Sejarah pembentukan PSH dunia dan pengar
Bab 2 SOROTAN KAJIAN.
2. Pengenalan Tinjauan kesusasteraan dalam bab ini menetapkan pembahasan mengenai konsep utama, teori, tren dan isu-isu yang mendasari Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan pendidikan tinggi. Proses semakan kesusasteraan bermula dengan penerokaan artikel dan buku jurnal secara komprehensif dan teliti mengenai pembelajaran, pendekatan pembelajaran, pengajaran tinggi dan PSH. Idea dan rujukan dari bacaan awal digunakan untuk mengenal pasti bacaan lanjut. Tujuan sorotan kajian adalah untuk mengetahui tentang trend utama, konsep dan pendekatan utama yang berkaitan dengan penyelidikan PSH dan pendidikan tinggi dan menilai beberapa kajian terdahulu yang berkaitan dengan kajian ini.
2.1. Konsep pembelajaran
Pembelajaran boleh di angap sebagai satu proses perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula dari individu dilahirkan sehingga ke penghujung nafasnya. Pembelajaran bukan hanya sekadar penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman individu. Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan.
2.2. Definisi Pembelajaran
Terdapat beberapa tafsiran yang diberikan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan mengenai pengertian pembelajaran mengikut fahaman psikologi masing-masing. Dibawah adalah definisi-definisi pembelajaran mengikut beberapa orang ahli psikologi pendidikan.
Menurut Robert M Gagne dalam The Conditions of Learning (1985) menyatakan, pembelajaran merupakan perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh tumbesaran. Perubahan yang dipanggil pembelajaran ditunjukkan melalui perubahan tingkah laku. Ia dapat dilakukan dengan membandingkan Menurut Robert M Gagne dalam The Conditions of Learning (1985) menyatakan, pembelajaran merupakan perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh tumbesaran. Perubahan yang dipanggil pembelajaran ditunjukkan melalui perubahan tingkah laku. Ia dapat dilakukan dengan membandingkan
Sementara itu Henry Clay Lindgren dan Donn Byrne dalam Psychology: An Introduction to a Behavioral Science (1976) menyatakan perkataan pembelajaran melambangkan konsep atau idea bagi menerangkan perubahan tingkah laku yang diperlihatkan oleh seseorang. Morris L. Bigge dalam Learning Theories for Teachers , 1982 menyatakan, pembelajaran merujuk kepada beberapa perubahan sistematik dalam tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi yang tertentu. Kelvin Seifert dalam Educational Psychology , 1983 menerangkan pembelajaran merangkumi perubahan tingkah laku yang agak kekal disebabkan oleh pengalaman tertentu atau ulangan pengalaman. Anita E. Woolfolk dalam Educational Psychology (1995) menerangkan bahawa pembelajaran adalah proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal . Manakala menurut Kamus Dewan (2008), pembelajaran adalah proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan kemahiran.
Dari itu dapatlah disimpulkan bahawa walaupun terdapat perbezaan pengertian pembelajaran antara ahli psikologi pendidikan, namun terdapat persamaan di antara huraian ini. Kesemua definisi ini memberi penekanan kepada perubahan tingkah laku yang agak kekal, akibat dari perubahan dalaman dan pengalaman, tetapi bukan semata- mata disebabkan oleh pertumbuhan atau kematangan, ataupun disebabkan oleh kesan sementara seperti ubat atau penyakit. Prinsip pembelajaran ialah suatu garis panduan mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor-faktor sekeliling yang mempengaruhi pembelajaran. Dengan itu pendidik boleh merancang dengan lebih sempurna untuk melaksanakan pengajarannya supaya lebih berkesan.
2.3. Konsep PSH
Konsep PSH adalah sangat luas dan pelbagai. Jika dilihat dari pandangan antarabangsa, Suruhanjaya Eropah mentakrifkan PSH sebagai segala aktiviti pembelajaran yang dilakukan sepanjang hidup, dengan tujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, dalam aspek yang berkait dengan peribadi, sosial atau pekerjaan. Konsep PSH di Eropah mula dipopularkan sekitar era 60an-70an melalui United Nations Educational Scientific and Cultural Organization (UNESCO) yang memperkenalkan PSH sebagai cara menghubungkan pelbagai peringkat pendidikan formal, dengan pembelajaran non-formal dan tidak formal (Faure,et.al.,1972). UNESCO turut menyarankan ahli-ahlinya membangunkan kerangka polisi untuk pembelajaran orang dewasa dan PSH yang akan menyumbang kepada kemampuan individu serta Negara dalam mengharungi cabaran ekonomi global, budaya dan pembangunan sosial (UNESCO, 1976). Karsono Ahmad Darsuki (1993) menyatakan konsep PSH mempunyai tiga komponen iaitu pendidikan tidak formal, pendidikan non-formal, dan pendidikan formal. Menurut Jarvis (1995), PSH bermaksud proses melengkapkan personalitali, sosial, dan pembangunan profesional sepanjang hayat individu yang bertujuan untuk meninggikan kualiti individu dan masyarakat sekelilingnya. Pengertian PSH yang lebih menyeluruh telah ditakrifkan oleh Longworth dan Davies (1996) sebagai pembangunan potensi manusia melalui proses sokongan secara berterusan yang merangsang dan memperkasakan individu untuk memperoleh segala pengetahuan, nilai, kemahiran dan pemahaman yang diperlukan sepanjang hidup mereka dan menggunakannya dengan yakin, kreatif dan penuh keseronokan dalam semua peranan, keadaan dan persekitaran.
