MEMPERKASA EKONOMI UMMAH MELALUI PEMANTA

MEMPERKASA EKONOMI UMMAH MELALUI PEMANTAPAN
JARINGAN TEMPATAN DAN PENEROKAAN BERKESAN DALAM
PASARAN GLOBAL: PERSIAPAN MENDEPANI CABARAN BARU
EKONOMI DUNIA – DARIPADA PERSPEKTIF DAN PENGALAMAN
PETRONAS
Y.BHG. TAN SRI DATO’ SERI MOHD HASSAN MARICAN
Presiden Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
Akan dibentangkan oleh
Y.BHG. EN. AHMAD NIZAM SALLEH
Naib Presiden Bahagian Perkhidmatan Korporat PETRONAS)

1) Pengenalan:
PETRONAS ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 sebagai sebuah entiti yang beroperasi seperti
mana syarikat-syarikat lain yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965. Ini diikuti dengan
perlaksanaan Akta Pembangunan Petroleum pada tahun 1974 (atau PDA: Petroleum
Development Act).

Berbekalkan modal sebanyak RM10 juta ringgit, PETRONAS telah dipertanggungjawabkan
untuk meneroka sumber minyak dan gas (oil and gas fields), membangunkan modal insan
tempatan dari segi kemahiran sumber manusia, kepakaran teknologi dan juga menggalakkan
pelaburan di dalam bidang penerokaan dan pembangunan, serta menambahkan nilai (adding

value) kepada sumber petroleum negara. Di samping itu, PETRONAS juga diberi tugas untuk
menggalakkan pembangunan industri-industri hiliran yang berkaitan dengan petroleum
seperti sektor pembuatan, fabrikasi loji dan peralatan serta perkhidmatan-perkhidmatan
sokongan.

2) Fasa Pertama: Fasa Minyak
Di awal penubuhannya, PETRONAS bertindak selaku pengurus bagi Kontrak Pengeluaran
Bersama, atau juga dikenali sebagai PSC – Production Sharing Contract. Beberapa PSC
pertama PETRONAS ditandatangani pada tahun 1976, dengan Exxon dan Shell. Konsep PSC
tersebut bertumpu kepada pengurusan dan pemantauan untuk memastikan kontrak-kontrak
tersebut mendatangkan faedah dan kebaikan kepada negara dan rakyat.

1

PETRONAS tidak mahu terus dikenali sebagai sebuah organisasi yang hanya menguruskan
PSC sahaja. Oleh it, pada tahun 1978, PETRONAS telah mengambil langkah berani
menubuhkan PETRONAS Carigali Sendirian Berhad, yang dipertanggungjawabkan dengan
aktiviti-aktiviti penerokaan sumber minyak dan gas. Pada tahun 1982, PETRONAS Carigali
telah berjaya membuat penemuan minyak pertamanya di lapangan minyak Dulang, di luar
perairan Terengganu.


Sebagai sebuah syarikat yang baru ditubuhkan, pembabitan PETRONAS di dalam industri
petroleum adalah berpandukan kepada pembelajaran daripada syarikat-syarikat minyak dan
gas serantau dan antarabangsa. Aspek-aspek yang dipelajari kebanyakannya meliputi urusanurusan perniagaan dan teknikal di sektor huluan dan hiliran industri petroleum.

Dalam fasa ini juga, usaha bagi meningkatkan bilangan kakitangan yang mempunyai
kelulusan dalam bidang kejuruteraan berjalan dengan giatnya. Sehingga kini, PETRONAS
telah membiayai lebih daripada 39,500 pelajar di pelbagai peringkat pengajian di bawah skim
biasiswanya.

Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INTSEP) telah berjaya melatih tenaga kerja
teknikal seramai 7500 orang sejak penubuhannya pada tahun 1981 dan Universiti Teknologi
PETRONAS menghasilkan hampir 4500 orang graduan dalam berbagai bidang pengajian
kejuruteraan sejak tahun 2001. Lulusan INSTEP dan graduan-graduan UTP bukan sahaja
menampung keperluan PETRONAS malah telah berjaya menembusi pasaran pekerjaan di
sektor minyak dan gas di dalam dan luar negara.

