Laporan latihan industri ISI KANDUNGAN
BAB 1
PENGENALAN
1.1
PENDAHULUAN
Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana di atas
limpah kurniaNya dan keizinanNya, saya telah menyempurnakan latihan
industri ini dengan jayanya. Saya berasa gembira kerana latihan ini bermula
dengan baik dan berakhir dengan sempurna. Ia telah berjalan lancar sepertima
yang telah diharapkan.
Latihan Industri ini merupakan perkara wajib ke atas setiap pelajar
semester akhir Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics dan perlu lulus
sebelum layak untuk begraduasi. Pelajar yang gagal perlu mengulangi semula
latihan industri dan tidak layak untuk bergraduasi. Oleh itu pelajar perlu
mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kolej dan juga
syarikat di mana pelajar di tempatkan.
Antara objektif utama latihan industri di wujudkan adalah untuk
mendedahkan kepada pelajar dengan suasana pekerjaan yang sebenar. Ia juga
bertujuan untuk menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik
semasa bekerja. Selain itu, ia membolehkan pelajar melihat persepsi di antara
teori yang dipelajari di kelas dengan kerja-kerja praktikal yang dijalankan di
alam pekerjaan yang sebenar. Di samping itu, pelajar dapat mengukuhkan
keyakinan diri ke alam pekerjaan serta pengalaman yang ditimba juga boleh di
jadikan sebagai persediaan untuk menempuh alam pekerjaan kelak.
1.2
OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
1.2.1
Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan sebenar.
1.2.2
Untuk menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik
semasa pekerjaan.
1.2.3
Membolehkan pelajar melihat kaitan di antara teori yang dipelajari di
kelas dengan kerja-kerja praktikal.
1.2.4
Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.
1.2.5
Untuk meningkatkan amalan berhemah dan bertanggungjawab.
1.2.6
Untuk mengukuhkan keyakinan diri ke alam pekerjaan kelak.
1.2.7
Untuk menyediakan satu laporan latihan industri setelah tamat latihan.
1.3
OBJEKTIF LAPORAN
Pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menjalani
latihan industri dengan lebih efisen dengan mendokumentasikan aktivitiaktiviti dan gerak kerja semasa menjalankan latihan yang dilakukan dengan
sistematik dan berkesan melalui laporan yang dibuat. Melalui penulisan
laporan, pelajar boleh menggunakan teknik kerja yang dipelajari sebagai
rujukan untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.
Laporan yang terperinci disediakan adalah sebagai bukti kepada latihan
yang telah dijalankan dengan sempurna mengikut jangkamasa lebih kurang
tiga bulan setengah bermula pada 01 Jun 2015 hingga 18 September 2015
seperti yang ditetapkan oleh pihak kolej. Laporan ini juga sebagai bahan
penilaian untuk latihan yang telah dijalani oleh pelajar dan pemarkahan
laporan ini akan diberikan setelah laporan disemak sepenuhnya oleh
pensyarah.
Ia juga untuk memupuk semangat di dalam diri pelajar dan sikap
tanggungjawab dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan bagi
memenuhi kehendak firma dan kolej. Di mana pelajar dapat belajar untuk
memikul sendiri tugas yang diamanahkan dengan baik dan berkesan.
1.4
KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR
Para pelajar akan dapat mempelajari serta mempraktikkan pengetahuan
baru dari sebuah syarikat berpandukan pembelajaran yang diperolehi semasa
menjalankan kuliah di kolej. Pengalaman ini serba sedikit dapat membantu
mempertingkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan diri pelajar ke alam
pekerjaan kelak.
Pentingnya latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat
mendisiplinkan diri dalam hal-hal berkaitan pekerjaan contohnya kedatangan
dan ketepatan masa, ketekunan dan minat terhadap kerja yang dilakukan,
menerima dan menjalankan arahan dengan baik, mempunyai personaliti yang
sesuai
dengan
pekerjaan
yang
dijalankan,
mempunyai
kemahiran
berkomunikasi yang baik, dapat menyesuaikan diri dengan tugas yang
diberikan, meningkatkan kualiti kerja berpandukan pengalaman dan
sebagainya.
Selain itu, para pelajar juga dapat mengaitkan teori kepada praktis dan
praktis kepada teori. Dengan demikian, pelajar dapat membina keyakinan diri
di alam pekerjaan yang sebenar. Pentingnya Latihan Industri bukan sahaja
kepada pelajar tetapi kepada setiap pekerjaan kerana sesebuah syarikat
memerlukan pekerja yang mahir untuk meningkatkan mutu pencapaian
syarikat.
BAB 2
LATAR BELAKANG
SYARIKAT
2.1
PENGENALAN
Projek pembinaan semula pejabat-pejabat kerajaan Batu Pahat adalah
cadangan bersama Kerajaan Persekutuan dan negeri di bawah Perancangan
Malaysia Ketiga dan Keempat. Satu kawasan seluas lebih kurang 4.55 ekar
telah di khaskan untuk pembinaan Kompleks Jabatan-jabatan Kerajaan
Persekutuan dan Negeri. Kawasan tersebut terletak di Jalan Bukit Pasir, Bakau
Chondong yang boleh dikatakan sesuai dan strategik. Selain memperbaiki
keadaan bangunan dan pejabat-pejabat kerajaan dari segi lokasi dan fizikal,
rancangan ini juga dapat memberi faedah dari segi penjimatan sewa pejabat
serta memberi kemudahan kepada orang-orang awam dalam urusan mereka
dengan jabatan-jabatan kerajaan.