Walaupun dilihat dalam era 70-an dan 80-an istilah PSH ini agak dilupakan namun dalam era 90-an, jika dilihat dari sudut polisi antarabangsa, PSH boleh dikatakan sebagai payung yang menaungi istilah sebelum ini yang dikenali sebagai pendidikan berterusan, pendidikan berulang, pendidikan popular, pendidikan dewasa atau pendidikan dan latihan lepasan awal (Hodgson, 2000). Kesatuan eropah telah mengistiharkan bahawa tahun 1996 sebagai tahun PSH yang mana pada Mesyuarat menteri-menteri pendidikan yang di anjurkan oleh The Organization for Economic Cooperation and Development ( OECD) pada bulan Januari 1996 telah menggunakan slogan “PSH: Satu Realiti Untuk Semua”. Pada tahun 1996 turut menyaksikan Pertubuhan Kebudayaan Pendidikan untuk Walaupun dilihat dalam era 70-an dan 80-an istilah PSH ini agak dilupakan namun dalam era 90-an, jika dilihat dari sudut polisi antarabangsa, PSH boleh dikatakan sebagai payung yang menaungi istilah sebelum ini yang dikenali sebagai pendidikan berterusan, pendidikan berulang, pendidikan popular, pendidikan dewasa atau pendidikan dan latihan lepasan awal (Hodgson, 2000). Kesatuan eropah telah mengistiharkan bahawa tahun 1996 sebagai tahun PSH yang mana pada Mesyuarat menteri-menteri pendidikan yang di anjurkan oleh The Organization for Economic Cooperation and Development ( OECD) pada bulan Januari 1996 telah menggunakan slogan “PSH: Satu Realiti Untuk Semua”. Pada tahun 1996 turut menyaksikan Pertubuhan Kebudayaan Pendidikan untuk
seluruh dunia dengan membawa konsep 'latihan semula sepanjang hayat' sebagai keutamaan.
Menurut Knapper dan Cropley (2000) pula, PSH merupakan satu kaedah untuk memenuhi perubahan di tempat kerja dan meneruskan pendidikan di sekolah dan juga universiti berdasarkan organisasi kerja. Menurut Kallen (2002) konsep utama serta garis panduan polisi untuk PSH yang diketengahkan oleh Kesatuan Eropah, UNESCO dan OECD adalah bermula dari tahun 1960-an dan beliau turut mengenalpasti bahawa sejarah PSH adalah dipengaruhi oleh ketiga-tiga organisasi ini. Beliau menyatakan bahawa setiap dari organisasi ini mempunyai agenda mereka sendiri dan konsep serta paradigma yang diketengahkan menunjukkaan ciri-ciri organisasi ini. Namun begitu ketiga-tiga organisasi ini bersetuju bahawa pendidikan awal dan latihan harus disusuli dengan peluang PSH yang boleh di ikuti oleh semua rakyat, tanpa mengira status sosial atau ekonomi mereka mahupun syarat jantina atau umur.
OECD mentakrifkan PSH sebagai semua jenis aktiviti pembelajaran tanpa mengira had umur. Menurut Nordstrom (2006), nilai-nilai teras PSH adalah meneroka dan dahagakan ilmu, digabungkan dengan faedah untuk minda, badan dan semangat menjadikan ia satu alat yang sangat penting dalam proses peningkatan dan transformasi peribadi. Selanjutnya beliau pada tahun 2008 menyarankan bahawa terdapat sepuluh kelebihan PSH iaitu:
1. PSH membantu membangunkan sepenuhnya kebolehan semula jadi,
2. PSH membuka fikiran,
3. PSH mencipta perasaan ingin tahu kerana minda sering laparkan ilmu,
4. PSH meningkatkan kebijaksanaan,
5. PSH menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik,
6. PSH membantu menyesuaikan diri dengan perubahan,
7. PSH membantu kita mencari makna dalam kehidupan,
8. PSH membantu kita sebagai penyumbang yang aktif kepada masyarakat,
9. PSH membantu kita membuat kawan baru dan mewujudkan hubungan yang berharga, dan
10. PSH membawa kepada kehidupan yang berharga dengan memenuhi keperluan diri.
Menurut Lawrence Arokiasamy dan Ong Seng Fook (2008), PSH adalah konsep yang lebih menyeluruh yang termasuk pembelajaran tidak formal, tidak disengajakan dan secara kebetulan. Menurut Cheesman, Simpsom dan Wint (2008), dari kajian yang telah mereka jalankan didapati bahawa Negara dan firma masa kini telah melihat universiti sebagai institusi yang dapat membantu di dalam pembangunan yang lebih berinovasi. Peningkatan teknologi yang pantas dan perubahan alam pekerjaan yang dinamik mendesak Negara dan firma untuk terus-menerus meningkatkan keupayaan modal insan iaitu kemahiran dan pengetahuan khususnya melalui PSH. Menurut Albert (2009), PSH merupakan satu proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi tujuan meningkat kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang pekerjaan pada masa sekarang, mahupun pada masa akan datang. Di Korea, PSH merujuk kepada segala bentuk aktiviti pendidikan terancang yang berlaku di luar sekolah di mana kumpulan sasaran utama adalah orang dewasa (Asil Esaam Ghebllawi et al., 2011). Menurut Sapiah et al. (2013), PSH merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja bagi memenuhi keperluan individu dan guna tenaga disamping mewujudkan masyarakat yang aktif dan mempunyai tahap sosial yang sama.
European Society of Association Executives (ESAE) menekankan konsep yang terangkum di dalam PSH adalah pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang berterusan bermula dari peringkat pendidikan formal sehinggalah peringkat
selepasnya, yang mana peningkatan ini berupaya membawa kepada perubahan sikap dan tingkahlaku yang lebih baik, seterusnya meningkatkan potensi dan keupayaan individu untuk menyumbang kepada pembangunan diri, masyarakat, dan negara.
