Sejarah dan perkembangan sistem pentadbi

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
______________________________________________________________________________

GFPGA 1013
PENGANTAR SAINS POLITIK

TAJUK TUGASAN:
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM PENTADBIRAN DAN BIROKRASI DI
MALAYSIA
______________________________________________________________________________

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. MOHD AZIZUDDIN MOHD SANI

DISEDIAKAN OLEH:

GFPA 1013 Pengantar Sains Politik

ISI KANDUNGAN


BIL.
1)

1

TAJUK
Pendahuluan

HALAMAN
2

2)

Sejarah awal pentadbiran dan birokrasi di Malaysia

4

3)


Pentadbiran dan birokrasi British di Malaysia

5

4)

Pentadbiran dan birokrasi selepas merdeka

6

5)

Cabaran birokrasi dalam sistem pentadbiran masa kini.

8

6)

Penutup


12

7)

Rujukan

13

GFPA 1013 Pengantar Sains Politik

1.0

PENDAHULUAN
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja

Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara
yang mana dilantik secara bergilir setiap 5 tahun dari kalangan Sultan 9 buah negeri.
Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk mengamalkan
sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada
tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Kuasa Perundangan, Kuasa Kehakiman dan Kuasa

Eksekutif (pentadbiran).
Dari segi struktur pentadbiran pula, Malaysia mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan
yang mengandungi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Ketiga-tiga peringkat ini telah
diberikan kuasa-kuasa pada bidang yang tertentu yang telah ditentukan oleh perlembagaan dan
Akta Parlimen yang mana digubal oleh kuasa Perundangan atau Parlimen dijelaskan pada jadual
1 di bawah:
Kerajaan Pusat

Bertanggungjawab dalam hal-hal luar negara, keselamatan dalam
negeri, pertahanan, pelajaran dan kewangan.

Kerajaan Negeri
Kerajaan Tempatan

Bertanggung jawab dalam hal-hal agama dan tanah.
Bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras dan mengawal
penggunaan serta pemajuaan tanah dan bangunan dalam kawasan
pihak berkuasa tempatan, mengenakan cukai yang terhad seperti
cukai pintu dan menguatkuasakan undang-undang kecil kepada
penduduk yang berada di dalam kawasan pentadbiran mereka.

Jadual 1: Peringkat dan Bidang Kuasa Kerajaan Malaysia.
Birokrasi pula didefinisikan oleh kamus keluaran Akademi Perancis sebagai kuasa,

pengaruh oleh ketua ke atas bawahan di dalam sistem kerajaan. Dengan cara lain birokrasi
adalah operasi asas yang digunakan oleh sesebuah organisasi tidak kira di bidang swasta,

2

GFPA 1013 Pengantar Sains Politik

kerajaan, politik, badan-badan agama juga organisasi yang besar. Definisi birokrasi yang
digunapakai oleh negara kita sekarang adalah berasaskan kepada karya Max Weber iaitu seorang
ahli sosiologi bangsa Jerman. Di dalam karyanya, beliau ada menyebut bahawa birokrasi wujud
berikutan daripada merebaknya gejala perindustrian Barat. Beliau juga menyatakan perindustrian
tidak dapat berkembang sekiranya tidak berdasarkan birokrasi.
Sistem birokrasi kerajaan memainkan peranan penting dalam pembentukan sesebuah
negara. Dalam membincangkan hal ini, Abdullah Sanusi Ahmad (1987) menyatakan bahawa
secara kasarnya terdapat dua sektor yang berhubung rapat dalam usaha pembangunan negara
iaitu sektor awam dan juga sektor swasta. Kedua-dua sektor tersebut memainkan peranan
masing-masing bagi membawa kepada pembangunan negara. Contoh yang dapat kita lihat ialah,

