PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.5 TAHUN 2008

JPA(S)TT. 71/69 Jld.3 (27)

Siri No.

KERAJAAN MALAYSIA
____________________
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2008
___________________

PIHAK BERKUASA MELULUSKAN PENERIMAAN HADIAH
OLEH JABATAN KERAJAAN

TUJUAN

1.

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk meminda peruntukan

perenggan 18, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 iaitu mengenai pihak
berkuasa yang boleh meluluskan penerimaan hadiah oleh Jabatan Kerajaan.


LATAR BELAKANG

2.

Di bawah perenggan 18, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998,

Jabatan Kerajaan dibenarkan menerima hadiah daripada pihak swasta atau mana-mana
pihak lain. Walau bagaimanapun, penerimaan hadiah itu mestilah memperoleh kebenaran
daripada:

(a)

Ketua Setiausaha atau Pegawai Pengawal, jika nilai hadiah tiap-tiap satu
kurang daripada RM10,000.00. Kuasa Ketua Setiausaha atau Pegawai

1

Pengawal meluluskan penerimaan hadiah ini adalah tertakluk kepada
syarat-syarat seperti di Lampiran ‘D’; atau


(b)

Perbendaharaan, jika nilai hadiah tiap-tiap satu bernilai RM10,000.00
atau lebih.

3.

Untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam, Kerajaan telah

memutuskan kuasa memberi kebenaran bagi penerimaan hadiah yang bernilai melebihi
RM10,000.00 oleh Jabatan Kerajaan diturunkan daripada Perbendaharaan kepada Ketua
Setiausaha Kementerian atau Pegawai Pengawal.

PINDAAN PERENGGAN 18 PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3
TAHUN 1998
4.

Bagi maksud melaksanakan keputusan Kerajaan tersebut, perenggan 18,

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 adalah dipinda dengan menggantikan

keseluruhan perenggan tersebut dengan perenggan 18 yang baru seperti berikut:

“18.

Jabatan Kerajaan dibenarkan menerima hadiah daripada pihak swasta atau mana-

mana pihak lain dan penerimaan hadiah itu mestilah mendapat kebenaran daripada Ketua
Setiausaha Kementerian atau Pegawai Pengawal. Kuasa Ketua Setiausaha Kementerian
atau Pegawai Pengawal meluluskan penerimaan hadiah ini tertakluk kepada syarat-syarat
seperti di Lampiran ‘D’ dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 seperti
dilampirkan.”

TARIKH KUAT KUASA

5.

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

2


PEMAKAIAN

6.

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri,
Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(TAN SRI ISMAIL ADAM)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
PUTRAJAYA
5 Mac 2008

Semua Ketua Setiausaha Kementerian

Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan

3

LAMPIRAN ‘D’

SYARAT-SYARAT MELULUSKAN PENERIMAAN HADIAH
OLEH JABATAN-JABATAN KERAJAAN
1.
Kuasa meluluskan penerimaan hadiah oleh Ketua Setiausaha atau Pegawai
Pengawal adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:(i)

Hadiah yang diterima hendaklah diberikan oleh penderma secara percuma
tanpa sebarang syarat dan ikatan. Penderma-penderma pula tidak mempunyai
apa-apa kepentingan dengan Kerajaan.

(ii)


Hendaklah dipastikan barang-barang atau peralatan-peralatan yang
dihadiahkan adalah yang belum terpakai dan alat-alat gantinya pula mudah
diperoleh. Barang atau peralatan tersebut hendaklah memberi manfaat atau
faedah kepada Jabatan atau negara amnya.

(iii)

Sesuatu hadiah itu diberikan oleh penderma secara sukarela dan bukan atas
permintaan Jabatan Kerajaan yang berkenaan. Jabatan Kerajaan adalah
dilarang menjalankan usaha bagi mendapatkan hadiah atau derma dari manamana pihak sama ada pertubuhan atau orang perseorangan.

