Kertas kerja gejala sosial makalah

KAJIAN GEJALA SOSIAL DI KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG MENETAP DI KOLEJ SEMBILAN (K9), KOLEJ SEPULUH (K10), DAN KOLEJ PERDANA (KP) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHAMMAD ABU BAKAR BIN SHIS FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MAAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KAJIAN GEJALA SOSIAL DIKALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG MENETAP DIKOLEJ SEMBILAN (K9), KOLEJ SEPULUH (K10) , DAN KOLEJ PERDANA (KP) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya : MOHAMMAD ABU BAKAR SHIS

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian mereka. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

 TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : NO 318, TAMAN CICERLY , EN. HASSAN BIN HUSHIN (NAMA PENYELIA)

36000 TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN

Tarikh :

Tarikh :

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah san Sarjana secara

PENGAKUAN

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan :………………………………………….. Nama Penyelia

:EN HASSAN BIN HUSHIN

Tarikh

:NOVEMBER 2010

KAJIAN GEJALA SOSIAL DIKALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG MENETAP DIKOLEJ SEMBILAN (K9), KOLEJ SEPULUH (K10) DAN KOLEJ PERDANA (KP) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOHAMMAD ABU BAKAR BIN SHIS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2010

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali mukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah say jelaskan sumbernya”

Tandatangan : __________________________________ Nama penulis : MOHAMMAD ABU BAKAR BIN SHIS Tarikh

: __________________________________

DEDIKASI

Setulus Ikhlas Buat;

U ntuk ibu bapa yang tersayang

U ntuk kakak dan keluarga, serta rakan - rakan tersayang

T erima kasih atas sokongan dan dorongan yang diberikan

J asa dan pengorbananmu akan ku kenang...

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi yang telah member saya peluang dan kekuatan untuk menyiapkan projek ini. Semoga Allah s.w.t mencurahkan rahmat ke atas kita semua.

Di kesempatan ini sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan terutamanya kepada En Hassan Bin Hushin, selaku penyelia tesis yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, pendapat serta tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan projek ini. Segala teguran, nasihat dan tunjuk ajar serta kata-kata semangat akan tetap saya ingati dan amatlah dihargai.

Tidak dilupakan juga kepada ibubapa Shis Bin Baharon dan Ainan Bte Mohd Yunus, rakan-rakan, dan lain-lain yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kajian projek ini. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang telah memberi kerjasama dan sokongan dalam menyiapkan projek ini. Jasa dan pengorbanan anda semua tidak dilupakan.

Sekian Terima Kasih

ABSTRAK

Gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar dari batas-batas normal dan diterima umum, baik dari aspek agama, sosial serta budaya kehidupan masyarakat. Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengkaji gejala sosial dikalangan pelajar institusi pengajian tingg (IPT) di tiga kolej kediaman pelajar UTM. Persoalan kajian adalah untuk mengenalpasti pengaruh yang wujud dari ibubapa dan rakan, internet, didikan agama dan masa lapang untuk pelajar terjebak dengan gejala sosial. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah mengunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik deskriptif perbandingan min. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang menpunyai 4 bahagian iaitu bahagian A adalah latar belakang responden, bahagian B pemahaman am tentang gejala sosial, bahagian C, menjawap persoalan kajian berbentuk pengaruh dan bahagian D cadangan menangani masalah gejala sosial. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi 35 item soalan dan menggunakan skala Likert. Dalam kajian rintis, nilai alpha yang diperolehi adalah 0.775. Seramai 298 pelajar terlibat dalam kajian ini dan data yang diperolehi dianalisis mengunakan perisian SPSS 15.0. Kajian mendapati pengaruh utama adalah pengaruh internet dan pengawalan pengunaan internet perlu dilakukan, pengaruh ibubapa dan rakan, didikan agama dan masa lapang juga menpengaruhi pelajar tetapi tidak ketara merujuk kepada gejala sosial. Pencegahan perlu dilakukan untuk mencegah berlakunya gejala sosial dikalangan pelajar IPT.

ABSTRACT

Social problem is a social phenomenon of human behavior that come out of the bounds of normal and widely accepted, both in terms of religious, social and cultural life of society. This study is a survey to identify social problems among students of institutions of higher learning. The question of the study was to determine the effect of parents and friends, internet, religious education and free time for students to caught with social ills. Design of the study was descriptive using a survey method by using descriptive statistical comparison of the mean. The instrument used was a questionnaire that consist of 4 parts. Part A describe the background of the respondents. Part B is general understanding of social ills and part C, to answer the research questions. Part D is the proposal on how to deal with social ills. The instrument used consisted of a questionnaire containing 35 items and using the Likert scale. In the pilot study, alpha value is 0775. A total of 298 students participated in this study and the data were analyzed using SPSS 15.0. The study found that the main effect is the effect of controlling the use of internet and internet needs to be done, effect from parent and friends, religous learning and student free time also need to be monitor but its not highly show that contribute to student caught with social ills. Prevention needs to be done to prevent social problems among students of institutions of higher learning.

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i PENGESAHAN PENYELIA

ii TAJUK KAJIAN

iii HALAMAN PENGAKUAN

iv DEDIKASI

v PERHARGAAN

vi ABSTRAK

vii ABSTRACT

viii KANDUNGAN

ix SENARAI JADUAL

xiii SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv SENARAI LAMPIRAN

xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.1.1 Definasi Gejala Sosial di Universiti

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Skop dan Batasan Kajian

1.8 Definasi Istilah

1.8.1 Kolej Lingkaran Luar

1.8.3 Konsep Kendiri

1.8.5 Ibu Bapa

1.8.9 Masa Lapang

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

2.2 Faktor Hubungan Antara Pelajar Dengan Ibu Bapa

16 dan Rakan Sebaya

2.3 Faktor Pengaruh Internet dan Kelebihan Mengakses internet

2.4 Faktor Didikan Agama

2.5 Faktor Masa Lapang Pelajar

2.6 Kolej Kediaman

2.7 Kesimpulan 23

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Tempat Kajian

3.4 Sampel Kajian

3.5 Intrumentasi Kajian

3.5.1 Soal Selidik

3.5.1.1 Bahagian A

3.5.1.2 Bahagian B

3.5.1.3 Bahagian C

3.5.1.4 Bahagian D

3.6 Prosedur Kajian

3.7 Analisis Data

BAB 4 ANALISIS DATA

4.2 Analisis Data

4.3 Analisis Bahagian A

4.3.1 Taburan Reponden Berdasarkan Jantina

4.3.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

Kolej Penempatan.

