Faktor faktor kemasukan buruh Cina dan I

Faktor-faktor kemasukan buruh Cina dan India.
Malaysia hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis sampailah
ke Sabah.1 Kepelbagaian kaum ini telah mencetuskan kepelbagaian budaya, agama, dan adat
resam. Lebih 45 peratus daripada penduduk adalah secara rasmi diklasifikasikan sebagai
penduduk tidak asli.2 Hal ini demikian kerana, kebanyakan penduduk yang datang ke
Malaysia banyak berurusan dengan perniagaan, pekerjaan dan sebagainya. Hubungan awal
antara India dengan Tanah Melayu telah bermula di sekitar abad pertama Masihi lagi. 3 Jalinan
hubungan di antara kedua-dua negara berkait rapat dengan kegiatan perdagangan, di samping
usaha-usaha untuk menyebarkan agama Hindu dan Buddha di rantau Asia Tenggara.
Penghijrahan imigran India secara besar-besaran ke Tanah Melayu hanya bermula pada tahun
1840 apabila sektor tenaga kerja yang ramai diperlukan dalam bidang pertanian, khususnya
tanaman getah. Kaum Cina pula merupakan kaum yang tidak dapat dipisahkan dengan
sejarah kemasukan imigran dari luar ke Tanah Melayu. Hal ini demikian memandangkan
kedatangan mereka telah pun lama berlaku, seperti lazimnya kedatangan sesuatu bangsa ke
sesebuah kawasan, orang Cina juga pada awalnya masuk ke Tanah Melayu sebagai pedagang
dan sebilangan kecil pernah menetap di sini khasnya pada zaman Kesultanan Melaka.4 Malah,
berdasarkan kajian latar belakang sejarah masyarakat India dan Cina di Tanah Melayu
menyatakan bahawa ianya mungkin telah berlaku di sekitar awal tahun-tahun Masihi yang
mana pada ketika itu hubungan Kedah dan India sungguh rapat. 5 Maka, oleh sebab itulah
jumlah masyarakat India dan Cina meningkat secara mendadak di Tanah Melayu.
Kepelbagaian faktor telah membawa orang-orang India dan Cina masuk ke Malaysia.

Perkembangan perusahaan getah.
Sejak dari tahun 1900, getah telah menggantikan kedudukan pertanian-pertanian yang
lain seperti gula, gambir, dan kopi. Perkembangan pesat dalam perusahaan getah memaksa
pihak-pihak tertentu termasuk kerajaan Inggeris mengatur pelbagai cara untuk menarik

1 Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Selangor Darul Ehsan. Utusan Publication
(M) Sdn Bhd. Hlmn: 1
2 John Gullick, Bruce Gale. 1986. Malaysia its political and economic development. Petaling Jaya, Selangor.
Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd. hlmn: 51
3 Dr Mohd Rais B. Abdul Karim. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur. Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN). hlmn: 420.
4 Khoo Kay Kim. 1971. Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan China di Tanah Melayu. Jebat, Bil. 1.
1971/72.Jabatan Sejarah. Universiti Malaya. hlmn: , Bil. 1. 1971/72.
5 Khoo Kay Kim. 1971. Latar Belakang Sejarah Masharakat India dan China di Tanah Melayu. Jebat, Bil. 1.
1971/72.Jabatan Sejarah. Universiti Malaya. hlmn: Bil. 1. 1971/72.

buruh-buruh India supaya datang bekerja di ladang-ladang getah berkenaan.6 Ladang getah
telah diusahakan secara besar-besaran ketika itu. Keperluan getah semakin meningkat apabila
tumbuhnya perusahaan-perusahaan kereta di negara-negara barat terutamanya di England
yang seperti cendawan tumbuh selepas musim hujan. Ini menyebabkan permintaan buruh

