Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi (1)

Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi

Tulisan Jawi
Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di
Tanah Melayu. TulisanJawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad
lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan
agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan
huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan
Jawi adalah tulisan rasmi bagi Negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia,
Filipina dan Indonesia.
Sejarah
Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.Tulisan ini telah
berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan
Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di
Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganuyang bertarikh 702H
atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun
ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding
tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama
Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah,Kelantan, Perlis,
dan Terengganu.

Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia
digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat
dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara
pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan
Inggeris.

Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga
tertulis dalam abjad Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan
Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen
Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu
yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris.
1. Sejarah perkembangan tulisan jawi
Skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti
yang kita sedia maklum adalah dinamakan sebagai Skrip Jawi. Namun sehingga
sekarang tidak dapat diketahui siapakah yang memberikan nama Jawi kepada skrip itu,
namun dipetik dalam kamus R.J Wilkinson bahawa perkataan Jawi di dalam bahasa
Melayu digunakan untuk pokok jawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang berbeza
dengan beras pulut, dan juga dengan makna kerbau atau lembu dalam bahasa
Minangkabau. Tetapi apa yang jelas di sini nama Jawi tersebut tidak ada kaitan dengan
tulisan tersebut.

Skrip tulisan jawi berasal daripada skrip Arab yang telah dibuat beberapa
penyelesaian dan tambahan.Terdapat beberapa ciri tulisan Jawi yang menjadikan ianya
unik. Skrip Jawi mengalami evolusi yang boleh dikategorikan kepada empat fasa.
Setelah melalui empat fasa ini tulisan Jawi menjadi semakin mantap dan dapat
disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa.
Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun melayu disekitar gugusan kepulauan
melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrah hingga kemaskini dan ia berasal
daripada tulisan Arab.
Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu dan pernah mendukung
bangsa Melayu ke ambang tamadun Melayu moden pada masa kini.Tulisan rumi hanya
wujud dalam tamadun melayu selepas perang dunia kedua sahaja.(sumber :
Kang,1993).adalah merupakan karya yang ditulis dengan tangan dalam tulisan Jawi
yang dihasikan dalam lingkungan Abad ke-15Mhingga awal abad ke-20M.Dalam
manuskrip melayu ini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi khazanah bangsa

Melayu pada masa dahulu.Manuskrip Melayu bukti sejarah kewujudan tulisan jawi
dalam tamadun melayudahulu boleh dilihat bahan-bahan bertulis seperti:
batu bersurat,
manuskrip lama,
kertas lama,

majalah,
batu nisan,
bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat
senjata,duit syiling,batu lontar, tembikar dan
seumpamanya
ukiran-ukiran pada masjid, istana
azimat dan tangkal
Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera
bertarikh 55 Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah menunjukkan
bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan
menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab bagi menyesuaikannya
dengan gaya bahasa orang Melayu yang telah menyumbang kewujudan Tulisan Jawi
dalam tamadun Melayu. Akan tetapi siapakah pencipta sebenar kepada tulisan Jawi
tidak dapat dipastikan dengan tepat.
Ciri- Ciri Tulisan Jawi
Terdapat empat ciri Utama yang terdapat pada Skrip Jawi iaitu :
a) bertindan secara menegak
b) ligatur
c) aksara-askara berbaris atau mempunyai titik
d) aksara bersambung

* Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara adalah merupakan aksara yang
dipinjam dari Aksara Arab dan Enam Abjad tambahan.

 Pengikat lelidah alat tiup. ; Bentuk notasi muzik abad ketiga belas hingga keenam belas.
 Aksara : Lambang unik yang digunakan dalam sistem tulisan sesuatu bahasa untuk
menyampaikanmaklumat.
Manuskrip Melayu
Apa itu Manuskrip Melayu ?


Manuskrip Melayu adalah karya yang ditulis dengan tangandalam tulisan Jawi yang
dihasilkan dalam lingkungan Abad ke-15 hingga awal abad ke-20.
Mengapa Ia Penting ?



Manuskrip Melayu Penting kerana ia adalah merupakan warisan dalam bentuk
penulisan daripada zaman silam yang tidak ternilai harganya. Isi kandungannya
mengandungi pelbagai ilmu yang berguna dan perkarayang meliputi fikah, tauhid,
tassawuf, tajwid, sejarah, undang-undang, petua dan azimat, perubatan, firasat, tabir

mimpi. Pelbagai hikayat, syair dan nazam juga ditulis. Ilmu yang dihasilkan merupakan
ilmu yang mencerminkan kekayaan pemikiran serta kegemilangan tamadun Melayu
yang perlu dipelihara bagi faedah generasi kini mahupun yang akan datang.
Contoh ManuskripTerkenal



Hikayat Hang Tuah (Menceritakan kegagahan Hang Tuah dan rakan-rakannya berbakti
dan berkhidmat untuk Sultan Melaka yang membawa kegemilangan kesultanan
Melaka).
Misa Melayu



Sebuah karya sastera sejarah yang mengandungi sejarah tentang raja-raja Melayu
yang memerintah negeri Perak sertamembicarakan tentang adat resam dan budaya
Perak.
Sir at Al-Mustaqim




Disusun dan ditulis oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri pada tahun1044 Hijrah (1634
Masihi). Merupakan sebuah kitab fikah yang penting yang menghuraikan amal ibadat
setiap muslim.
Kitab Tib



Membicarakan cara mengubati berbagai jenis penyakit yangmenggunakan bahan dari
pokok dan tanaman yang dicampurdengan ramuan rempah, di antaranya ubat sembelit,
sengugutdan meroyan.

