latar belakang dan ibnu khaldun

Ahli Ekonomi Islam
Apresiasi para sejarawan dan ahli ekonomi terhadap kemajuan kajian ekonomi Islam
adalah sangat kurang dan bahkan dilihat seperti diabaikan dan tidak mempedulikan jasa-jasa
intelektual para ilmuwan muslim. Buku Perkembangan Pemikiran Ekonomi 1 tulisan Deliarnov
sebagai contoh, sama sekali tidak memasukkan hasil pemikiran para ekonom muslim di abad
pertengahan, sedangkan pada zaman itu terdapat ramai ilmuwan muslim terdahulu yang memiliki
pemikiran ekonomi yang sangat maju melampaui ilmuwan-ilmuwan Barat dan jauh mendahului
pemikiran ekonomi Barat. Dalam buku sejarah Ekonomi tulisan Schumpeter, History of
Economics Analysis menyatakan bahawa satu-satunya ilmuwan muslim yang disebutnya secara
ringkas hanyalah Ibn Khaldun di dalam kompilasi dari Schumpeter.2
Buku Sejarah Pemikiran Ekonomi tulisan penulis Belanda Zimmerman, juga tidak
memasukkan pemikiran ekonomi oleh para pemikir ekonomi Islam. Oleh yang demikian, atas
faktor tersebut bolehlah disimpulkan bahawa kebanyakan buku-buku sejarah ekonomi
konvensional hanya menulis sejarah ekonomi Eropah hal ini kerana mereka hanya menulis
mengenai ahli ekonomi Eropah.
Fakta sejarah banyak membuktikan bahwa Ilmuwan muslim adalah ilmuwan yang sangat
banyak menulis masalah mengenai ekonomi. Mereka tidak saja menulis dan mengkaji ekonomi
secara normatif dalam kitab fiqh, tetapi juga secara ilmiah dengan metodologi yang sistematik
dengan menganalisa masalah-masalah ekonomi. Salah satu intelektual muslim yang paling
terkemuka dan paling banyak sumbangan dalam ekonomi ialah Ibnu Khaldun. (1332-1406). Ibnu
Khaldun adalah ilmuwan muslim yang memiliki banyak hasil pemikiran dalam pelbagai bidang,

1

Deliarnov, Perkembangan Pemikiran Ekonomi, Jakarta, Rajawali Pers, cetakan kedua, 1997
Schumpeter, J.A.: History of Ekonomic Analysis, oxford University Press, London, 1959,
p.136 and p.788.
2

1

seperti ekonomi, politik dan kebudayaan. Salah satu pemikiran Ibnu Khaldun yang sangat
popular dan amat penting untuk dibincangkan adalah tentang ekonomi. Pentingnya perbahasan
pemikiran Ibnu Khaldun tentang ekonomi kerana pemikirannya memiliki impak yang besar bagi
perkembangan ekonomi Islam ke arah yang lebih maju.

2

Latar Belakang Ibn Khaldun
Ibnu Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin
Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan lahir di Tunis pada 1 Ramadan 732H. Keluarganya berasal
daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Itali, dan SepanyoL

Akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya,
pemerintah Tunis pada waktu itu.
Ibnu Khaldun mendapat pendidikan awal dalam pelbagai ilmu Islam seperti Al-Quran
dan Al-Hadith. Apabila meningkat dewasa, beliau mempelajari pula tentang perundangan Islam,
kesusasteraan, falsafah, bahasa dan mantik. Antara bahasa yang dipelajari oleh beliau ialah
Lingustik Bahasa Arab seperti Nahu dan Saraf. Antara guru yang mengajarnya dalam ilmu-ilmu
yang dipelajarinya adalah Muhammad Ibrahim Al-Abiliti, Abu Abd Allah Al-Jayyani, Abd Allah
Muhammad bin Abd Al- Salam dan lain-lain lagi.
Beliau mempunyai sifat peribadi yang tegas dalam menjalankan tugas yang
diamanahkan. Selain itu juga, kebolehan beliau dalam bidang sosiologi mengangkatkan lagi
belaiu sebagai seorang ahli cendekiawan yang agung. Beliau mengamalkan sifat rendah diri dan
tidak mementingkan pangkat dan bijak menyelesaikan masalah. Beliau mempunyai kepakaran
dalam ilmu kemasyarakatan, pendidikan, keagamaan, tamadun, undang-undang dan falsafah.
Dalam perjalanan hidup beliau dipenuhi berbagai peristiwa, pengembaraan dan perubahan.