PSH dari segi konsep merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompentensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan PSH dari segi konsep merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompentensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan
Di Malaysia PSH menjadi "tonggak ketiga" untuk menggerakkan pembangunan modal insan di negara ini selepas sistem sekolah dan pendidikan tertiari. Oleh itu, definisi PSH berdasarkan Pelan Induk Pembudayaan PSH, ialah pembelajaran yang disertai oleh mereka yang berumur 15 hingga 64 tahun ke atas kecuali pelajar profesional. Pelajar profesional adalah mereka yang mengikuti kursus sepenuh masa di sekolah, kolej atau universiti dengan tujuan untuk memperoleh kelayakan akademik atau kemahiran. Ia berdasarkan kepada umur produktif penduduk Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas yang masih mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Oleh itu, konsep PSH diterima pakai oleh semua negara atau kawasan serantau, iaitu pembelajaran untuk semua tanpa mengira had umur, latar belakang atau kaedah pembelajaran. Ia seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.
Sejajar dengan Lonjakan Ketiga, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi), (PPPM (PT) 2015-2025, yang telah dilancarkan pada 7 April
2015, Malaysia seharusnya mempunyai modal insan yang holistik yang mampu untuk menghadapi cabaran dan tuntutan semasa. Kementerian berhasrat untuk membudayakan PSH dalam kalangan masyarakat supaya ia menjadi sebati dalam budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia menjelang 2025. Hasrat ini akan tercapai menerusi pemantapan ekosistem PSH yang berkualiti tinggi, terselaras, harmoni dan diiktiraf, dalam kalangan komuniti pendukung PSH.
Justeru itu, strategi dan inisiatif dalam Lonjakan tersebut telah disusun dengan teliti merentas 3 fasa dan memastikan setiap fasa yang berturutan dapat meneruskan asas yang dibina sebelumnya serta selari dengan strategi PSH yang terkandung dalam Pelan Induk Pembudayaan PSH 2011-2020.
Rajah 5. Konsep PSH (Amalan Antarabangsa dan KPT)
Konsep PSH
Sistem permintaan dan penawaran peluang
pembelajaran merangkumi seluruh kitaran hayat pendidikan formal, tidak formal & non formal berpusatkan pelajar memenuhi keperluan pelajar motivasi untuk belajar belajar sendiri dengan kemampuan/ fasa sendiri kepelbagaian matlamat dasar pembelajaran untuk pendidikan, pembangunan peribadi,
pembangunan pengetahuan, ekonomi, sosial dan budaya
2.4. PSH dalam pendidikan tinggi di Malaysia
2.4.1. Pendidikan Tinggi Malaysia
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berperanan penting dalam mewujudkan ekosistem pengajian tinggi yang terbaik di universiti awam (UA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik dan juga kolej komuniti. Semua institusi ini merupakan komponen utama ekosistem pendidikan dan latihan negara yang menjana para pemikir, ilmuwan, sarjana, tenaga kerja mahir dan separa mahir sesuai dengan peranan masing-masing.
Bersesuaian dengan matlamat ini, KPT mempunyai tiga (3) buah jabatan bagi pengurusan institusi pengajian tinggi, iaitu: Bersesuaian dengan matlamat ini, KPT mempunyai tiga (3) buah jabatan bagi pengurusan institusi pengajian tinggi, iaitu:
ii. Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) yang akan menguruskan politeknik; dan
iii. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) yang akan menguruskan kolej komuniti
Usaha untuk mencapai matlamat ini turut disokong oleh agensi yang berperanan penting dalam pengajian tinggi, iaitu:
i. Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency (MQA)) merupakan badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara; dan
ii. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan badan yang mengurus pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi.
i. Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT)
Pembangunan pendidikan tinggi di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada tiga tahap Lee (2004). Tahap pertama adalah penubuhan universiti semasa pemerintahan British. Sementara tahap kedua pada era 1970-an dan 1980-an yang bermatlamat untuk mengurangkan jurang penguasaan ekonomi antara kaum melalui strategi pendidikan dan tahap ketiga pada tahun 1990-an semasa terbentuknya polisi liberalisasi yang membawa kepada penubuhan lebih banyak institut pengajian tinggi untuk memenuhi permintaan terhadap pendidikan tinggi yang semakin meningkat.
Tahap I - 1960-an Penubuhan universiti pertama di Tanah Melayu pada tahun 1949 iaitu Universiti
Malaya (UM) merupakan hasil gabungan dua buah kolej (King Edward VII College of Medicine & Raffles College).
Kampus Universiti Malaya dibuka di Kuala Lumpur pada tahun 1959 dan ditubuhkan sebagai Universiti Malaya di Kuala Lumpur dengan identiti
tersendiri pada tahun 1962 manakala Universiti Malaya di Singapura menjadi Universiti Singapura.
Penubuhan universiti berteraskan sains pertama di Pulau Pinang pada 1969 dan ditubuhkan dengan nama Universiti Sains Malaysia.
Tahap II - 1970-an dan 1980-an Kemunculan lebih banyak universiti awam untuk mengatasi ketidakseimbangan
pendidikan di antara kaum selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971) diperkenalkan dan membuka peluang yang lebih luas untuk semua kaum mendapatkan pendidikan tinggi
Bidang sains dan teknologi semakin diberi perhatian dan Universiti-universiti berikut telah ditubuhkan: - Universiti Kebangsaan Malaysia (1970) - Universiti Putra Malaysia (1971) - Universiti Teknologi Malaysia (1975) - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1983) - Universiti Utara Malaysia (1984)
Tahap III - 1990-an dan kini Liberalisasi Pendidikan Tinggi
Polisi liberalisasi membawa kepada peningkatan pesat universiti dan kolej swasta untuk memenuhi permintaan pendidikan tinggi disebabkan dua faktor iaitu:
o Pendemokrasian Pendidikan Tinggi o Perkembangan pesat penswastaan pendidikan tinggi dan pengkorporatan
universiti awam
Penubuhan 5 universiti awam, 5 kolej universiti, 9 universiti swasta dan 5 cawangan universiti asing.
