Penilaian Perisian dan Multimedia Interaktif

Nama Pelajar: Lu Cheng Soon

Program: Ed.D

No. Matriks: 7133000061

Penilaian Perisian Multimedia Interaktif Topik Gelombang
Berasaskan Model Konstruktivis Needham
Lu Cheng Soon dan Zaidatun bt Tasir
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Abstrak. Kajian ini bertujuan untuk membuat penilaian terhadap perisian multimedia interaktif bagi topik gelombang
berasaskan Model Konstruktivis Needham. Reka bentuk kajian ini ialah merupakan gabungan dari kaedah praeksperimen jenis ujian pra-ujian pos satu kumpulan dan kaedah tinjauan menerusi soal selidik penilaian perisian. Kaedah
pra-eksperimen digunakan untuk menilai keberkesanan perisian terhadap pencapaian pelajar manakala kaedah tinjauan
digunakan untuk menilai perisian dari aspek reka bentuk dan isi kandungan. Data yang diperolehi dari kajian ini
melibatkan data jenis kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif dikumpul dari soal selidik guru dan pelajar serta ujian
pencapaian pra dan pos. Untuk data kualitatif pula, perisian aplikasi Screen Cam telah digunakan untuk mengenalpasti
pola interaksi pelajar ketika berinteraksi dengan perisian itu. Penganalisisan data secara kuantitatif dilakukan dengan
menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif-min dan kaedah analisis statistik deskriptif-frekuensi serta kaedah ujian
T jenis Paired-Samples T Test. Untuk menentukan pola interaksi pelajar semasa menggunakan perisian ini, data kualitatif
telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan kaedah kekerapan / frekuensi. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa kesemua responden secara keseluruhannya bersetuju dengan kriteria-kriteria yang terkandung

dalam setiap konstruk yang telah dinilai. Nilai min bagi setiap konstruk yang dinilai oleh guru dan pelajar adalah
melebihi nilai 4.0. Dapatan juga menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan yang signifikan antara ujian pencapaian pra
dengan ujian pencapaian pos pada aras signifikan, α = 0.05 (P = 0.019). Sementara itu, hasil analisis ke atas data perisian
Screen Cam menunjukkan bahawa majoriti pola interaksi pelajar adalah tidak berstruktur ketika berinteraksi dengan
perisian tersebut. Diharapkan melalui penilaian perisian sebegini, proses pengajaran dan pembelajaran menerusi
komputer dapat dipertingkatkan kualitinya sejajar dengan perlaksanaan sekolah bestari.
Kata kunci: Multimedia interaktif, gelombang, Model Konstruktivis Needham.
PACS: 01.50.H-

PENGENALAN
Pendidikan merupakan satu proses yang dinamik. Kedinamikannya menyebabkan berlakunya perubahan demi
perubahan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebelum ini, proses pengajaran dan
pembelajaran secara tradisional lebih menekankan kepada pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru dan guru
bersifat seolah-olah autoritarian dalam mengendalikan kelas. Sementara para pelajar hanya menerima sahaja tanpa
membantah. Kaedah pengajaran secara tradisional menimbulkan rasa kebosanan dan kurang menarik jika
dibandingkan dengan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang bersesuaian dan mampu menimbulkan
rangsangan yang positif dalam pembelajaran (Mohd Salleh Abu dan Tan Wee Chuen, 2001). Justeru itu, untuk
menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan mendatangkan kesan yang positif di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, seseorang guru tidaklah bertugas sekadar mencurahkan ilmu pengetahuan yang ada padanya kepada
para pelajar, tetapi menjelmakan matlamat pembelajaran para pelajar berkenaan melalui penggunaan media

