian kerana ia berfungsi melindungi badan daripada kedinginan malam. Oleh itu, keperluan
pakaian harus dilihat daripada tiga aspek. Pertama, pakaian asasi iaitu pakaian harian dan
keperluan untuk tidur. Kedua, pakaian rasmi seperti pakaian seragam sekolah. Ketiga, pakaian
pada musim perayaan. 21

iv.

Tempat tinggal

Tempat tinggal yang mesti disediakan untuk seorang kanak-kanak ialah tempat sesuai untuk dia
membesar seperti ada ruang untuk bermain. Persekitarannya pula tidak mencemarkan
20
21

Siti Zalikhah Md Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 32.
Siti Zalikhah Md Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 33.

12

perkembangan sosial dan mental kanak-kanak berkenaan. Misalnya amatlah tidak sesuai bagi
seorang kanak-kanak tinggal bersama ibunya di kawasan pelacuran. 22

v.

Pembiayaan perubatan

Pembiayaan perubatan bagi seorang kanak-kanak bermula dari pembiayaan melahirkannya lagi.
Selepas itu, diikuti dengan skim rawatan yang lazim bagi kanak-kanak seperti rawatan imunisasi.
Kemudian barulah timbul rawatan yang tidak lazim seperti demam atau selesema yang tiba-tiba
menyerang kanak-kanak berkenaan. Menurut pendapat al-Sharbiniy, seorang anak berhak
mendapat upah doktor dan belanja membeli ubat. Tetapi dalam konteks semasa, terdapat juga
penyakit yang memerlukan pesakit dimasukkan ke wad. Oleh itu, perbelanjaan tersebut juga
perlu diambil kira. 23

vi.

Pendidikan dan persekolahan

Pendidikan dan persekolahan merupakan suatu keperluan bagi seorang kanak-kanak masa kini.
Malahan ia menjadi suatu keutamaan. Pendidikan secara formal lazimnya memerlukan
pembiayaan seperti yuran persekolahan, buku teks dan keperluan pembelajaran lain. Apa yang
harus diberi perhatian ialah tahap pendidikan yang mesti dicapai oleh seorang kanak-kanak
sering berubah mengikut keperluan semasa. 24

22

Siti Zalikhah Md Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 35.
Siti Zalikhah Md Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 36.
24
Siti Zalikhah Md Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 36.

23

13

2.2.3

Syarat Nafkah

Seorang bapa wajib memberi nafkah untuk anak-anaknya dengan syarat 25:
i.

Bahawa anak itu belum boleh berdikari. Bagi anak perempuan sehingga ia berkahwin
atau sehingga ia ada pekerjaan.

ii.

Bahawa anak itu miskin dan tidak mempunyai harta sendiri untuk menafkahkannya.

iii.

Bapa itu mampu memberi nafkah.

Apabila anak itu telah baligh dan boleh berdikari, maka bapa tidak wajib lagi memberi
nafkah untuk anak itu sekalipun anaknya tidak bekerja. Begitu juga jika anak itu mempunyai
harta sendiri meskipun dia masih kecil maka bapa tidak wajib memberi nafkah kepadanya. Jika
anak itu tidak bekerja kerana masih belajar, hendaklah melihat pula kepada ilmu yang
dipelajarinya. Jika ilmu itu berkaitan dengan kewajipan dirinya seperti ilmu aqidah dan ilmu
ibadat, ia dianggap tidak mampu bekerja dan wajib memberi nafkah kepadanya. 26

Jika ilmu yang dipelajarinya ialah ilmu fardu kifayah yang diperlukan oleh masyarakat
seperti ilmu perubatan, perindustrian dan sebagainya, dan dia tidak bekerja, sedangkan dia
mampu berbuat demikian, maka bapa mempunyai pilihan sama ada membenarkan anak tersebut
terus belajar dan memberi nafkahnya atau bapa tidak memberi nafkahnya yang menyebabkan
anak tersebut bekerja 27

