MEDIA ALTERNATIF SEBAGAI AGEN PERLUASAN
MEDIA ALTERNATIF SEBAGAI AGEN PERLUASAN
RUANG BERSUARA KAJIAN KES
PILIHAN RAYA UMUM DI MALAYSIA
ABSTRAK
Penggunaon ruang siber melalui peranan media altematif seperti blog, laman
web, emel
dan SMS dapat memperluas ruang bersuara sekali gus meningkatkan partisipasi
demokrasi. Dalam konteks Malaysia, penggunaan media ini masih dianggap
baru, muncul
sekitar akhir tahun 1990-an. Peranan media altematif secara meluas dan
signifikan
ketara dilihat dalam kempen pilihan raya umum 2008, dan daripada situ ia
memberi
petandapesatnyapeningkatan demokrasi digital di Malaysia. Aplikasi Theory of
Radical
Media menjadi landasan utama kajian ini dalam meneliti sejauh mana media
altematif
berperanan sebagai counter-hegemony terhadap state atau penguasa
seterusnya
mewujudkan impak ke atas tren pengundian pada pilihan raya umum ke-12, 8
Mac 2008
lalu. Dengan menggunakan kaedah survey terhadap 2,500 responden di
Malaysia,
dapatan kajian menunjukkan bahawa media altematif mempunyai impak yang
signifikan
ke arah perubahan tren pengundian masyarakat Malaysia. Dalam masa yang
sama,
politik baru yang lebih banyak menumpukan isu korupsi, penyelewengan dan
salah guna
kuasa menjadi isu utama laungan media ini. Rakyat tidak lagi terpengaruh
dengan politik
lama seperti isu etnik, bahasa, agama dan daerah. Perubahan trend ini memberi
petanda
bahawa media altematif wujud sebagai medium penting dalam penyampaian isu
politik
baru seterusnya memberi impak terhadap trend pengundian di negara ini.
PENGENALAN
Media merupakan sumber primer yang wujud dalam konteks komunikasi
massa. Agen komunikasi ini seperti akhbar, radio, televisyen dan media baru
seperti telefon bimbit dan internet memainkan peranan penting kepada
sesebuah masayarakat dan tamadun umat manusia amnya. Penguasaan media
dapat dianggap sebagai satu kuasa yang utama dalam pemerintahan sesebuah
negara. Kalau dahulu media hanya dilihat sebagai suatu alat penghubung kini ia
telah menjadi satu kuasa yang sangat penting sehingga muncul kata-kata seperti
siapa yang menguasai informasi dia yang menguasai pemerintahan. Secara
teoritikal, maklumat yang tepat dan boleh dipercayai yang tersebar melalui
media massa merupakan nadi dalam proses demokrasi. Sebagai sebuah sistem
pemerintahan yang mengutamakan kebebasan dan ketelusan media dengan itu
amat berperanan dalam masyarakat ini. Dalam masa yang sama, peranan media
massa di sini ditentukan pula oleh proses tanggungjawab sosial ke atas
masyarakat melalui penyebaran maklumat yang tepat dan jitu. Media adalah
segala sesuatu yang dapat menyalurkan informasi dari sumber informasi kepada
penerima informasi. Oleh sebab itu, media memainkan peranan penting dalam
membentuk satu Negara yang kukuh dari segi ekonomi, politik dan social. Ini
kerana, segala informasi yang dapat disalurkan dengan mudah dan ini
membantu proses pembangunan dalam setiap industri. Kita ambil industri
pertanian sebagai contoh dimana pengusaha-pengusaha petani perlu
mengiklankan hasil pertanian mereka agar meraka dapat menjana keuntungan
daripada hasil pertanian. Dengan adanya platfom media seperti surat khabar,
majalah dan televisyen, para petani ini dapat mengiklankan hasil pertanian
mereka kepada orang awam. Dengan ini, hasil pertanian para petani ini akan
menjadi popular dan peluang untuk mereka menjana keuntungan juga tinggi.
Media sering dikaitkan dengan teknologi komunikasi. Ini kerana teknologi
komunikasi adalah satu aspek penting dalam pembentukan media. Tanpa
teknologi komunikasi, maka proses media bekerja akan menjadi lambat dan tidak
efisyen. Oleh sebab itu, kita sering lihat teknologi komunikasi semakin berkualiti
dari semasa ke semasa. Dahulu orang mengunakan majalah, surat khabar dan
radio sebagai wadah utama dalam media tetapi sekarang pelbagai jenis
teknologi lahir bagai cendawan tumbuh selepas hujan seperti komputer, telefon
digital, dan media sosial. Teknologi kominikasi kian maju sehingga timbul satu
fenomena dalam industri media komunikasi yang dipanggil “Media Baru”.
