Murid dan alam belajar bljr

Selamat sejahtera. Saya Jasmin Prera a/p Winsen, dari kelas P2D ingin
merakamkam ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang membantu saya untuk
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.Pertama sekali,saya ingin merakamkan
ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek MURID DAN ALAM BELAJAR, EDU 3103
iaitu Puan. PUSHPAVALLI APPOO kerana dengan membuat tugasan ini saya dapat
mendalami tentang teori-teori pembelajaran serta dapat mengaplikasikan pendekatan
serta

strategi

pengajaran

dan

pembejaran

yang

sesuai

berdasarkan


teori

pembelajaran.. Disamping itu beliau juga mengajar cara untuk menjawab soalan
tugasan ini. Pembimbingan beliau juga membantu saya untuk menjawab soalan ini
dengan sempurna.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekelas saya
kerana mereka membantu saya untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tajuk
tugasan ini. Mereka sudi meluangkan masa dengan saya untuk melaksanakan tugasan
ini.Tanpa bantuan mereka saya pasti tidak dapat menyiapkan tugasan ini.Jadi saya
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
rakan saya yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang
proses merealisasikan tugasan ini berjalan.

Akhirnya saya ingin menyusun sepuluh jari kepada pihak-pihak di atas yang sudi
membantu saya .Terutamanya saya ingin sekali mengucapkan terima kasih kepada
Pensyarah saya kerana dengan membuat soalan tugasan ini, saya dapat lebih
terperinci tentang teori-teori pembeajaran pendidikan dan cabaran-cabaran dalam
bidang ini. Dengan ini segala bantuan mereka amat saya hargai. Saya juga ingin

memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam
tugasan saya ini. segala kekurangan harap dimaafkan..sesungguhnya yang baik itu
datangnya dari tuhan dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.

TERIMA KASIH

PENGENALAN
Sebelum menjawab soalan tugasan ini, saya ingin menyatakan apa yang
dimaksudkan dengan pembelajaran. Menurut Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh bahawa
pembelajaran boleh didefinisi sebagai perubahan tetap atau penguasaan ilmu dan perlakuan
yang relatif. Menurut beliau juga bahawa pembelajaran berlaku sepanjang hayat seorang
manusia dan ia dialami secara berterusan dalam pelbagai persekitaran. Selain daripada ini, Ahli
psikologi behavioris menyatakan bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkah laku.
Ahli psikologi behavioris juga berpendapat bahawa perubahaan tingkah laku yang nyata dan
dapat diperhatikan. Menurut psikologi behavioris Kimble (1961) berpendapat bahawa
pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkah laku yang agak tetap akibat daripada latihan
pengukuhan. (Lee Shok Mee, 1996). Pembelajaran boleh dirumskan sebagai satu proses
dalaman yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Pembelajaran
merupakan yang agak kekal yang menambahkan kebolehan seseorang.( Lee Shok Mee, 1996).


Berdasarkan soalan tugasan ini, terdapat lima jens teori pembelajaran. iaitu teori
pembelajaran

behaviorisme,

teori

pembelajaran

kognitivisme,

teori

pembelajaran

konstruktivisme , teori pembelajaran sosial dan teori humanistik.

je n is -je n is
te o ri
p e m b e la ja

ra n

Te o ri
hum a
n is tik
Te o
ri
sosi
al

Te o ri
k o n s tr
u k tiv is
me

Te o ri
k o g n it
iv is m
e


Te o ri
behav
io r is m
e

Berdasarkan rajah di atas, , Teori belajar behaviorisme merupakan teori belajar yang
telah cukup lama dianut oleh para pendidik. Teori ini dicetuskan oleh Gage dan Berliner yang
berisi tentang perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman. Teori ini mengutamakan
pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi tidaknya
perubahan tingkah laku. Seterusnya teori Kognitivisme. Teori ini berdasarkan pembelajaran
inidividu yang dilakukan adalah mempunyai motif atau objektif. Pembelajaran merupakan
memprosesan maklumat sekeliling kita. Teori yang ketiga adalah Konstruktivisme. Ia adalah
satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.
Kebanyakan penyelidikan berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya
hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. (Mcbrien & Brandt, 1997). Murid membina
pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan
pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia ada.