Di samping itu, kakitangan-kakitangan PETRONAS juga dikehendaki menghadiri kursus dan
latihan lanjutan bagi meningkatkan pengetahuan mereka dalam semua aspek perniagaan dan
hal ehwal industri minyak dan gas.


2

3) Fasa Kedua: Fasa Gas
Dekad 1980an juga menyaksikan pembangunan pesat dan intensif industri gas asli negara,
terutamanya di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Pada mulanya gas asli yang keluar
bersama minyak hanya dibakar (flared), namun PETRONAS sedar bahawa terdapat nilai dan
potensi untuk penjualan gas di pasaran. Usaha-usaha bagi mengintegrasikan operasi dan
menambah nilai (value-add) kepada sumber-sumber asli mula digiatkan melalui sektor
pengeluaran bahan-bahan petrokimia dan produk berasaskan petroleum.

Projek Peninsular Malaysia Gas Utilization (PGU) merupakan projek tambah nilai pertama
PETRONAS pada tahun 1984, projek ini membekalkan gas kepada TNB untuk penjanaan
elektrik dan seterusnya projek ini telah berkembang hampir ke seluruh Semenanjung
Malaysia untuk pembekalan kepada loji-loji penjanaan elektrik dan kegunaan industri
pembuatan. Manakala di Bintulu Sarawak pula, projek gas asli cecair (LNG) telah selesai
dibangunkan dan berjaya mengeluarkan LNG untuk eksport bermula pada tahun 1983.

Untuk memantapkan kedudukan perniagaan tempatan, PETRONAS Dagangan Berhad telah
ditubuhkan pada tahun 1981 bagi memasarkan bahan-bahan petroleum di stesen-stesen

minyak miliknya. Kini, PETRONAS mempunyai hampir 950 buah stesen servis minyak
(perniagaan runcit) dan menguasai 44% pasaran runcit tempatan. Pada akhir tahun 2008,
jumlah peniaga runcit/operator stesen telah mencapai angka 750 orang (di mana lebih
daripada 90% terdiri daripada peniaga-peniaga Bumiputera). Sejak ditubuhkan, PETRONAS
Dagangan juga perlu bersaing dengan syarikat-syarikat petroleum lain dan sedar ia perlu
sentiasa membuat pembaharuan dan perubahan agar ia tetap relevan dan mendahului pesaing.

Penglibatan PETRONAS dalam penapisan minyak mentah telah bermula dengan pembukaan
loji penapisan minyak mentah pada tahun 1983 di Kertih, Terengganu. Ini diikuti pula dengan
loji pembuatan baja pertamanya pada tahun 1985 di Bintulu, Sarawak.

Perkembangan pesat industri minyak dan gas negara telah berjaya menarik kemasukan
pelaburan asing (foreign direct investment) yang di antaranya telah menjadi rakan usahasama
PETRONAS terutamanya dalam sektor petrokimia. Perkembangan ini secara tidak langsung
3

menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk tempatan. Peluangpeluang perniagaan turut meningkat, contohnya di dalam bidang pengeluaran dan pembuatan,
fabrikasi dan pembekalan serta pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan sokongan.

Faedah-faedah daripada penyediaan infrastruktur seperti PGU dan penyepaduan operasi dapat

dilihat daripada segi pertambahan nilai (value-addedness). Mengambil contoh akaun tahun
2008, jika PETRONAS hanya menjual hasil pengeluaran minyak dan gas dalam bentuk
asalnya berbanding setelah melalui proses pembuatan (without undergoing manufacturing
process), pendapatan PETRONAS boleh didapati berkurang sebanyak 32%. Pada tahun yang
sama, pendapatan daripada segmen pembuatan di PETRONAS telah menyumbang jumlah
yang penting kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (Gross Domestic Product) negara (sector
pembuatan), iaitu sebanyak 29.9%1.

