Objektif Am: Memahami dan mempelajari proses pengudaraan dan kepentingannya

  

PENGUDARAAN

SISTEM UNIT 3 PENGUDARAAN

Objektif Am: Memahami dan mempelajari proses pengudaraan dan kepentingannya

serta dapat membezakan di antara pengudaraan semulajadi dan mekanikal.

  Objektif khusus : Di akhir unit ini anda akan dapat ;  Menyatakan definisi sebenar pengudaraan.

   Menerangkan kaedah pengudaraan semulajadi.  Membezakan antara pengudaraan semulajadi dan mekanikal.  Menyenaraikan kriteria- kriteria bagi pemilihan jenis pengudaraan bagi sesebuah ruang.

  INPUT

3.0 PENGENALAN

  Anda bernafas menggunakan oksigen yang terdapat di dalam udara, tetapi anda susah untuk mengetahui yang udara ada di sekeliling anda. Anda dapat melihat udara apabila gelembung terhasil di dalam air, tetapi kesan udara lebih mudah dilihat di sekeliling kita.

  Apabila udara panas, ia menjadi ringan dan naik ke atas sebalikknya bagi udara yang sejuk ianya menjadi berat dan turun kebawah. Apabila udara memasuki ruang kecil ia mempunyai daya tekanan yang tinggi Kita hanya dapat merasa apabila angin bertiup dan mendengar apabila ianya bergeser dengan pokok dan berdesir semasa melintasi bangunan. Dunia kita diselebungi udara, yang di namai atmosfera dan graviti bumilah yang mengekalkan bumi dengan permukaan udara. Secara tidak langsung kita sudah mengenalpasti betapa pentingnya udara dalam kehidupan harian kita serta bangunan.

  Pengudaraan ialah proses untuk mengekalkan keadaan selesa terhadap suhu, kelembapan dan oksigen di dalam sesuatu ruang dengan memasukkan udara bersih kedalam ruang bagi menggantikan udara yang kotor atau yang telah bercampur.

  • – Cuba anda senaraikan sebab sebab utama sistem pengudaraan diperlukan….

  Jangan malu untuk mengemukakan pendapat anda kepada pensyarah… Semak cadangan anda dengan senarai yang dikemukan pada muka surat yang berikut.

3.1 Keperluan Sistem Pengudaraan Dalam Bangunan  Bagi mencegah penyusutan kandungan oksigen di dalam udara contohnya pernafasan.

   Mengurangkan haba panas lampau dari lampu, bateri, mesin dan lain- lain lagi termasuk pembebasan haba dari badan mnusia.  Mengeluarkan gas beracun dan kuman bakteria yang terdapat di dalam udara.  Mencegah penyusutan kandungan oksigen di dalam udara.  Supaya adanya ruang udara untuk cahaya masuk.

  Bagi mencapai keselesaan, udara di dalam bangunan/ ruang perlu diganti dengan udara luar/ bersih sekurang- kurangnya sebanyak 28m

  3

  sejam bagi setiap orang. Kadar pergerakan udara yang sesuai di dalam bangunan/ ruang pula ialah di antara 0.15 hingga 0.50 meter. Bagi sesebuah bangunan pengudaraan dapat dilakukan secara dua kaedah iaitu secara semulajadi dan mekanikal. Sistem pengudaraan semulajadi ialah sistem atau kaedah pengudaraan di dalam bangunan tanpa menggunakan sebarang peralatan mekanikal. Sistem ini menggunakan sumber semulajadi yang di orientasikan dengan rekabentuk bangunan terutamanya tingkap, pintu dan lubang- lubang udara.

  Udara mengalir dari tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah. Udara mempunyai sifat tekun dan bila di dalam pergerakan, ia cuba meneruskan pengalirannya pada aliran itu sehinggalah ia menemui oleh beberapa penghalang seperti pokok, bukit, bangunan dan sebagainya.

