halangan dan cabaran pengurusan dakwah

~ Pengurusan Dakwah Dan Cabaran Kontemporari Masa Kini ~
Disediakan Oleh :
Siti Aminah binti Ngadiman
(IEJ100036)
Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan

 PENGENALAN
Allah S.W.T telah berfirman dalam kitabNya yang bermaksud “Serulah ke jalan
Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik
dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;
sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya
dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.”1

Mengimbas kembali sejarah mengenai bagaimana dakwah Islam mula tersebar,
berkembang dan disampaikan kepada umat manusia di zaman Nabi Musa a.s. Kita dapati bahawa
baginda menggunakan cara dan pendekatan dakwah yang bersesuaian dengan cabaran dan situasi
yang berlaku pada zaman tersebut. Pada zaman Nabi Musa a.s, baginda dianugerahkan oleh
Allah SWT dengan mukjizat „tongkat sakti‟ bagi menempuhi cabaran yang dihadapi oleh
baginda. Ini kerana baginda mempunyai kepakaran di bidang sihir yang merupakan salah satu
ciri-ciri kekuatan yang menjadi pelindung kepada kezaliman yang dilakukan oleh penguasa
Mesir iaitu Fir‟aun pada masa tersebut.

Namun, beralih pada masa kini, dakwah islamiah sedang memasuki era baru peralihan
zaman. Umat Islam sedang berada di dalam era yang dikenali sebagai „masyarakat terbuka‟.
Arus globalisasi dan kemajuan dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat menjadikan
masyarakat terbuka sebagai satu realiti. Selaku pendakwah yang memikul amanah dalam
menyebarkan dakwah dan seorang muslim yang perlu berpandangan positif, era peralihan zaman
ini harus dijadikan peluang untuk kita meningkatkan usaha untuk menyampaikan ajaran agama
Islam kepada seluruh masyarakat selaras dengan kemajuan yang ada. Kita perlu meningkatkan
1

Surah: AN-NAHL - Ayat: 125

[1]

seluruh saluran dan ruang penghebahan untuk memastikan ajaran agama Islam tersebar
seterusnya membangunkan masyarakat berasaskan panduan dan pedoman cahaya al-Quran dan
al-Hadith.

Bermulanya era yang baru ini juga maka semakin bertambah cabaran dan mehnah
tribulasi dalam menyebarkan dakwah islamiah. Kerana itulah juga perlunya kepada pengurusan
dakwah yang lebih berkesan dan efektif agar pelaksanaan aktiviti dakwah itu berterusan dan

sampai kepada masyarakat. Justeri itu, wujudlah pelbagai institusi dakwah yang mana terdapat
satu sistem pengurusan didalamnya yang bertanggungjawab menguruskan perancanganperancangan yang akan dilaksanakan bagi menjalankan kegiatan berkaitan dakwah, pengurusan
dakwah yang baik akan menghasilkan natijah yang baik dan semua pengurusan yang dilakukan
mestilah di ambil kira dari segi aspek strategi perancangan, sumber manusia dan juga prasarana
atau kemudahan yang akan diguna pakai. Mesej yang ingin disampaikan oleh pendakwah
Muslim mestilah sistematik dan melibatkan perancangan yang teliti, organisasi yang berstruktur
dan menggunakan tenaga manusia yang berkualiti serta diyakini

Tidak dinafikan bahawa kadangkala terdapat aktiviti atau program dakwah yang
dianjurkan tidak memenuhi keperluan dan kesesuaian sesuatu keadaan dalam sesebuah kelompok
masyarakat. Dan tidak juga dinafikan bahawa ada yang mendapati dakwah islamiah masih belum
dijadikan panduan atau ikutan oleh masyarakat dalam menghadapi perubahan dalam kehidupan
mereka. Maka pengurusan dakwah pada masa kini perlu lebih selaras dan pelaksanaannya yang
lebih kontemporari agar mudah diterima oleh pemikiran masyarakat masa kini.

