Sejarah Melayu Antara Fakta dan Mitos SJ

1.0

PENGENALAN
Karya Melayu merupakan penulisan berkaitan sejarah Tanah Melayu sejak

zaman kesultanan Melayu Melaka yang mengisahkan tentang segala rentetan sejarah
negara kita pada suatu ketika dahulu. Karya-karya Melayu seperti Sulalatus Salatin,
Misa Melayu, Hikayat Abdullah dan Tuhfat al- Nafis merupakan antara karya melayu
yang sungguh popular yang digunakan oleh para penyeledik semasa membuat kajian
terhadap sejarah tanah melayu pada hari ini. Nama-nama seperti Tun Sri Lanang, Raja
Ali Haji dan sebagainya sememangnya tidak asing lagi bagi kita pada hari ini jika
berbicara tentang karya-karya sejarah. Kita patut bersyukur kerana mempunyai tokohtokoh tersebut yang sudi bertungkus lumus mencatat, menyelidik dan membukukan
segala rentetan sejarah tanah melayu suatu ketika dahulu agar anak-anak mereka pada
zaman ini tidak melupakan sejarah asal usul tanah melayu. Kita umum mengetahui
bahawa karya-karya Melayu yang ditulis oleh tokoh-tokoh seperti Tun Sri Lanang, Raja
Ali Haji dan sebagainya mengandungi unsur-unsur fakta dan mitos dalam penulisan
mereka. Kedua-dua unsur tersebut melengkapkan karya-karya Melayu menjadi sebuah
karya yang menarik untuk dibaca disebabkan oleh gaya penulisan klasik yang sungguh
kreatif.
Menurut Glove dalam Norazimah Zakaria et.al (n.d), kata mitos berasal daripada
bahasa Greek, mytos bermaksud tale, speech. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi

Keempat (2013), mendefinisikan mitos sebagai cerita zaman dahulu yang dianggap
benar atau dipercayai, misalnya cerita asal usul, cerita kewujudan sesuatu bangsa,
kejadian alam atau cerita dongeng mengenai kehebatan atau kekuasaan sesuatu tokoh
khususnya pemimpin negeri pada suatu ketika dahulu. Selain itu, menurut Hasyim
Awang dalam Norazimah Zakaria et.al (n.d), menyatakan bahawa mitos adalah jenis
cerita rakyat yang mengisahkan mengenai manusia atau makhluk dan peristiwa luar
biasa yang di luar logik manusia. Tambahnya lagi, mitos terbahagi kepada dua jenis,
iaitu mitos pembukaan sesuatu tempat dan asal usul, misalnya pembukaan negeri
Melaka dan mitos ketokohan seseorang, misalnya Raja Iskandar Zulkarnain.
Tuntasnya, dapat disimpulkan bahawa unsur mitos merupakan gaya penulisan metafora
untuk

menggambarkan

kehebatan

pemimpin-pemimpin
1

negeri


suatu

ketika

dahulu.Manakala, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), fakta ditakrifkan
sebagai sesuatu peristiwa atau perkara yang benar-benar yang berlaku yang dapat
dibuktikan oleh peredaran masa, kajian, individu dan sebagainya.

2.0

KARYA-KARYA MELAYU YANG WUJUD SEJAK ZAMAN KESULTANAN
MELAYU MELAKA
Terdapat beberapa karya melayu yang wujud sejak zaman kesultanan Melayu

Melaka. Antaranya ialah seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Hikayat Abdullah,
Misa Melayu dan sebagainya. Karya-karya tersebut menceritakan segala peristiwa yang
berlaku antara negeri-negeri Melayu seperti Melaka, Perak, Johor dan sebagainya
sama ada dari segi salasilah pemerintah negeri, kisah-kisah rakyat, dan sebagainya.
Bagi Sulalatus Salatin, karya tersebut merupakan karya yang dikarang oleh Tun Sri