Pada peringkat pertama, sebuah bangunan tiga tingkat dicadangkan
untuk menempatkan Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah. Semua jabatan negeri
peringkat daerah ditempatkan di bangunan menara yang dicadangkan dibina di
bahagian belakang bangunan tersebut dan ini merupakan peringkat kedua
pembinaan. Kerja-kerja menambak terpaksa dilakukan terlebih dahulu kerana
tapak kawasan yang dipilih pada keseluruhannya sangat rendah dan mudah
dinaiki air dengan paras empat hingga lima kaki di paras jalan raya.
Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail
Bayaran-bayaran ganti rugi juga dibuat kepada tuan kedai dan rumah
kediaman yang terpaksa dipindahkan untuk memulakan kerja-kerja menambak
oleh pihak Kerja Raya. Kerja-kerja tersebut dan kerja-kerja infrastuktur yang
lain seperti pembekalan api, air dan sebagainya diselaraskan supaya
pembinaan di kawasan kompleks itu
dibuat dalam secara terkawal oleh
Jawatankuasa Kerja Raya.
Dalam fasa pertama pembinaan Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah
Batu Pahat, kos menambak kawasan telah menelan belanja sebanyak RM
199,000 bersamaan 49,232.64 padu tanah yang telah dikendalikan oleh
pemborong Saujaya Sdn.Bhd. Kerja-kerja menambak bermula pada 11 April
1982 dan telah selesai pada 19 Februari 1983. Di fasa kedua, kerja-kerja
pembinaan bangunan telah diselenggara oleh Kumpulan Yeoni Construction
yang mana pengambilannya ialah pada 14 September 1983.
Pintu Utama Pejabat Daerah & Pejabat Tanah Batu Pahat
Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Batu Pahat seluas 3,811 meter
persegi ini telah siap pembinaannya pada 13 Mac 1985 dan telah diserahkan
untuk kegunaan pada 21 September 1985 dan menjalankan operasi
sepenuhnya pada 1 Oktober 1985 yang dirasmikan oleh Duli Yang Amat Mulia
Tunku Mahkota Ibrahim Ibni Sultan Iskandar. Beberapa buah jabatan di bawah
kelolaan Pejabat Daerah iaitu Pejabat Perpaduan Daerah, Pejabat RELA
Daerah, Pejabat Majlis Sukan Daerah dan Kemajuan Kampung Baru turut
dipindahkan ke tingkat dua bangunan ini.
Pintu Masuk Pejabat Daerah Batu Pahat
Bermula pada tahun 1985 sehingga kini seramai 40 Pegawai Daerah
telah berkhidmat di Daerah Batu Pahat. Dato’ Mohamad Salleh bin Perang
merupakan Pegawai Daerah yang pertama dan kini jawatan itu disandang oleh
Tuan Hj Mohd Halim bin Hasbullah selaku Pegawai Daerah Batu Pahat.
Kemudahan-kemudahan asas serta peralatan yang serba lengkap dapat
dinikmati secara menyeluruh oleh kakitangan pejabat dan orang awam yang
berurusan dengan pejabat ini. Keadaan ruang pejabat yang luas disediakan
untuk pembahagian ruang-ruang tertentu di masa hadapan. Bilik bilik
berasingan untuk Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai daerah juga
diperuntukkan untuk memudahkan bagi mengawasi agar kegiatan pentadbiran
berjalan dengan lancar.
Sebuah Bilik Gerakan yang ditempatkan di tingkat dua telah
dilengkapkan dengan alat-alat seperti “sliding board” dan meja perundingan
bagi memudahkan pengendalian mesyuarat dan taklimat dari semasa ke
semasa. Di bahagian luar kawasan pejabat telah disediakan tempat-tempat
letak kereta dan motosikal khas untuk memudahkan kakitangan serta orang
awam yang berurusan.
2.2
PENGENALAN JABATAN
Pejabat Daerah Batu Pahat (PDBP) merupakan satu institusi
pentadbiran daerah yang amat penting dalam jentera pentadbiran negara
kerana di peringkat ini bermulanya imej kerajaan dibentuk serta keberkesanan
sesuatu perancangan kerajaan diuji oleh rakyat. Sebagai satu organisasi utama
pentadbiran peringkat akar umbi, Pejabat Daerah menjadi penghubung di
antara organisasi peringkat daerah dengan organisasi peringkat negeri
seterusnya peringkat persekutuan.
Peranan utama PDBP adalah menyelaraskan dan melaksanakan
program-program projek pembangunan daerah di bawah Dasar Pembangunan
Nasional yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup serta pendapatan
penduduk. Selain bertindak sebagai perancang utama, PDBP juga mendasari
pembangunan sebagai penyelaras pembangunan, agen kepada perubahan,
mendokong sistem pentadbiran ke arah kecermelangan selain mempelopori
budaya kerja yang positif.
PDBP juga memikul tanggungjawab yang berat iaitu sebagai
penghubung, lidah atau suara antara rakyat dengan kerajaan Persekutuan.
Pegawai Daerah serta kakitangan bertanggungjawab menjalankan tugas serta
aktiviti-aktiviti pentadbiran dan pengurusan daerah. Di sini, sistem
pentadbiran yang dilaksanakan pula lebih berbentuk idsentralisasi kuasa atau
pengagihan kuasa serta tertakluk kepada beberapa peraturan dan undangundang yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
PDBP terletak di Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail, Jalan
Bakau Chondong, 83000 Batu Pahat Johor. Daerah Batu Pahat terbahagi
kepada 14 buah Mukim, lihat (Rajah 2.2.1). Semua mukim dan kampung
ditadbir oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan Majlis Daerah Yong
Peng (MDYP). Sebelum itu ia di kenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat dan
Majilis Daerah Batu Pahat Timur.