Persoalannya sekarang, apabila ditanya tentang maksud “Media Baru”, perkara
pertama yang lahir di benak fikiran saya adalah Internet. Ini kerana, Internet
adalah satu teknologi yang berjaya memudahkan dan melajukan proses
komunikasi. Seperti contoh kelas Adobe Connect yang saya hadapi di penggal
pertama di Rochester Institute of Technology (RIT) yang saya kira memudahkan
para pelajar dan pensyarah. Dengan menggunakkan Adobe Connect
kelas
dibuat secara online. Ini bermaksud para pelajar dan pensyarah boleh hadir ke
kelas dimana jua mereka berada. Akan tetapi, selepas melakukan kajian dengan
teliti, saya sedar bahawa saya perlukan rujukan yang berkualiti untuk
mendefinisikan perkara ini.
Media Baru boleh dirujuk sebagai sekumpulan technologi yang
melahirkan wadah interaksi kepada pengguna. Merujuk kepada Socha dan Eberschmid (2012) dalam artikel mereka “Defining new media isn’t easy”, media
baru tidak termasuk televisyen, filem, buku atau majalah melainkan ia
mempunyai teknologi yang membenarkan interaksi kepada pengguna. Mengikut
pendapat saya, hal ini memang benar kerana pengguna akan lebih tertarik untuk
mengunakan komunikasi jenis ini kerana ia memberikan peluang kepada mereka
untuk mengeluarkan pendapat mereka.
RUANG PARTISIPASI
Dalam konteks dunia hari ini teknologi maklumat konvensional seperti
akhbar, teievisyen dan radio telah menjadi agen utama kepada perhubungan
dan penyebaran berita masayarakat. Namun dengan perkembangan arus
globalisasi dan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) sekitar tahun 1960-an,
jaringan internet mula menjadi media alternatif menggantikan yang arus
perdana seperti teievisyen dan radio. Internet atau lebih spesifik dikenali sebagai
World Wide Web (www) yang ditawarkan melalui komputer telah membawa
implikasi yang besar dalam perkembangan dunia komunikasi malah diklasifikasi
sebagai media baru yang pantas berkembang.
Sifat interaktif yang wujud dalam media baru ini memberi kesempatan ke
arah menyumbang maklumat ke rangkaian global. McLuhan dan Powers (1989)
dalam The Global Village meramalkan bahawa teknologi bakal merubah senario
persekitaran dunia pada masa hadapan (dipetik dari Mohd Safar Hasim 2005).
Perubahan ini berlaku akibat daripada beberapa faktor. Antaranya ialah peranan
teknologi komunikasi sebagai satu medium pemerluasan ruang masyarakat sivil
bagi golongan kelas menengah menggunakan media sebagai satu wahana untuk
menyuarakan pandangan mereka. Proses yang berlaku antara masyarakat
sebagai pengguna media dan teknologi sebagai medium dapat dimanifestasikan
kepada satu hubungan simbiosis, yang tidak boleh tidak dalam sesuatu
perhubungan apatah lagi dalam dunia serba terjalin dan terangkai rapi ini.
Kewujudan ruang chat, forum dan blog dalam masa yang sama telah
mengurangkan komunikasi interpersonal di kalangan khalayak seterusnya
mewujudkan masyarakat maya atau alam siber yang lebih terbuka dan
berpengetahuan. Malah, masa dan ruang serta batas sempadan sesebuah
Negara turut menjadi tidak relevan sejajar dengan pemerluasan TMK. Menerusi
aspek teknologi, medium ini dapat memperkasa ruang patisipasi, memanjangkan
interaksi melampaui sempadan negara dalam sekelip mata, meningkat
kebebasan, malah boleh bertindak sebagai platform menyekat hegemoni yang
selama ini dipraktikkan oleh penguasa atau elit pemerintah menerusi media
aliran perdana seperti teievisyen, radio dan surat khabar.
KOMUNITI MEDIA
Sementara itu pembentukan khalayak aktif yang menggunakan teknologi
komunikasi dapat
membentuk satu konsep yang diistilahkan sebagai komuniti media seperti yang
dibincangkan olehNigg dan Wade (1980) (dipetik dari Atton 2002), komuniti
media menjurus kepada:
A conviction that the means of communication and expression should be placed
in the hands of those people who clearly need to exercise greater control over
their immediate environment... Once this happens, a process of internal dialogue
in the community can take place, providing opportunities for developing
alternative strategies.