pengajaran sebagai wahana penyatuan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan menambahkan
kelancaran perhubungan antara guru dengan pelajar, pelajar sesama pelajar dan membantu mempercepatkan proses
pemahaman mereka.
Dalam zaman perkembangan teknologi sekarang amatlah penting bagi guru-guru menyedari penggunaan
pelbagai jenis perisian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru perlu bertindak bijak dalam
menilai pelbagai kualiti perisian komputer yang terdapat di pasaran mahupun sumber-sumber lain seperti Internet
bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Perisian komputer yang berkesan dapat menonjolkan situasi
pembelajaran yang interaktif antara pelajar dengan isi pembelajaran di samping mempercepatkan proses pengajaran
dan pembelajaran (Hee Jee Mei dan Norahidah Mamat @ Abdul Rashid, 2001). Jadi, penilaian perisian merupakan
salah satu tugas yang mencabar bagi guru-guru di sekolah. Oleh yang demikian, penyelidik ingin menjalankan
kajian untuk menilai prototaip perisian multimedia interaktif dari segi aspek rekabentuk dan keberkesanan
penggunaan perisian di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan Lima untuk
meningkatkan martabat profession keguruan serta kualiti kurikulum Negara.

Nama Pelajar: Lu Cheng Soon

Program: Ed.D

No. Matriks: 7133000061


Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menilai sama ada perisian yang dinilai ini berdasarkan aspek-aspek berikut:
(i)
mempunyai ciri reka bentuk yang bersesuaian,
(ii)
mempunyai isi kandungan yang bersesuaian,
(iii)
memberi kesan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar,
(iv)
mengenalpasti sama ada pola interaksi pelajar adalah berstruktur atau tidak berstruktur ketika
menggunakan perisian ini.

SOROTAN KAJIAN
Terdapat banyak kajian mengenai penilaian perisian. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu
proses yang dinamik. Ciri-ciri pembelajaran pelajar merupakan suatu pembolehubah disebabkan gaya pembelajaran
setiap individu adalah berbeza. Kebanyakan pelajar tidak dapat membangunkan kemahiran pembelajaran dengan
semulajadi. Mereka sentiasa menghadapi masalah pengetahuan kompleks. Hipermedia dalam perisian multimedia
dapat menyesuaikan perbezaan individu untuk pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, kaedah pengajaran alternatif
seperti pengajaran berbantukan komputer adalah diperlukan untuk membantu pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Song, 2002).

Menurut Zurami Maidin (1991) pula, penggunaan multimedia dapat membantu pelajar memahami sesuatu
konsep serta isi kandungan pelajaran dengan mudah di samping dapat mencungkil pemahaman mereka. Penggunaan
perisian multimedia dapat membolehkan pelajar memperolehi jawapan segera pada sesi pengajaran dan
pembelajaran. Dengan adanya kelebihan sebegini, pelajar dapat mengetahui perkembangan dan tahap kemajuan
masing-masing. Bagi pihak guru, perkembangan kemajuan pelajar dapat dinilai dengan adanya perisian kursus serta
tahap pencapaian pelajar dapat dikawal dan ditingkatkan.
Di samping itu, perisian komputer yang dibina berasaskan model inkuiri saintifik dapat berperanan sebagai alat
kognitif untuk membantu pelajar dalam proses mengakomodasi pengalaman baru dan penemuan pengetahuan baru
(Ting Choo Yee et. al., 2000). Tambahan lagi, ia berupaya untuk meningkatkan minat dan pembelajaran pelajar
biasa (Shaharuddin Ariffin, 1995) serta mempercepatkan proses pembelajaran dan berpotensi untuk meningkatkan
prestasi pencapaian akademik pelajar-pelajar khas (Faridah Serajul Haq, 2001). Bagi pelajar-pelajar hiperaktif pula,
kajian oleh Faridah Serajul Haq (2001) menunjukkan pelajar-pelajar hiperaktif menggemari perisian yang
mempunyai pelbagai ransangan visual, warna, ilustrasi dan kinestetik. Multimedia dapat membantu proses kognitif
pelajar bermasalah pembelajaran kerana maklumat disampaikan dengan pelbagai format. Bagi pelajar-pelajar lemah
pula, hasil kajian oleh Mohd Zaliman dan Manjit Singh (2001) menunjukkan bahawa teknologi multimedia
berupaya membantu pelajar yang lemah mencuba kaedah alternatif aktiviti pembelajaran yang terkini, membantu
mereka terus belajar dengan kreatif dan mengikut kemampuan serta meningkatkan motivasi pelajar dengan memberi
perhatian terhadap keperluan pelajar itu sendiri. Ini disebabkan oleh gabungan elemen grafik, teks, bunyi dan video
dapat merangsangkan deria pelajar.
Terdapat kajian (Baharuddin, et al., 2000) menunjukkan bahawa kaedah pengajaran menggunakan teknologi

