LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI ON JOB TR

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
(ON JOB TRAINING)

NAMA
K/P
ADRESS

SESI 2016/2017

DIPLOMA TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada Syarikat
PRO-LANDSCAPE STRUCTURE Sdn Bhd diatas kesudian pihak syarikat
membenarkan saya menjalani latihan industri (OJT) disana. Tidak lupa juga kepada
Penyelia Organisasi latihan iaitu En Suhaimi bin Saad diatas kesudian memberi tunjuk
ajar sepanjang saya menjalani latihan disana.

Selain itu, terima kasih tidak terhingga ditujukan kepada Pensyarah Penyelia

OJT saya yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dalam
menghasilkan laporan akhir OJT. Terima kasih kepada sahabat sahabat yang banyak
membantu dalam menyiapkan laporan ini.

iv

KANDUNGAN

BAB

1

2

PERKARA

HALAMAN

PENGAKUAN PENULIS


i

PENGAKUAN PENYELIA

ii

PENGHARGAAN

iii

KANDUNGAN

iv & v

SENARAI RAJAH

vi

SENARAI JADUAL


vii

SENARAI LAMPIRAN

viii

PENGENALAN
1.1

Pendahuluan

1

1.2

Objektif OJT

2-3

1.3


Kepentingan OJT

4

1.4

Objektif Laporan OJT

5

1.5

Kepentingan Laporan OJT

7

1.6

Skop Kerja OJT


8

LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN
2.1 Perkembangan dan Pengurusan Organisasi
2.2 Aktiviti Organisasi
2.3 Bahagian yang terdapat di Organisasi
v

3

RINGKASAN MINGGUAN
3.1

4

Ringkasan aktiviti OJT (Pengenalan)

11


LAPORAN TEKNIKAL

4.1

Tugas –tugas dipertanggungjawab semasa
Latihan OJT

18

4.2

Proses / Sop atau peralatan yang digunakan

19

4.3

Gambarajah / Pengiraan / Salinan Dokumen
yang digunakan


5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1

Cadangan bagi tujuan proses penambahbaikan
pada masa akan datang.

6.

KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

1.1

SENARAI RAJAH

vi


SENARAI RAJAH

NO

TAJUK

HALAMAN

1.4.1

Carta Alir Projek

6

1.5.1

Skop Projek Perlaksanaan

8


vii

SENARAI JADUAL

NO

TAJUK

2.4

Jadual Waktu Kerja

3.2.1

Ringkasan Aktiviti Kerja Minggu 1 – 3

3.2.2

Ringkasan Aktiviti Kerja Minggu 4 – 6


3.2.3

Ringkasan Aktiviti Kerja Minggu 7 – 9

3.2.4

Ringkasan Aktiviti Kerja Minggu 10 – 12

3.2.5

Ringkasan Aktiviti Kerja Minggu 13 – 15

3.2.6

Ringkasan Aktiviti Kerja Minggu 16 – 18

HALAMAN

viii


SENARAI LAMPIRAN

NO.

TAJUK

A

Surat Permohonan Latihan Industri

B

Resume

C

Borang Jawapan Dari Industri

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan
Latihan Industri merupakan salah satu syarat wajib yang perlu dilalui oleh
setiap pelajar di Kolej Vokasional seluruh Malaysia sebelum diperakukan
untuk penganugerahan Diploma. Tempoh latihan industry atau On Job
Training (OJT) adalah selama 18 minggu iaitu dari 5 Disember 2016
hingga 7 April 2017. Sepanjang tempoh tersebut pelajar dapat menimba
ilmu pengetahuan dan pengalaman serta kemahiran daripada pelbagai
bentuk kerja yang dilakukan. Pelajar dapat mengaplikasikan segala teori
yang telah dipelajari kepada bentuk praktikal.

1.2

Objektif OJT
Tujuan pelaksanaan latihan industri (OJT) adalah untuk :a) Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang
berkaitan dengan tempat kerja.
b) Pelajar boleh berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai
peringkat.
c) Pelajar berupaya mengamalkan kerja berpasukan.

1.3

Kepentingan Latihan Industri (OJT)

Latihan Industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi peluang
kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang
dilalui semasa sesi didalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif,
contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada
yang terdapat didalam diri seseorang pelajar itu sendiri di samping mendapat
kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja yang dilalui.
Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan seseorang
pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.

Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal
apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal merealisasikan segala
cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian masalah yang dihadapi
sewaktu menjalani latihan industri akan dijadikan suatu pengalaman untuk
mematangkan diri sendiri. Secara tidak langsung, ia dapat memberi kesedaran kepada
pelajar bahawa situasi di alam pekerjaan sebenarnya adalah tidak semudah yang
dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika pembelajaran.

Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar
untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak dinafikan
kerana secara umum sesebuah firma amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu
pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman bekerja yang ada.Justeru itu, tidak
mustahil syarikat tersebut menawarkan tempat untuk bekas pelatih setelah tamat
pengajian kelak.

Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah sangat
besar.Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa

tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang. Selain
daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan
menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi
ketahap yang lebih tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja
yang berdedikasi dan cemerlang kelak.

1.1.1 Peraturan semasa Latihan Industri
Semasa menjalani latihan para pelajar perlu mengikuti peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak politeknik dan firma latihan. Peraturan-peraturan ini mesti
dipatuhi selama tempoh latihan. Walaupun pelajar tidak berada dikawasan pusat
pengajian tetapi peraturan ini perlu untuk menjaga nama baik Kolej Vokasional. Semua
peraturan ini dapat membentuk pelajar tersebut untuk menjadi lebih berdisiplin dan
berdedikasi. Antara peraturan yang telah ditetapkan adalah:

Pelajar perlu menepati tarikh permulaan dan tamat tempoh latihan.



Menjaga penampilan diri supaya kemas dan bersih.



Menjaga disiplin diri agar tidak memberi sebarang masalah kepada pihak
syarikat dan politeknik.



Mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.



Tidak boleh membocorkan maklumat sulit syarikat sewaktu menjalani latihan
industri.
Tidak boleh terlibat dengan mana-mana kes polis dan yang berkaitan dengan


politik.


Membawa buku laporan harian setiap hari dan perlu disemak oleh penyelia
tempat latihan industri.

1.4

Objektif Laporan OJT

Antara objektif yang dapat ditakrifkan dan diketahui dalam melakukan laporan OJT ini
adalah seperti berikut:


Mencatatkan segala aktiviti semasa menalani OJT.



Menjadi bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani OJT mengikut jangka
waktu yang telah ditetapkan.



Menjadi bahan rujukan pada masa hadapan.



Membuktikan bahawa pelajar itu memahami dan menghayati sesuatu kerja yang
dibuat semasa OJT.



Sebagai rujukan selepas menjalani OJT di firma terbabit selepas tamat menjalani
pengajian di Kolej Vokasional

1.5

Kepentingan Laporan OJT

Tujuan dari penulisan Laporan OJT tersebut ialah :a) Secara spesifikasi bertujuan memberi pelajar untuk mencapai dalam
perlaksanaan OJT
b) Merupakan landasan untuk pemikiran secara garis panduan mengenai latar
belakang atau ulasan mengenai pemilihan syarikat
c) Meninjau segala rujukan/bahan yang diisi berdasarkan teori-teori dan konsepkonsep yang berhubungan dengan Laporan OJT.
d) Untuk memperluaskan pengetahuan pelajar mengenai dunia industri.

1.6

N
O
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Skop Kerja OJT

TUGAS/LATIHAN
Menghidup dan membersihkan mesin
“Warmup spindle”
Membuat “fillet” pada bahan kerja
Mengubah drawing
Memotong bahan kerja menggunakan “CNC Router Machine”
Memasang set taman permainan
Menebuk lubang pada tiang/tempat duduk
Membuat lukisan berdasarkan dimensi

RAJAH 1.5.1
Skop kerja yang dilaksanakan sepanjang tempoh 4 bulan di latihan industri

BAB 2
LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1 Perkembangan dan Pengurusan Organisasi

Syarikat ini dimiliki oleh orang Malaysia,menghasilkan peralatan taman permainan dan
menyediakan kontraktor untuk kerja-kerja landskap.
Bisnes utama kami ialah untuk menjadi pakar yang dipercayai dalam memperuntukkan
peralatan taman permainan dan berkelas dalam kerja-kerja landskap.Ia adalah
keutamaan kami untuk terus berusaha untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan
kami untuk menjadi kualiti yang maksimum,selamat dan boleh dipercayai,dan mampu
menetapkan standard tertinggi bagi permintaan setiap pelanggan.