India meningkat kerana mereka boleh diperoleh dengan perbelanjaan yang murah. 7 Di
tambah dengan kemajuan getah yang telah dicapai dalam penyelidikan apabila terdapat
pegawai-pegawai British yang menjadi pelopor dalam mengkaji mutu getah seperti H. N.
Ridley. Sebelum ladang-ladang getah diusahakan secara besar-besaran, orang India yang
berhijrah ini ditempatkan di ladang-ladang tebu di Seberang Perai, di utara Perak dan ladang
kopi di Selangor.8 Bilangan imigran India meningkat apabila tanaman getah mula diusahakan
secara perladangan oleh syarikat orang Eropah terutamanya di negeri Perak, Selangor dan
Negeri Sembilan pada awal abad ke-20 ini.9 Dengan kemunculan Revolusi perusahaan di
Eropah secara mendadak maka telah melahirkan ramai pencipta-pencipta yang menghasilkan
pelbagai rekaan baru pada ketika itu. Revolusi perusahaan di England telah mengubah sikap
kerajaan British daripada bergantung pada perdagangan kepada mencari bahan-bahan mentah
dan pasaran untuk barang-barang perindustrian mereka. Ini kerana England kekurangan
bahan-bahan mentah yang diperlukan oleh industri-industrinya dengan mencari bahan mentah
di tempat lain maka, perindustrian yang dijalankan di tempat sendiri secara tidak langsung
akan dapat dijalankan dengan pesat. Misalnya bijih timah yang penting untuk diproses untuk
dijadikan tin di mana tin ini digunakan untuk menyimpan makan supaya tahan lebih lama.
Getah pula diperlukan kerana perkembangan industri pembuatan.
Dari sini bermulanya, pembukaan banyak ladang-ladang getah melalui pelabuhan oleh
firma-firma British. Pihak British memerlukan ramai tenaga buruh untuk bekerja di ladangladang getah yang berkembang dengan pesat. Dengan adanya perkembangan industri
berasaskan getah, maka semakin ramai pengusaha-pengusaha Eropah mulai bergiat aktif

dalam industri-industri berasaskan getah. Mereka memerlukan bahan-bahan mentah getah
untuk menghasilkan pengeluaran yang tinggi. Industri pengeluaran getah pula memerlukan

6 Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Selangor Darul Ehsan. Utusan Publication
(M) Sdn Bhd. Hlmn: 13
7 Dr Mohd Rais B. Abdul Karim. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur. Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN). hlmn: 420.
8 Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Selangor Darul Ehsan. Utusan Publication
(M) Sdn Bhd. Hlmn:12
9 Dr Mohd Rais B. Abdul Karim. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur. Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN). hlmn: 420

ramai pekerja dan ini menyebabkan pihak penjajah British telah mengambil ramai buruhburuh India dari India untuk bekerja di ladang-ladang getah di Tanah Melayu.
Perkembangan industri berasakan getah telah menyebabkan keluasan ladang-ladang
getah meningkat dari 168,00 ekar pada tahun 1907 ke 1,230,000 ekar pada tahun 1922. 10 Pada
tahun 1919, eksport getah dari Tanah Melayu telah mencapai hampir separuh daripada
eksport getah dunia. Ini telah menjadikan Tanah Melayu sebagai salah sebuah pengeluar
utama getah asli dunia ketika itu. Pihak British telah membuka ladang-ladang getah di
bahagian Barat Tanah Melayu dan buruh-buruh yang hampir 80 peratus adalah terdiri
daripada kaum India. Berikutan itu menyebabkan, jumlah orang-orang India di Tanah Melayu

telah bertambah daripada 119,000 pada tahun 1901 ke 407,181 orang dalam tahun 1921. 11
Pada tahun 1921, penduduk kaum India di Tanah Melayu adalah 14.2 peratus daripada jumlah
penduduk Tanah Melayu itu sendiri. Menjelang tahun 1921, jumlah penduduk Cina dan India
hampir sama dengan penduduk Melayu akibat berlakunya permintaan tenaga buruh yang
pesat di Tanah Melayu. Masyarakat Cina dan India telah menghadapi masalah sosial
disebabkan bilangan kaum lelaki melebihi jumlah kaum wanita. Hal ini demikian kerana,
mengikut masyarakat Cina, anak lelaki lebih diperlukan berbanding anak perempuan. Oleh
itu, populasi lelaki melebihi jumlah penduduk perempuan di negara Cina sendiri.
Kebanyakan dari orang-orang Cina dan India yang berhijrah ke Tanah Melayu untuk bekerja
adalah terdiri dari kaum lelaki akibat dari kepercayaan dan adat yang diamalkan oleh negara
mereka sendiri. Mereka telah meninggalkan keluarga dan isteri di negara asal mereka.
Kekurangan tenaga buruh di Tanah Melayu.
Tanah Melayu pada masa itu tidak mempunyai jumlah penduduk yang ramai.
Penduduk-penduduk tempatan ketika iaitu hanyalah orang-orang Melayu yang selalunya
tinggal di kawasan luar bandar dan pekerjaan utama mereka adalah menanam padi. Ada yang
tinggal berhampiran laut dan bekerja sebagai nelayan. Ini menyebabkan tidak ada tenaga
buruh yang mencukupi untuk bekerja di ladang-ladang getah yang luas di kawasan
pedalaman yang telah diaturkan oleh orang Inggeris. Penguasaan buruh-buruh India dalam
pekerjaan di ladang-ladang getah adalah disebabkan kaum-kaum lain iaitu orang Melayu dan
Cina yang tidak berminat untuk bekerja di ladang-ladang getah kerana mereka tidak pernah