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menawarkan program berkembar, program pemindahan kredit, program ijazah luar dan program pembelajaran jarak jauh
untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap pendidikan tinggi (Sarjit & Shakila, 2010).
Kini terdapat 21 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), 24 universiti swasta, 9 Kampus universiti antarabangsa, 27 kolej universiti serta 320 Kolej Swasta
(https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_universiti_di_Malaysia, 2017).
Pembangunan pendidikan tinggi di Malaysia bermula apabila KPT berhasrat untuk mentransformasi dan memartabatkan sistem pendidikan tinggi negara sebagai hab kecemerlangan pendidikan tinggi antarabangsa. Pelan transformasi ini berasaskan kepada lima tonggak utama institusi yang meliputi tadbir urus, kepimpinan, akademia, pengajaran dan pembelajaran dan penyelidikan dan pembangunan serta lima program agenda kritikal iaitu Universiti APEX, My Brain 15, PSH, Audit Prestasi Akademik dan Skim Latihan Graduan. Tonggak ini bertujuan untuk meningkatkan daya saing IPT Malaysia supaya mampu bersaing dengan IPT negara lain yang ternama dan berupaya membantu graduan memenuhi kehendak industri (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 2007). Pelaksanaan pelan tindakan ini merangkumi empat fasa. Tiga fasa pertama sehingga tahun 2020 bertujuan untuk mencapai kecemerlangan melalui pencapaian objektif, strategi dan pelan tindakan yang digariskan. Sementara fasa keempat melangkaui tahun 2020 yang bertujuan untuk mencapai kegemilangan dan kelestarian pengajian tinggi supaya IPT Malaysia dapat bersaing dan berdaya tahan pada peringkat global (Rajah 6).
Perancangan dan pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) menunjukkan peranan universiti kini telah berubah. Universiti bukan lagi dilihat sebagai gedung ilmu semata-mata, sebaliknya universiti dilihat sebagai satu mekanisme penting untuk melonjakkan negara ke arah status negara lebih maju. Bagi merealisasikan hasrat negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, peranan universiti adalah sangat penting dalam menghasilkan modal insan dengan minda kelas pertama yang berupaya untuk melonjakkan prestasi ekonomi negara supaya berada pada tahap yang membanggakan (Rajah 7).
Perkembangan pesat IPT di Malaysia dapat dilihat berdasarkan peningkatan ketara kadar enrolmen pelajar di IPT. Pada awal penubuhan IPT yang pertama di Malaysia iaitu UM (1962), hanya 2,835 orang sahaja pelajar di IPT tersebut pada tahun 1965. Namun, sehingga tahun 2016, jumlahnya meningkat menjadi 26,176 orang pelajar (Statistik Pendidikan Tinggi 2016: Kementerian Pendidikan Tinggi). Keadaan yang sama juga ditunjukkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) utama yang lain iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Perkembangan pesat IPT di Malaysia dapat dilihat berdasarkan peningkatan ketara kadar enrolmen pelajar di IPT. Pada awal penubuhan IPT yang pertama di Malaysia iaitu UM (1962), hanya 2,835 orang sahaja pelajar di IPT tersebut pada tahun 1965. Namun, sehingga tahun 2016, jumlahnya meningkat menjadi 26,176 orang pelajar (Statistik Pendidikan Tinggi 2016: Kementerian Pendidikan Tinggi). Keadaan yang sama juga ditunjukkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) utama yang lain iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan
ii. Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP)
Politeknik merupakan salah satu daripada saluran utama penjanaan modal insan, yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan Rancangan Malaysia Ke10 (RMKe-
10) bagi melahirkan generasi muda yang berpendidikan, berkemahiran, kreatif, inovatif, bersikap progresif dan berfikiran kritis.
Transformasi Politeknik yang selaras dengan PSPTN serta NKRA iaitu sistem berlandaskan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional, berupaya menjadikan politeknik sebagai salah satu laluan untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan berkualiti yang mencukupi bagi menjayakan ekonomi baharu yang berlandaskan inovasi dan kreativiti. Pengkomersilan hasil penyelidikan dengan mewujudkan kolaborasi antara politeknik dan industri boleh mempertingkat dan mempercepatkan kadar perpindahan teknologi sekaligus membantu proses inovasi di peringkat industri. Keyakinan ini bakal menarik minat industri untuk melabur dengan politeknik. Ini boleh membantu merancakkan lagi daya saing produktivi negara.
Rajah 6: Fasa Pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)
Peletakan Asas
Peningkatan dan
Kegemilangan
Pemerkasaan
dan Kelestarian
(2011-2015)
(melangkaui 2020)
Sumber: Portal Rasmi PSH, KPT (http://www.mohe.gov.my/portalpsh/)
Rajah 7: Sasaran Keberhasilan PSPTN
Peletakan Asas (2007-2010)
Dasar utama
Pelan strategic IPT
digubal, disah dan
dari pembangunan dilaksana
Inisiatif utama
Kemunculan
Hasil yang cepat
selaras dengan
pelan perubahan
digubal dan dilancar
Universiti Apex
mampan
Peningkatan dan Pemerkasaan (2011-2015)
2 IPT dalam senarai 100
100,000 pelajar terbaik dunia
6 Universiti Penyelidikan
10 unit R&D terbaik ada
berkembang dengan baik
di IPT
antarabangsa
Kecemerlangan (2016-2020)
Sekurang-kurangnya 3 IPT berada
100 penyelidik, saintis dan jurutera
dalam senarai 100 terbaik dunia
per 10,000 tenaga kerja
60,000 pemegang PhD
Kegemilangan dan Kelestarian (melangkaui 2020)
2 IPT berada dalam senarai 50
Menghasilkan paten saintifik yang terbaik dunia
Mempunyai penerima anugerah
Nobel
dihormati
Sumber: Portal Rasmi PSH, KPT (http://www.mohe.gov.my/portalpsh/)
Politeknik bertanggungjawab membekalkan bakat kepada ekonomi negara dan bukannya pekerja semata-mata dalam usaha menjana ekonomi berpendapatan tinggi, pembangunan yang mampan dan bersifat keterangkuman. Selain itu, kurikulum yang menggabungkan di antara keusahawanan dan pendidikan juga dilihat dapat melahirkan modal insan yang tepat dalam usaha membangunkan masyarakat masa hadapan. Bagi membolehkan politeknik memainkan perananya di dalam PSH, politeknik akan diberi pengiktirafan oleh Kementerian Sumber Manusia sebagai pusat latihan. Selain itu politeknik dicadangkan agar membangunkan METRO Politekniknya sendiri bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.