  

INPUT

Daya diperlukan untuk menghasilkan pengudaraan semulajadi bergantung kepada dua faktor berikut: Pengudaraan akibat daripada tekanan udara

3.2 Proses Sistem Pengudaraan Semulajadi

  Ini berlaku bilamana udara yang panas menjadi berat dan naik keatas serta udara yang sejuk akan memenuhi ruang bawah bagi menggantikan ruang kosong yang ditinggalkan tadi. Peredaran ini di panggil arus perolakan.

1 Pengudaraan akibat dari perbezaan suhu

  Ianya berlaku bilamana terdapat perubahan suhu diantara dalam dan luar bangunan. Udara yang bersuhu didalam bangunan yang tinggi akan mengalir keluar sementara udara sejuk akan mengalir masuk. Ini dikenali sebagai

  ‘stack effect’.

  2

  Kebaikan Sistem Pengudaraan Semulajadi.

   Tidak memerlukan sebarang peralatan mekanikal yang tentunya akan meningkatkan kos.  Kos bagi operasi tidak berlaku kerana tidak menggunakan sebarang sumber tenaga.  Kos penyelenggaraan hampir tiada.  Selain befungsi bagi tujuan pengudaraan, rekabentuk bangunan yang diorientasikan dengan alam sekitar akan berfungsi untuk tujuan pencahayaan, kecantikan dan lain-lain.

   Proses pengudaraan yang senyap.

  Keburukan Sistem Pengudaraan Semulajadi  Pergerakan udara yang sukar dikawal.

   Suhu yang sukar di kawal  Kadar kelembapan udara yang sukar di kawal  Pergerakan udara yang tidak menyeluruh  Perlukan kepada keadaan semulajadi.

  INPUT

3.3 Proses Sistem Pengudaraan Mekanikal

  Sistem pengudaraan mekanikal ialah satu proses pertukaran udara yang memerlukan alatan mekanikal seperti kipas angin dan sebagainya.

  Keperluan Sistem Pengudaraan Mekanikal.

   Pengudaraan semulajadi tidak berupaya memberikan pertukaran udara yang mencukupi dan juga kualiti udara yang di kehendaki.  Untuk mendapat udara yang bersih serta paras suhu yang sesuai bagi ruang- ruang yang sesak dan ramai pengguna.  Untuk mengeluarkan udara yang tercemar bagi ruang dan keadaan tertentu.  Perlu bagi bangunan yang tinggi kerana pada keadaan itu pengudaraan semulajadi adalah tidak sesuai.  Tidak dapat memenuhi ruang di dalam bangunan terutama bagi ruang yang tersorok.

   tertutup memerlukan pengudaraan mekanikal.

  Bangunan yang menggunakan ‘curtain walling’- suhu yang tinggi dan ruang yang

  Bincang dengan rakan anda mengenai perbezaan di antara sistem pengudaraan semulajadi dan mekanikal Jadual 3.1 menunjukkan perbezaan di antara sistem pengudaraan semulajadi dan pengudaraan mekanikal

PENGUDARAAN SEMULAJADI PENGUDARAAN MEKANIKAL

  sistem atau kaedah pengudaraan di dalam memerlukan bantuan alatan mekanikal atau bangunan tanpa menggunakan sebarang jentera seperti kipas dan sebagainya. peralatan mekanikal mempunyai perbezaan tekanan yang suhu yang tinggi dan ruang yang tertutup disebabkan oleh angin yang berpunca dari bagi memerlukan pengudaraan mekanikal tiupan angin di luar bangunan untuk menyejukkannya.

  Bagi ruang- ruang yang terlalu sesak tiada dapat memberi keselesaan yang selesa ada udara yang selesa kepada pengguna walaupun pada ruang yang kecil atau sempit.

  Jadual 3.1 : Perbezaan di antara sistem pengudaraan semulajadi dan pengudaraan mekanikal Sistem pengudaraan adalah perlu dalam kehidupan manusia kerana selain memberi udara yang segar ianya juga dapat meningkatkan mutu kerja namun penyediaannya adalah perlu mengambil kira pelbagai faktor antaranya ialah susunatur dan oriantasi bangunan, bentuk muka bumi, kegunaan bangunan, iklim persekitaran dan lain-lain.