[2]

 DEFINISI
Beberapa pendapat mendefinisikan dakwah sebagai:
a) Dr. Wan Hussein Azmi (1984 : 2)2

Menurut pendapat Sheikh Ali Mahfuz, dakwah adalah merangsang manusia kepada Allah
SWT dan melakukan kebaikan agar mereka selamat hidup didunia dan di akhirat.
b) Dr. Abdul Aziz Mohd Zin3
Memetik pandangan Prof H.M Ariffin bahawa dakwah adalah satu kegiatan ajakan yang
baik dalam bentuk lisan, tulisan, tingkahlaku dan sebagainya yang dilakukan secara sedar
dan bertujuan untuk mempengaruhi orang lain secara individu mahupun secara
berkelompok agar timbul dalam hati kesedaran, sikap penghayatan serta pengamatan
terhadap ajaran agama sebagai mesej yang disampaikan kepadanya dengan tanpa adanya
unsur-unsur paksaan.
c) „‟Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. merekalah orang-orang

yang beruntung.‟‟4
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada
yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli
Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman,
dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”5

Sebagai mana yang dinyatakan dalam al-Quran diatas, asalnya dakwah bermaksud
seruan, iaitu seruan yang mengajak kepada kebaikan, amar ma‟aruf nahi mungkar dan

beriman kepada Allah.
2

Dr. Wan Hussein Azmi mengulas pendapat yang diutaran oleh Sheikh Ali Mahfuz,
Dr. Abdul Aziz Mohd Zin adalah mantan pensyarah di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Universiti Malaya
4
Surah Al-Imran: 104
5
Surah Al-Imran: 110

3

[3]

Beberapa kesimpulan yang dapat diambil daripada pengertian pengurusan adalah:
a) Perkataan “pengurusan” dari segi etimologinya adalah berasal daripada perkataan
“urus” yang bererti “menyelenggarakan sesuatu dengan baik atau secara teratur”.
Apabila penggunaan imbuhan “peng” dan “an” digunakan pada perkataan “urus” ia
bereti “perihal (kerja dan sebagainya) mengurus (syarikat, badan perniagaan dan lainlain).6
b) Muhammad A. al-Buraey mendefinisikan “pengurusan” pula sebagai “menyelaraskan

tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu
berinteraksi antara satu sama lain”
c) Secara keseluruhannya dapat kita ketahui bahawa perkataan “pengurusan” bermaksud
suatu usaha atau proses mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggotaanggota organisasi, merancang dan menggunakan sumber-sumber lain organisasi
(kewangan, masyarakat dan lain-lain) bagi mencapai matlamat-matlamat organisasi yang
ditetapkan

Manakala definisi bagi pengurusan dakwah kontemporari pula adalah menguruskan diri dan
organisasi menggunakan kaedah, strategi serta langkah-langkah terkini dan sesuai dengan
perubahan persekitaran selagi tidak menyalahi batas-batas hukum syara‟. Pengurusan dakwah
sama sekali tidak boleh dipisahkan dengan gaya kepimpinan yang selari dengan matlamat asal
dakwah. Namun disebalik pelaksanaan pengurusan dakwah secara kontemporari terselit cabaran
yang merupakan rintangan dan ujian masa kini bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab
dakwah.7

6

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997 : 1529
Nurhafizah Bt Kasbullah. (2009) Pengurusan dan cabaran dakwah kontemporari. Retrieved Oktober 29, 2012,
from http://indahkhairani.wordpress.com /2009/09/ 28/


7

[4]



CABARAN PENDAKWAH

Kemajuan era globalisasi kini menyebabkan ideologi perkembangan mempengaruhi corak
pemikiran manusia, era globalisasi diertikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan
mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi
maklumat. Oleh kerana kepantasan teknologi jugalah yang telah meningkatkan tamadun
sesebuah negara. Maka, pengurusan dakwah yang lebih efektif dan berdaya saing diperlukan
bagi meletakkan dunia modenisasi bukan sahaja penghalang malahan sebagai pendorong untuk
dakwah terus maju kehadapan.

Diantara cabaran yang dihadapi pendakwah adalah:



Gaya hidup:
Pendedahan kemajuan teknologi menyumbang kearah modenisasi yang menekankan
manusia kepada kebendaan dan kemodenan, akibatnya mereka lebih mementingkan hal
masing-masing tanpa memikirkan apa yang berlaku sekitar mereka. Secara tidak
langsung masyarakat akan lebih pentingkan peralatan teknologi dan menyisihkan nilanilai keagamaan dan ketimuran serta hal-hal yang berlaku sekitar mereka.