perbelanjaan di sektor awam dalam Pendapatan Negara Kasar (GNP) ialah 30% bersamaan
dengan lebih 100 billion pada tahun 1977. Wang tersebut digunakan oleh pentadbiran dan
birokrasi kerajaan bagi memenuhi kehendak-kehendak sektor awam supaya projek-projek
sosioekonomi mencapai matlamat tertentu di dalam usaha melaksanakan Dasar Ekonomi Baru
(DEB). Jelas pernyataan tersebut menunjukkan peranan birokrasi kerajaan adalah amat penting
kerana ianya menggubal dasar-dasar kerajaan dan juga melaksanakannya selepas mendapat
persetujuan para pemimpin politik yang menjadi ketuanya.
Birokrasi adalah sejenis bentuk organisasi yang sejak akhir-akhir ini, cenderung
berkembang dan menjadi begitu penting untuk menyelaraskan segala aktiviti manusia yang
begitu ramai bilangannya. Oleh kerana pemerintah seorang yang mengalami masalah koordinasi
kelompok yang besar, maka birokrasi mula wujud dalam sistem pemerintahan kerajaan.

3

GFPA 1013 Pengantar Sains Politik

2.0

SEJARAH AWAL PENTADBIRAN DAN BIROKRASI DI MALAYSIA
Sejarah awal pemerintahan dan pentadbiran sesetengah pendapat bermula di negeri


Kedah Tua pada, tetapi struktur pentadbiran negeri di Tanah Melayu yang lebih sistematik dan
teratur dimiliki oleh Kesultanan Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh Parameswara. Sultan
merupakan pemerintah tertinggi, dibantu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung,
Laksamana yang menjadi tonggak institusi kerajaan, Pembesar Berempat ini pula akan dibantu
oleh i.)

Pembesar Berlapan, ii.)

Pembesar Enam Belas, dan iii.) Pembesar Tiga Puluh Dua.

Sultan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir wilayah, sungai atau pulau yang mana
dikenali sebagai kawasan pegangan. Dua sumber undang-undang bertulis iaitu Hukum Kanun
Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka pula telah dijadikan asas utama pemerintahan.
Kejatuhan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka menandakan suatu transformasi
kepimpinan dan pentadbiran di Tanah Melayu. Penjajah Portugis menerapkan sistem pentadbiran
Melaka yang asal termasuk undang-undang adat ke dalam sistem pentadbirannya di Melaka. Di
bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque, beliau menggabungkan sistem pentadbiran Portugis
dan Melaka untuk mentadbir Melaka. Jawatan Bendahara dan Temenggong dikekalkan oleh
Alfonso de Albuquerque. Alfonso de Albuquerque menetapkan supaya jawatan ini dipegang oleh

orang Melayu sahaja. Bendahara mentadbir Melaka manakala Temenggong bertanggungjawab
ke atas kewangan Melaka. Sistem ini bertahan dari tahun 1511 hingga tahun 1641.
Sistem birokrasi semasa peringkat awal pentadbiran beraja di Tanah Melayu tidak begitu
ketara kerana proses yang menglibatkan antara rakyat dan pentadbir ketika itu hanya melibatkan
cukai tanah, hal ehwal agama dan isu-isu kecil di kalangan masyarakat. Pembesar tempatan
jajahan dan daerah memainkan peranan penting sebagai agen rakyat untuk segala urusan rakyat
dan raja ketika itu termasuklah sebagai pemungut cukai dan penyampai segala permasalahan
4

GFPA 1013 Pengantar Sains Politik

rakyat kepada raja. Walaubagaimanapun penyelewengan dan rasuah juga tetap berlaku pada
masa ini dengan skala yang kecil. Kelemahan ini bukan berpunca daripada karenah birokrasi
masa kini tetapi disebabkan kelemahan sistem pentadbiran itu sendiri.