Meskipun media perdana telah lama wujud namun pembentukan komuniti
media kini lebih banyak merujuk kepada perkembangan media baru yang
dikenali sebagai media alternatif. Menurut Noam Chomsky (1994) (dipetik daru
Atton 2002), media alternatif merupakan media yang dikawal oleh rakyat melalui
proses kawal dan imbang (check and balance) ke atas media aliran perdana yang
dikuasai oleh pemerintah dan penguasa korporat. Malah, kebangkitan media ini
seperti penggunaan laman web dan blog sebagai medium sosialisasi di kalangan
khalayak dapat membentuk revolusi media seterusnya mewujudkan gerakan
sosial (social movement).
Gerakan sosial secara amnya seringkali dibangkitkan oleh kelompok
masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat sivil (civil society). Masyarakat
sivil merupakan sebuah masyarakat yang wujud ruang bagi menyuarakan
pandangan dan pendapat mereka menerusi badan bukan kerajaan,
nongovernmental organization (NGO) dan kumpulan pendesak (pressure group).
Melalui ruang ini NGO, individu, media dan pelbagai gerakan lain dapat
berpatisipasi dalam proses pembuatan dasar dan keputusan oleh kerajaan
Namun, dalam konteks alam siber, gerakan sosial wujud menerusi satu
komuniti khalayak yang dikenali sebagai citizen journalism. Menurut Seneviratne
(2008), citizen journalism merupakan khalayak yang memainkan peranan aktif
dalam proses mengambil, menganalisis dan menginterpretasi maklumat atau
berita yang diterima menerusi media baru. Seterusnya, aktor ini wujud bertindak
sebagai watchdog kepada pemerintah dan media aliran perdana agar maklumat
yang disampaikan relevan kepada pembangunan masyarakat. Suatu perkara
yang cuba disembunyikan oleh pemerintah akan didedahkan oleh media
alternatif. Berita palsu atau tidak tepat yang disuarakan oleh media perdana
diserang balas atau diperbetul oleh media alternatif. Dengan kehadiran tindakan
counter hegemony ini telah membuatkan penguasa atau state kehilangan
cengkaman kepada gerakan sivil.
PERKEMBANGAN TMK DI MALAYSIA
Dalam konteks Malaysia, penggunaan TMK dalam industri media telah
bermula sejak awal 1980-an. Namun, pada ketika itu pengaplikasian TMK lebih
tertumpu kepada syarikat akhbar yang menerapkan aspek pengkomputeran
dalam kegiatan menulis dan menyunting berita. Sejajar dengan perkembangan
TMK di Malaysia, munculnya media baru yang kini menjadi penghubung
masyarakat Malaysia merentasi dunia global. Media baru ini merupakan media
interaktif atau multimedia yang tidak menghadapi sebarang sekatan ke atas
transmisi yang melangkaui jarak dan waktu. Media baru ini juga mengandaikan
pengguna bergerak aktif dalam komunikasi berbanding media lama seperti radio
dan televisyen. Internet dianggap sebagai media baru atau sistem media baru
yang menyeluruh. Contoh media baru yang lain adalah seperti penyiaran audio
dan video digital serta kandungan CDROM (Noor Bathi Badarudin 2002). Data
statistik terkini yang diperoleh daripada Unit Perancang Ekonomi mendapati
pada suku pertama tahun 2008, jumlah langganan internet "Dial-up' di Malaysia
memasuki angka 4 juta pengguna. Pola penggunaan internet serta peningkatan
secara konsisten di Malaysia memberi andaian bahawa internet telah menjadi
keperluan pada masa kini dan menjadi wadah baru bukan sahaja kepada
golongan remaja, tetapi merangkumi pelbagai generasi tanpa mengira batasan
usia. Isu-isu yang diutarakan melalui forum dan blog adalah berlandaskan
fenomena isu semasa sama ada bersifat global mahupun tempatan. Seterusnya,
partisipasi melalui medium terbabit dapat impak yang signifikan ke atas pola
sososial-politik dan persepsi masyarakat terhadap sesuatu isu.
Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang sedang berkembang
pesat masih dianggap baru dalam pengaplikasian blog sebagai wadah untuk
menyuarakan pandangan serta perkongsian idea. Wujud beberapa faktor yang
menggalakkan perkembangan blog sebagai media alternatif di Malaysia. Faktor
utama yang mendorong perluasan media alternatif ini adalah akibat sekatan
yang diberikan ke atas media aliran perdana. Pemilikan media aliran perdana
yang didominasi oleh elitelit politik yang berkepentingan membawa kepada
kawalan ke atas maklumat yang disampaikan. Dalam konteks Malaysia, UMNO
merupakan parti politik yang bernaung di bawah kerajaan persekutuan turut
melabur ke atas Fleet Holdings dan Renong Bhd yang membawa kepada
pemilikan bersama aklibar Utusan Melayu dan New Straits Times Press (NSTP)
(Hiller 2001). Apa dapat kita lihat dalam rajah di bawah, itu adalah beberapa
media yang bernaung di bawah penguasaan pihak kerajaan yang mana semua
tindak tanduk akan ditentukan oleh pihak kerajaan.