Kejayaan syarikat-syarikat di bawah Program Pembangunanan Usahawan PETRONAS telah
terbukti dengan adanya syarikat-syarikat yang telah disenaraikan di Bursa Saham Malaysia;
malah ada di antara syarikat-syarikat tersebut yang telah berjaya menerokai pasaran
antarabangsa.

1

Bank Negara Quarterly Reports, 2008

4

PENDAPATAN DARIPADA AKTIVITIAKTIVITI-AKTIVITI PEMBUATAN

Meningkatkan Nilai-Nilai Sumber Minyak & Gas Melalui Aktiviti-Aktiviti Pembuatan
Peningkatan pendapatan
daripada aktiviti-aktiviti
pembuatan

Peningkatan keuntungan yan besar
didapati melalui aktiviti-aktiviti
pembuatan

Tanpa aktiviti-aktiviti
pembuatan, pendapatan
PETRONAS berkurang 32%

Peningkatan nilai daripada
memperkenalkan aktivitiaktiviti pembuatan

Pendapatan
Pembuatan

Pendapatan jika

minyak dan gas
asli dijual dalam
bentuk asal

Pendapatan
Bukan
Pembuatan

Pendapatan
daripada aktivitiaktiviti pembuatan

Pendapatan
Bukan
Pembuatan

Merupakan penyumbang besar kepada
sektor pembuatan Malaysia
Pendapatan sektor pembuatan tempatan PETRONAS
sebagai penyumbang kepada GDP Sektor Pembuatan
Malaysia

Lain-Lain

Pendapatan PETRONAS mengikut segmen-segmen perniagaannya adalah seperti berikut:
Segmen-Segmen Perniagaan
Minyak
Gas
Petrokimia
Perkapalan
Hartanah & Lain-Lain
JUMLAH KESELURUHAN

Ringgit Malaysia (Billion)
FY2008
143.3
45.8
13.0
10.0
11.0
223.1


+/26.7%
19.6%
(6.5%)
20.5%
4.8%
21.2%

FY2007
113.1
38.3
13.9
8.3
10.5
184.1

4) Fasa Ketiga: Globalisasi
Besertakan prestasi perniagaan dan kewangan yang melepasi sasaran, dan setelah pelbagai
sektor operasi dan perniagaan telah berjaya disepadukan, keputusan untuk penerokaan di
pasaran global telah dibuat pada tahun 1989.


5

Keputusan meneroka peluang-peluang di perairan antarabangsa juga bertujuan untuk mencari
pasaran yang lebih luas dan menambah rizab minyak dan gas di mana sumber-sumber di
Malaysia adalah terhad sedangkan penggunaan tenaga di negara kita terus meningkat.

Walaupun baru sahaja beroperasi lebih kurang sedekad lamanya, PETRONAS yakin dan
menyahut cabaran serta mengambil risiko untuk mengorak langkah ke perairan antarabangsa.
Risikonya bukan kecil kerana ia melibatkan sumber kewangan, komersil dan teknikal; serta
saingan yang hebat daripada syarikat-syarikat lebih besar dan berpengalaman.

Strategi-strategi yang telah diguna pakai oleh PETRONAS bagi menghadapi cabaran-cabaran
tersebut termasuk:


menggunakan kekuatan dan konsep integrasi/ penyepaduan, seperti yang telah dilakukan
di peringkat domestik;




membangun kebolehan dan keupayaan sumber tenaga manusia serta meningkatkan daya
saing secara berterusan;



memilih rakan kongsi atau membentuk usaha sama (joint venture), dengan menawarkan
kekuatan dan kemahiran yang telah terbentuk selama beroperasi di Malaysia.