komputer mampu mengubah sikap pelajar terhadap sesuatu benda, perkara atau peristiwa apabila pengajaran
berbantukan sesuatu teknologi komputer (PBK) dirancangkan dengan teliti. PBK juga berpotensi untuk digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak mampu dilaksanakan oleh kaedah tradisional (Ellington,
1995). Ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Phua, Ramasamy dan Ang (1998) yang menunjukkan bukti
statistik perbezaan pencapaian markah di antara pelajar yang diajar dengan kaedah Pengajaran Berbantukan
Komputer dengan kaedah pembelajaran tradisional. Tambahan lagi, kajian oleh Crowe dan Palmera-Leynes (1995)
juga menunjukkan kadar penahanan (Retention Rate) pelajar akan bertambah sebanyak 30% apabila menggunakan
koswer multimedia interaktif berbanding dengan menggunakan kaedah tradisional.
Kajian oleh Maizurah et. al. (2001) mendapati bahawa penggunaan visual sebagai alternatif kepada teks dan
pertuturan dititikberatkan kerana terdapat ilmu yang sukar dijelaskan melalui teks tetapi lebih mudah difahami
melalui visual yang boleh diperolehi daripada gabungan pelbagai media (multimedia).
Dapatan kajian oleh Fong Soon Fook et.al. (2001), menunjukkan bahawa mod yang mempersembahkan teks dan
grafik animasi dalam bentuk segmen-segmen (TGAB) dapat membantu meningkatkan perhatian terpilih pelajar pada
maklumat yang terkandung dalam grafik animasi. Dapatan kajian ini turut menunjukkan pelajar bertahap
kebimbangan sederhana mendapat skor min pencapaian yang lebih tinggi dibandingkan dengan pelajar tertahap
kebimbangan tinggi atau rendah, tanpa mengambilkira jenis mod olahan. Dapatan ini mempunyai implikasi
terhadap para pereka bentuk CAI multimedia supaya meyelidik dan mengenal pasti strategi-strategi yang sesuai dan

Nama Pelajar: Lu Cheng Soon


Program: Ed.D

No. Matriks: 7133000061

berkesan untuk membantu mengurangkan jurang perbezaan pencapaian antara kedua-dua kategori pelajar yang
dikaji.
Walau bagaimanapun, kajian Zirkel dan Zirkel (1997) tentang keberkesanan dan keefektifan penggunaan
teknologi baru seperti perisian pembedahan berpandukan komputer dan rakaman video dalam pengajaran anatomi
berbandingan dengan pembedahan tradisional menunjukkan keberkesanan dan keefektifan kedua-dua kaedah adalah
sama dan tiada perbezaan walaupun kesahan luaran dan dalaman kajian-kajian lepas itu dipersoalkan.

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk penyelidikan ini lebih bersifat kuantitatif. Reka bentuk penyelidikan bersifat kuantitatif yang
digunakan adalah reka bentuk penyelidikan tinjauan jangka pendek menerusi penggunaan soal selidik. Penyelidikan
ini juga menggunakan reka bentuk Pra-eksperimen (Pre-experimental design) jenis Ujian-Pra – Ujian Pos Satu
Kumpulan (One-Group Pretest-Posttest Design) seperti yang dicadangkan oleh Donald T. Campbell dan Julian C.
Stanley (1966). Ia juga dikenali sebagai reka bentuk penyelidikan pra-eksperimen perbandingan satu kumpulan
(Khalid Johari, 2003). Dalam reka bentuk tersebut, hanya satu kumpulan rawatan telah melalui rawatan eksperimen
dan kumpulan kawalan adalah tidak diperlukan. Penyelidikan ini juga menggunakan pendekatan reka bentuk
penyelidikan bersifat kualitatif, iaitu kaedah pemerhatian jenis pemerhatian formal (Khalid Johari, 2003).