Lanang yang menceritakan tentang sejarah pembukaan kota Melaka dan seterusnya
menceritakan jurai keturunan raja-raja yang memerintah kota Melaka suatu ketika
dahulu iaitu bermula daripada zaman pemerintahan Sultan Zulkarnain sehinggalah ke
zaman Sultan Alaudin Riayyat Shah. Selain itu, terselit juga kisah-kisah tentang cara
hidup masyarakat dahulu yang menganggap pemerintah sebagai berkuasa mutlak serta
kisah-kisah rakyat yang boleh kita jadikan sebagai panduan pada hari ini.
Manakala, Tuhfat al-Nafis pula merupakan sebuah karya Raja Ali Haji yang
menceritakan susur galur sejarah orang Bugis di Melaka, Johor serta penaklukan
Singapura oleh Stamford Raffles. Raja Ali Haji menekankan konsep historigrafi tentang
peristiwa orang Bugis dalam penjajahan dan penaklukan yang mengandungi banyak siri
peperangan antara Raja Melayu dan Raja Bugis. Tuhfat al Nafis atau lebih dikenali
sebagai “hadiah yang berharga” merupakan karya yang disusun oleh Raja Haji Ahmad
(Ungku Haji Tua) dan putera Raja Haji, kemudian penulisannya disambung oleh
puteranya iaitu Raja Ali Haji. Karya ini terlalu mengagungkan orang Bugis dan kadangkadang bersifat anti Melayu (H. Muhammad Bahad, n.d).

2

Di samping itu, Hikayat Abdullah Munsyi merupakan suatu karya penulisan yang
berbentuk autobiografi yang ditulis oleh Abdullah Munsyi sendiri pada tahun 1849.
Hikayat Abdullah menceritakan pandangan Abdullah Munsyi sendiri terhadap

masyarakat Singapura dan juga Melaka pada suatu ketika dahulu di samping terselit
kisah-kisah rakyat pada zaman tersebut. Dalam penulisan Abdullah tersebut, beliau
lebih memfokuskan kepada cerita-cerita yang berkaitan pemimpin negeri Singapura
iaitu Stamford Raffles kerana pada ketika itu beliau bekerja di bawah Stamford Raffles
sebagai jurubahasa dan penterjemah kepada Raffles dan pegawai-pegawai Inggeris
yang lain. Disebabkan oleh hal demikianlah, Abdullah Munsyi dikatakan sebagai
pembelot dan berat sebelah kerana sering kali memuji kehebatan dan kewibawaan
Raffles dalam penulisannya dan telah mengetepikan sumbangan kaum Melayu.
Akhir sekali, penulisan Melayu yang terkenal yang wujud sejak zaman
kesultanan Melayu Melaka iaitu karya Misa Melayu. Misa Melayu merupakan karya
yang dikarang oleh seorang sejarawan istana yang terkenal pada kurun ke-18 iaitu Raja
Chulan. Misa Melayu merupakan sebuah karya yang berkisarkan sejarah negeri Perak
bermula dari awal zaman sehingga kurun ke-18. Gaya penulisan yang digunakan oleh
Raja Chulan semasa mengarang karya Misa Melayu adalah seiras-iras gaya penulisan
Sulalatus Salatin. Namun, jika dikaji dengan lebih teliti, terdapat sedikit perbezaan
antara Misa Melayu dan Sulalatus Salatin. Perbezaan tersebut sangat ketara dalam
konteks penulisan fakta sejarah. Hal ini demikian kerana, Misa Melayu merupakan
suatu karya yang bersifat realistik iaitu tidak wujud cerita-cerita dongeng serta kisah
rakyat dan faktor inilah yang menjadikan Misa Melayu menjadi sebuah karya yang
sangat istimewa dari segi fakta sejarahnya.


