MEKANISME KAWAL SELIA PEMBANGUNAN DI BAWAH PERUNTUKAN

2 2.6 Peruntukan subseksyen 222A Akta 172 ini adalah selaras dengan usaha untuk memastikan pembangunan fizikal yang mempunyai kesan langsung dalam imbangan ekonomi hartanah dan alam sekitar dikawal dan dipertingkatkan pemantauan ke atasnya secara bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

3. MEKANISME KAWAL SELIA PEMBANGUNAN DI BAWAH PERUNTUKAN

SUBSEKSYEN 222A AKTA 172 3.1 Bagi melaksanakan kerja-kerja kawal selia satu mekanisme telah diwujudkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia sebagai tatacara semakan maklumat pembangunan bagi permohonan kebenaran merancang yang tertakluk di bawah subseksyen 222A Akta 172, untuk diterimapakai oleh semua jabatan atau agensi yang terlibat. Tatacara yang dimaksudkan adalah seperti berikut:- Langkah 1 : PBPT, atau JPBD Negeri, atau Pejabat Tanah dan Galian PTG, atau Pejabat Tanah Daerah PTD, atau Unit Perancangan Ekonomi Negeri, atau mana-mana jabatan atau agensi yang berkenaan, setelah mengenalpasti permohonan kebenaran merancang yang melibatkan peruntukan di bawah subseksyen 222A Akta 172, akan menyediakan Kertas Perakuan Permohonan Pembangunan di Bawah Subseksyen 222A Akta 172 dan mengemukakan kepada JPN untuk mendapatkan ulasan dan pandangan. Permohonan yang diterima melalui PBPT hendaklah mendapat perakuan dari Mesyuarat Majlis Penuh PBPT berkaitan. Lampiran A : Format Kertas Perakuan Permohonan Pembangunan di Bawah Subseksyen 222A Akta 172 Langkah 2: JPN memberikan ulasan dan pandangan, dan seterusnya memperakukan bahawa permohonan kebenaran merancang yang melibatkan peruntukan di bawah subseksyen 222A Akta 172 perlu dirujuk kepada MPFN. Langkah 3: Setiausaha JPN Pengarah Jpbd Negeri mengemukakan cabutan ulasan dan pandangan JPN, Kertas Perakuan Permohonan Pembangunan di Bawah Subseksyen 222A Akta 172 bersama dengan Borang Permohonan Pembangunan Di Bawah Subseksyen 222A Akta 172 kepada Setiausaha MPFN Ketua pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Lampiran B : Format Borang Permohonan Pembangunan di Bawah subseksyen 222A Akta 172 3 Langkah 4: Setiausaha MPFN menyerahkan cabutan ulasan dan pandangan JPN, Kertas Perakuan Permohonan Pembangunan di Bawah Subseksyen 222A Akta 172 bersama dengan Borang Permohonan Pembangunan Di bawah Subseksyen 222A Akta 172 kepada Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan BPKSP atau melalui Bahagian Keurusetiaan dan Perancangan Korporat Urusetia MPFN untuk membuat semakan dan tindakan selanjutnya. Langkah 5: Unit Kawal Selia Perancangan UKSP, BPKSP, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia JPBDSM, hendaklah mendaftarkan permohonan tersebut dan direkodkan. Langkah 6: UKSP hendaklah menyemak dan mengesahkan bahawa permohonan yang dikemukakan dengan dokumen- dokumen adalah lengkap, dan menetapi jenis pembangunan seperti mana yang tertakluk di bawah subseksyen 222A Akta 172. Langkah 7: Sekiranya permohonan dikemukakan tidak lengkap, BPKSP hendaklah meminta setiausaha JPN menggemukakan dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan. Langkah 8: UKSP menjalankan semakan terhadap cadangan pembangunan dan meneliti permohonan berkenaan dengan:- a. Membuat analisis awal terhadap cadangan pembangunan. b. Membuat pemerhatian dan siasatan di tapak. c. Mengumpul maklumat dan data tambahan sekiranya