Menurut undang-undang keluarga Islam, nafkah seorang anak perempuan ialah sehingga
dia berkahwin. Manakala anak lelaki, sehingga dia mencapai usia 18 tahun. Tetapi Mahkamah
boleh atas permohonan anak atau seseorang lain melanjutkan perintah nafkah itu meliputi apa-

25

Engku Ahmad Zaki, 2010, Aku Nikah Akan Dikau, Hlm. 188.
Engku Ahmad Zaki, 2010, Aku Nikah Akan Dikau, Hlm. 188.
27
Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2010, Sistem Kekeluargaan Dalam Islam, Hlm. 369.

26

14

apa tempoh tambahan yang difikirkan munasabah bagi membolehkan anak itu mengikuti
pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi. 28

Dalam kes Faridah binti Sulaiman lwn Mohd Noh bin Othman, Mahkamah telah
memutuskan bahawa apa sahaja pembayaran yang menjadi keperluan untuk kemajuan kerjaya
anak-anak hendaklah ditanggung oleh bapa. Dalam kes ini ia menjadi mudah kerana bapa adalah
seorang berkemampuan. 29

2.2.4

Orang Yang Wajib Memberi Nafkah

Nafkah seorang anak sama ada sudah besar atau masih kecil diwajibkan ke atas bapa walaupun
ketika ibu masih ada. Terdapat pendapat yang mengatakan jika sudah baligh, maka diwajibkan
ke atas ibu dan bapa secara bersama. Diutamakan bapa semasa anak masih kecil kerana hak
perwalian terserah kepada bapa. Satu pendapat lagi mengatakan bahawa sumbangan ibu satu per
tiga sahaja. Kadar tersebut berdasarkan kadar ibu dalam hukum perwarisan. Seterusnya,
kewajipan nafkah tertanggung ke atas kaum kerabat yang terdekat menurut susunan perwarisan
dan kemudiannya mengikut perhubungan darah.

Kewajipan memberi nafkah kepada seorang anak tak sah taraf tertanggung ke atas
ibunya 30, jika dia mampu. Jika dia tidak mampu, tanggungan tersebut berpindah kepada bapa
ibunya (datuk anak tersebut) dan seterusnya ahli waris terdekat sebelah ibu kanak-kanak
tersebut. Jika ibu dan ahli waris yang lain tidak mampu, maka tanggungjawab tersebut berpindah

28

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003, s 80. Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayahwilayah Persekutuan) 1984, s 79.
29
Siti Zalikhah Md Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 47.
30
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, s.80 (1).

15

kepada Baitulmal. 31 Oleh itu, jika tuntutan nafkah dibuat terhadap bekas suami bagi seorang
anak yang tak saraf, maka dia berhak mengemukakan pembelaan. 32

Kewajipan menanggung nafkah seorang anak yang telah diambil sebagai anak angkat
tertanggung ke atas bapa angkatnya. Kewajipan ini bukan berdasarkan asas kewajipan yang
ditetapkan oleh syarak iaitu nikah, nasab dan pemilikan tetapi berdasarkan kerelaannya untuk
menjaga kanak-kanak tersebut. Oleh itu, jika kanak-kanak tersebut diambil kembali oleh ibu
bapa kandungnya, maka perbelanjaan saraannya boleh dituntut sebagai hutang oleh bapa
angkat. 33

Dalam seksyen 74(1), Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang
lelaki membayar nafkah untuk anaknya 34:
a) Jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi
anaknya itu.
b) Jika dia meninggalkan langsung isterinya dan anaknya itu adalah di bawah jagaan
isterinya.
c) Dalam masa menanti keputusan sesuatu prosiding hal ehwal suami isteri.
d) Apabila membuat atau selepas daripada membuat satu perintah meletakkan anak
itu dalam jagaan seseorang lain atau
e) Apabila memberi kebenaran kepada lelaki itu untuk berpoligami di bawah
seksyen 23.

