MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATUR

 
     
 

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA
PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON
( LELAKI DAN WANITA )

1. PERATURAN AM

1.1

Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini
akan dijalankan mengikut Undang-undang PERSEKUTUAN BADMINTON
ANTARABANGSA (BWF). Semua acara badminton akan menggunakan
sistem kiraan 21 mata atau Rally Point Scoring System (3X21) mengikut
Peraturan BWF.

1.2

Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka

undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.

1.3

Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan
berkenaan akan diputuskan seperti berikut :1.3.1 Sebarang kejadian akan diputus berasaskan kepada PERATURAN
AM KEJOHANAN SUKAN atau KARNIVAL SUKAN MAJLIS
SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA
1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada
Undang-undang

PERSEKUTUAN

BADMINTON

ANTARABANGSA (BWF).
1.4

Semua keputusan yang di buat oleh Jawatankuasa Teknik dan
Pertandingan MSPM adalah muktamad.


2.

PENYERTAAN

2.1

Penyertaan hanyalah terbuka kepada semua Politeknik Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia sahaja .


 

 

2.2

Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian hendaklah menghantar
borang pengesahan penyertaan kepada Jawatankuasa Pengelola MAJLIS
SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA (MSPM) melalui Jabatan Sukan,

Kokurikulum Dan Kebudayaan dan disahkan oleh Pegawai Sukan.

2.3

Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan empat (4) pemain lelaki dan
empat (4) pemain wanita kerana acara yang dipertandingkan adalah acara
beregu individu yang terdiri daripada: 

LELAKI

PEREMPUAN

PENGURUS

1 ORANG

1 ORANG

PESERTA


4 ORANG

4 ORANG

JUMLAH

5 ORANG

5 ORANG

 

2.4

Syarat-Syarat Penyertaan:
2.4.1

Seseorang pemain (lelaki/wanita) hanya boleh bermain dalam
satu (1) regu sahaja.


2.4.2

Setiap

Politeknik

boleh

mendaftarkan

dua

(2)

pasangan

(maksimum) untuk acara beregu lelaki dan dua (2) pasangan
(maksimum) untuk acara beregu wanita.

3.


KELAYAKAN

3.1

Hanya

kakitangan

Politeknik

yang

sedang

yang

masih

perkhidmatan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi


dalam
layak

mendaftar.

4

PENDAFTARAN PESERTA

4.1

Setiap pasukan politeknik dibenarkan mendaftarkan bilangan pemain/atlet
seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa
Teknik dan Pertandingan Badminton MSPM.


 

 


4.2

Semua pasukan hendaklah mengemukakan satu (1) salinan kad
pengenalan dan satu (1) salinan kad pekerja bagi setiap pemain/atlet
bersama dengan Borang

Pendaftaran Pemain/atlet (Lampiran 1) dan

Borang Lepas Tanggung (Lampiran 2) .
4.3

Pendaftaran pegawai dan pemain/atlet dalam borang pendaftaran
kejohanan hendaklah disampaikan kepada pihak jawatankuasa pengelola
sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pertandingan dimulakan.
Borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh Pengarah atau Pegawai
Sukan dengan cop rasmi.

4.4


Pemain/atlet gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran
hanya boleh diterima sehingga atau pada Taklimat Pengurus Pasukan.

4.5

Hanya pemain/atlet yang didaftarkan sahaja yang layak menyertai
pertandingan ini.

5.

TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

5.1

Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum
perlawanan pertama dijalankan.

5.2

Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama

pemain/atlet bersama dengan kad staff yang asal untuk disahkan.
Pertukaran peserta yang telah didaftarkan selepas taklimat pengurus
pasukan tidak dibenarkan.

5.3

Senarai pemain/atlet yang disahkan oleh Pengerusi Teknik &Pertandingan
Badminton semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad.

6.

SISTEM PERTANDINGAN

Pertandingan akan diadakan secara sistem `kalah mati’ (knock-out system)
individu bagi setiap acara yang dipertandingkan.


 

 


7.