3

Ibnu Khaldun: Bapa Sosio Ekonomi dan Politik
Ibnu Khaldun adalah tokoh intelektual paling terkemuka di dunia. Ia bukan saja Bapa
sosiologi tetapi juga Bapa ilmu Ekonomi. Hal ini kerana banyak teori ekonominya yang jauh

mendahului Adam Smith dan Ricardo. Ertinya, ia lebih dari tiga abad mendahului tokoh
ekonomi Barat modern tersebut. Muhammad Hilmi Murad telah menulis sebuah buku yang
bertajuk Abul Iqtishad: Ibnu Khaldun3 (Bapa Ekonomi: Ibnu Khaldun). Dalam tulisan tersebut
Ibnu Khaldun telah dibuktikannya secara ilmiah sebagai pengasas ilmu ekonomi secara spesifik
Sebelum hasil kajian tentang ekonomi oleh Ibnu Khaldun, kajian-kajian ekonomi di dunia
Barat masih bersifat normatif, adakalanya dikaji dari perspektif undang-undang, moral dan
falsafah. Karya-karya tentang ekonomi oleh para ilmuwan Barat, seperti ilmuwan Yunani dan
zaman Scholastic bercorak tidak ilmiah, kerana ilmuan zaman tersebut hanya memasukkan
kajian ekonomi dalam kajian moral dan undang-undang.
Sedangkan Ibnu Khaldun mengkaji masalah ekonomi dengan melihat dari aspek
masyarakat dan negara secara terperinci dan sekali gus menjelaskan fenomena ekonomi secara
lebih tepat. Muhammad Nejatullah Ash-Shiddiqy, menuliskan satu fakta penting dari hasil
kajian Ibnu Khaldun tentang ilmu ekonomi dalam bukunya yang berbunyi:
Ibnu Khaldun has a wide range of discussions on economics including the subject value,
division of labour, the price system, the law of supply and demand, consumption and production,
money, capital formation, population growth, macroeconomics of taxation and public
expenditure, trade cycles, agricultural, industry and trade, property and prosperity, etc. He
discussses the various stages through which societies pass in economics progress. We also get
3


Muhammad Hilmi Murad, Abu al-Iqtishad, Ibnu Khaldun dalam A’mal Mahrajan Ibnu
Khaldun, Kairo, Markaz Al-Qawmi lil Buhuts al-Ijtimaiyah wa al-Jinaiyah, 1962

4

the basic idea embodied in the backward-sloping supply curve of labour 4 (Ibn Khaldun telah
membincangkan pelbagai jenis masalah ekonomi secara meluas, termasuk subjek tentang nilai,
pembahagian kerja, sistem harga, penawaran dan permintaan, penggunaan dan penghasilan, duit,
pembentukan modal, pertumbuhan ppopulasi, makro ekonomi dari cukai dan pembelanjaan
awam, kitaran perdagangan, pertanian, indusrtri dan perdagangan, hak milik dan kemakmuran,
dan sebagainya. Ia juga membincangkan pelbagai jenis tahap yang dilalui oleh masyarakat dalam
perkembangan ekonomi masyarakat tersebut.)
Pendapat ini dikukuhkan lagi oleh Shiddiqy Boulokia dalam tulisannya Ibn Khaldun: A
Fourteenth Century Economist, yang menyebut bahawa:
Ibnu Khaldun discovered a great number of fundamental economic notions a few
centuries before their official births. He discovered the virtue and the necessity of a division of
labour before Smith and the principle of labour value before Ricardo. He elaborated a theory of
population before Malthus and insisted on the role of the state in the economy before Keyneys.
But much more than that, Ibnu Khaldun used these concepts to build a coherent dinamics system
in which the economic mechanism inexorably led economic activity to long term fluctuation..... 5

(Ibn Khaldun telah menemui sejumlah besar idea dan pemikiran ekonomi yang penting, beberapa
abad sebelum kelahiran ”rasminya” (di Eropah). Dia menemui kepentingan prinsip pembahagian
kerja sebelum Smith dan prinsip tentang nilai kerja sebelum Ricardo. Ibnu Khladun telah
mengolah suatu teori tentang kependudukan sebelum Malthus dan menekankan tentang peranan
negara di dalam ekonomi sebelum Keynes. Bahkan lebih daripada itu, Ibnu Khaldun telah
4

