Industri Saham Amanah Sebagai Pemangkin

Industri Saham Amanah Sebagai Pemangkin
Kejayaan Dasar Pembangunan Negara

Saham Amanah secara konseptualnya dapat ditakrifkan sebagai satu skim
pelaburan berkumpul yang menabung simpanan orang awam dalam dana
amanah khas yang diuruskan secara aktif oleh penguruspengurus dana
profesional. Saham amanah ditubuhkan mengikut satu surat ikatan amanah yang
dilaksanakan oleh pemegang amanah, pengurus dan pemegang unit. Surat
ikatan amanah tersebut didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan
menyatakan hak-hak pemegang unit dan tanggungjawab serta tanggungan
pemegang amanah dan pengurusnya. (Prospektus Amanah Saham Nasional
Berhad, 10 Jun 1999).

Pengumpulan dana dalam saham amanah membolehkan orang awam
untuk membeli unit-unit yang diterbitkan sama ada oleh agensi-agensi yang
diperbadankan oleh pihak Kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB)
mahu pun agensi kerajaan-kerajaan Negeri. Antara produk-produk yang
ditawarkan oleh PNB seperti Amanah Saham nasional (ASN), Amanah Saham
Bumiputra (ASB), dan Amanah Saham Wawasan (ASW). Manakala produk yang
ditawarkan oleh agensi kerajaan negeri pula seperti Amanah Saham Johor
(ASJ), Amanah Saham Kedah (ASK) dan sebagainya.


Selain itu juga, terdapat produk saham amanah yang diuruskan secara
komersil oleh institusi-institusi kewangan perdagangan seperti Malayan Bangking

1

Berhad, Southern Bank Unit Trust, Perwira Affin Bank dan Bank Islam (M) Bhd.
Semua ini menunjukkan bahawa produk saham amanah telah mulai mendapat
perhatian awam sebagai satu bentuk pelaburan yang menguntungkan sejak
Amanah Saham Mara (ASM) mulai diperkenalkan pada tahun pada tahun 60-an
dan diikuti oleh Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang dilancarkan pada
tahun 1981(Utusan Malaysia, 1 Januari 1997). Kemudian beberapa saham
amanah baru diperkenalkan oleh PNB seperti Amanah Saham Wawasan (1996)
dan juga ASN2 (1999).

Saham Amanah berbeza dengan saham biasa yang terdapat di bursabursa saham dunia seperti di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), Bursa Saham
New York (NYSE) dan lain-lainnya. Perbezaan ketara antara saham amanah
dengan

saham


biasa

ialah

saham

amanah

pelaburannya

berbentuk

jangkapanjang, risiko yang minimum kerana pelaburan dibuat dalam pelbagai
sektor dan juga penjimatan dalam urusan pembelian, penjualan dan pegangan
para pelabur. Berbeza dengan saham biasa yang terdedah dengan risiko
walaupun keuntungan tinggi mungkin boleh didapati melalui penjualan singkat.
Kegawatan ekonomi pada tahun 1997 yang diakibatkan oleh kegagalan
mekanisme sistem pertukaran matawang dunia menyaksikan banyak matawang
jatuh mendadak akibat daripada kemeruapan pasaran saham yang tidak

terkawal disebabkan spekulator-spekulator.

2

Rentetan

daripada

itu,

negara-negara

membangun

mengalami

kemelesetan ekonomi yang teruk seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Korea
Selatan dan Malaysia tidak terkecuali. Pengajaran daripada kes ini menyedarkan
negara-negara membangun betapa rapuhnya sistem ekonomi kapitalis yang
diamalkan pada hari ini. Justeru, langkah kerajaan Malaysia mengadakan

beberapa strategi kawalan dalam sistem kewangannya dan industri saham
walaupun dikritik oleh banyak pihak antarabangsa telah berjaya menyelamatkan
negara daripada terjerumus dalam kancah kemelut ekonomi yang boleh
membawa kepada kemelut politik dan sosial negara.

Selain

itu

juga,

pengurusan

saham

amanah

dijalankan

secara


professional kerana para pengurus terikat kepada keperluan Surat Ikatan
Amanah, Peraturan-peraturan Suruhanjaya Sekuriti (Skim Amanah Saham)
1996, Garispanduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti dan undangundang lain yang berkaitan. Bagi memastikan ketelusan dalam pelaburan saham
amanah, juruaudit bebas dilantik bagi menyediakan akauan-akauan saham
amanah setiap tahun.

Ciri-ciri ini menjadikan saham amanah lebih diminati bagi pelabur awam
yang mempunyai jumlah pelaburan yang sedikit tetapi stabil dan tidak
mengundang risiko turun naik pasaran saham yang boleh membawa implikasi
yang besar kepada pelabur. Berdasarkan perangkaan, industri saham amanah
berkembang dari dari segi aset nilai bersih (NAV) sebanyak RM15.7 bilion pada

3

tahun 1992 kepada RM46.09 bilion sehingga 31 Januari 2001 mewakili 9.74
peratus modal dalam pasaran BSKL.(Utusan Malaysia, 22 Mac 2001). Manakala
akaun yang diuruskan oleh pemegang-pemegang unit sehingga 31 Disember
2000 meningkat kepada 9.58 juta daripada 8.26 juta pada 31 Disember 1997.