Terdapat 525 buah kampung telah digazetkan. Pada tahun 2008
kerajaan masih belum ada sebarang perancangan untuk menaik taraf Batu
Pahat kepada sebuah Bandaraya walaupun pembangunan dan kemajuan di
Batu Pahat sudah jauh meninggalkan Alor Star dan Kuala Terengganu yang
mana kedua-dua sudah diiktiraf bandaraya. Penduduknya seramai 417,458
orang terutama Melayu, Cina dan India. Lelaki seramai 210,132 dan
perempuan 207,326 orang, ketika itu pada tahaun (2008).
Terdapat empat Parlimen dan sembilan Dun di daerah Batu Pahat
seperti (Rajah 2.2.2). Selain itu juga, derah Batu Pahat mempunyai beberapa
buah Hospital kerajan dan swasta serta bangunan-bangunan kerajaan yang lain
dalam (Rajah 2.2.3). Di samping itu, beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam
dan Swasta telah dibina seperti (Rajah 2.2.4). Ini menunjukkan daerah Batu
Pahat di Negeri Johor sedang pesat membangun setanding dengan daerahdaerah lain di seluruh negeri.
Rajah 2.2.1 : Mukim Daerah Batu Pahat
PARLIMEN
P.147 PARIT SULONG
P.148 AYER HITAM
P.149 SRI GADING
DUN
N.17 SEMERAH
N.18 SRI MEDAN
N.19 YONG PENG
N.20 SEMARANG
N.21 PARIT YAANI
N.22 PARIT RAJA
N.23 PENGGARAM
P.150 BATU PAHAT
N.24 SENGGARANG
N.25 RENGIT
Rajah 2.2.2 : Parlimen dan Dun
HOSPITAL KERAJAAN
Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat
HOSPITAL PAKAR
1. Putra Specialist Hospital
2. Hospital Pantai
BANGUNAN KERAJAAN
1. Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail
2. Bangunan Gunasama Persekutuan
3. Bangunan IPD Polis Batu Pahat
4. Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ )
Rajah 2.2.3 : Hospital dan Bangunan Kerajaan
IPTA
1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ( UTHM )
2. Institut Perguruan Tun Hussein Onn ( IPTHO )
IPTS
Open University Malaysia ( OUM )
KOLEJ
1. Pusat Latihan Teknologi Tinggi ( ADTEC )
2. Kolej Polytech MARA
3. Kolej Kemahiran Tinggi MARA
4. Kolej Komuniti YPJ
5. Kolej Komuniti Batu Pahat
Rajah 2.2.4 : Istitut Pengajian Tinggi
2.3
LATAR BELAKANG PENUBUHAN JABATAN
Pentadbiran di pejabat daerah ini telah diperkenalkan pada tahun 1874
apabila Inggeris mula mengambil bahagian dalam politik dan pentadbiran
negeri-negeri Tanah Melayu. Ketika itu, Kerajaan Negeri-Negeri Tanah
Melayu telah mengambil pegawai-pegawai British yang di gelar Residen.
Sepanjang tempoh pentadbiran Residen, muncullah nama jawatan Pegawai
Daerah serta pentadbiran daerah. Peranan Pegawai Daerah pada masa itu lebih
tertumpu kepada pengawas keamanan, ketenteraman awam, penjaga kebajikan
dan pembangunan ekonomi daerah.
Pejabat Daerah Batu Pahat telah wujud pada akhir kurun ke-19 iaitu
pada tahun 1894 seiring dengan pembukaan Kampung Batu Pahat pada ketika
itu oleh Datuk Muhammad Salleh bin Perang yang bergelar Dato’ Bentara
Luar. Ketika itu, Pejabat Daerah di ketuai seorang pegawai berjawatan
Pesuruhjaya Kerajaan yang bertanggungjawab mentadbir serta mengutip cukai
di daerah Batu Pahat.
“Aku disusahkan oleh dua Penghulu Rahmat dan Kitam. Dua tiga kali
berjumpa dengan aku minta engkau membuka Batu Pahat. Aku jawab dengan
Rahmat dan Kitam, jangan engkau semuanya sumpah dan tidak ikut apa-apa
perintah dia kelak. Dia jawab pada aku, tidak sekali-kali. Aku fikir bolehlah
engkau buka Batu Pahat itu, mana-mana tempat anggaran engkau hendak
jadikan Bandar...” Titah Sultan Abu Bakar kepada Dato' Muhamad Salleh bin
Perang.
Asal usul nama Batu Pahat di susur kembali melalui legenda abad ke15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang dipahat di Kampung
Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran
mereka. Ketika itu, mereka sedang dikejar oleh tentera Melaka pimpinan Tun
Perak, bendahara dari kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Pada tahun 1456,
tentera Siam yang dipimpin oleh Laksamana Awi Di Chu telah menduduki
Batu Pahat dahulu sebelum menyerang Melaka.
Menurut kisah lain, selepas Portugis menduduki Melaka, di percayai
bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosa di
peroleh daripada muara Sungai Batu Pahat. Maka bandar Batu Pahat mendapat
namanya daripada “batu yang dipahat” di muara itu. Terkenal kerana ikan
masin pada suatu ketika dahulu, Batu Pahat sebelum ini di kenali sebagai
“Bandar Penggaram” yang bermaksud “bandar pembuat garam”.
Bandar Penggaram dibuka pada 1 Januari 1894 oleh Dato' Muhamad
Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar Johor atas titah Sultan Abu Bakar,
sultan Johor ketika itu. Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai
salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Takzim dan mempunyai
potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan. Pada tahun 1942,
jawatan Pesuruhjaya Kerajaan telah diubah kepada “Distric Officer” atau
Pegawai Daerah hinggalah sekarang.