Media Prima*
• New Straits Times, Malay Mail
• Berita Harian, Harian Metro
• TV3, Ntv7, 8TV, Channel 9
• WaFM
* Believed to be linked to UMNO
UMNO
• Utusan Melayu, Kosmo!
MCA
• The Star
• Nanyang Siang Pau, China Press
• 988, RedFM104.9
MIC*
• Tamil Nesan, Malaysia Nanban
* Linked to MIC leaders
Government-owned
• TV1.TV2
• TraXX.fm, Klasik.FM, Muzik FM, Asyij FM, Nasional FM, KL FM, Ai FM, Minnal FM
Pemilikan Media di Malaysia sehingga Oktober 2005 (Tan & Zawawi Ibrahim
2008)Tulisan Zaharom Nairn 2002 mengenai pengawalan pemerintah keatas
media ini amat jelas menunjukkan betapa penguasaannya begitu kuat. Hampir
kesemua media perdana dikuasai oleh UMNO atau MCA ataupun MIC,
terutamanya di tanah semenanjung. Zaharom memberi ulasan lanjut akan kadar
perkongsian syer atau modal penerbitan ini menjelaskan lagi betapa pihak
penguasa amat mencengkam bidang ini. Kawalan ke atas media melalui
pemilikan sama ada secara langsung atau tidak langsung oleh pemerintah dan
kewujudan pengampang (gatekeeper) yang mengawasi arah aliran pengeluaran
berita merupakan faktor dorongan kepada perkembangan blog dan internet
sebagai media baru di Malaysia. Selain itu kewujudan beberapa akta yang
menyekat kebebasan media tradisional seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan
1984 serta Akta Penyiaran 1988 turut menyekat pemerluasan alam maya ini.
MEDIA LAMA VS MEDIA ALTERNATIF
Persekitaran media tradisional di Malaysia secara tidak langsung dapat
dihubung kait dengan Model Komunikasi Massa yang diperkenalkan oleh Wilbur
Scramm (dipetik Dominick, 2002) (Lihat Rajah 1.3 berikut). Rajah 1.3: Model
Komunikasi Massa
Berdasarkan model di atas, penelitian dapat dijalankan ke atas proses
penerimaan maklumat
dari persekitaran kepada khalayak dalam konteks di Malaysia. Arah aliran
maklumat lebih bersifat sehala apabila maklumat terpaksa melalui dua peringkat
iaitu organisasi media dan medium komunikasi sebelum diterima oleh khalayak.
Proses mentafsir dan menginterpretasi maklumat wujud di peringkat organisasi
media seterusnya mewujudkan tapisan ke atas maklumat yang ingin
disampaikan. Kewujudan gatekeeper menyekat kebebasan bermaklumat
seterusnya mendorong khalayak mencari alternatif bam yang lebih telus dan
efisyen sebagai medium berkomunikasi. Tambahan dengan harga yang
berpatutan ia boleh menyebarluaskan lagi penggunaannya. Khalayak yang tidak
mendapatkan khidmat on-line sama ada di rumah atau pejabat akan kerap
menggunakan khidmat kafer siber atau cc untuk menyelam di alam maya ini.
