Kaedah menguji litar elektronik

Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5 83

B. Kaedah menguji litar elektronik

Prosedur kerja memeriksa sambungan litar LED sebelah kanan. 1. Pastikan sambungan adalah betul seperti pada litar LED1 dan LED2 mengikut litar skematik. 2. Pastikan sambungan kekutuban LED1 dan LED2 betul iaitu punca anod disambung ke punca positif melalui NC dan suis S1 dan punca katod disambung terus ke punca negative bateri. 3. Ketatkan dan kemaskan semua sambungan berikut: i. sambungan skrew di bungkah penyambung. ii. pintalan atau cengkaman wayar pada bungkah penyambung. iii. pintalan atau cengkaman wayar pada suis. 4. Jika semua langkah 1 hingga 3 telah dipenuhi tetapi LED masih tidak menyala kemungkinan LED rosak atau bateri lemah. Prosedur kerja memeriksa sambungan litar LED sebelah kiri 1. Pastikan sambungan adalah betul seperti pada litar LED3 dan LED4 mengikut litar skematik. 2. Pastikan sambungan kekutuban LED3 dan LED4 betul iaitu punca anod disambung ke punca positif melalui No dan suis S1 dan punca katod disambung terus ke punca negative bateri. 3. Ketatkan dan kemaskan semua sambungan iaitu: i. sambungan skrew di bungkah penyambung. ii. pintalan atau cengkaman wayar pada bungkah penyambung. iii. pintalan atau cengkaman wayar pada suis. 4. Jika semua langkah 1 hingga 3 telah dipenuhi tetapi LED masih tidak menyala kemungkinan LED rosak atau bateri lemah. Maklumat Tambahan Guru. Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan : A. Penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan 1. Alatan tangan yang telah digunakan untuk menjalankan aktiviti dan membuat projek perlu disenggara dan disimpan pada tempat yang telah dikhaskan. Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5 84 2. Alatan tangan perlu disenggara dan disimpan dengan baik supaya: a Alatan tangan dalam keadaan baik b Sentiasa tersusun dan teratur c Mudah diambil apabila digunakan d Tahan lebih lama e Selamat apabila digunakan 3. Penyenggaraan alatan tangan dapat dilakukan dengan cara: a Membersihkan alatan tangan b Meminyakan alatan tangan c Menyimpan alatan tangan 4. Untuk menanggalkan kekotoran, kita harus menggunakan agen dan bahan pembersih seperti yang berikut: a Serbuk pencuci seperti sabun buku atau cecair pencuci yang digunakan untuk membersihkan perkakas dan alatan. b Kerosin dan turpentin yang digunakan untuk menanggalkan kesan cat. c Spirit metil yang digunakan untuk menanggalkan kesan syelek. d Kertas las yang digunakan untuk menanggalkan kesan karat pada alatan tangan. Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5 85

B. Langkah Kerja menyelenggaraan dan menyimpanan peralatan Menyenggara gergaji puting