(iv)

Penerimaan sesuatu hadiah itu tidak akan menyebabkan pewujudan jawatan
baru bagi mengendalikannya. Dalam hal ini Ketua-Ketua Setiausaha dan
Pegawai-Pegawai Pengawal hendaklah memastikan bahawa kakitangannya
yang terlatih telah sedia ada dan mencukupi untuk mengendalikan hadiah
yang diterima.


(v)

Peruntukan Kementerian dan Jabatan adalah mencukupi bagi membiayai
penyelenggaraan hadiah yang diterima.

(vi)

Ketua-Ketua Setiausaha dan Pegawai-Pegawai Pengawal adalah
bertanggungjawab memastikan hadiah yang diterima digunakan mengikut apa
yang dihasratkan oleh penderma.

(vii)

Semua hadiah yang diluluskan penerimaannya hendaklah dimasukkan ke
dalam inventori Jabatan.

2.
Ketua-Ketua Setiausaha dan Pegawai-Pegawai Pengawal dikehendaki menghantar
kepada Perbendaharaan satu laporan dengan salinan kepada Ketua Audit Negara apabila
sesuatu hadiah telah diluluskan penerimaannya. Dalam laporan tersebut hendaklah

dinyatakan butir-butir hadiah, nilainya, nama penderma dan tempat di mana hadiah
diletakkan.

4

3.
Semua hadiah yang berupa wang tunai hendaklah diambil tindakan dengan
mewujudkan akaun amanah yang sesuai.

5

Dokumen yang terkait

ANALISIS PENGARUH PENGELUARAN PEMERINTAH, INVESTASI SWASTA, DAN TENAGA KERJA TERHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI DI EKS KARESIDENAN BESUKI TAHUN 2004-2012

13 284 6

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

STRATEGI KOMUNIKASI POLITIK PARTAI POLITIK PADA PEMILIHAN KEPALA DAERAH TAHUN 2012 DI KOTA BATU (Studi Kasus Tim Pemenangan Pemilu Eddy Rumpoko-Punjul Santoso)

119 459 25

ANALISIS PROSES PENYUSUNAN PLAN OF ACTION (POA) PADA TINGKAT PUSKESMAS DI KABUPATEN JEMBER TAHUN 2007

6 120 23

ERBANDINGAN PREDIKSI LEEWAY SPACE DENGAN MENGGUNAKAN TABEL MOYERS DAN TABEL SITEPU PADA PASIEN USIA 8-10 TAHUN YANG DIRAWAT DI KLINIK ORTODONSIA RUMAH SAKIT GIGI DAN MULUT UNIVERSITAS JEMBER

2 124 18

HUBUNGAN ANTARA KONDISI EKONOMI WARGA BELAJAR KEJAR PAKET C DENGAN AKTIVITAS BELAJAR DI SANGGAR KEGIATAN BELAJAR KABUPATEN BONDOWOSO TAHUN PELAJARAN 2010/2011

1 100 15

INTENSI ORANG TUA DALAM PENGAMBILAN KEPUTUSAN UNTUK MENIKAHKAN ANAK PEREMPUAN DI BAWAH USIA 20 TAHUN DI KECAMATAN PAKEM KABUPATEN BONDOWOSO

10 104 107

PENERAPAN MODEL COOPERATIVE LEARNING TIPE TPS UNTUK MENINGKATKAN SIKAP KERJASAMA DAN HASIL BELAJAR SISWA KELAS IV B DI SDN 11 METRO PUSAT TAHUN PELAJARAN 2013/2014

6 73 58

EVALUASI ATAS PENERAPAN APLIKASI e-REGISTRASION DALAM RANGKA PEMBUATAN NPWP DI KANTOR PELAYANAN PAJAK PRATAMA TANJUNG KARANG TAHUN 2012-2013

9 73 45

TINJAUAN HISTORIS GERAKAN SERIKAT BURUH DI SEMARANG PADA MASA KOLONIAL BELANDA TAHUN 1917-1923

0 26 47