Walaupun begitu, jumlah tersebut jauh lebih rendah jika dibandingkan
dengan negara Jepun (48%), Amerika Syarikat (40%), Singapuran (39.8%). Ini
menunjukkan bahawa terdapat prospek yang tinggi untuk industri saham
amanah berkembang di negara ini. Tambahan pula, pertumbuhan ekonomi yang
pesat di Malaysia memerlukan suntikan modal yang besar bagi membiayai
pelbagai projek. Melalui dana dalam negara sudah tentu akan dapat
mengurangkan imbangan pembayaran serta dapat mengawal pengaliran ringgit
Malaysia ke luar negara. (Berita Harian, 17 Februari 1997)

Sehubungan itu, saham amanah dilihat mempunyai potensi dan prospek
yang berkualiti untuk menjadi pemangkin kepada Dasar Pembangunan Negara.
Secara relatifnya, saham amanah telah dilihat sebagai produk yang dapat
menyumbang kepada usaha kerajaan untuk mengumpul dana tempatan bagi
menggerakkan pelbagai sektor di Malaysia terutamanya bagi aktiviti yang
melibatkan pembangunan prasarana awam yang tidak banyak mendatangkan
keuntungan seperti pembinaan sekolah dan hospital awam tetapi penting
sebagai pelaburan yang menjaga kebajikan masyarakat.

4


Justeru, saham amanah sebagai mekanisme pembangunan negara telah
mulai disedari oleh pihak Kerajaan apabila usaha menubuhkan Permodalan
Nasional dibuat kira-kira lebih dua puluh tahun yang lalu. Selepas 20 tahun PNB
telah berjaya mengembelengkan dana berjumlah RM34 bilion melalui pelbagai
produk saham amanah. Pengalaman PNB boleh dijadikan model kepada
agensi/institusi kewangan di negara ini untuk menjadikan saham amanah
sebagai produk yang mampu menarik perhatian pelabur untuk turut sama
melabur.

PNB telah ditubuhkan pada 17 Mac 1978 hasil daripada pembentukan
sebuah Jawatankuasa Kerja pada tahun 1977 bagi mengariskan dasar
penubuhan tabung pelaburan Bumiputera yang membawa kepada kewujudan
Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB). Ini merupakan langkah pertama kerajaan
untuk membantu menggerakkan pelaburan saham amanah dalam konteks
pembangunan

masyarakat

bagi


memastikan

keseimbangan

pengagihan

ekonomi dapat dinikmati dan meleraikan sejarah hitam Tragedi 13 Mei 1969.

Jejak-jejak awal bagaimana PNB mulai mendekati masyarakat khususnya
masyarakat di pedalaman untuk memperkenalkan produk saham amanah cukup
menarik untuk dikongsi bersama. Ini kerana pada peringkat permulaan, memang
agak sukar untuk menarik perhatian masyarakat tentang saham kerana
maklumat tidak banyak di dapati pada peringkat ini. Tambahan pula, prasarana
penyebaran maklumat masih belum sempurna. Namun begitu, dengan usaha

5

dan kecekalan pengurusan PNB yang komited dengan hasrat kerajaan bagi
membangunkan ekonomi bumiputera dan negara amnya, masyarakat desa kini
mulai mengenali saham amanah. Pengetahuan masyarakat tentang saham

amanah semakin kukuh apabila Skim ASN yang diurusniagkan mengikut harga
pasaran telah membolehkan para pelabur ini mengetahui urusan jual beli saham
setiap hari.

Hari ini, PNB mempunyai kepentingan dalam 21 anak syarikat, 58 syarikat
bersekutu dan 243 syarikat yang diklasifikasikan sebagai syarikat porfolio
pelaburan (Berita Harian, 24 April 2000). Mengikut perangkaan PNB, sehingga
April 1998, skim ASN mempunyai hampir 11.3 juta pelabur dengan pelaburan
RM1.4 billion. Manakala ASB mempunyai 4.8 juta pelabur dengan nilai RM28.9
billion dan ASW mempunyai 832,000 pelabur dengan jumlah nilai sebanyak
RM1.6 billion. (MASSA, 1 Ogos 1998).

Bagi membantu para pelabur yang kebanyakannya di kawasan luar
Bandar mendapatkan maklumat dan menjalankan urusniaga maka pihak
Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menyediakan pelbagai kemudahan
kepada para pelabur melalui pusat pendidikan pelaburan di pejabat cawangan
Amanah Saham Nasional Bhd di seluruh negara dan juga di bank-bank
perdagangan dan Pos Malaysia Bhd yang dilantik sebagai wakil PNB.

6


Kejayaan ini merealisasikan penetapan pemilikan ekuiti 30 peratus melalui
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diasaskan pada tahun 1970 turut memberikan
peluang kepada bumiputera untuk turut sama menikmati kemajuan negara dalam
bidang ekonomi. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan jurang perbezaan sosioekonomi di antara bumiputera dengan bukan bumiputera. Jelasnya, objektif DEB
iaitu untuk meningkatkan perpaduan kaum dalam masyarakat majmuk di negara
ini dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan
kegiatan ekonomi mengikut kaum-kaum tertentu telah berjaya mengubah wajah
masyarakat Malaysia dalam konteks perkongsian kekayaan ekonomi negara.

Selain itu juga, melalui PNB juga beberapa syarikat utama yang pada
awalnya dimiliki oleh penjajah berjaya diperolehi oleh negara seperti Guthrie
melalui ‘dawn Raid’ di Bursa Saham, London pada 8 September 1981. Usaha
yang dilaksanakan oleh PNB membolehkan PNB menguasai kesemua 98,000
hektar kepentingan ladang Guthrie di seluruh dunia melalui penyusunan semula
Guthrie Corporation PLC. Langkah ini membolehkan negara memiliki kekayaan
negara semula setelah lama hasil buminya dikaut oleh penjajah.