Strategi-strategi penerokaan yang dibentuk adalah berdasarkan analisa dan kajian ke atas
peluang-peluang untuk meneroka dan berurusniaga di negara-negara yang belum maju tetapi
mempunyai potensi besar untuk membangun. Tambahan pula, kebanyakan negara tersebut
tidak menerima pelaburan daripada kuasa-kuasa besar dunia ketika itu; yang mungkin
disebabkan oleh faktor-faktor geopolitik.

Pada permulaannya, PETRONAS telah mengamati peluang-peluang yang terdapat di negaranegara jiran terdekat, seperti di Myanmar dan Vietnam. Kejayaan PETRONAS menembusi
pasaran-pasaran tersebut kemudiannya menjadi contoh dan pengukur untuk penerokaan dan
pelaburan seterusnya. Fasa berikutnya diikuti dengan meninjau peluang di negara-negara
Timur Tengah dan Benua Afrika.

6

PETRONAS sentiasa sedar bahawa ia haruslah tulus dan ikhlas dalam proses menjalinkan
perhubungan dengan ”kerajaan-kerajaan tuan rumah” (host country government) dan cuba
mengambil pendekatan yang agak berbeza daripada syarikat-syarikat minyak gergasi
antarabangsa yang lain. Ia mengambil konsep kemakmuran bersama (“prosper thy
neighbour”) yang telah berjaya menyakinkan kerajaan-kerajaan tersebut untuk memberi
peluang kepada PETRONAS melabur di negara mereka.

PETRONAS, walaupun masih kecil berbanding pesaing-pesaing lain sudah berkeyakinan dari
segi kewangan dan teknikal untuk meneroka dan membangun sumber-sumber hydrokarbon
negara-negara berkenaan. Seperti di Malaysia, di samping menumpu perhatian kepada
matlamat perniagaan, PETRONAS juga turut menyumbang kepada peningkatan taraf sosioekonomi negara-negara tuan rumah.

Walaupun pada asalnya penglibatan PETRONAS di peringkat antarabangsa banyak tertumpu
kepada perhubungan dengan kerajaan (G-to-G) namun PETRONAS tidak membataskan
kaedah dan pendekatannya. Inisiatif lain, terutamanya penelitian terhadap peluang-peluang
kerjasama dan usahasama dengan syarikat-syarikat petroleum antarabangsa digerakkan secara
proaktif.

Projek-projek usahasama tersebut perlu menepati aspirasi dan wawasan PETRONAS seperti
berikut:


Mendatangkan manfaat strategik (strategic fit), contohnya daripada segi:
o teknologi: mengeksploitasi teknologi dalaman (in-house) dan/atau teknologi rakan
niaga; dan
o pasaran: memberi laluan atau menghubungkan PETRONAS kepada pasaran baru
serta memberi akses kepada lebih ramai pelanggan.



Mencipta nilai (value creation) kepada pihak berkepentingan (stakeholders), seperti:
pemilik syarikat, rakan niaga, kakitangan, mahupun masyarakat di mana-mana jua
PETRONAS berurusniaga, contohnya:
o memperkukuhkan kedudukan organisasi;
7

o meningkatkan kebolehan dan kemahiran organisasi serta kakitangannya
o

Perkongsian:




perkongsian sumber dan asset dan kos pengendalian/operasi
perkongsian risiko (risk sharing)
meningkatkan kuasa beli (purchasing power)

PETRONAS kini sudah bertapak di lebih daripada 30 buah negara di seluruh dunia. Operasi
luar negara kini menyumbangkan lebih kurang 40.3% kepada jumlah keseluruhan pendapatan
PETRONAS.