Berbanding media tradisional, media altematif baru seperti laman web, email dan blog telah mewujudkan corak penerimaan maklumat yang lebih bebas
dan demokratik. Berdasarkan Model Komunikasi Massa melalui Internet
(Dominick 2002) (Lihat Rajah 1.4), arah aliran maklumat bersifat dua hala di
mana individu dan organisasi masing-masing berinteraksi menggunakan internet
sebagai medium komunikasi untuk mendapatkan maklumat tanpa sebarang
kawalan daripada organisasi media mahupun kerajaan. Malah, proses yang
berlaku antara individu, organisasi dan media elektronik dapat diklasifikasikan
sebagai hubungan simbiotik di mana pelbagai aktor memperoleh manfaat
menerusi penerimaan mesej dan perluasan idea yang disampaikan seterusnya
mewujudkan kebebasan bersuara di kalangan khalayak. Rajah 1.4: Model
Komunikasi Massa menerusi Internet Kebebasan bersuara dan penyampaian
maklumat secara bebas melalui blog telah membawa dimensi bam kepada
khalayak. Bagi kebanyakan generasi muda, blog digunakan sebagai wadah untuk
berkongsi minat dan mendapat
kenalan baru merentasi sempadan negara. Forum-forum bersifat remaja
seperti Friendster, Facebook dan Myspace yang turut mengandungi blog telah
digunakan secara meluas oleh golongan remaja di Malaysia. Perintis kepada
perkembangan blog sosio-politik di Malaysia ialah Jeff Ooi menerusi blog
Screenshots. Blog beliau dihasilkan pada 2 Januari 2003 dan merupakan blog
politik Malaysia yang pertama memenangi Freedom Blog Award (kategori Asia)
pada Jun 2005. Meskipun masih dianggap sebagai medium baru dalam konteks
persekitaran Malaysia peningkatan blog di Malaysia adalah amat pesat. Blog
sosio-politik mula mendapat tempat dan menjadi medium popular untuk diakses
menerusi perang siber semasa kempen Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 pada 8
Mac 2008. Berkempen menerusi alam siber khususnya laman web, blog politik,
khidmat pesanan ringkas (SMS), emel dan persidangan video menjadi kaedah
baru yang menghangatkan suasana berkempen sama ada membabitkan parti
atau calon yang bertanding bagi tempoh 13 hari sehingga hari pilihan raya
berlangsung.Hasil penyelidikan pensyarah Universiti Malaya Dr. Abu Hassan
Hasbullah mendapati bahawa terdapat 500,000 blogger yang aktif di Malaysia.
Malah, beliau turut mendapati bahawa 70% daripada keputusan PRU-12 yang
lalu dipengaruhi oleh maklumat kempen yang diperoleh menerusi blog (The Star
3 April 2008). Antara blog yang aktif memperkatakan isu sosio-politik adalah
seperti blog Malaysia Today, Screenshots, Sang Kelembai, Kuda kepang dan
Rooky's Bru.
Fenomena yang wujud ini memberi petanda bahawa blog sebagai media
alternatif baru sudah mendapat tempat di kalangan masyarakat di Malaysia.
Dalam masa yang sama juga, evolusi media alternatif yang wujud merupakan
factor kemerosotan media tradisional seperti akhbar dan televisyen sebagai
medium pengakses maklumat. Survival media tradisional sudah mula tercabar,
namum ia masih boleh survive dengan pendapatan pengiklanannya. Kebanyakan
pembaca mendapatkan akhbar adalah untuk mendapatkan berita konvensional
seperti apa yang berlaku semalam, tragedi atau peristiwa penting yang
menempa sejarah dan sebagainya yang bersifat event atau peristiwa. Mereka
tidak berminat dengan propaganda dan kempen politik yang sudah berulang kali
disiar. Pembaca kini bijak menilai yang mana isi dan yang mana sampan.
PENGAPLIKASIAN TEORI: TEORI MEDIA RADIKAL
Kajian ini dirangka bersandarkan satu teori yang khusus membincangkan
media alternatif sebagai media radikal. Teori ini dikenali sebagai teori media
radikal dan diutarakan oleh John Downing (1984, 2001). Atton (2002) di dalam
bukunya Alternative Media mengklasifikasikan media radikal sebagai satu bentuk
perubahan sosial dalam kalangan masyarakat atau lebih dikenali sebagai proses
revolutionary. Media radikal pada umumnya tidak berlandaskan kepada aspek
politik dan penentangan ke atas media semata-mata, tetapi dalam masa yang
sama mewujudkan satu bentuk budaya baru yang dikenali sebagai budaya
hybrid iaitu percantuman proses komunikasi dan hubungan melalui medium
elektronik. Pelopor teori media radikal ini, John Downing merupakan seorang
sarjana komunikasi di Jabatan Komunikasi Antarabangsa, Southern Illinois
University . Prinsip Downing berteraskan sosialis radikal yang kuat membantah
dan mempersoalkan ketelusan institusi negara ke atas pengawalan media.
Malah, menurutnya media aliran perdana yang sedia ada sukar untuk dicontohi
bagi menjalankan peranannya sebagai media yang demokrasi. Fenomena ini
disebabkan oleh faktor hierarki, limitasi dan autoriti media massa itu sendiri
yang dikawal oleh pemilik media (stakeholder). Justeru itu. melalui teori media
radikal ini, Downing (1984) mengemukakan andaian
berikut:
1. Media radikal membuka peluang dan ruang untuk pelbagai pihak tanpa
mengira ideologi,
berpartisipasi justeru dapat mengembangkan pelbagai realiti baru dalam
kehidupan sosial ini.
2. Media radikal tidak seharusnya menjadi alat kepada parti dan golongan bijak
pandai untuk kepentingan peribadi mereka.