Syair Seratus Siti


Mengisahkan tentang keagungan Sultan Mansur yang menjadikhalifah di negeri
Baghdad dan bagaimana baginda mencari isteri untuk dijadikan permaisuri.
Hukum Kanun Melaka




Merupakan naskah undang-undang yang tertua sekali dan dianggap terpenting serta
mempengaruhi undang-undang negeri Melayu yang lain. Membentangkan undangundang yang meliputi pentadbiran negara, hukum jenayah dan hukum perniagaan.
Perbicaraan kemudiannya diikuti dengan hukum Jong.
Cara Menyimpan



Usia manuskrip yang sudah lanjut memerlukan penjagaan yangberterusan dan sebaik
mungkin supaya selamat dan tidakhancur. Manuskrip tidak boleh terdedah kepada
pencemaranudara, seboleh-bolehnya selalu dibersihkan daripada habuk danserangga.
Manuskrip yang rosak perlu dibaiki dengan dengansegera.
Peranan Masyarakat



Manuskrip perlu disimpan dan dijaga dengan rapi. Jikalau anda,keluarga atau sesiapa
sahaja yang anda ketahui ada menyimpanmanuskrip Melayu, peranan anda adalah
mengalakkan semua pihak membolehkan Pusat Manuskrip Melayu memperolehi
manuskrip tersebut agar dapat disimpan dengan sempurna.

Pusat Manuskrip Melayu



Pusat Manuskrip Melayu, perpustakaan Negara Malaysia telahditubuhkan pada tahun
1985 dan diberikan tanggungjawabseperti berikut :Mengesan, memperolehi dan mengumpul manuskrip Melayu
dari dalam dan luar negara;
Mendokumenkan, menyelenggara katalog induk dan
menerbitkan bibliografi;
Menyediakan kemudahan menyimpan, memulihara dan
menyalin manuskrip Melayu;
Menyediakan perkhidmatan rujukan dan penyelidikan;
Menyebarkan ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu

melalui penerbitan dan pameran
Semua manuskrip Melayu yang diperolehi dan dikesan dari dalamdan luar negara
didokumenkan dan katalog diterbitkan. Pusat Manuskrip Melayu telah mendokumen
dan menerbitkan katalog manuskrip Melayu di negara Belanda, Jerman, Perancis,
Singapura dan Afrika Selatan.
Pusat Manuskrip Melayuini telah berjaya mengumpulkankoleksi berjumlah 2,940

naskah iaitu koleksi manuskrip Melayuyang terbesar dalam simpanansesebuah institusi
di dunia.Semua manuskrip yang diperolehi akan melalui prosespengwasapan, disimpan
dalam kotak bebas asid dalam biliksimpanan yang terkawal suhunya di antara 20-22
darjah Celsiusdan kadar kelembapannya 55%-65% sepanjang masa. Bagimanuskrip
yang rosak ianya akan dibuat pembaikan.Manuskrip dalam simpanan Pusat Manuskrip
Melayudibenarkan untuk rujukan dan penyelidikan supaya ilmu yangterakam dapat
disebarkan dan dimanfaatkan. Usaha mengkajidan menerbitkan semula manuskrip
Melayu dilakukan melalui Projek Mualim Tamu. Pusat Manuskrip Melayu juga sering
mengadakan pameran dan giat menerbitkan buku, risalah dansebuah jurnal ilmiah yang
dikenali sebagai Jurnal Filologi Melayu.Tulisan Arab yang diadaptasikan ke bahasa
Melayu untukpengejaannya dinamakan sebagai tulisan Jawi. Tulisan inilah yang pernah
membangunkan tamadun Melayu dan pernahmencorak ketuanan Melayu di zaman prakemerdekaan.
Tulisan Jawi mempunyai signifikan yang sangat besar dalam sejarah bangsa dan
negara, di mana dahulunya ia merupakan lapangan interaksi intelek Melayu dengan
masyarakat awam. Namun, akhir-akhir ini ia mula dimamah zaman yang semakin global
kerana muncul segelintir dalam hieraki masyarakat Melayu sendiri yang tidak
meyakinkan bangsanya untuk menghormati warisan ini. Malah rasa jelak mereka
terhadap tulisan Jawi, secara tidak langsung telah menghasilkan generasi Melayu
'anglophile' iaitu manusia dua kerat, sekerat Melayu dan sekerat ke Baratan. Generasi
seperti inilah yang akhirnya menjadi penyumbang kepada fahaman melampau

hedonisme sehingga menyebabkan daya tahan umat menjadi tiris.
Jika pemerkasaan terhadap tulisan Jawi tidak lakukan,barangkali tulisan Jawi menerima
nasib yang sama sebagaimana mata pelajaran Tajwid yang menjadi subjek agama yang

hanya diajar sewaktu peringkat sekolah rendah, kemudian diabaikan ketika di peringkat
menengah. Akhirnya ilmu Tajwid hanya dikuasai oleh generasi-generasi agamawan,
sedangkan mengamalkan ilmu Tajwid ketika membaca al Quran merupakan tuntutan
Islam bertaraf fardhu ain buat seluruh umat Islam. Lebih malang lagi jika Jawi diberikan
kedudukan yang sama, tidak mustahil ia akan tenggelam di arus kemodenan dan terus
kehilangan khalayak. Akhirnya tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak
mempunyai nilai komersial di kalangan pembaca. Ia sekadar dikenali dalam lipatan
sejarah sebagaimana pada catatan rahsia batu Rosetta di Mesir yang akhirnya
diungkap oleh arkeologi Perancis, Jean Francois Champollion.
Senario ini jika tidak diambil peduli memungkinkan catatan batu bersurat (prasasti) di
Kuala Berang, Terengganu mempunyai potensi besar menjadi bahan sejarah yang
ditinggalkan, bukannya bahan sejarah yang dibanggakan. Hal yang sama juga bakal
terjadi kepada penggunaan Bahasa Melayu jika tiada tindakan konkrit pihak berwajib
untuk menanganinya setelah kerajaan mewajibkan pengajaran Inggeris dalam
Matematik dan Sains. Penulis sebenarnya tidak memiliki nilai sentimental yang tinggi
untuk bermati-matian mempertahankan tulisan Jawi, jika kehilangannya hanya memberi

impak kepada warisan budaya dan bangsa. Menginsafi tulisan Jawi mempunyai jasa
yang besarterhadap kemerdekaan bangsa Melayu ketika dahulu, ia membangkitkan
rasa tanggungjawab agar terus dipelihara danterakam dalam pendidikan negara.
Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masaamat pantas sebagai tanda
penghargaan terhadap pahlawan-pahlawan yang berjuang menerusi mata pena di
zaman pra-kemerdekaan. Sebelum pengetahuan moden denganperbendaharaan yang
sofistikated diperkenalkan, tulisan Jawidigunakan oleh pihak istana dalam bidang
persuratan,

perjanjiandan

undang-undang.