Nama Syarikat: Pro Landscape Structure Sdn Bhd
Alamat: No. 53,Jalan BRP 8/2,Bukit Rahman Putra Industrial Park,47000 Sungai
Buloh,Selangor Darul Ehsan
No Telefon: 0361403018
Fax: 0361403027
Email: info@prolandscape.com.my
Website: www.prolandscape.com.my
Tarikh Ditubuhkan: 10 Julai 2000
Status Syarikat: Syarikat Persendirian
Direktor: Faris Abd Halim (M.D.) & Fadzly Abd Halim (G.M)

2.2 Aktiviti Organisasi

Tiang
Semua tiang hendaklah mempunyai ketebalan minimum dalaman 4mm dan diperbuat
daripada aluminium dan disalut dengan PEF ultraviolet serbuk polister tiang.Tiang
hendaklah diselesaikan dengan bolt terus melalui system yang direka dan dipasang
sebagai sebahagian daripada sistem tiang.

Produk logam lubang “punch”
Semua dek ( termasuk dek keluli karbon,pintu masuk tangga dan jambatan dibina
daripada keluli dengan lubang “punch” dan disalut dengan salutan serbuk polister atau
direka dari HDPE ( plastik ) 40” x 40”

Perkakasan
Semua perkakasan keluli tahan karat atau “chrome” putih lengkap dengan penutup
keselamatan untuk menghapuskan karat dan memanjangkan jangka hayat
perkakakasan

Komponen Logam
Semua komponen logam hendaklah digalvani dan disalutdengan serbuk
poliester.Komponen hendaklah dibersihkan dalam sepuluh sistem mandian yang
hendaklah termasuk mencuci zink pospat karat sebelum di cat.Kesemua komponen
hendaklah mempunyai poliester elektrostatik menggunakan kuasa salutan kering.

(Polyehtlyelen Products) Plastik Ketumpatan Tinggi
Semua komponen ini ( termasuk bumbung dan gelongsor ) hendaklah sesuai dengan
polyethylene tumpat ( plastik ) sederhana dengan uv stabil dan pigmen.Komponen
berwarna seperti gelongsor terbuka dan bumbung hendaklah minimum 6.5mm
ketebalan,gelongsor berkembar dan gelongsor terowong semua dan gelongsor
merangkak hendaklah 24” O.D x ¼ ketebalan dinding normal.

Buaian
Si Comel buaian hendaklah dibuat daripada keluli ringan 4” x 2” seksyen berongga
persegi dengan 2-1/2” permukaan OD tiang.Ia hendaklah disalut dengan PEF rantai
polyester UV serbuk “coating”,Ia hendaklah diperbuat daripada keluli tahan karat,kelulli
bersesuaian dengan beban yang tinggi

Jongkang-Jongkit
Si comel jongkang-jongkit spring hendaklah diperbuat daripada keluli rod.Kesemua
spring hendaklah 6 ½” diameter luar bersamaan ¾” ketebalan.Panjang jongkang-jongkit
ialah 78”

Item Spring
Semua item spring dating bersama dengan gegelung.Semua spring gegelung
hendaklah 6 ½” diameter luar dan 340 mm ketinggian.Spring adalah terikat kepada plat
keluli bagi memudahkan pergerakan untuk pelbagai arah.Kesemua HDPE ( plastik )
dan spring hendaklah bebas daripada bucu yang tajam.