KEDUDUKAN LEBIH KUKUH URUSNIAGA ANTARABANGSA
Mengecapai Manfaat Strategi Globalisasi

RM (Bilion)
Operasi-Operasi Antarabangsa
Eksport
Domestik
JUMLAH
Peningkatan pendapatan daripada OperasiOperasi Antarabangsa…

Penyumbang
Terbesar

Operasi
Antarabangsa

Eksport

…kini, ianya menjana pendapatan paling
tinggi buat PETRONAS

Domestik

8

Operasi
Antarabangsa

Eksport

Domestik

PRESTASI MENGIKUT SEGMEN GEOGRAFI
Pulangan yang Tinggi daripada Operasi Antarabangsa

RM (Bilion)
Revenue

Lain-Lain

Jumlah

Pendapatan
Keuntungan sebelum
Cukai
Jumlah Aset
Pulangan daripada Operasi Antarabangsa PETRONAS adalah setanding dengan Syarikat-Syarikat Besar
Pulangan ke Atas Pendapatan

Pulangan ke Atas Aset

PETRONAS kini terdiri daripada 143 anak syarikat dan 54 syarikat bersekutu2.

2

Anak Syarikat Hakmilik Penuh

Jumlah
114

Luar Negara
65

Tempatan
49

Anak Syarikat Hakmilik Separa
Syarikat Bersekutu

29
54

12
25

17
29

Laporan Kewangan bagi Tahun Berakhir Mac 2008, PETRONAS

9

PETRONAS yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia kini boleh dianggap setanding
dengan syarikat-syarikat petroleum antarabangsa (international oil companies) setelah
berjaya disenaraikan di dalam Fortune Global 500, seperti berikut:

Kedudukan PETRONAS pada tahun:
2008
2007
2006
2005
GLOBAL 500 COMPANIES
Pendapatan
95
Keuntungan
8
Pulangan ke atas Pendapatan
8
Pulangan ke atas Aset
10
ASIA’S TOP 50 COMPANIES
Pendapatan
16
Keuntungan
1
Pulangan ke atas Pendapatan
1
Pulangan ke atas Aset
1
PETROLEUM REFINING INDUSTRY
Pendapatan
16
Keuntungan
5
Pulangan ke atas Pendapatan
2
Pulangan ke atas Aset
2

10

2004

121
18
8
19

120
15
8
17

133
16
4
12

186
28
6
26

18
3
1
2

20
3
1
3

23
3
2
1

33
3
1
2

18
8
1
4

20
8
1
3

16
6
1
1

18
9
2
6

Selain daripada pencapaian kewangan yang baik, PETRONAS juga telah berjaya dan masih
berusaha untuk menambah jumlah rizab minyak dan gas negara, serta rizab antarabangsanya:
EKSPLORASI & PENGELUARAN – JUMLAH RIZAB
Penambahan Rizab Minyak dan Gas
Rizab antarabangsa merangkumi 24% jumlah rizab
PETRONAS

Pengeluaran sumber-sumber hydrokarbon antarabangsa
meningkat dari 23% kepada 35%

1 JAN 2008

RIZAB MALAYSIA

+/-

1 JAN 2007

Minyak Mentah & Kondensat (bilion tong)

5.46

1.9%

5.36

Gas Asli (bilion tong)

14.67

(1.0%)

14.82

JUMLAH KESELURUHAN RIZAB (bilion tong)

20.13

(0.2%)

20.18

Nisbah Penggantian Rizab
(Reserves Replacement Ratio)

0.9x

RIZAB ANTARABANGSA

1.4x

1 JAN 2008

+/-

1 JAN 2007

Minyak Mentah & Kondensat (bilion tong)

2.42

(5.1%)

2.55

Gas Asli (bilion tong)

3.82

1.6%

3.76

JUMLAH KESELURUHAN RIZAB (bilion tong)

6.24

(1.1%)

6.31

Nisbah Penggantian Rizab
(Reserves Replacement Ratio)

0.6X

11

3.2X

5) Rumusan
Dunia sedia maklum bahawa ekonomi sekarang menghadapi cabaran yang baru. Ini adalah
suatu realiti yang tidak dapat diketepikan. Setiap negara kini berhadapan dengan suatu krisis
yang amat mencabar, sejak Great Depression yang berlaku pada 1930-an. Krisis kewangan
global yang bermula dengan krisis subprime di Amerika kini meresap ke setiap penjuru dunia
dan telah mengubah keadaan dan lanskap ekonomi dunia.