2.4
AHLI LEMBAGA PENGARAH
2.4.1
CARTA ORGANISASI
2.4.2
VISI, MISI & OBJEKTIF SYARIKAT
VISI
Kearah Pentadbiran Cemerlang
MISI
Merancang Dan Melaksanakan Pembangunan Daerah Secara Efektif Sejajar Dengan
Dasar-Dasar Kerajaan Dan Keperluan Masyarakat
MOTTO
Keikhlasan Melaksanakan Amanah
SLOGAN
Melangkah Terus Menuju Kecemerlangan
OBJEKTIF
Melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan bagi menggerak, menyelaras
dan melaksanakan program-program dan projek-projek dalam semua aspek
pembangunan daerah dan perkhidmatanyang berkaitan bagi mencapai
pembangunan yang seimbang untuk penduduk dan masyarakat, sesuai dan
selaras dengan dasar-dasar kerajaan khususnya, dasar pembangunan nasional
dan wawasan 2020.
Melaksanakan semua urusan berkaitan denganpentadbiran jabatan dan
perkhidmatan yang adil dan saksama yang diberikan kepada pelanggan
dalaman atau luaran dengan cekap, cepat dan sempurna.
Meningkatkan taraf hidup dan pendapatan penduduk tempatan melalui aktivitiaktiviti pembangunan.
Mewujudkan suatu suasana yang lebih aman dan harmoni di kalangan anggota
masyarakat berbilang kaum kearah kesejahteraan hidup dan kemakmuran
Negara.
2.4.3
FUNGSI JABATAN
JABATAN
FUNGSI
BAHAGIAN
Merancang dan menyelaras perlaksanaan rancangan
PEMBANGUNAN
UNIT
PEMBANGUNAN
pembangunan fizikal dan masyarakat.
Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan projekprojek pembangunan fizikal.
FIZIKAL
UNIT
PEMBANGUNAN
MASYARAKAT
Mengurus
dan
menyelaras
aktiviti
mukim-mukim
meliputi aspek sosio-ekonomi, keagamaan, pendidikan
dan kebudayaan.
BAHAGIAN
Menguruskan
KHIDMAT
teknologi maklumat, pelesenan dan penguatkuasaan,
PENGURUSAN
SEKSYEN
PENTADBIRAN AM
hal
ehwal
pentadbiran,
kewangan,
majlis keraiaan dan keselamatan.
Melaksanakan
tugas-tugas
pentadbiran
am
yang
berkaitan dengan hal ehwal perkhidmatan/perjawatan
kakitangan dan memproses permohonan pelan bangunan
di luar kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
SEKSYEN
KEWANGAN
Menguruskan
dan
mengawal
belanjawan,
hasil,
kewangan am, inventori dan pelupusan harta modal
jabatan.
SEKSYEN
Pusat pengumpulan data dan teknologi maklumat
TEKNOLOGI
Jabatan.
MAKLUMAT
UNIT KHAS
Memproses dan mengeluarkan lesen yang berkaitan di
PELESENAN
dalam daerah mengikut prosedur-prosedur yang telah
ditetapkan melalui enakmen, peraturan dan garis panduan
Kerajaan Negeri Johor yang berkuatkuasa.
Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan di bawah
Enakmen hiburan dan tempat-tempat hiburan 1998 serta
Enakmen Panggung Wayang dan Permainan Raya 1958 (
Enakmen No. 6 Tahun 1958 ).
UNIT MAJLIS DAN
Mengurus dan memberi khidmat nasihat istiadat, aturcara
KERAIAN
rasmi bagi program-program peringkat kebangsaan,
negeri dan daerah yang diadakan di daerah. Mengurus
dan menyelaras majlis-majlis rasmi yang melibatkan
pihak istana dan Pejabat Menteri Besar Johor.
UNIT
KESELAMATAN
Mengurus
hal-hal
berkaitan
dengan
pengurusan krisis dan bencana, serta lain-lain perkara
dalam
daerah
keselamatan
yang
dan
mempunyai
ketenteraman
kaitan
awam
mekanisme Majlis Keselamatan Negara.
2.4.4
keselamatan,
PENCAPAIAN PEJABAT DAERAH BATU PAHAT
dengan
mengikut
Pejabat Daerah Batu Pahat (PDBP) telah mendapat beberapa penganugerahan
dan pencapaian yang cemerlang seperti Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat
Negeri Johor (Rajah 2.4.4.1) dan juga Johan bersama Anugerah Desa Cemerlang
peringkat Kebangsaan (Rajah 2.4.4.2). PDBP juga mempunyai Galeri (Rajah 2.4.4.3)
iaitu tempat pameran seperti piala, plak dan sebagainya terhadap kejayaan PDBP
dalam menganjurkan atau pun mengikuti program-program yang melibatkan kerajaan
Negeri Johor. Antaranya Kembara Mahkota Johor (KMJ), penganjur atau tuan rumah
bagi program-program bersama, merasmikan majlis-majlis amal serta sekolah-sekolah
di kawasan Daerah Batu Pahat dan sebagainya. PDBP juga telah mencapai polisi
sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal (5S) pada 15 Mac 2014 (Rajah 2.4.4.4)
dalam mewujudkan persekitaran yang berkualiti, bersih dan selamat bermatlamatkan
budaya kerja yang unggul.