3.0

PENTADBIRAN DAN BIROKRASI BRITISH DI MALAYSIA
Secara umumnya, perkhidmatan awam Malaysia telah distrukturkan sejak penjajahan


British lagi. Kajian Ahmad Atory Hussain (1998) menunjukkan bahawa sebelum kedatangan
Barat ke Tanah Melayu pada lewat abad ke-18, pola pentadbiran di negeri-negeri Melayu amat
kabur dan mengelirukan iaitu sebahagian besarnya merupakan satu kumpulan pecahan negerinegeri yang berada di bawah kuasa pembesar-pembesar Melayu dan Sultan. Di antara mereka
saling bertelingkah dan berperang untuk merebut kuasa dan memperoleh hasil tempatan sesuatu
tempat.
Dengan peluasan kawasan kepentingan British hingga ke Singapura, Melaka dan
seterusnya ke negeri lain di Semenanjung, maka pengambilan pegawai awam mula bertambah
bilangannya. Kebanyakan institusi, amalan dan nilai-nilai yang mengikat pentadbiran awam hari
ini telah diimport ke Tanah Melayu pada era itu. Kebanyakkan pentadbir yang dilantik untuk
mengurus tadbir negeri-negeri di bawah naungan British diambil dari kalangan rakyat British.
Penduduk tempatan terutama dari kaum melayu mula mengisi kekosongan jawatan di peringkat
pembantu dan bawahan. Ciri-ciri umum sistem yang diperkenalkan oleh kuasa British di Tanah
Melayu adalah:

5

Penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan

GFPA 1013 Pengantar Sains Politik




Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan



Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan)



Pelantikan pegawai Barat sebagai ketua Biro



Pengenalan undang-undang Barat
Masalah birokrasi yang terjadi di masa pemerintahan British kebanyakkan berpunca

daripada kelainan adat, budaya dan bahasa yang diamalkan penduduk tempatan ketika itu. Maka
untuk mengurangkan masalah itu, British meletakkan pembantu pegawai British dari kalangan
penduduk tempatan untuk menyelesaikan permasalahan yang wujud daripada perselisihan adat

tersebut manakala berkenaan hal agama dan adat Sultan masih mempunyai kuasa penuh
walaupun masih terpaksa menerima nasihat dari pegawai British ketika itu.

4.0

PENTADBIRAN DAN BIROKRASI SELEPAS MERDEKA
Dalam era selepas kemerdekaan, peranan birokrasi yang berorentasikan tindakan action-

oriented roles melibatkan empat unsur penting: (1) untuk memelihara undang-undang dan
peraturan; (2) untuk mengubal dasar-dasar pembangunan; (3) untuk mengurus pembangunan di
kawasan terpinggir di luar bandar dan (4) melaksanakan pembangunan industri.
Di negara-negara sedang membangun, peranan perkhidmatan awam yang kritikal ketika
itu ialah membantu kerajaan dalam mengejar pembangunan nasional. Bagi mempastikan proses
tersebut juga berjalan di Malaysia, perkhidmatan Awam Malaysia telah menempatkan pegawai
Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) di hampir semua jenis perkhidmatan yang
disediakan. Pegawai-pegawai PTD ini diberi peranan yang penting bagi melaksanakan dasar6

