Penggunaan Unsur Fonologi dan Morfologi
Tajuk Kajian : Penggunaan Unsur Fonologi dan Morfologi dalam Dialek Negeri
Sembilan Melalui Lirik Lagu “Apa Kono Eh Jang”
1.0 PENGENALAN
Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang dialek
Negeri Sembilan serta definisi konsep-konsep penting yang digunakan dalam kajian
ini.
1.1 Latar Belakang Kajian
Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang terletak di selatan tanah air
dan merupakan suatu kawasan yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.Masyarakatnya
mempunyai ciri-ciri bahasa atau dialek yang berbeza daripada Bahasa Melayu yang
‘standard’.Dialek Negeri Sembilan yang ada sekarang ialah suatu aspek budaya yang
banyak dipengaruhi oleh dialek Minangkabau.Menurut sejarah yang didapati oleh
pengkaji, sebahagian besar penduduk Negeri Sembilan sekarang ialah keturunan
orang-orang Minangkabau atau orang-orang Siak yang berhijrah ke beberapa tempat
dalam Semenanjung Malaysia, terutama sekali Negeri Sembilan.
Antara unsur dialek Negeri Sembilan yang mendapat pengaruh Minangkabau
ialah bunyi vokal dan konsonannya.Penduduk-penduduk Negeri Sembilan bertutur
menggunakan dialek tersendiri.Perbezaan antara Negeri Sembilan daripada dialek
umum bahasa Melayu terletak pada sebutan kata-katanya.
Menurut Sharman Abu (“Sistem Bunyi Konsonan dalam Dialek Negeri Sembilan”,
Majalah Dewan Bahasa, Bil. 6, Jun 1974), dialek Negeri Sembilan itu dapat dianggap
sebagai sub-dialek kepada dialek umum bahasa Melayu standard itu sendiri.
1
Oleh hal yang demikian, pengkaji ingin mengkaji penggunaan dialek Negeri Sembilan
dengan menggunakan lirik lagu “ Apo Kono Eh Jang” yang dipopularkan semula oleh
Ally Noor dan Mastura.
Kajian terhadap dialek lain masih agak kurang, khususnya dialek Negeri Sembilan.
Kajian ini adalah salah satu usaha meneliti aspek sosiolinguistik di Negeri Sembilan,
dengan tumpuan terhadap bunyi dan pembentukan struktur kata dalam dialek Negeri
Sembilan.Kajian ini diharap dapat membantu masyarakat untuk memahami dialek
Negeri Sembilan dengan lebih mendalam.
1.2 Definisi Konsep
Menurut Abdul Hamid Mahmood (1990;217), memetik Mario Pei mentakrifkan
dialek sebagai variasi daripada sesuatu bahasa tertentu yang ditentukan oleh
sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek bentuk tertentu yang
dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk bahasa standard,
baik dari segi sebutan, tatabahasa ataupun penggunaan kata-kata tertentu. Kelainan
tersebut tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.
Mengikut Asmah Haji Omar (2008: 153-154), di Semenanjung Malaysia terdapat
tujuh kumpulan dialek. Pembahagian dialek ini adalah berdasarkan perbandingan
aspek-aspek fonologi. Dialek-dialek yang telah dikenalpasti adalah :
i.
Dialek yang letaknya di Barat Laut yang meliputi kawasan Perlis, Kedah
(termasuk Pulau Langkawi), Pulau Pinang dan Perak Utara sehingga
Taiping. Dialek ini lebih dikenali umum sebagai dialek utara atau dialek
Kedah.
ii.
Dialek Perak yang meliputi kawasan Perak Tengah.
2
iii.
Dialek Selatan yang meliputi Perak selatan, Selangor, Melaka dan Johor.
iv.
Dialek Kelantan yang kawasannya ialah Negeri Kelantan dan juga
meliputi kawasan-kawasan sempadan Pahang dan Terengganu.
v.