31

Siti Zalikhah Md Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 39-40.
Siti Zalikhah Md Nor, 2005, Jika Sudah Habis Jodoh, Hlm. 94.
33
Siti Zalikhah Md Nor, 2005, Anakmu, Hlm. 40.
34
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
(Kelantan)2002.
32

16

2.2.5

Nafkah Anak Tak Sah Taraf

Undang-undang keluarga Islam di Malaysia memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah hanya
boleh memerintahkan seseorang perempuan yang cuai atau enggan menanggung nafkah anaknya
yang tak sah taraf sahaja (bukan yang dilahirkan akibat rogol) 35. Jika dia tidak mampu, maka
kewajipan itu berpindah kepada Baitulmal. Di Sarawak, tidak terdapat kewajipan Baitulmal.
Sebelum tahun 1980-an, terdapat peruntukan dalam Undang-undang Mahkamah Syariah dan Hal
Ehwal Perkahwinan Islam Kelantan yang memperuntukkan pemakaian Undang-undang
Perempuan Bersuami dan Kanak-kanak (Nafkah) 1980 kepada anak luar nikah sahaja. Jika
tuntutan dibuat terhadap bapa yang diduga, maka hendaklah dibuat di Mahkamah Pengadil.
Manakala di Perak dan Terengganu (1980-an), terdapat peruntukan yang membolehkan bapa
yang diduga apabila dibuktikan, diperintahkan oleh Mahkamah memberi elaun bulanan yang
difikirkan munasabah oleh Mahkamah.

Setelah menerima pakai undang-undang yang seragam, maka peruntukan tersebut tidak
terpakai lagi. Satu perkara yang mesti diberi perhatian ialah setiap negeri di Malaysia Barat telah
meluluskan undang-undang yang memperuntukkan bahawa Akta tahun 1950 tidak diterima pakai
dalam kes melibatkan seorang Islam terhadap seorang Islam yang lain, jika menurut undangundang yang berkuatkuasa di negeri tersebut, terdapat peruntukan yang membolehkan perintah
nafkah isteri dan anak, sah taraf dan tak sah taraf. Undang-undang tersebut ialah Enakmen Johor
No.14/1978, s 132(1), Enakmen Kedah No.9/1962, s 132(1), Enakmen Kelantan No.1/1966, s
82(1), Enakmen Melaka No.1/1959, s 131(1), Enakmen Negeri Sembilan No.15/1960, s 132(1),
Enakmen Pahang No.5/1956, s 137, Enakmen Pulau Pinang No.3/1959, s 133(1), Enakmen
Perak No.11/1965, s 137(1), Enakmen Perlis No.3/1964, s 103(2), Enakmen Selangor
No.3/1952, s 138(1), Enakmen Terengganu No.4/1955, s 116(1) dan di Wilayah-wilayah
Persekutuan terdapat Enakmen Selangor No.3/1952 (PU(A)44/1974, s 136(1). 36

35
36

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003, s 81 (1)
Siti Zalikhah Md Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 50.

17

2.3.1

Pemilikan Harta

Seorang anak boleh memiliki harta daripada kedua ibu bapanya. Walaubagaimanapun, hak untuk
memiliki harta daripada ibu bapa kandung tidak sama dengan ibu bapa angkat. Seorang anak
kandung boleh memiliki harta daripada ibu bapa kandung sama ada melalui sistem pusaka
(fara’id) atau hibah. Manakala anak angkat atau anak tiri boleh memiliki harta daripada ibu bapa
angkat atau ibu bapa tiri melalui hibah atau wasiat. 37

2.3.2

Hak Melalui Pusaka

Hak melalui pusaka hanya terpakai kepada anak kandung. Seorang anak yang sah taraf berhak
mewarisi harta kedua-dua ibu bapanya. Manakala anak yang tak sah taraf hanya berhak mewarisi
harta ibunya. Jika seorang lelaki meninggal dunia, meninggalkan seorang isteri dan anak-anak,
maka isterinya mendapat 1/8 daripada harta peninggalannya. Sebaliknya jika seorang isteri
meninggal dunia, meninggalkan anak-anak dan suami, maka suami berhak mendapat 1/4
daripada harta peninggalannya.