2.3 Bahagian Yang Terdapat Di Organisasi

(M.D)
FARIS ABD HALIM

(G.M)
FADZLY ABD HALIM

(SALES &
MARKETING
MANAGER)
MAZIAH ABD
RAHMAN

(DESIGN & R&D
MANAGER)
NAFIS NORDIN

(CONTRACT &
LEGAL MANAGER)
NIZAR ABD HALIM

(PRODUCTION
MANAGER)
SUHAIMI SAAD

BAB 3
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
3.1

Pengenalan

Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktviti mingguan yang dilakukan sepanjang
menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang ditulis di dalam
buku jurnal refleksi secara ringkas akan di terangkan dalam bab yang meliputi tugas
yang diberikan oleh penyelia. Setiap aktiviti atau tugas yang dijalankan akan dicatat
dalam buku laporan harian.
Oleh itu, bahagian ini akan meringkaskan lagi aktiviti-aktiviti dan tugas yang
telah saya jalankan semasa menjalani latihan industri. Segala aktiviti yang dilakukan
akan diterangkan dari minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja yang
telah dilakukan dalam seminggu disamping akan memudahkan proses penyemakkan.
Hari bekerja dalam seminggu tidak semestinya sama setiap minggu kerana
terdapat cuti umum dan cuti yang diberikan oleh pihak syarikat seperti ketika berlaku
nya bencana alam. Dalam menjalani latihan industri, saya telah didedahkan dengan
banyak perkara yang baru. Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di Kolej
Vokasional, saya juga telah didedahkan dengan peraturan-peraturan dan etika syarikat
dan ianya perlu dipraktikkan setiap kali saya berada di syarikat di mana saya menjalani
latihan industri.
Ketika menjalani latihan industri di syarikat ini, saya telah ditempatkan di
bahagian Machinist dan teknikal yang lebih kepada kerja-kerja penggunaan mesin
CNC dan lukisan. Dalam menjalani latihan industri, saya telah diberi masa selama 9
jam 30 minit sehari termasuk waktu berehat selama 1 jam 30 minit, bermula dari jam
8.30 pagi hingga 6.00 petang setiap hari bermula dari hari isnin hingga Jumaat. Berikut
merupakan ringkasan mingguan ketika saya menjalani latihan industri selama 18
minggu.

3.2

Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

Minggu 1 (5/12/2016 – 9/12/2016)








Pengenalan daripada HR tentang peraturan
Pengenalan seksyen kerja
Cara menggunakan mesin mengikut SOP
Cara menukar mata alat
Hidup dan bersihkan mesin
Ubah lukisan menggunakan perisian Arcam
Memasang bahan kerja

Minggu 2 (12/12/2016 – 16/12/2016)





Penerimaan projek PolyClimber
Perbincangan masalah
Memilih bahan yang sesuai untuk membuat kipas
Mencari jalan penyelesaian untuk membuat penambahbaikan

Minggu 3 (19/12/2016) – (23/12/2016)







Memasang set taman permainan
Membuat fillet menggunakan mesin fileet tangan
Memotong bahan kerja
Membersihkan mata alat
Kimpal plastic
Perbincangan tentang masalah projek

Minggu 4 (26/12/2016 – 30/12/2016)






Hidup dan bersihkan mesin
Warmup spindle
Membuat fillet pada bahan kerja
Memotong lebihan bahan kerja
Mengukur frame

Minngu 5 (2/1/2017) – (6/1/2017)








Memasang set taman
Membetulkan radius pada projek PolyClimber
Hidup dan bersihkan mesin
Warmup spindle
Menebuk lubang pada projek menggunakan mesin gerudi tangan
Mengukur frame
Mengubah lukisan

Minggu 6 (9/1/2017 – 13/1/2017)






Hidup dan bersihkan mesin
Menebuk lubang pada projek menggunakan gerudi tangan
Perbincangan projek PolyClimber
Pengiraaan kos
Membetulkan lukisan

Minggu 7 (16/1/2017 – 20/1/2017)







Hidup dan bersihkan mesin
Mengubah lukisan
Memotong bahan kerja plate sheet dan wall PolyClimmber
Memasang bahan kerja PolyClimber pada bingkai
Mengimpal plastic
Melakukan penyelenggaraan

Minggu 8 (23/1/20`7 – 27/1/2017)







Hidup dan bersihkan mesin
Memasang set taman permainan
Mengimpal plastic
Membuat fillet pada bahan kerja
Mengubah lukisan
Memasang bahan kerja pada bingkai

Minggu 9 (30/1/2017 – 3/2/2017)






Hidup dan bersihkan mesin
Warmup spindle
Memasang bahan kerja
Mengukur bingkai
Membuat fillet pada bahan kerja

Minggu 10 (6/2/2017 – 10/2/2017)





Hidup dan bersihkan mesin
Membuat fillet pada bahan kerja
Memasang set taman permainan
Membuat drawing