Jika

diamati,

sejarah

ke'genius'an

danpemikiran akademik bangsa Melayu ia mula digagahi apabilawujudnya tulisan Jawi
dan bukannya tulisan sanskrit. Oleh sebab itu, istilah 'Kitab Jawi' pernah berkembang
menjadi subjek pengajian dan pembelajaran masyarakat Melayu agar ia ditekuni di
sekolah-sekolah.

Tokoh ulama’ seperti Mohamad Idris b Abdul Rauf al Marbawi,bukanlah tokoh yang
asing dalam dunia penulisan Jawi.Penulisan Jawinya yang menghasilkan kitab ’Bahrul
Mazi’, ’Tafsir Quran al Marbawi’, ’Tafsir Surah Yassin’ masih kekal diulang cetak di luar
negara. Sebenarnya, kebanyakan kitab berbahasa Arab yang dihasilkan oleh Sheikh al
Marbawi telah diterjemahkan olehnya sendiri ke dalam bahasa Melayu. Sekalipun
terjemahan tokoh ulama ini menggunakan versi bahasa Melayu lama di dalam tulisan
Jawi, namun ia telah melahirkan ramai ilmuan Islam yang responsif di negara Malaysia.
Tidak dinafikan, Islam adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari melalui pelbagai
aksara dan ia bukannya kayu pengukur tahap keIslaman seseorang. Namun, oleh
kerana kedatangan tulisan Jawi bersama dengan dakwah Islam, ianya lebih berkesan
dan mudah terutamanya di dalam mempelajari al-Quran dan hadith. Sistem ejaan Jawi
sangat terpengaruh dengan sistem ejaan bahasa Arab yang menggunakan sistem baris
dalam pengejaan suku kata. Oleh sebab itu, sistem Jawi menjadi pendorong kepada
bangsa Melayu mengenali huruf Arab dan seterusnya secara tidak langsung
berkemahiran menyebut ayat- ayat al-Quran. Ibn Khaldun ada menyebutkan ;
[Ketahuilah bahawa pengajaran al-Quran terhadap kanak-kanak termasuk daripada
syiar-syiar agama yang dipegang olehpara pendokong agama kerana dalam
pengajaran al-Quran terdapat beberapa perkara yang cepat meresap ke dalam hati
seperti keteguhan iman dan aqidah imandaripada ayat-ayat al Quran].
(Ruj:Abdullah al Amin al Na'miy, 1994. Kaedah Dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn
Khaldun & al Qabisi, terj.Mohd Ramzi Omar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka).
Dalam bahasa Melayu sendiri terdapat perkataan yang dipinjamdari bahasa Arab,
sudah pasti sebutan tersebut tidak tepat jikaditulis dengan huruf rumi. Demikian juga
halnya jika bahasa Cina dan Tamil ditulis dengan ejaan rumi, sudah pasti
berlakukesilapan pada pertuturan mereka yang sebenar.Kerana itu, penulis yakin
kebanyakan masyarakat Melayumenyebut perkataan 'tarikh' yang dipinjam dari bahasa
Arab,tidak tepat sebagaimana sebutan bangsa Arab. Begitu juga pemahaman Melayu
terhadap perkataan 'muhrim' sebagai orang yang haram dinikahi, sedangkan sebutan
ejaannya yang sebenar pada kalimah Arab adalah 'mahram'. Dalam konteks ini jelas

memperlihatkan bahawa tulisan Jawi memainkan perananpenting dalam pendidikan
negara, di mana ia dijadikan sebagaisuatu alat memudahkan sebutan Arab yang sahih
dalam bahasaMelayu. Dalam keresahan meninjau hayat Jawi di tanah Melayu saat ini,
ada juga berita yang boleh dianggap positif antaranyapengangkatan seni khat di
persada

dunia.

Namun,

memartabatkan

seni

khat

tidak

memadai

untuk

mengangkatsemula penulisan Jawi sebagai satu elemen menjadikan ia subur dalam
jiwa masyarakat dan dipergunakan secara meluas. Benar, seni khat berjaya
memperlihatkan kalimah-kalimah unik al-Quran yang tersusun mengikut kaedah, kemas
berseni dijual beli. Tetapi kita perlu memikirkan bahawa majoriti umat Melayu tidak lagi
mampu memahami maksud tulisan tersebut sekalipun diukir indah. Inilah akibatnya
apabila tulisan Jawi dipinggirkan oleh bangsa Melayu sendiri. Ketahuilah, tulisan Jawi
adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat
antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah dengan khat Kufinya, Iran dengan khat Farsinya,
tidak diragui bahawa umat Melayu merupakan pelopor kepada seni khat Jawi.
Sebenarnya di sebalik krisis ini, tersembunyi agendaglobalisation of American culture
(globalisasi budaya Amerika).Memang tamadun Barat semakin mendominasi semangat
bangsa-bangsa lain ketika ini, di saat Melayu belum pulih untukmembangunkan
generasi sendiri. Tidak syak lagi, penggantianjawi dengan rumi adalah sebahagian
daripada prosespembaratan dan pendangkalan Islam yang tentu sahaja didalangi oleh
penjajah. Hal ini sama berlaku sebagaimana pertukaran garisan musim bagi kiraan
kalender yang pada asalnya terletak di Qatar, United Arab Emirates (UAE) kepada
kedudukan Greenwich di London. Namun, perenggan ini bukanlah pilihan terbaik untuk
masyarakat Melayu melakukan revolusi terhadap huruf-huruf Rumi agar ditukar kepada
Jawi. Sebaiknya, masyarakat Melayu sedar betapa mustahaknya tulisan Jawi agar ia
tidak disisihkan dalam pendidikan negara dan diberikan fungsi semula.