Hak seorang anak lelaki adalah berdasarkan asabah, maksudnya dia menghabisi harta
pusaka tersebut setelah dibahagikan hak-hak ashab al-Furud. Manakala anak perempuan pula
apabila dia berseorangan (tiada saudara lelaki), maka dia berhak mendapat 1/2 daripada harta
peninggalan ibu atau bapanya. Jika si mati meninggalkan dua anak perempuan atau lebih, maka
mereka berhak mendapat 2/3 daripada harta tersebut. Cucu perempuan berhak mendapat 1/2 jika
dia berseorangan. Sebaliknya jika dia berdua atau lebih, maka bahagiannya ialah 2/3. 38

37
38

Siti Zalikhah Md. Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 103.
Siti Zalikhah Md. Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 104.

18

2.3.3

Peruntukan Harta Melalui Hibah

Seorang anak boleh memperoleh harta daripada ibu bapanya melalui hibah. Hibah tidak
dibataskan kadarnya kerana ia merupakan pemberian semasa hayat pemberi dan ia berkuatkuasa
serta merta. Jika terdapat halangan di sisi undang-undang tentang urusan pertukaran hak milik
kerana penerima masih kecil, hibah tetap sah. Misalnya, undang-undang negara mensyaratkan
pemindahan hak milik hanya boleh berlaku jika penerima berusia 18 tahun ke atas.

Hibah boleh diberi kepada anak kandung dan juga bukan kandung. Sebaik-baiknya jika
seseorang hendak menghibahkan harta kepada beberapa orang anaknya, maka hendaklah
dibahagikan secara sama rata, berdasarkan sebuah hadis yang menggalakkan layanan sama rata
terhadap anak-anak. Menurut pendapat jumhur fuqaha’ hadis tersebut menjadi dalil bagi hukum
sunat menyamaratakan pemberian kepada anak-anak. Sebaliknya, jika dilebihkurangkan, maka
hukumnya makruh.

Hibah juga boleh dilakukan antara kedua-dua ibu bapa yang memeluk Islam dengan
anaknya yang masih belum memeluk Islam atau sebaliknya. 39

2.3.4

Wasiat

Wasiat ialah peruntukan harta yang dibuat kepada bukan ahli waris yang tidak melebihi 1/3
daripada harta peninggalan pewasiat yang berkuatkuasa selepas kematian pewasiat. Wasiat
bukan kepada waris kerana wasiat kepada waris adalah tidak sah. Oleh itu, anak tiri dan anak

39

Siti Zalikhah Md. Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 107.

19

angkat boleh diwasiatkan harta untuk mereka. Harta yang telah diwasiatkan tidak termasuk
dalam harta yang difaraidkan kepada ahli waris. 40

2.3.5

Wasiat Wajibah

Wasiat wajibah boleh diterima pakai apabila seorang anak telah meninggal dunia terlebih dahulu
daripada bapanya (pewaris). Maka apabila bapa (pewaris) meninggal dunia, cucu kepada pewaris
boleh mendapat bahagian pusaka yang sepatutnya diperoleh oleh bapanya. Misalnya di Selangor,
terdapat peruntukan dalam Enakmen Wasiat Orang Islam tahun 1999 yang menyatakan 41:
i. Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya daripada anak
lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak dengannya,
maka cucunya itu hendaklah berhak terhadap 1/3 wasiat dan, sekiranya cucu itu diberi
dengan kadar yang kurang daripada 1/3, haknya hendaklah disempurnakan mengikut
kadar wasiat wajibah yang diperuntukkan di bawah seksyen ini.
ii. Kadar wasiat wajibah untuk kanak-kanak yang disebut dalam subseksyen (1)
hendaklah setakat kadar di mana ayahnya berhak daripada harta pusaka datuknya
sekiranya diandaikan ayahnya itu mati selepas kematian datuknya, dengan syarat
wasiat itu tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka si mati.