Menyedari akan kejayaan yang dicapai oleh PNB, maka langkah kerajaan
menggalakkan masyarakat Malaysia melabur dalam industri saham amanah

adalah satu usaha murni untuk membolehkan pengumpulan modal tempatan
dapat diwujudkan dan ini akan dapat mengelakkan pergantungan negara
daripada dana asing untuk membiayai pembangunan negara.

7

Bagi memastikan industri saham amanah mampu bersaing dalam pasaran
global, maka instrumen kewangan memerlukan satu sistem pengurusan yang
cekap dan berkualiti bagi membolehkan saham amanah dapat beroperasi secara
efisien. Dalam konteks ini, langkah kerajaan menerajui usaha Koridor Raya
Multimedia (MSC) dapat dilihat sebagai usaha bersungguh-sungguh kerajaan
membina infrastruktur teknologi komunikasi yang dapat digunakan dalam
pelbagai bidang. Industri saham amanah tidak terkecuali dalam gagasan murni
ini kerana langkah tersebut telah dapat membolehkan pihak industri saham
amanah meningkatkan kecekapan dalam pengurusan.

Langkah ini juga telah membolehkan pemerosesan dokumen dibuat
dengan cepat, cekap dan sistematik. Ini sudah tentu akan dapat membantu
dalam pembangunan ekonomi negara apabila urusan dapat diselesaikan dengan
segera dan mudah tanpa melibatkan banyak kerenah birokrasi. PNB sebagai
model juga telah mempelopori projek pengkomputerisasi 280 pejabat pos yang
membolehkan pejabat pos, Malayan Bangking Berhad dan Maybank Finance
mempunyai talian terus dengan ibu pejabat ASNB mulai 2 Januari 1991.

8

Ekonomis terkenal Amerika Syarikat, Paul Krugman percaya bahawa apa
yang dilihat dalam ekonomi baru hanyalah sedikit sahaja. Ini memberikan nafas
baru dalam perubahan corak ekonomi dunia yang tidak hanya lagi bergantung
kepada sumber mentah. Apa yang berlaku ialah pertumbuhan ekonomi dalam
dunia tanpa sempadan pada hari ini menuntut kepada ekonomi berasaskan ilmu
(E-knowledge). Ini membawa implikasi yang cukup besar dalam perancangan
industri saham amanah pada hari ini agar merubah pradigma pengurusan
melalui usaha yang berteraskan teknologi bagi memaksimumkan keuntungan.

Justeru, usaha membangunkan industri saham amanah perlu dilihat
daripada prespektif keperluan masyarakat dunia yang semakin bijak membuat
pilihan kerana masyarakat semakin mudah mencapai maklumat. Perubahan
gaya hidup masa kini, menuntut warganya agar lebih konsisten menncari
keunggulan agar tidak ketinggalan dalam pasaran ekonomi dunia yang semakin
tidak menentu.

Alternatif terbaik melalui produk saham amanah juga tidak dapat lari
daripada tempias kegawatan ekonomi dunia yang memaksa banyak pembetulan
dibuat pada Bursa Saham dunia pada hari ini. Mentaliti masyarakat khususnya
bumiputra perlu disedarkan bagi memastikan mereka mendapat khidmat nasihat
dan maklumat yang betul tentang pelaburan. Kesilapan pemahaman dan sikap
tamak yang melampau inilah menyumbang kepada berlakunya masalah Skim
Cepat Kaya yang akhirnya akan merugikan mereka.

9

Perubahan sikap pelabur penting bagi memastikan mereka tidak terjebak
dengan pelaburan jangka pendek dan spekulatif. Ini adalah sikap yang harus
dikikis dengan segera jika mahukan pasaran modal negara membantu
pembangunan negara. Pembelian saham secara semborono akan menyebabkan
kerugian kepada diri sendiri dan juga negara. Justeru, para pelabur perlulah
melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran pelaburan.

Justeru, saranan Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi bahawa kerajaan telah mengadakan pelbagai skim saham
amanah yang menguntungkan dan wang dilaburkan adalah selamat serta
mampu untuk memperkukuhkan lagi kedudukan kewangan rakyat untuk masa
depan dan keluarganya perlulah dilihat secara positif (Utusan Malaysia, 2 Mac
2001)

Pertambahan syarikat baru yang menawarkan pelbagai produk saham
amanah juga akan dapat memberikan lebih banyak peluang kepada masyarakat
untuk mendapat pilihan yang terbaik dan menguntungkan mereka. Objektif
utama pelaburan adalah untuk mendapatkan keuntungan dan sebab itulah
pelaburan dalam saham amanah dibuat secara berhemah bagi memastikan para
pelabur tidak kerugian. Walau bagaimanapun dalam pasaran, harga saham
adalah tidak menentu mengikut aliran pasaran semasa. Justeru, bagi
mengurangkan berlakunya kerugian kepada pelabur maka industri saham

10

amanah mempelbagaikan pelaburan dalam sektor-sektor yang mempunyai
potensi untuk mengaut keuntungan. Ini dapat mengelakkan berlakunya kerugian
jika sesebuah sektor mengalami kerugian maka sektor yang lain akan dapat
menutup kerugian tersebut. Langkah ini telah dapat meminimumkan kerugian
pelabur dalam saham amanah sekaligus dapat mengelakkan kehilangan modal
negara.