iii. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK)
Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat. Ia juga memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001, dua buah lagi pada bulan Disember 2001 dan dua lagi kolej baru pada bulan Januari 2008 menjadikan jumlah keseluruhan kolej komuniti adalah sebanyak 94 telah beroperasi di seluruh negara sehingga Disember 2017. Pertambahan jumlah Kolej komuniti ini adalah selari dengan objektif yang telah digariskan iaitu:-
Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik dengan:
Menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat
Menganjur dan menyediakan PSH untuk menjadikan komuniti berpengetahuan (k- community)
Menganjur dan menyediakan latihan peningkatan kemahiran (up-skilling), latihan pemantapan kemahiran (re-skilling), dan latihan sangkutan (attachment training)
untuk keperluan tenaga kerja setempat
Mewujud dan menganjurkan rangkaian strategik dan pakatan strategik dengan komuniti setempat dan pemegang taruh (stakeholder)
Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang kondusif dan berkualiti
Pada 15 September 2009, Sektor Pengurusan Kolej Komuniti telah dinaik taraf ke Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dan diketuai oleh seoarang Ketua Pengarah. Tiga bahagian yang baru telah diwujudkan iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan Dasar dan Ko-kurikulum dan Bahagian Hubungan Industri, Pengesanan Graduan dan Alumni.
Bagi membolehkan Kolej Komuniti memasuki arena PSH, perkara-perkara berikut harus dilihat kembali sebagai satu proses penambahbaikan.
i. Menguatkan semula program-program sedia ada.
ii. Menawarkan program-program yang berkaitan dengan keperluan masyarakat setempat.
iii. Membantu golongan-golongan yang tidak bernasib baik di dalam masyarakat setempat seperti golongan yang tidak mampu, golongan istimewa dan warga tua. iv. Membangunkan satu sistem data bagi mengumpulkan maklumat program di komuniti tersebut bagi tujuan memenuhi keperluan ii di atas.
iv. Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency (MQA)) merupakan badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi Negara
Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007. Penubuhan MQA adalah hasil dari penggabungan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi yang menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta.
Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara melalui Kod Amalan Program Akreditasi (COPPA) dan Kod Amalan Audit Institusi (COPIA). Selain itu, badan ini juga berperanan untuk membangunkan kriteria dan standard sebagai rujukan kebangsaan bagi penganugerahan kelayakan dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan. MQA juga bertanggungjawab untuk menjaga kualiti institusi-institusi pengajian tinggi dan program-program serta memberi perakuan akreditasi kepada program-program yang memenuhi kriteria dan standard yang ditetapkan dan bertindak sebagai pemudah cara pengiktirafan dan penyetaraan kelayakan. MQA juga mengendalikan Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR).
v. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - badan yang mengurus pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997 dan beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur. Peranan utama PTPTN adalah menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman serta menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi.
2.4.2. PSH di Malaysia
Dari segi konsepnya PSH, merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompentensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokesional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. Dalam konteks penyampaian PSH, institusi pendidikan tinggi yang mengamalkan pengajaran dan pembelajaran bercampur telah memainkan peranan Dari segi konsepnya PSH, merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompentensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokesional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. Dalam konteks penyampaian PSH, institusi pendidikan tinggi yang mengamalkan pengajaran dan pembelajaran bercampur telah memainkan peranan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi), [PPPM 2015-2025 (PT)], telah dilancarkan pada 7 April 2015, menyarankan Malaysia seharusnya mempunyai modal insan holistik yang mampu untuk menghadapi cabaran dan tuntutan semasa. Melalui lonjakan ini, kementerian berhasrat untuk membudayakan PSH dalam kalangan masyarakat supaya ia menjadi sebati dalam budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia menjelang 2025. Hasrat ini akan tercapai menerusi pemantapan ekosistem PSH yang berkualiti tinggi, terselaras, harmoni dan diiktiraf, dalam kalangan komuniti pendukung PSH.
PSH menjadi "tonggak ketiga" untuk menggerakkan pembangunan modal insan di negara ini selepas sistem sekolah dan pendidikan tertiari. Oleh itu, definisi PSH berdasarkan Pelan Induk Pembudayaan PSH , ialah “pembelajaran yang disertai oleh mereka yang berumur 15 hingga 64 tahun ke atas kecuali pelajar profesional”. Ia berdasarkan kepada umur produktif penduduk Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas yang masih mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Dengan penduduk yang berkembang dan kumpulan umur bekerja (15-64) tahun, terdapat keperluan kritikal untuk lebih banyak peluang pekerjaan dan latihan. Adalah dianggarkan bahawa pelajar yang mengikuti PSH di Malaysia akan mencecah 20.6 juta pada tahun 2020, dan akan melibatkan 50 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini.
Menurut Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011-2015), Malaysia memerlukan 680,000 orang pekerja mahir pada peringkat diploma menjelang tahun 2020 meliputi 580,000 orang dengan kelayakan diploma TVET dan 100,000 orang daripada diploma akademik. Tambahan daripada itu, unjuran peningkatan enrolmen yang lebih besar bagi pengajian pada peringkat sijil dan diploma berbanding dengan ijazah pertama adalah untuk memperoleh nisbah antara kedua-duanya pada kadar 2:1 iaitu bagi tujuan menyokong matlamat kerajaan menambah bilangan pekerja separa mahir atau separa profesional atas pertimbangan kebolehpasaran serta keperluan negara dan menggalakkan pembudayaan PSH.