Pemerintahan kesultanan Melaka telah memajukan bahasa Melayu dalam perdagangan
dengan cepat di samping menyebarkan Islam dan sastera Islam. Kemajuan ini
mengubah sifat bahasa dengan sedutan besar-besaran perbendaharaan kata Arab,
Parsi dan Hindi. Kemajuan ini merosot selepas 1511.

Melayu Moden Masa kini
Bahasa Melayu dimajukan dengan serapan banyak perkataan Portugis, Belanda dan
Inggeris dalam kurun ke 19. Ia menjadi bahasa kebangsaan buat Malaysia dan
Indonesia selepas mencapai kemerdekaan.
[The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature by Prof. Dato' DrAsmah Haji
Omar (2004) ISBN 981-3018-52-6.]
Inskripsi Kedukan Bukit:
Inskripsi Kedukan Bukit telah diekuavasi oleh Dutchman M. Batenburg on 29 November
1920 di Kedukan Bukit, Sumatera Selatan, di atas permatang sungai Tatang, anak
sungai Musi. Batu ini kecil berukuran antara 45 ke 80 cm.
Teks Melayu Kuno:
svasti śrī śakavaŕşātīta 605 (604 ?) ekādaśī śuapunta hiya,,klapakşa vulan vaiśākha
d nāyik disāmvau mangalap siddhayātra di saptamī śuklapakşaapunta hiya,vulan
jyeşţha d maŕlapas dari mināngavala dualakşa dangan ko-(tāmvan mamāva
yamduaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivudi mata jap(tlurātus sapulu dua
vañakña dātamsukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula….marvuat vanua …..(laghu
mudita dātamśrīvijaya jaya siddhayātra subhikşa.....
Terjemahan:
“Om swasti astu! semua penawar dan kemewahan. dalam tahun saka 605 sebelas dan
pertengahan bulan Waisaka, Sri baginda berkubu bagi memperoleh siddhayatra. Pada
hari ke tujuh, lima belas hari pertengahan bulan Jyesta, Sri Baginda membebaskan
tubuhnya dari minānga tāmvan. Baginda membawa 2000 tentera bersama….. Seramai
sebanyak 200 kubu, dengan 1,312 kaki tentera. Mereka sampai di ….Sesungguhnya
riang ria pada lima belas hari pertengan bulan…. tangkas, gembira dan mereka
membuat perjalanan ke negeri… agung Sriwijaya! kemewahan dan kekayaan…”
Bandingan penulisan Jawa dan Bali dengan yang tulisan yangdiaplikasikan di Thailand
dan Kemboja, menunjukkan ada bentuk yang sama. Ini menguatkan bahawa tulisantulisan ini berasaskan tulisan dari India samada Pallava, Vengi atau Cera. Jadual di
bawah menunjukkan jenis-jenis huruf atau silibus yang ditemui dalam inskripsi raja-raja
di Indonesia yang silam.

Kadaram dalam Inskripsi Tanjore:
Inskripsi ini didapati di kota lama Tanjore, Tamil Nadu bertarikh sejak 1030 Masihi. Ia
menerangkan serangan Rajendra Chola atas empayar Sri Wijaya, negeri yang bernama
Kadaram memberikan tentangan hebat. Kebanyakan sejarawan bersetuju Kadaram
yang dimaksudkan adalah Kedah.
[1] H.G.Q. Wales, “Archaeological Researches,” hal. 21
[2] Ibid, hal. 45
[3] Zakaria Ali 1946, Islamic Art in Southeast Asia 830A.D – 1570 A.D., Dewan Bahasa
dan Pustaka, hal. 195
[4] Dr Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir, Epigrafi Islam terawal di Nusantara,
hal. 25
[5] Artikel TULISAN JAWI dan Tulisan Jawi Pancaran Identiti Bangsa. Oleh HAJI
MUHAMMAD BUKHARI LUBIS
BAHASA Osmaniah Kuno di Turki tamat pada abad ke-15M apabila Sultan Fatih
Mahmet berjaya membuka Istanbul. Sejak itu, bermulalah bahasa Turki Osmani
(Osmanlica) yang menggunakan satu aksara baru, aksara Arab. Penggunaan bahasa
ini yang begitu rancak dan mendominasi, khasnya dalam kesusasteraan Sufi dan puisi
rakyat, berakhir pada tahun 1922, apabila Mustafa Kamal Ataturk mendapat tampuk
pemerintahan. Dengan berpegang pada dasar "kemajuan ialahpembaratan", Ataturk
mengambil langkah yang drastik dan tragik dengan memperkenalkan bahasa Turki
moden (Turkge), yang mengetepikan aksara Arab. Lantas diperkenalkan aksara Latin
atau tulisan rumi [antara hujah mewajarkan tindakannya ini ialah aksara Arab tidak
dapat melambangkan setiap bunyi perkataan Turki, misalnya, perkataan alif-wau-nun
membawa empat bunyi dan makna yang berlainan on (sepuluh), "n (hadapan), un
(tepung), dan チ n (kemasyhuran, suara, bunyi)].
Seperti orang Turki, bangsa Melayu juga mempunyai bahasa yang menggunakan
pelbagai aksara sebelum kedatangan Islam ke rantau ini. Aksara ini berubah apabila
Islam diterima di Kepulauan Melayu. Para pendakwah - orang Arab dan orang Parsi
yang tentunya menguasai bahasa Arab yang menjadi paksi utama dalam Islam dengan bijak dan tepat memilih bahasa Melayu untuk digunakan. Bermulalah era