Pegangan hidup:
Disebabkan teknologi yang terlalu moden akan menjadi ancaman kepada programprogram atau aktiviti dakwah yang ingin dijalankan kerana akan ada golongan yang akan
memanipulasikan kemajuan tersebut untuk kepentingan peribadi. Natijahnya, masyarakat
akan lebih pentingkan program yang berbentuk hiburan khususnya golongan belia
remaja.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi cabaran kepada pendakwah:


Faktor dalaman
a) Individu, pembentukan sahsiah yang unggul dan berketerampilan bermula
dengan individu itu sendiri. Ilmu yang memainkan peranan penting bagi

seseorang individu dalam membuat perancangan. Tahap kecetekan atau
ketinggian ilmu pengetahuan individu diukur melalui kematangan pemikiran dan
[5]

tindakan yang melibatkan struktur masyarakat dan negara. Oleh itu, tahap
keilmuan yang tinggi membolehkan individu membuat penilaian sesuatu tindakan
yang akan dialkukan samada baik atau buruk. Kekurangan ilmu akan
menyebabkan seseorang pendakwah sukar untuk membuat penialaian.

b) Keluarga, Keluarga adalah institusi penyebaran dakwah dan perkembangan Islam
bermula dalam kalangan anggota keluarga. Apabila pembinaan institusi keluarga
berasaskan kepada ajaran Islam, hasilnya sebuah rumah tangga bahagia. Secara
tidak langsung, institusi keluarga bahagia boleh menjadi penggerak dakwah
melalui contoh ditunjukkan bukan saja terhadap ahlinya, tetapi juga pihak luar
pastinya ingin tahu rahsia kebahagiaan dikecapi. Keluarga sering dikaitkan
sebagai antara punca berlakunya gejala sosial dan keruntuhan akhlak remaja. Oleh
itu, jika keluarga menjadi punca, maka keluarga juga boleh menjadi penyelamat
atau sistem pertahanan bagi mengelak berlakunya gejala negatif.




Faktor luaran:
a) Persekitaran, Model pembangunan masa kini terutamanya dalam bidang
sosioekonomi negara pada dasarnya berteraskan model liberal-kapitalis, maka
berkemungkinan wujudnya budaya barat atau sosiobudaya yang negatif yang
boleh meruntuhkan akhlak umat-umat islam yang membolehkan penyakitpenyakit sosial seperti disko, perjudian bertaraf dunia, pengeksploitasian wanita
dan sebagainya semakin menular. Malahan budaya yang sering melanda remajaremaja khususnya dan masyarakat amnya ialah budaya k-pop dan rock yang mana
sedikit sebanyak mempengaruhi budaya pemikiran dan ia sangat mempengaruhi
emosi manusia.

b) Komuniti Masyarakat. Di Malaysia, masyarakat yang menetap disini berbilang
bangsa, kaum dan agama. Maka akan berlaku pertembungan dan percampuran
budaya yang pelbagai. Disinilah pendakwah menghadapi cabaran bila mana
kefaham dan amalan masyarakat bercampur aduk. Para pendakwah harus
[6]

melaksanakan penyebaran dakwah berasaskan kepada nila-nilai dan tahap
pemahaman sesuatu masyarakat supaya dakwah yang disebarkan tidak terlalu
rigid sehingga menyukarkan masyarakat untuk menerimanya. Malahan biar
dakwah itu berterusan walaupun perlahan asalkan tidak terhenti ditengah jalan.


c) Media Massa, Media massa sama ada elektronik mahupun media cetak yang
merosakan masyarakat ialah satu cabaran dan halangan dalam proses penyebaran
dakwah. Sistem komunikasi dan informasi yang canggih ini seperti internet dan
sebagainya adalah sukar bagi pendakwah menanganinya kerana maklumatnya
yang tidak terbatas, sama ada baik atau buruk, berfaedah atau tidak. Walaupun
tidak semua unsure jahat dan ada juga terdapat unsure baik yang dipaparkan tetapi
ada juga timbul isu atau unsur-unsur yang tidak sesuai dengan islam yang bole
merosakkan akidah. Maka seharusnya pendakwah mengambil ruang dan peluang
dgn kecanggihan yang ada untuk kepentingan dakwah itu sendiri.