perlu. d. Menyediakan ulasan dan pandangan perancangan. e. Menyediakan Laporan Perakuan Projek. Lampiran C : Format Laporan Perakuan Projek Langkah 9: UKSP menyediakan Laporan Perakuan Projek. Langkah 10: UKSP bertindak selaku urusetia mesyuarat membuat persediaan untuk Mesyuarat Jawatankuasa Kawal Selia MPFN JTKS. 4 Langkah 11: Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia KP JPBDSM selaku pengerusi mesyuarat JTKS MPFN hendaklah meneliti permohonan tersebut dan membuat pengesyoran untuk pertimbangan Jawatankuasa Kerja MPFN. Lampiran D : Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kawal Selia Jawatankuasa yang ditubuhkan ini antara lain bertanggungjawab untuk :- a. menyemak ulasan yang diterima untuk tujuan penyelarasan; b. menjalankan semakan lanjut, jika perlu; c. mendapatkan nasihat pakar-pakar, jika perlu; d. meminta pemaju mengemukakan dokumen- dokumen tambahan jika perlu; dan e. membuat pengesyoran dan ulasan terhadap permohonan. Langkah 12: UKSP menyediakan Minit Mesyuarat JTKS MPFN dan mendapatkan pengesahan KP JPBDSM. Langkah 13: UKSP menyediakan Draf Kertas MPFN dan diserahkan kepada urusetia MPFN bagi semakan dan perakuan Setiausaha MPFN. Lampiran E : Format Kertas MPFN Langkah 14: Setiausaha MPFN membentangkan Draf Kertas MPFN di Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPFN yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KSU KPKT. Lampiran F : Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPFN Jawatankuasa Kerja MPFN bertanggungjawab meneliti ulasan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Teknikal Kawal Selia, dan hendaklah membuat pengesyoran untuk pertimbangan dan keputusan. Langkah 15: Sekiranya terdapat pindaan atau tambahan dari Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPFN, UKSP akan mengemaskini Kertas MPFN dan dikemukakan semula kepada urusetia MPFN untuk semakan dan perakuan Setiausaha MPFN. 5 Langkah 16: Setiausaha MPFN hendaklah mengangkat Kertas MPFN untuk pertimbangan dan keputusan MPFN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Lampiran G : Ahli Jawatankuasa MPFN Tugas-tugas MPFN berdasarkan peruntukan subseksyen 2A2 Akta 172 adalah : a. untuk menggalakkan di dalam negara, dalam rangka dasar negara, perancangan bandar dan desa sebagai suatu alat yang berkesan dan efisien bagi memperelok persekitaran dari segi fizikal dan ke arah pencapaian suatu pemajuan yang mampan di dalam negara; b. untuk menasihati Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri, mengenai perkara- perkara yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa yang dikehendaki di bawah Akta ini; dan c. untuk melaksanakan apa-papa tugas yang lain yang diberikan kepada Majlis di bawah Akta ini. Langkah 17: Setiausaha MPFN hendaklah menyampaikan keputusan dan nasihat MPFN kepada Setiausaha JPN untuk dikemukakan ke JPN dan PBPT masing-masing. Langkah 18: UKSP hendaklah memantau status kemajuan projek dan pematuhan terhadap nasihat-nasihat yang disyorkan oleh MPFN. Langkah 19: UKSP menyediakan Laporan Pemantauan Projek. Langkah 20: BPKSP mengemukakan Laporan Pemantauan Projek kepada urusetia MPFN untuk dibentangkan kepada MPFN sekiranya perlu. 3.2 Carta aliran kerja bagi permohonan kebenaran merancang di bawah subseksyen 222A Akta 172 adalah seperti di dalam Lampiran H. 6

4. TANGGUNGJAWAB PENGARAH JPBD NEGERI