pengislaman, termasuklah bahasa Melayu itu sendiri.Lalu diperkenalkan aksara baru,
aksara Arab atau lebih terkenalsebagai tulisan jawi. Menurut sejarah, jawi di sini
merujuk kepada Pulau Sumatera (maksud umum Kepulauan Melayu) dan bukanlah
Pulau Jawa.
Sesungguhnya, tulisan jawi dapat mempertaut perpaduan satu bahasa yang meliputi
seluruh golongan bangsa Melayu. Malah orang Melayu sendiri menamakan bahasanya
"bahasa jawi" (tidak sekadar jawi merujuk kepada tulisannya - misalnya, di halaman
sebuah buku klasik, tertera: Inilah kitab yang bernama Hidayat al-Salikin - karangan
Syeikh Abdus Samad Falambani dibahasakan bahasa Jawi ¡¦). Ini memberi erti bahawa
orang Melayu ketika itu menamakan bahasanya menurut nama tulisannya. Tulisan jawi
bermula sejak abad ketujuh Masihi lagi. Tentulah sepanjang masa ini, banyak bukti
yang dapat diketengahkan. Pada zaman dahulu, tulisan jawi digunakan pada prasasti
atau batu bersurat (misalnya: Batu Bersurat Terengganu bertarikh 702H/1303M), batu
hidup (ditemuidi Pangkalan Kempas, Negeri Sembilan), batu nisan (misalnya, di
pemakaman raja-raja Aceh di Banda Aceh), mata wang (khasnya wang emas dan
perak, terukir di situ misalnya nama Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah),
surat kiriman diraja (antara Raja Melayu dengan raja bukan Melayu, seperti raja
Portugal dan raja Inggeris, juga dengan wakil raja atau pembesar asing yang ada atau
datang ke negeri Melayu), kitab dan buku (misalnya `Aqa¡¯id oleh al-Nasafi yang
bertarikh 998 H/1590M), surat perjanjian antara raja dengan negara diAlam Melayu,
catatan

pemilikan

dan

perdagangan,

terutamanya

di

pelabuhan

dan

kapal

perdagangan.
Kitab lama dahulu pastilah ditulis dalam bentuk manuskrip. Tentang penggunaan tulisan
jawi dalam pelbagai manuskrip abad ke-17, pengkaji Barat, seperti van Rongkel, van
Elbinck, Robinson, Gerth v. Wijk, Werndly, van der Wall, Cohen Stuart, de Hollander,
van der Tuuk, Pijnappel, Klinkert, dan Wilkinson pernah menyatakan rasa kagumnya
terhadap keseragaman ejaan jawi dalam manuskrip yang berkenaan.
Penggunaan tulisan ini diluaskan lagi buat dua abad terakhir ini. Bahan bacaan, seperti
surat khabar (misalnya al-Imam - yang terbit di Singapura - 1906) dan majalah (seperti
Bustan Arifin yang terbit di Melaka - 1236H/1821M) terus menggunakan tulisan jawi.
Begitu juga piagam dan teks pemasyhuran, antaranya pemasyhuran kemerdekaan

Persekutuan Tanah Melayu (1957). Dapat dirumuskan bahawa tulisan jawi yang
disentuh tadi terbukti dalam hasil kesusasteraan dan kebudayaan orang Melayu. Hal ini
semakin maju dan membesar, ia melepasi batas berkenaan, sehinggaterbukti dalam
kegiatan kesenian pula. Tentulah perkara iniberhubungan dengan seni khat. Ternyata,
orang Melayu sejak dahulu peka terhadap perkembangan seni khat, meskipun
sehingga kini kita masih tidak dapat menandingi hasil seni khat bangsa Arab, Iran, dan
Turki, misalnya. Oleh sebab itu, tulisan jawi yang indah-indah dapat dilihat dalam
pelbagai objek, seperti masjid (termasuklah mihrab, dinding, tiang, pintu besarnya),
batu nisan, bangunan yang berhubungan atau tidak dengan hal keagamaan, batu
nisan, sijil syahadah, kepala surat, nama jalan, takwim, kain pemidang, pengikat kunci,
lukisan, dan ukiran yang terpahat, sama ada pada batu, kayu,logam, tembikar, atau
marmar. Dengan menggunakan pelbagai jenis khat yang menarik, seperti kufi, thuluth,
nasakh, farisi, dan raq¡¯ah, terbukti tulisan jawi memberi sumbangan yang sungguh
bermakna demi mengayakan dan mengagungkan lagi kebudayaan dan kesenian
bangsa Melayu.
Sesungguhnya, tulisan jawi digunakan dalam pelbagai aspekkehidupan bangsa Melayu
sejak berkurun-kurun dahulu. Sehingga tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa nadi
bangsa Melayu bergantung sangat pada tulisan jawi, apatah lagi apabila tulisan jawi
dihubungkaitkan dengan al-Qur¡¯an yang menjadi ikutan utama kaum Muslimin. Hasil
penelitian terhadap ribuan manuskrip Melayu akan membawa pengkaji yang jujur dan
objektif untuk menyimpulkan bahawa tulisan jawi berjaya memelihara kemurnian dan
ketinggianbahasa Melayu tulisan/persuratan. Selanjutnya, martabat bahasa Melayu
haruslah dipertahankan melalui tradisi penulisan yang lebih baik lagi murni.
Berdasarkan yang telah berlaku dan yang disumbangkan, sukar untukmenafikan
bangsa Melayu amat bergantung pada tulisan jawinya.Malah, tulisan jawi menjadi
identiti bangsa Melayu pula.
Sampai

ketikanya,

perubahan

rasa

berlaku.