GFPA 1013 Pengantar Sains Politik

dasar kerajaan, dan ini menampakkan peranan mereka yang dipolitikkan oleh kuasa pemerintah.
Peranan ini juga telah dimainkan oleh pentadbiran kolonial British dahulu lagi sewaktu mereka
juga mengukuhkan kuasa mereka di Tanah Melayu. Residen British dan Penasihat British
bertanggungjawab untuk menetapkan halatuju dasar dan juga mempunyai satu hubungan tetap
dengan sultan-sultan Tanah Melayu.
Berdasarkan kajian Mohd Hanafiah (1989) dalam tahun 1988, Malaysia mempunyai dua
kali ganda saiz pentadbirannya dibandingkan dengan yang terdapat dalam tahun 1970. Dalam
kes penswastaan yang telah dimulakan pada tahun 1983, dikatakan telah mengurangkan saiz
birokrasi Malaysia, maka didapati jumlah pegawai awam dalam tahun 1990 (tidak termasuk
pasukan polis dan angkatan bersenjata) masih lagi tinggi iaitu lebih kurang 38.6 orang bagi
setiap 1000 orang penduduk. Setakat tahun 1992, usaha-usaha penswastaan hanya berjaya
mengurangkan pegawai-pegawai kerajaan sekitar 50,000 sahaja daripada bayaran/ tanggungan
awam.
Justeru, pembaharuan pentadbiran dalam suatu sistem ekonomi campuran akan menjadi
fokus yang bersesuaian ke atas peningkatan sistem perkhidmatan atau delivery birokrasi supaya
pertimbangan-pertimbangan yang saksama sebagaimana objektif-objektif kestabilan politik,
perpaduan nasional dan penghapusan sasaran golongan miskin dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Pembaharuan pentadbiran ke arah mempromosikan produktiviti dalam prestasi
birokrasi untuk pertumbuhan ekonomi perlu mencangkupi perubahan struktur, teknolgi dan sikap
kelakuan dalam suatu segmen yang agak besar atau substantial dalam perkhidmatan awam
Malaysia tersebut.

7

GFPA 1013 Pengantar Sains Politik

5.0

CABARAN BIROKRASI DALAM SISTEM PENTADBIRAN MASA KINI.
Pelbagai kajian telah dilakukan bagi mengurangkan kesan birokrasi ke atas pekerja dan

juga masyarakat yang berada di dalam lingkungan tersebut. Ini adalah kerana ramai pengkaji
dalam bidang pentadbiran dan pengurusan berpendapat birokrasi patut dikurangkan dalam
masyarakat hari ini kerana kelemahannya yang akan memberi impak kepada golongan tertentu.
Pengaruh birokrasi amat dirasai oleh golongan yang terlibat di dalam pentabiran tersebut,
terutama pada golongan pekerja. Golongan pekerja ini akan melakukan kerja mereka lebih
kepada secara sendirian dan terasing berbanding melakukan kerja secara kerjasama seperti yang
diamalkan dalam badan-badan persatuan, swasta dan sebagainya. Dengan budaya dan sikap yang
diamalkan oleh pekerja tersebut mengakibatkan hilangnya kawalan dalam sesuatu pentadbiran.
Pekerja-pekerja yang bersikap mengasingkan diri ini selalunya akan kurang inisiatif dalam
membuat sesuatu kerja, selain dari memilih jenis tugasan kerja dan hanya akan menjalankan
tanggungjawab mereka jika perlu. Golongan pekerja ini akan memanipulasi undang-undang yang
ditetapkan oleh pentadbiran hanya untuk kepentingan diri.
Ahmad Atory Hussain (1993) juga berpendapat, bagi sesebuah kementerian yang ingin
melaksanakan sebarang dasar perlu mendapat persetujuan pucuk pimpinan politik. Misalnya, jika
Kementerian Dalam Negeri ingin menambah atau mengurangkan prosedur pendaftaran permit
percetakan sesebuah syarikat, mereka seharusnya melalui pelbagai prosedur dari peringkat
bawahan ke peringkat atasan sebelum ianya mendapat kelulusan. Hal-hal yang melibatkan dasardasar dan juga pelan-pelan kerajaan antara perkara-perkara yang tidak dapat digubal secara
sendirian di dalam kementerian tersebut di mana kuasa politik masih membatasi kemampuan
individu yang menguruskan kementerian itu sendiri.
8