PSH menyediakan peluang kepada individu yang bekerja dan mereka yang sebelum ini tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ini memberikan "peluang kedua" bagi meningkatkan tahap pendidikan mereka. Ia adalah satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan melalui program rasmi atau tidak rasmi yang menyediakan pengalaman hands on dan latihan di tempat kerja.
Justeru itu, PSH merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan. PSH juga boleh ditakrifkan sebagai pembangunan potensi manusia melalui proses sokongan secara berterusan yang merangsang dan memperkasakan individu untuk memperoleh segala pengetahuan, nilai, kemahiran dan pemahaman yang diperlukan sepanjang hidup mereka dan menggunakannya dengan yakin, kreatif dan penuh keseronokan dalam semua peranan, keadaan dan persekitaran. (Longworth dan Davies 1996). Daya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka. Hal ini juga dituntut oleh majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti. Pada masa yang sama, sejajar dengan pembangunan sosioekonomi negara, individu semakin sedar dan menghayati keperluan untuk pengayaan ilmu dan kemahiran demi kemajuan dan kepuasan diri.
Bagi merealisasikan hasrat ini, Pembekal PSH yang terdiri daripada Kementerian/Agensi/Jabatan/Institusi telah merancang dan menyediakan pelbagai program dan latihan kepada masyarakat setempat dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh diikuti oleh semua peringkat umur tanpa mengira jantina, kaum dan anutan agama. Program/Kursus-kursus yang ditawarkan juga bersesuaian dengan kehendak semasa selaras dengan aspek pembangunan modal insan untuk mewujudkan masyarakat yang berdaya saing selain dari meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat. Tenaga pengajar yang mahir dalam bidang masing-masing diketengahkan dalam kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak yang terlibat agar dapat memberi ilmu serta khidmat terbaik kepada seluruh masyarakat.
Dunia globalisasi yang sentiasa berubah akan terus memberi impak dan cabaran Dunia globalisasi yang sentiasa berubah akan terus memberi impak dan cabaran
Sebagaimana yang ditunjukkan oleh banyak negara yang berjaya mencapai status negara maju, pembangunan modal insan memainkan peranan penting dalam proses tersebut. Menyedari hakikat ini, negara memberikan penekanan yang cukup besar kepada aspek latihan dan pendidikan rakyatnya. Buktinya, peruntukan yang besar jumlahnya disalurkan kepada sektor pendidikan dan latihan dalam bajet tahunan negara pada setiap tahun.
Pembangunan modal insan berhubung kait dengan usaha meluaskan kepelbagaian pilihan yang ada pada manusia untuk menjalani kehidupan yang mereka hargai. Faktor penting untuk meluaskan pilihan ini adalah pembinaan keupayaan manusia, kepelbagaian perkara yang dapat dilakukan atau hendak dicapai dalam hidup. Keupayaan paling asas bagi pembangunan modal insan adalah menjalani kehidupan yang sihat, berpengetahuan luas, berpeluang mendapatkan sumber yang diperlukan untuk menikmati taraf hidup yang sempurna dan dapat melibatkan diri dalam kehidupan komuniti. Tanpa keupayaan ini, banyak pilihan dan peluang dalam kehidupan tidak akan wujud. Justeru itu, PSH memberikan pilihan yang lebih luas, bagi meningkatkan kualiti hidup. Dalam hubungan ini, PSH pastinya merupakan agenda yang sangat penting dalam pembangunan negara kita.
Dalam usaha mencapai wawasan 2020, PSH dijadikan sebagai agenda penting dalam mencapai pembangunan modal insan negara, bersama-sama dengan sistem Dalam usaha mencapai wawasan 2020, PSH dijadikan sebagai agenda penting dalam mencapai pembangunan modal insan negara, bersama-sama dengan sistem
2.4.3. Perkembangan terkini PSH di Malaysia
Pelan Induk Pembudayaan PSH 2011-2020 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada November 2011. Pelan Induk ini menjelaskan aktiviti dan program yang akan dilaksanakan untuk pembudayaan PSH di negara ini. Pembudayaan adalah satu proses yang mengajar individu norma-norma budaya dan nilai-nilai masyarakat di terima di tempat tinggal. Ia memberi petunjuk kepada individu tentang peranan mereka dalam masyarakat dan tingkah laku yang diterima dalam masyarakat tersebut. Dalam konteks ini, Pembudayaan PSH dilaksanakan untuk mempengaruhi individu menerima PSH sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka.
Di Malaysia pembudayaan PSH adalah berpandukan kepada inisiatif PSH yang telah dibangunkan berdasarkan strategi PSH yang terkandung dalam Pelan Induk Pembudayaan PSH dan dimangkinkan lagi dalam Lonjakan Ketiga PPPM (PT) 2015- 2025. Tiga strategi tersebut adalah: Strategi A: Penjenamaan semula PSH, Strategi B: Pembudayaan PSH sebagai gaya hidup, dan Strategi C: Meningkatkan kualiti program PSH.
Tiga strategi tersebut akan terus dilaksanakan menjelang tahun 2025 dan menjadi asas bagi pelan tindakan. selain itu inisiatif untuk melaksanakan pembudayaan PSH di Malaysia turut diterapkan iaitu meningkatkan aktiviti promosi, mengukuhkan prasarana untuk menggalakkan PSH, membangunkan dan mengukuhkan program inovatif, memperluas peruntukan berasaskan hasil, penjajaran PSH dengan keperluan akreditasi dan menghasilkan rangka kerja yang jelas untuk mengiktiraf pembelajaran terdahulu.