bekerja di tempat tersebut dan kurang berkemahiran .Ini menyebabkan, Kaum India ini telah
10 J.H. Drabble. 1973. Rubber in Malaya, 1986-1922: The Genesis of the Industry. Kuala Lumpur. Oxford
University Press. Hlmn: 216
11 K.S. Sandhu. 1969. Indians in Malaya: Some aspects of their Immigration and Settlement, 1786-1857.
London. Cambridge University Press. Hlmn: 181

dijadikan buruh untuk membina bangunan- bangunan dan jalan-jalan di kawasan Negerinegeri Selat. Sehingga tahun 1906, dianggarkan seramai 95,000 buruh India telah berjaya
dibawa masuk ke negeri-negeri Melayu.12 Daripada jumlah itu, seramai 43,824 orang telah
ditempatkan di ladang-ladang getah di seluruh Semenanjung pada tahun 1904 dan bilangan
itu meningkat kepada 55,132 pada tahun 1909.13 Orang Cina telah menumpukan perhatiannya
dalam perusahaan bijih timah dan perniagaan di bandar-bandar manakala orang Melayu
dalam bidang pertanian seperti menanam padi. Ini menyebabkan kaum India yang lain
bekerja di sektor-sektor pembinaan seperti pembinaan landasan kereta api dan buruh-buruh
am.14 Pada tahun 1921, dianggarkan seramai 8000 orang India telah bekerja sebagai buruhburuh kereta api.15 Secara tidak langsung, kerahan tenaga buruh kaum India telah
melancarkan Industri perusahaan di Tanah Melayu oleh British ketika itu. Di Sabah, buruhburuh India kebanyakannya bekerja dalam pasukan keselamatan sementara di Sarawak pula
mereka bekerja di lombong-lombong emas seperti di Sabah, Sambas dan Bau.16
Pihak British juga tidak berminat untuk mengambil kaum Cina bekerja di ladangladang kerana mereka mendapati kaum Cina sering melakukan demonstrasi, tunjuk perasaan
dan sukar dikawal. Ini mungkin disebabkan kerana batas perbezaan budaya yang sukar
diatasi. Walau bagaimanapun kaum Cina hanya bekerja sebagai pelombong bijih timah dan
menjadi ahli peniaga ketika itu. Kaum Cina sememangnya tidak menyukai kerja yang

mengeluarkan tenaga yang tinggi berbanding kaum India yang boleh dikatakan tidak begitu
memilih dalam pekerjaan yang dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pihak British
dalam penghasilan bahan-bahan mentah dengan cekap akibat kerahan tenaga buruh dari
India. Maka mereka mendapati bahawa buruh-buruh dari India lebih murah dan senang
dikawal hasil daripada pengalaman mereka di India berbanding kaum Cina yang sukar
dikawal. Kaum India telah dibawa beramai-ramai masuk ke Tanah Melayu bagi memenuhi
keperluan tenaga buruh untuk menampung ladang-ladang yang dihasilkan oleh pihak Inggeris
itu sendiri. Kaum Cina datang ke Tanah Melayu kerana sebab-sebab tarikan ekonomi
berlainan dengan orang-orang India yang telah dibawa dengan terancang dan teratur oleh
12 Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Selangor Darul Ehsan. Utusan Publication
(M) Sdn Bhd. Hlmn: 13
13 Chai Hon Chan. 1967. The development of British Malaya 1896-1906. Kuala Lumpur. Oxford University
Press. Hlmn: 122
14 Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Selangor Darul Ehsan. Utusan Publication
(M) Sdn Bhd. Hlmn: 13
15 Amarjit Kaur. 1990. ‘Working on the Railway: Indian workers in Malaya 1880-1957’ The Underside of
Malaysian History. Singapore. Singapore University Press. Hlmn: 106
16 Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Selangor Darul Ehsan. Utusan Publication
(M) Sdn Bhd. Hlmn: 13


