Alam Sekitar dan Manusia Ibarat Aur dan

PROGRAM INTERNSHIP MAHASISWA ANAK NEGERI (IMAN)
ANJURAN BERSAMA

KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
DAN

PERSATUAN SISWA AMAN MAKMUR (ANSAR)
SYARAT PERMOHONAN
i) Merupakan anak kelahiran negeri Kedah.
ii) Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dan setaraf.
iii) Berumur 21 sehingga 30 tahun.
iv) Sedang berada di tahun akhir pengajian/tamat pengajian/masih tidak bekerja.
v) Memiliki ciri-ciri kepimpinan dan pengetahuan am yang baik.

PROSES PEMILIHAN
i) Permohonan dibuka pada 26 Ogos 2016.
ii) Permohanan ditutup pada 2 September 2016.
iii) Calon akan disenarai pendek.
iv) Calon akan dipanggil bagi sesi temuduga.
v) 25 orang calon yang terpilih akan mengikuti satu sesi taklimat bersama pihak ANSAR.
vi) Sesi Internship bermula pada September 2016

TEMPAT ADALAH TERHAD KEPADA 25 ORANG.
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI :
Internship Mahasiswa Anak Negeri-IMAN (FB), Atau Hubungi 012-2796527 (En. Azeem), E-mel :
internshipiman@gmail.com

1

2
TERMA DAN SYARAT
i.
ii.
iii.
iv.
v.

vi.

vii.
viii.
ix.


Pelatih akan diagihkan bermula dari Pejabat Menteri Besar, Pejabat Exco Kerajaan Negeri, dan ‘Government-linked
Companies’ (GLC) negeri Kedah.
IMAN akan berlangsung sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan di tempat-tempat yang disediakan.
Elaun bulanan sebanyak RM 1,500 selama tempoh perkhidmatan.
Pelatih yang berjaya dipilih akan berkhidmat sebagai “Research Officer” ataupun pembantu khas kepada mentor-mentor.
Pelatih akan bertugas sebagai “Executive Intern” kepada mentor-mentor di mana pelatih akan membantu mentor dan juga
pegawai-pegawai kanan beliau merancang dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri di samping membantu di
dalam usaha-usaha penerangan tentang pelbagai program kerajaan negeri melalui media sosial dan saluran komunikasi
strategik yang lain.
Pelatih akan didedahkan kepada urusan penting di dalam pentadbiran kerajaan negeri di samping peluang untuk
mencurahkan bakti dalam menjayakan agenda kerajaan negeri dan segala program transformasi yang di bawa oleh YAB
Menteri Besar Kedah.
Bidang fungsi dan bidang tugas setiap pelatih bergantung kepada mentor mereka. Setiap mentor akan menggariskan
rangka kerja dan tangungjawab yang akan diberi kepada pelatih masing-masing.
Pelatih akan menganjurkan program-program khusus untuk golongan belia dan pengundi baru negeri Kedah.
Para pelatih akan bersidang sebanyak 2 kali dalam tempoh 6 bulan “internship” bagi membentangkan cadangan idea dan
seterusnya menetapkan resolusi untuk mewakili suara golongan belia dan seterusnya untuk dibentangkan kepada YAB
Menteri Besar Kedah untuk dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri.


Borang permohonan boleh dimuat turun secara atas talian di laman Facebook rasmi IMAN “Internship Mahasiswa Anak NegeriIMAN” atau secara manual di pejabat Menteri Besar Kedah.
Pemohon diminta untuk memilih satu tajuk bagi mengarang sebuah esei bertulis melebihi 500 patah perkataan:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Ekonomi
Sosial
Politik
Belia dan Negara
Sukan
Alam Sekitar
Sains Dan Teknologi
Pembangunan Wanita Dan Masyarakat

Pendidikan

Borang permohonan berserta esei yang lengkap boleh dihantar di Pejabat Menteri Besar Kedah atau secara atas talian di email
rasmi internshipiman@gmail.com.
Tarikh buka permohonan adalah pada 26 Ogos 2016 dan ditutup pada 2 September 2016.
Calon yang terpilih akan dihubungi bagi sesi temuduga.
Sebarang keputusan adalah muktamad.

3
TAJUK ESEI UNTUK PROGRAM INTERNSHIP MAHASISWA ANAK NEGERI (IMAN):
ALAM SEKITAR

ALAM SEKITAR DAN MANUSIA: IBARAT AUR DAN TEBING
Nor Syuhada binti Che Khalid
norsyuhadachekhalid@gmail.com
4 September 2016
PENGENALAN
Suruhanjaya Brundlandt dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 seia sekata bahawa alam
sekitar meliputi faktor-faktor fizikal sekeliling manusia seperti air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa,
faktor-faktor biologi untuk binatang dan tumbuh-tumbuhan, serta faktor-faktor sosial astetika [1] [2].