PENGADIL-PENGADIL/ PEGAWAI TEKNIKAL

7.1

MSPM akan melantik Pengerusi Teknik dan Pertandingan Permainan
Badminton manakala pengadil-pengadil dan pegawai teknikal akan
disediakan oleh politeknik yang menganjurkan kejohanan sukan tersebut
untuk menyediakan borang pendaftaran pemain, borang senarai susunan
pemain, penyediaan gelanggang, jaring, kerusi rehat pemain, bulu tangkis,
dan minuman.

7.2

Sekiranya perlawanan tersebut tidak dapat dijalankan atau diteruskan oleh
sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan, permainan tersebut akan di nilai
mengikut undang-undang yang telah di tetapkan oleh BWF.

7.3

Jawatankuasa Pengelola akan melantik empat (4) orang penjaga garisan
pertandingan untuk satu gelanggang.

8.

PENANGGUHAN PERLAWANAN

8.1

Pengadil boleh mengisytiharkan penangguhan mana-mana perlawanan
atas sebab-sebab kegelapan dan keadaan gelanggang.

8.2

Mata

kiraan

akan

dikekalkan

dan

disambung

semula

sekiranya

penangguhan dibuat tidak melebihi 24 jam.
8.3

Jika penangguhan dibuat melebihi 24 jam, maka mata kiraan terdahulu
terbatal dan perlawanan akan dimulakan semula.

9.

MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Sekiranya pasangan regu individu menarik diri atau menyerah kalah dengan
sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan
oleh regu tersebut akan dibatalkan dan tidak akan dibenarkan memasuki
sebarang pertandingan seterusnya.


 

 

10.

BANTAHAN

Bantahan bertulis boleh dikemukan menggunakan Borang Bantahan (Lampiran
2) dan perlu ditandatangani oleh pengurus pasukan. Bantahan perlu diserahkan
kepada Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya dalam tempoh 30 minit selepas
tamat perlawanan berserta bayaran RM 200.00. Wang pertaruhan akan
dikembalikan jika bantahan tersebut diterima. Segala keputusan juri rayuan
adalah muktamad.

11.

JURI RAYUAN

Ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang
(maksimum) sekurang-kurangnya 3 wakil daripada politeknik yang berkecuali.
11.1

Ahli Juri Rayuan ( minimum) terdiri daripada:
11.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MSPM atau wakilnya sebagai
Pengerusi.
11.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSPM atau
wakilnya
11.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Badminton MSPM
11.1.4 Dua atau Empat orang wakil daripada politeknik yang berkecuali

12.

LEMBAGA TATATERTIB KEJOHANAN/KARNIVAL

12.1

Lembaga ini terdiri daripada:
12.1.1 Pengerusi

Jawatankuasa

Disiplin

atau

wakilnya

sebagai

Pengerusi.
12.1.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai
Setiausaha.
12.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Badminton MSPM.
12.1.4 Dua orang ahli yang terdiri daripada wakil 2 politeknik yang
berkecuali.

 

 

12.2

Lembaga disiplin bertanggungjawab untuk:
Mengambil tindakan mengenai disiplin peserta, pegawai pasukan bagi
semua perkara semasa kejohanan/karnival dijalankan seperti berikut:
12.2.1 memberi amaran atau
12.2.2 menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu atau
12.2.3 pasukan didenda RM 1000.00 atau
12.2.4 menyingkirkan

pasukan

permainan

berkenaan

daripada

keseluruhan kejohanan/karnival.

13.

PEMATUHAN PERATURAN

Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi kecuali ada dinyatakan berlainan
dalam peraturan permainan yang berkenaan. Sekiranya berlaku pertikaian
berkaitan maka Peraturan Am Kejohanan Sukan atau Karnival Sukan MSPM
terkini sahaja akan digunapakai.

14.

KEHILANGAN DAN KESELAMATAN

Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barangbarang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan
kejohanan dan tempat penginapan dan sebarang kemalangan, kecederaan dan
kematian pada masa pertandingan dijalankan. Walau bagaimanapun beberapa
persediaan dan langkah keselamatan hendaklah disediakan bagi mengelak
kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung.

15.

KELEWATAN

15.1

Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum
perlawanan dimulakan.


 

 

15.2

Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa
alasan yang munasabah adalah dianggap member kemenangan percuma
kepada pihak lawannya.

16.