pihak British. Kaum Cina lebih terjerumus kepada pekerjaan di kawasan bandar berbanding
kawasan pedalaman seperti estet-estet. Struktur masyarakat India di Tanah Melayu telah
ditentukan oleh keperluan ekonomi pihak British. Buruh-buruh India telah ditempatkan di
pedalaman ladang-ladang getah dan ini menyebabkan keluarga dan hidup mereka terasing
daripada masyarakat tempatan dan masyarakat Cina pada ketika itu. Selain mengambil buruhburuh India untuk bekerja di ladang-ladang sebagai penoreh getah dan pekerja ladang,
penjajah British juga memerlukan kaum India yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris
untuk kerja-kerja pentadbiran. Dengan pembukaan negeri-negeri Melayu mereka amat
memerlukan lebih ramai pekerja dalam bidang pentadbiran negara, ini menyebabkan orangorang India dan Tamil Ceylon diambil bekerja di peringkat bawahan. Orang-orang India dan
Ceylon yang berpendidikan Inggeris diambil juga untuk berkhidmat sebagai pegawaipegawai perubatan dan juruukur dalam bidang-bidang teknikal dan profesional.
Dasar British.
Golongan India sanggup berhijrah keluar dari negara India(Jajahan British) akibat
daripada keadaan sosio-ekonomi yang buruk di sana begitu juga dengan Cina. India dan Cina
adalah sebuah negara yang mempunyai ramai penduduk dan ini telah menyebabkan kerajaan
British yang menjajah di sana tidak dapat menyediakan pekerjaan yang baik kepada semua
penduduk. Kepadatan penduduk India menyebabkan banyak yang menganggur. 17Dasar
British yang dilaksanakan di India telah memudahkan pengambilan buruh-buruh India ke
Tanah Melayu. Begitu juga dengan perkembangan penempatan Cina di Tanah Melayu yang
berkaitan perhubungan dengan penjajahan British. Ia diibaratkan seperti “ di mana sahaja
bendera Inggeris berkibar, di sana ramai orang Cina bernaung.’’ Menurut B. W. Andaya dan
L. Y. Andaya, masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada

hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. 18 Oleh itu, mereka perlu mencari alternatif
lain bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan berhijrah ke tempat lain untuk mencari
sumber rezeki di tempat lain sehingga mereka dibawa ke Tanah Melayu pada masa tersebut.
Semasa British memerintah pula, orang British menggalakkan kedatangan imigran Cina ke
Tanah Melayu kerana berpendapat orang Cina mempunyai semangat kerja yang kuat, berdaya
usaha dan bersifat keusahawanan.19 Manakala bagi pihak India Parmer mendapati bahawa
17 Dr Mohd Rais B. Abdul Karim. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur. Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN). hlmn: 421.
18 Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya. 1987. A History of Malaysia. London . Macmillan. Hlmn: 159
19 Hon Chan Chai. 1967. The Development Of British Malaya 1896-1909. Kuala Lumpur.Oxford University.
Hlmn: 102

sebahagian besar daripada buruh-buruh India telah ditipu dengan maklumat palsu untuk
keluar dari India ke Tanah Melayu.20 Pada mulanya, buruh-buruh dari India dibawa masuk
oleh pengambil buruh berbangsa Tamil dari estet-estet yang dikenali sebagai kangany.
Kangany mengembara ke selatan India, terutamanya dari tempat atau kawasan beliau
dilahirkan untuk mendapatkan buruh yang kebiasaannya terdiri dari kenalan-kenalan rapat
untuk satu tempoh yang dipersetujui dengan memberikan wang pendahuluan dan janji-janji.
Walau bagaimanapun, selepas tahun 1907, pengambilan buruh-buruh dari India adalah
dibiayai oleh tabung kewangan kerajaan yang disumbangkan oleh semua pemilik ladang