Dialek Terengganu yang terletak di bahagaian Timur Semenanjung.
vi.
Dialek Pahang yang terdapat di negeri Pahang.
vii.
Dialek negeri Sembilan yang terdapat di negeri Sembilan.
Istilah morfologi dipinjam daripada bahasa Inggeris iaitu ‘morphology’. Istilah
morphology terbentuk daripada unsur morph,o, dan logy. Morph membawa pengertian
bentuk, manakala logy bermaksud pengetahuan atau ilmu. Oleh itu, morfologi
bermaksud ilmu atau pengetahuan tentang pembentukan kata.
Nik Safiah Karim (2010) menjelaskan bahawa morfologi adalah bidang ilmu
bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Yang dikatakan
struktur ialah susunan unsur bahasa dalam kata atau ayat. Misalnya, struktur kata
bagi minuman ialah kata dasar+akhiran (minum+an).
Bentuk merupakan rupa atau pewujudan lahiriah sesuatu unsur bahasa. Misalnya,
kata boleh terbina dalam bentuk tunggal, bentuk terbitan, bentuk gandaan,bentuk
majmuk, dan bentuk akronim. Golongan kata pula ialah jenis kata. Berdasarkan
golongan, kata boleh dibahagikan kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata
adverba dan kata tugas.
Fonologi berasal daripada perkataan Greek iaitu phone yang bermaksud
‘bunyi,suara’
dan
logos
yang
bermaksud
‘perkataan,
pertuturan,
subjek
perbincangan’. Fonologi ialah kajian yang dijalankan mengenai pola bunyi bahasa
iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Menurut Frank Parker
(1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa:
iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan.
3
Menurut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) pula memberikan
definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi
bahasa mengikut fungsinya.
Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula menjelaskan bahawa
fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan
fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik
dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu
pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.
Sehubungan itu, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah
bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi
fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mengenai cara kerja
organ tubuh manusia, terutama yang berkaitan dengan penggunaan bahasa.
2.0 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan atas beberapa objektif utama iaitu :
i.
Untuk mengenal pasti dialek negeri Sembilan dalam lirik lagu “Apo kono
Eh Jang”.
ii.
Untuk mengenal pasti perbandingan di antara dialek Negeri Sembilan
dengan bahasa Melayu standard dari segi fonologi.

dengan bahasa Melayu standard dari segi morfologi.
4
3.0 Kepentingan Kajian
Kajian lapangan ini dilakukan oleh pengkaji atas beberapa kepentingan terhadap
masyarakat iaitu:
i.
Untuk menambahkan kefahaman masyarakat terhadap dialek negeri
Sembilan.
ii.
Untuk memastikan masyarakat dapat mengenal pasti perbezaan bunyi dan
struktur ayat antara dialek negeri Sembilan dengan bahasa Melayu
standard.
4.0 Skop Kajian
Dalam kajian ini pengkaji memfokuskan kepada dialek negeri Sembilan yang
menggunakan unsur fonologi (bunyi) dan morfologi (struktur ayat).
5.0 Batasan Kajian
Kajian ini hanya berdasarkan lirik lagu “Apo Kono Eh Jang” yang
menggunakan dialek negeri Sembilan. Daripada lirik tersebut, pengkaji dapat
mengenal pasti terdapat 78 buah perkataan yang menggunakan dialek itu. Dari
segi morfologi, pengkaji mendapati terdapat sebanyak 6 perkataan yang
mengalami unsur pemendekan. Selain itu, dari segi fonologi pula, pengkaji juga
mendapati terdapat sebanyak 34 buah perkataan yang mengalami perubahan
vokal. Di samping itu, kajian ini dijalankan dalam tempoh masa 3 minggu sahaja.