[7]



CABARAN PENGURUSAN DAKWAH

Terdapat beberapa cabaran dalam pengurusan dakwah serta kelemahan yang terdapat dalam
aktiviti penyampaian dakwah yang dilaksanakan. Antaranya:
1. Program hanya sekadar bersifat Oral Communication:8


Pemahaman masyarakat terhadap aspek dakwah Islamiah pada umumnya lebih diertikan
sebagai aktiviti yang bersifat komunikasi lisan ( oral communication) atau bersifat tabligh
(menyampaikan) sehingga aktiviti dakwah tersebut lebih bersifat kepada penyampaian secara
lisan semata-mata ataupun aktiviti ceramah semata-mata. Dari sudut lain, kegiatan ceramah yang
banyak diadakan pada masa kini sama ada di surau, masjid, dewan, tempat-tempat awam atau di
mana sahaja memang mempunyai kekuatan yang tersendiri, kerana ia dapat mewujudkan
hubungan secara langsung antara pendakwah (daie) dengan sasaran dakwah atau kelompok yang
akan menerima dakwah (mad‟u). Selain itu para pendakwah yang terlibat dalam aktiviti jenis ini
tidak perlu memerlukan tenaga yang terlalu banyak untuk berfikir dan khalayak pula terdiri dari
pelbagai jenis kelompok pendengar.

Namun, terdapat kelemahan dalam program yang berbentuk ceramah ini, antaranya ialah
penceramah atau pendakwah yang terlibat perlu menyediakan waktu yang banyak untuk program
ini. Lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat kita pada hari ini masyarakat lebih suka dan
tertarik dengan penceramah yang popular dan „menghiburkan‟ atau para penceramah yang perlu
„diimport‟ dari jauh. Selain dari itu masyarakat juga perlu menyediakan masa yang cukup untuk
mengikut kegiatan ceramah ini yang diadakan di pelbagai tempat sedangkan pada masa kini,
masyarakat tidak mempunyai banyak masa akibat dari pelbagai aktiviti bagi memenuhi
kehidupan seharian termasuk keperluan bekerja dan tuntutan yang lain. Kemungkinan juga
program ceramah-ceramah yang diadakan itu menjemukan atau tidak menepati sasaran
khalayaknya kerana terdapat perbezaan daya intelektual para pendengar ataupun terdapatnya
kelemahan-kelemahan yang lain dari para pendakwah sendiri.
8

Mejar Burhanuddin Abdul Jalal, (2007) Cabaran dakwah islamiah masa kini. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
(USIM), Kuala Lumpur

[8]

2. Pemantapan dari sudut keilmuan9

Dakwah dalam era kini bukan lagi bersifat biasa (routine), sementara (temporary) dan juga
segera (instant) tetapi dakwah masa kini memerlukan kekuatan keilmuan. Dengan adanya
keilmuan dakwah Islamiah tentunya aspek-aspek yang berkaitan dengan strategi pelaksanaan
dakwah dapat dilaksanakan berdasarkan teori dakwah Islamiah yang telah diperkatakan oleh
alim ulama atau para cendekiawan yang terdahulu. Perlu akui bahawa aktiviti-aktiviti atau
program dakwah yang dilaksanakan pada hari ini pada umumnya tidak menggunakan kaedah
pendekatan ilmiah atau kerangka teori dakwah yang jelas. Akibatnya semua program dan aktiviti
dakwah yang dilaksanakan terus berjalan tanpa perancangan dan penilaian yang jelas. Masalah
yang timbul berkaitan dengan aspek keilmuan dakwah Islamiah ini ialah disebabkan dari segi
epistemologi ilmu dakwah tidak selari dengan khazanah ilmu-ilmu Islam yang lain seperti ilmu
kalam, filsafat Islam, tasawuf, hadis, fikah dan lain-lainnya. Ternyata ilmu dakwah yang muncul
agak lewat dari segi perkembangan ilmu dan ilmu ini baru dikuasai oleh para ilmuwan
terkemudian dan masa kini.

Kelemahannya, program-program atau aktiviti-aktiviti dakwah yang bakal dijalankan tidak
menepati perancangan yang dilakukan. Hal ini kerana setiap daripada perancangan yang
dilakukan menitik beratkan risiko, kelebihan dan kelemahan serta keberkesanan selepas program
tersebut, maka apabila tidak dinilai dengan keilmuan yang tinggi serta strategi pelaksanaan yang
berkesan maka program yang berjalan berkemungkinan tidak seperti yang dirancangkan.
3. Modal Insan10

Dalam aspek ini jika diperhatikan aktiviti dakwah yang dilaksanakan masih lagi di tahap
sederhana. Kesan dari ini terdapatnya para pendakwah yang tidak profesional dan ini
menyebabkan masyarakat memberi penghargaan yang rendah kepada para pendakwah.
Pandangan yang sama juga ditujukan kepada agensi atau organisasi dakwah akibat dari lemahnya
9

