Selawat ahli Mubahalah dan ahli

Selawat ahli Mubahalah dan ahli Kisa’ (r.anhum)
1. Ahli Mubahalah
Firman Allah dalam Surah Al-Imran : 61 yang bermaksud;
“Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya,
sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada
mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan
perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami
serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguhsungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orangorang yang berdusta.”
Peristiwa Mubahalah ini berlaku antara Rasulullah s.a.w dan ahlil bait baginda
menentang kaum Nasrani Najran . Rasulullah SAW datang di waktu pagi pada 24
Zulhijjah, 10 Hijriyyah. Baginda SAW mengendong al-Hussein r.a di dadanya dan
menuntun al-Hasan r.a dengan tangannya sementara Fatimah r.anha dan
Saidina Ali kar. berjalan di belakangnya. Rasulullah s.a.w berkata kepada mereka:
"Ketika kalian mendengar aku melaknat, maka katakanlah: 'Amin' ".
Ketika melihat Rasulullah SAW dan orang-orang yang bersamanya berada dalam
keadaan seperti itu, pemimpin Najran berkata: "Ketahuilah, wahai kaum Nasrani,
sesungguhnya wajah-wajah yang ku lihat, seandainya mereka bersumpah atas
nama Allah agar melenyapkan gunung, nescaya Allah akan melenyapkannya.
Oleh kerana itu, berhati-hatilah kalian dengan 'Mubahalah' melawan mereka.
Sesungguhnya kalian pasti akan binasa dan takkan ada lagi kaum Nasrani yang
akan tersisa setelah itu di atas muka bumi ini." Lantas mereka berkata kepada

Rasulullah SAW: "Kami rasa, kami tidak perlu bermubahalah dengan anda. Anda
tetap dengan agama anda dan kami tetap dengan agama kami." Rasulullah SAW
lalu bersabda: "Sekarang kalian telah menarik diri dari bermubahalah. Maka
menyerahlah kalian (masuklah Islam) untuk bersama-sama kaum Muslimin
dalam keadaan bahagia dan susah." Namun mereka semua tetap menolak.
2.Ahli al- Kisa’
Kemasyhuran hadith al- Kisa’ ini telah diketahui umum dan tiada seorang pun
yang boleh menafikan kesahihannya . Ayat al-Qur'an Surah 33:33 bermaksud:
"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan kalian daripada
kekotoran (rijsa) ,wahai Ahlul Bayt dan menyucikan kamu sebersih-bersihnya."
Ayat di atas di wahyukan untuk menunjukkan kemuliaan dan kesucian Ahlul Bayt
r.a. Ayat al-Qur'an ini dikenali sebagai ayat al-Tathir dan menjadi asas kepada
hadith al-Kisa’ yang menceritakan tentang Ahlul Bayt r.a.
Di waktu ayat tersebut diwahyukan, Rasulullah s.a.w menghimpunkan anak
perempuan beliau Fatimah r.a, anak-anaknya iaitu Hasan r.a dan Husayn r.a ,
juga suami Fatimah, Saidina Ali kar.. Rasulullah s.a.w menyelimuti mereka
termasuk diri baginda sendiri di dalam sehelai selimut dan memohon ke hadrat
Allah s.w.t dengan sabdanya yang bermaksud:

"Ya Allah mereka inilah Ahlul Baytku. Peliharalah mereka dari sebarang

keburukan dan sucikanlah mereka dengan sesuci-sucinya."
Ummu Salamah r.a, isteri Rasulullah s.a.w yang berada di dalam rumah pada
masa itu menyaksikan sendiri kejadian yang sungguh menakjubkan itu dan
dengan perasaan rendah hati memohon kepada Rasulullah s.a.w:"Ya Rasulullah
s.a.w! Bolehkah aku turut bersama-sama mereka?" Rasulullah s.a.w
menjawab:"Tidak, tetaplah kamu di tempat kamu berada!"
Rasulullah s.a.w bersabda:"Perumpamaan Ahlul Baytku adalah seperti bahtera
Nabi Nuh a.s. Barang siapa yang menaikinya akan selamat dan barang siapa
yang menyisihkan diri dari mereka akan tenggelam."
Ahlul Bayt r.a menikmati kedudukan yang tinggi dan mulia dengan perintah
Allah s.w.t, yang dapat dilihat menerusi ayat al-Qur'an, yang bermaksud:
"Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih
sayang di dalam kekerabatan"(surah 42:23)
Maksud ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w
diperintahkan oleh Allah SWT untuk meminta orang-orang yang beriman supaya
mencintai keturunannya iaitu Ahlul Bayt r.a. Inilah balasan (upah) yang diminta
oleh Rasulullah s.a.w daripada pengikut-pengikut baginda s.a.w di atas seruan
yang disampaikan kepada mereka di sepanjang hayatnya.
Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud:
"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang paling berharga (al-Thaqalain),

Kitab Allah dan Itrahku. Kamu tidak akan sesat selepasku sekiranya kalian
mentaati kedua-duanya, dan kedua-duanya tidak akan terpisah sehingga mereka
menemuiku di telaga al-Haud “.
Maka , kita semua tahu kelebihan para ahlil bayt baginda s.a.w. Di sini
diperturunkan Selawat mereka masing-masing.

Semoga bermanafaat insyaAllah.
Nota: Shahidan bin Radiman , B.B Bangi, 30 April 2014 (malam 1 Rejab)