Shiddiqy, Muhammad Nejatullah, Muslim Economic Thinking, A Survey of Contemporary
Literature, dalam buku Studies in Islamic Economics, International Centre for Research in
Islamic Economics King Abdul Aziz Jeddah and The Islamic Foundation, United Kingdom,
1976
5
Boulakia, Jean David C., “Ibn Khaldun: A Fourteenth Century Economist” – Journal of
Political Economiy 79 (5) September –October 1971: 1105-1118

5

menggunakan konsep-konsep ini untuk membangunkan suatu sistem yang dinamik di mana
mekanisme ekonomi ini secara tidak langsung terarah kepada perubahan aktiviti ekonomi untuk
jangkamasa panjang)

Meskipun Ibnu Khaldun menjadi seorang seorang cendekiawan yang agung sehingga
disanjung oleh ramai cendekiawan Barat kerana buah fikiran beliau. Tetapi jarang sekali umat
Islam mengkaji tentang ilmu beliau. Sumbangan beliau dalam ekonomi banyak dimuatkan dalam
hasil karya beliau, Al-Muqaddimah. Al-Muqaddimah merupakan hasil teragung yang beliau
hasilkan. Antara teori ekonomi dalam buku itu masih lagi releven dengan masalah ekonomi
semasa pada masa kini.
Kitab Al-Muqaddimah atau bermaksud pendahuluan ini merupakan kitab terbesar yang
dihasilkan oleh beliau. Di dalam kitabnya memuatkan tentang pesuratan tentang sejarah, falsafah
dan sosiologi termasuk juga pendidikan.Tema utama dalam kitab beliau adalah mengecam faktafakta psikologi, ekonomi, alam sekitar dan juga kemasyarakatan yang memainkan peranan
penting dalam proses memajukan peradaban manusia dan perjalanan sejarahnya. Beliau telah
membuat pelbagai analisis tentang dinamika hubungan kumpulan-kumpulan dan menunjukkan
bagaimana setiakawan dan perpaduan social .Dalam karya tulisannya, beliau telah
membincangkan beberapa prinsip dan falsafahekonomi seperti keadilan (justice), kerjasama
(cooperation), kesederhanaan (moderation), kerja keras (hardworking) dan kelemahan (fairness).
Pemikiran cemerlang beliau telah menjadikan beliau seorang seorang yang berpengaruh
besar bagi cendiakawan-cendiakawan barat dan timur. Pemikiran beliau telah membawa
perubahan yang besar dalam jabatan politik, ilmiah dan peradilan.Ibnu Khaldun telah mejalankan
analisis yang mendalam tentang teori ekonomi. Beliau menjalankan kesemua kajian beliau
tentang teori ekonomi berdasarkan kepada prinsip- prinsip dan falsafah islam. Ibnu Khaldun
6


tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti ekonomi yang mereka jalankan setiap hari
tetapi beliau telah menganggap manusia sebagai manusia islam yang memerlukan pengetauhan
dan pembelajaran ilmu tentang ekonomi untuk memenuhi atau menjalankan misinya diatas muka
bumi ini. Oleh itu, beliau menekankan bahawa manusia perlu menjauhi perbuatan jahat
sebaliknya manusia seharusnya dan wajib mengikuti ajaran islam. Selain itu juga, beliau
menekankan manusia perlu menjadikan Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan
mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.
Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti
keadilan (al adl), kerja keras, kerjasama dan kesederhanaan (wasatiyyah). Berhubung dengan
keadilan, Ibn Khaldun telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas
kekuatan sesebuah ekonomi. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan
hancur dan musnah. Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas
wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah, mengambil harta
orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap
orang lain. Begitu juga kalau meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan
Islam.
Beliau mengkategorikan perampas harta orang lain secara tidak sah hingga memberi
kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling tidak adil. Menurut beliau lagi,
seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang paling murah termasuk dalam

kategori memiliki harta cara yang tidak betul. Ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada
kejatuhan sesebuah negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn
Khaldun, atas sebab sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.