4.3.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

Bangsa.

4.4 Analisis Bahagian B: Dapatan Persoalan Kajian 1

4.5 Analisis Bahagian C:

4.5.1 Dapatan Persoalan Kajian 2

4.5.2 Dapatan Persoalan Kajiab 3

4.5.3 Dapatan Persoalan Kajian 4

4.5.4 Dapatan Persoalan Kajian 5

4.6 Analisis Bahagian D: Dapatan Persoalan Kajian 6

4.7 Analisis Keseluruhan

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.2.1 Pemahaman Am Tentang Gejala Sosial

5.2.2 Pengaruh Ibubapa dan Rakan

5.2.3 Pengaruh Internet

5.2.4 Pengaruh Didikan Agama.

5.2.5 Pengaruh Masa Lapang

5.2.6 Cadangan Menangani Gejala Sosial

SENARAI JADUAL.

NO JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

1.1 Taburan tahap masalah sosial secara keseluruhan

1.2 Taburan tahap Masalah sosial berdasarkan jantina

3.1 Kandungan instrument kajian

4.1 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina.

4.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

32 Kolej Penempatan.

4.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

32 Bangsa.

4.4 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

33 Permahamana Am

4.5 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

35 Pengaruh Ibubapa dan Rakan

4.6 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

38 Pengaruh Internet.

4.7 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

40 Didikan Agama Kepada Pelajar

4.8 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

42 Masa Lapang Pelajar.

4.9 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

43 Cadangan Menangani Gejala Sosial.

4.10 Taburan Min Keseluruhan Persoalan Kajian

SENARAI RAJAH

NO JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

Rajah 5.1 Pemahaman Am

49 Rajah 5.2

51 Rajah 5.3

Pengaruh Ibubapa dan Rakan

53 Rajah 5.4

Pengaruh Internet.

55 Rajah 5.5

Pengaruh Didikan Agama

57 Rajah 5.6

Pengaruh Masa Lapang

58

Cadangan Menangani Gejala Sosial

Kemajuan pembangunan dan teknologi menberikan banyak manfaat untuk manusia sejagat. Kemajuan dalam bidang pengangkutan, perhubungan dan pendidikan banyak memainkan aspek penting dalam kehidupan manusia. Kemajuan bidang-bidang tersebut banyak menbantu masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian kini yang memerlukan kita untuk bertindak lebih pantas dan cekap. Melalui kemajuan bidang pengangkutan menberikan kita kaedah untuk bergerak dalam jarak yang lebih jauh dalam masa yang lebih singkat dan selamat, melalui kemajuan bidang perhubungan pula menbolehkan kita untuk berhubung antara satu sama lain walaupun dalam jarak yang agak jauh. Kemajuan dari segi perhubungan menbuatkan manusia seperti menjelajah keseluruh dunia tanpa perlu bergerak disamping itu menberikan kita kemudahan untuk penyebaran ilmu. Kemajuan dari segi pendidikan pula menjurus kepada penemuan tentang fenomena baru dan pemahaman tentang fenomena yang masih belum diketahui manusia. Contoh perkembangan pendidikan ialah kita kini mampu memahami bagaimana aspek perhubungan antara bumi dan bulan.

Perkembangan pesat teknologi dan kemajuan ini menbuatkan nilai etika dan moral dalam masyarakat berubah mengikut perkembangan semasa dan keadaan. Ini menbuatkan nilai etika dan moral kini adalah suatu yang abstrak. Disamping itu gaya kehidupan masyarakat moden yang terikat dengan teknologi yang pesat berkembangan Perkembangan pesat teknologi dan kemajuan ini menbuatkan nilai etika dan moral dalam masyarakat berubah mengikut perkembangan semasa dan keadaan. Ini menbuatkan nilai etika dan moral kini adalah suatu yang abstrak. Disamping itu gaya kehidupan masyarakat moden yang terikat dengan teknologi yang pesat berkembangan

Etika ialah ilmu yang menyelidiki mana yang baik dan mana yang buruk dengan memperhatikan amal perbuatan manusia sejauh yang dapat diketahui oleh akal fikiran, (H. Hamzah Ya’ qub, 1983). Moral ialah tingkat laku yang telah atau sedang dilakukan oleh individu, penentuan baik dan buruk moral dilakukan oleh seseorang bergantung kepada dasar etika yang dipegang, dipatuhi dan dijadikan garis panduan, (Abdul Rahman Abdul Aziz, 2002). Etika dan moral adalah sesuatu yang abstrak bergantung kepada tahap pemikiran seseorang. Nilai-nilai etika yang dimilikinya akan menentukan tingkah-laku beliau. Nilai-nilai etika diperolehi melalui pembelajaran secara formal dan juga tidak formal, pembelajaran formal seperti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan kelas-kelas agama. Pembelajaran formal akan melibatkan guru ataupun pengajar untuk menberikan tunjuk ajar kepada para pelajar. Pembelajaran yang tidak formal pula seperti pengalaman dan juga pemerhatian oleh seseorang itu. Pembentukan nilai-nilai etika ini perlu dimulakan dari usia muda untuk memudahkan pengisian nilai- nilai etika dalam diri dan pembentukan sahsiah yang baik.

Para remaja perlu mengenal pasti sifat-sifat baik (mahmudah) dan sifat-sifat buruk (mazmumah) yang ada pada hati mereka, sifat mazmudah dan mahmudah berkait rapat dengan nafsu (Md Uqbah An-Nafiq, 2002). Remaja ialah anak muda yang berumur yang sekitar 13 tahun hingga 25 tahun. Peringkat umur ini amat mudah terpengaruh dengan alam persekitaran dan suasana. Kehidupan remaja selalunya inginkan segala- Para remaja perlu mengenal pasti sifat-sifat baik (mahmudah) dan sifat-sifat buruk (mazmumah) yang ada pada hati mereka, sifat mazmudah dan mahmudah berkait rapat dengan nafsu (Md Uqbah An-Nafiq, 2002). Remaja ialah anak muda yang berumur yang sekitar 13 tahun hingga 25 tahun. Peringkat umur ini amat mudah terpengaruh dengan alam persekitaran dan suasana. Kehidupan remaja selalunya inginkan segala-

Nilai-nilai etika dan moral adalah garis panduan untuk seseorang itu menilai baik dan buruk tindakan yang dilakukan individu tersebut. Pertimbangan akal yang logik juga diperlukan untuk seseorang itu menilai sama ada tingkah laku tersebut adalah wajar atau pun tidak bergantung kepada situasi yang dialami. Sebagai contoh, seorang pelajar dikehendaki untuk mengikuti satu perkhemahan yang diwajibkan oleh sekolah namun tidak dibenarkan oleh ibubapa pelajar tersebut. Dalam kes ini, pelajar tersebut menpunyai 2 pilihan samaada mengikuti perkhemahan itu ataupun tidak, kedua-dua keputusan boleh diterima dengan alasan yang logik. Maka setiap keputusan yang dilakukan tidak hanya bergantung kepada nilai-nilai etika, namun ia juga bergantung kepada kebijaksanaan individu untuk menbuat keputusan.