Mejar Burhanuddin Abdul Jalal, (2007) Cabaran dakwah islamiah masa kini. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
(USIM), Kuala Lumpur. ibid
10
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal, (2007) Cabaran dakwah islamiah masa kini. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
(USIM), Kuala Lumpur. Ibid

[9]

daya kepimpinan dan juga aspek pengurusan organisasi dakwah. Para pendakwah yang masih
gagal menguasai alat-alat teknologi dakwah ataupun kemudahan yang terdapat ada masa kini
yang dapat memberikan kesan dalam menyampaikan dakwah, tidak mampu melaksanakan
pengurusan dakwah yang berkesan yang merangkumi aspek perancangan, pengorganisasian,
pengawalan dan juga kepimpinan yang berkesan. Secara idealnya para pendakwah pada masa
kini tidak hanya menguasai ilmu-ilmu asas pendakwah seperti penguasaan ilmu pengajian Islam
yang mantap, akhlak yang baik tetapi juga perlu menguasai ilmu-ilmu bantu yang lain seperti
ilmu komunikasi dan juga kaedah atau metodologi dakwah, sekali gus ia mampu menterjemah
ilmu atau kemahiran yang ada dalam usaha untuk menyampaikan dakwah Islamiah secara lebih
berkesan.

Dari sudut kelemahan yang mungkin akan terlihat adalah ketelusan dalam merancang aktiviti
yang lebih berstrategik dan berkesan. Ini kerana modal insan atau sumber manusia memainkan
peranan penting sebagai penggerak yang akan melancarkan gerakan penyebaran dakwah. Ini
kerana proses pengurusan dakwah itu bukan dilakukan secara persendirian namun ada organisasi
atau jawatankuasa yang membantu dengan kepakaran dan bidang masing-masing bagi
melancarkan dan melicinkan lagi perancangan-perancangan yang akan dilakukan kelak. Selain
itu juga, setiap bidang tugas dalam sesebuah organisasi memainkan peranan penting dalam
kebersamaan menilai kelemahan dan kekuatan bidang tugas yang lain dari perspektif lain untuk
membolehkan sesebuah organisasi itu mencapai kematangan dalam pengurusan yang fleksibel.
4. Prasarana11

Untuk mencapai tujuan dakwah, pihak yang menguruskan dakwah juga memerlukan
prasarana

serta

kemudahan-kemudahan

yang

sedikit

sebanyak

menyumbang

kepada

keberkesanan dan kelancaran penyebaran dan aktiviti dakwah yang dijalankan. Dari satu sudut
kita melihat bahawa memang benar tugas berdakwah adalah satu jihad disisi islam, malahan
dakwah yang terbaik adalah dakwah fisabilillah. Namun begitu bukanlah dimaksudkan dengan
prasarana dan kemudahan untuk berdakwah diatas untuk kepentingan pendakwah itu sendiri.

11

Mejar Burhanuddin Abdul Jalal, (2007) Cabaran dakwah islamiah masa kini. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
(USIM), Kuala Lumpur. Ibid

[10]

Tetapi kemudahan yang diperlukan adalah bagi membantu kelancaran program dakwah yang
akan dijalankan seperti kemudahan dana, kemudahan tempat, kemudahan dari sudut sumber
manusia atau kakitangan dalam sesebuah organisasi serta kemudahan-kemudahan yang berkaitan
dengan gerak kerja islam.

Namun terdapat kelemahan andaikata segala prasarana yang diperlukan diberikan secara
secukupnya. Manusia itu sendiri tidak lari dari melakukan kesilapan begitu juga pendakwahpendakwah kerana mereka juga merupakan manusia biasa. Berkemungkinan apabila prasarana
dan kemudahan diberikan kadangkala timbul permasalahan seperti penyelewangan ataupun
dengan kata mudahnya kemudahan yang diberikan tidak digunakan sebaiknya untuk tujuan
dakwah. Disini akan nampaklah kepincangan dari sudut kejujuran dalam berorganisasi dan
ketelusan dalam merancang aktiviti dakwah dengan menggunakan
disediakan.