7

Teori Pengeluaran oleh Ibn Khaldun
Ibnu Khaldun telah mengemukan pelbagai teori tentang ilmu ekonomi. Teori yang
dikemukan dalam ilmu ekonomi adalah teori pengeluaran, teori nilai, wang dan harga dan teori
pengagihan. Beliau mengemukan teori bahawa kehidupan ekonomi sentiasa menghala kearah
pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan.
Dalam teori pengeluaran, Ibnu Khaldun menghuraikan perpaduan, penduduk dan
pengeluaran sebagai satu fasa yang berlainan. Pada peringkat permulaan, individu mengeluarkan
barang yang paling sederhana, semula jadi dan terpenting kepada dirinya sendiri. Pada peringkat
selanjutnya, pengeluaran ditujukan terhadap barangan yang memerlukan kemahiran, memerlukan
perkhidmatan perubatan dan kesenian.
Ibnu Khaldun memberi penekanan bahawa pengeluaran yang meningkat dan perpaduan
yang berkurangan melahirkan keperluan baharu terhadap kemewahan. Beliau menunjukkan
bahawa melalui perpaduan dan cara ekonomi, kita dapat mendifinisikan masyarakat. Bagi beliau,
semua faktor perpaduan, kependudukan dan pengeluaran tidak mempunyai kedudukan yang

sama mustahak pada ketika yang berlainan.
Menurut beliau lagi, teori pengeluaran adalah berasaskan tentang faktor buruh dan juga
kerjasama masyarakat. Beliau juga mengangap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses
pengeluaran walaupun faktor-faktor lain seperti tanah yang tersedia, tenaga buruh adalah perlu
untuk menghasilkan matlamat akhir sesuatu pekerjaan.
Menurut Ibn Khaldun lagi, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh
yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada
penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme
8

permintaan dan penawaran dalam pasaran. Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan
yang diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan harga belian. Namun begitu perbezaan
antara kedua-dua harga itu.
Pendapat ini turut disokong oleh Miller, di mana beliau ada mengatakan bahawa:
“As labor is the main source of earning, if labor increase, the value realized from it
increase, and so is their earnings. The prosperity and wealth they enjoy leads them to luxury
commodities such as luxury houses and clothes, fine vessels and utensils, and the use of servants
and mounts. All these activities have value and a skillful people must be chosen to do them and
to be in charge of them. Income and expenditure increase. Affluence comes to those who work
and produce these things by their labor. Demand for luxuries will increase. Crafts and industries

will arises to produce these luxuries, earnings multiplied in the city, production thrives, and thus
the market for labor thrives, and so on with the second and third increment” (Tenaga kerja
adalah sumber utama pendapatan, jika bilangan buruh meningkat, nilai yang direalisasikan juga
meningkat, dan begitu juga pendapatan mereka. Kesenangan dan kekayaan yang mereka nikmati
mendorong mereka ke arah komoditi mewah seperti rumah-rumah mewah dan pakaian, dan
perkakas dapur dan penggunaan orang gaji. Semua aktiviti ini mempunyai nilai dan memerlukan
tenaga mahir yang dipilih untuk membuatnya dan untuk dipertanggungjawabkan. Pendapatan
dan peningkatan perbelanjaan. Kemewahan diperolehi oleh mereka yang bekerja dan
menghasilkan barangan dengan menggunakan pekerja. Permintaan untuk barangan mewah akan
meningkat, kraf dan industri akan meningkat untuk menghasilkan barangan mewah, sumber
pendapatan di bandar akan berganda, pengeluaran meningkat, dan dengan itu pasaran untuk
buruh juga akan meningkat).

9

Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu
untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat
melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan
cekap. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi dan pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan
pasaran.

Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau
upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada masyarakat.
Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran,
pertukaran, dan perkhidmatan awam.
Ibnu Khaldun juga ada bercakap tentang penilaian pengeluaran dan menunujukkan
bagaimana industri menyusuli pertanian. Beliau menunjukkan industri adalah lebih kompleks
dan memerlukan tahap peradaban dan pengkhususan individu yang tertentu. Perhatian khusus
diberikan oleh beliau kepada kajian mengenai perpaduan atau kesatuan, kependudukan dan
ekonomi dalam ekologi yang berbeza. Tekanan kependudukan terhadap taraf hidup
menyebabkan pengeluaran meningkat. Meliau menunujukkan peri mustahaknya perpaduan ke
atas politik dan ke atas keseluruhan kehidupan masyarat yang lebih tersusun.

10