Dalam pasaran saham dan ekonomi dunia yang suram pada hari ini,
saham amanah yang ditawarkan oleh PNB turut mengalami penurunan daripada
harga pada pembukaan seperti Amanah Saham Nasional (ASN) yang dibuka
pada harga RM1.00 dan kini jatuh di bawah harga pembukaan. Namun begitu,
harga yang rendah merupakan peluang terbaik bagi para pelabur untuk meraih
keuntungan dalam jangka panjang. Ini kerana pelaburan dalam saham amanah
mampu memberikan kadar keuntungan yang kompetetif pada masa depan.
Perkara ini tidak merugikan bagi pelabur yang mempunyai keyakinan tinggi dan
memahami asas penubuhan saham amanah.

Selain itu juga, kerajaan telah mengumumkan bahawa pelaburan
maksimum Amanah saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional
(ASN) daripada 100,000 unit kepada 200,000 unit pada tahun 7 September 1997
di Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) (Berita
Harian, 15 September 1997) menunjukkan bahawa masyarakat bumiputra di
negara ini telah mempunyai kesedaran dan kemampuan untuk melabur secara

11

bijaksana. Langkah ini membolehkan para pelabur membuat tambahan kepada
pelaburan mereka dan membantu meningkatkan kadar tabungan negara.

Tindakan kerajaan membenarkan para pencarum Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melabur dalam saham amanah turut
menyemarakkan lagi perkembangan industri saham amanah di Malaysia.
Pertambahan dalam jumlah simpanan ini mampu memberikan sumbangan lebih
berkesan dalam menampung keperluan pembangunan negara di samping dapat
mengurangkan jurang antara tabungan dan pelaburan serta meningkatkan
kekuatan ekonomi negara. Ini kerana Malaysia merupakan di antara negara yang
mempunyai kadar tabungan yang tertinggi iaitu 39% daripada Keluaran Negara
Kasar (KNK).

Langkah ini juga akan dapat meningkatkan keupayaan bumiputra dalam
usaha menguasai pegangan sektor korporat negara pada tahap 30% seperti
yang digariskan dalam dasar Ekonomi Baru (DEB) 1970. Ini selaras dengan
hasrat kerajaan mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan pada masa
yang sama keadilan sosial yang membolehkan kekayaan ekonomi negara
dikongsi bersama dapat disempurnakan.

Memandangkan saham amanah adalah pelaburan dalam jangka panjang
maka saranan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mahathir Mohamad ketika
merasmikan Kempen Galakan Tabungan Peringkat Nasional pada tahun 1996

12

agar mereka yang layak melabur menambah pelaburan mereka perlulah dihayati
dengan semangat dan komitmen cintakan negara (Utusan Malaysia, 1 Januari
1997). Pelaburan dalam saham amanah lebih bijak daripada simpanan tetap dan
semasa kerana simpanan yang dibuat tidak tersimpan beku sebaliknya akan
dilaburkan dalam industri yang menguntungkan selain dijamin oleh Kerajaan
Malaysia.

Usaha yang dilakukan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebagai pihak yang
bertanggungjawab menyelia dan menguatkuasakan peraturan bagi industri
saham amanah agar kepentingan para pelabur terjamin terutamanya melalui
Peraturan (Skim Unit Amanah) SC 1996 yang dikuatkuasakan pada 30 Ogos
1996. Peraturan itu mengambil kira kepentingan pelabur melalui maklumat yang
mencukupi dan berkaitan serta penyebaran maklumat secara tepat penting bagi
pemahaman para pelabur.

Tidak ada sesiapa yang boleh meramalkan secara konsisten bila harga
saham itu akan naik dan turun. Bagaimanapun kita berikthiar untuk membuat
analisis daripada prestasi dahulu dan semasa bagi memastikan pelaburv tidak
mengalami kerugian. Ini kerana nilai saham dipengaruhi oleh banyak faktor
seperti prestasi saham dunia, nilai sesuatu saham itu, prestasi ekonomi negara
dan dunia dan juga faktor kemanusiaan dan bencana alam yang sukar
diramalkan.( Berita Harian, 3 November 1997)

13

Masalah defisit negara akan menjadi lebih sukar sekiranya pasaran modal
di negara ini tidak digunakan dengan sepenuhnya dan boleh membawa masalah
inflasi. Kesan buruk inflasi sekiranya tidak ditangani secara bijaksana akan
membawa musibah yang besar dalam pertumbuhan negara. Justeru, langkah
kerajaan mengadakan kempen Inflasi Sifar akan menggalakkan tabungan di
kalangan masyarakat. Dalam Rancangan Malaysia ke-7, kerajaan telah
mengalakkan rakyat menyimpan bagi mengawal perbelanjaan memandangkan
dalam RMK7 kerajaan cukup optimistik untuk membangunkan industri secara
besar-besaran dalam pelbagai bidang. Fenomena ini menyebabkan pasaran
modal akan menjadi satu aset utama bagi negara dalam memastikan
kemampuannya membiayai pembangunan industri tersebut.

Pengukuhan dalam sektor kewangan penting kerana institusi ini akan
menjadi pusat pengumpulan dana domestik dan sebab itulah langkah kerajaan
mengabungkan 54 buah bank bagi melahirkan hanya 10 buah bank teras sejak
tahun 1999 membolehkan industri kewangan negara lebih dinamik untuk
menghadapi globalisasi. Ini kerana dalam era globalisasi nanti pasaran ekonomi
akan terbuka dan dasar ini membolehkan pihak yang mempunyai modal
mengambil alih mana-mana institusi yang mereka kehendaki kerana mereka
mempunyai kecairan tunai bagi membeli sesebuah institusi itu. Justeru,
cadangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kewangan
Serantau adalah tepat pada masanya seperti kewujudan Pusat Kewangan Luar
Pesisir Pantai Labuan.