PAKAIAN

16.1

Setiap pemain/atlet yang mengambil bahagian dalam karnival sukan atau
kejohanan sukan MSPM mestilah berpakaian sukan yang sesuai dan
kemas.

16.2

Peraturan pakaian yang ditetapkan seperti termaktub dalam undangundang permainan hendaklah dipatuhi.

16.4

Pemain/atlet

yang

terlibat

dengan

upacara

penyampaian

hadiah

diwajibkan memakai tracksuit dan berkasut sukan.
16.5 Pengurus dan jurulatih pasukan juga diwajibkan berpakaian kemas (baju T
atau kemeja berkolar) dan berkasut semasa bersama pemain sewaktu
perlawanan berlangsung. Pemakaian seluar jeans tidak dibenarkan sama
sekali semasa berada di dalam situasi pertandingan.

17.

PERKARA YANG TIDAK ADA DALAM PERATURAN AM DAN PERATURAN
PERTANDINGAN.

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am dan Peraturan
Permainan

berkenaan

akan

diputuskan

oleh

Jawatankuasa

kejohanan/karnival yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.

Disediakan oleh :AJK Unit Teknikal dan Pertandingan Badminton
MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA


 

Pengelola

Dokumen yang terkait

KERJASAMA BILATERAL INDONESIA-MALAYSIA DALAM MENANGGULANGI PERMASALAHAN TENAGA KERJA INDONESIA DI MALAYSIA PADA MASA PRESIDEN SBY

4 45 23

KERJASAMA BILATERAL INDONESIA-MALAYSIA DALAM MENANGGULANGI PERMASALAHAN TENAGA KERJA INDONESIA DI MALAYSIA PADA MASA PRESIDEN SBY

4 34 43

KONSTRUKSI MEDIA DALAM PEMBERITAAN TENTANG KEKERASAN TKI di MALAYSIA (Analisis Framing pada harian Jawa Pos dan Kompas periode September 2010)

3 17 41

ANALYSIS PERBEDAAN BARAPAN MABASISWA POLITEKNIK NEGERI JEMBER TERHADAP KUALITAS PELAYANAN JASA PENDIDIKAN DI POLITEKNIK NEGERI JEMBER

0 4 217

KAJIAN YURIDIS ATAS PUTUSAN MAHKAMAH INTERNASIONAL NOMOR 102 TAHUN 2002 MENGENAI SENGKETA ANTARA MALAYSIA DENGAN REPUBLIK INDONESIA ATAS KEPEMILIKAN PULAU SIPADAN DAN PULAU LIGITAN

0 17 146

PENGARUH KEPUTUSAN ITLOS (INTERNATIONAL TRIBUNAL FOR THE LAW OF THE SEA) MENGENAI SENGKETA REKLAMASI ANTARA MALAYSIA DAN SINGAPURA (2003) TERHADAP KONSEP KEDAULATAN PERBATASAN INDONESIA

1 24 1

PENGARUH IMPLEMENTASI WLAN SEBAGAI BACKBONE DALAM JARINGAN INFRASTRUKTUR LAN DAN WLAN. STUDI KASUS JARINGAN KAMPUS – A POLITEKNIK KESEHATAN DEPARTEMEN KESEHATAN TANJUNGKARANG.

0 9 9

HUBUNGAN KETERLIBATAN KERJA, SEMANGAT KERJA, DAN KOMITMEN ORGANISASI DENGAN KEPUASAN KERJA DOSEN DI POLITEKNIK NEGERI BANJARMASIN

1 2 7

PENERAPAN PENUGASAN KELOMPOK UNTUK MENINGKATKAN KERJA SAMA MAHASISWA D1 PAJAK POLITEKNIK KEUANGAN NEGARA STAN BALAI DIKLAT KEUANGAN MEDAN Budi Susilo PKN STAN, E-mail: budibarasusilogmail.com Abstrak - PENERAPAN PENUGASAN KELOMPOK UNTUK MENINGKATKAN KERJA

0 1 8

PERSEPSI E-LEARNING BERBASIS WEB PADA PROGRAM STUDI KEPERAWATAN BANDA ACEH POLITEKNIK KESEHATAN KEMENKES ACEH

0 0 7