Kejadian jenayah tidak menampakan penurunan sebaliknya semakin menjadi- jadi, di mana saban hari ada berita mengenai kejadian bunuh, rogol, rompak dan ragut yang sekarang hangat diperkatakan (Utusan Malaysia, 23 Ogos 2004). Kebanyakan dari salah laku remaja kini memungkinkan mereka untuk terjebak dengan kes-kes yang lebih berat lagi seperti yang dilaporkan di dalam akhbar. Punca utama remaja kita terjebak dengan kes-kes ini ialah kerana mereka telah terjebak dengan gejala sosial sejak dari muda lagi. Mereka mudah terpengaruh dengan perkara yang dapat memenuhi nafsu mereka. Mereka mengangapkan bahawa tingkahlaku tersebut dapat memuaskan rasa tidak puas hati mereka.

Melalui kajian-kajian lepas, dikenal pasti golongan terbesar yang terjerumus di dalam gejala yang tidak sihat ini, ialah golongan remaja. Golongan ini ialah satu golongan yang dianggap masih mentah, punya akar yang masih belum tunjang dan masih tercari-cari arah matlamat yang boleh dijadikan pedoman dan panduan didalam membina jati diri. Dalam mengarap usaha untuk menangani permasalahan ini, kita tidak boleh lari dari perlu mengenal-pasti punca-punca dan faktor-faktor penyumbang kepada tompok-tompok hitam yang tidak menguntungkan mana-mana pihak lebih-lebih lagi tidak menguntungan dari segi pembangunan negara.

Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru dan trendy, yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruh dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-anting atau tattoo bahkan sampai kepada perkara yang lebih teruk seperti pengambilan minuman keras dan pergaulan seks bebas yang boleh menjurus kepada masalah – masalah gejala sosial yang lebih serius. Mungkin sesetengah orang menganggap ini merupakan satu fenomena yang biasa namun di negara yang masih berpegang teguh pada falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) seperti Brunei Darussalam dan Malaysia, ia merupakan satu perkara yang keterlaluan dan perlu dielakkan. Masalah gejala sosial ini bukan sahaja mencemarkan martabat sesuatu bangsa tetapi juga boleh merendahkan lagi martabat sesebuah bangsa itu.

Kehidupan di institusi pengajian tinggi dan kolej memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menjadi individu yang berdikari. Pelajar univesiti dan kolej berada dalam posisi awal dewasa dalam mendapat kebebasan untuk bertindak dan perlu bertanggungjawab dalam banyak aspek kehidupan. Antara tanggungjawab ini termasuklah menbuat keputusan kerjaya, memilih rakan, menbina hubungan intim yang berlainan jantina, menjaga keselamatan diri dan kesihatan diri, menguruskan masa dan kewangan, serta melakukan inisiatif-inisiatif yang menentukan masa depan kerjaya meraka (Sigelman & Rider, 2003). Pencapaian akademik bukan ukuran untuk menentukan kejayaan seseorang tetapi ia perlu disertakan dengan ciri-ciri lain, seperti Kehidupan di institusi pengajian tinggi dan kolej memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menjadi individu yang berdikari. Pelajar univesiti dan kolej berada dalam posisi awal dewasa dalam mendapat kebebasan untuk bertindak dan perlu bertanggungjawab dalam banyak aspek kehidupan. Antara tanggungjawab ini termasuklah menbuat keputusan kerjaya, memilih rakan, menbina hubungan intim yang berlainan jantina, menjaga keselamatan diri dan kesihatan diri, menguruskan masa dan kewangan, serta melakukan inisiatif-inisiatif yang menentukan masa depan kerjaya meraka (Sigelman & Rider, 2003). Pencapaian akademik bukan ukuran untuk menentukan kejayaan seseorang tetapi ia perlu disertakan dengan ciri-ciri lain, seperti

Pada peringkat remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali dari segi fizikal dan rohani. Pada waktu ini remaja mula terdedah kepada alam luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga akan belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950). Pada tahap ini remaja mempunyai beberapa sifat seperti suka pergaulan dengan rakan-rakan berbanding ibubapa, suka berangan-angan dan senang terpengaruh oleh emosi. Pengawasan yang sesuai seharusnya diberikan kepada para pelajar dan remaja, tanpa pengawasan yang betul, remaja dan pelajar ini juga mungkin terjebak dengan gejala sosial ini.

Stanley Hall (1904) berpendapat perkembangan seseorang individu ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan faktor genetik dan bukannya persekitaran. Beliau mengatakan zaman remaja sebagai zaman ‘storm and stress’ yang bersifat biologikal yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku semasa baligh yang tidak dapat dielakkan. Mencapai akil baligh merupakan satu masa apabila emosi menjadi tidak stabil dan tergugat. Hall percaya bahawa hasil daripada tekanan-tekanan dan perubahan tersebut, remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan bermoral. Untuk sesetengah remaja, tekanan-tekanan dan juga perubahan ini tidak dapat diterima dan remaja ini memerlukan bantuan daripada pihak luar untuk mereka menilai dan menentukan cara bagaimana penerimaan perubahan yang terdapat dalam hidup mereka. Pihak luar akan bertindak sebagai pemantau dan mengawasi tingkahlaku mereka dan pihak luar ini tidak terbatas dengan hanya ibubapa dan rakan sebaya malahan ia boleh Stanley Hall (1904) berpendapat perkembangan seseorang individu ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan faktor genetik dan bukannya persekitaran. Beliau mengatakan zaman remaja sebagai zaman ‘storm and stress’ yang bersifat biologikal yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku semasa baligh yang tidak dapat dielakkan. Mencapai akil baligh merupakan satu masa apabila emosi menjadi tidak stabil dan tergugat. Hall percaya bahawa hasil daripada tekanan-tekanan dan perubahan tersebut, remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan bermoral. Untuk sesetengah remaja, tekanan-tekanan dan juga perubahan ini tidak dapat diterima dan remaja ini memerlukan bantuan daripada pihak luar untuk mereka menilai dan menentukan cara bagaimana penerimaan perubahan yang terdapat dalam hidup mereka. Pihak luar akan bertindak sebagai pemantau dan mengawasi tingkahlaku mereka dan pihak luar ini tidak terbatas dengan hanya ibubapa dan rakan sebaya malahan ia boleh