Perkara ini juga bererti seluruh elemen yang menjadi keperluan manusia dan hidupan liar merupakan
alam sekitar kita. Kita berkongsi seluruh dunia ini bersama-sama dengan makhluk ciptaan Tuhan
yang lain untuk tinggal, makan, minum, tidur, dan bermain. Konklusinya, kehidupan kita dan dunia
ini tidaklah jauh sama sekali. Bahkan, kita dan alam sekitar saling memerlukan.
Maka, pengurusan dan penjagaan alam sekitar perlu kita pertimbangkan sebaik-baiknya.
Bermula dengan perbuatan yang sekecil-kecilnya, yakni membuang plastik gula-gula atau pun tisu ke
dalam tong sampah, sehinggalah kepada penggunaan alatan mahupun teknologi mesra alam, semua
perbuatan dan usaha kita ini pasti menjadi petunjuk yang jelas, sama ada kita benar-benar
menyayangi diri kita, keluarga kita, dan masyarakat kita, atau pun kita hanya sekadar pentingkan diri
dan tidak menghiraukan apa jua yang terjadi, ibarat enau dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing.
Makalah ini mengandungi perihal keperluan alam sekitar kepada manusia, sumbangan atau
manfaat alam sekitar, penderitaan berbentuk masalah alam sekitar, serta langkah-langkah
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

1.0 KEPERLUAN ALAM SEKITAR KEPADA MANUSIA
Kita bergantung kepada alam sekitar untuk hidup. Keperluan asas manusia yang utama yakni
udara, air, dan makanan berasal daripada alam sekitar. Alam sekitar yang bersih menjamin bekalan
udara, air, dan makanan yang berkualiti. Dengan kata lain, sebagai analogi, adakah kita sanggup
membiarkan anak dan cucu kita untuk tinggal dalam tong sampah, makan sampah, dan menghirup
udara yang dipenuhi bakteria-bakteria berbahaya kepada kesihatan? Kita pasti tidak akan bersetuju

untuk membiarkan keluarga kita bergelumang dengan kekotoran dan perkara-perkara yang
menjijikkan. Ia bukan sekadar kotor, tetapi berbahaya. Bahaya ini bermaksud mengancam nyawa dan
menyebabkan kita akan kehilangan orang yang kita hargai dan sayangi. Namun demikian, perbuatan
manusia kepada bumi sekarang ibarat perbuatan seorang manusia yang menganiayai hak dan
keperluan orang lain, yang akhirnya hanya untuk menganiayai diri dan keluarga sendiri. Jangan tidak
tahu, kecuaian dan sikap tidak ambil tahu menyebabkan kita bukan sahaja menjadi pembunuh yang
kita anggap tidak penting, bahkan menjadi pembunuh keluarga dan diri sendiri. Balasan buruk
manusia selalu berpunca daripada diri sendiri.
Selain itu, alam sekitar ini juga menjadi medium perhubungan dan pengangkutan seperti
sungai, laut, dan udara, menyediakan bahan api dan sumber mineral seperti petroleum, bijih timah,
dan bauksit, serta bahan-bahan mentah seperti kayu-kayan dan batu-batan yang berguna dalam
pembinaan dan pembangunan bandar, kawasan, dan negara. Pendek kata, manusia sangat
memerlukan dan bergantung kepada alam sekitar untuk kelangsungan hidup dan kemandirian seluruh
keturunan manusia.

2.0 SUMBANGAN ALAM SEKITAR
Hutan, gunung, sungai, laut, awan, sawah, dan sebagainya, sama ada di utara mahupun di
selatan, timur, dan barat sebenarnya mengandungi signifikan yang sangat tinggi. Selain daripada
menjadi lubuk rezeki untuk makanan dan minuman, kawasan-kawasan ini boleh dimanfaatkan
sebagai kawasan pertanian dan perladangan untuk menambahkan bahan mentah yang permintaannya

semakin meningkat. Kenapa bahan mentah yang dikeluarkan sendiri oleh sesebuah negeri atau negara
itu penting? Keupayaan menghasilkan bahan makanan dan minuman sendiri mampu mengurangkan
kebergantungan kita kepada negara lain. Seandainya negara pengimport bertindak untuk menggesa
atau menekan negara kita, atau terdapat sebarang konflik seperti perang saudara mahupun kegawatan
ekonomi negara pengimport, bekalan bahan mentah yang dimonopoli oleh negara tersebut bakal
terjejas. Kita tidaklah menuduh semua negara pengimport akan menjadi sebegini rupa. Kita memang
perlu berjaga-jaga, dan negara yang kuat dan stabil sudah tentu negara yang kaya dengan hasil
mahsul sendiri. Kita mahu elakkan peluang dieksploitasi dan dimanipulasi oleh pihak luar dan dalam
kerana kita ada harga diri dan jati diri, tidak mahu terbabit dalam kancah dan permainan politik yang
tidak sihat, demi mempertahankan kedaulatan tanah tumpah darah kita yang tercinta. Sayangnya,
banyak kawasan sawah yang sudah dijual dan ditebus guna sebagai kawasan perumahan atau industri.
Semoga perkara ini mampu diberi perhatian, memandangkan beras merupakan makanan ruji rakyat
Malaysia.
Komponen alam semujadi ini juga mampu merancakkan ekonomi kita melalui pelancongan
dan menaikkan imej negara yang mempunyai khazanah alam yang cantik dan indah. Binatangbinatang liar pula mampu menarik perhatian pencinta alam dari seluruh dunia untuk berkunjung ke
Malaysia. Herba-herba dan tumbuh-tumbuhan yang mengandungi nilai komersil tinggi sebagai ubatubatan dan makanan kesihatan. Tumbuh-tumbuhan liar yang cantik dan sukar didapati (eksotik)
menjadi penarik utama bagi individu-individu yang gemar melihat dan menghargai tumbuhtumbuhan seperti ini. Kewujudan hutan lipur yang luas bukan sahaja berharga sebagai kawasan
rekreasi, bahkan tidak ternilai untuk sesiapa sahaja yang ingin melepaskan diri daripada habuk dan
debu kota demi menghirup udara segar dan masih tidak tercemar. 1001 kebaikan alam sekitar ini,
tiada maknanya, seandainya tidak dihargai dan dilindungi sebaik-baiknya.