5
6.0 KAEDAH KAJIAN
6.1 Mendapatkan Data
Kajian Teks
Pengkaji mendapatkan bahan kajian melalui kaedah kajian teks iaitu lirik lagu
“Apo Kono Eh Jang”. Lirik lagu tersebut digunakan dalam kajian ini untuk mengenal
pasti dialek negeri Sembilan. Selain itu, pengkaji juga ingin menentukan jumlah
perubahan vokal dalam dialek negeri Sembilan. Pengkaji juga ingin mengenal pasti
perbandingan di antara penggunaan struktur kata dalam dialek negeri Sembilan
dengan bahasa Melayu standard.
6.2 Mengumpul Data
Lirik lagu “Apo Kono Eh Jang” digunakan untuk mendapatkan maklumat
mengenai dialek negeri Sembilan, penggunaan struktur kata yang berlainan dengan
bahasa standard dan perubahan vokal dalam dialek tersebut. Daripada penelitian
pengkaji, terdapat 78 buah perkataan yang menggunakan dialek negeri Sembilan, 6
unsur kependekan kata serta 34 buah perkataan dialek negeri Sembilan yang
mengalami perubahan vokal. Lirik lagu “Apo Kono Eh Jang” membantu pengkaji
dalam menghasilkan kajian berdasarkan ketetapan objektif kajian. Fokus kajian ialah
penggunaan dialek negeri Sembilan yang menggunakan unsur vokal dan unsur
kependekan kata.
6
6.3 Menganalisis Data
Pengkaji telah meneliti dan menganalisis lirik lagu “Apo Kono Eh Jang” yang
menjadi sumber kajian ini. Hasil-hasil yang diperoleh telah diasingkan mengikut
ketetapan objektif. Sebanyak 78 buah perkataan yang menggunakan dialek negeri
Sembilan, 6 unsur kependekan kata dan 34 buah perkataan dialek negeri Sembilan
yang mengalami perubahan vokal.
7
7.0 DAPATAN KAJIAN
7.1 Mengenal Pasti Dialek Negeri Sembilan dalam Lirik Lagu “Apo Kono Eh
Jang"
Daripada lirik lagu “Apo Kono Eh Jang”, pengkaji dapat mengenal pasti
sebanyak 78 buah perkataan yang menggunakan dialek negeri Sembilan. Hasil kajian
adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual berikut :
Jadual 1 : Perkataan yang Menggunakan Dialek Negeri Sembilan
Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
Dialek N. Sembilan
jang
poi
sonyap
yo
kobau
boghi
bosi
sebelango
cubo
omak
ayo
lamo
apo
kono
monong
ajo
ekau
mano
muko
berpoluh
teghaso
ubek
penawa
duko
menoman
tanggo
kito
dikonang
gilokan
perkaro
lotak
kondak
Bahasa Melayu Standard
Anak lelaki bujang
pergi
senyap
sahaja
kerbau
bagi
besi
sebelanga
cuba
emak
saya
lama
apa
kena
menung
sahaja
kau
mana
muka
berpeluh
terasa
ubat
penawar
duka
meneman
tangga
kita
dikenang
gilakan
perkara
letak
kehendak
8
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.
40.
41.
42.
43.
44.
45.
46.
47.
48.
49.
50.
51.
52.
53.
54.
55.
56.
57.
58.
59.
60.
61.
62.
63.
64.
65.
66.
67.
68.
69.
70.
71.
72.
73.
74.
75.
76.
77.