GFPA 1013 Pengantar Sains Politik

Untuk kenaikan pangkat bagi pekerja-pekerja ini, prinsip yang digunapakai adalah
berdasarkan tahap kopetensi mereka. Walaupun penyesuaian prinsip ini dilihat adil dan tulus,
pekerja hendaklah mencapai sesuatu tahap kopetensi yang telah ditetapkan selain dari kerja baik
yang dicapai oleh pekerja tersebut. Masalah ini seringkali mengakibatkan pekerja kurang
bersemangat untuk melakukan kerja, malahan mewujudkan rasa benci terhadap pekerjaan
tersebut. Masalah ini kadang kala berlanjutan hingga melahirkan rasa marah terhadap pelanggan,
rakan sekerja dan juga kuasa pentadbir. Untuk mengatasi masalah tersebut, pembentukan
kumpulan utama pekerja mungkin menjadi salah satu pilihan penyelesaian. Kumpulan ini
bergerak untuk member motivasi, nasihat dan tunjuk ajar kepada golongan pekerja yang
menghadapi masalah di dalam pekerjaan.
Misi yang mahu dicapai oleh sesuatu organisasi selalunya bersifat perpetuate iaitu
berkekalan untuk tempoh yang panjang. Walaupun misi tersebut telah tercapai, ianya mengalami
perubahan yang mempunyai kaitan dan selari dengan misi asal yang telahpun tercapai.
Kadangkala perubahan misi yang drastik ini bukan dibuat oleh golongan yang terlibat dalam
organisasi tersebut, tetapi ianya datang dari kuasa dan suara luar iaitu suara rakyat.
Karenah birokrasi merupakan hanya satu faktor penyumbang kepada berlakunya rasuah.
Perkara-perkara lain yang perlu diambil kira antara lain ialah kurang pemantauan atau audit dari
pihak ketiga, kuasa penuh atau mutlak dalam meluluskan sesuatu perkhidmatan penting seperti
lesen memandu dan pengesahan PUSPAKOM, kakitangan yang terlalu lama berkhidmat dalam
satu-satu perkhidmatan, darjah kejujuran serta etika kakitangan dan budaya kerja satu-satu
jabatan. Walaupun pelbagai langkah dicari sebagai penyelesaian, masalah-masalah ini akan tetap

9

GFPA 1013 Pengantar Sains Politik

dan masih timbul yang mana ianya mengwujudkan pelbagai rugutan kepada pelanggan yang
cuba mendapatkan sebarang khidmat operasi daripada organisasi tersebut.
Kebanyakan negara maju masih mengamalkan konsep birokrasi dan konsep birokrasi
berpusat merupakan amalan yang mereka ambil dalam mentadbir negara. Ini kerana kuasa yang
bakal dimiliki oleh setiap pentadbir dalam organisasi tersebut dalah bersifat autokratik di mana
akan member ruang yang luas dan bebas kepada mereka untuk mengawal pekerja-pekerja.
Walaupun kejayaan yang dicapai oleh konsep ini hanya melalui kegagalan, ianya merupakan
suatu pilihan yang masih diutamakan oleh sesuatu pentadbiran awam.
Ke arah penambahbaikan berterusan dalam sistem penyampaian Perkhidmatan Awam,
pelbagai usaha untuk meningkatkan kualiti sistem penyampaian Perkhidmatan Awam telah
dilaksanakan oleh Kerajaan, khususnya dalam tempoh 10 tahun yang lalu (1998-2008). Justeru,
bagi menentukan bahawa rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, sistem penyampaian
Perkhidmatan Awam di Malaysia tidak lagi sekadar perlu memenuhi ekspektasi pelanggan,
sebaliknya perlu melangkah dan dipacu kepada perkhidmatan yang melangkaui kebiasaan dan
mencapai tahap Perkhidmatan Awam terunggul dan bertaraf dunia. Usaha dan gerakan ini adalah
selari dengan Misi Nasional dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Perubahan dan
penambahbaikan perlu dilakukan secara berterusan, khususnya bagi mempermudah prosedur
yang rumit dan panjang, mengelakkan karenah birokrasi, serta memberi perkhidmatan mesra
pelanggan. Dalam hal ini, penekanan dibuat kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang
berintegriti dengan amalan yang telus, cepat, cekap, berkesan dan tepat pada masanya. Selaras
dengan gagasan dan hasrat tersebut, beberapa gerakan telah diperkenalkan dan dilaksanakan
dalam Perkhidmatan Awam. Antara mekanisme utama yang telah diperkenalkan ialah:

10

GFPA 1013 Pengantar Sains Politik

i)

Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) Di Peringkat Persekutuan,
Negeri dan Daerah .