Reka bentuk penyelidikan tinjauan jangka pendek yang menggunakan instrumen soal selidik bertujuan untuk
menilai mutu perisian dari aspek reka bentuk dan isi kandungan perisian yang telah dibangunkan oleh sekumpulan
pelajar sarjana. Sementara itu, reka bentuk pra-eksperimen jenis Ujian-Pra – Ujian Pos Satu Kumpulan (O 1 X O 2 )
bertujuan untuk mengukur perbezaan pencapaian antara ujian pra (O 1 ) dengan ujian pos (O 2 ) yang telah diikuti
oleh satu kumpulan pelajar yang sama (Khalid Johari, 2003). Bagi kaedah pemerhatian jenis pemerhatian formal
pula, perisian Screen Cam telah digunakan untuk mengenalpasti pola interaksi pelajar ketika menggunakan perisian
yang dinilai.

Lokasi Kajian
Lokasi kajian yang dipilih dalam kajian ini ialah sebuah sekolah menengah di Pekan Nanas, Pontian, Johor.
Sekolah ini adalah dipilih secara bertujuan kerana ia terdiri daripada pelajar-pelajar yang berbagai bangsa dan
agama. Di samping itu, sekolah tersebut telah dikenalpasti mempunyai kemudahan seperti makmal komputer dan
LCD projektor untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran berkomputer.

Pemilihan Sampel
Populasi yang dipilih merupakan satu-satu kelas aliran Sains yang terdiri daripada 30 orang pelajar yang sedang
mengambil mata pelajaran Fizik tingkatan lima tahun ini di sekolah yang telah dijalankan penyelidikan. Mengikut
Krejcie, R.V. dan Morgan, D. W. (1970), bilangan sampel minimum yang perlu dipilih bagi populasi 30 orang
pelajar adalah sekurang-kurangnya 28 orang pelajar. Oleh yang demikian, penyelidik membuat keputusan untuk
memilih kesemua pelajar dalam kelas tersebut sebagai responden penyelidikan ini. Sampel kajian yang dipilih

terdiri daripada kedua-dua jantina yang berbagai bangsa dan agama.

Instrumen Kajian
Oleh kerana kajian ini melibatkan reka bentuk penyelidikan tinjauan jangka pendek, maka instrumen kajian
yang digunakan melibatkan dua set soal selidik (satu set soal selidik penilaian perisian untuk guru dan satu set soal
selidik penilaian perisian untuk pelajar). Bagi reka bentuk pra-eksperimen jenis Ujian-Pra – Ujian Pos Satu
Kumpulan dan kaedah pemerhatian jenis pemerhatian formal, ujian pencapaian pra / pos dan perisian Screen Cam
masing-masing digunakan sebagai instrumen kajian penilaian perisian.

Nama Pelajar: Lu Cheng Soon

Program: Ed.D

No. Matriks: 7133000061

Soal Selidik Penilaian Perisian Untuk Guru / Pakar
Satu set soal selidik penilaian perisian yang diedarkan kepada guru mata pelajaran Fizik / pakar merupakan satu
set soal selidik yang dirangka dan dihasilkan oleh penyelidik sendiri. Proses penghasilan soal selidik ini adalah
merujuk kepada bentuk soal selidik pengkaji-pengkaji lalu yang juga membuat kajian yang hampir sama serta garis
panduan yang telah diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menilai sesuatu perisian. Ia terdiri

daripada 44 soalan dan dibahagikan kepada enam bahagian seperti tertera dalam JADUAL(1) di bawah.