Dalam membangunkan inisiatif, aktiviti dan program PSH, prinsip-prinsip berikut perlu dijadikan panduan iaitu PSH didasarkan pada pendekatan pembelajaran formal, tidak formal dan non formal, PSH mengupaya pembangunan kendiri dan PSH memerlukan ekosistem yang bersepadu dan terselaras.
i. Pembelajaran Formal Merangkumi kursus formal separa masa dan juga kursus formal sepenuh
masa bagi orang dewasa yang tidak mempunyai kelayakan formal tetapi pengalaman yang luas dan mendalam dalam sesuatu bidang untuk mengikuti program yang menjurus kepada kelayakan ikhtisas di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana ataupun Kedoktoran.
ii. Pembelajaran Tidak Formal
Merangkumi kursus kemahiran serta pendidikan teknikal dan vokasional yang tidak melebihi tempoh enam bulan secara sepenuh masa. Kursus ini adalah bertujuan untuk peningkatan kemahiran dan pengetahuan. Kursus tersebut boleh membawa kredit pembelajaran dan dapat dikumpulkan untuk pengiktirafan kelak seperti Kursus Modular di Kolej Komuniti.
iii. Pembelajaran non Formal
Kursus kemahiran atau hands-on yang pendek, pada kebiasaannya dalam tempoh lingkungan dua hari sehingga dua minggu untuk sesuatu bidang atau kerjaya, khusus bagi orang awam yang ingin pembelajaran secara praktikal dan memenuhi keperluannya dari aspek masa dan bidang kemahiran yang diperlukan.
Secara praktiknya, program PSH di Malaysia ditumpukan kepada 4 kluster iaitu:
i. Kluster 1: Program pengajian separa masa di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah lanjutan termasuk e-learning. Contoh Program PJJ USM.
ii. Kluster 2: Program pengajian berbentuk teknikal dan kemahiran tidak lebih dari 6 bulan. Contoh Sijil Modular Kebangsaan yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti.
iii. Kluster 3: Program pengajian untuk peningkatan ilmu dan kemahiran bagi pembangunan diri. Contoh Kelas jahitan/ kelas masakan. iv. Kluster 4: Program pengajian sepenuh masa di peringkat sijil, diploma, ijazah, ijazah lanjutan bagi pelajar matang. Contoh Program Sarjana Muda di IPTA.
2.4.4. PSH dan Pembelajaran Secara Terarah
Konsep Pembelajaran Secara Terarah berasaskan ide-ide John Dewey (1859- 1952) yang menyatakan bahawa semua manusia dilahirkan dengan potensi yang tidak terhad sama ada untuk pertumbuhan dan/ atau pembangunan diri. Dari itu beliau menyarankan pentingnya mengiktiraf pengalaman pelajar belajar sama ada semasa menimba atau mendapatkan ilmu pengetahuan. Pandangan ini juga membayangkan bahawa para pendidik harus berfungsi sebagai fasilitator yang dapat mengenalpasti dan memangkinkan pertumbuhan pelajar. Ia juga menunjukkan bahawa kehadiran seorang guru bukannya satu-satu faktor yang menentukan pembelajaran itu terjadi. Menurut pandangan ini Guru merupakan seorang juru tunjuk arah yang tidak akan menganggu proses pembelajaran (Candy (1991); Wilcox (1996); Garrison (2008). Sementara itu, Knowles (1975) mentakrifkan Pembelajaran Secara Terarah sebagai: -
"Proses di mana individu mengambil inisiatif, dengan atau tanpa orang lain, dalam mengenalpasti keperluan pembelajaran mereka, merumuskan matlamat pembelajaran, mengenal pasti sumber manusia dan material untuk pembelajaran, memilih dan melaksanakan strategi pembelajaran yang sesuai dan menilai hasil pembelajaran"
Kajian awal Pembelajaran Secara Terarah telah dikaitkan dengan kerja-kerja Allan Tough pada tahun 1970 yang mencadangkan bahawa mengajar diri merupakan proses semula jadi di kalangan orang dewasa (Wilcox, 1996). Kajian seterusnya oleh Knowles (1975, 1985), berdasarkan model yang dapat dikonseptualisasikan sebagai seni dan sains yang membantu orang dewasa untuk belajar. Istilah ini dicadangkan oleh Malcolm Knowles pada tahun 1968 sebagai label baru untuk pembelajaran orang dewasa yang membezakan pembelajaran orang dewasa dari pembelajaran orang pra-dewasa (Malcolm, 1980 dan Merriam, 2001). Knowles turut mencadangkan Pembelajaran Secara Terarah sebagai asas kontinum dengan dua hujung utama yang bertentangan. Pada satu hujung kontinum terdapat model yang diarahkan oleh guru (pedagogi) di mana banyak pembelajaran dikawal oleh guru, sedangkan di kontinum yang satu lagi terdapat model yang diarahkan sendiri (andragogy) di mana pelajar mengawal semua proses pembelajaran. Kawalan pembelajaran pelajar adalah tertumpu kepada aktiviti seperti Kajian awal Pembelajaran Secara Terarah telah dikaitkan dengan kerja-kerja Allan Tough pada tahun 1970 yang mencadangkan bahawa mengajar diri merupakan proses semula jadi di kalangan orang dewasa (Wilcox, 1996). Kajian seterusnya oleh Knowles (1975, 1985), berdasarkan model yang dapat dikonseptualisasikan sebagai seni dan sains yang membantu orang dewasa untuk belajar. Istilah ini dicadangkan oleh Malcolm Knowles pada tahun 1968 sebagai label baru untuk pembelajaran orang dewasa yang membezakan pembelajaran orang dewasa dari pembelajaran orang pra-dewasa (Malcolm, 1980 dan Merriam, 2001). Knowles turut mencadangkan Pembelajaran Secara Terarah sebagai asas kontinum dengan dua hujung utama yang bertentangan. Pada satu hujung kontinum terdapat model yang diarahkan oleh guru (pedagogi) di mana banyak pembelajaran dikawal oleh guru, sedangkan di kontinum yang satu lagi terdapat model yang diarahkan sendiri (andragogy) di mana pelajar mengawal semua proses pembelajaran. Kawalan pembelajaran pelajar adalah tertumpu kepada aktiviti seperti
Brockett dan Hiemstra (1991) dan Candy (1991) telah menyediakan analisis komprehensif, perbincangan terperinci dan rangka kerja yang berguna untuk memahami golongan sasar. Kajian oleh Candy (1991) sebagai contoh, menyediakan rangka kerja konseptual yang komprehensif untuk memahami Pembelajaran Secara Terarah dan mencadangkan dua dimensi penting Pembelajaran Secara Terarah, iaitu matlamat dan proses. Menurut Candy, komponen itu merupakan dimensi yang paling penting dalam memahami golongan sasar berkaitan Pembelajaran Secara Terarah. Walau bagaimanapun, Pembelajaran Secara Terarah dapat dilihat dalam konteks komponen seperti (i) kualiti peribadi, (ii) pembelajaran di luar pengaturan pengajaran formal, dan (iii ) sebagai cara menguruskan pembelajaran (Wilcox, 1996).
