KEPENGETUAAN DARI PENGURUS MENJADI PEMIM
KEPENGETUAAN : DARI PENGURUS MENJADI PEMIMPIN
CHOW TIO KIONG
Kolej Komuniti Mas Gading
Abstrak
Kepimpinan dan pengurusan kedua-duanya begitu berkait rapat, tetapi ruang lingkung
antara keduanya adalah berlainan. Pengurusan organisasi meliputi perancangan,
perorganisasian, perancangan kakitangan serta soal kawalan terhadap organisasi bagi
mencapai matlamat-matlamat organisasi yang ditetapkan. Kepimpinan organisasi pula
lebih memokuskan kepada manusia dalam aspek penyempurnaan tugas, aspirasi,
motivasi, penugasan dan komitmen kearah pencapaian matlamat organisasi. Kepimpinan
yang berkesan memberi kepuasan kepada pengikut dan seterusnya mereka akan
menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Pengetua perlu melibatkan penyertaan guruguru secara meluas dalam kerja-kerja penyeliaan, boleh membuat keputusan dan
melaksanakannya. Dengan kata lain, pengetua memainkan peranan yang penting dalam
mencorak dan menghasilkan suasana sekolah yang lebih positif dan konstruktif dan
seterusnya mendorong mencapai visi sekolah seperti yang dikehendaki.
PENGENALAN
Kepimpinan dan pengurusan memberi erti yang berlainan dalam konteks dunia
perorganisasian. Walaupun kedua-duanya begitu berkait rapat, tetapi ruang lingkung

perorganisasian, perancangan kakitangan serta soal kawalan terhadap organisasi itu
sendiri. Kepimpinan organisasi pula lebih memokuskan kepada manusia dalam aspek
penyempurnaan tugas, aspirasi, motivasi, penugasan dan komitmen kearah pencapaian
matlamat organisasi.
0
PENGURUSAN
Pengurusan disifatkan sebagai “seni melakukan perkara-perkara tertentu melalui orangorang lain”. Takrif yang diberikan oleh Mary Parker Foollett ini membuat kesimpulan
bahawa para pengurus bertindak memenuhi matlamat-matlamat organisasi dengan cara
menguruskan orang-orang lain supaya melakukan apa-apa tugas yang difikirkan perlu
tanpa mereka sendiri melakukannya. Menurut James A.F. Stoner & Charles Wankel
(1989) pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi, meminpin dan mengawal
daya usaha anggota-anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain organisasi
bagi mencapai matlamat-matlamat organisasi yang ditetapkan.
BIROKRASI
Weber menyatakan bahawa birokrasi adalah organisasi mempunyai stuktur hierarki yang
berasaskan autoriti yang formal dan sah. Para anggota organisasi bertindak berpandukan
kepada rasa tanggungjawab terhadap organisasi dan berdasarkan satu set kaedah dan
peraturan yang rasional.
KEPIMPINAN
Yulk (1981) Kepimpinan ialah pengaruh interpersonal yang digunakan dalam sesuatu
situasi dan dijalankan melalui proses komunikasi kearah mencapai satu matlamat
tertentu.
Likert (1967) mengatakan kepimpinan adalah satu proses yang relatif dimana
pemimpin mestilah mengambil kira harapan, nilai hidup dan kemahiran interpersonal
individu yang berinteraksi dengan mereka. Pemimpin mestilah menampilkan tingkahlaku
dan proses organisasi yang boleh dianggap oleh pengikut sebagai menyokong usaha
mereka dan juga pembangunan diri mereka sendiri.
Daripada definisi-definisi kepimpinan, didapati kepimpinan adalah satu fenomina
yang berlaku dalam kumpulan yang melibatkan dua atau lebih individu. Kepimpinan
wujud dalam semua aktiviti organisasi
yang tersusun dan sistematik. Kepimpinan
mempunyai pertalian yang rapat dengan kuasa. Fungsi kepimpinan mengandungi tugastugas menetapkan matlamat dan menyusun, mengarah serta menyelaras usaha untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan. Kepimpinan adalah satu proses mempengaruhi dan
1
keupayaan memujuk, kerana tanpa pengaruh tidak akan wujud konsep kepimpinan. Gaya
kepimpinan mestilah sesuai dengan keadaan, iaitu gaya tertentu untuk situasi tertentu.