1.1.1 Definasi Gejala Sosial di Universiti

Gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar dari batas- batas normal dan diterima umum, baik dari aspek agama, sosial serta budaya kehidupan masyarakat (Hamzah, 2003). Gejala sosial adalah perlakuan yang dilihat tidak menbawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun Negara. Gejala sosial wujud disetiap peringkat umur manusia, seperti remaja, dewasa dan juga orang tua. Gejala sosial tidak terbatas dengan hanya perilaku seseorang sahaja, ia mungkin menglibatkan sekumpulan orang. Sebagai contohnya seperti pelajar sekolah beramai-ramai ponteng sekolah untuk pergi kepusat hiburan.

Gejala sosial melalui perspektif seseorang adalah berbeza, ini melalui contoh gejala seks bebas dikalangan dewasa. Jika kedua-dua pihak bersetuju ia adalah perbuatan yang tidak salah melalui persepktif sesetengah agama, namun dalam islam telah mengariskan bahawa seks bebas tanpa sebarang ikatan hukumnya adalah haram. Seperti juga dengan gejala sosial, mengikut pandangan seseorang ia adalah berbeza. Dalam kajian ini bentuk gejala sosial yang dilihat sebagai gejala sosial oleh pengkaji ialah seperti seks bebas dikalangan pelajar, minum arak, menghisap dadah, menonton video lucah, vandalisme, melepak,pergaulan tanpa batas dan berhibur di kelab-kelab malam.

Kini terdapat berbagai-bagai kajian yang cuba untuk mencari punca wujud gejala sosial kalangan masyakat kini. Berbagai-bagai faktor, punca dan teori juga telah dibentuk dalam mencari cara untuk mengatasi permasalah ini. Antara contoh faktor yang Kini terdapat berbagai-bagai kajian yang cuba untuk mencari punca wujud gejala sosial kalangan masyakat kini. Berbagai-bagai faktor, punca dan teori juga telah dibentuk dalam mencari cara untuk mengatasi permasalah ini. Antara contoh faktor yang

1.2 Latar belakang masalah

Kajian mengenai gejala sosial ini telah banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu dan mengikut daripada kajian-kajian yang terdahulu mendapati golongan remaja melayu mendominasi gejala sosial dan dilihat kian tahun kadar tangkapan yang dilakukan semakin hari semakin meningkat. Gejala sosial yang dicatatkan seperti kes buang bayi, sumbang mahram, maksiat, kehamilan remaja, keganasan rumah tangga, penangihan dadah, dan juga jangkitan HIV. Negara ini turut di gemparkan dengan masalah black metal yang semakin teruk menular dikalangan remaja islam pada akhir tahun 2001.

Daripada kajian-kajian yang telah dijalankan keatas pelajar-pelajar di instituti pengajian tinggi didapati mereka lebih mudah berhadapan dengan penyesuaian akademik berbanding penyesuaian sosial dan emosi. Keupayaan remaja menangani isu- isu penyesuaian sosial dan emosi, dan seterusnya membina hubungan melalui pergaulan yang sihat banyak dipengaruhi pengaruh-pengaruh luar seperti hubungan dengan ibubapa, rakan sebaya, guru dan juga laman sosial yang semakin canggih kian hari. Ibubapa, guru, dan rakan sebaya merupakan orang yang rapat dengan pelajar dalam membentuk sifat dan gaya hidup seorang pelajar itu.

Masalah gejala sosial yang melibatkan pelajar IPT sering mendapat perhatian daripada pihak media massa. Terdapat berbagai-bagai laporan yang berjaya dilaporkan contohnya seperti isu gambar aksi lucah tersebar di internet yang pernah hangat sekitar Jun 2003 yang dikatakan dilakukan oleh pelajar IPT (Utusan Malaysia, 3 Jun 2003).

Laporan media mengenai masalah gejala sosial pelajar IPTA sedikit sebanyak memberi gambaran buruk terhadap institusi berkenaan. Antara kes lain yang berjaya dicatatkan ialah seperti kes buang bayi, maksiat, kes rogol dan yang terbaru ialah kes kematian semasa melahirkan anak.

Universiti Teknologi Malaysia merupakan antara universiti yang terbesar di Malaysia dan mempunyai pelajar yang agak ramai. Oleh dengan itu UTM terpaksa menbina lebih penempatan untuk menbolehkan pelajar menginap di dalam universiti. Namun terdapatnya kolej yang berkedudukan di luar lingkaran yang bermaksud jauh daripada bahagian pengurusan dan fakulti. Para pelajar yang menginap di kolej ini kurang mendapat pengawalan daripada pihak pengurusan atau bahagian kawalan universiti. Pelajar-pelajar yang berada diluar lingkaran ini lebih bebas berbanding dengan pelajar di dalam lingkaran dan perjalanan untuk ke kolej luar juga terdapat banyak melalui kawasan gelap.

Mohd Nasir Mansor (Persepsi pelajar terhadap isu-isu sosial: satu tinjauan di Universiti Teknologi Malaysia, 2004) mendapati responden kes kajianya menyatakan bahawa gejala sosial di kalangan pelajar IPT berada pada tahap yang tinggi. Daripada 52.0% pelajar yang tersebut 120 orang merupakan pelajar siswi manakala 76 responden lagi merupakan pelajar siswa yang menyatakan gejala sosial dikalangan pelajar adalah tinggi.

Jadual 1.1: Taburan tahap masalah sosial secara keseluruhan

Tahap

Peratusan Tinggi

Kekerapan

Sederhana

Rendah

Jumlah

Berdasarkan daripada taburan taburan responden berdasarkan jantina dilakukan dan keputusan yang didapati bahawa responden perempuan hanya menyatakan bahawa gejala sosial berada pada tahap yang agak tinggi dan sederhana manakala responden lelaki terdapat responden yang menyatakan gejala sosial pada tahap rendah.

Jadual 1.2 : Taburan tahap Masalah sosial berdasarkan jantina

Tahap

Perempuan Tinggi

Berdasarkan maklumat dan gambaran umum berkenaan masalah sosial yang terdapat dikalang remaja masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa masalah sosial ini berlaku dimana-mana jua. Masalah gejala sosial ini turut juga melibatkan pelajar yang bijak pandai seperti pelajar IPT. Persoalannya sekarang ialah apakah faktor yang menyebabakan pelajar terdorong untuk melakukan gejala sosial ini dan mencari jalan penyelesaian agar gejala sosial dikalangan remaja IPT dapat dibendung.