  

AKTIVITI 3a

  • Pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama rata dan diminta membuat lawatan ke kawasan- kawasan berikut:

  a. Bilik kuliah

  b. Dapur Kafeteria Asrama

  c. Dewan Kuliah

d. Tandas  Setiap kumpulan akan melawat lokisi yang sama.

  • Pelajar dikehendaki mengisi serta menjawab soalan pada lampiran yang disediakan

  LAMPIRAN AKTIVITI 3a

  1. Nama Ahli Kumpulan : a.

  4. TANDAS

  2. DAPUR KAFETERIA ASRAMA

  3. Peralataan pengudaraan mekanikal yang ada

  4. TANDAS

  2. DAPUR KAFETERIA ASRAMA

  2. Kaedah pengudaraan yang berlaku.

  …………………………….

  d.

  …………………………….

  c.

  …………………………….

  b.

  …………………………….

  a.

  …………………………….

  b.

  …………………………….

1. BILIK KULIAH

3. DEWAN KULIAH

1. BILIK KULIAH

3. DEWAN KULIAH

  4. Berikan komen serta cadangan anda bagaimana untuk mewujudkan pengudaraan semulajadi secara menyeluruh bagi bagi keempaat- empat bilik tersebut.Nyatakan alasan yang kukuh bagi menyokong hujah anda.

1. BILIK KULIAH

  2. DAPUR KAFETERIA ASRAMA

3. DEWAN KULIAH

  4. TANDAS

  

MAKLUM BALAS AKTIVITI 3a

LAMPIRAN AKTIVITI 3a 2. Kaedah pengudaraan yang berlaku.

  1. RUANG LEGAR

  2. DAPUR KAFETERIA ASRAMA PENGUDARAAN PENGUDARAAN MEKANIKAL SEMULAJADI DEWAN KULIAH 3.

  4. TANDAS PENGUDARAAN PENGUDARAAN SEMULAJADI MEKANIKAL

  3. Peralataan pengudaraan mekanikal yang ada

1. BILIK KULIAH

  2. DAPUR KAFETERIA ASRAMA KIPAS KIPAS PENYEDUT TANDAS

3.DEWAN KULIAH 4. PENYAMAN UDARA TIADA

  4. Berikan komen serta cadangan anda bagaimana untuk mewujudkan pengudaraan semulajadi secara menyeluruh bagi bagi keempaat- empat bilik tersebut.Nyatakan alasan yang kukuh bagi menyokong hujah anda.

1. BILIK KULIAH

  2. DAPUR KAFETERIA ASRAMA

  Dengan menyediakan bukaan yang Dengan menyediakan bukaan tingkap lebih banyak seperti tingkap, atau sesalur udara bagi membebaskan bukaan pada dinding dan lain- udara/ haba panas yang terhasil. lain.

3.DEWAN KULIAH

  4. TANDAS

  Lebih kepada penggunaan sistem Menyediakan lebih banyak bukaan pengudaraan mekanikal kerana pada aras melebihi aras berdiri pada dewan kuliah selalunya dinding serta rekaan pintu yang sesuai. menempatkan kuantiti pelajar yang ramai. Oleh itu pengudaraan semulajadi dianggap gagal.

PENILAIAN KENDIRI

  Soalan 1 Berikan definisi sistem pengudaraan semulajadi. Soalan 2 Huraikan tiga faktor alam sekitar yang menyumbang kepada pengudaraan semulajadi. Soalan 3

  Nyatakan perbezaan yang nyata bagi membezakan antara sistem pengudaraan semulajadi dengan pengudaraan mekanikal.

  

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI

Soalan 1

  Berikan definsi system pengudaraan semulajadi.

  (Jawapan Rujuk kepada input 3.1.1) Soalan 2 Huraikan faktor alam sekitar yang menyumbang kepada pengudaraan semulajadi. Jawapan

  Pergerakan Angin

  Rekabentuk Muka Bumi

  Iklim Soalan 3

  Nyatakan perbezaan yang nyata bagi membezakan antara system pengudaraan semulajadi dengan pengudaraan mekanikal.

  (Jawapan Sila rujuk input 3.3.4)