Undang-undang di Selangor ini menetapkan cucu daripada anak lelaki sahaja. Cucu
daripada anak lelaki boleh mewarisi jika tidak didinding oleh bapa saudara. Peruntukan ini tidak
membuka peluang kepada cucu daripada anak perempuan. Oleh itu, bagi cucu yang terdinding
dan cucu daripada anak perempuan, ada baiknya jika diperuntukkan wasiat untuk mereka.

40

Mimi Kamariah Majid, 1992, Undang-undang Keluarga di Malaysia, Hlm. 198.

41

Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) No. 4, 1999, s 27(1) dan (2).

20

2.3.6

Amanah

Salah satu cara untuk memperuntukkan harta kepada keturunan adalah melalui amanah kepada
mereka. Amanah tidak berkuatkuasa selepas berlakunya kematian. Jika wasiat berkuatkuasa
selepas kematian pewasiat, amanah berkuatkuasa semasa pengamanah masih hidup.
Bagaimanapun, pengurusan harta tersebut boleh diuruskan oleh pemegang amanah. 42

3.1 PENUTUP

Kesimpulannya, masyarakat khususnya ibu bapa perlu memahami hak dan tanggungjawab
mereka terhadap anak-anak sama ada yang melibatkan harta atau sebaliknya. anak-anak tidak
sepatutnya menjadi korban pertikaian antara ibu dan bapa lantaran jodoh tidak berpanjangan.
Hukum Islam amat menitikberatkan kebajikan setiap anak-anak. Oleh itu, seorang anak sama ada
yang sah taraf atau tidak tetap diberi perlindungan. Kebajikan seorang kanak-kanak menurut
perspektif Islam mempunyai skop yang luas. Ia merangkumi segala keperluan dan manfaat dari
segi fizikal, mental, spiritual dan agama. Dengan itu seorang kanak-kanak akan membesar
dengan sempurna.

42

Siti Zalikhah Md. Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 111.

21

RUJUKAN
Al-Quran.
Abdul Monir Yaacob. 1999. Undang-undang Keluarga Islam dan Wanita Di Negara-negara
Asean. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Ahmad Ibrahim. 1999. Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Malayan Law Journal Sdn
Bhd.
Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1998.
Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003.
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kelantan) 2002.

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.
Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999.

Engku Ahmad Zaki. 2010. Aku Nikah Akan Dikau. Kuala Lumpur: Must Read Sdn Bhd.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid. 1993. Kursus Perkahwinan dan Undang-undang Keluarga Islam.
Kuala Lumpur: Dasar Padu (M) Sdn. Bhd.
Mimi Kamariah Majid. 1992. Undang-undang Keluarga di Malaysia. Butterworths Asia.
Mohd. Radzuan Ibrahim. 2006. Munakahat: Undang-undang dan Prosedur. Selangor: DRI
Publishing House.
Najibah Mohd Zin et al. 2007. Undang-undang Keluarga (Islam). Jil. 14. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Peunoh Daly. 2003. Hukum Perkahwinan Islam: Suatu Kajian Perbandingan Di Kalangan
Ahlus-Sunnah dan Negara-negara Islam. Cet. 5. Selangor: Thinker’s Library Sdn. Bhd.

22

Siti Zalikhah Md. Nor. 2008. Anakku Anakmu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Zalikhah Md. Nor. 2005. Jika Sudah Habis Jodoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2010. Sistem Kekeluargaan Dalam Islam. Selangor: Darul Syakir
Enterprise.