1.3 Penyataan masalah

Menurut Kenny dan Rice (1995). Pelajar yang menpunyai pertautan yang baik dengan ibubapa menpunyai konsep kendiri yang jelas, estim kendiri yang tinggi, keupayaan sosial yang tinggi dan penyesuaian yang lebih berkesan. Melaui daripada nilai-nilai yang telah diterapkan oleh ibubapa ini menbuatkan remaja tersebut lebih bijak dalam menbuat keputusan. walaupun remaja banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya namun dengan pertautan yang baik remaja pastinya dapat menbuat keputusan dengan lebih baik.

Sebagai seorang pelajar, mereka seharusnya tahu untuk mencari maklumat dalam internet. Namun tidak kesemua maklumat yang boleh diperolehi itu adalah maklumat yang berguna, terdapat juga maklumat yang mangarah pelajar kita kearah tindakan- tindakan negatif seperti laman web lucah, laman web yang memaparkan aksi-aksi yang merosakan akidah dan juga cerita-cerita yang banyak menayangkan aksi-aksi yang tidak sesuai untuk tontonan umum. Kesan negatif wujud daripada penyalahguna internet, disini pengkaji ingin melihat internet sebagai faktor gejala sosial.

Setiap kelakuan manusia lahir dari suatu kehendak yang digerakan oleh naluri. Naluri bertindak sebagai permangkin untuk manusia melakukan sesuatu. Naluri dapat menberi kita banyak manfaat dan juga naluri boleh menbwa kita ke lembah yang hina. untuk mengelakan kita daripada terjebak ke arah jalan yang salan didikan agama yang sepatutnya harus diberikan. Dalam hal ini, kita ingin melihat bagaimana corak didikan agama dalam menbendung gajala sosial dikalangan pelajar IPT. Mereka merupakan pelajar yang cermerlang dalam bidang akademik, namun adakah ini termasuk dalam bidang ilmu agama.

Masa untuk seorang pelajar tidaklah hanya tertumpu dengan pembelajaran sahaja, mereka terlibat dengan aktiviti lain seperti majlis, persatuan, kokurikulum. Ini menunjukan yang bahawa pelajar terdapat masa lapang. Bagi pelajar yang aktif, ia tidak menjadi masalah. Tetapi bagaimana dengan pelajar yang kurang aktif dalam kerja-kerja persatuan mahupun kokurikulum. Masa lapang yang tidak digunakan dengan bijak akan mengundang masalah buat pelajar.

Dalam konteks ini masalah yang dipertengahkan oleh pengkaji adalah faktor- faktor yang dapat dilihat pengkaji sebagai pemangkin gejala sosial dan bagaimana untuk meminimakan faktor-faktor ini. Pengkaji juga ingin melihat bagaimana gejala sosial ini wujud dikalangan pelajar UTM. Terdapat pelbagai faktor yang boleh dikaitkan dengan gejala sosial kerana gejala sosial merupakan salah satu akibat daripada perkembangan psikologi yang salah. Dalam kajian ini faktor hubungan ibubapa dan rakan sebaya, Dalam konteks ini masalah yang dipertengahkan oleh pengkaji adalah faktor- faktor yang dapat dilihat pengkaji sebagai pemangkin gejala sosial dan bagaimana untuk meminimakan faktor-faktor ini. Pengkaji juga ingin melihat bagaimana gejala sosial ini wujud dikalangan pelajar UTM. Terdapat pelbagai faktor yang boleh dikaitkan dengan gejala sosial kerana gejala sosial merupakan salah satu akibat daripada perkembangan psikologi yang salah. Dalam kajian ini faktor hubungan ibubapa dan rakan sebaya,

1.4 Objektif kajian

1.4.1 Menentukan tahap pemahaman pelajar tentang gejala sosial di Kolej 9, Kolej 10, dan Kolej Perdana.

1.4.2 Menentukan pengaruh ibu bapa, dan rakan-rakan dalam penglibatan pelajar dalam gejala sosial di Kolej 9, Kolej 10, dan Kolej Perdana.

1.4.3 Menentukan pengaruh internet sebagai salah satu faktor berlakunya gejala sosial di Kolej 9, Kolej 10, dan Kolej Perdana.

1.4.4 Menentukan kaitan antara didikan agama dengan gejala sosial di Kolej 9, Kolej

10, dan Kolej Perdana.

1.4.5 Menentukan pengaruh aktiviti masa lapang dalam aktiviti kokurikulum dengan gejala sosial di Kolej 9, Kolej 10, dan Kolej Perdana..

1.4.6 Cadangan menangani gejala sosial di Kolej 9, Kolej 10, dan Kolej Perdana.

1.5 Persoalan kajian

1.5.1 Adakah pelajar memahami maksud gejala sosial dikalangan pelajar IPTA?

1.5.2 Adakah hubungan antara ibu-bapa dan rakan sebaya dengan pelajar dapat mendorong pelajar untuk terjebak dengan gejala sosial?

1.5.3 Adakah kebolehan pelajar untuk mengakses internet menjadi pengaruh untuk terjebak dengan gejal sosial?

1.5.4 Adakah didikan agama dapat digunakan untuk menbendung gejala sosial ini?

1.5.5 Apakah yang dilakukan oleh pelajar semasa masa lapang mereka menjadi faktor untuk pelajar terjebak dengan gejala sosial?

1.5.6 Apakah cadangan yang sesuai untuk mengatasi gejala sosial di kalangan pelajar IPTA?

1.6 Kepentingan kajian

Kajian ini merangkumi pelbagai faktor yang dapat menyumbang kepada penglibatan para pelajar ke dalam masalah gejala sosial di universiti. Faktor yang menjadi permasalahan ini ialah ibu bapa, rakan sebaya, pensyarah, media massa, teknologi, tahap didikan agama dan masa lapang pelajar. Melalui daripada kajian ini pelbagai pihak akan mendapat manfaat bersama sepertinya pelajar tersebut, pihak ibubapa, rakan-rakan,dan juga pensyarah, pihak universiti dan yang lebih penting lagi Negara ini. Melalui dari kajian ini manfaat yang akan didapati adalah seperti:-

1.6.1 Menjadi panduan untuk pelajar memahami permasalah sosial serta kesanya pada diri pelajar, dan memahami faktor-faktor untuk terjebak dengan gejala sosial serta mengambil langkah untuk mengelakan masalah.