Penubuhan JKP bertujuan memantapkan keutuhan sistem pentadbiran Kerajaan supaya usahausaha pembanterasan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam kalangan pegawai
awam untuk terus dipertingkatkan.

ii)

Penubuhan Pasukan Petugas Bagi Mengurangkan Karenah Birokrasi

Penubuhan Pasukan Petugas Bagi Mengurangkan Karenah Birokrasi bertujuan memastikan
pelaksanaan usaha-usaha penambahbaikan sistem dan prosedur kerja yang diguna pakai di
kementerian dan agensi di bawahnya bagi memastikan wujudnya perkhidmatan yang cepat dan
cekap kepada pelanggan.

iii)

Mempertingkatkan Tadbir Urus Terbaik (Good Governance) Dalam Sektor Awam

Melalui usaha-usaha ini semua pegawai awam perlu memainkan peranan penting dalam
mengamalkan prinsip tadbir urus terbaik supaya dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan
yang lebih cemerlang. Pegawai awam juga harus dapat mempertahankan apa juga keputusan,
tindakan yang diambil atau tidak diambil dari kaca mata awam.

6.0
11

PENUTUP

GFPA 1013 Pengantar Sains Politik

Agenda pembangunan negara tidak akan menjadi realiti walaupun mempunyai pemimpin
yang berwibawa dan berwawasan tanpa sokongan birokrat atau pegawai awam. Oleh sebab itu,
pentadbiran awam di Malaysia dilihat sebagai mekanisme utama menggerak kemajuan dan
pembangunan. Ini kerana setiap dasar, program, rancangan dan aktiviti yang dirancang dalam
bentuk dasar awam oleh pihak kerajaan, maka birokrasi awamlah yang bertanggungjawab untuk
menjayakannya. Pentadbiran awam dan birokrasi merupakan suatu pertalian yang sukar untuk
diuraikan dan dapat diuruskan dengan sekelip mata, maka tidak hairanlan jika mantan Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir (2010) juga berpendapat bahawa birokrasi merupakan
sesuatu yang dipenting kerana jika pentadbir awam diberikan kebebasan melakukan kerja yang
mereka fikirkan perlu dilakukan, hasilnya adalah suatu pentadbiran yang kucar-kacir. Kesan
buruk daripada birokrasi menghasilkan korupsi dan rasuah tetapi dalam masa yang sama menjadi
keperluan untuk pentadbir awam menilai dan mengenalpasti bidang kerja mereka. Maka jalan
yan terbaik adalah dengan mengurangkan prosedur dan karenah birokrasi dan dalam masa yang
sama memastikan pentadbir awam tidak merasa kehilangan kuasa yang dimiliki.

12

GFPA 1013 Pengantar Sains Politik

RUJUKAN
Ahmad Martadha Mohamed, Mohd. Nazri Baharom, Muhamad Ali Embi, Ruslan Zainuddin &
Saadon Awang. (2006). Asas pentadbiran awam. Sintok : Pusat Pendidikan Profesional
dan Lanjutan (PACE).
Abdullah Sanusi Ahmad. (1987). Kerajaan & pentadbiran malaysia. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Atory Hussain. (1998). Reformasi pentadbiran di malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors.
Ahmad Atory Hussain. (1990). Pentadbiran awam - asas pemikiran & falsafah. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Sarji (Tan Sri). (1991). Toward quality of public service, Kuala Lumpur: INTAN.
K.Ramanathan. (1993). Konsep asas pentadbiran awam. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Hanafiah. (1989). “Privatization policy: issues and problem.” Kuala Lumpur: Buletin
INTAN. Jilid 13, No.1/1989, hal. 28.
Tun Mahathir bin Mohamad. (2011). “A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir
Mohamad.” Kuala Lumpur: MPH Group Printing (M) Sdn. Bhd.

13