Lima tahun yang lalu, permintaan untuk segala komoditi termasuk minyak dan gas boleh
dianggap kukuh, sehigga harga pasaran minyak naik mendadak mencecah 147 dolar
Amerika, tetapi hakikat ini telah berubah hanya dalam jangka masa tiga bulan sahaja. Harga
minyak jatuh menjunam kepada 32 dolar Amerika.

Tiada satu model urusniaga yang boleh dikatakan canggih dan mantap untuk menghadapi
cabaran baru ekonomi baru. Kalau dahulunya konsep atau pendekatan conservative dikatakan
suatu kegagalan, dan randomness, iaitu mengambil risiko yang tidak terbatas, dianggap satusatunya pendekatan bagi mencapai kejayaan, kini pula telah dibuktikan bahawa randomness
tidak lagi merupakan pendekatan yang tepat.

Setiap syarikat harus ada prinsip dan nilai kepercayaannya tersendiri bagi membimbing pihak
pengurusan dalam misi syarikat menambah nilai dan memberi pulangan kepada syarikat,
masyarakat dan negara. Bagi PETRONAS, brand essence syarikat iaitu Energy Receive,
Energy Return merupakan falsafah dan panduan dalam menjalankan kegiatan perniagaan
dengan lebih bermakna dan berkekalan.

Sekiranya dikaji dengan baik, banyak iktibar yang dapat diambil daripada krisis kewangan
global ini. Institusi-institusi kewangan dan bank yang dahulunya dianggap “world class” dan
berusia lebih 100 tahun, kini telah tumbang satu persatu dan tidak wujud lagi. Kebanyakan
daripada institusi-institusi kewangan dan bank yang gagal ini bukanlah kerana kebolehan dan
sistem yang tidak mantap. Yang paling sedih sekali, kegagalan mereka ialah kerana sikap
tamak dan tindakan yang tidak bertanggungjawap langsung terhadap pihak yang
berkepentingan termasuk juga kalangan pelabur.
12

Walaupun terdapat banyak cabaran-cabaran yang perlu diharungi, PETRONAS yakin dapat
menguasai cabaran-cabaran di dalam dan luar negara

berdasarkan kepada faktor-faktor

berikut:



Kepimpinan yang teguh dan berwawasan
Pembangunan tenaga pengurusan yang efektif dan kakitangan yang berkeupayaan dan
berkemahiran



Nilai-nilai Bersama (Shared Values) menekankan kepada kesetiaan dan kesatuan, integriti
dan professionalisme



Rangkaian dan perhubungan yang kuat dan menyokong penerokaan dan pembangunan
perniagaan



Model

urusniaga

yang

mengutamakan

daya

saing

yang

tinggi

dan

penciptaan/pertambahan nilai




Keupayaan mengurus dan mengambil risiko secara berhemah
Kesediaan untuk belajar daripada kesilapan dan kejayaan
Sokongan jitu Pemegang Saham dan Kumpulan Berkepentingan seperti Kerajaan
Malaysia

Sehingga kini PETRONAS telah menarik perhatian bukan sahaja daripada pesaing-pesaing
syarikat-syarikat petroleum antarabangsa malah meliputi institusi kewangan dan pelaburan
antarabangsa. Ada yang berpendapat bahawa PETRONAS adalah di antara satu-satunya
institusi perniagaan global yang dipimpin dan diuruskan oleh pasukan kepimpinan,
pengurusan dan tenaga kerja Muslim yang setakat ini berjaya mendapatkan tempat di arena
antarabangsa. Oleh itu, dengan penuh kesyukuran dan kesedaran PETRONAS dan
kakitangannya sentiasa berusaha untuk terus maju dan mempertahankan pencapaian ini dari
satu generasi ke satu generasi akan datang

13