1.6.2 Meneyedarkan ibubapa dan pensyarah bagaimana bentuk pengaruh yang menbolehkan para pelajar ini terjebak dengan gejala sosial dan hubungan yang bagaiaman seharusnya antara pelajar dengan ibubapa dan pensyarah.

1.6.3 Menjadi panduan untuk pihak universiti dalam menetapkan peraturan keatas pelajar untuk mengelakan gejala sosial ini terjadi.

1.6.4 Kajian ini boleh digunakan oleh pihak kawalan dan keselamatan universiti dalam menguatkuasakan peraturan universiti.

1.6.5 Melalui kajian ini, diharapkan masalah gejala sosial akan dapat dibendung dan para pelajar yang dikeluarkan adalah para pelajar yang cemerlang dalam aspek akedemik dan juga sahsiah.

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Skop kajian ini menfokuskan pelajar yang menetap di kolej lingkaran luar seperti Kolej Sepuluh (K10), Kolej Sembilan (K9), dan Kolej Perdana (KP). Batasan kajian ini meliputi faktor-faktor yang menjadi punca kepada masalah sosial dikalangan pelajar. Kebanyakan pelajar di kolej lingkaran luar mendapat perhatian yang kurang berbanding dengan pelajar di kolej lingkaran dalam kerana lebih hampir dengan fakulti. Disepanjang kajian ini dijalankan, ada beberapa limitasi dan batasan terhadap beberapa perkara . Diantaranya ialah:

1.7.1 Kajian ini hanya mengambil responden daripada setiap kolej yang dikelaskan sebagai kolej lingkaran luar dan dalam bilangan yang sama untuk setiap kolej.

1.7.2 Kajian ini melibatkan semua kaum namun akan lebih tertumpu kepada pelajar islam kerana seperti yang dilihat kebanyakan gejala sosial ini merupakan salah satu masalah pelajar islam

1.7.3 Kajian ini tidak akan melibatkan pelajar antarabangsa kerana item soalan yang berbahasa melayu. Pelajar antarabangsa berkemungkinan besar tidak biasa dengan bahasa melayu.

1.8 Definasi kajian

1.8.1 Kolej Lingkaran Luar Kolej penempatan pelajar yang berada diluar lingkaran ilmu. Kolej-kolej ini terletak agak jauh daripada persekitan fakulti.

1.8.2 Etika Peraturan sosial iaitu peraturan-peraturan yang dikenakan oleh lingkungan sosial untuk mengawal tingkah laku manusia, menberikan takrif “betul” dan “salah”

1.8.3 Konsep Kendiri Penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap dirinya secara posititf atau negatif, menurut Staats (1963) konsep kendiri turut menpunyai proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu.

1.8.4 Pengaruh Kuasa yang terbit daripada orang lain, kekuatan batin, meninggalkan kesan kepada orang lain.

1.8.5 Ibubapa Orang tua yakni emak dan ayah yang telah melahirkan seseorang itu.

1.8.6 Internet Rangkaian computer antarabangsa yang menbolehkan penguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pengkalan data dari seluruh dunia.

1.8.7 Didikan Kaedah mendidik atau menjaga dan melatih seseorang

1.8.8 Agama Kepercayaan kepada tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-NYA, kepercayaan kepada Maha Kuasa.

1.8.9 Masa lapang Waktu terluang, tidak sibuk dan sengang.

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

Krisis keruntuhan moral, akhlak dan displin dikalangan remaja kita merupakan fenomena biasa kala kini. Remaja yang sebahagianya merupakan pelajar IPT juga tidak terlepas daripada masalah sosial yang kini semakin tenat dikalangan remaja kini. Masalah sosial menbabitkan pelajar IPT kebanyakanya hanya diketahui oleh pihak pentadbiran IPT sahaja. Mengikut daripada temubual bersama Unit Displin Universiti Teknologi Malaysia perkara ini merupakan perkara yang akan mengaibkan sesebuah institusi pengajian tinggi dan kebanyakan maklumat terpaksa disimpan daripada pengetahuan umum. Hal ini menyebabkan banyak perkara yang berkaitan dengan masalah sosial perlajar tidak dapat diketahui oleh pihak awam untuk dijadikan sebagai petunjuk dalam mendidik anak-anak mereka ataupun sebagai pengajaran bagi para pelajar baru yang akan memasuki alam baru di IPT.

Kajian-kajian berkenaan dengan gejala sosial telah banyak dilakukan untuk mencari punca terjadi masalah gejala sosial dikalangan pelajar IPTA. Pelbagai teori, faktor dan punca telah dibentuk atas sebab psikologi manusia yang berbeza-beza antara satu sama lain. Sesebuah masyarakat terdiri dari berbagai-bagai jenis peringkat umur dan ragam masing-masing. Antara teori dan faktor yang telah diguna pakai adalah seperti hubungan remaja dengan ibubapa, guru, dan rakan sebaya, faktor ekonomi, faktor media massa, faktor kebebasan dan banyak lagi. Faktor, punca dan teori yang Kajian-kajian berkenaan dengan gejala sosial telah banyak dilakukan untuk mencari punca terjadi masalah gejala sosial dikalangan pelajar IPTA. Pelbagai teori, faktor dan punca telah dibentuk atas sebab psikologi manusia yang berbeza-beza antara satu sama lain. Sesebuah masyarakat terdiri dari berbagai-bagai jenis peringkat umur dan ragam masing-masing. Antara teori dan faktor yang telah diguna pakai adalah seperti hubungan remaja dengan ibubapa, guru, dan rakan sebaya, faktor ekonomi, faktor media massa, faktor kebebasan dan banyak lagi. Faktor, punca dan teori yang

Melalui daripada kajian ini pengkaji hanya akan mengambil empat daripada faktor yang pernah dikemukakan untuk dijadikan objektif. Bab ini akan menbincangkan tentang teori dan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan berkenaan dengan faktor- faktor masalah gejala sosial dikalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Dalam bab ini faktor-faktor yang akan dibincangkan adalah seperti faktor hubungan antara pelajar dengan ibu bapa, dan rakan sebaya, faktor internet, faktor didikan agama dan juga faktor masa lapang.