bukan seperti yang dilakukan oleh Kangany yang sebelumnya. Dalam tahun 1910 sahaja,
91,723 buruh India telah tiba di Tanah Melayu dan jumlah ini terus meningkat kepada
122,538 orang dalam tahun 1913 dengan mendadak. Begitu juga dengan jumlah kaum Cina
yang berhijrah ketika itu, di mana dari segi jumlah atau bilangan mereka, dianggarkan
bahawa pada tahun 1907, pekerja-pekerja lombong Cina di Negeri-negeri Melayu Bersekutu
meningkat kepada angka 231,368 berbanding 186,337 pada tahun 1903.21 Sementara itu
dalam sektor perladangan pada tahun 1907, sejumlah 5348 buruh Cina terlibat dan meningkat
ke angka 12,402 dua tahun yang berikutnya kemudian. 22 Dalam bilangan pertanian terdapat
seramai 49,504 orang Cina pada tahun 1921 di negeri-negeri Selat. Orang Cina yang bekerja
sebagai penarik beca pula seramai 22,985 orang pada tahun yang sama.23
Kebanyakan daripada mereka yang datang adalah terdiri dari lelaki yang berumur
dalam lingkungan 20an dan 30an yang mempunyai tenaga kerja yang masih kuat dan sihat
tubuh badan. Ada juga yang membawa bersama keluarga mereka untuk berhijrah ke Tanah
Melayu. Kebanyakan buruh India yang datang ke Tanah Melayu pada awalnya bukan
bertujuan untuk tinggal di sini tetapi lebih kepada mencari rezeki untuk bekerja. Selepas
mereka selesai bekerja untuk satu tempoh masa yang ditentukan, mereka akan pulang ke
kampung halaman mereka sendiri. Oleh sebab itu terdapat keseimbangan dari segi
kemasukan buruh India ke Tanah Melayu dengan mereka yang pulang semula ke tanah air
mereka pada mulanya. Sebagai contoh, dalam tahun 1910 jumlah kaum India yang telah
datang ke Malaya adalah 90,000 orang dan yang pulang ke tanah air adalah 40,000 orang.

20 Parmer J.N. 1960. Colonial Labour Policy and Administration: A History of Labour in the Rubber Plantation
Industri in Malaya( 1910-1941) New York New. York University Press. hlmn:
21 Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Selangor Darul Ehsan. Utusan Publication
(M) Sdn Bhd. Hlmn: 11
22 Hon Chan Chai. 1967. The Development Of British Malaya 1896-1909. Kuala Lumpur.Oxford University.
Hlmn: 100-102
23 Tham Seong Chee. 1977. Malays and Modernization. Singapore. Singapore University Press. hlmn:4 & 47

Walau bagaimanapun, dalam tahun 1932, iaitu tahun kemelesetan ekonomi dunia, jumlah
kemasukan buruh adalah seramai 6,500 orang manakala yang pulang ke India adalah 85,000
orang.24
Orang India yang datang ke Tanah Melayu kebanyakannya berasal dari India Selatan
di mana sebahagian besarnya terdiri dari orang Tamil. Ada juga daripada kaum India yang
datang dari Sri Lanka. Kaum India telah diimport, seolah-olah mereka dianggap sebagai
barang dagangan25 untuk bekerja di ladang-ladang getah dan dieksport semula apabila
permintaan ekonomi terhadap mereka berkurangan. Ini berlaku bila berlakunya Great
Depression di mana permintaan untuk barangan eksport Tanah Melayu telah berkurangan dan
menurun menyebabkan pihak kerajaan pada ketika itu terpaksa mengurangkan pengambilan
tenaga kerja yang ramai dan ramai buruh-buruh India yang kehilangan kerja. Walau
bagaimanapun, kawalan ke atas imigrasi dan syarat-syarat pekerjaan orang India adalah ketat,