3

3.0

UNSUR MITOS DALAM KARYA SEJARAH MELAYU
Umum mengetahui bahawa mitos merupakan unsur dongeng ataupun fantasi

yang digunakan oleh pengarang semasa mengarang sesuatu karya penulisan.
Walaupun unsur mitos merupakan suatu unsur yang tidak logik akal, namun ianya
sering digunakan oleh pengarang dalam penulisan mereka dan seolah-olah peristiwa
tersebut adalah benar-benar berlaku. Menurut Norazimah Zakaria et.al (n.d), sastera
sejarah terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian yang bersifat mitos dan dongeng
serta bahagian yang bersifat fakta. Bagi bahagian yang bersifat mitos, ianya adalah
lebih menumpukan kepada asal usul raja bagi sesebuah negara, asal usul negeri dan
sebagainya. Manakala, bahagian yang bersifat fakta pula pengarang akan cuba untuk
menerangkan sesuatu peristiwa yang bersejarah atau mengenai tokoh-tokoh yang
pernah hidup dan wujud dalam sejarah.
Dalam konteks Sulalatus Salatin atau lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu,
unsur-unsur mitos yang terdapat dalam penulisan tersebut sedikit sebanyak adalah

dipengaruhi oleh faktor agama yang dianuti oleh rakyat pada zaman kesultanan Melayu
Melaka iaitu agama Hindu Buddha dan Animisme. Hal ini demikian kerana, semasa
awal zaman kesultanan Melayu Melaka, agama Hindu Buddha dan animisme
merupakan agama yang dianuti oleh rakyat di kota Melaka pada ketika itu. Oleh itu,
unsur mitos yang digunakan oleh Tun Sri Lanang semasa mengarang Sejarah Melayu
sedikit sebanyak berkait dengan realiti kehidupan masyarakat Melayu pada zaman
tersebut. Kita menolak perkaitan unsur mitos dengan agama Islam kerana dalam ajaran
agama Islam tidak digalakkan untuk bercerita tentang kisah-kisah lagenda serta fantasi
dan ianya menyeru umatnya agar berpijak di bumi yang nyata. Oleh itu, unsur mitos
dalam karya Sejarah Melayu boleh dibahagi kepada empat aspek iaitu mitos kekuasaan
raja, mitos penyebaran agama Islam, mitos pembukaan negeri Melaka dan mitos lainlain yang berkaitan kehidupan seharian rakyat Melaka.
3.1

Unsur Mitos Kekuasaan dan Asal Usul Raja

Dalam karya Sejarah Melayu, Tun Sri Lanang mengaplikasikan unsur mitos
kedalam penulisan beliau apabila berbicara tentang asal usul raja serta kekuasaan
yang dimiliki oleh seseorang raja. Tujuan Tun Sri Lanang berbuat demikian adalah
4


semata-mata untuk mengangkat martabat serta keistimewaan yang dimiliki oleh rajaraja Melaka supaya digeruni oleh penduduk-penduduk di luar kota Melaka. Tun Sri
Lanang mengisahkan bahawa asal usul raja-raja Melayu adalah daripada keturunan
Raja Iskandar Zulkarnain:
“Diceritakan salah seorang anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain yang bernama Raja Suran
masuk ke dalam laut dan mengahwini seorang puteri yang bernama Puteri Mahtabul Bahri dari
negeri Barsam. Melalui perkahwinan ini, Raja Suran dikurniakan tiga orang anak iaitu Nila
Utama, Nila Pahlawan dan Kerisyna Pandita. Ketiga-tiga orang putera ini telah keluar daripada
negeri bawah laut dan pergi naik ke bumi serta turun ke bukit Si Guntang Mahameru. Di sini,
mereka telah bertemu dengan Wan Empuk dan Wan malini dan mereka telah dikahwini dengan
Nila Pahlawan dan Kerisyna Pendita. Sementara Niala Utama (sang sapurba) mengahwini
anak Demang Lebar daun setelah mengadakan waad antaranya”
(A. Samad Ahmad, 1978:3)