Menurut teori humanistik, proses belajar harus dimulai dan ditujukan untuk kepentingan

memanusiakan manusia itu sendiri.Oleh sebab itu, teori belajar humanistik sifatnya lebih
abstrak dan lebih mendekati bidang kajian filsafat, teori kepribadian, dan psikoterapi, dari pada
bidang kajian kajian psikologi belajar. Teori humanistik sangat mementingkan si yang dipelajari
dari pada proses belajar itu sendiri. Teori belajar ini lebih banyak berbicara tentang konsepkonsep pendidikan untuk membentuk manusia yang dicita-citakan, serta tentang proses belajar
dalam bentuknya yang paling ideal. Dengan kata lain, teori ini lebih tertarik pada penertian
belajar dalam bentuknya yang paling ideal dari pada pemahaman tentang proses belajar
sebagaimana apa adanya, seperti yang selama ini dikaji oleh teori-teori belajar lainnya.
Akhirnya adalah teori sosial. Teori pembelajaran social ini telah dipelopori oleh Albert Bandura,
seorang ahli psikologi yang berkhidmat di Universiti Stanford. Menurut beliau manusia secara
semula jadinya belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat
orang bertingkah laku dalam kehidupan seharian seperti berjalan, makan, minum, mendapat
penghargaan, pujian atau menerima hukuman. Pada asalnya ia lebih merupakan kepada teori
pembelajaran social tetapi telah berkembang kepada teori pembelajatan social kognitif. Ini
kerana terdapat proses kognitif terlibat di dalamnya. Bagaimana kanak-kanak meniru perlakuan
orang dewasa dan bagaimana persekitaran mempengaruhi kehidupan dan perlakuan kanakkanak.

Teori
Behaviorisme

Teori


kognitif

Menurut soalan tugasan ini saya telah memilih teori Behaviorisme dengan Teori kognitif.
Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor yang
mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan antara persekitaran
dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk
menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak wujud. Mereka
berpendapat kecenderungan-kecenderungan tingkah laku termasuk trait-trait, bakat, nilai-nilai,
kepercayaan–kepercayaan, aspirasi dan lain-lain adalah dipelajari.Antara andaian ahli
behaviorisme ialah tingkah laku boleh diukur, diperhatikan dan dianalisa dengan melihat gerak
balas individu. Gerak balas bergantung kepada peneguhan dan dendaan. Matlamat behavioris
ialah melihat kaitan rangsangan dengan gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas ini
boleh dikawal melalui ganjaran dan dendaan. Ada 3 jenis belajar menurut teori behaviorisme
iaitu (1) Respondent Conditioning, (2) Operant Conditioning dan (3) Observational Learning
atau sosial-cognitive Learning. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep pelaziman klasik
dan pelaziman operan apabila menjelaskan proses pembelajaran (Jalongo dan Isenberg 2000).

Manakala Teori kognitif mengacu pada wacana psikologi kognitif, dan berupaya
menganalisis secara ilmiah proses mental dan struktur ingatan atau cognition dalam aktifitas

belajar. Cognition diartikan sebagai aktifitas mengetahui, memperoleh, mengorganisasikan, dan
menggunakan pengetahuan (Lefrancois, 1985).Tambahannya Teori kognitif pula memfokuskan
bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun,
menyimpan

dan

mengeluarkan

semula

segala

pengalaman

untuk

membolehkan

ia


memerhatikan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Ahli-ahli
psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah mudah dan ia tidak selalunya
berlaku melalui cuba jaya sebagaimana yang dicadangkan oleh mazhab behaviorisme. Menurut
psikologis ini, dalam pembelajaran, murid membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Setiap
kali murid belajar, ia akan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam ‘ingatan’.
Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal. Dengan itu, nyatalah seseorang individu jarang
menggunakan cara cuba jaya untuk mempelajari sesuatu.Teori kognitif berpegang kepada

persoalan bagaimana kita mengetahui, memperolehi, memproses dan menggunakan maklumat.
Jadi, dalam mendidik murid-murid khas , guru perlulah menyesuaikan segala teori-teori yang
ingin digunakan. Ada kalanya teori behaviorimse penting digunakan demikianlah juga dengan
teori kognitif. Semua teori boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Perbezaan Teori Behaviorisme dan Kognitif secara Umum
Behaviorisme
Mementingkan pengaruh lingkungan
Mementingkan bagian-bagian
Mengutamakan peranan reaksi
Hasil belajar terbentuk secara mekanis

Dipengaruhi oleh pengalaman masa
lalu
Mementingkan pembentukan
kebiasaan
Memecahkan masalah-masalah
dilakukan dengan cara trial and error

Kognitif
Mementingkan apa yang ada dalam diri
Mementingkan keseluruhan
Mengutamakan fungsi kognitif
Terjadi keseimbangan dalam diri
Tergantung pada kondisi saat ini
Mementingkan terbentuknya struktur
kognitif
Memecahkan masalah didasarkan kepada
insight