2.2 Faktor Hubungan Antara Pelajar Dengan Ibu Bapa dan Rakan Sebaya

Institusi kekeluargaan merupakan tunjang dalam pembentukan sahsiah dalam diri seseorang remaja. Keluarga merupakan pihak yang banyak mepengaruhi sikap, tutur kata, dan personaliti seseorang itu. Kebanyakan perilaku seseorang itu adalah wujud daripada latihan dan tingkah laku yang biasa dirumah mereka. Pembelajaran secara tidak formal boleh berlaku tanpa mengira tempat dan waktu, dengan melalui pengalaman dan juga pemerhatian seseorang itu telah menjalani pembelajaran yang tidak formal. Contoh- contoh terladan dan nilai-nilai murni seharusnya di tunjukan oleh orang tua di dalam rumah agar nilai-nilai ini dapat diterapkan dari rumah lagi.

Kurangnya tumpuan kepada para remaja akan menimbulkan konflik dalam diri mereka. Kekecewaan terhadap keluarga ataupun persekitaran menyumbang kepada tingkah laku devian bagi mencapai maksud luahan perasaan (Nor Ba’yah 2004). Sara hidup yang tinggi masa kini menbuatkan ibu bapa menberi lebih komitmen terhadap kerja. Ibubapa cenderung dalam melepaskan tanggungjawab terhadap pihak sekolah ataupun pihak penjaga. Ibubapa beranggapan bahawa faktor kewangan yang stabil perlu dalam mendidik dan menjamin masa depan anak-anak. Bagi yang tidak menpunyai Kurangnya tumpuan kepada para remaja akan menimbulkan konflik dalam diri mereka. Kekecewaan terhadap keluarga ataupun persekitaran menyumbang kepada tingkah laku devian bagi mencapai maksud luahan perasaan (Nor Ba’yah 2004). Sara hidup yang tinggi masa kini menbuatkan ibu bapa menberi lebih komitmen terhadap kerja. Ibubapa cenderung dalam melepaskan tanggungjawab terhadap pihak sekolah ataupun pihak penjaga. Ibubapa beranggapan bahawa faktor kewangan yang stabil perlu dalam mendidik dan menjamin masa depan anak-anak. Bagi yang tidak menpunyai

Pengawasan yang terlalu ketat terhadap remaja akan menbuatkan mereka merasa terkongkong. Remaja yang terkongkong agak lemah dalam menilai sesuatu situasi itu. Remaja seperti ini mudah untuk terlibat dalam gejala sosial yang banyak menberikan kebebasan dan keseronokan kepada remaja. Sungguhpun kekuatan ikatan kekeluargaan dan penguatkuasaan undang-undang adalah begitu rapat persamaannya dan perlu, apa yang lebih penting ialah kebolehan kita memastikan supaya rumah, tempat kerja atau sekolah serta persekitarannya bebas daripada pelbagai gejala sosial. (Lee Lam Thye 2 Ogos 2002). Pihak lain seperti pihak sekolah, pihak polis dan juga masyarakat haruslah berkerjasama dalam mengawal persekitan para remaja. Persekitaran yang terkawal akan menbuatkan para pembesaran remaja yang terkawal.

Menurut Fadhilah Kamsah (1997) terdapat 3 proses komunikasi, pertama komunikasi dengan pencipta, kedua komunikasi dengan diri sendiri dan ketiga komunikasi dengan alam dan makhluk. Proses yang ketiga menerangkan hubungan antara manusia dengan manusia lain. Dalam pendidikan pula menerangkan tentang pembelajaran tidak hanya terbatas kepada sekolah dan juga institusi pendidikan sahaja, malahan setiap waktu kita akan belajar akan perkara baru secara formal mahupun tidak formal. Pembelajaran tidak formal ini seperti pemerhatian seseorang dan juga pengalaman beliau. Penilaian yang tidak diawasi oleh orang yang lebih matang akan membuatkan remaja salah dalam menilai sesuatu tingkah laku, sebagai contohnya seperti jika pelajar tersebut menyatakan yang bahawa menghisap rokok adalah tidak salah padanya maka ia akan ditetapkan sebagai tidak salah. Oleh itu pengawasan yang sesuai dan tunjuk ajar perlu diseiringkan bagi mematangkan lagi pemikiran remaja kini. Antara Menurut Fadhilah Kamsah (1997) terdapat 3 proses komunikasi, pertama komunikasi dengan pencipta, kedua komunikasi dengan diri sendiri dan ketiga komunikasi dengan alam dan makhluk. Proses yang ketiga menerangkan hubungan antara manusia dengan manusia lain. Dalam pendidikan pula menerangkan tentang pembelajaran tidak hanya terbatas kepada sekolah dan juga institusi pendidikan sahaja, malahan setiap waktu kita akan belajar akan perkara baru secara formal mahupun tidak formal. Pembelajaran tidak formal ini seperti pemerhatian seseorang dan juga pengalaman beliau. Penilaian yang tidak diawasi oleh orang yang lebih matang akan membuatkan remaja salah dalam menilai sesuatu tingkah laku, sebagai contohnya seperti jika pelajar tersebut menyatakan yang bahawa menghisap rokok adalah tidak salah padanya maka ia akan ditetapkan sebagai tidak salah. Oleh itu pengawasan yang sesuai dan tunjuk ajar perlu diseiringkan bagi mematangkan lagi pemikiran remaja kini. Antara

Peringkat remaja merupakan peringkat dimana pelajar lebih cenderung untuk bersosial dan berkawan. Di peringkat ini remaja lebih banyak menghabiskan masa bersama dengan rakan sebaya berbanding dengan keluarga mereka. Perkembangan sosial banyak berlaku dalam peringkat ini dan perhatian daripada pihak tertentu adalah amat penting. Perkembangan sosial yang baik datang daripada pemilihan rakan yang bijak dan akan menbentuk pelajar yang lebih baik. Masalah sosial dikalangan pelajar adalah banyak berkait rapat dengan faktor hubungan antara rakan sebaya dengan pelajar. Ini kerana kebanyakan kes yang diketahui bahawa rakan sebaya merupakan pengaruh untuk mereka terjebak dalam gejala sosial. Selain daripada itu pelajar lebih mudah untuk mengunakan rakan sebaya dalam mengisi kasih sayang yang kurang diberikan oleh ibu bapa. Keperluan untuk disayangi menyebabkan individu risau ditinggalkan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kasih sayang (Bartholomew & Horowitz, 1991). Dengan adanya rakan sebagai tempat penganti tentunya pelajar akan lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya berbanding dengan mengikut ajaran yang telah diberikan oleh ibu bapa.