Selain itu, untuk mengangkat martabat raja-raja Melayu Melaka, Tun Sri Lanang
turut mengaitkan raja-raja Melaka dengan konsep “Tulah”. Tulah bermaksud
malapetaka ataupun balasan yang akan membinasakan diri sendiri. Dalam konteks
Sejarah Melayu, Tun Sri Lanang menceritakan bahawa semasa raja diusung ke masjid
untuk menunaikan solat jumaat, rakyat biasa berasa takut untuk melihat atau mengintai
raja sehingga menyembunyikan diri di kawasan yang terlindung kerana kuatir akan
mendapat tulah. Melalui penulisan ini, walaupun ianya nampak seolah-olah benar

namun ianya sekadar gaya penulisan Tun Sri Lanang untuk mencerminkan kekuasaan
raja Melayu Melaka pada ketika itu sehingga rakyat akan mendapat malapetaka
sekiranya terserempak dengan raja.

3.2

Mitos Kewujudan Agama Islam di Kota Melaka

Mitos tentang kewujudan agama Islam di alam Melayu turut diselitkan dalam
karya Sulalatus Salatin. Kedatangan agama Islam di alam Melayu dikaitkan oleh Tun Sri
Lanang dengan kesaktian atau keistimewaan yang dimilik oleh seseorang raja. Kisah
tentang kedatangan agama Islam di alam Melayu berlaku di Samudera-Pasai. Ianya
berlaku apabila Raja Merah Silu bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w dan
5

Raja Merah Silu diajar oleh baginda cara mengucap dua khalimah syahadat. Selain itu,
Raja Merah Silu turut diludah oleh Nabi Muhammad s.a.w Selepas daripada peristiwa
tersebut, Raja Merah Silu terus memeluk agama Islam dengan gelaran Sultan Maliku’s
Salleh dan seterusnya diikuti oleh para pembesar dan juga rakyat jelata:


“Syahadan pada malam itu Merah Silu pun tidur, maka ia dirinya berpandangan dengan
Rasullulah salla’llahu’alaihi wa salam. Maka sabda Rasullulah kepada Merah Silu,
“Ngangakan mulutmu!” Maka oleh Merah Silu dingangakan mulutnya, diludahi oleh
Rasullulah mulut Merah Silu. Maka Merah Silu pun terjaga daripada tidurnya.
Diciumnya bau tubuhnya seperti bau narawastu. Telah hari siang, maka fakir pun naik
ke darat membawa Quran disuruhnya baca pada Merah Silu. Maka oleh Merah Silu
dibacanya Quran itu, maka kata fakir kepada Sheikh Ismail, nakhoda kapal, “Inilah
negeri Semundra, yang seperti sabda nabi salla’llahu’alaihi wa salam”.”
(A. Samad Ahmad, 1978:57)

3.3

Mitos Pembukaan Negeri

Tun Sri Lanang semasa mengarang Sejarah Melayu turut menyelitkan unsur
mitos pembukaan negeri oleh pemimpin-pemimpin atau tokoh-tokoh pada zaman
kesultanan Melayu Melaka dahulu. Kita umum mengetahui bahawa pada zaman
dahulu, pembukaan sesebuah negeri adalah dikaitkan dengan sesuatu kejadian yang
luar biasa kerana itu dianggap sebagai suatu petanda yang baik daripada Tuhan.
Sebagai contoh, pembukaan negeri Semundra oleh Raja Merah Silu seperti mana yang

ditulis oleh Tun Sri Lanang adalah berkait dengan kejadian yang luar biasa di mana
Raja Merah Silu melihat seekor semut yang sebesar kucing di atas gunung lalu
dimakannya semut tersebut. Nama negeri Semundra diberi kerana semut besar
tersebut berwarna merah:
“Adalah pada suatu riwayat Merah Silu pergi berburu, maka anjingnya bernama Si Pasai itu pun
menyalak. Dilihat Merah Silu Si Pasai menyalak itu di atas tanh tinggi, seperti ditimbun orang
rupanya. Maka Merah Silu naik di atas tanah tinggi itu, maka dilihatnya seekor semut besar
6

seperti kucing; maka oleh Merah Silu semut itu diambil dan dimakannya. Maka tanah tinggi itu
diperbuatnya akan tempat, dinamainya Semundra ertinya semut merah.”