78.
an
ompuk
kojo
koba
kobun
maleh
do
beduit
macano
seh
domam
kumpo
copek
belanjo
bekonan
den
buek
Sosakan
ado
guno
dopan
melopong
mato
merano
boting
manih
betaruk
mudo
bio
becacak
koghih
lombing
juo
kiro
jugo
haruk
dunio
lai
tigo
kato
ombung
ongah
ocu
podih
nyo
asik
kan
hak
kerja
khabar
kebun
malas
sahaja
berduit
Macam mana
saya
demam
kumpul
cepat
belanja
berkenan
saya
buat
susahkan
ada
guna
depan
terkesima
mata
merana
parit
manis
bertaruh
muda
biar
bercacak
keris
lembing
jua
kira
juga
rasuk
dunia
lagi
tiga
kata
Anak perempuan sulung
Anak kedua
Anak bongsu
pedih
nya
asyik
9
7.2 Mengenal Pasti perbandingan antara Dialek Negeri Sembilan dengan
Bahasa Melayu Standard dari Segi Morfologi

sebanyak 6 unsur klitik dalam dialek negeri Sembilan. Hasil kajian adalah seperti
yang ditunjukkan di dalam jadual berikut :
Jadual 2: Unsur Kependekan Kata dalam Dialek Negeri Sembilan Melalui Lirik
Lagu “Apo Kono Eh Jang”
Bil.
1.
2.
3.
4.
Unsur Kependekan Kata
Ni
Tu
Tak
Dah
Bahasa Melayu Standard
ini
itu
tidak
sudah
10
5.
6.
Kau
Nak
engkau
hendak
Berdasarkan jadual di atas, pengkaji dapat merumuskan unsur kependekan kata
‘ni’dan ‘tu’ yang terdapat dalam lirik lagu ‘Apo Kono Eh Jang’ dapat dikategorikan di
bawah kata ganti nama tunjuk. Kata Ganti Nama Tunjuk ialah kata ganti nama yang
berfungsi menunjukkan sesuatu perkara, benda atau tempat. Kata Ganti Nama Tunjuk
dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama tunjuk umum, kata ganti nama
tunjuk tempat dan kata ganti nama tunjuk hal. Manakala ‘tak’ tergolong dalam kata
nafi. Kata nafi ialah kata yang digunakan untuk menafikan sesuatu. Kata nafi hadir
pada awal frasa, sama ada frasa nama, frasa adjektif, frasa kerja atau frasa sendi nama.
Selain itu, ‘dah’ dan ‘nak’ merupakan golongan kata bantu. Sementara itu, ‘kau’
tergolong dalam kata ganti nama diri kedua. Kata ganti nama diri orang kedua
merujuk kepada orang yang dilawan bercakap. Ganti nama diri kedua boleh merujuk
kepada pendengar dalam konteks perbualan bersemuka, atau pembaca dalam media
tulisan. Kata ganti nama diri orang kedua boleh digunakan dalam jumlah tunggal atau
jamak bergantung kepada konteks penggunaannya.
Bahasa Melayu
Standard
Mana
Senyap
Besi
Cuba
Lama
Apa
Kena
Menung
Muka
Berpeluh
Duka
Sebelanga
Emak
Meneman
Tangga
Kita
Dikenang
Perkara
Gilakan
Letak
Kebun
Belanja
Guna
Depan
Mata
Dikenang
Merana
Muda
Jua
7.3 Mengenal Pasti Perbandingan di antara Dialek
Negeri Sembilan dengan Bahasa Melayu Standard
dari Segi Fonologi
Daripada lirik lagu “Apo Kono Eh Jang”, pengkaji
dapat mengenal pasti sebanyak 34 buah perkataan yang
mengalami perubahan vokal dalam dialek negeri Sembilan.
Hasil kajian adalah seperti yang ditunjukkan di dalam
jadual berikut :
Dialek N.Sembilan
Mano
Sonyap
Bosi
Cubo
Lamo
Apo
Kono
Monong
Muko
Berpoluh
Duko
11
Sebelango
Omak
Menoman
Tanggo
Kito
Dikonang
Pekaro
Gilokan
Lotak
Kobun
Belanjo
Guno
Dopan
Mato
Dikonang
Merano
Mudo
Juo
Berdasarkan kajian yang di buat, pengkaji mendapati dialek Negeri Sembilan banyak
menggunakan huruf vokal [o]. Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah
kearah lelangit lembut tetapi tidak setinggi semasa menghasilkan vocal [u]. Udara dari
paru-paru keluar melalui rongga mulut dan rongga tekak tanpa sekatan. Keadaan bibir
bundar, manakala rahang terbuka sedikit.