[11]

kemudahan yang telah



CARA MENGATASI

“Dia (Allah) mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barang siapa
diberi hikmah, maka sesungguhnya dia telah memperoleh kebaikan yang amat besar.”12

Al-Quran telah menerangkan bahawa semua nabi telah diajar hikmah oleh Allah.
Keistimewaan hikmah yang dimiliki oleh para nabi inilah yang menyebabkan mereka yang
paling istimewa dan yang paling berilmu. Hadis nabi juga menyebutkan bahawa hikmah
merupakan barang mukmin yang hilang. Ertinya manusia yang betul-betul layak untuik memiliki
hikmah adalah dari kalangan orang yang beriman. Nabi juga menasihatkan orang mukmin
supaya mengambil hikmah di mana-mana sahaja hikmah itu ditemui kerana hikmah itu adalah
barang mukmin yang hilang.

Dalam konteks dakwah, Allah telah menjelaskan hikmah dalam beberapa makna mengikut
kondisi keadaan yang berlaku. Antaranya hikmah dalam erti kemampuan memilih saat bila harus
berbicara dan bila harus diam. Para pendakwah seharus mengetahui saat ia harus berbicara dalam
menyampaikan dakwah supaya dakwahnya mudah diterima. Hikmah dalam erti memilih dan
menyusun kata-kata. Seorang pendakwah perlu menggunakan bahasa yang baik, tepat dan padat.

Terdapat dua aspek penting dalam menyusun sesebuah organisasi dalam usaha untuk
mendapatkan pengurusan yang terbaik dalam sesuatu perancangan yang dibuat. Antaranya:

1) Wadah Sumbangan:

Organisasi dakwah berusaha untuk mendidik dan menyediakan ramai aktivis dakwah dengan
berbagai potensi dan keahlian. Semua potensi dan keahlian yang dimiliki oleh para aktivis
dakwah sangat bermanfaat bagi organisasi dalam mengelola semua aktiviti dan programnya
untuk meraih tujuan yang ingin dicapai. Keseluruhan potensi tersebut ditempatkan dalam bingkai
struktur organisasi di mana ia menempatkan orang yang layak pada posisi yang tepat sesuai
dengan kemampuan, keahlian dan potensi yang dimiliki.
12

Surah al-Baqarah: 269

[12]

Dengan pengurusan yang tepat, semua potensi diolah dalam sebuah orkestra pengurusan
yang harmoni sehingga menghasilkan simfoni yang indah, teratur, berirama dan terarah. Dalam
perspektif ini, menjadi pengurus organisasi dakwah mampu menjadi wadah bagi aktivis dakwah
untuk menyumbang waktu, tenaga, pemikiran dan semua potensi yang dimiliki untuk tercapainya
tujuan-tujuan organisasi dakwah. Keterlibatan dalam struktur organisasi menjadi wasilah ke arah
tersalurnya berbagai kemampuan dan keahlian aktivis dakwah yang sesuai dengan dinamik
dalaman dan luaran organisasi tersebut. Ini merupakan makna yang penting, di mana segala
potensi aktivis dakwah boleh disalurkan dalam wahana dan wasilah yang tepat untuk
disumbangkan bagi pencapaian tujuan.

Pada sudut yang lain, organisasi dakwah dipenuhi oleh para aktivis dakwah yang memang
memiliki kapasiti yang memadai sehingga menyebabkan organisasi menjadi dinamik dan
memiliki keunggulan yang kompetitif. Pada akhirnya bertemulah antara wadah sumbangan
aktivis dakwah dengan keperluan organisasi dakwah yang dinamik. Potensi aktivis dakwah dapat
disumbangkan secara optimum dan pada masa yang sama organisasi dakwah akan menjadi kuat
dan unggul kerana ianya dikelolakan oleh para aktivis dakwah yang penuh potensi.

2) Wadah pembinaan:

Dalam masa yang sama kita juga memahami bahwa pengurusan organisasi dakwah adalah
satu wadah pembinaan. Inilah makna kedua dari pengurusan organisasi dakwah dan ia
merupakan makna yang sangat penting bagi sebuah organisasi.Menjadi pengurus organisasi
adalah wadah untuk melakukan pembinaan, di mana setiap saat dan setiap masa pengurusan,
aktivis dakwah datang silih berganti mengisi pos-pos yang sesuai bagi dirinya. Dalam perspektif
sinergi, pengurusan dalam organisasi dakwah adalah wadah sumbangan bagi potensi aktivis
dakwah yang sekaligus menjadi wadah pembinaan struktur dalaman.