ini mungkin disebabkan pendirian kerajaan India yang mengambil berat supaya kaum
imigrasi mendapat sedikit perlindungan.26Kebanyakan golongan India yang bekerja di Tanah
Melayu telah putus hubungan dengan negara asal mereka disebabkan pendapatan yang
diperoleh ketika itu hanya cukup untuk menyara hidup sendiri di tempat orang dan lebihan
duit untuk pulang pula tidak mencukupi. Persekitaran keadaan ladang-ladang yang jauh tidak
memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui keadaan di luar ladang dan seterusnya
dengan negara asal mereka turut memberi impak kepada kaum India untuk terus berhubung
dengan negara sendiri. Selepas tahun 1921, kebanyakan dari kaum India mengambil
keputusan untuk terus menetap di Tanah Melayu. Berlainan dengan Kaum Cina yang masih
dapat berhubung dengan keluarga di negeri sendiri. Hal ini demikian kerana, pekerjaan yang
dijalankan oleh oran Cina di Tanah Melayu lebih terjamin dan pendapatan yang diperoleh
juga mencukupi. Mereka hidup lebih selesa berbanding Kaum India yang hidup di kawasan
ladang. Oleh itu, hingga kini kaum Cina masih dapat berhubung dengan keluarga mereka di
China walaupun telah lama menjadi penduduk tetap di Malaysia.
Oleh sebab mereka tinggal di estet-estet, maka estet-estet tersebut terus menjadi
tempat tinggal anak cucu mereka sehingga generasi kini. Manakala kaum Cina pula sehingga
kini terus tinggal di kawasan bandar. Pekerja-pekerja India yang sudah tua telah dibenarkan
24 K.S. Sandhu. 1969. Indians in Malaya: Some aspects of their Immigration and Settlement, 1786-1857.
London. Cambridge University Press. Hlmn: lampiran 3 dan 4.
25 T.H. Silcock, Ungku Aziz. 1953. “ Nationalism in Malaya”, Asian Nationalism and the West, New York.
William. L. Holland. Hlmn: 274-275
26 R.S. Milne, Daine K. Mauzy. 1982. Politik dan Kerajaan di Malaysia. Kuala Lumpur. Terjemah Dewan
Bahasa Pustaka. Hlmn: 27

tinggal terus di kediaman mereka oleh pengurus estet dasar peri kemanusiaan. Undangundang juga memerlukan setiap estet menyediakan 1/16 daripada seekar tanah kepada setiap
keluarga untuk digunakan bagi pertanian atau menggembala kambing. Ini adalah satu-satunya
bidang tanah yang diperoleh untuk pertanian dan harus melalui pegawai tanah. 27 Di Sabah
dan Sarawak, sejajar dengan kenyataan bahawa perkembangan ekonominya yang agak
sederhana, aktiviti penghijrahan turut berlaku tetapi tidak seperti mana di Tanah Melayu.
Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga aktiviti-aktiviti
pengimportan buruh-buruh Cina pada separuh akhir abad ke-19 misalnya oleh syarikatsyarikat tembakau yang beroperasi di Sabah dan juga oleh Charted Company sendiri di
Sabah.28 Dikatakan bahawa terdapat lebih kurang seribu orang Cina tinggal di Bahagian
Pertama Sarawak dan di Papar Sabah. 29 Jumlah ini semakin meningkat dari tahu ke tahun
yang berikutnya.
Sosio-Ekonomi Masyarakat.
Hampir 80 peratus daripada kaum India yang datang ke Tanah Melayu adalah tidak
mahir dan kesemuanya telah diambil secara langsung atau tidak langsung oleh syarikatsyarikat Eropah.30 Selain dari bekerja di ladang getah, ada juga yang bekerja sebagai kerani,
penyelia, guru dan pegawai perubatan di syarikat-syarikat British dan Jabatan Kemudahan
Awam terutamanya dalam perkhidmatan kereta api. Masyarakat Cina pada masa ini juga turut
mengalami ketidakstabilan ekonomi dan politik ditambah pula dengan tercetusnya
pemberontakan di Taiping pada tahun 1857 di kawasan tengah dan Selatan China yang
menjadi faktor penolak di samping masalah penduduk yang berlebihan di kawasan selatan. 31
Ini menyebabkan wujudnya masalah pengangguran yang tinggi dan juga masalah kebuluran
bagi penduduk negara China. Dalam masa yang sama, wujud faktor yang menarik mereka
untuk berhijrah apabila terbuka luas peluang-peluang pekerjaan di negeri-negeri Melayu.
Bagi negeri India orang-orang Ceylon di ambil untuk pekerjaan profesional, hasil dari
latar belakang mereka berpendidikan Inggeris berbanding dengan orang India itu sendiri dan
ini menyebabkan pencapaian ekonomi mereka yang jauh lebih baik. Kedudukan mereka juga
27 K.S. Sandhu. 1969. Indians in Malaya: Some aspects of their Immigration and Settlement, 1786-1857.
London. Cambridge University Press. Hlmn: 265-266
28 Lee Yong Leng. 1965. North Borneo. Singapore. Eastern University. Hlmn:48
29 ibid. Hlmn: 48
30 K.S. Sandhu. 1969. Indians in Malaya: Some aspects of their Immigration and Settlement, 1786-1857.
London. Cambridge University Press. Hlmn: 19
31 Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Selangor Darul Ehsan. Utusan Publication
(M) Sdn Bhd. Hlmn: 9

jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kaum Melayu sendiri dan hampir sama dengan
kaum Cina yang bekerja di Tanah Melayu ketika itu. Anak-anak mereka yang lahir di Tanah
Melayu telah melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan yang lebih tinggi di Tanah
Melayu yang telah mula didirikan oleh pihak British. Ini telah menyebabkan anak-anak dari
golongan ini terlibat dalam pekerjaan yang lebih baik dan masa depan yang cerah dengan
bekerja sebagai doktor, peguam dan lain-lain bidang profesional yang mendapat upah yang
tinggi. Manakala anak-anak kaum pekerja estet pula terus mengikuti jejak langkah ibu bapa
mereka sebagai pekerja estet akibat kurangnya ilmu pengetahuan yang ada ditambah dengan
dibelenggu kemiskinan yang tegar.
Oleh sebab dasar British yang menggalakkan penumpuan sesuatu kaum
mengikut kegiatan ekonomi maka dari segi penempatan maka wujudnya persaingan antara
satu kaum dengan kaum-kaum yang lain yang menyebabkan ketiadaan interaksi sosial di
antara kaum. Misalnya orang-orang Melayu yang tinggal di tepi pantai atau di tebing sungai
dan muara sungai. Umumnya, orang Melayu adalah petani dan nelayan. Orang-orang Cina
pula tinggal di bandar-bandar, pelabuhan-pelabuhan dan di lombong-lombong bijih timah.
Orang Cina menjadi golongan pengusaha dan pelombong-pelombong. Sementara itu, orang
India tinggal di ladang-ladang getah menjadi penoreh dan pekerja ladang. Selain itu, terdapat
juga masyarakat perdagangan kaum India kelas menengah yang terlibat dalam kegiatan
perniagaan perdagangan yang datang dari Gujerat, India Muslim (yang dikenali sebagai
Marakkayar), sedikit ahli perniagaan Sikh dan Chettiar. Chettiar terlibat dalam perniagaan
pinjaman kewangan, ahli bank dan pemilik estet. Chettiar akan memberikan pinjaman wang
dengan tanah atau lain-lain harta dijadikan sebagai jaminan/cagaran dengan kadar faedah
yang tinggi. Chettiar di Tanah Melayu yang mencapai bilangan 2000 orang pada tahun 1960 32
turut memberi pinjaman kepada ahli perniagaan Cina, pekerja bandar, pemilik tanah Melayu
dan kepada sesiapa yang dapat menawarkan cagaran yang menarik. Jika penerima wang
pinjaman daripada Chettiar yang tidak dapat membayar baik pinjaman, mereka akan
kehilangan jaminan/cagaran dan seterusnya Chettiar dapat memiliki tanah-tanah atau lain-lain
harta. Kedudukan ekonomi mereka adalah kukuh dengan pelaburan-pelaburan dalam tanahtanah dan perniagaan di Asia Tenggara. Dalam tahun 1941, jumlah estet mereka di Tanah
Melayu adalah dianggarkan bernilai sebanyak $270 juta. 33 Manakala jumlah firma mereka
sehingga tahun 1960 adalah hampir 800.34
32 U. Mahajani. 1960. The Role of Indian Minorities in Burma and Malaya. Vora. Bombay. hlmn: 100
33 ibid. hlmn 100
34 ibid. hlmn 99