Kepimpinan yang berkesan memberi kepuasan kepada pengikut dan seterusnya mereka
akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang.
PENGETUA BERTINDAK SEBAGAI PENGURUS BIROKRASI
Sekolah ialah sejenis organisasi yang mempunyai corak kuasa yang formal, peraturan dan
prosedur yang rasmi, serta matlamat yang tetap. Sistem pentadbiran sekolah secara
tradisinya ditadbir dengan pengurusan sistem birokrasi. Struktur, pengkhususan tugas,
peraturan dan prosedur telah dinyatakan dengan jelas demi menjamin pencapaian
matlamat pendidikan yang ditetapkan. Pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah hanya
boleh menjadi nyata apabila dapat diorganisasikan dengan suatu sistem yang sempurna.
Mengikut kajian dan pemerhatian, pengetua yang mengamalkan pengurus
birokrasi sebagai stail pengurusan sekolah gagal membawa kemajuan pendidikan sekolah
kepada tahap yang lebih tinggi. Wahal dulu pengetua menerima banyak kredit guna gaya
ini untuk menjalankan sekolah, tetapi kini dapat kritikan daripada guru-guru yang kreatif
dan pelajar-pelajar.
Antara kelemahan-kelemahannya ialah organisasi-organisasi birokrasi yang
formal menghadapi kesukaran mengubah tatacara-tatacaranya yang mantap. Ia tidak
terikut dengan langkah perubahan persekitaran yang begitu cepat.
Struktur birokrasi boleh menyebabkan berlakunya kebimbangan di kalangan
pengetua yang mempunyai guru-guru yang mungkin mempunyai kelayakan akademik
atau pengetahuan teknik yang lebih tinggi, dan setengah-setengahnya mungkin cuba
melindungi autoriti dan kedudukan mereka dengan berlagak sombong dan bertindak
berasaskan peraturan semata-mata. Menurut Thompson, ini adalah “patologik” kerana ia
boleh menghalang organisasi dari mencapai matlamat-matlamatnya.
Apabila tatacara-tatacara organisasi menjadi lebih formal dan peranan individu
lebih terkhusus, cara-cara perlaksanaan sering dikelirukan dengan tujuan. Sebagai
misalan, guru kauseling mungkin hanya menitikberatkan kesempurnaan matlamat mereka
sendiri dengan pelajar dan tidak ambil peduli tentang masalah-masalah yang berlaku pada
2
pentadbiran. Mereka terlupa bahawa matlamat mereka adalah suatu cara bagi mencapai
matlamat-matlamat organisasi yang lebih luas.
Pengurusan birokrasi mengabaikan aspek-aspek kemanusiaan para anggota
organisasi, dengan menganggap mereka hanya didorong oleh kepentingan ekonomi.
Kritik ini jadi lagi hebat apabila tahap pendidikan, kemewahan dan pengharapan
kepuasan terharap kerja semakin meningkat.
Dalam organisasi birokrasi para pengetua mempunyai hampir sepenuh
tanggungjawab bagi merancang, mengawal dan menilai kerja guru-guru mereka.
Menguasaan sedemikian terhadap tempat kerja oleh pengetua boleh menyebabkan guruguru menjadi pasif dan bergantung, serta mengurangkan perasaan bertanggungjawab dan
kawal-diri mereka.
Keadaan sedemikian adalah tidak bersesuaian dengan keperluan-keperluan
manusia untuk berdikari, menyuarakan pendapat sendiri dan untuk menghasilkan
pencapaian. Para anggota bawahan akan berasa tidak puas hati dan kecewa dalam kerja
mereka disebabkan keperluan-keperluan ini tersekat. Ini akan mengongkong bakat dan
kreativiti guru dan seterusnya menghasilkan golongan guru-guru yang minda kaku dalam
organisasi dan merumitkan lagi usaha mencapai matlamat organisasi.
