Muka surat 2 – TANDA TAMBAH; untuk merujuk huruf

 Murid yang berjaya membaca karangan-karangan pendek ini dikira sebagai murid yang telah berjaya dalam kemahiran membaca. - Aktiviti-aktiviti di dalam modul-modul ini adalah cadangan sahaja. - Guru boleh menggunakan modul-modul mengikut pendekatan dan kreativiti sendiri.

3.1.4 Kaedah

- Dilaksanakan seiring dengan waktu Modul Tulisan - 12 jam - Dilaksanakan berasingan dengan Modul Tulisan - 6 jam

3.2 MODUL TULISAN

- Masa yang diperlukan untuk kem membaca ialah 6 jam

3.2.1 Isi Kandungan

 Kad Jadual Padanan Huruf Mengandungi 4 mukasurat a. Muka surat 1 - Padanan Huruf jawi dan huruf di awal.

b. Muka surat 2 – TANDA TAMBAH; untuk merujuk huruf

yang bertanda [ + ] c. Muka surat 3 – TANDA TOLAK; untuk merujuk huruf yang bertanda [ - ]. d. Muka surat 4 – Huruf DIGRAF dan huruf ARAB.  Digunakan sebagai rujukan dalam latihan a. Latihan padanan huruf dan huruf tunggal. b. Sebutan huruf jawi. c. Menanda tanda [-] atau [+]. d. Bentuk huruf di awal , tengah dan akhir. e. Rujukan semua modul latihan sepanjang kem berjalan.

3.2.1.1 Latihan menulis padanan huruf jawi - 1 jam

Set 1: Unit 1 :  Latihan Padanan huruf dan huruf tunggal.

3.2.1.2 Latihan menulis sambungan huruf - 1 jam

Set 1: Unit 2 :  Latihan menyambung huruf

3.2.1.3 Latihan menulis suku kata terbuka - 2 jam

Set 2: Unit 3 hingga 8 :  Latihan Sukukata terbuka  Penilaian unit 3 hingga 8

3.2.1.4 Latihan menulis sukukata tertutup - 1 jam

5 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J Set 3: Unit 9 :  Latihan suku kata tertutup  Penilaian unit 9

3.2.1.5 Vokal awal kata dan diftong tradisi - 1 jam

Set 4: Unit 10 hingga 12 :  Latihan awal kata digtong tradisi  Penilaian unit 10 hingga 12

3.2.1.6 Latihan Padanan Huruf 

Murid dapat menulis jawi dari arah yang betul iaitu menulis dari sebelah kanan ke kiri.  Murid dapat menulis bentuk huruf jawi dengan betul dari segi kedudukan huruf atas atau bawah garisan, kedudukan titik dan bentuk-bentuk huruf tunggal.  Murid dapat mengenal pasti bentuk-bentuk huruf di awal, di tengah dan di akhir.  Murid dapat mengenal, menyebut dan menulis padanan huruf rumi dan jawi. Nota a. Guru mengarahkan murid merujuk jadual padanan huruf dengan betul mengikut seperti mana dalam jadual tersebut. b. Guru memastikan murid menulis semua huruf dengan betul dari kanan ke kiri mengikut nombor. c. Guru memastikan murid menulis semua huruf dengan betul iaitu:-  petak nombor ‘1’ sebelah kiri untuk huruf jawi dalam petak nombor ‘1’ di sebelah kanan.  Nombor ‘2’ sebelah kiri untuk nombor ‘2’ sebelah kanan.  Nombor ‘3’ sebelah kiri untuk nombor ‘3’ sebelah kanan  Nombor ‘4’ sebelah kiri untuk nombor ‘4’ sebelah kanan dan begitulah seterusnya. d. Contoh latihan padanan huruf: 6 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J CONTOH LATIHAN SATU HURUF CONTOH LATIHAN DUA HURUF CONTOH LATIHAN TIGA HURUF 7 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J CONTOH LATIHAN EMPAT HURUF

3.2.1.7 - SOALAN LAZIM 

Soalan 1 – Adakah perlu menyelesaikan semua 6 set soalan dalam masa 1 jam? Jawapan: Ya, kerana murid hanya perlu menyalin huruf dan meletakkan ke dalam kotak yang betul dan murid mesti tahu semua padanan huruf tersebut.  Soalan 2 – Bagaimana jika murid tidak dapat menyiapkan semua latihan? Jawapan: Murid tidak perlu meneruskan latihan seterusnya kerana murid tersebut akan bertemu latihan yang sama dalam latihan menyambung pula. Latihan yang tidak dapat disiapkan akan digunakan oleh guru dalam waktu lain sama ada di dalam kelas atau kelas tambahan.  Soalan 3 – Bilakan sepatutnya guru menanda latihan kem tersebut? Jawapan 1: Guru perlu terus menanda latihan murid yang siap lebih awal dan memastikan semua huruf ditulis dengan betul tanpa salah Jawapan 2: JIka murid melakukan kesalahan, guru hendaklah menanda X ‘KECIL’ pada huruf yang salah tanpa memadam huruf yang salah itu, dan meminta murid itu membetulkan huruf 8 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J yang sepatutnya; guru perlu menandakan  dengan lebih besar jika huruf itu telah dibuat pembetulan.

3.3 - UNIT 2 : LATIHAN MENYAMBUNG