Dalam setiap proses pergantian pengurusan organisasi dakwah melalui mekanisma
musyawarah, sentiasa ada suasana khas. Ada pengurus lama yang sudah berpengalaman dan
bertambah ilmunya kerana telah melaksanakan amanah pengurusan selama beberapa waktu,

[13]

namun ada ramai lagi aktivis dakwah yang berpotensi untuk menempatkan diri mereka dalam
pos-pos pengurusan dengan menjadi pengurus yang baru.

3) Wadah Perlaksanaan

Dalam erti kata lain setiap apa yang dirancang dan objektif yang telah dirumuskan perlu
diterjemahkan kedalam bentuk tindakan dan agihan kerja-kerja dan bidang tugas dan perlu juga
untuk dilaksanakan mengikut segala perancangan yang telah ditetapkan. Diperingkat
pelaksanaan perlulah kita menitik beratkan usaha melancarkan apa yang telah dirumuskan
sebelum ini dengan mengenalpasti kemahiran yang diperlukan kerana sesuatu tugas yang akan
dilaksanakan akan lebih berkualiti sekiranya yang melaksanakan itu mempunyai kepakaran
terhadap bidang tersebut, memastikan mereka yang terlibat memahami perancangan yang akan
dilaksanakan serta apa yang dilakukan itu adalah mengenalpasti sasaran mad‟u yang akan
menerima dakwah apakah pelaksanaan yang lebih berkesan.

Seorang pendakwah adalah contoh kepada orang didakwah. Justeru, apa yang disebarkan
oleh pendakwah perlulah menepati apa yang diamalkan. Pendakwah yang gagal menunjukkan
contoh tauladan tidak akan menghasilkan tindakbalas yang dihajati. Hal ini tidak menepati
konsep komunikasi berkesan. Allah amat murka kepada mereka melakukan sesuatu tidak sama
seperti dikatakan. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu
memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebencian di sisi Allah, kamu
memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya ”13.

13

Surah ash-Shaff,: 2-3

[14]



KESIMPULAN

Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh
yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan
berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan
musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang
Allah mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan
disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”14

Dakwah adalah cara hidup dan menjadi darah daging kita semua. Pengurusan dakwah secara
lebih terancang dan sistematik merupakan aspek yang sangat penting dalam menegakkan
kalimah Allah di atas muka bumi ini. Maka, adalah menjadi harapan kita bersama bahawa usahausaha untuk meningkatkan tahap perlaksanaan dakwah Islamiah di kalangan para pendakwah
dan juga organisasi dakwah sama pihak kerajaan atau Badan Bukan Kerajaan (NGO ) akan terus
diusahakan dan sekali gus aktiviti dakwah Islamiah di negara kita akan mengalami proses
pencerahan (enlightenment) dalam memfokuskan persoalan-persoalan dakwah Islamiah yang
berkembang dalam era kontemporari masa kini.

14

Surah al-Anfal: 60

[15]



RUJUKAN

1)

Abdul Ghafar Don, (2008) Dakwah dan cabaran de-islamisasi di Malaysia. Karisma
Publication Sdn Bhd, Shah Alam.

2)

Fariza Md Sham, Sulaiman Ibrahim & Ideris Endot. (2000) Dakwah dan perubahan social.
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur

3)

Syamsul Bahri Andi Galigo, Khairunneezam Mohd Noor & Rozita Abdullah. (2005)
Membangun masyarakat moden yang berilmu dan berakhlak. Fakulti Kepimpinan dan

Pengurusan (USIM), Kuala Lumpur

4)

Mejar Burhanuddin Abdul Jalal, (2007) Cabaran dakwah islamiah masa kini. Fakulti
Kepimpinan dan Pengurusan (USIM), Kuala Lumpur

5)

Nurhafizah Bt Kasbullah. (2009) Pengurusan dan cabaran dakwah kontemporari.
Retrieved Oktober 29, 2012, from http://indahkhairani.wordpress.com /2009/09/ 28/

6)

Abdul Hamid Othman. (1989). Pengurusan dan konsep rancangan dakwah. Muzakarah
Pelaksanaan Rancangan Dakwah Ambilan Tempatan: Dakwah Bersepadu : Kuala Lumpur.

7)

Muhammad Yusuf Khalid. (2005) Isu dakwah dan kemanusiaan dalam era globalisasi.
Fakulti Dakwah & Pengurusan Islam, Kolej Universiti Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

8)

Abdul Ghafar Don. (2000) Dakwah dan pengurusan Islam di Malaysia : konsep
dan pelaksanaan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur

[16]