14

Dr Mahathir Mohamad semasa membentangkan Rang Undang-undang
Perbekalan 2002 di Dewan Negara pada 6 Disember 2001 menyatakan bahawa
Malaysia perlu melaksanakan strategi pertumbuhan berteraskan domestik.
Punca

pertumbuhan kini perlu

dipelbagaikan

dengan

sokongan

Dasar

Ransangan Fiskal dan dasar Kewangan yang sesuai. Hingga kini rizab
antarabangsa negara kukuh berjumlah RM116.5 billion dan mampu menanggung
membiayai lima bulan impot tertangguh. Imbangan perdagangan luar mencatat
lebihan untuk 48 bulan berturut-turut bagi tempoh 1997 hingga Oktober 2001.
Selain itu juga, akuan semasa imbangan pembayaran negara berada pada
kedudukan lebihan sebanyak 7.9% daripada KNK. Faktor lain yang menarik juga
ialah pengaliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) telah kembali
meningkat sebanyak RM3.8 billion (MASSA, 15-28 Disember 2001)

Penjelasan Perdana Menteri ini menunjukkan bagaimana jika Malaysia
mempunyai asas ekonomi yang kukuh maka jika berlaku sebarang masalah
maka Malaysia mampu menangani isu tersebut secara bijaksana. Langkah
Malaysia menolak pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
yang didominasi oleh negara maju semasa kegawatan ekonomi merundum pada
tahun 1997 adalah langkah bijak untuk pertumbuhan ekonomi jangkapanjang
negara. Malah keberanian Malaysia memperkenalkan Pengawalan Modal
Terpilih dan menambat matawang negara pada kadar tetap dengan dollar telah
berjaya mengelakkan negara daripada kemelut ekonomi yang sukar jika

15

dibandingkan dengan negara lain yang masih lagi belum mampu melepasi
kegawatan ekonomi tersebut.

Bagi menjayakan hasrat ini, kerajaan telah memberikan kelonggaran ke
atas penubuhan tabung saham amanah dengan membenarkan bank-bank dan
syarikat broker yang berwibawa menubuhkan tabung saham amanah dalam
usaha mempergiatkan pertumbuhan pasaran modal tempatan (Utusan Malaysia,
2 Oktober 1995).

Bagi memastikan pertumbuhan ekonomi terus mampan, industri kecil dan
sederhana perlu diberikan perhatian oleh industri saham amanah. Ini kerana
kumpulan ini mempunyai prospek yang menguntungkan sebagai sebahagian
daripada pelaburan berkumpulan. Menyedari akan hakikat inilah kerajaan turut
sama membantu bagi menggerakkan Industri Modal Teroka (Venture Capital)
pada tahun 1984 melalui penubuhan syarikat Venture Capital Berhad. Pada
peringkat awalnya hanya terdapat enam buah syarikat ini yang bergiat cergas
pada tahun 1996 dan jumlah tersebut bertambah kepada 30 buah pada tahun
1999.(Dewan Ekonomi, November 2001). Ini merupakan prospek pelaburan
untuk saham amanah terokai memandangkan terdapat ruang besar untuk
membangunkan bidang ini dalam pasaran di Malaysia

Pertumbuhan industri saham amanah boleh meningkatkan penglibatan
bilangan pelabur institusi yang mana boleh membantu menstabilkan prestasi

16

bursa saham tempatan dari bergolak berdasarkan berita-berita spekulatif. Ini
kerana pelabur institusi terdiri daripada ahli-ahli professional yang membuat
pelaburan berasaskan fakta fundamental. Ini memberi gambaran bahawa bursa
saham tempatan telah mencapai status yang lebih matang dan menarik kepada
pelabur-pelabur asing (Utusan Malaysia, 2 Oktober 2001).

Justeru, pertambahan jumlah institusi pelaburan tempatan juga akan
mampu menarik pelabur asing datang ke Malaysia untuk berurusniaga dan
memperkenalkan

instrumen-instrumen

baru.

Perhubungan

ini

akan

membolehkan wujudnya perkongsian idea di antara pengurus dana tempatan
dan asing kerana terdapatnya pelbagai pilihan produk saham amanah di pasaran
tempatan.

Daripada prespektif makro ekonomi, dasar kerajaan adalah mencakupi
untuk pelaburan

secara

menyeluruh.

Ini

penting

bagi

kerajaan

untuk

mengerakkan simpanan tempatan bagi membantu pelaburan domestik yang
akan berkembang hasil daripada rancangan tersebut. Dasar positif kerajaan ini
akan dapat mewujudkan iklim pelaburan yang selesa untuk menarik pelabur
asing juga. Sistem perbankan negara juga kukuh dengan nisbah modal
berwajaran risiko sebanyak 12.7% melebihi paras lapan peratus piawaian
antarabangsa. Manakala paras pinjaman tidak berbayar (NPL) masih terkawal
iaitu 8.2% di samping tekanan inflasi kekal rendah pada kadar 1.4% hingga
Oktober 2001(Nazarudin Shahari, 2001)

17

Justeru sebagai warganegara yang prihatin dan cintakan negara, maka di
sinilah terletaknya tanggungjawab kita untuk membantu negara melalui
kesedaran sivik individu agar mengamalkan tabiat menabung dan dilaburkan
dalam saham amanah agar dapat dijadikan amalan dalam kehidupan.
Masyarakat haruslah menyedari bahawa mereka perlu mengawal perbelanjaan
dan menggunakan peluang yang ada untuk menambah pelaburan. Ini secara
tidak langsung menyahut seruan kerajaan dalam menangani masalah inflasi
negara.