Pembelajaran Secara Terarah juga dapat difahami dari perspektif model Orientasi Tanggungjawab Pribadi (PRO) Brockett & Hiemstra (1991), yang memandang Pembelajaran Secara Terarah dalam konteks dua komponen utama, iaitu ciri-ciri pelajar dan ciri-ciri proses pengajaran dan pembelajaran (lihat Rajah 8).
Rajah 8: Model Orientasi Tanggungjawab Pribadi (PRO)
Tanggungjawab
Ciri-ciri proses
Peribadi
pengajaran dan Ciri-ciri pelajar pembelajaran
Pembelajaran Secara Terarah
Belajar sendiri
Belajar sendiri dalam pembelajaran
Faktor dalam konteks sosial
Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8, pertimbangan faktor luaran (faktor kontekstual) serta faktor dalaman (ciri-ciri personaliti) pelajar adalah penting bukan sahaja untuk membantu pelajar mengambil peranan utamanya dalam merancang dan menilai pembelajaran, tetapi juga tanggungjawab peribadi sebagai pelajar. Pendapat ini turut dipersetujui oleh Caffarella dan O'Donnell (1989) dan Candy (1991).
Dari itu dapat disimpulkan pembelajaran kendiri secara terarah merupakan proses di mana individu mengambil inisiatif dengan atau tanpa bantuan orang lain, mampu untuk mendiagnosis keperluan pembelajaran, merumus matlamat pembelajaran, mengenal pasti sumber manusia dan bahan untuk pembelajaran, memilih serta melaksana strategi pembelajaran yang sesuai, dan menilai hasil pembelajaran. Pembelajaran kendiri secara terarah adalah pembelajaran dengan keupayaan pelajar untuk:
i. menterjemah keperluan pembelajaran ke dalam pembelajaran objektif,
ii. menjadikan pensyarah sebagai fasilitator, pembantu atau perunding dan mengambil inisiatif menggunakan sumber-sumber mereka,
iii. pelajar melihat rakan mereka sebagai sumber untuk pembelajaran, iv. mengenal pasti sumber manusia dan bahan yang sesuai untuk pelbagai
jenis objektif pembelajaran,
v. memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran dari sumber yang
digunakan,
vi. pelajar menilai kerja dan mendapatkan maklum balas daripada orang lain
tentang kemajuan,
vii. mengesan dan menangani ciri peribadi untuk pembelajaran, dan viii. memperbaharui motivasi untuk belajar
2.4.5. Pembelajaran Secara Terarah dalam konteks institusi PSH dan pendidikan tinggi
Dalam konteks pendidikan tinggi, majoriti sistem pendidikan pada tahun-tahun kebelakangan ini semakin mulai mengintegrasikan model Pembelajaran Secara Terarah ke dalam sistem pendidikan mereka. Dalam konteks ini, istilah yang berlainan yang sinonim dengan Pembelajaran Secara Terarah seperti outonomi peribadi, belajar tanggungjawab peribadi dan pertumbuhan peribadi telah digunakan untuk mencadangkan kepentingan penguasaan diri dalam pembelajaran. Semakin banyak universiti telah Dalam konteks pendidikan tinggi, majoriti sistem pendidikan pada tahun-tahun kebelakangan ini semakin mulai mengintegrasikan model Pembelajaran Secara Terarah ke dalam sistem pendidikan mereka. Dalam konteks ini, istilah yang berlainan yang sinonim dengan Pembelajaran Secara Terarah seperti outonomi peribadi, belajar tanggungjawab peribadi dan pertumbuhan peribadi telah digunakan untuk mencadangkan kepentingan penguasaan diri dalam pembelajaran. Semakin banyak universiti telah
Candy (1991) mencadangkan adanya hubungan secara langsung di antara PSH dan pembelajaran secara terarah, dengan alasan bahawa:
"Sedangkan Pembelajaran Secara Terarah terdiri daripada cara yang paling biasa digunakan oleh orang dewasa untuk menambah pembelajaran formal sepanjang hidup mereka, pra pekerjaan utama dalam PSH adalah untuk melengkapkan orang dewasa dengan kompetensi dan kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran peribadi di luar sekolah formal".
2.4.6. PSH dalam konteks institusi pengajian tinggi
PSH diamalkan secara meluas di Malaysia. Terdapat banyak pihak yang terlibat menawarkan program PSH di peringkat formal dan tidak formal, seperti Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Tinggi Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, dan juga empat belas kementerian lain serta agensi yang berkaitan.