PENGETUA MENJADI PEMIMPIN
Iklim persekolahan yang baik dan kondusif banyak bergantung kepada gaya
kepimpinan pengetua (Mok Soon Sang, 2002). Apabila pengetua menjadi pemimpin
dalam pentadbiran sekolah, selain daripada mengurus beliau juga membimbing, melatih,
mengajar, memimpin, mendorong dan membawa pengikut-pengikut berasa selesa untuk
berkhidmat di bawah bumbung yang sama. Mereka perlu dilayan dengan baik kerana
mereka mempunyai 7P (perasaan, perhatian, penghargaan, pencapaian, penerimaan,
pertanggungan dan perkiraan) yang dahagakan pengiktirafan berterusan.
Pengetua perlu melibatkan penyertaan guru-guru secara meluas dalam kerja-kerja
penyeliaan, boleh membuat keputusan dan melaksanakannya. Sebagai pemimpin
organisasi hendaklah meningkatkan rasa harga-diri, menggunakan pendekatan membuat
keputusan secara kumpulan, & menetapkan matlamat pretasi yang tinggi.
3
Pengetua perlu mewujudkan corak pengurusan yang lebih mengutamakan
keberkesanan dan kemahiran hubungan kemanusiaan berbandingkan dengan kemahiran
teknikal dan kemahiran konsepsual. Membenarkan lebih ramai guru-guru mengambil
bahagian dalam soalan membuat keputusan. Semakin tinggi hubungan kemanusiaan,
semakin berkualiti sesebuah organisasi atau sekolah.
Dengan kata lain, pengetua
memainkan peranan yang penting dalam mencorak dan menghasilkan suasana sekolah
yang lebih positif dan konstruktif dan seterusnya boleh berjaya mencapai apa-apa objektif
dan vision sekolah seperti yang dikehendaki.
TURUNKAN KUASA KEPADA PARA GURU
Pengetua perlu menurunkan sebahagian daripada kuasa mereka kepada guru-guru untuk
membantu dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Sebelum penurunan kuasa
dilakukan, pengetua perlu mendapatkan “Mr. right man on the right post”. Selepas itu
mengagihkan tugas dan tanggungjawab pada kepada para guru dan diiringi dengan
mempertimbangkan tahap penurunan kuasa yang bersesuaian kepada guru berkenaan.
Dengan ini akan membuat mereka rasa diri mereka dihargai dan dipercayai oleh pihak
atasan, ini akan mendorong para guru menghasilkan keinginan untuk membuat dan
mempertingkatkan prestasi kerja mereka.
Guru-guru dipertanggungjawabkan demi memastikan dan melaksanakan aktivitiaktiviti dibawahnya berjalan dengan licin dan sempurna, dengan mengikuti dasar
pendidikan secara berdikari. Guru-guru dibenarkan membuat keputusan sendiri walaupun
ada sedikit perbezaan dengan pihak atasan. Ini akan mengurangkan sikap bergantung
kepada pengetua semata-mata untuk membuat keputusan. Pengetua cuma memainkan
peranan memantau, menerima maklumbalas dan menggalakkan penilaian kendiri guru
masing-masing.
Kebanyakan
pengetua
menggunakan
strategi
ini
untuk
melatih
dan
membangunkan nilai-nilai kepimpinan pada para guru. Pembangunan ini secara tidak
langsung telah mempetingkatkan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Meramaikan
pemimpin yang berkemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam perbincangan dan
membuat keputusan untuk sekolah secara langsungnya mempertingkatkan lagi keupayaan
sekolah untuk mencapai matlamatnya.
4
Disamping itu, tanamkan nilai dan sikap kepada para guru seperti berkerjasama,
pengorbanan, komitmen, ketepatan masa, rasa sayang terhadap sekolah dan sedia
berkhidmat dalam satu pasukan merupakan tunggak kejayaan.