Implikasi yang cukup menakutkan berlaku apabila Tragedi 11 September
2001 menunjukkan bagaimana kesan isu semasa dunia mempunyai pengaruh
yang besar kepada pelaburan saham dunia. Industri penerbangan Amerika
Syarikat dilaporkan mengalami kerugian yang teruk iaitu mencecah AS5 billion
(RM19 billion) pada tahun 2001 sehingga kerajaan Amerika Syarikat terpaksa
menyuntik dana sebanyak RM19 billion bagi mengelakkan syarikat tersebut
ditutup. Tragedi ini diburukkan lagi dengan prestasi saham syarikat penerbangan
terkemuka seperti AMR Corp., UAL Corp., Delta Airlina Inc., Northwest Airline
Corp., dan Continental Airline Inc. jatuh. (MASSA,17-23 November 2001)

Justeru bagi memastikan musibah yang sama tidak berlaku di Malaysia
yang kita cintai ini, dana tempatan yang kukuh perlu wujud dalam ekonomi
negara. Maka peranan saham amanah sebagai sumber dana akan dapat

18

meningkatkan simpanan negara sekiranya berlaku krisis di luar jangkaan tanpa
perlu meminjam daripada pihak luar yang akan mengambil kesempatan.

Usaha-usaha kerajaan melaksanakan Dasar Penswastaan sejak tahun
1983 telah berjaya membolehkan pertumbuhan ekonomi berkembang dengan
lebih pesat khususnya dalam meningkatkan produktiviti syarikat. Sejak
dimulakan sejumlah 457 projek telah diswastakan merangkumi 31 projek dalam
bidang pertanian dan perhutanan; perlombongan dan kuari (20); pembuatan
(68); pembinaan (63); elektrik dan gas (23); pengangkutan(49); telekomunikasi
dan multimedia(6) air dan pembentungan (13); perniagaan borong dan runcit,
hotel dan restoren (54); perkhidmatan kewangan, hartanah, dan perniagaan (56);
perkhidmatan kerajaan (31); dan lain-lain perkhidmatan 43.(Utusan Malaysia, 3
Mac 2001)

Kejayaan Dasar Penswastaan ini diransangkan oleh kejayaan beberapa
agensi kerajaan seperti Telekom Malaysia, Lembaga Lektrik Negara dan lainlainnya yang mempamerkan prestasi yang mengkagumkan sebagai sebuah
syarikat korporat. Walaupun, penswastaan ini mempunyai risiko namun langkah
kerajaan mengawasi perkembangan syarikat-syarikat ini membolehkan syarikat
tersebut berkembang dengan pesat. Ini sebenarnya merupakan peluang
pelaburan yang cukup besar yang boleh disaingi oleg industri saham amanah
yang berkemampuan untuk memiliki beberapa ekuiti dalam syarikat berkenaan.

19

Pelaburan dalam syarikat-syarikat ini menawarkan pulangan yang
menarik kerana kebanyakan sektor yang diswastakan adalah syarikat awam
yang mempunyai prospek jangka panjang yang menguntungkan. Langkah ini
akan membolehkan lebih banyak syarikat tempatan dimiliki oleh rakyat tempatan
tanpa perlu bergantung kepada pelabur asing. Ini sekaligus akan membolehkan
projek pembangunan infrastruktur untuk kegunaan masyarakat dapat dinikmati
pada kadar yang kompetetif. Justeru industri saham amanah dalam konteks ini
akan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.

Bagi

memastikan

para

pelabur

terus

menikmati

hasil

yang

menguntungkan, syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri saham amanah
perlulah meneroka pelaburan dalam bidang-bidang yang mempunyai prospek
jangkapanjang seperti dalam bidang perubatan dan biofarmaseutikal. Ini kerana
bidang ini mempunyai potensi besar dalam permintaan dunia iaitu meningkat
sebanyak 700 peratus dalam jangka masa 10 tahun dengan nilai RM57 billion
pada tahun 1998. Manakala Standard and Poor dalam Laporan Industri Mei 2001
yang dikeluarkan menyatakan produk penjagaan kesihatan merupakan penjana
pertumbuhan industri bioteknologi dan menguasai sebanyak 90% pasaran
produk penjagaan kesihatan. (Mohd Zuki Pileh & Hamidah Zabidi, 2001)

Penerokaan dalam industri baru sudah pasti akan dapat menyumbangkan
kepada pembangunan negara kerana industri ini bukan sahaja mampu
memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia malah akan

20

menjadikan negara sebagai pusat pengeluaran bahan perubatan terkemuka
dunia memandangkan negara mempunyai banyak sumber dari hutan yang boleh
dieksploitasikan untuk tujuan perubatan. Di samping itu juga, industri ini akan
mampu membangunkan kawasan-kawasan luar Bandar yang dikenalpasti
sebagai tapak untuk taman herba bagi membekalkan keperluan industri ini.