Minggu 11 (13/2/2017 – 17/2/2017)






Hidup dan bersihkan mesin
Membuat fillet pada bahan kerja
Pemberian projek mengubah bingkai
Memasang set taman permainan
Mmemotong bahan kerja projek

Minggu 12 (20/2/2017 – 24/2/2017)







Hidup dan bersihkan mesin
Warmup spindle
Mengimpal plastic
Mmeasang bahan kerja pada bingkai
Memasang set taman permainan
Membuat fillet pada bahan kerja

Minggu 13 (27/2/2017 – 3/3/2017)





Hidup dan bersihkan mesin
Menebuk lubang pada tempat duduk menggunakan mesin gerudi tangan
Membuat lukisan tangga “fun ladder”

Minggu 14 (6/3/2017 – 10/3/2017)





Membuat lukisan tangga “fun ladder bubble’
Membuat lukisan screw
Membuat stress analysis pada lukisan yang telah siap
Mengubah dimensi pada lukisan

Minggu 15 (13/3/2017 – 17/3/2017)




Membuat semula assembly fun ladder
Mengubah dimensi pada lukisan
Membuat full assemble bersama dengan Idw

Minggu 16 (20/3/2017 – 24/3/2017)






Membuat lukisan tangga set kedua
Membuat ujian beban pada komponen yang siap dipasang
Membuat fillet pada bahan kerja
Membuat presentatation tentang projek yang telah siap

Minggu 17 (27/3/2017 – 31/3/2017)





Memasang semula tangga HDPE penuh
Membuat lukisan lubang bersudut
Mmebuat dan melenturkan lukisan
Membuat lukisan komponen “eye nut”

Minggu 18 (3/4/2017 – 7/4/2017)




Membuat lukisan komponen pemutar skru
Membuat lukisan climber
Membuat “animal single rider” assembly
BAB 4

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN CNC ROUTER MACHINE

Dalam tempoh latihan industri yang agak singkat, banyak projek CNC ROUTER
MACHINEN yang saya pelajari yang perlu dihasilkan oleh Juruteknik CNC ROUTER
MACHINE . Seperti lukisan kejuruteraan terbantu computer (autocad), Perisian CNC
seperti G kod. Bermulanya dengan lukisan (autocad), projek yang ingin dilaksanakan
akan dijalankan bermula dari pelukis lukisan seterusnya kepada juruteknik

melalui

proses-proses yang perlu dibuat oleh pengurus teknikal. Pihak pengurusan perlu
melakukannya dengan sempurna mengikut kehendak klien. Oleh itu, saya ingin
mengemukakan tentang cara –cara proses CNC ROUTER MACHINE dalam bab 4 ini
melalui pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang tempoh Latihan
Industri ini selama 18 minggu di tempat latihan yang telah saya pilih. Banyak cara dan
kaedah yang saya pelajari dan dapat kongsikan melalui bab ini.

4.1 Pengenalan CNC Router Machine

CNC router (atau kawalan berangka computer router) adalah mesin pemotong kawalan
computer yang berkaitan dengan router tangan memegang yang digunakan untuk
memotong pelbagai bahan-bahan keras seperti kayu,komposit,aluminium,keluli,plastic
dan berbuih.CNC bermaksud kawalan berangka computer.CNC Router boleh
melakukan tugas-tugas pertukangan seperti gergaji panel,tukang cetak gelendong dan
mesin menggerek.Ia juga bolehh mengurangkan mortises dan tenon.
CNC Router adalah hampir sama dengan konsep mesin kisar CNC.Bukannya laluan
dengan tangan,laluan alat dikawal melalui kawalan berangka computer.CNC Router
adalah satu jenis alat-alat yang mempunyai variasi CNC.
CNC Router biasanya menghasilkan kerja yang konsisten dan berkualiti tinggi dan
meningkatkan produktivitibkilang.Tidak sperti router jig,CNC Router boleh menghasilkan
satu one-off dengan berkesan sebagai berulang pengeluaran yang serupa.Automasi
dan ketepatan adalah faedah utama jadual CNC Router.