Jadual 1.1. Perbezaan antara teori behaviorisme dengan kognitif


Dari segi pembelajaran, pandangan behaviorisme dan kogtivisme adalah berbeza.
Pandangan behaviorisme menegaskan bahwa pembelajaran merupakan perubahan perilaku,
yang dengannya seseorang bertindak dalam satu situasi tertentu. Para ahli seperti J. B.
Watson, E. L. Thorndike, dan B. F. Skinner dianggap sebagai psikolog behaviorisme karena
mereka memfokuskan hampir segala hal pada perilaku yang dapat diamati dan perubahanperubahan behaviorisme. Dalam kenyataan, banyak di antara behavioris awal bahkan menolak
untuk mendiskusikan konsep pemikiran atau emosi, karena pemikiran dan emosi tidak dapat
diobservasi secara langsung. Sebaliknya, para psikolog kognitif seperti Jean Piaget, Robert
Claser, John Anderson, dan David Ausubel mengatakan bahwa pembelajaran itu sendiri
merupakan proses internal yang tidak dapat diobservasi secara langsung. Pembelajaran
merupakan perubahan dalam kemampuan seseorang untuk merespon satu situasi tertentu.
Menurut pandangan kognitif, perubahan perilaku yang para behavioris sebut sebagai
pembelajaran hanya merupakan satu refleksi dari perubahan internal. Sekali lagi berbeda
dengan kalangan behavioris, psikolog kognitif yang mengkaji pembelajaran tertarik pada
variabel-variabel yang tidak dapat diobservasi seperti pengetahuan, makna, intensi, perasaan,
kreativitas, pandangan, dan pemikiran.

Pandangan behaviorisme dan kognitif berbeza dalam banyak hal penting, dan
perbezaan tersebut nampak dalam metode yang digunakan masing-masing kelompok untuk
mengkaji pembelajaran. Satu karya awal mengenai prinsip pembelajaran behaviorisme
dilakukan dengan menggunakan binatang dalam setting laboratorium terkontrol.
Saya telah melampirkan satu kajian yang dibuat oleh Pavlov dalam lampiran 1. Kajian ini
merupakan usaha untuk mengidentifikasi beberapa hukum pembelajaran umum yang akan
berlaku pada semua organisme yang lebih tinggi (termasuk manusia) tanpa memandang usia,
intelegensi, atau perbedaan individual. Hukum yang mereka cari hendak digunakan untuk
memprediksi dan mengendalikan perubahan perilaku setiap organisme (Estes, 1975). Di sisi
lain, para psikolog kognitif lebih tertarik untuk menjelaskan bagaimana pembelajaran ada pada
manusia dengan kemampuan dan usia yang berbeza. Mereka berusaha menemukan
bagaimana manusia yang berbeda memecahakan masalah, mempelajari konsep, menerima
dan mengingat informasi, dan menyelesaikan banyak tugas mental yang kompleks.

Dengan mempertimbangkan pandangan behaviorisme dan kognitif, diperoleh definisi
umum bahwa pembelajaran merupakan perubahan internal dalam diri seseorang, pembentukan
asosiasi baru, atau potensi untuk memberikan respon baru. Pembelajaran merupakan
perubahan yang relatif permanen dalam kapabilitas seseorang. Definisi ini mengakui fakta
bahwa pembelajaran merupakan proses yang berlangsung dalam diri seseorang (pandangan
kognitif), namun juga menekankan pentingnya perubahan perilaku yang dapat diobservasi
sebagai indikasi bahwa pembelajaran berlangsung (pandangan behaviorisme).

Seterusnya, terdapat 3 prinsip asas dalam teori behaviorisme. Antaranya adalah seperti
berikut :
1. Objek psikologi adalah tingkah laku
2. Semua bentuk tingkah laku di kembalikan pada refleks
3. Mementingkan pembentukan kebiasaan.
Manakala dalam teori kognitif juga terdapat 3 prinsip asas. Antaranya adalah seperti berikut :

1.Seseorang yang belajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila
pelajaran tersebut disusun berdasarkan pola dan logika tertentu
2. Penyusunan materi pelajaran harus dari sederhana ke kompleks
3. Belajar dengan memahami akan jauh lebih baik daripada dengan hanya menghafal
tanpa pengertian penyajian.
Selain daripada prinsip di atas, Teori behaviorisme dan kgnitif juga berbeza dari segi
pelabagai aspeknya. Jadual 1.2 di bawah menunjukkan perbezaan selanjutnya kedua-kedua
teori :

ASPEK
Teori / prinsip

TEORI BEHAVIORISME


pembelajaran

TEORI KOGNITIF

Pembelajaran merupakan satu



proses luaran.