(A. Samad Ahmad, 1978:55)

Selain itu, pembukaan kota Melaka oleh parameswara pada suatu ketika dahulu
turut dikaitkan dengan unsur mitos. Pembukaan kota Melaka dikaitkan dengan seekor
pelanduk putih yang gagah sehingga berani menendang seekor anjing ke dalam
sungai. Peristiwa yang aneh dan luar biasa tersebut memberi ilham kepada
Parameswara untuk membuka negeri di tempat di mana beliau dan pengikutnya
berehat:

“Maka Raja Iskandar Syah pun berjalan balik membaruh, lalu terus kepada sebuah sungai,
Bertam namanya; dan kualanya berbukit. Maka baginda pun datanglah ke sana, berhenti di
bawah sepohon kayu, terlalu rarupak, maka baginda menyuruh berburu; sekonyong-konyong
terjun anjing dihambat pelanduk. Titah baginda “Bagus tempat ini diperbuat negeri, anjing alah
oleh pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi?” Maka sembah segala orang besar-besar
“Benarlah seperti titah duli tuanku itu.” Maka disuruh orang tebas, diperbuat negeri. Maka titah
baginda, “Apa nama kayu itu?” Maka sembah orang, “Kayyu Melaka namanya, tuanku,” Maka
titah Raja Iskandar Syah, “Jika demikian, Melakalah nama negeri ini.””

(A. Samad Ahmad, 1978:71)
Selain daripada pembukaan kota Melaka, pembukaan negeri Singapura juga
dikaitkan dengan unsur mitos oleh Tun Sri Lanang dalam Sulalatus Salatin. Asal- usul
Singapura telah dikaitkan dengan peristiwa kemunculan seekor binatang yang bernama
‘singa’. Pembukaan Singapura melibatkan Seri Teri Buana, Demang Lebar Daun,
Menteri Bupala dan Batala. Semasa pembukaan Singapura, Seri Teri Buana berteduh
di bawah pokok jambu. Kemudian, tiba-tiba baginda melihat seekor binatang yang
berbulu merah pada tubuh dan mempunyai kepala yang berwarna kehitam-hitaman
serta mempunyai bulu berwarna putih pada dada melintas dengan agak pantas di
hadapan baginda:

7

“Maka baginda semayam di bawah pohon jambu laut, dihadap orang besar-besar, berbicara
hendak membuat negeri; seraya menitahkan rakyat menebas kayu di padang itu. Maka segala
rakyat pun naiklah menebas; sekonyong-konyong melintas seekor binatang maha tangkas
lakunya, warna merah bulu tubuhnya, kehitam-hitaman kepalanya, dan putih dadanya;
sikapnya terlalu perkasa, besar sedikit daripada kambing randung. Setelah ia melihat orang
banyak itu, lalu ia melorupat, ghaib daripada mereka. Maka titah Seri Teri Buana, “Apa nama
binatang yang serupa itu?” Maka seorang pun tidak menyahut. Maka sembah Demang Lebar
Daun, “Tuanku, ceritera orang patik dengar, yang demikian sifat dan kelakuan binatang itu,
singa konon namanya, tuanku.” Maka titah baginda, “Patutlah kita perbuat negeri tempat ini,
kerana binatang gagah ada di dalamnya; dan sebutlah Temasek ini Singapura.””

