Janganlah mendahului puasa Ramadhan dengan puasa satu hari atau dua hari sebelumnya, kecuali orang yang sudah biasa berpuasa satu puasa
yang tertentu, maka hendaklah dia berpuasa. Riwayat Muslim.
Penentuan bulan Ramadhan dengan cara melihat hilal dapat ditetapkan dengan persaksian seorang Muslim yang adil sebagaimana yang dikatakan Ibnu Umar :
Manusia sedang mencari hilal, lalu aku khabarkan Nabi S.a.w bahawa aku telah melihatnya maka beliau berpuasa dan memerintahkan manuasia untuk
berpuasa. Riwayat Abu Dawud, ad-Darimy, Ibnu Hibban, al-Hakim, dan al- Baihaqy.
F. Amalan -Amalan Yang Berhubungan Dengan Puasa 1. Niat
Jika telah masuk bulan Ramadhan, wajib atas setiap muslim untuk berniat puasa pada malam harinya kerana Rasulullah bersabda, Barangsiapa yang tidak
berniat puasa sebelum fajar, maka tiada baginya puasa itu. Riwayat Abu Dawud, Ibnu Khuzaimah, dan al-Baihaqy dari Hafshah binti Umar.
Dan niat tempatnya di hati sedang melafazkannya itu termasuk kebidahan. Dan berniat puasa pada malam hari khusus untuk puasa wajib saja.
2. Waktu Puasa
Adapun waktu puasa dimulai dari terbit fajar subuh sampai terbenam matahari dengan dalil firman Allah, Dan makan dan minumlah kalian sampai jelas bagi kalian
putihnya siang dan hitamnya malam dari fajar.Al-Baqarah, 2:186. Dan perlu diketahui bahawa Rasulullah telah menjelaskan bahawa fajar ada
dua: a. Fajar kazib fajar awal. dalam waktu ini belum boleh dilakukan solat subuh dan
dibolehkan untuk makan dan minum bagi yang berpuasa.
Makalah Puasa Ramadhan 12
b. Fazar shodiq fajar yang keduasubuh sebagaimana hadits Ibnu Abbas, Rasulullah bersabda,
Untuk mengenal keduanya dapat dilihat dari bentuknya. Fajar yang pertama, bentuknya putih memanjang vertikal seperti ekor serigala. Sedangkan fajar yang
kedua, berwarna merah menyebar horisontal melintang di atas lembah-lembah dan gunung-gunung dan merata di jalanan dan rumah-rumah, dan jenis ini yang ada
hubungannya dengan puasa. Dalam firmannya allah telah menjelaskan bahwa Waktu puasa bermula dari
terbitnya fajar subuh dan berakhir ketika matahari terbenam yakni dalam surah Al- Baqaroh ayat 187 :
للييللللا ىللإل ملايلصلللا اوملمتلأل مللثم رلجيفلليا نلمل دلولسيألليا طلييخلليا نلمل ضميلبيألليا طمييخلليا ممكملل نليللبلتليل ىتللحل اوبمرلشياول اولمكمول Artinya : Dan makan dan minumlah kalian hingga nampak bagi kalian benang
putih dari benang hitam yaitu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam
3. Sahur
a. Hikmahnya Setelah mewajibkan berpuasa dengan waktu dan hukum yang sama dengan yang
berlaku bagi orang-orang sebelum mereka, maka Allah mensyariatkan sahur atas kaum muslimin dalam rangka membedakan puasa mereka dengan puasa orang-
orang sebelum mereka, sebagaimana yang disabdakan Rasulullah dalam hadits Abu Sa’id al-Khudriy:
رلحيسلللا ةمللكلأل بلاتلكلليا للهيأل ملايلصلول انلملايلصل نلييبل امل لمصيَ ل
Pembeda antara puasa kami dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur. b. Keutamaannya
Keutamaan sahur antara lain: 1 Sahur adalah berkah sebagaimana sabda Rasulullah:
Makalah Puasa Ramadhan 13
Sesungguhnya dia adalah berkah yang diberikan Allah kepada kalian, maka jangan kalian meninggalkannya. Riwayat an-Nasai dan Ahmad dengan sanad
yang sahih..Sahur sebagai suatu berkah dapat dilihat dengan jelas kerana sahur itu mengikuti sunnah dan menguatkan orang yang berpuasa serta menambah
semangat untuk menambah puasa dan juga mengandung nilai menyelisihi ahli kitab.
2 Salawat dari Allah dan malaikat bagi orang yang bersahur, sebagaimana yang ada dalam hadits Abu Sa’id al-Khudry bahwa Rasulullah bersabda,
Sahur adalah makanan berkah, maka jangan kalian tinggalkan walaupun salah seorang dari kalian hanya meneguk seteguk air, kerana Allah dan para malaikat
bersalawat atas orang-orang yang bersahur. Riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Ahmad.
c. Sunnah Mengakhirkannya Disunnahkan memperlambat sahur sampai mendekati subuh fajar
sebagaimana yang dilakukan Rasulullah di dalam hadits Ibnu Abbas dari Zaid bin Tsabit, beliau berkata, Kami bersahur bersama Rasulullah , kemudian beliau pergi
untuk solat. Aku Ibnu Abbas bertanya, Berapa lama antara azan dan sahur? Beliau menjawab, Sekitar 50 ayat. Riwayat al-Bukhariy dan Muslim.
d. Hukumnya Sahur merupakan sunnah yang muakkad dengan dalil:
1 Perintah dari Rasulullah untuk itu sebagaimana hadits yang terdahulu dan juga sabda beliauyang artinya: Bersahurlah kerana dalam sahur terdapat berkah.
Riwayat al-Bukhariy dan Muslim. 2 Larangan beliau dari meninggalkannya sebagaimana hadits Abu Sa’id yang
terdahulu. Oleh kerana itu, al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Fath al-Bary 3139 menukilkan ijmak atas kesunahannya.
Makalah Puasa Ramadhan 14
4. Perkara-Perkara yang Membatalkan Puasa