Pembelajaran adalah satu
proses mental atau proses
dalaman yang melibatkan



Pembelajaran merupakan hasil

idea dan perubahan

daripada interaksi seseorang

maklumat iaitu Input

dengan R-G dan persekitarannya.



Pembelajaran berlaku hasil

pemprosesan maklumat
Output

daripada tingkahlaku yang dapat
diperhatikan dalam diri murid dan
pengaruhnyaterhadap perubahan
tersebut.
Pemorelehan



Proses pengulangan membentuk



satu kebiasaan atau tabiat..

Pembelajaran

berlaku

berdasarkan
pelajar mempunyai





Matlamat

ditentukan

terlebih

pengalaman yang berkaitan

dahuludan R-G dibentuk ke arah

untuk

pencapaian matlamat tersebut.

pengalaman baru dan ada

Pembelajaran

cuma

motif dan

mengikut

Pembelajaran

tidak

fleksibel

inisiatif

menjalankan

apayang dirancang untuk mereka


mempelajari
untuk
aktiviti

pembelajaran.


Organisma menyedari alam

dalam membuat penyesuaian.

sekelilingnya dan fleksibel
dalam

membuat

penyelesaian.
Tumpuan

Tertumpu



kepada

proses

Menekankan



pembentukan tingkah laku murid..

proses

kepada

mental

iaitu

penyelesaian
Tertumpu kepada kemahiran atau



Motivasi

gerakbalas dan sedikit tumpuan

masalah, ingatan, bahasa

terhadap individu.

dan kreativiti.

Memberi



peneguhan

kepada

Input



pelajar adalah sangat penting.

dan

maklumat baru membawa
ke

Ekstrinsik



idea-idea
konflik

kognitif

dan

keinginanmencapai
equilibrasi kognitif

Kelebihan

Guru tidak banyak memberikan
ceramah , tetapi instruksi singkat
yang diikuti contoh-contoh baik
dilakukan sendiri mahupun
melalui stimulasi..





Bahan pelajaran disusun secara
hirarki dari yang sederhana
sampai pada yang kompleks.



Tujuan pembelajaran dibagi
dalam bagian-bagian kecil yang
ditandai dengan pencapaian
suatu ketrampilan tertentu.



Intrinsik



Menjadikan siswa lebih
kreatif dan mandiri.



Membantu siswa
memahami bahan belajar
secara lebih mudah


Kekurangan



Pembelajaran siswa yang

Teori tidak menyeluruh
untuk semua tingkat

pendidikan.
berpusat pada guru (teacher
centered learning), bersifat



Sulit di praktikkan
khususnya di tingkat
lanjut.



Beberapa prinsip seperti

mekanistik, dan hanya
berorientasi pada hasil yang
dapat diamati dan diukur.


Mengakibatkan terjadinya
proses pembelajaran yang
sangat tidak menyenangkan

intelegensi sulit dipahami
dan pemahamannya
masih belum tuntas.

bagi siswa sebagai sentral,
bersikap otoriter, komunikasi
berlangsung satu arah, guru
melatih dan menentukan apa
yang harus dipelajari murid.

Bincangkan
implikasi kedua-dua
teori dalam

pengajaran dan
pembelajaran dalam
bilik darjah.
Menurut Choong Lean Keow 2009, beliau menyatakan implikasi teori Behaviorisme
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang berikut:

Yang pertama ialah guru perlu sedar bahawa kaitan antara rangsangan dan gerak balas
boleh dilazimkan iaitu dipelajari. Sebagai contoh apabila guru ingin menyuruh murid-murid
beratur ketika waktu rehat di kantin sekolah guru boleh mengaitkannya dengan cara untuk
berjaya dalam kehidupan. Implikasi yang seterusnya ialah kaitan antara rangsangan dan gerak
balas dapat dikukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan
sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh guru ingin muridmurid supaya tidak mengaitkan mata pelajaran matematik dengan kesukaran, dengan memberi
mereka latihan- latihan yang mudah dan apabila mereka beransur mahir menyelesaikan
masalah yang sukar maka guru bolehlah menukar aras pembelajaran kepada tahap yang
sederhana sukar dan seterusnya aras pembelajaran yang sukar.

Di samping itu, dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku. Ini bermakna
perkara yang dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan ke situasi B. Sebagai contoh guru
mata pelajaran sains mengaitkan kejadian pencemaran alam sekitar yang mengakibatkan
kemusnahan alam semula jadi dengan kemusnahan alam yang berlaku seperti tsunami dan
sebagainya. Seterusnya menurut Kamarudin Hj. Husin 1997 menyatakan bahawa faktor
motivasi memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan gerak balas yang diinginkan.