Lalu Angkatan

Sasterawan

50

mengesyorkan: " ¡¦ sudah sepatutnya tulisan rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu
dengan tidak menghapuskan tulisan jawi sehingga masa akan menentukannya".
Cadangan ini diterima oleh KongresBahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di
Singapura/Johor Bahru (1956), di samping mencadangkan pembentukan satu badan

untuk mengkaji cara memelihara tulisan jawi dan menyamakan ejaan jawi di Malaya
dan di Indonesia. Hasil saranan kongres ini masih jauh daripada kenyataan hinggalah
sekarang. Sejak itu, berlakulah perkembangan yang tidak sihat ini. Kalau di Turki,tulisan
jawi dihapuskan oleh anak bangsanya sendiri (malah pelbagai aspek undang-undang
Islam diubah kepada kanun Barat), kita juga hampir kepada suasana itu. Pada tahun
1960-an, mulalah pengajaran tulisan jawi di sekolah diabaikan. Ada pula yang berhujah
dengan melihat kelemahan sistem ejaan dalam tulisan jawi itu. Tulisan jawi tidak dapat
melambangkan bunyi/sebutan perkataan sepenuhnya. Memang kita akui, sejak sistem
ejaan jawi belum lagi dibaiki sepenuhnya, perkataan kaf-mim-ba-nga membawa tujuh
bunyi: kembang, kambing, kumbang, kembung, kambung, kambang, dan kombang.
Sehinggalah kita ada Ejaan Jawi yang Disempurnakan, masih ada gejala yang sama,
perkataan ba-ya-lam-ya-qaf membawa dua bunyi: bilik dan belek.
Namun, hal ini usahlah dibesar-besarkan. Tambahan pula, konteks ayat akan
membimbing pembaca membunyikan perkataan dengan betul, di samping sering
kedengaran perkataan berkenaan. Janganlah dengan alasan serapuh itu, kita sanggup
menghapuskan tulisan jawi yang telah kita warisi berabad-abad dan berjasa besar
dalam kehidupan kita. Akibatnya, dalam konteks keagamaan, seperti yang lumrah
diTurki kini, sudah ada orang Melayu mempelajari ayat untuksembahyang berdasarkan
tulisan ruminya sahaja! Gejala buta tulisan jawi semakin buruk. Mangsa sistem
persekolahandasawarsa 60-an membuktikannya. Sungguh sedih! Ketika dalam
pemerintahan British, kita bebas menggunakan tulisan jawi sehingga dalam wang
kertas pun ada tulisan jawi (setelah kita merdeka, hanya beberapa tahun sudah
tercetak tulisan jawi dalam wang kertas RM2). Sebelum itu pemerintah British
menggunakan tulisan jawi dalam perutusan mereka. Janganlah pula sampai kita
menemui sarjana bahasa Melayu (khasnya dari bangsa Melayu) yang tidak menguasai
tulisan jawi.
Oleh sebab kesan pengabaian tulisan jawi ini semakin teruk danmembimbangkan, pada
tahun 1985, Kementerian Pendidikan Malaysia mewajibkan tulisan jawi di sekolah
rendah agama. Tindakan setakat ini tidaklah memadai. Kita harus berwaspada,
sekiranya tulisan jawi diketepikan - apalagi dikuburkan - maka mutiara dari Dunia
Melayu ini akan hilang, sirnalah ciptaan kreativiti datuk nenek kita dari Alam Melayu.

Sejak abad ketujuh Masihi lagi, dalam pelbagai khazanah tamadun Melayu, daripada
falsafah, ilmu, hukum-hakam, ubat-ubatan, teknologi silam, hinggalah bermacammacam bidang ilmu (baik dalam bentuk prosa mahupun puisi), tulisan jawi digunakan
dan ia cukup berjasa. Malah tulisan ini menjadi identiti bangsa Melayu. Maka tidak
hairanlah seorang sarjana asing, Dr. Kang Kyoung Seock dari Korea, yang mengkaji
(untuk tesis Sarjananya) sejarah tulisan jawi, menegaskan bahawa baginya tulisan jawi
lebih banyak bersifat kemelayuan daripada rumi. Bahasa yang menggunakan dua
aksara terlalu sedikit. Maka itu kita harus berbangga dengan penggunaan tulisan jawi
dan rumi, khasnya Manuskrip Melayu dan Tulisan Jawi.
Manuskrip Melayu dan Tulisan Jawi
Oleh : Azwar
Manuskrip Melayu merupakan karya yang ditulis dengan tangandalam tulisan Jawi
yang dihasikan dalam kurun waktu Abad ke-15Masihi sampai pada awal abad ke-20
Masehi. Dalam Manuksrip Melayuini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi
khazanahkebudayaan Bangsa Melayu pada masa dahulu. Untuk memahamimanuskripmanuskrip Melayu, sebelumnya kita harus memahami tulisan jawi, kerana manuskripmanuskrip Melayu itu di tulis dalamtulisan jawi. Tulisan Jawi adalahtulisan Arab yang
diadaptasikan olehbahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita fahami
sekarang ini. Ertinya huruf yang dipakai adalah huruf-huruf Arab dengan bahasaMelayu,
atau dengan ejaan Melayu.
Sejauh ini belum ada yang dapat memastikan siapa tokoh yang pertama sekali
menemukan huruf itu dan siapa yang memberi nama untuk tulisan dengan
percampuran dua kebudayaan besar itu.Kalaupun kemudian tulisan itu disebut dengan
tulisan jawi, sepertinyaitu adalah nama yang diberikan setelah tulisan itu berkembang
oleh pengamat-pengamat bahasa yang mempelajarinya, atau parapengamat yang
menjadikan bahan-bahan berbahasa melayu dan tulisan jawi sebagai sumber
kajiannya. Dikatakan ianya di kalangan ahli-ahli sastra, ahliagama, dan lain sebagainya.
Apapun tanggapan tentang tulisan itu,yang pasti tentu saja tokoh pengasas tulisan jawi
itu sangat besarjasanya dalam khasanah keilmuan bagi bangsa Melayu khususnya
dunia ilmu pengetahuan manusia pada umumnya.