3. Media radikal seharusnya kreatif dalam mewujudkan impak yang signifikan ke
atas aspek
sosial menerusi institusi; dan Media altematif merupakan satu alat baru yang
sangat convenient atau mudah diperoleh dan digunakan oleh orang ramai. la
menjadi senjata kepada komuniti media, apa lagi yang aktif seperti aktivis sosial,
ekonomi dan politik.
4. Kemunculan organisasi yang melibatkan media radikal lebih menekankan
aspek politik
berbanding social.
PREMIS TEORI MEDIA RADIKAL
Teori ini meneliti bagaimana media altematif radikal berperanan sebagai
wahana gerakan social yang wujud menerusi peranan masyarakat sebagai ejen
sosialisasi (Downing 2001). Hal ini membawa maksud individu atau sekumpulan
masyarakat dapat dikonotasikan sebagai 'laman web peribadi'nmenerusi
peranan mereka sebagai aktor penting dalam mentafsir dan menginterpretasi
maklumatnmengikut corak pemikiran mereka. Setelah menyedari peranan media
altematif sebagai wahana sosialisasi, aspek teori ini diperluaskan lagi sejajar
dengan perkembangan teknologi maklumat. Pada peringkat awal, teori media
radikal hanya terhad meneliti aspek media dalam mewujudkan satu gerakan
sosial. Namun, pelopor teori ini mula menyedari wujudnya satu aspek penting
iaitu menerusi konsep counter-hegemony dalam melihat peranan dan
persekitaran khalayak. Konsep counter-hegemony berasal daripada konsep
hegemoni yang diperkenalkan oleh Antonio Gramsci pada era 1920-an. Konsep
ini menekankan bagaimana faktor kepimpinan dan dominasi budaya yang
dilakukan oleh pihak pemerintah berjaya mempengaruhi tingkah laku dan
persepsi khalayak berkaitan sesuatu isu (Downing 2001). Konsep counterhegemony merupakan satu sekatan yang dilakukan ke atas perluasan hegemoni
oleh para pemimpin dan golongan elit yang senantiasa mengawal tindak-tanduk
masyarakat.
Namun, dengan kewujudan media altematif yang bersifat radikal, sekurangkurangnya dapat membatasi autoriti yang dimiliki oleh golongan pemerintah
seterusnya mewujudkan revolusi kebangkitan khalayak menerusi aspek
kebebasan bersuara dan pengaplikasian media secara telus dan demokrasi
tanpa kawalan. Konsep counter-hegemony mempunyai hubungan simbiotik
dengan andaian asas gerakan sosial yang telah diperkenalkan oleh Downing di
dalam teori media radikal. Perkaitan ini timbul apabila proses sekatan ke atas
hegemoni yang dilakukan oleh masyarakat massa melalui peranan media
altematif dapat mewujudkan impak ke atas kebebasan media seterusnya
mewujudkan gerakan sosial. Walaupun pengaplikasian media radikal ini
mengundang pelbagai implikasi positif, namun terdapat juga kritikan ke atas
internet sebagai medium sosialisasi dan kebangkitan gerakan sosial.
Peranan internet sebagai medium perluasan pendapat umum {public interest)
turut mengundang persoalan sejauhmana kandungan yang disebarkan melalui
medium ini dapat dipercayai. Laman web kadang kala bersifat subjektif dan tidak
tetap dalam penyampaian sesuatu maklumat sehingga menimbulkan bias.
Namun, menurut Herman & Chomsky (1988 dim Ford dan Gil, 2001), khalayak
tidak mengambil kira faktor negatif yang wujud ini asalkan mereka dapat
berpartisipasi dalam proses pengliasilan dan perluasan idea melalui peranan
internet. Fenomena ini akhirnya menjawab segala persoalan bahawa internet
sebagai media alternatif layak dikategorikan sebagai media radikal sejajar
dengan agendanya mengubah persekitaran khalayak daripada pasif kepada
aktif. Sebenarnya persoalan yang sama boleh dilontarkan kepada media
perdana. Sejauh mana maklumat yang disebarkan oleh itu tepat dan boleh
dipercayai. Kedudukannya perdananya itu serta
sejarahnya yang lebih lama telah memberikan satu imej seolah-olah ia
berautoriti tetapi penelitian yang mendalam akan mendapati ia juga tidak
terkecuali dari diragui. Kerana keraguan yang semakin meningkat inilah maka
pembaca yang mahu mencari kebenaran mencari sumber alternatif.