Dalam hal ini pemberian ganjaran perlu diberi perhatian. Sebagai contoh ketika murid
menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan betul maka guru boleh memberikan pujian
kepadanya atau dengan memberikannya hadiah supaya pada waktu pembelajaran yang
seterusnya pelajar tersebut akan lebih menumpukan perhatian di dalam kelas untuk
memperoleh pujian yang diingini. Namun sekiranya pelajar tersebut tidak dapat menjawab
soalan yang diberi maka guru perlulah membimbing pelajar tersebut supaya mereka tidak
berasa terpinggir.

Selain itu juga, beliau berkata di dalam proses pembelajaran tingkah laku yang dapat
dilihat, diamati, diukur dan dikawal hendaklah diberi perhatian. Hal ini kerana melalui perubahan
tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid, guru boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya
ianya di kesan lebih awal. Sebagai contoh sekiranya seseorang murid menunjukkan tingkah
laku yang negatif seperti tidak faham tentang apa yang diajar oleh guru maka guru boleh
membuat pemulihan terhadap dirinya. Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika
peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan
melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan
serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Selain daripada implikasi di atas , terdapat juga beberapa implikasi teori behavioristik
dalam pembelajaran dapat dideskripsikan sebagai berikut:
Pembelajaran adalah upaya alih pengetahuan dari guru kepada siswa.
Tujuan pembelajaran lebih ditekankan pada bagaimana menambah pengetahuan.
Strategi pembelajaran lebih ditekankan pada perolehan keterampilan yang terisolasi
dengan akumulasi fakta yang berbasis pada logika liner.
Pembelajaran mengikuti aturan kurikulum secara ketat dan belah lebih ditekankan pada
keterampilan mengungkapkan kembali apa yang dipelajari.
Kegagalan dalam belajar atau ketidakmampuan dalam penambahan pengetahuan
dikategorikan sebagai kesalahan yang perlu dihukum, dan keberhasilan atau
kemampuan dikategorikan sebagai bentuk perilaku yang pantas diberi hadiah.
Evaluasi lebih ditekankan pada respons pasif melalui sistem paper and pencil test dan
menuntut hanya ada satu jawapan yang benar. Dengan demikian, evaluasi lebih
ditekankan pada hasil dan bukan pada proses, atau sintesis antara keduanya.

Manakala dari segi Teori Kognitif, terdapat juga implikasinya terhadapap pengajaran dan
pembelajaran. Secara umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori pembelajaran kognitif
menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran.
Selain itu, ia juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk
memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi.Teori pembelajaran kognitif ini sangat
menitikberatkan bahawa pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid
untuk proses pembelajaran. Dengan adanya teori pembelajaran kognitif ini ia secara langsung
memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau
pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses
pembelajaran murid-murid ialah merangsang ingatan kanak-kanak semula.Dalam pembelajaran
kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bag imembantu dalam proses
pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanakkanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut beradadi alam persekolahan mereka
akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalamanatau pun pengetahuan yang sedia
ada. Seperti kemahiran 4M iaitu membaca, menulis dan mengira dan menaakul. Dengan
pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidakakan menyukarkan bagi
kanak-kanak tersebut.
Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat semula.
Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlaku
dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang
kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan
memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar
sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka.

Seterusnya, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi
pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui
persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut
melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka
telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah..
Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain ialah isi-isi pelajaran hendaklah
disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapat Jean Piaget
dalam

teori pembelajaran

kognitif,

beliau telah

mengelaskan kepada empat

tahap

perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor( sejak lahir hingga 2 tahun), praoperasi( 2
hingga 7 tahun), operasi konkrit( 7 hingga 11 tahun) dan operasi formal( 11tahun hingga
remaja).

Akhinya, Guru hendaklah menjadi fasilitator semasa mengajar. Mereka perlu menyusun
maklumat yang ingin disampaikan supaya murid dapat mengaitkan konsep baru dengan
pengetahuan yang sedia ada. Aktiviti dan alatan yang sesuai perlu dibekalkan kepada muridmurid mengikut tahap kebolehan mereka. Selain itu, guru perlu mengenalpasti murid-murid
yang berada pada mod pembelajaran berbeza sama ada enaktif, ikonik atau simbolik.

Sejauh mana teori-teori ini
dapat membantu guru
dalam usaha

memperkembangkan
pembelajaranmurid
keperluan khas?