Tulisan jawi yang dimaksud ini tentu saja kata yang tidak dapatdipadankan dengan
kata jawi di dalam kamus R.J Wilkinson, yang mengertikan kata-kata Jawi di dalam
bahasa Melayu digunakan untukjawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang
berbeda dengan beraspulut. Selain itu kata jawi yang dimaksud sebagai tulisan jawi
dalambahasa Melayu jelas berbeda dengan makna kata jawi dalam Bahasa
Minangkabau yang dapat diertikan sebagai lembu atau sapi.
Tulisan Jawi yang telah lama ada dalam khazanah kebudayaanmelayu yang
diperkirakan sekitar abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrahhingga ke hari kini dan ia berasal
daripada tulisan Arab. Tulisan inilahyang membangun kebudayaan melayu dan tulisan
ini

jugalah

yangkemudian

mengantarkan

menuju

bahasa

Melayu

yang

kemudianberkembang menjadi Bahasa Indonesia setelah dikokohkan oleh parapemuda
Indonesia dalam sumpah pemuda.Bukti historis bahwa adanya tulisan jawidalam
kebudayaanMelayu lama dapat dilihat pada bahan-bahan bertulis seperti : batubersurat,
manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu nisan, bahan-bahanyang dibuat daripada
logam, kulit, alat senjata ,batu lontar,tembikar dan sejenisnya, ukiran-ukiran pada
masjid, rumah, dan istana,azimat, rajah atau penangkal.
Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arabdi Sumatera
bertarikh 55 Hijrahatau setara dengan 674 M. Selain itujuga ditemukan di Kedah
bertarikh 290 Hijrah. Kedua hal inijelastelah menunjukkan bahwa tulisan Jawi berasal
dari orang Arab yangkemudian telah disesuaikan dengan menambahkan beberapa
huruftambahan kepada huruf Arab untuk menyesuaikannya dengan gayabahasa orang
Melayu. Penambahan ini lebih kepada melengkapi ejaanyang tidak ada dalam bahasa
Arab tetapi ditemui dalam bahasa Melayu.
Untuk memahami lebih jauh tentang tulisan jawi ada baiknya kitaperhatikan
pendapat-pendapat berikut ini, tentang tulisan jawi yang dikemukakan oleh timbalan
peneliti dari perpustakaan Malaysia.
a. Jawi Berasal daripada Maksud Jawi peranakkan.
 Marsden menyebutkan bahwa Raffles menerangkan kata Jawibermaksud campuran
dimana beliau telah merujuk kepada ungkapan anak Jawi iaitu anak campuran kaling
dan ibu Melayu (disinilahtimbulnya istilah jawi peranakan); oleh sebab itu bahasa Jawi

adalahbahasa Melayu yang ditulis dengan tulisan Arab sehingga dapatdiertikan sebagai
bahasa campuran.
b. Jawi Berasal dari Perkataaan Jawa atau merujuk kepada
 Bangsa Jawa Hamdan Abdul Rahman dalam bukunya "Panduan Menulis dan Mengeja
Jawi" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pada tahun 1999 mengatakan
bahwa kata Jawi itu sendiri berasal dari nama suku Kaum Jawa. Ertinya kata Jawi itu
mengacu pada suku Jawa.Berikut adalah petikan daripada bukunya berkaitan perkara
tersebut:
"Sudah ditakdirkanAllah bahawa di kalangan bangsa Melayu ini,suku yang lebih
besarbilangannyaadalah suku Jawa. Jadi merekalahyang membentuk kumpulan
Melayu terbesar di tanah Arab padazaman dahulu. Akibatnya orang-orang Arab
menganggap semuamanusia berkulit sawo matang dari Alam Melayu ini sebagai orang
Jawa.
Seterusnya segala yang berkaitan dengan orang Melayudisifatkan sebagaiJawi.
Orangnya dikenali sebagai orang Jawi,Tanahnya dikenali sebagai tanah Jawi dan
bahasanya dinamakan bahasa Jawi dan tulisan yang digunakan dalam media
persuratannya dinamakan tulisan Jawi. Kitab-kitab agama Islam yang diterjemahkanke
Bahasa Melayu terutamanya dalam abad ke-17 Masihi, semuanyamencatat bahawa
penulisnya telah menerima titah raja, wasiat guruatau pesan ayah supaya dia
menterjemahkan kitab tertentu ke dalam bahasa Jawi; bukan bahasa Melayu. Secara
berurutan perkataan Jawi ini awalnya merupakan nama tanah, iaitu Alam Melayu,
kemudian menjadi nama bahasa, dan sekarang menjadi nama tulisan pula."
c. Jawi Berasal daripada nama Sumatera Lama Al-Jawah
 Hashim Haji Musa dalam bukunya "Sejarah PerkembanganTulisan Jawi" lebih setuju
dengan pendapat OmarAwang yangmenegaskan kemungkinan besar kata jawi berasal
dari kata dalambahasa Arabal-Jawah. Kata ini pernah digunakan dalam catatan
Arabyang tertulis sebelum pertengahan Abad ke-14 M untuk menamakanSumatera,
misalnyaYa q u t, dalam Mu'jan al-Buldan, Abu Al-Fida' dalam
Taqwim al-Buldandan Ibn Batutahdalam Rihllat Ibn Batutah. Fakta inimenunjukkan satu
kemungkinan yang kuatbahawa tulisan Jawi itudinamakan oleh orang Arab untuk