Rajah 2.4.4.1 : Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Johor
Rajah 2.4.4.2 : Johan bersama Anugerah Desa Cemerlang peringkat Kebangsaan
Rajah 2.4.4.3 : Galeri Pejabat Daerah Batu Pahat
Rajah 2.4.4.4 : Sudut 5S
2.4.5
LAGU PERKHIDMATAN AWAM DAN NEGERI JOHOR
Lagu Perkhidmatan Awam dan Lagu Negeri Johor dinyanyikan oleh warga
pekerja di Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail dalam Perhimpunan Jabatan
pada minggu pertama setiap bulan.
LAGU PERKHIDMATAN AWAM
LAGU BANGSA JOHOR
Verse 1
Allah peliharakan Sultan
Kita memegang amanah bangsa
Kita juga telah berikrar
Taat setia korban tenaga
Nugerahkan dia
Segala kehormatan
Belia bangsa dan Negara
Verse 2
Etika kerja kita amalkan
Sihat dan ria
Kekal dan makmur
Tekun jujur dan berbudaya
Gandakan hasil dan pembangunan
berkhidmat bakti berjasa
Verse 3
Agama asas pegangan
Perlembagaan Negara dijulang
Rukun Negara jadi pedoman
Kitalah benteng Malaysia
Luaskan kuasa
Naungkan kami
Rakyat dipimpini
Berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan
BAB 3
RINGKASAN MINGGUAN
3.1
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
MINGGU
MINGGU 1
AKTIVITI
Melapor diri di Pejabat Daerah Batu Pahat.
Mengikuti Mesyuarat Jawatankuasa Wabak
Peringkat Daerah.
Mengikuti Program Drill Bencana Luaran Daerah Batu
Denggi
Pahat pada 2015 serta mengikuti Program Bacaan dan
Terjemahan Al-Quran yang diadakan pada setiap hari
Khamis.
MINGGU 2
Berjumpa Penolong Pegawai Tadbir (Pengurusan) dan
selaku Penyelia pelajar Latihan Industri iaitu Tuan Hj
Ibrahim bin Ahmad.
Penyelia menerangkan tentang tugas-tugas kakitangan
Pejabat Daerah Batu Pahat. Spesifikasi tugas Pembantu
Tadbir (Perkeranian/ Operasi).
Fungsi-fungsi unit pejabat. Turut serta dalam Majlis
Perhimpunan Pagi bulanan bagi bulan Jun 2015.
MINGGU 3
Merekod surat keluar masuk di dalam kertas minit. Belajar
mengendalikan mesin faks dan juga membuat ‘tag’ untuk
tandatangan pegawai.
Merekod profil ketua kampung bagi borong SPR 2015
serta terlibat dalam Majlis Tahlil arwah bersama warga
Pejabat Daerah Batu Pahat.
MINGGU 4
Membuat plan kedudukan majlis Kembara Mahkota Johor
(KMJ) menggunakan Microsoft Viso.
MINGGU 5
Membuat surat permohonan cuti rehat.
Membuat tuntutan elaun lebih masa bagi bulan Mei 2015.
Di
tempatkan
Ditugaskan
ke
untuk
bahagian
Pembangunan
memasukkan
data-data
Fizikal.
waran
peruntukan Pejabat Menteri Besar Johor Tahun 2015 iaitu
senarai Kerja-kerja Kecil Kawasan Daerah Batu Pahat.
Memasukkan sebut harga, inden atau arahan kerja untuk
kontraktor.
Memasukkan bekalan yang dibekalkan oleh kontraktor
untuk projek-projek kawasan daerah Batu Pahat.
MINGGU 6
Majlis perhimpunan pagi bersama semua warga kakitangan
Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail bagi bulan Julai
2015.
Menghadiri mesyuarat yang berlangsung di Bilik Gerakan
Pejabat Daerah Batu Pahat bagi mengetahui lebih
mendalam
tentang
bagaimana
prosedur
mesyuarat
berlangsung dan aturcara majlis yang akan berlaku pada
majlis atau program yang akan datang.
Majlis tadarus dan Khatam Al-Quran bersama semua
warga Pejabat Daerah Batu Pahat.
MINGGU 7
Penyelia menerangkan tentang pembentukan borang
Penilaian Prestasi dan prosedur menguruskan penilaian
prestasi bagi setiap kakitangan di dalam jabatan dari
peringkat bawahan hingga ke peringkat atasan
Penyelia memberi pencerahan tentang bagaimana prestasi
kakitangan PDBP dinilai.
Penyelia juga menerangkan bagaimana proses peperiksaan
JPA dan peperiksaan KPSL (Kenaikan Pangkat Secara
Lantikan) bagi Gred N27 berlansung.
MINGGU 8
Dipertanggungjawabkan untuk menghantar surat dengan
menggunakan mesin faks iaitu surat penajaan atau
“sponsor” kepada syarikat-syarikat swasta dan badanbadan kerajaan bagi menaja hamper dan minuman
sempena Program Kembara Mahkota Johor pada 09 Ogos
2015.
Menghantar surat menggunakan mesin faks iaitu surat
penajaan sempena keberangkatan Sultan Ibrahim Ibni
Almarhum Sultan Iskandar, Sultan bagi Negeri dan Jajahan
Tahluk Johor pada 31 Ogos 2015.
MINGGU 9
Mengasingkan borang sebut harga mengikut jenis kerja
yang akan dilakukan oleh kontraktor seperti di dalam
tender sebut harga.
Diamanahkan membuat jadual tugasan mingguan untuk
pelajar praktikal yang baru melaporkan diri.
Belajar mengendalikan mesin Photostat.
Menyusun fail di dalam rak dokumen dengan teratur
mengikut polisi 5S.