TEORI PEMBELAJARAN BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang
memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanakn ormal.
Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,keupayaan
sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-cirifizikal. Oleh yang
demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahandalam aktiviti-aktiviti
sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanakkanak khas ke tahap yang optimum dan tidakterabai seperti kanak-kanak normal. Chua & Koh
(1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau “kanak-kanak luar biasa” sebagai
kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata darisegi kecerdasan, kejasmanian,
kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. ManakalaGarciulo (2003) mendefinisikan kanakkanak berkeperluan khas seperti kenyataan dibawah; "Individuals who differ from societal or
community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical,
sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children may require educational
programs customized to their unique needs." Selain itu, Garciulo juga telah mengkategorikan
kanak-kanak berkeperluan khas seperti berikut:

i. Terencat akal.
ii. Kurang upaya dalam pembelajaran.
iii. Kecelaruan emosi atau tingkah laku
iv. Pintar cerdas dan berbakat
v. Masalah bahasa dan pertuturan
vi. Masalah pendengaran
vii. Masalah penglihatan
viii.Kecelaruan spektrum autism
ix. Kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan
Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang
memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yangberbeza daripada murid biasa.
Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah
pendengaran dan bermasalah pembelajaran Kesimpulan yang dapat menerangkan tentang
kanak-kanak

berkeperluan

khasadalah

golongan

kanak-kanak

yang

menghadapi

ketidakupayaan yang serius sehinggamemberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan
normal dan pembelajaran serta perkembangan kognitif mereka.

Dari segi Teori pembelajaran yang digunapakai pada masa kini bukan sahaja member
implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak normal, namun ia turut mencakupi
kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak ini sangat memerlukan bimbingan dan bantuan
yang berterusan daripada guru dan ibubapa serta masyarakat sekeliling. Bagi guru-guru yang
sudah lama berkecimpung dalam dunia kanak-kanak istimewa ini, semestinya mereka telah
memahami dan begitu arif tentang pengubahsuaian kurikulum berdasarkan kognitif dan tahap
keabnormalan kanak-kanaktersebut. Malah jika diteliti dan dihayati, pengajaran terhadap kanakkanak

istimewa

ini

juga

banyak

mengaplikasikan

teori-teori

pembelajaran

seperti

behaviorisme,konstruktivisme dan humanisme. Berdasarkan Teori Behaviorisme tersebut juga,
guru-guru boleh menggunakan peneguhan positif atau negatif bagi meransang murid-murid
berusaha untuk meningkatkan kemahiran membaca. Seelok-eloknya, guru perlu memberi

ganjaran atau hadiah kepada murid-murid yang menguasai kemahiran tersebut. Sebagai
contoh,seorang guru memberikan coklat kepada muridnya yang mampu membaca huruf ‘a
hingga h” dengan betul. Kaedah ini akan memberikan motivasi kepada kanak-kanak lain untuk
mencuba dan kanak-kanak yang memperoleh peneguhan tersebut untukterus menguasai huruf
seterusnya.

Malah, berdasarkan hukum pembelajaran yang terdapat dalam Teori Behaviorisme
tersebut, seseorang guru perlulah membuat persiapan sebelum mengajar. Sediakan BBM yang
menarik, ransangan yang sesuaidan teknik pendekatan yang praktikal. Selain daripada itu juga,
guru perlu memastikan tahap kesediaan murid. Bagi mengetahui tahap murid-murid, gunakan
waktu set induksi untuk berinteraksi dan bertanyakan hal-hal umum kepada murid- murid.
Contohnya, guru bertanyakan apakah yang dilakukan oleh anak muridnya yang mengalami
masalah hiperaktif. Guru perlu memberikan respon yang spesifik dan kerap. Hal ini kerana
murid-murid khas sentiasa memerlukan perhatian dan respon agar mereka dapat meningkatkan
tahap kelakuan kearah yang lebih positif. Aplikasi teori behaviorisme dapat dimanfaatkan untuk
membentuk tingkahlaku,mengubah tingkahlaku dan mempelajari sesuatu yang baharu. Kanakkana kberkeperluan khas mempunyai tingkahlaku yang berbeza di akibatkan oleh masalah
mereka yang berbeza bagi setiap kanak-kanak. Guru boleh membantu dengan menggunakan
teknik peneguhan, analisis tugasan dan teknik modifikasi tingkahlaku yang berasaskan
pelaziman operan seperti , banyakkan latihan, pengulangan dan latih tubi. Beri peneguhan
dalam bentuk hadiah, verbal, pujian atau ganjaran lain yang akan mengubah tingkahlaku.
Tetapkan matlamat yang realistik untuk membentuk tingkahlaku. Buat analisis tugasan untuk
mencapaii matlamat. Pecahkan kepada langkah-langkah kecil dengan objektif yang spesifik.
Aplikasi teknik modifikasi tingkahlaku token, kontrak, dendaan, withdrawal danpengasingan
untuk mengurangkan tingkahlaku yang tidak diingini. namun begitu, kaedah atau hukuman
tersebut perlulah sesuai dengan masalah tingkah laku kanak-kanak tersebut. Jika kanak-kanak
yang mengalami masalah down sindrom, kaedah ‘time out’ merupakan antara kaedah yang
boleh digunakan.