merujuk tulisan ejaan yangdigunakan oleh orang Sumatera yaitu penduduk Al-Jawah
yangberagama Islam dan menggunakan bahasa Melayu.
Hashim Haji Musa lebih lanjut menegaskan bahawa tidak logik bahawa Jawi yang
dimaksud sebagai tulisan jawi adalah istilah yangberasal atau berakar dari kata Jawa.
Sebuah kekeliruan bila tulisan jawiberasal dari kata Jawa yang merujuk pada suku
Jawa, karena tulisanJawi telah ada sebelum Jawa jatuh ke tangan orang Islam pada
tahun883 H atau pada tahun 1468 M.
d. Jawi Berasal dari Perkataan Al-Jawah
 W. Marsden pula menyebut bahawa nama Jawi juga pernahmenjadi tanda tanya kepada
G.H Werndly (iaitu ketua penterjemahInjil ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1731 M
tentang asal-usulnyadan menyimpulkan bahawa bahasa Jawi boleh dikaitkan dengan
perkataan Jawa, yang disebut oleh Marco Polosebagai nama lamabagi pulau Sumatera
pada zaman itu, yang mungkin dihasilkan olehorang Arab seperti yang disebut oleh
Omar Awang di atas.
e. Jawi berasal daripada Perkataan Java Dwipa yg juga dikenalisebagai Al-Jawah
(sebuah daerah Asia Tenggara pada zamanpurbakala).
 Amat Juhairi Moain pulalebih menyakini bahwa kata Jawi berasalAl-Jawah dimana
dikatakan bahwa perkataan ini berasal daripada perkataan "Java dwipa" iaitu sebuah
nama daerah Asia Tengara padazaman Purba. Bukti yang digunakanadalah catatan
Ibnu

Batutahdalam

bukunya

al-Rihlahmenggelar

Sumatera

sebagai

al-Jawah.

Bagiorang Arab bagian perkataan "Java"saja yang diambil, sedangkan"Dwipa" pula
ditinggalkan. Kata "Java" ini digunakan untuk merujukkepada keseluruhan daerah Asia
Tenggara. Penduduknya jugadinamakan dengan kata adjektif " Jawi". Oleh kerana itu
"Jawah" dan"Jawi" merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi pribumidi
Asia Tenggara; bukan kepada suku Jawa iaitu penduduk yangberasal dari kepulauan
Jawa.
Dari tulisan di atas sedikit banyak dapat difahami bahawa tulisanjawi yang dipakai
dalam berbagai manuskrip Melayu, merupakan karyakreatif dari para pendahulu untuk
mengembangkan ilmu pengetahuandi tanah Melayu. Walaupun belum ada kepastian
tentang asal usultulisan jawi, hal ini memberikan isyarat bahwa masih perlu
dilakukankajian lebih lanjut tentang tulisan jawi dalam manuskrip Melayu.

Perkembangan Ejaan Jawi peringkat pertama.
Pada peringkat ini telah melalui empat tahap iaitu:
a. Menggunakan Tulisan Arab
b. Menghilangkan tanda baris
c. Menggunakan huruf saksi
d. Huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua
(a) Menggunakan Tulisan Arab


Tulisan jawi mengikut ejaan Arab sepenuhnya, dengan menggunakan tanda-tanda
baris.



Terdapat pada manuskrip Melayu lama seperti Aqa’id al-Nasafi(manuskrip tertua).



Penggunaan tanda baris atau diakritik yang banyak merupakan satu kelemahan pada
tahap ini.



Tanda-tanda baris yang tidak lengkap.

(b) Menghilangkan baris


Tanda-tanda baris dihapuskan dan disebut sebagai tulisan Arab Gundu.



Sukar membunyikan sesuatu perkataan itu dengan tepat serta menimbulkan perkataan
yang berbentuk homograf(sama ejaan, berbeza sebutan).

(c) Menggunakan Huruf Saksi


Sistem ejaan Jawi pengaruh melayu dengan dengan mewujudkan huruf-huruf saksi
iaitu [ alif, wau, dan ya ].



Huruf saksi diletakkan pada suku kata pertama perkataan.



Kelemahan: Tiada huruf saksi pada suku kata kedua.
:Masih menimbulkan masalah homograf.
:Terdapat perkataan yang boleh dilafazkan dengan
:beberapa bunyi sebutan yang membawa makna

yang berbeza.
(d) Huruf Saksi pada Kata Pertama dan Kedua


Menggunakkan huruf-huruf saksi pada suku kata kedua.



Sistem ini disempurnakan dengan menggunakkan semua huruf Arab dengan enam
huruf tambahan iaitu [ nya, pa, ga, nga, ca, va ]



Huruf Arab terdiri daripada 29 huruf kecuali [ lam-alif ]



Kurang enam huruf untuk mewakili bunyi lazim pada orang Melayu.



Orang Melayu telah mencipta enam huruf tersebut dan sehingga kini huruf Jawi ada 36
huruf melambangkan fonem dalam bahasa.
Perkembangan Ejaan Jawi Peringkat II



Sistem ejaan Jawi berubah secara beransur-ansur tanpa ada panduan bertulis. Pada
masa itu, sejarah hanya mengikut kezaliman yang belaku tanpa peraturan dan
panduan. Jika perubahan dilakukan oleh seseorang penulis, maka ia dengan mudah
akan diikuti oleh penulis yang lain. Keadaan ini berterusan hingga beberapa lama.
Menjelang abad ke-20, perkembangan SEJ boleh dibahagikan kepada beberapa
pedoman dan panduan yang disusun atau digunakan oleh orang perseorangan atau
pertubuhan tertentu seperti:
Hejaaj. P.Bm.P.B. Diraja,
Ejaan Jawi Za’ba,
Sistem Ejaan Dian dan
Pedoman Ejaan yang Disempurnakan.