MINGGU 10
Menghadiri Pertandingan Pidato 1 Malaysia Peringkat
Kebangsaan (Akhir) Tahun 2015 pada 02 Ogos 2015
bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail Universiti Tun
Hussein Onn (UTHM) bersama-sama Pegawai Daerah
Batu Pahat, pegawai-pegawai atasan, Tuan Haji Ibrahim
Bin
Ahmad
dan
warga
kakitangan
PDBP
bagi
memeriahkan dan menjayakan program yang berlangsung.
Di samping menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman
tentang proses pengurusan program yang besar ini
dilaksanakan.
MINGGU 11
Pada minggu ini Program Kembara Mahkota Johor (KMJ)
telah berlangsung pada 10 gos 2015 hingga 13 Ogos 2015.
Pada 09 Ogos 2015 semua jabatan-jabatan kerajaan dan
swasta yang terlibat perlu hadir ke Dewan Hj Hashim Parit
Tengah Batu Pahat untuk mengadakan ‘Reasal’ penuh bagi
menyambut kedatangan DYMM Sultan Ibrahim Ibni
Almarhum Sultan Iskandar, sultan bagi Negeri dan Jajahan
Takluk Johor dalam KMJ.
Saya dipertanggungjawabkan untuk menyediakan serta
memastikan segala kelengkapan dan persiapan seperti
dulang, tuala muka, tuala tangan, air evian, gelas berakali,
air batu dan ‘cool box’ sentiasa tersedia untuk DYMM
Sultan.
MINGGU 12
MINGGU 13
MINGGU 14
MINGGU 15
MINGGU 16
3.2
PROGRAM SEPANJANG LATIHAN INDUSTRI
PROGRAM BACAAN & TERJEMAHAN AYAT SUCI AL-QUR’AN
PADA SETIAP HARI KHAMIS
Program bacaan dan terjemahan Al-Quran ini diadakan pada hari Khamis
setiap minggu. Pembaca dan penterjemah akan ditukar secara bergilir-gilir pada setiap
minggu mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pegawai yang dilantik. Program
ini bertujuan untuk memartabatkan ayat-ayat suci Al-Quran di dalam diri setiap
pegawai dan juga kakitangan Pejabat Daerah. Selain menyucikan jiwa dengan bacaan
ayat Al-Quran pada setiap minggu, pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah juga
dilatih untuk lebih lancar membaca Al-Quran di samping memahami maksud-maksud
ayat tersebut.
PROGRAM BENCANA LUARAN DAERAH BATU PAHAT
TAHUN 2015
Program Drill Bencana Luaran Daerah Batu Pahat Tahun 2015 ini telah
diadakan pada 03 Jun 2015 bertempat di Stadium Batu Pahat dan Hospital Sultanah
Nora Ismail (HSNI). Program ini adalah program anjuran bersama Jabatan
Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Nora Ismail dan Pejabat Daerah Batu
Pahat. Antara agensi-agensi lain yang terlibat ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat, Majlis Perbandaran Batu
Pahat, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, St John
Ambulans Batu Pahat, Persatuan Bulan Sabit Malaysia, dan Persatuan Pengakap
Malaysia. Objektif umum program ini bertujuan menyediakan landasan secara
praktikal untuk menguji keberkesanan kerjasama antara agensi dalam situasi bencana
di daerah Batu Pahat. Manakala onjektih khusus HSNI adalah menguji kesiapsiagaan
setiap anggota HSNI dalam menghadapi bencana luaran, menyediakan landasan untuk
menguji Pelan Tindakan Bencana Luaran HSNI serta menambah baik sebarang
kelemahan dalam melaksanakan Pelan Tindakan Bencana Luaran HSNI.
PROGRAM TADARUS DAN KHATAM AL-QUR’AN
PERINGKAT JABATAN KERAJAAN
BAGI PEJABAT DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2015
Program Katam Al-Quran ini diadakan pada 09 Julai 2015 bersamaan 22
Ramadan 1436 Hijrah. Program ini berlansung pada jam 0800 pagi bertempat di Bilik
Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat. Semua pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah
Batu Pahat turut membaca Al-Quran mengikut Juzu’ yang telah ditentukan. Manakala,
bagi Program Khatam Al-Quran bacaannya akan dibaca secara beramai-ramai.
BILIK GERAKAN PEJABAT DAERAH BATU PAHAT
Segala mesyuarat berkenaan kawasan Daerah Batu Pahat akan diadakan di
dalam bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat yang di pengerusikan oleh YB
Pegawai Daerah Tuan Haji Mohd Halim bin Hasbullah.
PERTANDINGAN PIDATO 1 MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2015 (AKHIR)
Pertandingan Pidato 1 Malaysia telah berlangsung pada 02 Ogos 2015
bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)
Batu Pahat. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Jailani Johari selaku
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia. Majlis ini bermula pada pukul 09.30
pagi sehingga 01.30 petang. Pertandingan Pidato 1 Malaysia adalah sebagai salah satu
medium atau kaedah bagi menyampaikan dan menyebarkan maklumat dasar-dasar
kerajaan khasnya berkaitan isu semasa kepada orang ramai. Ia juga bertujuan untuk
mencapai matlamat kea rah Negara maju. Manakala Tema Pertandingan Pidato 1
Malaysia tahun 2015 adalah “Malaysia #sehatisejiwa”.
PROGRAM KEMBARA MAHKOTA JOHOR (KMJ)
Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) telah berlangsung pada 10 Ogos
2015 hingga 13 Ogos 2015. Daerah Batu Pahat menjadi yang kedua dilalui oleh
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar beserta rombongan Kembara. Tempat
pertama yang ditujui adaah ke Dewan Haji Hashim Kampung Parit Tengah Batu
Pahat. Program ini turut dihadiri oleh ribuan penduduk bagi menyambut ketibaban
DYMM
Sultan
Ibrahim.