Kejayaan PNB meneroka pelaburan dalam pelbagai syarikat yang
mempunyai potensi menguntungkan bolehlah dijadikan model oleh syarikatsyarikat yang berkecimpung dalam industri saham amanah di Malaysia. Antara
pelaburan yang menguntungkan PNB dalam pelaburan ini ialah perladangan
(Guthrie dan Golden Hope Plantation) dan juga penubuhan PNB Equity
Resource pada tahun 1990 sebagai syarikat yang terbabit dalam projek-projek
usahasama sektor pembuatan seperti petrokimia, teknologi, penerbitan bon dan
sebagainya. Kepelbagaian pelaburan ini telah mendorong kepada peningkatan
keuntungan kepada pelaburan PNB dan meransangkan kepada pertumbuhan
ekonomi negara. Ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan prestasi
keuntungan kepada para pelabur melalui pulangan dalam bentuk dividen dan
bonus pada setiap tahun.

Selain itu juga, modal tempatan yang dikumpul boleh dijadikan asas untuk
meneroka pelaburan di luar negara. Langkah ini penting bagi memastikan
pelaburan yang dibuat dapat dipelbagaikan destinasinya bagi mengelakkan risiko
masalah politik di sesebuah negara itu. Antara negara yang mempunyai potensi

21

untuk syarikat yang terlibat dalam industri saham amanah ialah China yang
mempunyai populasi berjumlah 1.3 biilion iaitu satu angka pasaran yang cukup
besar. Perubahan dasar dan anjakan paradigma dalam dasar Terbuka China
yang bermula sejak 1978 apabila Presiden Deng Xiopeng mengambil alih
tampuk pemerintahan daripada Mao Zedong menyaksikan berlakunya reformasi
sosial dan ekonomi bagi China iaitu daripada dasar ekonomi tertutup kepada
dasar liberalisasi dan akhirnya menyaksikan China diterima menjadi ahli dalam
World Trade Organisation (WTO). Jumlah perdagangan antara China dengan
ASEAN berjumlah AS63 billion pada tahun 1998 dan menjadi pelabur kelima
terbesar di China (Ann Abdullah, 2001). Ini merupakan peluang bagi industri
saham amanah Malaysia untuk mengintai peluang pelaburan luar negara yang
mempunyai prospek yang menguntungkan dalam jangka panjang.

Pelaburan luar negara boleh menyumbang kepada pembangunan negara
sekiranya diuruskan secara bijaksana. Ini kerana, penerokaan pelaburan di
kawasan baru akan membolehkan negara menikmati pulangan yang pelbagai
seperti mana yang dilaksanakan oleh Syarikat Petroleum Nasional (PETRONAS)
yang mempunyai pelaburan di Sudan, Afruika Selatan, Indonesia dan lain-lain
negara. Faktor ini penting sebagai pertimbangan dalam pelaburan kerana
petroleum bukanlah khazanah yang kekal ada di Malaysia. Sehubungan itu
usaha kerjasama antara negara akan membolehkan Malaysia mengekspot
kepakaran teknikal memadangkan kos operasi berasaskan buruh semakin
kompteteif dalam pasaran dunia hari ini. Maka bagi memastikan kejayaan

22

Malaysia secara optimum Malaysia perlu meningkatkan produktiviti melalui
kepakaran teknikal dan buruh yang mahir dalam pelbagai bidang. Peluang
seperti inilah yang perlu direbut oleh industri saham amanah. Bayangkan
sekiranya PNB membuat pelaburan di China yang mempunyai jumlah penduduk
1.3 billion dan 20% penduduk China membeli produk saham amanah PNB. Ini
sudah tentu akan dapat meningkatkan pulangan hasil antara kedua-dua negara.
Apa yang pasti konsep ‘menang-menang’ boleh diimplementasikan dalam
industri saham amanah.

Selain itu juga, syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri saham
amanah juga perlu mengenalpasti secara kukuh tentang potensi syarikat-syarikat
yang bakal dilabur. Tindakan ini penting bagi memastikan pelaburan yang dibuat
tidak merugikan oleh pengurusan syarikat yang tidak cekap dan telus. Faktor
tadbir urus korporat penting bagi membantu pengurusan industri saham manah
untuk menunjukkan akuantabiliti di samping meningkatkan keyakinan para
pelabur. Beberapa kajian kes mendapati bahawa kegagalan dalam tadbir urus
korporat membawa implikasi yang cukup buruk kepada pembangunan sesebuah
organisasi itu.

Dalam pada itu juga, syarikat yang terlibat dalam industri saham amanah
perlulah peka dengan perubahan semasa dan keperluan pengguna. Beberapa
kes

melibatkan

kegagalan

syarikat

menyusuri

perkembangan

pasaran

menyebabkan beberapa syarikat mengalami kerugian boleh dijadikan iktibar

23

bersama. Contohnya, dalam industri komputer, syarikat seperti IBM, Digital
Equipment dan Compaq gagal mengesani kehendak pasaran yang lebih
berminat kepada komputer peribadi daripada komputer kerangka utama
menyebabkan mereka kerugian sebanyak AS80 billion antara tahun 1987 hingga
1992. Sebaliknya Intel dan Microsoft pula dapat meningkatkan pasaran
sebanyak AS35 billion (Ann Abdullah, 2001)

Ini menunjukkan kepada kita bahawa keperluan untuk melabur pada
sesebuah syarikat perlulah berhemah dengan mengkaji aspek syarikat dan
keperluan pengguna. Faktor ini penting bagi memastikan syarikat yang
dilaburkan dapat membawa pulangan yang positif kepada syarikat dan
seterusnya dapat membawa keuntungan kepada para pelabur saham amanah.

