TUJUAN LATAR BELAKANG Pekeliling Ketua Pengarah JPBDSM Bil 4 Tahun 2010

1

1. TUJUAN

1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pengarah- pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri JPBD Negeri, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan PBPT dan agensi-agensi yang berkaitan berkenaan proses permohonan kebenaran merancang di bawah subseksyen 222A Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 Akta 172.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Antara perkara penting dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 Akta 172 yang telah dipinda melalui Akta Perancangan Bandar dan Desa Pindaan 2001 Akta A1129 adalah mengadakan peruntukan di bawah subseksyen 222A berkenaan permohonan kebenaran merancang yang perlu dirujuk oleh Jawatankuasa Perancang Negeri JPN kepada Majlis Perancang Fizikal Negera MPFN untuk mendapatkan nasihatnya. 2.2 MPFN adalah suatu badan penyelarasan yang ditubuhkan di peringkat persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri- Menteri Kabinet yang berkaitan.Ianya bertindak selaku forum perundingan perancangan bandar dan desa antara Kerajaan Persekuatuan dan Kerajaan Negeri. Ketua Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Bertindak sebagai setiausaha kepada MPFN. 2.3 Subseksyen 222A Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 selepas ini akan disebut sebagai Akta 172, memperuntukkan bahawa permohonan untuk kebenaran merancanng diperlukan bagi pembangunan yang melibatkan :- 2.3.1 pembangunan sesuatu perbandaran baru bagi penduduk yang melebihi sepuluh ribu 10,000 orang, atau meliputi suatu kawasan yang melebihi seratus 100 hektar atau kedua-duanya; 2.3.2 sesuatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau kemudahan utama; atau 2.3.3 sesuatu pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit, dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan alam sekitar yang sensitif dalam sesuatu racanagn pemajuan. 2.4 Bagi maksud subseksyen 222A, pemajuan bagi pembinaan infrastruktur atau kemudahan utama termasuklah- 2.4.1 Kerja-kerja infrastruktur negara seperti lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan keretapi dan lebuhraya; dan 2.4.2 kerja-kerja kemudahan negara seperti pembinaan empangan, stesen janakuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksik. 2.5 JPN hendaklah merujuk kepada MPFN untk mendapatkan nasihatnya sebelum pihak berkuasa perancang tempatan terlibat membuat keputusan melulus atau menolak sesuatu permohonan tersebut. 2 2.6 Peruntukan subseksyen 222A Akta 172 ini adalah selaras dengan usaha untuk memastikan pembangunan fizikal yang mempunyai kesan langsung dalam imbangan ekonomi hartanah dan alam sekitar dikawal dan dipertingkatkan pemantauan ke atasnya secara bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

3. MEKANISME KAWAL SELIA PEMBANGUNAN DI BAWAH PERUNTUKAN