Berbagai-bagai
aktiviti
dan
permainan
rakyat
dipersembahkan oleh penduduk yang bertemakan ‘Muafakat Bangsa Johor’ dalam
KMJ pada tahun 2015 ini. Antaranya permainan dam haji besar, memotong dan
mensagat sagu, memeanjat pokok kelapa, berlumba sampan pisang dan banyak lagi.
Dewan Orang Ramai Parit Ya’ani
Setelah selesai di Parit Tengah, KMJ bergerak ke UTHM dan seterunsya ke
Dewan Orang Ramai Parit Ya’ani Batu Pahat. Di Parit Ya’ani, rombongan KMJ
disediakan pula dengan pameran alatan muzik tradisional Negeri Johor serta cara
pembuatan barangan tersebut dan dapat disaksikan dengan secara langsung oleh
DYMM Sultan dan penduduk.
Pekan Parit Sulong
Seterusnya, rombongan KMJ bergerak ke Pekan Parit Sulong Batu Pahat. Di
sini KMJ disajikan pula dengan pelbagai jenis makanan oleh peniaga-peniaga
antaranya ‘Sup Gear Box’, pisang goreng, bubur dan sebaginya. Turut hadir bersama
adalah ahli parlimen Parit Sulong iaitu YB Dato Noraini Ahmad bagi menyambut
ketibaan KMJ. Pada keesokannya, KMJ bergerak ke Kangkar Baru dan pekan ini
adalah pekan yang terakhir dilalui oleh KMJ di kawasan Daerah Batu Pahat sebelum
rombongan bergerak ke daerah-daerah lain di seluruh Negeri Johor.
PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2015
BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL
4.1
PENGENALAN
Laporan teknikal merupakan kepakaran dan kepandaian seseorang
dalam penggunaan dan pengendalian alatan-alatan elektronik, dokumendokumen dan sebagainya dengan mengikut prosedur penggunaan yang betul.
Antara kegiatan teknikal yang dapat dikongsi sepanjang Latihan Industri di
PDBP adalah seperti penggunaan yang betul dalam mengendalikan mesin
Photostat, penggunaan mesin faks, penyusunan dokumen-dokumen mengikut
prosedur 5S dan banyak lagi.
Di sini saya
4.2
PANDUAN PENGGUNAAN MESIN FOTOSTAT
LANGKAH 1
Mula-mula sekali hidupkan suis mesin fotostat. ‘Switch on button’ yang
bewarna merah seperti di bawah. Kemudian, tunggu sehingga skrin hidup dan
mesin akan mengeluarkan bunyi titt! titt! titt!
Sekiranya sudah menekan suis itu tetapi mesin fotostat tidak menyala atau
berfungsi lagi, ia menunjukkan ada tiga sebab. Pertama, kerana suis utama
tidak dihidupkan, kedua kerana mesin fotostat rosak dan yang ketiga adalah
kerana butang dalam gambar di bawah ini tidak dihidupkan.
LANGKAH 2
Letakkan kertas yang ingin disalin di bawah penutup mesin tersebut. Cara
meletakkannya,
adalah
dengan
mengikut
ukuran
yang
dikehendaki.
Kebiasaannya setiap mesin fotostat telah disediakan ukuran yang bersesuaian
di bahagian tepi skrin. Rapatkan kertas ke penjuru yang betul dan tutup
penutupnya.
LANGKAH 3
Pilih ‘track’ yang ada simpanan kertas.
LANGKAH 4
Mesin juga boleh dikendalikan secara automatik. Kebiasaannya setiap tetapan
ukuran kertas yang disalin tidak sama. Untuk kesenangan adalah dengan
memilih secara terus kepada nombor laluan kertas yang sesuai dengan tetapan
yang perlu disalin. Proses tetapan akan dipaparkan di skrin dan jenis kertas
yang dipilih seperti (A3, A4, A5).
LANGKAH 5
Pilih bilangan yang hendak disalin dan tekan butang warna hijau. Jika salinan
tersalah, perlu segera menekan butang berwarna merah yang kecil seperti di
bawah. Butang merah kecil itu berfungsi untuk membatalkan nombor salinan
atau membatalkan salinan.
LANGKAH 6
Tunggu sehingga kertas habis disalin. Setelah selesai, tekan butang ‘off’ untuk
mematikan mesin fotostat itu. Panduan yang dinyatakan di atas adalah bagi
menyalin kertas yang biasa. Bermaksud penggunaan asas mesin fotostat. Jika
ingin fotostat salinan kad pengenalan, kecilkan saiz tulisan, buat dua bahagian
salinan atau sebagainya ia memerlukan tetapan yang berbeza. Perlu tetapkan
tetapan diskrin seperti di bawah.
4.3
PANDUAN PENGGUNAAN MESIN FAKS
Mengirim data melalui faks adalah cara yang efisien dan cepat untuk
mengirim dokumen jika anda tidak mempunyai banyak masa untuk mengirim
email dan tiada mesin scanner. Kaedah ini masih dipakai untuk pengiriman
dokumen yang memerlukan tanda tangan. Penggunaan mesin faks mungkin
membingungkan pada awalnya, tapi disini akan dijelaskan bagaimana cara
menggunakan mesin faks.
LANGKAH 1
Membuat surat pengantar untuk memastikan kepada siapa dan kemana
dokumen itu akan dikirimkan dan adakah nombor yang dituju benar atau
salah. Masukkan surat pengantar terlebih dahulu sebelum dokumen anda ke
dalam mesin faks yang menghadap ke arah mesin.