Melalui usaha pengumpulan modal tempatan ini juga, kerajaan akan
dapat membuat pinjaman daripada sumber tempatan untuk menggerakkan
pelbagai aktiviti ekonomi yang tidak berasaskan keuntungan sebaliknya untuk
kebajikan rakyat. Ini membolehkan lebih banyak prasarana dapat disediakan
untuk kemudahan rakyat. Selain itu juga langkah ini akan dapat mengelakkan
syarikat-syarikat mengalami kerugian yang serius seperti mana yang dialami
oleh beberapa buah syarikat tempatan yang berjumlah 32 buah syarikat seperti
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), STAR-PUTRA, Indah Water, Renong
dan MRCB. Pihak Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat (CDRC)

24

telah diberikan tanggungjawab bagi menentukan tempoh dan menyusun semula
hutang tertunggak sebanyak RM29 billion.

Usaha untuk membantu syarikat-syarakat yang bermasalah ini pasti akan
lebih mudah sekiranya terdapat banyak dana tempatan yang mampu untuk
membeli ekuiti-ekuiti ini dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan sematamata. Apa yang mengusarkan kita ialah syarikat-syarikat ini mempunyai
keperluan

kepada

masyarakat

seperti

MAS

dan

STAR-PUTRA

yang

menyediakan kemudahan pengangkutan kepada masyarakat awam. Sekiranya
kerajaan tidak mampu untuk membeli syarikat ini maka sudah pasti pelabur dari
luar negara akan membelinya. Ini sudah tentu akan menyaksikan bagaimana
syarikat korporat negara terlepas kepada pihak luar yang sudah tentu objektifnya
berasaskan kepada keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira aspek
kebajikan sosial masyarakat. Dalam konteks ini kerajaan tidak dapat lagi
membantu kerana dasar syarikat telah berubah dan implikasi negatif seperti
inilah yang kita cuba elakkan melalui usaha membangunkan industri saham
amanah.

Berdasarkan kepada hakikat inilah keperluan kepada pengumpulan modal
tempatan penting untuk menyuntik modal bagi menjana pertumbuhan ekonomi
negara. Ini kerana melalui asas ekonomi yang kukuh serta ransangan daripada
pakej Fiskal berjumlah RM7.3 billion yang dilaksanakan pada tahun 2001, maka
ekonomi Malaysia dapat dipertahankan dan terus berkembang meskipun

25

perkembangan luaran negara tidak menentu. Namun sokongan kuat daripada
sektor dalam negara menyumbang kepada pemulihan ekonomi Malaysia secara
konsisten.

Justeru, adalah mustahil bagi Malaysia melalui hari-hari sukar yang
mencengkam ekonomi negara sekiranya negara ini tidak mempunyai asas
ekonomi yang kukuh khususnya modal tempatan yang diperlukan bagi
menggerakkan pelbagai sektor dalam negara yang perlu dipertingkatkan bagi
memastikan pengurangan daripada sumber luar dapat diatasi. Apa yang nyata
kesukaran inilah yang menjadi pengalaman bermakna untuk Malaysia. Hari ini
Malaysia disegani sebagai sebuah negara yang harmoni dan dinamik di
kalangan negar-negara membangun.

Kesimpulannya, industri saham amanah telah menunjukkan bagaimana
sikap dan tindakan bergantung daripada pelabur yakni masyarakat awam.
Pembangunan negara bergantung kepada sikap dan keinginan setiap warga
Malaysia. Dengan komitmen dan kerjasama yang ada maka hasrat menjadikan
saham amanah sebagai pemangkin pembangunan negara akan tercapai.

Sesungguhnya Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu
melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Inilah hakikat yang perlu
difikirkan oleh masyarakat Malaysia khususnya bumiputra. Apa yang penting
pembangunan ekonomi negara terletak kepada pentadbiran negara yang cekap

26

dan rakyatnya yang mampu berusaha bersama-sama membangunkan negara.
Tanpa kerjasama seperi ‘aur dengan tebing’ maka hasil yang diharapkan tidak
akan menjadi kenyataan. Justeru masyarakat perlulah memikirkan bagaimana
untuk menyumbang kepada pembinaan bangsa dan negara bagi memastikan
kedaulatan negara dapat terus dipelihara. Di mana bumi dipijak di situlah langit
dijunjung.

Rujukan:
Ann Abdullah. Dewan Ekonomi. November 2001:25-26.
Berita Harian, 17 Februari 1997
Berita Harian, 13 November 1997
Dewan Ekonomi, November 2001
Laporan Tahunan Sekim Amanah Saham Nasional dan Sekim Amanah Saham
Bumiputra (untuk tahun berakhir 31 Disember 2000)
MASSA, 17-23 November 2001
Mohd Zuki Pileh & Hamidah Zabidi. MASSA. 17-23 November 2001
Mustafa Dakian. Dewan Ekonomi. November 2001. 43-45
Nazarudin Shahari. MASSA. 15-28 Disember 2001.60-61.
Prospektus Amanah Saham Nasional Berhad, 10 Jun 1999
Utusan Malaysia, 2 Oktober 1995
Utusan Malaysia, 1 Januari 1997
Utusan Malaysia, 2 Mac 2001
Utusan Malaysia, 3 Mac 2001
Utusan Malaysia, 22 Mac 2001

27

Utusan Malaysia, 2 Oktober 2001

28