Menurut teori kognitif pula, guru perlu menyediakan BBM yang berbentuk besar, maujud
ataupun benda yang senang dilihat dan disentuh. Adalah lebih baik sekiranya bahan
pengajaran tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada murid- murid dan sesuatu yang

hampir dengan kanak-kanak tersebut. Manakala dalam mendidik kanak-kanak khas, guru perlu
mempelbagaikan BBM kerana tahap kognitif mereka terhad. Contohnya, guru ingin
mengajarkan tentang buah-buahan, guru membawa dan menunjukkan buah-buahan sebenar
serta menyuruh murid menyentuh, melihat, mencium bau dan merasa buah tersebut.
Pendekatan tersebut akan menjadikan murid lebih mudah mengingat apa yang dipelajari pada
hari itu.

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah daya tumpuan yang singkat, guru perlu
lebih peka dalam penyediaan rancangan pengajaran. Jika murid-murid sudah menguasai
konsep terdahulu, guru tersebut perlulah meningkatkan tahap pembelajaran kepada sifat
egosentrik. Kanak-kanak khas juga sebenarnya mempunyai keupayaan jika diberi pendedahan
secara sistematik dan terapi yang berterusan. Sebagai contoh, jika murid sudah mampu
menguasai operasi tambah dan tolak dalam subjek matematik, guru perlu mempertingkatkan
pengajaran kepada operasi darab dan bahagi yang lebih mencabar. Pada masa tersebut,
pemikiran mereka akan terus berkembang. Selain daripada itu juga, kanak-kanak khas perlu
diajar mengikut subjek yang telah disusun dan diperingkatkan. Pemeringkatan tersebut perlulah
dari yang senang kepada susah kerana mereka sangat bermasalah dalam reseptif dan
menyusun maklumat yang diterima. Apatah lagi untuk menyimpan ingatan tersebut dalam stor
jangka masa panjang. Contohnya dalam mengajar operasi tambah dalam matematik, guru perlu
memulakan dengan nombor yang kecil. Setelah murid-murid mampu menguasainya, barulah
guru perlu memberikan soalan yang membabitkan nombor yang lebi besar. Malah, guru perlu
mengubahsuai kaedah dan pendekatan P&P untuk disesuaikan dengan keadaan murid-murid
khas tersebut. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan murid-murid yang dikategorikan
sebagai autisme, kaedah pengajaran tersebut perlulah menekankan komunikasi dan interaksi
terutamanya yang melibatkan ‘eye contact’. Perbanyakkan interaksi dua hala dan soalan yang
mampu dijawab serta menarik minatnya untuk terus meningkatkan tahap komunikasi. Kaedah
P&P yang digunakan perlulah ringkas dan berkesan kerana kanak-kanak khas tidak mampu
menerima laras bahasa yang tinggi.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, teori pembelajaran amat penting kepada setiap guru supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan mengikut perancangan awal. Setiap guru perlulah
pandai mengaplikasikan setiap teori kepada setiap masalah yang timbul supaya masalah itu
dapat diselesaikan. Kita sebagai guru perlu berfikir jauh ke hadapan supaya dapat melahirkan
anak murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis.Teori pembelajaran amat penting bagi
membantu guru memilih strategi mengajar dengan berkesan. Terdapat lima teori pembelajaran
iaitu teori pembelajaran behaviorisme, sosial, kognitif, konstruktivisme dan humanisme. Teori
pembelajaran behaviorisme menghuraikan tentang berubahan tingkah laku. Teori kognitif pula
memandang individu sebagai struktur kognitif, peta mental, skema atau jaringan konsep guna
memahami dan menanggapi pengalamannya berinteraksi dengan lingkungan serta melihat
manusia sebagai individu yang membina pengetahuan berdasarkan pengalaman.