LANGKAH 2
Masukkan nombor yang hendak difaks ke dalam mesin. Terdapat kekunci
angka seperti telefon pada mesin faks. Hati-hati menekan nombor supaya anda
tidak membuat kesalahan, kerana surat-surat mungkin sulit untuk diketahui
bila anda telah menghubungi nombor faks yang salah.
LANGKAH 3
Tekan kekunci kirim jika anda telah benar memasukkan semua angka ke
dalam mesin. Ini akan memulai pengiriman dokumen. Kekunci kirim biasanya
lebih besar dari yang kekunci yang lain dan mudah untuk dicari. Biasanya,
kekunci ini ditempatkan di samping atau di bawah papan kekunci.
LANGKAH 4
Tunggu sehinggai dokumen anda melalui mesin dan kumpulkan jika sudah
selesai. Apa pun yang anda kirimkan ia akan melalui serangkaian rol dan
dirakam secara digital.
LANGKAH 5
Tunggu sehingga mendapat pengesahan yang akan memberitahu anda sama
ada faks anda berjaya dikirimkan atau tidak.
BAB 5
DAPATAN DAN
CADANGAN
5.1
DAPATAN
Hasil dapatan saya melalui kerja yang dilakukan sepanjang saya
menjalani latihan industri ini, saya banyak mempelajari tentang:
5.1.1
5.1.2
Dapat merasai persekitaran bekerja di alam pekerjaan yang sebenar.
Dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari sepanjang saya
5.1.3
belajar di Cybernetics.
Dapat meningkatkan lagi daya keyakinan diri apabila berhadapan
5.1.4
dengan orang awam dan tahu cara berinteraksi dengan betul.
Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di pejabat bersama seluruh
5.1.5
warga Pejabat Daerah Batu Pahat dengan baik.
Dapat menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan dengan baik dan
jayanya.
5.2
KOMEN DAN CADANGAN
Latihan Industri yang telah saya jalani di sini amatlah di hargai.
Daripada latihan ini saya ingin memberi cadangan serta saranan iaitu:
5.2.1
Pelajar harus didedahkan dengan dunia luar atau kerja di luar pejabat,
tidak hanya di dalam pejabat untuk lebih menambahkan ilmu
5.2.2
pengalaman.
Pihak jabatan perlu melantik seorang pegawai atau kakitangan untuk
memantau segala urusan kerja yang melibatkan pembelajaran kepada
5.2.3
pelajar.
Pihak kakitangan Pejabat Daerah perlulah menunjukkan sikap bekerja
yang baik untuk dijadikan sebagai contoh kepada pelajar industri.
5.2.4
PDBP perlu mewujudkan suasana kerja yang lebih cergas seperti
mengadakan sukan pada setiap hari atau minggu agar kakitangan
pejabat dan pelajar praktikal sentiasa cergas dari segi fizikal dan
mental.
BAB 6
KESIMPULAN
Setelah selesai menjalani Latihan Industri selama tiga bulan setengah,
banyak perkara yang saya pelajari dari segala aspek berkaitan dengan bidang
kerjaya terutamanya ketepatan waktu, disiplin diri, dan cara berkomunikasi
dengan pihak atasan dan pihak-pihak yang berkaitan. Dengan bertugas di
Pejabat Daerah Batu Pahat, saya telah mempelajari cara-cara bagaimana
pengurusan pejabat dijalankan, pengurusan pekerja, pengurusan dokumen
sebut harga, pembelian tender dan terutamanya dalam bidang yang saya
pelajari iaitu Pengurusan Sumber Manusia.
Secara amnya Latihan Industri perlu diteruskan kerana berfungsi
memberikan manfaat serta faedah yang berguna kepada pelatih dari segi
ilmiah pengalaman sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang
sebenar. Ini dapat dijelaskan bahawa apabila seseorang penuntut menjalani
latihan industri, mereka akan dapat melihat gambaran serta merasai suasana
sebenar dunia pekerjaan di samping menjalankan segala amanah-amanah yang
diberikan. Praktikal ini jelas dengan konsep ilmu dan amal, di mana ilmu yang
dipelajari tanpa mengamalkannya akan hilang dan tidak akan memberi apaapa kesan.Oleh itu, latihan industri banyak mendatangkan kebaikan kepada
pelajar sebelum memperluaskan dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari di
IPTA atau IPTS untuk kegunaan sewaktu di alam pekerjaan.
Kesimpulan setelah berjaya menjalani latihan industri ini, pelatih dapat
melihat sendiri suasana sebenar dunia pekerjaan serta berdepan dengan pahit
manis semasa latihan industri. Juga dapat menimba pengalaman, pengetahuan
dan pendedahan yang berguna sama ada secara langsung atau pun secara tidak
langsung. Di sini saya memohon maaf kepada pihak Pejabat Daerah Batu
Pahat serta Unit Latihan Industri Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetis
atas kesilapan yang terkandung dalam laporan ini serta ikhlas dan sedia
menerima sebarang teguran yang membina. Dengan menjalani latihan ini,
diharap segala pengalaman dan ilmu dapat digunakan apabila saya menceburi
bidang kerjaya nanti.
BIBLIOGRAFI /
RUJUKAN
1. www.wikipedia.org
2. www.johor.gov.my
3. www.pdbp.gov.my
4. FAIL BENGKEL PENYUSUNAN SEMULA STRUKTUR ORGANISASI
PEJABAT-PEJABAT DAERAH NEGERI JOHOR SUKJ (BPSM) / JABATAN
LAMPIRAN