4.2 Tugas Atau Kerja Yang Diberikan

Sepanjang tempoh latihan industri ini.Saya telah diberi tugasan oleh G.M untuk mereka
sebuah projek untuk kilang tersebut.Projek ini telah diberikan setelah 2 minggu saya
memasuki latihan industri di kilang tersebut.Projek ini telah dihasilkan bermula dengan
penghasilan lukisan projek,pembuatan bingkai dan pemotongan HDPE untuk
menghasilkan sebuah projek yang dinamakan POLY CLIMBER.Setelah projek
dihasilkan saya diminta untuk membuat pembentangan tentang projek tersebut yang
merangkumi kos,kelebihan dan kekurangan projek,inovasi yang dihasilkan dan daya
kekuatan projek yang dihasilkan.

4.2.1 Penerangan Kerja (SOP)

Awalnya projek ini dilaksankan dengan penghasilan lukisan projek menggunakan
perisian inventor.Lukisan ini dihasilkan haruslah mengikut ukuran yang mengikuti faktor
keselamatan taman permainan.Ketika menghasilkan lukisan in saya harus memikirkan
faktor keselamatan,ketahanan dan kos.Lukisan yang dihasilkan mestilah dihasilkan
mengikut kemampuan untuk membuatnya dengan pengunaan alatan yang
ada.Kemudian,setelah lukisan dihasilkan ianya di hantar ke pihak production untuk
menghasilkan bingkai.Bahagian ini telah diselesaikan oleh rakan latihan industri
saya.Dalam proses menghasilkan bingkai ini,kawan saya telah mengunakan mesin
kimpal mig.Setelah dikimpal,kawan saya telah mencanai permukaan yang telah
dikimpal mengunakan mesin canai tangan untuk menghasilkan permukaan yang licin
dan selamat.Setelah proses membuat bingkai selesai,tibalah masa ssya untuk
menghasilkan HDPE mengikut ukuran bingkai yang telah siap.Saya telah mengukur
bingkai tersebut dengan menggunakan pita pengukur untuk menghasilkan bahan kerja
mengikut ukuran yang tepat supaya tidak menghasilkan lubang yang boleh
mengakibatkan kemalangan.Kemudian,saya perlu mengubah lukisan tersebut mengikut
ukuran yang telah diukur menggunakan perisian Autocad.Setelah selesai,saya
memotong bahan kerja tersebut dengan menggunakan CNC Router Machine yang
telah dimasukkan program yang menggunakan perisian Artcam.Proses
seterusnya,bahan kerja yang telah siap dipotong haruslah dipasang pada bingkai yang
telah siap dengan menggunakan alatan tangan seperti ratchet,allen key,bolt,nat,washer
dan spring washer.Proses akhir bagi projek ini ialah mengimpal plastic iaitu untuk
mengimpal pemijak pada climber tersebut yang menggunakan mesin kimpal plastik.

4.2.3 Gambarajah

BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 Dapatan

Hasil dapatan saya melalui kerja yang dilakukan sepanjang saya menjalani latihan
industri ini,saya banyak mempelajari tentang persekitaran bekerja di alam pekerjaan
yang sebenar,dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang saya
belajar di kolej vokasional,dapatmeningkatkan daya keyakinan diri apabila berhadapan
dengan orang awam dan tahu cara berinteraksi dengan betul,dapat menyesuaikan diri
dengan keadaan di kilang bersama staff-staff dengan baik dan dapat menyelesaikan
sesuatu kerja atau tugasan yang diberi oleh pihak atasan dengan baik dan jayanya.

5.2 CADANGAN

Latihan industri yang telah dijalani di sini amatlah saya hargai.Daripada latihan ini saya
ingin membuat cadangan serta saranan iaitu:



Pihak kilang di minta mendedahkan lebih banyak perkara berkaitan dengan
kerja_kerja dibuat supaya para pelajar mendapat lebih manfaat dari program



latihan industri.
Pihak syarikat harus memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari lebih



mendalam lagi tentang sesuatu kerja yang mereka buat ketika latihan industri.
Pelajar harus lebih cekap dan menepati masa dalam melakukan tugas yang
diberikan agar pihak syarikat memberikan kepercayaan untuk melakukan



sesuatu tugas.
Pelajar harus menepati masa agar tidak dipandang rendah oleh majikan.

NAMA
2017

LAPORAN AHKIR OJT

SESI 2016 /