Bahagian
A
B
C
D
E
F

JADUAL(1). Pembahagian item mengikut dimensi.
Dimensi
Soalan
Maklumat Latar Belakang / Demografi Responden.
1-3
Mutu Perisian Berdasarkan Isi Kandungan Pelajaran.
1 - 11
Mutu Perisian Berdasarkan Reka Bentuk Skrin.
12 - 18
Mutu Perisian Berdasarkan Reka Bentuk Interaktiviti.

19 - 28
Mutu Perisian Berdasarkan Kuiz / Latihan Terkandung.
29 - 37
Soalan Terbuka.
(i)-(iv)

Jumlah
3
11
7
10
9
4

Soal Selidik Penilaian Perisian Untuk Pelajar /Responden
Satu set soal selidik penilaian perisian yang diedarkan kepada pelajar-pelajar tingkatan lima yang mengambil
mata pelajaran Fizik terdiri daripada 37 soalan dan dibahagikan kepada enam bahagian seperti tertera dalam
JADUAL(2) di bawah. Ianya bertujuan mengumpul data bagi mengkaji sama ada perisian multimedia yang
dihasilkan itu mempunyai (i) ciri reka bentuk skrin yang bersesuaian?, (ii) ciri reka bentuk interaktiviti yang
bersesuaian? dan (iii) isi kandungan yang bersesuaian?


Bahagian
A
B
C
D
E
F

JADUAL(2). Pembahagian item mengikut dimensi.
Dimensi
Soalan
Maklumat Latar Belakang / Demografi Responden.
1-2
Mutu Perisian Berdasarkan Isi Kandungan Pelajaran.
1-4
Mutu Perisian Berdasarkan Reka Bentuk Skrin.
5 - 11
Mutu Perisian Berdasarkan Reka Bentuk Interaktiviti.
12 - 21
Mutu Perisian Berdasarkan Kuiz / Latihan Terkandung.
22 - 30
Soalan Terbuka.
(i)-(v)

Jumlah
2
4
7
10
9
5

Ujian Pra dan Ujian Pos
Satu set soalan ujian pencapaian pra dan satu set soalan ujian pencapaian pos yang terdiri daripada 20 soalan
objektif peperiksaan SPM yang lepas bagi tajuk gelombang telah digunakan untuk mengumpul data bagi mengkaji
sama ada perisian multimedia yang dihasilkan itu memberi kesan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar.
Soalan-soalan dalam ujian pra dan ujian pos adalah sama, tetapi berbeza dari segi tertib susunan sahaja.

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
Untuk menentukan sama ada perisian yang dihasilkan mempunyai ciri reka bentuk skrin dan interaktiviti serta
isi kandungan yang bersesuaian, data dari soal selidik penilaian perisian telah dianalisis dengan menggunakan
kaedah analisis statistik deskriptif-min dan kaedah analisis statistik deskriptif-frekuensi. Untuk menentukan sama
ada wujudnya perbezaan yang signifikan bagi pencapaian pelajar sebelum dan selepas menggunakan perisian ini,
data telah dianalisis dengan kaedah ujian T jenis Paired-Samples T Test. Untuk menentukan pola interaksi pelajar
semasa menggunakan perisian ini, data kuantitatif telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang
melibatkan kaedah kekerapan / frekuensi.

Nama Pelajar: Lu Cheng Soon

Program: Ed.D

No. Matriks: 7133000061

JADUAL(3) memaparkan nilai min untuk setiap konstruk penilaian perisian yang telah dinilai oleh guru dan
pelajar.