MEDIA ALTERNATIF: APLIKASI PRU-12
Politik Malaysia sering kali dikaitkan dengan konsep feudalisme, hegemoni,
limited democracy, semi-democracy atau soft autoritarian. Agensi State atau
pemerintah seringkali memiliki kuasa yang tinggi untuk mencengkam kebebasan
dan penentangan seterusnya dapat mengekalkan status quo. Sehingga kini,
Barisan nasional tidak pernah berganti dalam pemerintahan pusat semenjak
Malaysia merdeka pada tahun 1957. Umumnya, State menguasai agensi penting
pemerintahan seperti polis, SPR, tentera, badan kehakiman, Jabatan Penerangan
dan Kementerian Dalam Negeri. Malah, State yang berperanan menentukan
peraturan permainan dan boleh mempengaruhi pihak mana yang
menang. Usaha dalam manufacturing consent (Chomsky) dibuat tanpa henti,
walaupun bukan musim pilihan raya. State dan media perdana mengkonstruksi
pemikiran public bahawa inilah kerajaan yang terbaik, yang penyayang. Parti lain
diperlihatkan sebagai perosak, pengkhianat dan sebagainya. Lihat umpama
segala majlis penyerahan bantuan dan pemberian pemerintah, ia diperbesarkan
walaupun dana yang diguna ialah dana awam.
Segala jentera media dieksploitasi untuk perkukuh hegemoni bagi
memperlihatkan merekalah dermawan, pemurah, suka membantu, dekat dengan
rakyat, pejuang bangsa, pembela agama, pendokong hak orang ramai dan
sebagainya. Justeru itu, kajian ini cuba menunjukkan bagaimana kuasa state
dicabar oleh ruang partisipasi masyarakat sivil melalui peranan media alternatif
seperti laman web, blog dan sistem pesanan ringkas (SMS) sebagai
media baru. Kajian menunjukkan sudah ada perubahan dalam tren pengundian.
Pilihan raya Umum (PRU) 2008 juga telah berjaya menampakkan hegemoni BN
mula tercabar dengan peningkatan pencapaian pembangkang .Hegemoni
pemimpin kerajaan mula tercabar apabila golongan ini tidak lagi dapat
mengawal tindak tanduk masyarakat melalui media aliran perdana. CounterHegemony yang wujud meneras iperluasan media altematif seperti laman web
dan blog mendorong kebebasan berkomunikasi danmeluahkan pandangan di
kalangan masyarakat dan parti pembangkang seterusnya menjadi factor utama
kegagalan BN memperoleh 2/3 majoriti kerusi parlimen. Media perdana
sepanjang 50 tahun dahulu berjaya menarik perhatian orang ramai. Mereka
boleh digula-gulakan. Kini sudah 50 tahun merdeka. Pemikiran publik sudah
berubah. Masyarakat sudah bijak menilai dan menimbang yang baik atau yang
buruk, yang betul atau yang serong dan yang asli atau yang palsu. Isu-isu politik
baru yang merangkumi isu-isu universal, hak asasi, anti korupsi, kebebasan,
persamaan, masyarakat sivil, transparensi/ketelusan, akauntabiliti, alam sekitar,
good governance, gender empowerment, bersifat sejagat kelihatan semakin
mendapat tempat manakala isu-isu lama yang meliputi isu Etnik, kaum, Bahasa
Rasmi, Bahasa Kebangsaan, Agama rasmi, adat budaya, budaya nasional, isu
kedaerahan, keturunan, kewarganegaraan, isu negeri dan identiti semakin
kurang pengaruhnya. Malah, dalam masa yang sama juga, sokongan terhadap
BN kelihatan tidak seperti yang diperolehi dalam pilihan raya 2004 iaitu
memperoleh lebih 2/3 kerusi. Malah, wujud kenaikan secara drastik parti
pembangkang apabila memperoleh 82 daripada 140 kerusi parlimen dan 196
daripada 307 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Wujud beberapa faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku. Faktor
kepimpinan, keangkuhan pemimpin BN, peningkatan korupsi, ekonomi dan politik
boleh dilihat sebagai factor penyebab kebangkitan drastik parti pembangkang.
Namun, dapat dikatakan bahawa peranan media altematif yang menjadi medium
perantaraan ahli politik dan rakyat selain menjadi wahana kebebasan
berkomunikasi yang meluas merupakan faktor terpenting yang membawa
kepada kebangkitan pakatan pembangkang ketika PRU-12 lalu. Blog, akhbar online seperti Malaysiakini, emel dan Iain-lain telah memainkan peranan yang
penting dalam mendedahkan kelemahan BN, kepincangan pemerintahannya
sekali gus membentuk pemikiran baru dan sikap politik baru dalam masyarakat.
Massa kini sudah mempunyai sumber rujukan dan sumber untuk double check ke
atas sesuatu perkara. Ruang partisipasi masyarakat sivil Malaysia dengan itu
semakin lebar saiznya.
