Suku kata terbuka a+a, perkataan dan ayat Suku kata terbuka u+u, perkataan dan ayat

- pencapaian murid perlu dicatat sebagai rekod di dalam Modul aktiviti murid dan borang kelompok guru. - di berikan kepada murid sebagai aktiviti pengukuhan. 3.1.3 Isi Kandungan 3.1.3.1 Huruf jawi tunggal - Modul Bacaan  Soal jawab dengan murid tentang nama huruf-huruf yang ditunjuk oleh guru.  Latih tubi 1: menyebut nama huruf-huruf jawi tunggal bersama murid-murid.  Huruf-huruf ini boleh dilagukan mengikut kreativiti guru.  Latih tubi 2 : Guru menyebut nombor dan murid menyebut nama huruf. - Modul Syafawi dan Aktiviti Latihan diberikan selepas guru berpuas hati dengan perubahan tingkah laku murid.  Latihan 1: Murid menulis kembali huruf-huruf jawi mengikut urutan. Murid boleh meniru dari Modul Modul bacaan. Guru perlu memastikan murid memulakan penulisan dari arah kanan dan kedudukan huruf pada garis huruf.  Latihan 2 : Murid menandakan pilihan jawapan mengikut yang disediakan.  Latihan 3 : Murid menulis huruf-huruf berdasarkan ejaan rumi yang disediakan di dalam petak soalan.  Latihan 4 : Murid menulis huruf-huruf digraf mengikut kehendak soalan.  Ketika murid-murid sedang menyiapkan latihan menulis, guru boleh memanggil murid seorang demi seorang untuk dinilai.  Syafawi 1: Guru menanda  pada petak yang disediakan jika murid dapat mengenal dan menyebut dengan betul huruf-huruf jawi tunggal. 3.1.3.2 Suku kata terbuka a+a, perkataan dan ayat Latih tubi 1  Sifir suku kata ini mengandungi semua pola vokal 1. Mengeja dan membunyikan suku kata. 2. Membunyikan terus suku kata. Guru boleh melagukan sifir suku kata ini mengikut kreativiti sendiri. 2 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J Latih tubi 2  Minta murid berusaha untuk membaca suku kata- suku kata ini.  Guru membaca suku kata dan gabungan suku kata menjadi perkataan dan diikuti oleh murid.  Murid membaca suku kata dan gabungan suku kata secara berkumpulan, berpasangan atau individu. Latih tubi 3  Minta murid berusaha untuk membaca ayat-ayat ini.  Unit ini mengandungi perkataan tradisi iaitu ‘ini’. Guru perlu memberi penekanan cara mengeja perkataan ini.  Latihan 1: Murid memilih jawapan yang disediakan dan menulis pilihan jawapan ke dalam ruang jawapan yang disediakan.  Latihan 2 : Murid perlu memadankan pilihan jawapan dan menulis jawapan ke dalam ruangan kosong yang disediakan.  Latihan 3 : Murid perlu menyusun semula perkataan- perkataan menjadi ayat yang betul. Pada waktu yang sama guru menjalankan aktiviti syafawi. 3.1.3.3 Suku kata terbuka u+u, perkataan dan ayat Latih tubi 1  Murid membunyikan terus suku kata. Latih tubi 2  Minta murid berusaha untuk membaca suku kata- suku kata ini.  Guru membaca suku kata dan gabungan suku kata menjadi perkataan dan diikuti oleh murid.  Murid membaca suku kata dan gabungan suku kata secara berkumpulan, berpasangan atau individu. Latih tubi 3  Minta murid berusaha untuk membaca ayat-ayat ini.  Latihan 1 : Murid memilih jawapan yang disediakan dan menulis pilihan jawapan ke dalam ruang jawapan yang disediakan.  Latihan 2 : Murid perlu memadankan pilihan jawapan dan menulis jawapan ke dalam ruangan kosong yang disediakan. 3 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J  Latihan 3 : Murid perlu menyusun semula perkataan- perkataan menjadi ayat yang betul. Pada waktu yang sama guru boleh memanggil murid seorang demi seorang untuk aktiviti syafawi dan perkataan tradisi bagi unit ini ialah ‘itu’. 3.1.3.4 Suku kata terbuka o+o, perkataan dan ayat