2.3 Faktor Pengaruh Internet

“Dunia tanpa sempadan”, “Maklumat hanya dihujung jari”, berdasarkan kenyataan tersebut, maklumat kini mudah untuk diperolehi. Tidak terbatas dengan jarak dan masa. Pelajar IPT sering kali mengunakan komputer dalam menyelesaikan tugasan yang telah diserahkan oleh pensyarah dan ini termasuk dalam pencarian maklumat. Terdapat berbagai bentuk maklumat dan media yang disediakan didalam internet tetapi tidak semuanya adalah bersesuaian dengan tugasan yang diberikan. Maklumat dapat dikategorikan sebagai maklumat yang berguna dan maklumat yang tidak baik seperti “Dunia tanpa sempadan”, “Maklumat hanya dihujung jari”, berdasarkan kenyataan tersebut, maklumat kini mudah untuk diperolehi. Tidak terbatas dengan jarak dan masa. Pelajar IPT sering kali mengunakan komputer dalam menyelesaikan tugasan yang telah diserahkan oleh pensyarah dan ini termasuk dalam pencarian maklumat. Terdapat berbagai bentuk maklumat dan media yang disediakan didalam internet tetapi tidak semuanya adalah bersesuaian dengan tugasan yang diberikan. Maklumat dapat dikategorikan sebagai maklumat yang berguna dan maklumat yang tidak baik seperti

Noor Azam Abdul Rahman (2003) menerangkan remaja melayu kini telah dijangkiti ketagihan internet yang agak teruk ( cybermania). Golongan ini mengunakan internet bukan sahaja untuk tujuan pendidikan. Tetapi sebagai sumber untuk mendapatkan hiburan yang lebih bebas tanpa kongkongan keluarga seperti games, laman pronografi, berkenalan (chatting). Penyalahgunaan internet bukan sahaja merugikan masa seseorang itu, ia juga akan menberi kesan kepada persekitaran disekeliling mereka. Contoh kesan yang wujud seperti kerja yang tidak menentu, pandangan serong dari orang ramai, dan macam-macam lagi.

2.4 Faktor Didikan Agama

Tugas mendidik anak beragama itu adalah wajib hukumnya, bukan setakat pendidikan untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Rasid Rahaman Berita Minggu, Ahad, 23 Dis. 2007). Setiap agama akan mengajar kita untuk menjadi seorang yang berguna bukan sahaja untuk diri kita malahan untuk orang lain. Agama memainkan Tugas mendidik anak beragama itu adalah wajib hukumnya, bukan setakat pendidikan untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Rasid Rahaman Berita Minggu, Ahad, 23 Dis. 2007). Setiap agama akan mengajar kita untuk menjadi seorang yang berguna bukan sahaja untuk diri kita malahan untuk orang lain. Agama memainkan

Masalah sosial kini wujud adalah juga disebabkan dengan kekurangan ilmu agama di kalangan para remaja kita masa kini. Melalui daripada Sidek Baba , Berita Harian, Sabtu, 13 Dis. 2008, pelajar kini hanya diajar untuk menghafal bukan untuk memahami ajaran agama, ini menyebabkan pelajar yang mendapat markah yang baik dalam peperiksaan namun terjebak dalam gejala dadah. Tidak mustahil juga para pelajar ini akan terlibat dengan gejala sosial lain tidak hanya gejala dadah. Beliau turut menyebut bahawa mata pelajaran agama dapat digunakan secara berkesan dengan mengaplikasikanya kedalam kehidupan seharian. Dengan cara ini pelajar akan lebih memahami akan fungsi ilmu agama dalam kehidupan seharian dan dapat terus mengaplikasikanya kedalam kehidupan seharian mereka.

Noor Azam Abdul Rahman (2003), dalam Islam telah mengariskan prisip hubungan antara ibu bapa dan anak-anak berdasarkan peranan masing-masing. Peranan dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu, pertama tanggungjawab pendidikan iman yang menerangkan tentang dasar-dasar Iman, rukun Islam dan dasar-dasar Syariah. Kedua tanggungjawab pendidikan moral, iaitu pendidikan mengenai dasar-dasar moral dan keutamaan perangai atau tabiat yang harus dimiliki. Ketiga tanggungjawab pendidikan fisik iaitu merangkumi perkara-perkara seperti mejaga kebajikan anak-anak dan mengalakan mereka untuk berbuat baik. Prinsip yang pertama telah menyatakan bahawa ibu bapa adalah wajib untuk menberi pendidikan agama kepada anak-anak mereka. Pendidikan agama adalah penting untuk pelajar tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang merosakan diri mereka.

2.5 Faktor Masa Lapang Pelajar

Pelajar di insitusi pengajian tinggi adalah berbeza berbanding dengan pelajar di sekolah. Disini mereka lebih bebas untuk merancang corak pembelajaran mereka sendiri. Bagi pelajar yang bijak, mereka akan dapat menyusun dengan baik dan teratur. Penyusunan masa yang baik akan menbantu pelajar dalam pelajaran dan juga aktiviti yang melibatkan mereka. Penglibatan pelajar adalah berdasarkan pilihan mereka sendiri, namun pihak universiti telah menetapkan bahawa setiap pelajar diwajibkan untuk mengikuti dua aktiviti kokurikulum sepanjang mereka mengikuti pengajian.

Tempoh pembelajaran yang melibatkan pihak fakulti adalah daripada hari isnin hingga jumaat yang memakan masa lebih kurang 45 hingga 50 jam. Namun bagi setiap pelajar UTM mereka hanya dibenarkan untuk mengambil hanya 20 jam kredit sahaja. Ini bermakna mereka hanya perlu untuk kekelas 20 hingga 25jam sahaja. Selain daripada masa pembelajaran, pelajar juga turut terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan persatuan dengan waktu yang ada selain waktu pembelajaran mereka.

Bagi pelajar yang aktif mereka akan banyak menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti persatuan dan kokurikulum. Namun bagaimana dengan pelajar lain yang kurang aktif? Mereka menpunyai kemungkinan untuk melakukan aktiviti lain seperti melepak, bergaul dengan kawan, dan juga keluar bersiar-siar. Pengawasan yang bersesuaian harusdiberikan bagi mengelaknya perkara ini dati berlaku kerana perkara- perkara ini mungkin mengundang masalah yang lebih berat lagi pada masa akan datang.

2.6 Kolej Kediaman

Kolej kediaman adalah asrama untuk para pelajar Universiti tinggal atau pun menetap. Setiap kolej merupakan bangunan yang terletak didalam kawasan Universiti Matlamat dan falsafah penubuhan kolej kediaman adalah untuk menberikan penempatan yang lebih baik dan selamat untuk para pelajar Universiti semasa mereka berada didalam Universiti ini.