RUMUSAN
Perkembangan media altematif seperti blog dan laman web mempunyai kesan
yang signifikan ke atas pola persekitaran politik di Malaysia khususnya selepas
pilihan raya 2008 berlangsung. Lima negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak,
Selangor dan Kelantan tumpas kepada Kerajaan Negeri Barisan Altematif.
Wilayah Persekutuan juga didominasi oleh Pakatan Rakyat. Malah, dalam masa
yang sama, pemimpin utama BN turut tewas ke tangan pembangkang seperti
Samy Vellu, Zainudin Maidin, Khir Toyo, Koh Tsu Koon, Sharizat dan M. Kyveas.
Fenomena ini berlaku kerana media altematif sukar dicengkam oleh agensi state
atau pemerintah. Media ini berjaya mendedahkan segala maklumat yang cuba
disembunyikan oleh pihak berkuasa menerusi media aliran perdana. Antara isu
hangat yang didedahkan menerasi media altematif setemsnya mendapat
perhatian khalayak adalah seperti isu penyelewengan, penderaan, kompsi,
skandal dan salah laku pemimpin. Justeru itu, rakyat dengan itu mendapat
maklumat yang lebih seimbang sekaligus membentuk pandangan mereka
sebelum mengundi dalam pilihan raya. Adalah dijangkakan ruang partisipasi
masyarakat si vil Malaysia akan menjadi lebih luas dengan kehadiran media
alternatif ini pada masa hadapan. Seperti yang pernah dinyatakan oleh
Huntington (1993) dan Lipset (1959) media memang menjadi pendorong utama
kepada perubahan masyarakat. Perubahan pedemokrasian dunia di dalam The
Third Wave: Democratization in the Late Twentieth Century, Huntington ada
menyatakan perubahan kepada banyak negara membangun kepada lebih
demokratik adalah kerana peranan yang dimainkan oleh media ini. Kurangnya
media pada zaman dahulu menyebabkan individu lebih bergantung kepada
pemimpin dan ini menyebabkan wujudnya pemerintahan autoritarian dan
penyalahgunaan kuasa. Kini orang ramai bukan sahaja bergantung kepada
media tetapi sudah tidak dapat memisahkan kehidupan hariannya dengan media
terutamanya akhbar, radio dan televisyen. Lain hulu, lain parang, lain dahulu lain
sekarang. Zaman dahulu Utusan yang gah, zaman sekarang banyak sudah
berubah.
RUJUKAN
Atton, C. (2002). Alternative media. London: Sage
Dominick, J. R. (2002). The dynamics of mass communication media in the digital
age. New York: McGrawHill
Downing, J. (2001). Radical media: Rebellious communication and social
movements. London:Sage
Ford, T.V. & Gil, G. (2001). Radical internet use. dim. Downing, J (pnyt.). Radical
media:Rebellious
communication and social movements, him. 201-234. London: Sage
Huntington. S.P. (1993). The third wave: Democratisation in the late twentieth
century. Princeton University
Press: New York
Lipset, S.M. (1959). Some social requisites of democracy. American Political
Science Review.53(1): 69 135
Mohd Safar Hasim, (2005). Akhbar di Malaysia antara kebebasan dengan
tanggungjawab. Ed. A'e-2.Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Noor Bathi Badarudin, (2002). Dunia media moden. Kuala Lumpur: PTS
Publications
Seneviratne,K. (2008). Citizen journalism-redefining journalism or cheap
contents. Gateway, June.
Tan, J.E. & Zawawi Ibrahim, (2008). Blogging and democratization in Malaysia a
new civil society in the
making. Petaling Jaya: SIRD
Zaharom Nain, (2002) The structure of the media industry: Implications for
democracy, in F. Loh & B .T Khoo
(eds) Democracy in Malaysia: Discourses and practices, Richmond: Curzon
The Star. (2008). 3 April
www.epu.gov.my
(atas talian) http://www.lse.ac.uk/collections/CCS/what_is_civiLsociety.htm
(150gos 2008)
(atas talian) http://news.bbc.co.Uk/2/hi/technology/4099802.stm (13 Ogos 2008)
260
MEDIA ALTERNATIF SEBAGAI AGEN PERLUASAN
RUANG BERSUARA KAJIAN KES
PILIHAN RAYA UMUM DI MALAYSIA
PEMIKIRAN POLITIK SEMASA
UK01002
SESI 2013/2014 SEMESTER 1
DR. ANANTHA RAHMAN GOVINDASAMY
MOHAMMAD RASHID RIDHA BIN HUSIN
BP13110179
TUAN MUHAMAD ZAFFIQ MUQHRISH BIN TUAN ADDULLAH
BA13110510
KARTHIGEYAN A/L AL. RAMANATHAN
BS13110224