Selain itu, proses pembelajaran dan pengajaran perlulah bergerak dengan seiring
supaya murid memperolehi ilmu, pengetahuan baru dan guru Berjaya menyampaikan ilmu
tersebut tanpa timbul sebarang masalah. Jika setiap teori pembelajaran dapat diaplikasikan

semasa dalam kelas dengan baik maka gurua kan berjaya melahirkan suasana kelas yang
kondusif dan ceria untuk murid.Tambahan lagi, guru yang bertindak sebagai fasilitator perlu
merancang dan melaksanakan pembelajaran dan pengajaran dengan mengaplikasikan teoriteori pembelajaran tersebut. Melalui pengajaran, pelajar berubah dari tidak tahu kepada tahu.
Terdapat bebarapa model yang dipraktikkan oleh guru-guru pada masa kini. Tujuan mengajar
ialah menukar tingkah laku dan kelakukan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau
kepercayaan baru. Akhir sekali, guru yang berwawasan mestilah bertindak sebagai fasilitator,
pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan
perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.

Refleksi
Berdasarkan semua perkara yang telah saya lakukan untuk menghasilkan tugasan ini,
saya mulai sedar betapa pentingnya dan betapa perlu kita memahami dan mendalami teori-teori
pembelajaran. Sebelum ini secara jujurnya saya tidak mengambil berat mengenai hal ini kerana
merasakan tidak mempunyai kaitan dengan diri saya. Tetapi kini saya merasakan saya perlu
untuk mendalaminya kerana sayalah yang akan mendokong teori ini dalam pengajaran pada
masa hadapan.

Sejak dari hari pertama saya diberi tajuk untuk mendalami tentang teori-teori
pembelajaran ini, saya tidak pernah rasa terbeban malahan saya merasa sangat gembira
kerana tajuk yang diberikan pada saya ini dapat memberi manfaat yang banyak kepada diri
saya. Bagi saya, tugasan ini amat sesuai untuk kami lakukan kerana iainya merupakan tunjang

dalam profesion perguruan dimana profesion inilah yang akan kami laksanakan pada masa
hadapan. Bak kata pepatah, ‘tak kenal maka tak cinta’. Kami perlu mengenal dan menghayati
falsafah ini sebaik mungkin supaya kami dapat melaksanakannya dengan cemerlang pada
masa hadapan.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin
tuhan saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian
maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula
sedar kepentingan subjek perkembangan kanak-kanak ini dimana dengan hanya betul-betul
memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik
mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna.
Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya
laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturahim antara kami
semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan juaga
dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula
lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini
sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi
melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya
berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan
membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang
diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini

membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan
mengulanginya lagi pada masa hadapan

Disini juga saya ingin melahirkan rasa bangga dengan membuat soalan tugasan ini,
kerana saya dapat lebih mengetahui tentang konsep alam belajar dan pengajaranpembelajaran. Saya juga memahami kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan
pembelajaran kanak-kanak.. Selain itu, saya juga dapat mengetahui cabaran –cabaran yang
perlu dihadapi oleh seorang guru dalam melaksanakan tugasnya di alam sekolah nanti.
Tambahan pula saya juga membuat perbandingan antara teori-teori pembelajaran yang
dipelajari daripada aspek konsep, perinsip, aplikasi dan implikasinya terhadap pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Ini

dapat membantu saya di alam sekolah nanti untuk aplikasi

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, selepas membuat tugasan ini,
saya juga dapat memperkembangan ilmu pengetahuan saya dalam sistem pendidikan. Saya
juga menyedari betapa pentingnya profesion keguruan dalam alam ini untuk mewujudan insaninsan yang mulia.

Secara kesimpulannya, saya gembira kerana diberi tajuk ini dan sangat gembira kerana
berjaya menyudahkannya dengan baik serta dapat mencapai objektif kerja kursus ini. Saya
berharap tugasan ini cukup untuk memuaskan hati semua pihak. Sekian terima kasih.

BUKU
Rohani Abdullah, (2001). Perkembangan kanak-kanak : Penilaian Secara
Portfolio, Serdang: Penerbit UPM.
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi, (2008). Perkembangan Kanakkanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang, (2009): Perkembangan Kanak-kanak, Selangor : Multimedia
Sdn. Bhd.
Kamarulzaman Kamaruddin, (2009). Psikologi Perkembangan : Panduan Untuk
Guru. Tanjung Malim : Penerbit UPSI.

LAMAN WEB
http://www.scribd.com/doc/41881939/murid-dan-alam-belajar-teori-konstruktivisme-danhumanisme
 http://punyanyavika.wordpress.com/2011/08/22/teori-pembelajaran-behavioristik-dan-kognitif/
 http://sayacikamal.blogspot.com/2012/04/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget.html
 http://apadefinisinya.blogspot.com/2008/05/teori-behaviorisme.html
 http://rosdianablog.blogspot.com/2009/06/analisis-teori-belajar-dengan.html
 http://ajourneyofateacher-to-be.blogspot.com/2012/01/faktor-yang-mempengaruhiproses.html