(A. Samad Ahmad, 1978:40)

3.4

Mitos Lain-Lain

Selain daripada mitos pembukaan negeri, perkara-perkara yang yang berlaku
dalam kehidupan seharian turut diselitkan unsur mitos dalam penulisan Tun Sri Lanang
dalam Sulalatus Salatin. Antaranya seperti seperti peristiwa Singapura diserang ikan
todak telah diceritakan dalam bab kelima Sulalatus Salatin. Unsur mitos tersebut adalah
bertujuan untuk menyindir golongan pemimpin iaitu raja-raja yang sangat zalim
terhadap rakyat negeri tersebut dan seterusnya memberi kesedaran kepada para
pemerintah walaupun rakyat jelata tidak mempunyai apa-apa kuasa, namun mereka
juga perlu dihormati dan disayangi. Disebabkan oleh hal demikian, semasa singapura
dilanggar todak, rakyat menggunakan batang pisang untuk dijadikan kubu bagi
menahan serangan ikan todak tersebut:
“Hatta tiada berapa lama antaranya, maka datanglah todak menyerang Singapura, berlorupatan
lalu ke parit. Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati dilorupati todak itu; barang yang
kena terus-menerus olehnya. Maka tiadalah dapat orang berdiri di pantai itu lagi. Maka
geruparlah orang berlari-larian ke sana ke mari, semuanya mengatakan, “Todak datang
menyerang kita; banyaklah sudah mati ditikamnya.”

(A. Samad Ahmad, 1978:68)

8

Selain itu, unsur mitos yang diterapkan dalam teks Sulalatus Salatin adalah
bertujuan untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada rakyat. Hal ini dapat dilihat
pada bab “Bersurupah Berteguh Janji” antara Sang Rajuna Tapa dan Sultan Iskandar
Syah. Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun telah menyatakan bahawa sekiranya
terdapat rakyat yang berani menderhaka kepada sultan maka bumbung rumah akan
diterbalikkan oleh Allah. Sumpahan tersebut menjadi kenyataan apabila Sang Rajuna
Tapa menjadi batu kerana mengkhianati Sultan Iskandar Syah:
“Maka raja dengan segala para menteri hulubalang, sida-sida bentara sekalian pun berlepaslah
dibawa rakyat ke Seletar, lalu berjalan ke darat mengiringi baginda. Maka Jawa pun kembalilah
dengan kemenangannya. Adapun Sang Rajuna Tapa, dengan takdir Allah Taala menunjukkan
kuasa-Nya, baharu hendak mengambil beras, tiba-tiba rengkiang beras itu pun berbalik, jatuh
ke parit, kaki tiangnya ke atasdan bumbungnya ke bawah; Sang Rajuna Tapa pun jatuh
tersungkur di Terigah parit itu; laki bini menjadi batu; ada datang sekarang dengan beras itu”

(A. Samad Ahmad, 1978:70)

4.0

FAKTA SEJARAH DALAM SEJARAH MELAYU

4.1

Nama-Nama Negeri Melayu
Nama-nama negeri di tanah Melayu yang dicatat oleh Tun Sri Lanang

merupakan fakta kepada sejarah tanah Melayu. Hal ini demikian kerana, sehingga ke
hari ini negeri-negeri tersebut masih wujud malah telah diperkembangkan oleh anakanak muda zaman sekarang menjadi negeri yang maju dan tersohor di mata dunia.
Antara negeri tersebut ialah seperti Melaka, Singapura dan sebagainya. Negeri-negeri
tersebut wujud pada zaman dahulu akibat daripada petanda oleh Tuhan iaitu dengan
berlakunya peristiwa-peristiwa yang pelik dan ganjil secara tidak langsung memberi
ilham kepada para pemerintah untuk membuka negeri di kawasan tertentu. Walaupun
kejadian aneh tersebut dianggap sebagai unsur mitos, namun nama negeri yang dibuka
oleh para pemerintah tetap kekal sehingga ke hari ini malah negeri-negeri tersebut telah
berkembang pesat sehingga ke hari ini (Ahmad Fauzi et.al, 2005). Antaranya seperti
9

kota Melaka yang dibuka oleh Parameswara ketika baginda berehat di sepohon pokok
yang kononnya dikenali sebagai pokok Melaka:

“Titah baginda “Baik tempat ini diperbuat negeri, anjing alah pada pelanduk; jikalau orangnya
betapa lagi?” maka sembah segala Orang Besar-Besar, “benarlah seperti titah Duli Tuanku itu.”
Maka disuruh baginda tebas, diperbuat negeri. Maka titah Baginda “Apa nama kayu itu?”
Makasembah orang, “kayu Melaka namanya, Tuanku,” Maka titah Raja Iskandar Syah,”jika
demikian,“Melakalah nama negeri ini””

(A. Samad Ahmad, 1978:71)
Selain daripada negeri Melaka, pembukaan negeri Singapura juga merupakan
suatu fakta sejarah yang penting bagi kita semua pada hari ini. Cerita pembukaan kota
singapura juga dikaitkan dengan unsur mitos, namun nama “Singapura” yang
dicatatkan oleh Tun Sri Lanang pada abad ke-15 tetap kekal sehingga ke hari ini:
“Maka titah Seri Teri Buana, “Apa nama binatang yang serupa itu?” Maka seorang pun tidak
menyahut. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Tuanku, ceritera orang patik dengar, yang
demikian sifat dan kelakuan binatang itu, singa konon namanya, tuanku.” Maka titah baginda,
“Patutlah kita perbuat negeri tempat ini, kerana binatang gagah ada di dalamnya; dan sebutlah
Temasek ini Singapura.”

(A. Samad Ahmad, 1978:40)

4.2

Adat Istiadat Diraja

Kita umum mengetahui bahawa bahawa kuning merupakan warna kebesaran
diraja negara kita. Warna kuning melambangkan kebesaran kesucian istana-istana, Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung, sultan-sultan, adat
pakaian diraja dan sebagainya (Nazaruddin et.al, 2003). Fakta tentang warna kuning
sebagai warna diraja turut disentuh dalam penulisan Tun Sri Lanang dalam teks
Sejarah Melayu:
10

“Syahadan bagindalah yang pertama-tama meletakkan “kekuningan larangan”; tidak dapat
dipakai orang keluaran, dan diambil akan sapu tangan; dan tiada dapat dibuat tepi tabir dan
ulasan bantal besar dan tilam... Dan larangan berbuat rumah bermanjungan bertiang gantung,
tiada terletak ke tanah; dan bertiang terus dari atap, dan peranginan; dan jikalau perahu,
bertingkat berpenghadapan, dan tidak dapat orang memakai penduk dan teterapan keris,
sebesar-besar orang keluaran tiada dapat bergelang kaki emas, dan jikalau berkeroncong
emas berkepala perak tiada boleh.”
(A. Samad Ahmad, 1978:74)

4.3

Hubungan Diplomatik Dengan Negara Luar

Untuk mengukuhkan kuasa dan kedaulatan negeri Melaka, pemimpin negeri
Melaka telah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara China. Hal ini demikian
kerana, negara China merupakan sebuah kuasa yang hebat pada ketika itu dan itulah
peluang yang digunakan oleh pemerintah negeri Melaka untuk mengukuhkan kuasanya
di rantau asia tenggara daripada tekanan kuasa Siam, Parsi dan sebagainya:
“Alkisah maka tersebutlah perkataan raja benua China, setelah kedengaranlah khabar
kebesaran raja Melaka ke benua China, maka raja benua China pun mengutus ke Melaka
bingkisan jarum sarat sebuah pilau, lain daripada sutera benang emas kimka dewangga, serta
beberapa benda yang gharib-gharib. Setelah datang ke Melaka, maka disuruh Sultan Mansur
Syah jemput surat dari benua China itu, diarak seperti adat menyambut surat dari benua Siam.”