GURU-GURU MENJADI PEMIMPIN
Untuk mencorak guru-guru supaya menjadi pemimpin yang berjaya ada beberapa aspek
perlu dipertimbangan dan dilaksanakan dalam urusan harian. Kita percaya pemimpin
boleh dibelajar dan dilatih, walaupun setiap individu mempunyai set minda dan
kemampuan berbeza-beza.
Pada mulanya, mengagihkan tugas dan memberi tanggungjawab sepenuhnya
kepada guru-guru. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah bersama mereka dan
mengurangkan pergantungan kepada pengetua. Dengan strategi ini, kebanyakan guru
perolehi pengalaman untuk selesai masalah secara sendiri. Disamping itu kita sebagai
pengetua perlu memberi sokongan, bimbingan dan motivasi kepada guru-guru bagi
memantapkan lagi keyakinan dan kepimpinan yang mereka.
Terdapat sepuluh ciri atau sifat yang penting perlu dibina pada guru untuk
menjadi pemimpin seperti yang disarankan oleh pengarang. Program khas atau kursus
latihan minda diwajibkan kepada guru-guru untuk menerapkan nilai-nilai kepemimpinan,
mengembangkan bakat, pengetahuan, pemikiran kreatif dan berkemahiran membuat
keputusan.
Beberapa perkara patut diberikan tekanan dan perhatian. Kita patut mewujudkan
peronaliti yang berkualiti di dalam sekolah kita terlebih dahulu, Kualiti itu terpancar dari
segi komitmen, integriti, kegigihan, latihan, motivasi dan kecekalan individu. Pengetua
sebagai pengurus bermakna menjalankan organisasi kepimpinan bermakna memberikan
banyak inspirasi dan bervision dalam penguruan dan pentadbiran sekolah. Pengetua juga
perlu menjadi model perjuangan kepada guru-guru. Membuktikan kejayaan itu boleh
dicapai oleh pengikutnya. Mengekalkan keunikan personality dan kesinambungan
kejayaan secara berkesan. Matlamat akhir adalah untuk memperkukuhkan nilai-nilai
kepimpinan dalam budaya sekolah sendiri.
5
5.
KESIMPULAN
Dalam sesebuah sekolah, cara kepimpinan pengetua merupakan tunggak kepada
keberkesanan pentadbiran. Pemahaman tentang teori-teori kepimpinan dapat membantu
pengetua dan guru-gurunya memahami tentang fungsi praktisnya yang begitu kompleks
untuk mengarah hala tuju pimpinan yang diputuskan. Kemampuan memimpin itu bukan
merupakan kemahiran semulajadi tetapi kemahiran yang boleh dipelajari mengikut
situasi. Sebagai pengetua yang berjaya bukan setakat melatih guru-guru menjadi
pemimpin tetapi juga mencorakkan kedinamikan sekolah selari dengan vision dan
mission sekolah. Semangat kerajinan, berkerjasama, berpasukan dan bertelorasi penting
dipupuk, dikekal dan digalakan perkembangannya dalam sekolah supaya seiring dengan
keperluan era IT dan kecemerlangan abad ke-21.
BIBLIOGRAFI
Chek Mat (1996). Pengurusan Berkualiti Dalam Perkhidmatan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Daniel M. Boland (1997). Apa Yang Perlu Sebagai Seorang Pengurus. Kuala Lumpur:
Golden Books Centre Sdn. Bhd.
Gary Dessler (1994). Human Resource Management (Sixth Edition). United States of
America: Prentice-Hall International, Inc.
James A.F. Stoner dan Charles Wankel (1989). Pengurusan (Edisi Ketiga). Petaling Jaya:
Amiza.
John S. Oakland (1989). Total Quality Management. Oxford: Heinemann Professional
Publishing.
6
Mok Soon Sang (2002). Pendidikan Di Malaysia: Untuk Diploma Penguruan Semester 2
(Edisi ke-8). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Stephen P. Robbins (1991). Organizational Behavior: Concepts, Controversies and
Applications. Sixth Edition. United States of America: Prentice-Hall International.
Zainal Abidin Mohamed (1994). Pengurusan Strategi. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distribution Sdn Bhd.
7