3.0 PENDERITAAN ALAM
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang [3].
Tatkala kita cuba merenung kembali satu demi satu baris daripada tiga rangkap pertama lagu
Hijau yang sering disenandungkan oleh Dato’ Zainal Abidin Mohamad, kita telah pun mendapat
gambaran mengenai peri pentingnya alam ini kepada hidup manusia. Betapa dahsyatnya interpretasi
manusia yang diibaratkan dengan penjajah kerana berupaya menceroboh secara semborono lalu

memusnahkan segala flora dan fauna yang sepatutnya dikongsi secara saksama, walaupun antara

manusia dan bukan manusia.
Tambahan pula, rangkap kedua lagu ini menzahirkan kebimbangan perihal bumi yang bakal
kehilangan fungsinya untuk menjadi tempat menetap dan perlindungan kepada seisi penghuninya
kerana kecuaian manusia yang menggerakkan aktiviti yang menjejaskan sumber utama udara bagi
manusia dan binatang, iaitu oksigen dengan penebangan hutan dan pokok secara berleluasa dan tidak
terkawal.
Kekurangan oksigen mengakibatkan bermacam-macam masalah kepada tubuh badan manusia
seperti meningkatkan racun dan toksin dalam darah sehinggalah kepada mematikan sel-sel di dalam
otak [4]. Ketiadaan air pun bakal mengancam kesihatan dan tubuh badan organisma serta menggugat
ekosistem dunia melalui maksud rangkap ketiga. Sebenarnya, bekalan air bersih yang menjadi
sumber minuman manusia. Sumbernya iaitu sungai dan lautan yang menjadi hábitat hidupan air
seperti ikan, alga, haiwan moluska seperti kerang dan siput,
Akhir baris pada rangkap ketiga berbaur dengan amaran untuk kekejaman dan salah laku
kepada alam. Ya, bumi akan punah-ranah. Namun demikian, kita perlu beringat bahawa kemusnahan
bumi kita juga membawa maksud binasalah kita semua bersama makhluk dan hábitat yang ada,
seolah-olah kita sebagai manusia turut menerima padahnya akibat mengabaikan dan menghancurkan
bumi ini.
Pencemaran yang berlaku seperti tumpahan minyak, pembakaran terbuka kawasan pertanian
dan hutan, pembuangan sampah di merata-rata, penggunaan kenderaan persendirian tiada kawalan,
kekurangan pengangkutan awam, jerebu, pemanasan global, tanah runtuh, pembalakan berleluasan

dan tanpa kawalan penguatkuasa dan tindakan undang-undang, perlombongan tanpa prosedur dan
pertimbangan kepada alam sekitar sebenarnya menggugat manusia itu sendiri. Bukan hanya binatangdan tumbuh-tumbuhan yang terjejas.

4.0 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Kawalan dan penguatkuasaan undang-undang mampu mencegah krisis alam sekitar menjadi
lebih kronik. Kempen, pendidikan, dan pembudayaan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
sememangnya wajar diperkasakan untuk menyemai nilai-nilai murni untuk semua orang.

KESIMPULAN
Semoga alam sekitar kita ini bukan sahaja untuk kita, bahkan untuk anak cucu kita. Bumi ini
bukan milik kita kini, dan bukan milik kita buat-selama-lama. Kita hanyalah dipinjamkan buat
sementara, untuk dilindungi, bukannya dikhianati.

[1]
[2]
[3]
[4]

RUJUKAN
PNMB, “Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974, pindaan 2001,” Kuala Lumpur, 2001.

J. Murphy and D. Drexhage, “Sustainable Development : From Brundtland to Rio 2012,”
2012.
M. Nor, “Hijau,” 1991.
M. N. Hamzah, “Cukup oksigen elak penyakit.pdf,” Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 06-Jul2014.