(A. Samad Ahmad, 1978:131)
Fakta hubungan diplomatik dengan negara China yang dicatatkan oleh Tun Sri
Lanang dalam penulisan Sejarah Melayu turut dapat dibuktikan oleh catatan I-Tsing di
mana hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh sultan Melaka, Parameswara
dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan
dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu
(Perpustakaan Negara Malaysia, 2001). Selain itu, catatan I-Tsing turut menjelaskan
bahawa terdapat beberapa laksamana daripada negara China seperti Laksamana Yin
Ching, Laksamana Cheng Ho dan sebagainya diutus oleh Maharaja China untuk
menjalinkan hubungan dua hala antara China dan Melaka (Lisa & Jais, 2012).
Hubungan Melaka dan negara China dijalin adalah kerana pada ketika itu Melaka
11

diancam hebat oleh kuasa Siam menyebabkan Melaka mengambil tindakan untuk
menjalinkan hubungan dengan China untuk mendapatkan pengiktirafan dan kuasa
pertahanan daripada China (Zuliskandar Ramli dan Nik Hassan, 2012).
5.0

KESIMPULAN
Kesimpulannya, teks Sejarah Melayu merupakan sebuah catatan sejarah yang

sangat penting kepada negara kita. Walaupun terdapat pelbagai kecaman daripada
sarjana-sarjana barat seperti Winstedt dan Wilkinson yang menganggap bahawa
Sejarah melayu merupakan sebuah mitos dan roman yang mengandungi banyak cerita
dongeng dan dewa-dewa, namun fakta-fakta yang terdapat dalam Sulalatus Salatin
adalah tidak dapat dinafikan kerana hampir kesemua yang diperkatakan oleh Tun Sri
Lanang dalam Sejarah Melayu adalah benar kerana dapat dibuktikan oleh pencatatpencatat sejarah daripada negara lain seperti Tom Pires, I-Tsing dan sebagainya. Oleh
itu, sebagai generasi muda yang bakal mentadbir negara kita suatu hari nanti, haruslah
memelihara teks Sejarah Melayu agar ianya tidak pupus kerana sekiranya ianya pupus
maka pupuslah sejarah negara kita. Ingatlah kepada kata-kata Yang Dipertuan Hilir
ketika menyuruh Tun Sri Lanang untuk mengarang Sulalatus Salatin ini, “Bahawa beta
minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri petuturan raja-raja
Melayu dengan istiadatnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang
kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; Syahadan beroleh faedahlah ia
daripadanya.”

12

BIBLIOGRAFI

BUKU RUJUKAN
A. Samad Ahmad. (1978). Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan

Pustaka.

Ahmad Fauzi Mohd Basri., Mohd Fo’ad Sakdan., & Azami Man. (2005). Sejarah Tingkatan 1.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusataka.
Lisa, Y. S., & Jais Abdul Hamid. (2012). Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Nazaruddin Mohd Jali., Ma’rof Redzuan., Asnarulkhadi Abu Samah., & Ismail Mohd Rashid.
(2003). Pengajian Malaysia. Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

INTERNET
Perpustakaan Negara Malaysia. (2001). Hubungan Diplomatik Sultan Melaka Dengan Maharaja
Cina. Dicapai pada 28 Februari 2016 daripada http://www.pnm.gov.my/yangpertama/
Politik_Diplomatik.htm.
TESIS
H. Muhammad Bahar Akkase Teng. (n.d). Tuhfat Al –Nafis: Karya Sastra Sejarah (Melayu)
dalam Perspektif Sejarah. Indonesia. Universitas Hasanuddin.
Norazimah Zakaria., Rusniyati Mahiyaddin., & Siti Nor Amira baharudin. (n.d). Cerita Mitos
Dalam Dua Dunia. Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
JURNAL
13

Zuliskandar Ramli., & Nik Hassan Suhaimi. (2012). Hubungan Antara Semenanjung Tanah
Melayu dengan China Sejak Awal Abad Masihi. International Journal of the Malay World
and Civilisation, V.30 (1). April 2012, 171-196.

14