Bil
1
2
3
4

JADUAL(3). Nilai min untuk setiap konstruk penilaian perisian yang dinilai oleh guru dan
pelajar.
Konstruk
Min Guru
Min Pelajar
Reka bentuk skrin.
5.0000
4.0190
Reka bentuk interaktiviti.
4.7000
4.1700
Isi kandungan.
4.6364
4.3333
Kuiz / Latihan terkandung.
4.4444
4.0556
Keseluruhan.
4.6757
4.1222

Dapatan kajian bagi min keseluruhan soal selidik penilaian perisian oleh pelajar dan guru masing-masing
sebanyak 4.1222 (pelajar) dan 4.6757 (guru) menunjukkan bahawa guru dan pelajar adalah setuju dengan kriteriakriteria yang terkandung dalam instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini.
JADUAL(4) memaparkan hasil analisis data pelajar dengan menggunakan ujian T jenis Paired-Samples T Test.
Dari Jadual 4.10, didapati nilai min bagi ujian pencapaian telah bertambah dari 32.67 (ujian pra) ke 37.33 (ujian
pos). Aras kesignifikan yang ditunjukkan ialah 0.019 pada nilai α = 0.05.

Ujian
Pra
Pos
*N = 30 orang,
= 0.05

JADUAL(4). Keputusan analisis data pelajar dengan menggunakan ujian-t jenis PairedSamples t-Test.
Min
Darjah Kebebasan
Signifikan (2-hujung)
32.6667.
29
0.019
37.3333.

Memandangkan nilai statistik ujian (0.019) yang didapati adalah kurang daripada aras signifikan, iaitu α = 0.05,
maka kita menolak H o ( µ pra = µ pos ) dan menerima H a ( µ pos ≠ µ pra ). Dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa wujudnya perbezaan yang signifikan antara keputusan ujian pencapaian pra dengan keputusan ujian
pencapaian pos. Dengan itu dapatlah dikatakan bahawa perisian multimedia memberikan kesan yang positif
terhadap pencapaian pelajar dalam ujian.
Analisis Pola Interaksi Pelajar
Dapatan kajian daripada analisis pemerhatian menerusi perisian Screen Cam menunjukkan bahawa kelima-lima
pelajar yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan pola interaksi yang tidak berstruktur dari segi capaian pilihan
subtopik dalam perisian.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa mutu perisian yang dinilai adalah pada tahap yang
memuaskan dan sesuai digunakan untuk tujuan seperti pengajaran dan pembelajaran di kelas dan ulangkaji secara
individu. Kebanyakan pelajar menyokong penggunaan perisian multimedia dapat membantu mereka memahami
pelajaran dan memotivasikan mereka.
Dapatan kajian daripada analisis statistik deskriptif data pelajar dan data guru menunjukkan min bagi setiap
konstruk penilaian perisian yang dinilai oleh guru adalah melebihi 4.44 dan min bagi setiap konstruk penilaian
perisian yang dinilai oleh pelajar adalah melebihi 4.00. Min keseluruhan bagi pelajar, iaitu 4.12 dan min
keseluruhan bagi guru, iaitu 4.68 menunjukkan bahawa mutu perisian yang dinilai adalah pada tahap yang agak
tinggi.
Dapatan kajian daripada ujian T jenis Paired-Samples T Test menunjukkan bahawa min pencapaian pelajar telah
meningkat dari 32.67 markah (ujian pra) ke 37.33 markah (ujian pos), iaitu sebanyak 14.28%. Nilai signifikan

Nama Pelajar: Lu Cheng Soon

Program: Ed.D

No. Matriks: 7133000061

sebanyak 0.019 menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan antara ujian pencapaian pra dengan ujian
pencapaian pos pada aras signifikan, α = 0.05.
Dapatan kajian daripada data perisian Screen Cam menunjukkan kelima-lima orang pelajar yang telah
berinteraksi dengan perisian tidak menunjukkan pola interaksi yang berstruktur dari aspek capaian subtopik. Walau
bagaimanpun, terdapat seorang pelajar yang berinteraksi dengan perisian telah menunjukkan pola interaksi yang
berstruktur dari aspek capaian subtopik kecil. Dapatan ini menunjukkan bahawa gaya pembelajaran setiap pelajar
adalah berbeza dan perisian multimedia yang dibangunkan seboleh-bolehnya dapat menampung cara pembelajaran
masing-masing.