Hasil kajian telah dipersembahkan dalam bentuk jadual. Dalam jadual itu dicatatkan
perkataan-perkataan yang mengandungi vokal tertentu, iaitu mengikut susunan vokal
depan, vokal tengah dan vokal belakang dalam kedudukan yang berbeza dalam
perkataan. Bagi setiap perkataan itu di tuliskan ejaannya, transkripsi fonetik sebutan
bakunya dan sebutanya mengikut dialek Negeri Sembilan. Dengan demikian,
perbezaan sebutan itu dapat dilihat dengan jelas.
[Mana]
[Mano]
[Cuba]
[Cubo]
12
[Muka]
[Muko]
[Mata]
[Mato]
[Duka]
[Duko]
[Kita]
[Kito]
[Muda]
[Mudo]
[Guna]
[Guno]
[Jua]
[Juo]
[Tangga]
[Tanggo]
Rajah di atas menunjukkan perubahan vokal [a] kepada vokal [o] disebabkan oleh
dialek daerah negeri Sembilan. Contoh perubahan vokal yang selebihnya ditunjukkan
pada rajah 1.
8.0 RUMUSAN KAJIAN
Berdasarkan kajian ini, pengkaji dapat merumuskan beberapa perkara. Pertama
sekali, dapatan jumlah dialek negeri Sembilan yang terdapat di dalam lirik lagu “Apo
Kono Eh Jang” ialah 78 buah perkataaan kesemuanya. Hasil tersebut dapat diperoleh
setelah pengkaji mengasingkan setiap perkataan-perkataan tersebut dalam bentuk
jadual (Jadual 1). Antaranya ialah ‘omak’, ‘eden’, ‘poi’ dan ‘manih’. Selain itu,
pengkaji juga dapat merumuskan bahawa terdapat sebanyak 6 unsur kependekan di
dalam lirik lagu tersebut. Contohnya, ‘tak’, ‘dah’, ‘ni’ dan ‘tu’. Unsur-unsur tersebut
pula tergolong dalam beberapa golongan kata seperti kata nafi, kata tunjuk, kata bantu
dan kata ganti nama diri. Seterusnya, pengkaji dapat menentukan jumlah perubahan
sebutan vokal dalam lirik lagu “Apo Kono Eh Jang”. Pengkaji mendapati terdapat
sebanyak 34 buah perkataan bahasa Melayu yang mengalami perubahan vokal.
13
Misalnya, pergi (poi), emak (omak), saya (eden), dan manis (manih). Di samping itu,
pengkaji bersetuju bahawa apabila sesuatu perkataan itu mengalami perubahan bunyi
(fonologi), maka ia turut mengalami perubahan dari segi morfologinya iaitu sistem
ejaan. Pengkaji juga membuat kesimpulan bahawa dialek negeri Sembilan banyak
menggunakan vokal [o] dalam sebutannya.
9.0 PENUTUP
Hasil kajian di atas dapat menunjukkan bahawa dialek yang dituturkan di Negeri
Sembilan merupakan suatu variasi bahasa yang unik. Hakikatnya setiap dialek
mempunyai ciri keunikannya yang tersendiri dan dialek merupakan suatu disiplin
bahasa yang menarik untuk di kaji. Pelbagai kajian perlu di jalankan, misalnya dalam
aspek penyebutan diftong dan konsonan-konsonan tertentu, bukan sahaja dalam dialek
Negeri Sembilan tetapi juga dalam dialek-dialek lain seperti dialek Utara, dialek
Perak Tengah, dialek Kelantan dan sebagainya. Pengkaji berharap agar kajian seperti
ini akan diteruskan.
14