RUJUKAN
1. Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalluding Hj. Harun dan Zaidatun Tasir, Teknologi Pendidikan, Johor: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia, 2000.

2. Campbell D. T. and Stanley J. C., Experimental And Quasi-Experimental Designs For Research. London:
Houghton Mifflin Company Boston, 1966.
3. Crowe, H. A., and Palmera-Leynes, A. T., Computers In the Classroom – Learning Goals and Learning
Theorities, Dibentangkan di The SEAMED INNOTECH International Conference, Manila, Philippines, 1995.
4. Ellington, H.I.,. Educational Innovation – Where Are We Now? A Critical Review of Recent Developments.
Innovation & Learning In Education: The International Journal for the Reflective Practitioner. 1(1). 1995, 15 –
20.
5. Faridah Serajul Haq, Kepentingan Penggunaan Teknologi Komputer Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran
Pelajar-pelajar Bermasalah Pembelajaran. Dibentangkan di Konvensyen Kepelbagainya Dalam Teknologi
Instruksional: Isu Dan Cabaran. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM), 2001, 266 – 277.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
6. Fong, Soon Fook, Ng, Wai Kong, Wan Mohd. Fauzy Wan Ismai, Kesan Persembahan Grafik Komputer Di Kalangan
Pelajar Pelbagai Tahap Kebimbangan. Dibentangkan di Konvensyen Kepelbagaian dalam Teknologi Instruksional. 2001, 44
– 60. Universiti Sains Malaysia.
7. Khalid Johari,. Penyelidikan Dalam Pendidikan: Konsep & Prosedur. Selangor: Prentice Hall , 2003.
8. Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. , Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological
Measurement. 30., 1970, 607 – 610.
9. Maizurah, Mona Masood, Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, Maizurah Omar, Potensi Visual 2-Dimensi Dan 3-Dimensi Dalam
Memperkaya Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Multimedia. Dibentangkan di Konvensyen Kepelbagaian Dalam
Teknologi Instruksional: Isu Dan Cabaran. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM), 2001, 79 – 86.
10. Mohd Salleh Abu dan Tan, Wee Chuen, Mengeksploitasi Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam
Membantu Menangani Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik. Jurnal Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia, 7. 2001, 100 – 108.
11. Mohd. Zaliman Mohd. Yusoff dan Manjit Singh Sidhu, Teknologi Multimedia: Kaedah Pembelajaran Pelajar Lemah
Dalam Pelajaran. Dibentangkan di Konvensyen Kepelbagaian Dalam Teknologi Instruksional: Isu Dan Cabaran.
Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM). 2001, 79 – 86.
12. Phua, K.K., Ramasamy, A. dan Ang, B.S., Pengajaran-Pembelajaran Berasaskan Komputer Dan Penggunaan Teknologi
Multimedia Berinteraksi Untuk Peningkatan Kualiti Pengajaran Bagi Pelajar Perubatan Tahun Kelima Di Pusat Pengajian
Sains Perubatan. Dibentangkan di Konvensyen Teknologi Pendidikan ke XI, 1998. Persatuan Teknologi Pendidikan
Malaysia, Kelantan, 1998.
13. Song, C. , Literature Review for Hypermedia Study from an Individual Learning Differences Perspective. British Journal of
Educational Technology. 33(4). 2002, 435 – 447.
14. Ting, Choo Yee, Mohammad Yusof Arshad, Pembinaan Perisian Prototaip Science Pro Berasaskan Model Inkuiri Saintifik
Bagi Topik Sistem Ayunan Bandul Ringkas Dan Sistem Ayunan Spring Berbeban. Dibentangkan di Seminar Pendidikan
Kebangsaan. 2000. Tanjung Malim.
15. Zirkel. J.B. and Zirkel. P. A., Technoloical Alternatives to Actual Dissection in Anatomy Instruction: A Review of the
Research. Educational Technology. 37(6). 1997, 52 – 56.
16. Zurami Maidin, Pemilihan Perisian Pendidikan Berbantukan Komputer. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Muda, 1991.

.
.